Anda di halaman 1dari 27

IZWAN BIN CHE SHAM 1.

0 PENGENALAN

L20073001583

Di zaman arus teknologi yang semakin berkembang ini menyebabkan masyarakat masa kini semakin tidak mengenali peralatan-peralatan tradisional yang digunakan pada zaman dahulu kala. Kebanyakan peralatan tersebut telah diubahsuai mengikut teknologi yang moden. Dengan itu tugasan ini dihasilkan bertujuan untuk mendedahkan serta memperkenalkan kepada masyarakat sejagat terutamanya generasi di alaf baru tentang peralatan-peralatan tradisional serta kegunaannya, yang terdapat di Malaysia oleh masyarakat zaman dahulu. Di samping itu ia juga dapat memberi gambaran dan fahaman kepada masyarakat tentang rupa bentuk peralatan dan fungsinya dalam masyarakat umum di Malaysia. Secara amnya, peralatan tradisional ini digunakan pada masa dahulu dan sesetengah daripadanya masih digunakan pada masa kini. Dengan adanya tugasan ini, diharap dapat membantu mengekalkan serta mendedahkan kepada generasi masa sekarang dan masa depan tentang pelbagai alat-alat tradisional. 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENANGKAPAN IKAN DI MALAYSIA Pada peringkat awal sejarah perkembangan negara ini secara amnya, penduduk tempatan tertumpu di kawasan persisiran pantai dan tebing sungai. Kehidupan mereka bergantung kepada alam persekitaran dan hidup dengan berpindah randah serta mengusahakan pertanian pindah, berburu dan menangkap ikan. Sesuai dengan keadaan pada ketika itu, mereka mula merekabentuk peralatan yang digunakan bagi tujuan berkaitan. Bagi aspek menangkap ikan, mereka membuat jala, tangkul, tangguk, bubu, pukat dan sebagainya bagi memperolehi hasil. Peralatan ini digunakan mengikut keadaan dan persekitaran. Contohnya jala, tangkul, tangguk dan bubu digunakan oleh masyarakat desa yang tinggal di tepi-tepi sungai. Manakala pukat dan jaring pula digunakan oleh nelayan di pesisir pantai.

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Sehingga kini, peralatan menangkap ikan tradisional masih dapat dilihat walaupun penggunaannya tidak meluas seperti dahulu kerana adanya peralatan menangkap ikan yang moden serta memberi pulangan yang lebih banyak serta untuk tujuan komersial. 3.0 PERALATAN PENANGKAPAN IKAN TRADISIONAL 3.1 Bubu Bubu merupakan sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulan perangkap. Ianya sering digunakan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di persisiran pantai, lautan ataupun penduduk desa yang tinggal berhampiran dengan sungai. Walaupun bentuknya yang agak berbeza dengan mana-mana perangkap yang lain kerana saiznya yang agak kecil, namun ianya mudah dibawa dan senang diletakkan di tempat yang didapati banyak mempunyai ikan. Terdapat beberapa jenis bubu antaranya ialah bubu batang, bubu daun, bubu janbul dan bubu sadah. Bubu merupakan salah satu alat tangkapan tradisional Melayu yang masih kekal dengan bentuk asal dan ianya masih digunakan sehingga hari ini. Secara amnya, sebuah bubu dibentuk daripada tapak berbentuk empat segi bujur yang diperbuat daripada rotan atau buluh mengikut rupa bentuk tertentu. Seluruh tapak dan rangka ini diliputi dengan kawat mata punai. Di bahagian depannya terdapat satu pintu masuk yang dipanggil injap yang berbentuk seperti leher kuda. Fungsinya adalah untuk memerangkap hasil tangkapan dengan membenarkan ikan masuk tetapi menghalangnya daripada keluar, manakala satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup, berada di bahagian tapak untuk mengeluarkan hasil tangkapan. Pembuat bubu hanya memerlukan kemahiran meraut dan menganyam buluh. Buluh tersebut perlu dipotong kecil-kecil secara memanjang dan diraut untuk menjadi bilah yang boleh dianyam. Bahagian atasnya dibentuk untuk dibuat lingkaran supaya dapat menyokong buluh-buluh yang akan disatukan dengan pengadangnya.

