Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Keanjalan sistem perundangan Islam menjadikannya sentiasa bersifat semasa yang


mampu berfungsi untuk menyelesaikan keperluan ummah yang semakin pelbagai. Melalui
instrument-instrumen asas pembentukan hukum seperti uruf, sifat kontemporari hukum-
hukum Islam dapat dipertontonkan. Begitu juga dalam menentukan hukum Kosmetik
Mesra Wuduk ini, kerana semua hukum yang ada di dunia ini hukum asalnya adalah harus
kemudian ianya bertukar hukum yang lain jika ada dalil-dalil yang lain yang membahaskannya.
Tentang perbahasan ini suka saya untuk berkongsi perbahasan yang telah dibuat oleh
Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

2.0 Perhiasan dan Galakkan Terhadapnya

Al-Bujairimi (1951) dan Qalaji (2000) di dalam buku Isu-Isu Fiqh Kontemporari keluaran
UNISZA ada menyebut bahawa mentakrifkan perhiasan sebagai barang yang dipakai untuk
menambah kecantikan

Perhiasaan dan kecantikan adalah merupakan fitrah semulajadi bagi setiap wanita.
Seperti yang dimaklumi bahawa wanita teramat suka kepada kecantikan dan ianya juga tidak
dapat dipisahkan daripada sifat kewanitaan semenjak penciptaannya lagi.

Firman Allah SWT:








Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-
perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti
lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah al-Nur: 31)

1
Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat daripada surah al-Nur ayat 31 berkata: Hiasan kecantikan
adalah halal bagi wanita kerana menepati fitrah mereka. Kesemua wanita teramat suka kepada
kecantikan. Bentuk perhiasan berbeza dari zaman ke zaman akan tetapi asasnya adalah
daripada fitrah yang satu. Hiasan kecantikan juga adalah suatu yang menjadi keinginan dalam
menghasilkan kecantikan dan penyempurna kepada kecantikan. Islam tidak menentang
keinginan fitrah ini akan tetapi Islam mengaturnya dan menetapkan dawabitnya. Dan Islam
menjadikan hiasan kecantikan ditujukan kepada seorang lelaki (iaitu orang yang berkongsi
kehidupan dengannya) dizahirkan hiasan kecantikan tidak kepada orang lain selain mereka.
Dan juga mereka saling berkongsi dalam mengzahirkan hiasan kecantikan sesama mereka
(selain suami) dan juga kepada mahram lelaki yang disebut pada ayat selepasnya, iaitu yang
sudah tidak mempunyai kesan kepada syahwatnya disebabkan hiasan kecantikan itu. Ini boleh
merujuk pada kitab Tafsir fi Zilal al-Quran (4/2512).

Daripada Ibn Masud, bahawa Nabi SAW bersabda:



Maksudnya: Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.

Riwayat Muslim (147)

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram menyebut:

Sebelum Islam meletakkan perhatiannya yang tinggi kepada perhiasan yang elok dan baik,
terlebih dahulu diberi perhatian sepenuhnya kepada soal kebersihan yang menjadi pokok
utama bagi semua perhiasan dan pemandangan yang cantik.

Rasulullah SAW bersabda:




Maksudnya: Bersihkanlah diri kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.

Riwayat Ibn Hibban

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda:






Maksudnya: Kebersihan itu menyeru kepada keimanan dan keimanan pula akan mendampingi
tuannya di dalam syurga.

Riwayat al-Tabarani

Oleh kerana itu, Islam menggalakkan umatnya sentiasa dalam keadan bersih dari segi
pakaian, tubuh badan, rumah tangganya dan sebagainya. Islam juga mengambil berat
terhadap kebersihan gigi, tangan, kepala dan lain-lain lagi.

Islam mensyaratkan kebersihan dalam agama sebagai kunci ibadat kepada Allah SWT
iaitu solat. Tidak akan diterima solat seseorang Muslim itu melainkan tubuh badan, pakaian
dan tempat untuk solat berada dalam keadaan bersih dan suci, di samping menjaga

2
kebersihan diri sendiri. Ini semua adalah isi yang terkandung dalam buku al-Halal wa al-
Haram oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Penerangan yang disebut oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi di atas ini bertepatan
dengan apa yang telah lama disebut oleh Imam Malik rahimahullah berkenaan dengan hadis
Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan. Iaitu berkaitan dengan
berpakaian dengan pakaian yang kelihatan cantik, bersih ketika solat dan juga bercantik-
cantik dengan pemakaian dan berwangi-wangian pada hari-hari perhimpunan manusia.
ini juga dapat dirujuk pada al-Muntaqa Syarh al-Muwatta karya Abu al-Walid al-Baji al-Maliki
(7/220).

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi juga berkata dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram:

Jika Islam membolehkan kita untuk berhias diri, kita dituntut untuk menghias diri dan melarang
untuk mengharamkan perhiasan diri, sesuai dengan firman Allah SWT:




Maksudnya: Katakanlah (hai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan
Allah SWT yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-
benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?

(Surah al-Araf: 32)

Islam juga mengharamkan ke atas kaum lelaki dua jenis perhiasan, namun begitu tidak pula
diharamkan-Nya kepada kaum wanita. Lihat al-Halal wa al-Haram (116)

Kami nukilkan juga di sini daripada al-Fiqh al-Manhaji:

Terdapat beberapa dalil umum yang menunjukkan kesemuanya merupakan kurniaan Allah
SWT kepada hamba-Nya yang dijadikan untuk mereka nikmati dan mengambil manfaat dalam
kehidupan mereka sama ada daripada pakaian, perhiasan, kegunaan dan keseronokan hidup
mereka di dunia.

Firman Allah SWT:



Maksudnya: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.

(Surah al-Baqarah: 29)

Firman Allah SWT:

3






Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan
perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga
benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya? Katakanlah: Semuanya
itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam
kehidupan dunia, (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman
sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu
persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.

(Surah al-Araf: 32)

Begitu juga firman Allah SWT:





Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu
(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, pakaian perhiasan, dan pakaian yang
berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah
kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya
(dan bersyukur).

(Surah al-Araf: 26)

Justeru, berdasarkan dalil-dalil tersebut dan dalil yang lain, ternyata bahawa hukum asal
semua yang berkaitan dengan pakaian dan perhiasan adalah halal dan harus melainkan
yang dikecualikan daripada hukum asal tersebut dengan nas-nas yang khusus. Lihat al-Fiqh
al-Manhaji (3/90)

3.0 Hukum Berkaitan Berhias Bagi Wanita

Dalam penulisan Ustaz Zulkifli juga beliau juga menyatakan bahawa hiasan kecantikan yang
merupakan fitrah wanita itu asalnya adalah baik dan mempunyai asas daripada syara akan
tetapi ianya mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syara secara jelas berkaitan
dengan hukum berhias bagi wanita.

Beliau juga ada membawakan beberapa soal jawab fatwa berkenaan hukum berhias
bagi wanita, antaranya: Fatwa Syeikh Abdul Halim Mahmud berkenaan hukum wanita memakai
Lipstik dan Perhiasan.

Di antara hak wanita itu adalah berhias dan suami harus mengambil kenikmatan dengan
kecantikan serta perhiasannya. Firman Allah SWT:

4



Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan
perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga
benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?

(Surah al-Araf: 32)

Walau bagaimanapun wanita hanya harus berhias untuk para suami mereka sahaja.
Tidak harus dia mempamerkan kecantikannya selain daripada suami mereka (dan sebahagian
manusia yang disebut di dalam ayat di bawah) kerana ini telah keluar daripada batas-batas
syariat. Al-Quran telah membataskan batas-batas ini:

Firman Allah SWT:







Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-
perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti
lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah al-Nur: 31)

Imam al-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Musa Asyari bahawa Nabi SAW
bersabda:

5
Maksudnya: Setiap mata itu adalah zina, dan wanita pula apabila dia keluar dalam keadaan
berwangi-wangian dan berjalan di dalam majlis (di khalayak ramai) maka dia adalah demikian-
demikian (iaitu seperti penzina atau seperti pelacur).

Riwayat al-Tirmizi (2786) dan al-Darimi (2646)

Dalam hadis yang lain:





Maksudnya: Perumpamaan al-Rafilah yakni wanita yang berjalan atau berhias selain untuk
suaminya, adalah seperti kegelapan pada hari kiamat yang tidak ada cahaya baginya.

Riwayat al-Tirmizi (1167)

Tujuan utama syariat Islam membataskan yang demikian adalah hendak menutup pintu fitnah
khususnya fitnah yang akan berlaku dalam kalangan muda-mudi. Berhias itu suatu perkara
yang dituntut kerana Allah SWT itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan, tetapi
hendaklah berhias untuk suami. Ini adalah hasil rujukan beliau berdasarkan Fatawa Syeikh
Abdul Halim Mahmud (1/977)

Fatwa Syeikh Muhammad Mutawalli ketika menjawab soalan berkenaan dengan wanita
bertudung yang mewarnakan rambutnya.

Syeikh ditanya soalan: Adalah harus bagi wanita yang bertudung mewarnakan rambutnya?
Maka Syeikh menjawab: Harus jika niatnya itu berhias untuk suami. Adapun jika belum
berkahwin dan untuk menarik pandangan maka itu tidak harus kerana ia dianggap suatu jenis
daripada penipuan. Wallahualam. Ini adalah merujuk pada Fatawa al-Marah al-
Muslimah (229).

Fatwa Syeikh Abdul Malik al-Saadi ketika ditanya berkenaan hukum wanita memotong
rambut dan memakai celak pada dua matanya.

Syeikh ditanya: Adakah harus wanita memotong rambutnya? Dan adakah harus wanita
memakai celak di hadapan lelaki ajnabi sama ada nipis atau tebal? Dan adakah semua jenis
celak itu haram? Maka Syeikh menjawab: Seseorang perempuan itu harus memotong
rambutnya jika tidak menyamai rambut lelaki. Sekiranya dia memotong sehingga pendek
seperti lelaki maka hukumnya adalah haram kerana telah melakukan tasyabbuh bi rijal (iaitu
menyamai lelaki). Sesungguhnya seseorang perempuan itu diharamkan menyerupai lelaki
sama ada pada rambut, pakaian atau penampilannya.

Adapun celak sekiranya dia pakai di hadapan lelaki ajnabi sehingga menimbulkan fitnah
sama ada nipis atau tebal maka hukumnya adalah haram, sekiranya untuk berubat dan tidak
menimbulkan fitnah maka adalah diharuskan. Maka yang terlebih utamanya hendaklah tidak
memakainya untuk menjaga agamanya. Wallahualam.

Soal jawab oleh Syeikh Mutawalli Syarawi ini telah Ustaz Zulkifli perolehi daripada laman
sesawang http://www.alomah-alwasat.com/ pada soalan no. 1543.

4.0 Larangan Islam Terhadap Kekotoran Dan Najis

6
Islam merupakan agama yang cintakan kepada kebersihan dan menolak kekotoran dan perkara
yang membawa kepada kekotoran sama ada secara hissi ataupun manawi.

Sabda Nabi SAW:




Maksudnya: Bersihkanlah diri kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.

Riwayat Ibn Hibban

Berdasarkan hadis di atas dapatlah difahami disebalik lafaz yang disebut bahawa Islam
menyuruh supaya menjauhi kekotoran kerana Islam itu bersih. Maka kebersihan lawannya ialah
kekotoran.

Firman Allah SWT:




Maksudnya: Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan
kepada mereka segala benda yang buruk.

(Surah al-Araf: 157)

Setelah perbahasan yang panjang lebar berkenaan hukum serta kompenen-kompenen yang
terlibat dihurai berdasarkan fatwa dan rujukan kitab-kitab muktabar dijelaskan barulah Ustaz
Zulkifli memberi pencerahan berkenaan hukum kosmetik mesra wuduk ini, iaitu pada subtopik
5.0 Definisi Kosmetik Mesra Wudhu dalam penulisan saya ini.

5.0 Definisi Kosmetik Mesra Wuduk

Secara mudahnya produk kosmetik mesra wudhu ini dapat didefinisikan sebagai sebuah produk
yang mudah untuk ditanggalkan. Caranya ialah hanya membasuh muka dengan air sahaja
serta tidak perlu kepada sabun khusus untuk menghilangkan solekan di muka bagi tujuan
untuk mengambil wuduk.

Tambahan lagi, beliau menyatakan adapun kebanyakan produk kosmetik yang tidak
mesra wuduk adalah sebaliknya, iaitu susah untuk ditanggalkan dan memerlukan sabun
khusus untuk ditanggalkan. Dan ada jenis produk yang bukan mesra wudhu teramat susah
untuk ditanggalkan sehingga perlu dibasuh berkali-kali untuk menghilangkan solekan di muka.
Sebahagian lain pula hanya menggunakan kapas dan peluntur solekan.

Menurut kajian dan pemerhatian oleh Ahli Majlis Fatwa Persekutuan, merumuskan
definisi produk kosmetik mesra wuduk adalah produk mudah dihilangkan agar tidak
menghalang air wuduk sampai ke kulit.

Walaupun begitu produk yang diiktiraf sebagai mesra wudhu oleh syarikat berkenaan
tidaklah menjamin ketelapan air wuduk untuk sampai ke kulit. Ini memerlukan perbincangan
yang khusus.

7
Ketelapan Air.

Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu berkata: Apabila adanya di atas sebahagian
anggota lilin atau tepung atau inai dan seumpama dengannya. Yang mana ianya menghalang
air ke anggota, maka tidak sah taharahnya, sama ada banyak atau sedikit. Jika berbaki di atas
tangan dan selainnya kesan inai dan warnanya tanpa ainnya (zatnya) atau kesan lemak
cair yang mana air akan menyentuhi kulit anggota dan air juga mengalir di atasnya akan
tetapi ianya tidak melekat (iaitu air tidak melekat pada kesan minyak di atas tangan). Maka
sah taharahnya. Lihat al-Majmu (1/467).

Begitu juga yang disebut di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj (1/187) di dalam Bab Wuduk.
Dan inilah pandangan jumhur ulama kecuali Mazhab Hanafi.

Jumhur ulama menetapkan syarat sah wudhu ialah empat kecuali mazhab Hanafi, antara salah
satu syaratnya ialah syaratnya:

Menghilangkan apa-apa yang menghalang air daripada menyentuhi anggota wuduk. Iaitu

hendaklah tidak ada di atas anggota yang wajib wuduk sesuatu yang menghalang daripada
sampainya air menyentuhi kulit, seperti lilin, lemak, dan sebagainya. Lihat al-Fiqh al-Islami

wa Adillatuhu (1/329).

Fatwa Syeikh Muhammad Mutawalli Syarawi berkaitan dengan soalan hukum menghilangkan
cat di kuku ketika berwuduk.

Syeikh Muhammad Mutawalli Syarawi ditanya: Adakah wajib bagi saya menghilangkan cat
kuku ketika berwuduk? Maka Syeikh menjawab: Ya! Sesungguhnya engkau telah pun
menjawab dengan sendirinya! Selagi mana engkau mengatakan ia adalah cat yang
menghalang air daripada sampai ke kulit maka wajib engkau menghilangkan ketika
mengangkat hadas kecil atau besar. Adapun inai tidak mengapa. Wallahualam. Lihat
Fatawa al-Marah al-Muslimah (198).

Maka berdasarkan pandangan-pandangan para ulama di atas, maka beliau


menyimpulkan bahawa sekiranya produk kosmetik mesra wudhu tersebut merupakan satu
produk yang menyebabkan air wuduk tidak menyentuhi kulit dan mengalir, maka tidak sah
wudhunya. Adapun jika produk tersebut ialah produk yang mudah dihilangkan zatnya pada
mana-mana anggota wudhu dan air dapat menyentuhi kulit serta mengalir maka sah wuduknya.
Walaupun ianya meninggalkan sedikit kesan dan warnanya.

Sejauh manakah produk yang diiktiraf halal dapat menjamin kesempurnaan ibadah?

Beliau berpandangan, jika betul dan sahih bahawa sekiranya produk kosmetik mesra wuduk
yang diiktiraf halal tersebut tidak menganggu proses ibadat dan tidak menyusahkan jalan ke
arah pelaksaan ibadat maka ianya sama sekali tidak memberi kesan kepada ibadat. Bahkan
jika orang yang memakai produk tersebut dengan tujuan untuk bercantik-cantik dalam
menunaikan beribadat dan merasa selesa dengan pemakaian produk tersebut sepertimana

8
galakan agama yang menyuruh berhias untuk menunaikan solat dengan memakai pakaian
yang cantik, bersih, suci serta menyelesakan tubuh badan, maka ianya adalah perkara
yang terpuji. Adapun sekiranya pemakaian produk tersebut menjadikan keadaan tubuh tidak
selesa, khususnya sehingga membawa kepada terjejasnya hal ehwal solat, maka ini
adalah kesan yang negatif kepada kesempurnaan ibadat.

Justeru itu, beliau melihat jika ianya diiktiraf halal, maka secara asasnya ianya adalah
baik. Persoalan berkenaan produk tersebut dan kaitannya dengan kesempurnaan ibadat,
kami melihat ianya lebih kepada keadaan dan kondisi orang yang memakainya. Wallahualam.

6.0 Penutup

Secara kesimpulannya, hukum menggunakan produk mesra wuduk ini adalah harus
selagi ianya menggunakan daripada sumber yang halal. Hukumnya juga akan kekal harus
selagi mana ianya tidak bertujuan tabaruj dan bermegah-megah kecuali ianya berhias untuk
yang halal bagi mereka seperti suami

Berdasarkan situasi dan isu fiqh kian bercambah harini, dapat kita lihat bahawa
bertapa pentingnya fungsi fatwa dalam mengharungi kehidupan ini dan kewujudan fatwa
membolehkan perlaksanaan hukum-hukum syarak ditegakkan berlandaskan kaedah-kaedah
syariah. Fatwa memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan undang-
undang Islam atau hukum syarak. Dengan kedudukan itu, institusi fatwa diberikan perhatian
yang utama oleh dunia Islam (Zulkifli Mohammad al-Bakri 2008: 1).

Anda mungkin juga menyukai