Anda di halaman 1dari 5

PEMBINAAN WARGA

Warganegara yang baik adalah warganegara yang peka kepada tuntutan


semangat patriotisme & ideologi negara, mencintai tanah air, berdisiplin,
menyahut seruan dan menyokong cita-cita negara serta memahami, menghayati
dan mengamalkan nilai-nilai murni.
Menurut Tun Salleh Abbas, Rukun Negara tidak mengenakan kewajipan
yang lebih dan tidak memberikan hak yang lebih berbanding dengan apa
yang terkandung dalam perlembagaan. Jadi usaha untuk mematuhi Rukun
Negara tidak lebih daripada usaha untuk mematuhi perlembagaan. Warganegara
patut menghormati hak dan tanggungjawab, adat, kebiasaan
dan budaya masing-masing.
Rukun Negara merupakan pasport ke arah pencapaian bukan sahaja kehidupan
bersama berbagai-bagai bangsa tetapi percampuran pelbagai bangsa secara
harmoni.
Kata-kata Allayarham Tun Abdul Razak, kerajaan akan berbuat apa sahaja bagi
menggalakkan perpaduan negara, supaya tidak sesiapa pun akan mengalami
apa-apa kehilangan atau merasa penafian hak, keistimewaan, pekerjaan serta
peluang.
Kata-kata YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, setiap warganegara
haruslah aktif berperanan dalam pembangunan.Beliau juga menekankan soal
pembangunan modal insan Human Capital Development dalam membina
tamadun manusia kerana beliau memahami hakikat bahawa insan-insan kamil
merupakan aset ke arah pembentukan sebuah tamadun yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Beliau tidak mahu bangsa Melayu dan umat islam terus dikuasai oleh mentaliti
pemikiran kelas ke-3 sedangkan Malaysia memiliki prasarana yang bertahap
dunia.Beliau juga telah menggariskan wawasannya untuk melahirkan umat
Melayu yang beragama Islam, memiliki keperibadian sebagaimana yang dimiliki
oleh para sahabat Rasulullah S.A.W di awal kebangkitan Islam pada abad ke-7
dahulu.
Rasulullah S.A.W sendiri pernah menyatakan misi kerasulannya yang
bermaksud: Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.
Justeru, di peringkat awal penyebaran Islam, Nabi Muhammad S.A.W telah
menjalankan satu pendekatan tarbiyah bagi memperkukuhkan asas-asas
pembinaan insan menerusi pembinaan iman, akhlak dan amal agar sikap ini
sebati dengan diri umat Islam.
Teraju utama Negara kita adalah membina harapan untuk mengubah
minda Orang Melayu dalam menghadapi cabaran persaingan sejagat.

DEFINISI PATRIOTISME
Mengikut beberapa kamus dan ensaiklopedia Melayu dan Inggeris, patriotisme
bolehlah didefinisikan sebagai``Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.''
Semangat cinta tanah air dan sikap bersedia mengorbankan apa sahaja untuk
kejayaan dan kemakmuran negara.
Menurut ahli cendiakawan pula patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak
yang lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa
dan bangsa. Ia merupakan semangat yang universal, bebas daripada elemen
perkauman dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan maruah
tanahair tercinta.
Oleh itu, patriotisme bolehlah ditakrifkan sebagai semangat perjuangan dan
pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, kesetiaan,
kebanggaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan dan komitmen seseorang
manusia kepada agama, bangsa dan negaranya.
UNSUR-UNSUR PATRIOTISME
Patriotisme di zaman datuk nenek moyang kita lebih dizahirkan melalui
semangat juang dan keberanian dalam menghadapi musuh dan apa jua cabaran
yang mengancam kedaulatan bnagsa dan tanahair disamping memperjuangkan
kebebasan dari cengkaman penjajah yang diertikan sebagai sebuah
kemerdekaan. Selepas itu generasi yang lahir selepas merdeka fokus
patriotismenya ialah mengisi kemerdekaan. Bagi yang melalui zaman
konfrontasi, fokusnya ialah mempertahankan kedaulatan Malaysia yang baru
dibentuk. Tragedi 13 Mei 1969, yang berlaku menuntut semanta patriotisme dari
segi fokusnya perpaduan rakyat manakala pada masa kegawatan ekonomi pula,
fokusnya ialah mempertahankan kedaulatan ekonomi negara.
Setelah negara menjangkau berpuluh tahun kemerdekaan, persepsi terhadap
patriotisme bukan sahaja mengorbankan nyawa dan darah malah menuntut
kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk
mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan
kesejahteraan ummah.
Terdapat juga warganegara Malaysia yang menzahirkan semangat
patriotismenya melalui kejayaan mencipta rekod dan menempa nama Malaysia
di pentas dunia. Demi nama Malaysia, mereka sanggup menyahut cabaran
merentas lautan belayar mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi
Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur
Gemilang di puncak Gunung Everest, dan menawan Kutub Utara walaupun
menyedari bahaya dan risiko yang menanti. Dan yang paling tidak mungkin
dilupakan kejayaan Dato Syeikh Muzafar membawa nama Malaysia dan mencipta
sejarah sebagai angkasawan pertama dari Asia tenggara.
Apabila ditinjau dari sudut pandangan Islam pula, sifat patriotisme juga
mempunyai hubung kait yang rapat dengan sifat cintakan negara dan tanah air.
Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sebuah hadis yang membawa
maksud: Cinta kepada negara adalah sebahagian daripada iman.
Ini amat jelas sekali daripada ayat 60 Surah al-Anfal yang membawa maksud:
Hendaklah kamu bersiap sedia dengan sebaik mungkin dengan sekadar