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Sehingga kini masih terdapat penduduk desa menggunakan bubu tradisional untuk menangkap ikan air tawar khasnya bagi memenuhi keperluan harian. Antara hasil tangkapan ikan yang biasa diperolehi ialah ikan sepat, keli, haruan, puyu dan ikan air tawar yang lain yang amat digemari oleh masyarakat desa. Pada masa ini, bubu telah diubahsuai dan diperbuat daripada bahan-bahan logam sesuai dengan penggunaannya untuk dilabuhkan di dasar lautan agar tahan lebih lama. Sungguhpun begitu, pembuatan bubu tradisional ternyata lebih mudah dan menjimatkan berbanding dengan bubu moden.

Gambar 1: Bubu

IZWAN BIN CHE SHAM 3.2 Jala

L20073001583

Jala merupakan sejenis peralatan menangkap ikan tradisional yang sehingga kini masih digunakan walaupun terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yang sudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan masa kini. Oleh itu, penghasilannya masih diteruskan sehingga ke hari ini. Penduduk kampung pendalaman biasanya menghasilkannya untuk dipasarkan ataupun hanya untuk kegunaan sendiri. Ianya diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nilon yang agak kasar bagi menyokong beban berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyaman benang menggunakan coban. Dikeliling jala diletakkan cincin besi sebagai pemberat. Teknik menebar jala dititik beratkan pada zaman dahulu, malah setiap upacara penebaran jala dilakukan beramai-ramai dan diketuai oleh raja atau sultan. Dalam setiap perahu terdapat satu kumpulan nelayan iaitu terdiri daripada pendayung, seorang pengemudi dan seorang lagi penebar jala yang berdiri dihujung haluan dan akan melakukan tugasnya sebaik sahaja menerima arahan menebar jala. Jala tradisional biasanya mempunyai jaring yang lebih kecil, diperbuat daripada benang kapas yang telah dipintal dan panjangnya dari tengah ke tepi biasanya dua atau tigalengan panjangnya, manakala bagi panjangnya pula biasanya dua atau tiga belas panjangnya. Jala tersebut haruslah ditebar dengan cara yang betul agar dapat melebar dengan lebih luas. Sampai pada satu kawasan yang dianggap sesuai untuk upacara menebar jala, sultan atau raja akan berhenti dan memberi isyarat kepada para kumpulan nelayan tadi supaya menebarkan jala mereka. Perahu-perahu tersebut akan bergerak perlahanlahan dan akan membentuk lingkungan seperti bulan sabit. Manakala perahu diraja akan berada ditengah-tengah. Secara perlahan-lahan hujung lingkungan perahu tersebut akan mula bergerak ke arah satu sama lain dan mula membentuk satu bulatan. Apabila sudah membentuk bulatan, jala pun ditebar, apabila ia mula tenggelam, pendayung akan mula berdayung ke belakang dan setiap jala akan ditarik perlahan-

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

lahan ke permukaan dan ikan-ikan dikeluarkan dari jaring-jaring halus tersebut dan dimasukkan kedalam jejaring buluh. Kerja menebar jala tidak habis disitu sahaja, mereka akan tetap menebar jala tetapi berbeza kawasannya iaitu dijarakkan sebanyak sebatu jauhnya dari kawasan yang mula-mula dilakukan upacara penebaran jala tadi. Biasanya penjala mempunyai cara-cara mereka tersendiri dalam teknik-teknik menebar atau menarik jala. Salah satu caranya ialah jala tersebut pada mulanya akan ditarik dibahagian tali yang kendur, kemudian tali tadi akan digelung dengan tangan kanan, selepas itu jala itu akan ditarik hingga cincin besi pada jala tersebut terangakt dari perahu sampai ke paras lutut penjala. Kemudian dengan tangan kirinya, dia mengambil jala itu dan disandangnya pada bahu dan lengan kanannya, manakala yang selebihnya diraih dengan tangan kiri, menghayun badannya ke belakang kemudian ke depan dengan gerak hantaran yang kuat , dengan lengan, bahu dan belakangnya, kemudian dia akan menebar jala itu keatas air, jala itu akan berkembang dengan cantiknya seperti sarang labah-labah yang besar bentuknya. Bahagian tepi jala tersebut tenggelam dengan serta-merta, kerana berat cincin itu menarik jaring jala tersebut. Begitulah aktiviti menjala yang dilakukan oleh beberapa orang penjala yang mahir dalam aktiviti menebar jala. Sebaik sahaja sampai di pesisiran pantai, kumpulan nelayan tadi bersama-sama dengan angkatan diraja disambut oleh rakyat jelata tanpa mengira usia, kanak-kanak mahupun golongan wanita. Penduduk kampung yang tinggal berhampiran pesisiran pantai, sungai dan sawah padi juga menjalankan aktiviti menjala ikan atau udang di waktu lapang iaitu setelah selesai melakukan kerja utama seperti bersawah, menoreh getah, berkebun dan sebagainya. Kegiatan dilakukan untuk menangkap ikan bagi keperluan seharian keluarga dan jika terdapat lebihan dijual kepada jiran atau sahabat handai serta dijadikan ikan pekasam.

