Anda di halaman 1dari 3

Asas Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah-1

‫أصول أهل السنة والجماعة‬

ASAS-ASAS PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Oleh: Al Ustadz Abu Auzaie

‫بسم ا الرحمن الرحيم‬

Siri 1 :

Mengikuti Jalan Salafus Soleh dalam memahami Al-Quran dan Hadis

Dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis menunjukkan kepada kita perlunya mengikuti
jalan para sahabat dalam memahami kedua-dua nas tersebut. Merekalah generasi yang lebih
mengetahui isi kandungan Al-Quran dan Hadis kerana mereka belajar agama ini terus daripada
Rasulullah. Bacalah ayat-ayat dan hadis berikut dan hayatilah maknanya :

1. Firman Allah :

‫والسابقون الولون من المهاجرين والنأصار والذين اتبعوهم باحسان رضي ا عنهم ورضوا عنه وأعد لهم جنات تجرى تحتها‬
100 ‫ التوبة‬- ‫النأهار خالدين فيها أبدا ذلك الفوز العظيم‬

Maksudnya : “generasi terawal yang mendahului (dalam beriman) dikalangan Muhajirin dan
Ansor dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan cara yang baik, Allah meredhoi mereka
dan mereka redho dengan Allah dan Dia sediakan buat mereka syurga-syurga yang mengalir
dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kejayaan yang
amat besar” - At-Taubah ayat 100.

Perhatikanlah kepada kalimah berikut (..dan orang-orang yang mengikuti jalan mereka..). ertinya
orang-orang yang mengikuti Muhajirin dan Ansor dalam memahami agama yang dibawa oleh
nabi kita Muhammad ‫ صلى ا عليه وسلم‬, mereka itu layak memperolehi ganjaran yang disebutkan
di dalam ayat di atas iaitu mencapai keredhoan Allah dan syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai. Inilah kejayaan yang dijanjikan buat orang yang mengikut jalan sahabat.
Kejayaan ini tidak akan kita perolehi sekiranya kita mengikuti manusia selain mereka dalam
memahami maksud Al-Quran dan Hadis. Oleh itu Imam Ahmad berkata di dalam kitab ‘Usul As-
Sunnah’ : “Asas-asas pegangan ahli sunnah menurut kami adalah berpegang teguh dengan
cara para sahabat Rasulullah dan mencontohi mereka”.
1. Firman Allah :

‫ النساء‬-‫ومن يشاقق الرسول من بعد ما تبين له الهدى ويتبع غير سبيل المؤمنين نأوله ما تولى ونأصله جهنم وساءت مصيرا‬
115

Maksudnya : “sesiapa yang berpisah daripada Rasul (jalannya) selepas nyata kepadanya
kebenaran dan mengikuti jalan selain jalan orang-orang mukmin maka Aku biarkan dia bersama
pilihannya dan Aku sumbatkannya ke dalam neraka jahannam yang merupakan seburuk-buruk
tempat kembali”- An-Nisa ayat 115.

Allah menyatakan di dalam ayat ini tentang ciri-ciri orang yang dihukum iaitu dengan merasakan
dirinya berada di atas kebenaran sedangkan dia telah terpesong di dunia ini, kemudian di hari
kiamat dia akan dicampakkan ke dalam neraka jahannam. Ciri-ciri orang tersebut ialah dia keluar
daripada jalan Rasulullah dan mengikut jalan selain jalan orang-orang mukmin iaitu para sahabat
kerana merekalah orang-orang mukmin ketika turunnya ayat ini. Ayat ini membawa maksud
dalam memahami jalan Rasulullah kita dituntut mengikuti kefahaman para sahabat kerana itulah
kefahaman yang sebenar tentang ajaran baginda. Mengenepikan kefahaman generasi terawal
membawa erti keluar daripada jalan Rasulullah. Sesiapa yang berbuat demikian maka dia
terdedah kepada bahaya yang amat besar di hari kemudian.

1. Sabda Rasulullah ‫صلى ا عليه وسلم‬:

‫رواه البخاري ومسلم‬.…‫خير الناس قرنأي ثم الذين يلونأهم ثم الذين يلونأهم‬

Maksudnya: “sebaik-baik manusia ialah mereka yang berada di kurunku, kemudian orang-orang
yang selepas mereka, kemudian orang-orang yang selepas mereka….” - riwayat Bukhori dan
Muslim.

Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita para sahabat merupakan manusia yang terbaik
dikalangan umat Muhammad ‫ صلى ا عليه وسلم‬. Ini membawa erti tiada siapa dikalangan generasi
yang terkemudian yang lebih baik atau setanding dengan mereka dalam semua sudut. Sama ada
dalam ketinggian darjat di sisi Allah atau kekuatan aqidah dan keimanan, kekuatan beramal atau
keupayaan memahami maksud sebenar ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Sudah tentulah orang
yang cerdik dan berakal akan mengikuti jalan generasi yang dipercayai, generasi yang mendapat
penghormatan daripada Allah dan rasulNya. Adakah generasi yang terkemudian mendapat pujian
dan penghormatan seperti ini? Sudah tentu tidak. Bahkan di dalam hadis-hadis Rasulullah
banyak menyatakan keburukkan generasi yang terkemudian kecuali mereka yang berpegang
teguh dengan ajaran baginda dan mengikuti jalan sahabat-sahabat baginda.

1. Sabda Rasulullah ‫صلى ا عليه وسلم‬:

‫ من على مثل ما أنأا عليه‬: ‫ قيل من هم يا رسول ا؟هلل قال‬, ‫ كلها فى النار ال واحدة‬, ‫وستفترق أمتي على ثلثا وسبعين فرقة‬
‫اليوم وأصحابي‬

Maksudnya : “dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan , kesemuanya berada di dalam
neraka kecuali satu kumpulan”. Dikatakan kepada baginda : siapakah mereka wahai Rasulullah?
Jawab baginda : ” siapa yang berada di atas perkara yang aku berada di atasnya hari ini dan
sahabat-sahabatku” - disohehkan oleh Al-Albani.

Ertinya mengikut sunnah baginda dan para sahabat yang mengetahui maksud yang terkandung di
dalam sunnah baginda.

Wahai umat Muhammad….

Inilah jalan kita… mengikuti para sahabat dalam memahami agama. Merekalah yang
lebih mengetahui maksud Al-Quran dan Hadis. Tidaklah sesat golongan yang bernama khawarij,
muktazilah, qodariyah, jahmiyah, rafidhah dan sebagainya melainkan kerana mereka
mengenepikan kefahaman generasi terawal tentang ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Maka
janganlah kita mengikut jejak langkah golongan tersebut…

Semoga Allah memberi taufiq kepada kita semua.

Last 5 posts in Manhaj

 Taat Kepada Pemerintah Dalam Perkara Ma'ruf - November 5th, 2009


 Berjaga Jaga dalam Dien - June 29th, 2009
 Asas Pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah-3 - April 8th, 2009
 Asas Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah-2 - March 7th, 2009
 Wasiat Rasulullah - February 13th, 2009

Tags: Asas ahli sunnah1

Anda mungkin juga menyukai