tenagamu, kekuatan dan kuda yang terpaut, dengan demikian kamu menakuti
musuh Allah dan musuhmu
Ayat ini dengan jelas memfokuskan kepada usaha mempertahankan diri dan
negara daripada serangan musuh. Dalam erti kata lain, Islam menggalakkan
umatnya mengamalkan sikap patriotik di dalam diri masing-masing.
KEPENTINGAN PATRIOTISME
Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah mengingatkan, tanpa semangat ini, kita
tidak boleh yakin kita dapat bertahan, kita dapat kekalkan hak kita.
Kemungkinannya ialah kita akan tinggal nama dalam sejarah saja.
Patriotisme penting kepada Malaysia. Ia menjadi satu daripada prasyarat
pembentukan bangsa dan pengukuhan ketahanan nasional. Apabila seseorang
warga itu mempunyai semangat patriotisme, dengan sendirinya cinta dan kasih
yang tulus abadi terhadap negara menjadi benteng dan perisai dalam menangkis
seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama,
melumpuhkan bangsa dan meruntuhkan negara.
Patriotisme memainkan peranan penting dalam membentuk kemuliaan agama,
keunggulan jati diri, kemantapan budaya, keteguhan perpaduan antara
kaum,politik bersih, semangat perjuangan yang tekal dan masa depan yang
cerah.
PERANAN GURU DALAM MENYUBURKAN PATRIOTISME DIKALANGAN MURID.
Peranan guru tidak hanya menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran
untuk dihafal atau diluahkan dalam peperiksaan, tetapi juga bertanggungjawab
membentuk sahsiah serta akhlak mulia di kalangan mereka. Guru tidak harus
menjadi penyampai ilmu semata-mata, sebaliknya perlu turut membentuk jiwa
dan nilai yang murni.
Dalam menyuburkan nilai-nilai patriotisme dalam diri pelajar, guru boleh
menggunakan elemen sejarah sebagai medium. Hakikatnya manusia mudah lupa
pada sejarah.Memang benar dari segi fizikalnya kita telah bebas dari penjajahan,
namun bangsa Malaysia pada hari ini berhadapan dengan musuh yang menjelma
dalam pelbagai bentuk dan rupa. Kita sebenarnya telah berasa selesa dan enak
dibuai mimpi. Namun jangan kita lupa kelekaan ini memberi peluang pada
musuh negara menyerang secara senyap. Ibarat gunting dalam lipatan. Guru
harus menyedarkan pelajar mengenai keperitan dan perjuangan hidup dalam
membebaskan tanahair dari cengkaman penjajah.
Selain itu guru boleh membimbing murid mengenal diri dan mencintai warisan
bangsa dan negara memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap agama,
bangsa dan negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat
dan harmonis, memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam
pembangunan dan kemajuan, membina dan mengembangkan kefahaman,
kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya
untuk bertindak dengan sewajarnya; dan bersemangat ingin berusaha dan
melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.