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Gambar 2: Jala

Gambar 3: Nelayan menebar jala

IZWAN BIN CHE SHAM 3.3 Jaring

L20073001583

Jaring ialah sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan. Jaring diperbuat daripada tali nilon yang dijalin seperti jala. Terdapat berbagai saiz jaring mengikut kesesuaian ikan yang hendak dijaringkan. Jaring sering kali digunakan oleh nelayannelayan pesisiran pantai. Selain itu ia juga boleh di gunakan untuk menangkap ikan di kolam air tawar (kolam binaan) atau sungai. Lazimnya jaring mempunyai lubang-lubang yang agak besar antara 2-4 inci. Ini bermakna, hanya ikan-ikan yang matang sahaja yang akan tersangkut dijaring. Ia mempunyai pemberat seperti ladung di bahagian bawah dan terdapat juga pelampung kecil di bahagian atas. Dengan cara ini jaring akan kelihatan terentang apabila ia berada di dalam air kerana pemberat akan jatuh kebawah manakala pelampung akan terapung di permukaan air. Ikan yang akan lalu merentasi jaring tersebut akan tersangkut. Adakalanya jaring akan ditarik oleh bot atau sampan nelayan menggunakan tali yang terdapat di keempat-empat penjuru jaring tersebut. Cara ini lebih cepat dan banyak hasil tangkapan yang akan diperolehi. Jaring masih lagi digunakan oleh nelayan-nelayan pada masa sekarang kerana mudah untuk dikendalikan.

Gambar 4: Jaring

IZWAN BIN CHE SHAM 3.4 Lukah

L20073001583

Lukah ialah sejenis alat menangkap ikan di kawasan air tawar. Ia sesuai digunakan di temapt seperti tali air, sungai dan parit. Lukah berbentuk seakan-akan seperti bubu. Ia diperbuat daripada bilah rotan atau buluh yang disusun dan diikat hingga menjadi seperti sebuah bekas. Lukah mempunyai saiz panjang lebih kurang satu meter dengan garis pusat lebih kurang 20 hingga 30 sentimeter. Di bahagian hujung dalam lukah terdapat lubang untuk membolehkan ikan masuk di mana terdapat bilah rotan yang runcing dan tajam yang disusun menjadi seperti kon di sepanjang lalauan ikan. Ini menjadikan laluan tesebut semakin sempit dari lubang yang pertama sehingga lubang yang kedua. Terdapat jejari tajam pada bahagian hujung lubang yang kedua. Ia bertujuan untuk mengelakkan ikan daripada terlepas keluar melalui lubang yang sama. Ikan yang masuk sehingga melepasi lubang yang kedua akan terperangkap di bahagian dalam lukah. Terdapat juga lubang yang berfungsi untuk mengeluarkan ikan daripada lukah pada bahagian paling hujung lukah.

Gambar 5: Lukah

IZWAN BIN CHE SHAM 3.5 Pancing

L20073001583

Masyarakat Melayu pada masa dahulu menjalankan kegiatan menangkap ikan sebagai sumber utama makanan dan ada juga dijadikan sebagai sumber pendapatan/ekonomi. Alat utama yang dijadikan alat bagi menangkap ikan adalah pancing. Kebiasaannya, pancing dibuat sendiri daripada buluh dengan mata kail yang pelbagai saiz. Mata kail merupakan dawai yang hujungnya berkait dan tajam, dikenali juga sebagai mata pancing. Terdapat beberapa jenis mata pancing seperti kail ambur, kail berladung dan kail kacar. Batang buluh muda yang bersaiz sederhana akan ditebang dan dijemur sekejap agar ia menjadi lebih ringan. Panjang buluh itu adalah lebih kurang 3 meter dan batang buluh itu akan dibersihkan terlebih dahulu di mana daun-daun serta miang buluh tersebut dibuang. Pada hujung buluh tersebut akan diikat dengan seutas benang/tangsi yang berukuran 2 meter atau mengikut kehendak/citarasa masing-masing sebagai tali pancing. Kepanjangan tali tangsi itu adalah mengikut kesesuaian tempat iaitu jika air dalam memerlukan tali yang panjang dan sebaliknya. Di hujung tali tangsi tersebut akan diikat dengan sebentuk mata pancing/kail yang dikehendaki mengikut saiz yang sesuai bagi sesuatu tempat memancing. Kira-kira sehasta daripada mata pancing tersebut, pada tali tangsi akan diletakkan batu ladung yang diperbuat daripada timah sebagai pemberat. Pancing selalunya digunakan bagi memancing ikan di sawah, sungai, kolam atau parit. Ikan-ikan yang biasanya dipancing adalah seperti ikan keli, haruan, sepat, puyu, patin, kelah, belida, lundu, baung dan lain-lain. Umpan yang kebiasaannya digunakan adalah seperti cacing, cengkering, belalang, anak katak dan lain-lain.

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Gambar 6: Pancing 3.6 Pukat Pukat merupakan salah satu daripada peralatan menangkap ikan secara tradisional yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Namun begitu secara tidak langsung, fungsinya kini dipertingkatkan lagi dengan adanya beberapa perubahan dan pembaharuan yang dilakukan ke atas alat ini. Terdapat beberapa jenis pukat, antaranya ialah pukat sorong, pukat tunda, dan pukat rinau. Pukat biasanya digunakan oleh para nelayan kecil dan sederhana. Lazimnya pukat mempunyai lubang-lubang agar besar antara 4-6 inci. Pukat digunakan oleh nelayan laut dalam dengan menggunakan bot besar. Nelayan jenis ini akan pergi memukat pada masa laut tidak bergelora selama 3-5 hari. Hasil tangkapan adalah ikan yang lebih besar dan tangkapan lebih banyak.

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Gambar 7: Pukat

3.7 Pukat Bakul/Pompang

Pukat bakul berbentuk agak kecil jika dibandingkan dengan pukat-pukat yang lain. Asalnya pukat jenis ini dibiarkan terbuka disebabkan oleh bingkai yang terdapat di sekeliling mulutnya. Sekarang ia dibuat daripada benang jaring yang boleh juga dipanggil sebagai pukat bakul berbingkai.

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Ia dipasangkan di dasar laut yang mempunyai permukaan lembut dan rata serta menghadap ke arah arus yang deras. Pukat bakul atau lebih dikenali sebagai pompang ini, hanya digunakan pada masa air pasang besar sahaja iaitu kira-kira 7-8 hari setiap bulan. Pompang di dalam air dipasangkan pada kayu pancang yang mengarah kepada arus. Ini kerana apabila ikan berenang akan mengikut arus akibat ditolak oleh alurnya yang kuat. Ikan yang terperangkap dipukat terdiri daripada ikan kekek, ikan baja, udang dan lain-lain lagi.

Gambar 8: Pompang

3.8 Pukat Jerut Pukat jerut berupa suatu dinding jaring yang panjangnya sehingga beberapa kilometer, beserta dengan tali pemberat (tali kajar bawah) yang sama panjang atau lebih panjang daripada tali pelampung (tali kajar atas). Pukat jerut juga sebidang pukat yang mempunyai beberapa biji gelang yang digantung pada bahagian bawahnya. Gelang tersebut diperbuat daripada kayu, timah atau benda berat yang lain seperti tembaga. Hari ini gelang tersebut diperbuat daripada sadur logam. Logam tahan karat yang berbentuk bujur, bersama mekanisme gelang

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

yang dapat dibuka. Masyarakat Melayu dahulu lebih suka menggunakan tembaga asli untuk membuat gelang tersebut.

Gambar 9: Pukat jerut

3.9 Pukat Tangkul Pukat tangkul dikategorikan dalam kumpulan pukat tangguk oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Ia merupakan salah satu pukat tradisional yang digunakan oleh para nelayan sejak dahulu lagi. Terdapat beberapa jenis pukat tangkul iaitu pukat tangkul yang tidak menggunakan umpan juga turut dikenali sebagai pukat sauk. Biasanya pukat jenis ini digunakan di perairan air tawar dan di kawasan pantai. Binaannya agak mudah jika dibandingkan dengan pukat yang lain iaitu mempunyai sekeping jaring berbentuk segiempat tepat dan disokong oleh buluh yang dilentur

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

secara bersilang. Pangkal dan hujung buluh tersebut diikat kepada dua penjuru pukat yang berlawanan. Ianya bertujuan untuk menangkap ikan yang bergerak dalam kumpulan tertentu seperti selayang, kembung, cencaru, tamban dan sebagainya. Ia hanya menggunakan sebidang pukat dan beberapa utas unjang. Unjang ini diperbuat daripada daun-daun kelapa atau daun-daun kayu yang diikat dengan rotan, yang kemudiannya pula diikatkan dengan seutas tali yang agak panjang. Di bahagian unjang, diikat dengan sebiji batu yang agak berat bagi menyokongnya supaya tidak dihanyutkan oleh arus yang deras, manakala bahagian atasnya pula diikatkan dengan pelampung buluh. Daun-daun tersebut kembang di pesisiran pantai laut apabila ia ditenggelamkan seterusnya akan menarik perhatian ikan-ikan untuk terus bermain di sekitarnya. Nelayan kemudiannya perlu menyiasat banyaknya kumpulan ikan dengan memerhatikannya meloncat-loncat di permukaan air, memancing ikan dengan menggunakan bulu ayam atau dengan menyelam dan mendengar bunyi ikan di dalam air. Ikan-ikan yang terdekat di pukat akan dilucutkan dan pekerjaan yang sama akan dilakukan terhadap unjang-unjang yang lain.

Gambar 10: Pukat tangkul

IZWAN BIN CHE SHAM 3.10 Tangguk

L20073001583

Tangguk merupakan alatan tradisional yang digunakan untuk menangkap ikan atau hidupan laut yang lain seperti karangan laut. Tangguk terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah tangguk, tangguk bergalah, tangguk kecil, tanguk besar, tangguk tunda dan tangguk tarik. Tangguk tangan merupakan tangguk yang paling awal digunakan oleh masyarakat kampung untuk menangkap ikan bagi keperluan harian. Ianya diperbuat daripada bilah buluh ataupun rotan yang dijalin melengkung dan berbingkai. Bagi pelaut pula tangguk ini berbeza kerana ia diperbuat daripada jalinan dawai halus atau besi halus dengan ukuran tertentu. Kebiasaannya tangguk jenis ini digunakan bagi mengutip benih-benih kerang yang dilakukan semasa air surut. Tangguk bergalah biasa digunakan untuk mengutip kerang dewasa. Tangguk ini mempunyai tangkai yang biasanya diperbuat daripada kayu galah. Tangguk kecil dan tangguk besar biasa digunakan untuk mengutip siput lala semasa air surut. Tangguk jenis ini diperbuat daripada jalinan besi halus. Tangguk kecil biasa digunakan bagi mengutip siput-siput yang hidup di permukaan lumpur. Tangguk besar pula untuk mengutip siput-siput yang terbenam dalam lumpur. Tangguk tunda merupakan sejenis alat yang diperbuat daripada batang besi dengan ukuran tertentu dan mempunyai tali penarik yang diikat pada teraju. Tali ini hanya akan dilepaskan ke dalam air sehingga tangguk sampai ke dasar laut. Panjang tali tunda ini bergantung kepada kedalaman air. Tangguk jenis ini biasa digunakan untuk menangkap siput retak seribu di perairan laut dalam. Tangguk tarik merupakan sejenis alat yang digunakan oleh nelayan untuk memungut teripang. Tangguk ini diperbuat daripada batang nibong yang telah dibelah. Kemudian didindingkan dengan kawat (dawai) mata punai sementara mulutnya

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

dibiarkan terbuka luas dan tidak ditutup. Ketulan batu diletakkan di bahagian tertentu tangguk sebagai pemberat. Rangka kemudiannya diikat dengan tali pada kiri kanannya dan dimatikan pada batang kayu penarik yang terletak ditengahnya. Tangguk jenis ini kebiasannya terdapat di kawasan perairan Kedah dan Perlis.

Gambar 11: Tangguk

IZWAN BIN CHE SHAM 3.11 Tangkul

L20073001583

Tangkul biasa digunakan di perairan laut Terengganu dan Kelantan. Tangkul mula digunakan pada akhir musim monsun timurlaut. Tangkul biasanya berukuran kirakira 50 meter persegi dan di sisinya terdapat satu pergelangan yang diperbuat daripada rotan. Pergelangan rotan ini diikat tali supaya mudah diturun-naikkan. Tangkul dibuat sedemikian rupa kerana mata jaringnya lebih kecil di bahagian tengah daripada di bahagian sisinya. Lima buah perahu diperlukan bila tangkul digunakan untuk menangkap ikan. Setiap penjurunya dijaga oleh nelayan di dalam sebuah perahu dan perahu yang satu lagi digunakan oleh nelayan yang bertindak sebagai ketua di bahagian tengah. Unjang akan digunakan sebagai umpan dan dibiarkan terapung-apung di permukaan laut. Ikan akan berkumpul di bawah unjang dan kemudian tangkul akan ditarik dengan cepat dari dasar laut. Ikan yang terperangkap pada tangkul akan dimasukkan ke dalam perahu dan dihantar ke pantai. Gambar 12: Tangkul 3.12 Sauk Sauk merupakan sejenis peralatan tradisional yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai-sungai. Kebanyakan nelayan pada masa dahulu juga menggunakan sauk untuk menangkap ikan, memungut siput, remis, kerang dan sebagainya bagi tujuan sumber makanan atau sumber ekonomi.

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Rekabentuk sauk adalah kelihatan seperti satu penceduk atau timba bujur dengan ukuran sekitar 36cm x 15cm x 15cm. Sauk ini mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu bersaiz sederhana mengikut keselesaan dan keperluan tersendiri. Bahagian sauk yang berbentuk penceduk itu diliputi dengan jaringan berlubang kecil bagi membenarkan air keluar dan meninggalkan hasil yang disauk di dalamnya.

Gambar 13: Sauk 3.13 Serkap Serkap ialah sejenis alat untuk menangkap ikan yang diperbuat daripada buluh, rotan atau bemban. Masyarakat Melayu yang tinggal di pesisir pantai dan sungai gemar menangkap ikan pada masa dahulu dan sekarang untuk dijadikan sumber makanan dan juga sumber ekonomi. Mereka menggunakan serkap untuk menangkap ikan di

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

sawah bendang, sungai, paya dan di kolam. Kebiasannya serkap diperbuat daripada buluh yang berbentuk kon. Cara membuat serkap adalah mudah, hanya buluh yang matang dan tua sahaja akan digunakan untuk membuat serkap. Serkap diperbuat daripada buluh yang diraut halus. Kemudian buluh tersebut akan disusun di atas kerangka yang berbentuk bulat. Kerangka itu pula diperbuat daripada buluh yang dililit menggunakan rautan rotan. Ia berbentuk seperti kelongsong dan terbuka hujungnya. Lazimnya serkap tidak diwarnakan dengan corak yang menarik. Buluh lebih sesuai dijadikan serkap kerana ia tahan lama dan tidak mudah reput apabila sentiasa terkena air. Serkap juga boleh digunakan bagi menangkap dan mengurung ayam. Ayam yang diserkap biasanya ibu ayam dengan anak-anaknya yang berusia antara 3-4 hari, bagi tujuan keselamatan anak-anak ayam supaya dapat makanan yang cukup dan selamat daripada binatang yang makan anak ayam seperti kucing, anjing, musang dan burung helang.

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Gambar 14: Serkap

IZWAN BIN CHE SHAM 4.0 TEKNOLOGI PERIKANAN TERKINI DI MALAYSIA 4.1 Alat Pengesan Ikan/Echo Sounder

L20073001583

Echo Sounder mula diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan tahun 60an. Kegunaan echo sounder oleh nelayan amat kurang tetapi dalam beberapa tahun ini nelayan-nelayan di Pulau Pangkor, Mersing, Pulau Langkawi, Pulau Ketam dan Perlis telah mula menggunakan echo sounder. Alat ini kebanyakkan digunakan oleh bot-bot besar seperti bot pukat tunda dan pukat jerut.

Gambar 15: Echo Sounder

Pada amnya echo sounder adalah salah satu peralatan perikanan yang digunakan untuk mengetahui: Kedalaman air Keadaan dasar laut Kedudukan ikan Tempat-tempat baru kawasan penangkapan ikan

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Selain dari itu ia juga sesuai bagi menjalankan operasi menangkap ikan dengan menggunakan alat tangkapan yang tertentu seperti: Pukat Tunda

Menentukan panjang tali tunda yang akan digunakan setelah mengetahui kedalaman air Membezakan antara dasar laut dengan ikan atau pun udang Membantu nelayan menangkap ikan secara 'tactical fishing' iaitu di kawasan operasi yang kedalaman airnya sama Mengelakkan halangan-halangan seperti batu karang, kapal karam dan sebagainya supaya pukat tidak tersangkut atau rosak

Pukat Jerut Juruselam tidak diperlukan untuk mengetahui kedudukan ikan Menjimatkan masa untuk mengetahui ikan yang terdapat di bawah unjam Mengesan ikan supaya dapat meletakkan rakit berlampu di kawasan yang terdapat kumpulan-kumpulan ikan Bubu Dan Pancing Mengetahui dasar laut yang berbatu dan topografi yang sesuai untuk meletakkan bubu, rawai atau pancing Mengetahui kedalaman air untuk menentukan panjang tali bubu, rawai atau pancing

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Gelombang gema

Gelombang bunyi

Gambar 16: Echo sounder digunakan untuk mengesan kedudukan ikan

Gambar 17: Echo sounder digunakan untuk menentukan kedalaman air Echo Sounder berfungsi menghasilkan gelombang elektrik yang akan ditukarkan kepada gelombang bunyi sebelum dipancarkan ke dalam air. Apabila gelombang ini melanggar sesuatu benda seperti kumpulan ikan dan dasar laut ia akan dibalikkan lalu diterima semula oleh transduser dan ditukar semula kepada gelombang elektrik. Gelombang elektrik diterima dan diperbesarkan supaya dapat dirakam. Semua maklumat yang diterima akan direkod di atas kertas pencatat atau pada skrin pemancar katod.

IZWAN BIN CHE SHAM 4.2 Teknologi Refrigerated Sea Water - RSW

L20073001583

RSW merupakan teknologi penyimpanan ikan tangkapan dengan menggunakan air laut yang disejukkan untuk menggantikan ais.

Gambar 18: Kebuk RSW Jadual 1 menunjukkan kelebihan RSW berbanding ais. Bil 1. 2. 3. 4. 5. Perkara Tenaga Mutu ikan Kebersihan Penyejukan Bilangan trip RSW Tidak perlu pekerja yang ramai Ikan segar dan kurang rosak Air darah senang dibersih Lebih cepat dan stabil Mudah dirancang Ais Perlu pekerja mengangkat ais. Ikan mudah cedera Kurang berkesan Lambat dan kurang stabil Bergantung kepada bekalan ais Jadual 1

Jadual 2 pula menunjukkan proses RSW untuk menyimpan ikan.

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Bil

Proses

Penerangan Air laut bersih yang diambil di tengah lautan diisi pada kadar bahagian kotak

1.

ikan.

RSW dihidupkan lebih antara 5 hingga 6 jam 2. sebelum hasil tangkapan di masukkan kedalam petak ikan. Ikan tangkapan akan dimasukkan ke dalam 3. plastik atau tong plastik pada kadar yang sama untuk setiap petak ikan. RSW dipasang sehingga bot sampai ke jeti dan ikan diangkat dalam keadaan 4. yang segar.

Jadual 2 4.3 Sistem Pemantauan Vesel/Vessel Monitoring System ( VMS)

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

VMS adalah satu sistem berkomputer yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi satelit untuk mengesan vesel penangkapan ikan. Alat pengesan yang di kenali sebagai Vessel Tracking Unit (VTU) dipasang di atas vesel menangkap ikan untuk mendapat kedudukan vesel tersebut dari satelit Global Positioning System (GPS). Data kedudukan (longitude and latitude), trek perjalanan dan kelajuan vesel dihantar melalui sistem satelit Immarsat ke sistem VMS berkomputer Jabatan Perikanan.

Gambar 19: Unit VTU Berikut adalah beberapa kelebihan pengggunaan VMS: Membantu pengurusan vesel-vesel syarikat ( fleet management) Boleh digunakan untuk menghantar isyarat kecemasan Boleh digunakan sebagai alat komunikasi Membantu dalam usaha melindungi sumber perikanan yang dijalankan oleh jabatan

Satelit Immarasat

Data dari satelit

IZWAN BIN CHE SHAM

L20073001583

Data lokasi, tarikh, masa dan kelajuan vesel

VTU VTU

Stesen pemantauan Jabatan Perikanan

Gambar 20: Proses VMS

Anda mungkin juga menyukai