Anda di halaman 1dari 8

1.

0 TAJUK :Perkembangan penubuhan Klinik Desa Tajin, Kuala Berang , Terengganu

dari tahun 1970 hingga 2015

2.0 PENGENALAN

Klinik Desa Tajin telah beroperasi pada tahun 1970an dan dikendalikan oleh seorang

Bidan terlatih.Pada awalnya,terdapat 3 buah kampung dibawah kawasan operasi Klinik Desa

Tajin iaitu Kampung Tajin, Kampung Telaga, dan Kampung Kuala Akob. Pada bulan Mac 2001,

Kampung Kuala Akob telah menjadi kawasan operasi Klinik Desa Sungai Ular. Pada tahun

1999, Klinik Desa Tajin ini telah dikendalikan oleh seorang Jururawat Masyrakat sehingga tahun

2004. Mulai tahun 2004,Klinik desa tajin ini telah dikendalikan oleh 2 orang Jururawat

Masyarakat.

3 tahun berikutnya, Klinik Desa Tajin telah mula beroperasi di bangunan baru dan

bangunan lama telah dirobohkan oleh pihak kerajaan. Proses penubuhan semula Klinik Desa

Tajin ini mengambil masa selama setahun untuk menyiapkan Klinik yang baru. Klinik Desa

Tajin ini mula beroperasi semula pada 1 April 2007 di bangunan baru. Mulai tahun 2011, 3 orang

Jururawat Masyarakat telah ditempatkan di Klnik Desa ini memandangkan beban tugas semakin

bertambah dan diteruskan sehingga ke hari ini.

Perancangan Klinik Desa Tajin sebagai klinik Desa Sejahtera telahpun bermula

semenjak tahun 2007. Perancangan ini adalah berfungsi untuk mengkoordinasikan dan membuat

pemantauan secara menyeluruh terhadap semua aktiviti yang berhubung kait dengan Klinik Desa

Sejahtera. Secara amnya, pembentukan Klinik Desa Sejahtera memerlukan kerjasama daripada

semua pihak.

1
3.0) OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif utama penulis memilih tajuk ini adalah untuk mengkaji perkembangan

struktur asas Klinik Desa Tajin pada awal penubuhan sehingga kini. Selain itu, penulis juga ingin

mengetahui sejarah penubuhan Klinik Desa Tajin.Di samping itu,penulis juga ingin mengenal

pasti aktiviti harian yang dijalankan di klinik Desa Tajin serta mengetahui persepsi masyarakat

terhadap penubuhan Klinik Desa Tajin ini. Seterusnya, penulis juga ingin mengetahui data-data

berkaitan dengan pesakit di Klinik Desa Tajin dan data kehadiran pesakit dalam sehari dan

sebulan.

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk merintis bagaimanakah sejarah penubuhan

Klinik Desa Tajin di kawasan tersebut. Ini kerana pada masa itu di kawasan Pekan Kuala

Berang masih belum mempunyai klinik perubatan swasta yang mampu menyediakan kaedah

rawatan seperti yang terdapat di Klinik Desa Tajin . Hal ini, telah menjadikan kajian ini lebih

menarik untuk dijalankan.

Seterusnya, kajian ini dijalankan untuk meninjau apakah peranan Klinik Desa Tajin

dalam menjalankan rawatan terhadap masyarakat setempat. Justeru hasil kajian ini, pengkaji

dapat mengetahui adakah penubuhan klinik perubatan ini mampu mendatangkan impak yang

besar terhadap masyarakat setempat.

2
5.0) SOROTAN KAJIAN LEPAS

Kajian yang berkaitan dengan sejarah penubuhan dan perkembangan klinik di Malaysia

telah banyak kajian yang dilakukan sama ada melalui naskhah-naskhah buku, artikel, sumber

penulisan, majalah , dan tesis. Antara tajuk kajian yang pernah diterbitkan ialah “ KESIHATAN

– Menuju Ke Arah Peningkatan” yang telah dikarang oleh Esah Abdullah pada September/

Oktober 1996 melalui Berita Darul Iman. Artikel tersebut membincangkan usaha pihak kerajaan

untuk memajukan taraf kesihatan penduduk melalui pengwujudan klinik-klinik kesihatan dan

klinik desa. Namun begitu, kajian tentang sejarah penubuhan dan perkembangan Klinik Desa

Tajin ini masih belum ada. Oleh itu, penulis mencari usaha untuk membuat kajian serta

mengetengahkan dan memperkenalkan sejarah penubuhan dan perkembangan Klinik Desa Tajin

pada tahun 1970 sehingga tahun 2015. Dalam kajian ini, penulis memberi tumpuan kepada

penubuhan, perkembangan yang telah berlaku, aktiviti harian yang dijalankan di klinik ini serta

data bilangan pesakit yang datang ke Klinik Desa Tajin dalam masa sehari atau sebulan sehingga

masyarakat dapat mengenali dan mengetahui kewujudan klinik ini.

6.0) SKOP KAJIAN

Kajian yang dikaji oleh penulis ini bermula dari tahun 1970 sehingga 2015 . tempoh

kajian ini mengambil masa selama 45 tahun untuk melihat perubahan yang berlaku kepada

Klinik Desa Tajin terutamanya dari segi struktur asas klinik, jumlah jururawat masyarakat yang

berkhidmat ,dan sebagainya. Sejarah penubuhan Klinik Desa Tajin ini bermula pada tahun 1970

dan dikendalikan oleh seorang bidan terlatih. Bidan ini bertanggungjawab merawat masyarakat

pada masa itu terutamanya bagi ibu-ibu mengandung. Pada tahun seterusnya, terdapat tiga buah

3
kampung dibawah kawasan operasi Klinik Desa Tajin iaitu kampung Tajin , Kampung Telaga

dan Kampung Kuala Akob. Sebelum tertubuhnya klinik desa yang baru , Klinik Desa Tajin

sering mengalami masalah banjir terutamanya di kawasan sekitar Klinik Desa Tajin. Hal ini

kerana keadaan klinik yang rendah berbanding dengan rumah-rumah di sekitar klinik tersebut.

Air hujan yang turun akan bertakung di kawasan klinik tersebut sehingga menyebabkan banjir.

Pada tahun 2006, Klinik Desa Tajin yang dibina menggunakan kayu telah dirobohkan oleh

pihak kerajaan. Situasi ini bertujuan untuk menaik taraf dan membina bengunan yang baharu

bagi Klinik Desa Tajin. Pembinaan ini mengambil tempoh selama setahun dan mula beroperasi

semula pada 1/4/2007. Bangunan Klinik Desa Tajin yang telah diperbaharui ternyata kekal

sehingga hari ini.

7.0) KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah yang telah diguna oleh pengkaji dalam kajian ini bagi

membuktikan kesahan dan ketepatan kajian ini dikaji dengan terperinci oleh penulis. Kaedah

kajian yang telah digunakan oleh penulis dalam menyelesaikan kajian ini ialah melaui kaedah

temuramah. Kaedah ini telah digunakan untuk menemuramah Jururawat Masyarakat yang pernah

berkhidmat di Klinik Desa Tajin, Jururawat semasa , Pegawai yang bertugas di Pejabat

Kesihatan Kuala Berang,pesakit dan masyarakat setempat. Selain itu, penulis juga menggunakan

kaedah keperpustakaan. Kaedah ini digunakan untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan

dengan sejarah penubuhan klinik di Malaysia. Seterusnya ialah kaedah pemerhatian. Pengkaji

4
akan melawat Klinik Desa Tajin untuk melihat pergerakan yang berlaku sepanjang waktu klinik

sedang beroperasi. Akhir sekali, penulis juga menggunakan kaedah keperpustakan. Kaedah ini

dapat membantu penulis untuk mencari sumber-sumber maklumat yang diinginkan oleh penulis

dalam menyiapkan kajian ini.

8.0) PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Pembahagian struktur esei ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengenalan,isi dan

penutup. Pengenalan dalam kajian ini cuba menjelaskan serta merungkaikan mengenai sejarah

penubuhan dan perkembangan Klinik Desa Tajin. Selain itu, pengkaji akan cuba

mengetengahkan berkaitan dengan perkembangan struktur asas Klinik Desa Tajin pada awal

penubuhan sehingga kini.

Isi dalam kajian ini pula membincangkan aktiviti harian yang dijalankan di Klinik Desa

Tajin serta mengetahui persepsi masyarakat terhadap penubuhan Klinik Desa Tajin.Seterusnya

bahagian isi kajian ini juga turut memaparkan data bilangan pesakit yang datang ke klinik Desa

Tajin dalam sehari atau sebulan.

Manakala, di bahagian penutup pula menyimpulkan mengenai keseluruhan kajian yang

telah dibincangkan meliputi latar belakang,aktiviti harian yang dilakukan oleh Klinik Desa Tajin

,serta kebaikan dan perbezaan perkembangan Klinik Desa Tajin dari awal penubuhan hingga

kini.

5
9.0) PENUTUP

Kesimpulannya, kajian ini akan dapat memberi gambaran tentang pengetahuan sejarah

penubuhan dan perkembangan Klinik Desa Tajin , dapat mengenal pasti aktiviti harian yang

dijalankan di Klinik Desa Tajin , persepsi masyarakat terhadap penubuhan Klinik Desa Tajin

,dan data bilangan pesakit yang hadir ke Klinik Desa Tajin dalam sehari atau sebulan. Penulis

bersyukur kerana akhirnya Berjaya menghasilkan sebuah kajian mengenai asal usul penubuhan

dan perkembangan Klinik Desa Tajin. Kajian ini juga merupakan satu medium yang terbaik

untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang asal usul penubuhan dan perkembangan

Klinik Desa Tajin yang telah dilakukan oleh seorang insan yang bergelar juruawat. Penulis juga

berharap agar usaha dan perit jerih yang telah ditaburkan kepada masyarakat dapat dihargai dan

dijadikan sebagai kayu ukur dalam memastikan kesihatan rakyat terjaga.

6
BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER

Temubual

Abu Bakar bin Talib, Masyarakat setempat, 58 Tahun, bertempat di kediaman beliau, AB 58,

Kampung Tajin, 25 Januari 2018 pada jam 3.15 petang

Esah binti Yusoff, Masyarakat setempat, 60 Tahun, bertempat di Lot 56, Kampung Tajin, Jalan

Kuala Berang, 25 Januari 2018 pada jam 3.00 petang

Fauziah binti Ahmad, Jururawat Masyarakat, 40 Tahun, bertempat di Klinik Desa Tajin , 12

Januari 2018 pada jam 10.00 pagi

Nasibah Abdul Majid, Jururawat Masyarakat, 42 Tahun, bertempat di Klinik Desa Tajin, 25

Januari 2018 pada jam 2.00 petang

Rozita binti Mat Ali, Jururawat Masyarakat,40 Tahun, bertempat di Kampung Telaga, 11 Januari

2018 pada jam 9.00 pagi

7
Sumber Sekunder

Aida Hanum Ghulam Rasool dan Abdul Rahim Wong Abdullah, “ Ubat dan Kehamilan”, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2011

Arif Akmal, “Bidan & Bomoh”, Percetakan Sermaju Sdn.Bhd, 2006

Donald R. Mattison, “Clinical Pharmacology During Pregnancy”, Elsevier, 2013

Esah Abdullah, “KESIHATAN-Menuju Ke Arah Peningkatan”, Berita Darul Iman,September/

Oktober,1996

Internet

Artikel : http://Utusan.Com.my/utusan Melayu (m) Kementerian Kesihatan Malaysia,

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia www.moh.gov.my/index.php/pages/view/1006

Anda mungkin juga menyukai