JATI DIRI
Jati diri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau
masyarakat, contohnya kebolehan berniaga pada kaum Cina adalah salah satu
sikap jati diri. Dalam pengertian lain jati diri ialah identiti individu, masyarakat
dan Negara bangsa yang mempunyai sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan. Jati
diri juga merujuk kepada keteguhan hati dan kekuatan jiwa seseorang. Jati diri
dibangunkan dengan ilmu dan didikan agama yang kukuh. Dengan ilmu yang
kita perolehi pula, kita boleh menjana masyarakat kita. Satu bangsa yang hebat
mempunyai jati diri yang tinggi, sanggup berjuang, rajin bekerja, sentiasa
mementingkan kualiti kerja, sanggup menghadapi cabaran, ingin mencuba, tidak
mudah patah hati, memahami dan menghayati ciri-ciri negaranya yang unik.
Jati diri amat penting dalam diri seseorang untuk membolehkannya menjalani
kehidupan yang bahagia dan mencapai kejayaan yang lebih bermakna.
Sekiranya jati diri atau ketahanan diri ini tidak ada pada diri individu, maka
pelbagai sifat yang negatif akan mempengaruhinya dengan mudah. Kerapuhan
jati diri inilah yang sering menjadikan individu itu tamak dalam mengejar
kejayaan dan kemewahan dunia tanpa memikirkan kesan perbuatannya kepada
diri sendiri dan orang lain. Inilah antara sebab mengapa sesetengah individu
sanggup disogok rasuah, meyebarkan fitnah, berdendam, mempunyai hasad
dengki, mudah hilang sabar, terjebak dalam penagihan dadah, penyeludupan,
jenayah dan sebagainya.
Malaysia memerlukan para guru yang memiliki sifat jati diri. Di samping itu, kita
perlu sedar sesuatu bangsa itu tidak akan dimartabatkan di mata dunia tanpa
memiliki sebuah negara merdeka. Jati diri adalah merupakan perisai utama
untuk mengekalkan kemerdekaan sesebuah negara dari semua aspek khasnya
penjajahan minda. Jati diri boleh mempengaruhi perkembangan politik, ekonomi
dan sosial. Oleh yang demikian kemajuan dan kemunduran sesebuah negara
berkait rapat dengan jati diri. Sekaligus anda sebagai guru memainkan peranan
utama dalam usaha membentuk jati diri di kalangan generasi akan datang.
Warganegara yang memiliki jati diri adalah rakyat malaysia yang dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga serta masyarakat.
Antara sumbangannya ialah memupuk keharmonian keluarga, bersemangat
patriotik dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara, mematuhi, mengekalkan
dan mempertahankan kestabilan negara, memupuk perpaduan melalui
semangat kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat- menghormati.
Sains dan teknologi juga harus digunakan untuk memajukan ekonomi ke arah
perkembangan bangsa dan negara.
Terdapat beberapa implikasi terhadap sesebuah negara jika rakyatnya tidak
memiliki jati diri. Antaranya ialah akan berlaku keruntuhan sosial akibat terlalu
ghairah meniru segala yang datang dari Barat. Selain daripada itu, kemerosotan
ekonomi juga akan terjadi akibat terlalu mengagungkan barangan luar negara.
Terdapat juga ruang dan peluang kepada amalan politik yang kurang sihat serta

maruah dan martabat Negara akan tergadai serta berlakunya penjajahan minda
yang mengganggu gugat kedaulatan Negara.
Tahap jati diri rakyat Malaysia secara umumnya masih rendah. Ini dapat
diperhatikan dengan melihat cara hidup segelintir masyarakat Malaysia yang
begitu mengutamakan harta dan kekayaan sehingga lupa akan budaya bangsa
Malaysia. Ramai yang mengabaikan aspek kerohanian dalam mengejar cita-cita.
Maka tidak hairanlah, sesetengah individu bersikap bongkak dan sombong
setelah mendapat pangkat tertentu atau menjawat jawatan tinggi. Sukar untuk
kita melihat individu yang masih mengikut resmi padi,semakin berisi, semakin
tunduk. Bagi individu yang memiliki harta dan kekayaan pula, sesetengahnya
begitu megah dan bakhil.
Bagi yang miskin pula, mereka tanpa segan silu meminta-minta dan
mengharapkan sedekah walaupun mereka sihat dan mampu bekerja.
Sesetengahnya pula mencuri, meragut dan sanggup membunuh demi
mendapatkan wang untuk dadah, berjudi, minum arak, berpesta dan sebagainya.
Bagi remaja masa kini, tahap jati diri begitu rapuh sehingga ramai remaja yang
terlibat dalam masalah sosial seperti penagihan dadah, pelacuran, sindiket cetak
rompak, buang bayi, budaya samseng dan sebagainya. Mereka sanggup
melanggar ajaran agama dan membelakangkan ibu bapa. Apabila kesusahan dan
bala tiba, mereka pula yang tidak sanggup menerimanya dan tidak redha
sedangkan masalah remaja masa kini berpunca dari mereka sendiri. Inilah antara
masalah-masalah masyarakat yang menunjukkan ketahanan diri atau jati diri
masih lemah. Tidak hairanlah perpaduan sukar untuk dipertahankan kerana
masing-masing hidup mementingkan diri sendiri.
Untuk mencapai keharmonian dan kemakmuran keluarga serta masyarakat
secara keseluruhannya, maka setiap individu perlu memiliki jati diri agar setiap
individu dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan memupuk perpaduan
melalui semangat kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormatmenghormati. Tanggungjawab guru sebagai arkitek pembangunan Negara
bangsa bukanlah mudah. Ia memerlukan ilmu, kemahiran dan kesungguhan
dalam amalan. Guru juga perlu menjadi role model dalam melahirkan
Warganegara yang cintakan Negara, patriotik, patuh kepada Perlembagaan dan
taat setia kepada Negara serta bangga menjadi rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai