Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER /SEMESTER : JANUARI/JANUARY 2011

KOD KURSUS /COURSE CODE : HBIS2203

HBIS2203

MUQADDIMAH Penciptaan setiap yang hidup adalah mengikut sunnah Allah yang telah diintegrasikan serasi dengan fitrah kejadiannya.Hakikat penciptaan yang maha hebat daripada Yang Maha Mencipta telah mengaturkan kehidupan dengan begitu sistematik dan saling berhubungan amat memerlukan bentuk-bentuk peraturan yang bersesuaian.Maha Suci Allah yang maha Bijaksana telah memberi garis panduan dalam menetapkan peraturan-peraturan tertentu sebagaimana termaktub di dalam Al Quran.Kurangnya kemampuan dan kecetekan ilmu untuk meneroka dan mengkaji kalam Allah memerlukan kita mencari petunjuk dan mengikut garapan ilmu yang telah disusun oleh jumhur ulama yang mengorbankan keseluruhan hidup mereka dalam keikhlasan,tawadhu dan berpandukan hidayah Allah semata-mata untuk mencari dan menyebarkan ilmu bagi menyelesaikan kekusutan umat.Jasa-jasa mereka dapat kita manfaatkan hingga hari ini.Ini sebagaimana terang al-Syarani rahimahullah:Tujuan yang ingin dicapai oleh para imam mazhab ialah menjelaskan kepada manusia apa yang telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Taala dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat umum kerana kebanyakan ahli masyarakat tidak mampu memahami dalil-dalil al-Qur'an dan Hadis secara langsung. Imam-Imam Mazhab telah membuka lembaran baru sebagai garis panduan umat manusia dalam beramal dan memahami hukum dan perintah yang termaktub di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah.Ternyata usaha murni mereka membuka dimensi baru dalam hidup umat Islam dalam memahami konsep ibadah dan merungkai permasalahan hukum.Lebih-lebih lagi berkaitan hukum syarak iaitu segala peraturan agama dan hukum yang datang daripada Allah. Dalam tugasan ini, akan membincangkan mengenai: I. II. III. IV. Pengenalan mazhab jumhur dan mazhab ahlul usul. Ulama-ulama yang mempelopori kedua-dua mazhab ini. Perbincangan terperinci pembahagian hukum menurut kedua-dua pendapat berserta dalil. Perkara khilaf bagi kedua-dua mazhab ini serta sejauh manakah sahihnya pendapat setiap satu daripadanya,dan

HBIS2203

V.

Kesimpulan dan pandangan penulis mengenai perbezaan pendapat dalam hukum syarak.

1. PENGENALAN MAZHAB 1.1 TAKRIF MAZHAB Kalimah mazhab dari segi bahasa ialah tempat untuk berjalan ataupun jalan itu sendiri (Kamus al-Marbawi 2000).Dari segi istilah pula,mazhab membawa maksud hukumhukum yang terdiri dari himpunan masalah.Terdapat persamaan diantara maksud perkataan ini dari kedua-dua segi iaitu mazhab merupakan jalan yang menyampaikan kehidupan dunia dan hukum-hukum pula boleh menyampaikan kepada akhirat.Secara terminologinya pengertian mazhab menurut Huzaemah Tahido Yanggo adalah pokok fikiran atau dasar yang digunakan oleh imam Mujtahid dalam memecahkan masalah,atau mengistinbatkan hukum-hukum Islam. 1.2 SEJARAH KEMUNCULAN MAZHAB Di zaman Rasulullah s.a.w segala sumber syariat atau fiqh Islam pada era ini hanyalah apa yang bersumberkan daripada ajaran al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah s.a.w yakni ajaran,perbuatan dan persetujuan beliau.Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada tahun 10H/622M.Para Khalifah al-Rashidin mengambilalih sebagai pemimpin agama dengan meneruskan tradisi pimpinan dan pengajaran Islam berlandaskan kepada ajaran alQuran dan al-Sunnah.Beberapa alternatif dipilih oleh para sahabat bila berlakunya sebarang kekeliruan.Diantaranya ialah dengan merujuk kepada fuqaha di kalangan sahabat seperti Abu Bakar,Umar,Ibn Abbas, Ibn Umar,Ibn Masud,Huzaifah Ibn al-Yaman,dan lain-lain lagi.Begitu juga melalui keputusan Syura di kalangan segelintir sahabat yang dipanggil oleh khalifah untuk berbincang. Pada zaman para sahabat juga ijtihad telah berkembang.Pada ketika ini, para sahabat kebanyakannya masih berada di sekitar Kota Madinah.Oleh itu tidaklah menjadi kesukaran untuk berbincang sesama mereka.Faktor ini memudahkan fiqh Islam berjalan dengan lancar dan selari tanpa wujud apa-apa mazhab atau jalan pandangan yang lain.Suasana fiqh Islam berada dalam keadaan yang tulen,penuh keseragaman dan bersatu sebagaimana yang wujud sebelum ini hasil kefahaman dan konsep saling bertolak ansur yang wujud di kalangan para sahabat dan pemimpin mereka Pada zaman tabiin pula,para tabiin yang berguru kepada para sahabat membawa pendapat guru mereka dan menyebarkannya.Dari situ, mulalah berlaku perbezaan pendapat dan semakin menular selari dengan perkembangan Islam yang memenuhi pelusuk.Bagi para 3

HBIS2203

tabiin yang tinggal berhampiran Makkah dan Madinah yang majoritinya dihuni oleh para sahabat,segala permasalahan baru yang timbul akan segera dicari jawapannya di dalam hadis-hadis yang masih lagi terpelihara dikalangan mereka.Bagi mereka yang tinggal di tempat yang agak jauh dari Hijaz seperti Iraq khususnya,mereka menghadapi kesulitan untuk merujuk kepada hadis-hadis dalam menyelesaikan masaah-masalah baru yang timbul. Ini disebabkan kerana kurangnya hadis yang sampai kepada mereka amat sedikit dikalangan para sahabat yang tinggal disana.Selain itu,kemunculan ramai pembawa hadis palsu di Iraq di kalangan golongan munafiq dan juga golongan Rafidah menyuburkan lagi perselisihan.Bagi menyelesaikan masalah hadis-hadis palsu,para tabiin meletakkan syaratsyarat yang amat ketat dalam menerima sesuatu hadis dan mereka juga menggunakan kaedah qias terhadap dalil-dalil yang sedia ada.Mereka meletakkan kaedah tertentu untuk dijadikan hukum asal yang diqiaskan kepada hukum-hakam baru yang tidak ada dalil yang jelas mengenainya. Pada zaman tabiin ini telah wujud pusat-pusat pengajian yang terkenal seperti di Kufah, Hijaz dan Mesir.Setiap orang alim ini akan dikelilingi oleh murid-murid mereka untuk mempelajari hadis dan mengembangkannya di seluruh pelusuk daerah.Pada masa ini,lahirlah Imam Abu Hanifah di Kufah,Madinah sementara Imam Malik pula di Awzae di Syam dan Al- Laith bin Saad di Mesir.Kemudian selepas itu,datang pula peringkat kedua iaitu Imam As-Syafie,Imam Ahmad bin Hambal dan Daud bin Ali.Selepas itu,masih ada zaman ijtihad lagi tetapi kemudiannya umat Islam mula cenderung untuk mengikuti mazhab yang telah disusun oleh para imam muktabar tersebut.Ketika itulah lahir para pengikut mazhab-mazhab empat yang terkenal iaitu Hanbali,Hanafi,Syafie dan Maliki(Dr Kassim Salleh 1989). Sehingga kini,empat aliran yang dibincangkan tadi mendominasi aliran pemikiran umat islam dalam usaha mereka beramal dengan hukum-hukum syara melalui dalil-dalil daripada al-Quran dan asSunnah.Aliran-aliran pemikiran yang terbina melalui kaedahkaedah yang tersendiri ini akhirnya dikenali sebagai mazhab.Mazhab-mazhab ini akhirnya disandarkan kepada para pengasasnya.Contohnya,seperti Mazhab Maliki diambil sempena nama pengasasnya iaitu Imam Malik bin Anas,Mazhab Hanafi diambil sempena nama Imam Abu Hanifah bin Numan,Mazhab Syafie pula diambil sempena nama Imam Muhammad bin Idris al-Syafie dan Mazhab Hanbali dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal. 1.3 PEMBAHAGIAN GOLONGAN MAZHAB 4

HBIS2203

Dalam Islam,istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan iaitu dari sudut akidah dan dari sudut fiqh.Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan,tauhid, qada dan qadar, hal-hal Samiyat, kerasulan dan sebagainya.Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah,Mazhab Syiah,Mazhab Khawarij,dan Mazhab Mutazilah.Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh ialah apa yang berkaitan dengan soal hukum-hakam,halal-haram dan sebagainya.Sebagaimana terang Huzaemah Tahido,Mazhab beerti jalan fikiran,fahaman dan pendapat yang ditempoh oleh seorang mujtahid dalam menetapkan suatu hukum Islam dari sumber al-Quran dan al-Sunnah.Ianya juga bererti sejumlah fatwa atau pendapatpendapat seorang alim besar yang bergelar Imam dalam urusan agama,baik dalam masalah ibadah ataupun lainnya.Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab al-Syafie dan Mazhab Hanbali.Kaedah fiqh aliran mazhab-mazhab tersebut menjadi sumber rujukan dan pegangan yang diiktiraf sebagai ganti atau alternatif kepada ikutan,ijtihad dan analisa terhadap ajaran asli al-Quran dan al-Sunnah. Kesemua mereka ini berada dalam bidang Usul al-Fiqh ataupun juga dikenali sebagai mujtahid mutlaq.Istilah mazhab ini akhirnya bertambah luas apabila para pengikut mereka mula menyebarkan mazhab dan ajaran imam masing-masing dengan mengeluarkan pelbagai fatwa baru untuk menyelesaikan masalah semasa.Fatwa-fatwa mereka ini akhirnya memperkayakan khazanah hukum-hakam yang dikenali sebagai pendapat mazhab mereka.Para ulama selepas itu yang mengembangkan metod imam mazhab mereka dengan mengeluarkan pelbagai fatwa baru dikenali sebagai mujtahid mazhab.Mereka tidak membina aliran mereka tersendiri tetapi sebaliknya,mereka berpandukan mazhab imam masing-masing dan menggunakan metod dan kaedah mereka dalam memahami al-Quran dan al-Sunnah untuk mengeluarkan hukum-hukum syara. 1.4 PENGENALAN MAZHAB JUMHUR Sebenarnya mazhab-mazhab dalam Islam adalah banyak,kerana ulama-ulama yang bekemampuan terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi,para Tabiiin dan tabi Al-Tabiiin yang mempunyai cukup syarat-syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai,tetapi mengikut pendapat ulama,bahawasanya mazhab yang muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab sahaja,mengikut qaul yang rajih iaitu Mazhab Hanafi,Maliki,Syafie dan Hanbali kerana keempat-empat mazhab ini ada mempunyai peraturan-peraturan,kaedah-kaedah dan panduan-panduan yang sempurna lagi lengkap 5

HBIS2203

yang ditulis oleh mereka dalam kitab-kitab mereka dan menjadi bahan-bahan yang tak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam.Maka,sebab itulah keempat-empat mazhab ini dikenali sebagai Mazhab Jumhur yang bermaksud aliran mazhab yang terkenal dan muktabar serta mempunyai panduan lengkap dan menyeluruh.Ada juga mazhabmazhab yang lain lagi selain daripada mazhab yang empat,tetapi tidaklah begitu terkenal dan lengkap dan tidak mempunyai kaedah-kaedah usul-usul dan tidak mempunyai kaedahkaedah yang cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. 1.5 PENGENALAN MAZHAB AHLUL USUL Mazhab ahlul usul ini sebenarnya adalah terdiri daripada mazhab fiqh yang masyhur iaitu Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah yang terdiri daripada Mazhab Hambali,Maliki, Syafie dan Hanafi.Mazhab ahlul usul secara ringkasnya bermaksud satu golongan atau ahli yang pakar dan mahir dalam perkara pokok atau dasar yang digunakan berasaskan sumber yang sahih iaitu Al-Quran dan Hadith Hadith Rasulullah s.a.w dalam memecahkan masalah atau mengistinbatkan hukum-hukum Islam. Namun,ketiga-tiga Mazhab iaitu Maliki,Hambali dan Syafie lebih dikenali sebagai Mazhab Jumhur yang mengklasifikasikan hukum syarak kepada lima bahagian sahaja iaitu ijab,nadb,tahrim,karahah dan ibahah.Manakala mazhab Hanafi pula tetap dikenali sebagai Mazhab Ahlul Usul. Ini disebabkan ulama Hanafi menetapkan bahawa hukum taklifiyy terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu fardu,ijab,nadb,tahrim,karahah tahrim,karahah tanzih dan ibahah. 2. PENGASAS MAZHAB Selepas pemergian Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para Tabiien, maka lahirlah aliran-aliran Mazhab Fiqhiyyah yang dipelopori oleh Imam-Imam Mujtahid yang terdiri daripada Imam Abu Hanifah al-Numan,Imam malik bin Anas,Imam as-Syafiie dan Imam Ahmad Ibn Hanbal.Mereka meupakan pelopor kepada kepada empat mazhab ahli sunnah yang mashur iaitu mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafiie dan Mazhab Hanbali. 2.1 MAZHAB HANAFI Diasaskan oleh Nu`man Bin Tsabit.Lahir pada tahun 80 Hijrah.Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Juga beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan.Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah-masalah yang dihadapi.Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di negeri Iraq. Dan beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra`u).Golongan cerdik pandai pada masa itu 6

HBIS2203

menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan".Semasa hidupnya,beliau dapat menuruti bermacam-macam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan,baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama.Zaman beliau memang dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik,agama dan ideologi-ideologi yang bermacam-macam.Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan juga di zaman pemerintahan `Abasiyah.Sungguhpun Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu.Tetapi beliau sangat merendah diri.Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Dan beliau pernah berkata "Bahawasanya pendapat kami adalah salah satu dari pendapat dan jika didapati pendapat yang lebih baik dan tepat maka pendapat itu lebih benar dan utama". Abu Hanifah seorang yang berperibadi tinggi dalam majlis perbahasan.Beliau tidak sekali-kali menghina mereka yang berbahas dengan mereka.Mereka tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang berbahas dengannya, kerana beliau berpendapat "Sesiapa yang mengkafirkan seseorang maka ia terlebih dahulu kafir dari orang itu." Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M ketika di dalam penjara disebabkan termakan makanan yang diracuni orang.Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul dalam penjara sehingga mati.Kematian tokoh ilmuan Islam ini dirasai oleh dunia Islam.Antara anak-anak murid Abu Hanifah yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu Yusuf (182H/798M) dan Muhammad bin Hasan al-Syaibani (189H/805M) 2.2 MAZHAB MALIKI Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas,lahirnya di kota Madinah dalam tahun 93 hijrah.Beliau dilahirkan 13 tahun selepas lahirnya Iman Abu Hanifah.Semasa hidupnya,Iman Malik dapat menurut dua corak pemerintahan Umaiyah dan Abasiyah,di mana perlingkahan sengit dua pemerintahan sering terjadi.Di masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab,Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya dikalangan masyarakat di waktu itu.Iman Malik menghafaz Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Ingatannya sangat kuat dan menjadi adat kepadanya.Manakala beliau mendengar hadithhadith daripada guru-guru,terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadith-hadtih yang sudah beliau pelajari. Beliau menerima nasihat ibunya mempelajari ilmu fiqh dengan baik.Asalnya Iman Malik adalah seorang guru yang miskin,tetapi pada akhirnya beliau dimurahkan Allah akan rezekinya sehingga beliau menjadi seorang kaya.Imam Malik adalah seorang yang aktif dalam menuntut ilmu.Beliau banyak membuat perhubungan dengan ahli-ahli hadith dan ulama.Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadith.Sanad-sanad (sandararan-sandaran) yang dibawa oleh beliau termasuk salah satu sanad-sanad yang 7

HBIS2203

terbaik dan benar.Beliau seorang yang dipercayai,adil dan kuat ingatannya,cermat dan halus memilih rawi-rawi hadith.Pendek kata Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini.Imam Malik tetap berpegang teguh dalam menganggap hadith-hadith itu petunjuk,penyuluh kepada manusia.Tidak harus seseorang meninggalkan dan membelakangkannya.Sebelum Imam Malik menjadi guru,beliau lebih dahulu mendalami dalam bidang pelajaran sehingga kadang-kala beliau tidak tidur.Setelah fikiran beliau matang dan benar-benar berkebolehan barulah beliau mengajar. Hukum-hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik adalah berdasarkan Al-Quran dan hadith.Imam Malik menjadikan hadith sebagai pembantu bagi memahami AlQuran,Imam Malik sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum-hukum.Beliau berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa.Beliau pernah berkata : "Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku".Ramai orang merendah-rendahkan Imam Malik dengan sebab beliau melewatkan menjawab sebarang pertanyaan.Imam Malik menangis dan berkata "Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti dalam ( hari kiamat)". Pemerintah Abbasid telah memaksa Imam Malik untuk mengesahkan fatwa mereka.Imam Malik enggan malah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa talak kerana enggan mentaati pemerintah adalah tidak sah.Akhirnya Imam Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada,lalu dibiarkan sahaja di tepi badannya.Imam Malik kemudiannya dibebaskan dan beliau kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awal tahun 179H/796M.Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M),Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M). 2.3 MAZHAB SYAFIIE Mazhab Syafie adalah diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie.Beliau dilahirkan pada tahun 105 hijrah di Ghizah,Palestin.Beliau seorang miskin,tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu.Kedhaifannya sehingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu,belulang,pelepah tamar dan tulang-tulang untuk ditulis diatasnya,kadang-kadang beliau terpaksa pergi ke tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memandukan antara hadith dan fikiran dan membentuk 8

HBIS2203

undang-undang fiqh.Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syairsyair,tetapi beliau mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadith hingga sampailah beliau ke kemuncak yang paling tinggi dalam bidang tersebut.Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah.Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata diceritakan kepada nabi muhamad S.A.W. bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama,Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie merupakan mujadid abad yang kedua. Imam Syafie menghafaz Al-Quran dengan sejak kecil lagi,beliau menghafaz dan menulis hadith-hadith.Beliau juga sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu bahasa Arab.Imam Syafie juga banyak menghafaz syair-syair dan qasidah dari puak Hazyl,beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya,tetapi Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fiqh. Di antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama-sama beliau seorang lelaki.Lalu berkata lelaki itu Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah.Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh.Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie.Dari sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadith ialah Imam Malik.Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah merupakan satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam kerana beliaulah yang menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahliahli akal dan hadith. Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu fiqh yang menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami Al-Quran dan Al-Hadith.Juga ia menetapkan kaedah-kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.Al-Syafie meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir.Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul al-Risalah.Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Quran dan al-Sunnah.Selain itu al-Syafie juga meninggalkan kitab fiqhnya yang masyhur berjudul al-Umm.Ajaran al-Syafie diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yakub al-Buwayti (231H/846M), Rabi bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M). 9

HBIS2203

2.4 MAZHAB HANBALI Nama bagi pengasas Imam Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin Hanbal.Lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah.Ibnu Hanbal adalah dari keluarga miskin,kerana bapanya tidak meninggalkan di waktu matinya melainkan sebuah rumah yang kecil yang didiaminya.Untuk menampung kehidupannya, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit untuk mengambil upah.Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya.Beliau tetap mempelajari hadith sehingga beliau menjadi seorang imam,orang pernah berkata kepadanya "Sampai bilakah engkau nak menuntut ilmu?Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?" Imam Ibnu Hanbal menjawab"Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hinggalah ke pintu kubur."Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.Imam Syafie adalah salah seorang dari guru Ahmad Bin Hanbal. Ahmad bin Hanbal pernah mengalami pengalaman hidup dalam penjara kerana kekerasannya menentang Mazhab Mutazilah yang diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu.Mereka (pemerintah) memaksa Imam Ahmad mengesahkan mazhab baru tersebut.Beliau enggan dan ini menyebabkan beliau dirotan dalam penjara sehingga tidak sedarkan diri.Ketegasan Imam Ahmad dan tekanan daripada orang ramai akhirnya menyebabkan pihak pemerintah terpaksa membebaskan beliau.Imam Ahmad kemudian meneruskan pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah kematiannya pada tahun 241H/856M.Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada dunia Islam kitab hadisnya yang terkenal iaitu al-Musnad yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadis Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan atsar para sahabat radhiallahu anhum.Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan ayah mereka, iaitu Abd Allah bin Ahmad dan Salih bin Ahmad.

3. PEMBAHAGIAN

HUKUM

SYARAK

MENGIKUT

PENDAPAT

MAZHAB

JUMHUR DAN MAZHAB AHLUL USUL. Hukum syarak ialah kalam(khitab) Allah S.W.T yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang mengandungi tuntutan( )ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan,atau mengandungi pilihan( )sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak atau berkaitan dengan perkara yang lebih umum dari perbuatan mukallaf dari segi menjadikan sesuatu sebagai sebab,syarat atau penghalang bagi adanya sesuatu yang lain, atau menjadikan keadaan sesuatu sebagai sah atau fasid. 10

HBIS2203

Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara' iaitu al-Quran,asSunnah,Ijma',Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid. Daripada pengertian hukum syarak di atas dapatlah dirumuskan bahawa hukum syarak ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Hukum Taklifi iaitu hukum yang mengandung perintah,larangan,atau memberi pilihan terhadap seorang mukallaf untuk berbuat sesuatu atau tidak berbuat dan Hukum Wadhi iaitu khitab Allah yang berkaitan dengan menjadikan sesuatu sebagai Sebab,Syarat,Mani(penghalang),Sah atau Fasid( Batal) sesuatu hukum. 3.1 Hukum Taklifi Hukum Taklifi adalah hukum yang mengandung perintah,larangan,atau memberi pilihan terhadap seorang mukallaf untuk berbuat sesuatu atau tidak berbuat.Perbuatan;perbuatan hamba mengikut hukum taklifi berada dalam tiga kelompok besar iaitu i) Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan. Jika jenis tuntutan adalah jazam (yakni mesti),maka ia dinamakan Fardhu atau Ijab. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti),iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan Nadb. ii) Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan. Jika jenis tuntutan supaya ditinggalkan itu adalah jazam (yakni mesti),maka ia dikategorikan sebagai Tahrim.Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti),iaitu hanya galakan sahaja,maka ia dinamakan Karahah. iii) Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan Ini bermaksud terserah kepada manusia sama ada ingin melakukannya atau meninggalkannya dan ia dinamakan Mubah

3.1.1

Pembahagian Hukum Taklifi Menurut Mazhab Jumhur ( Maliki, Syafiie dan Hanbali ) Menurut mazhab jumhur,perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak

terbahagi kepada lima bahagian iaitu; I. Ijab

11

HBIS2203

Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti.Iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti atau wajib dilakukan di mana jika ditinggalkan akan berdosa.Contohnya solat lima waktu.Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 110;


Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat

Ayat di atas menjelaskan bahawa solat dan zakat itu adalah Wajib kerana ia satu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil qat'i,al-Quran al-Karim. II. Nadb Iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarak iaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya,namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya. Contohnya galakkan menulis kadar hutang.Sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Al-Baqarah : 282.

Lafaz di atas menunjukkan lafaz tuntutan yang pasti (jazmun) tetapi terdapat qarinah ( petunjuk yang memalingkan makna tersebut kepada sunat ),iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud: . Akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya)Al-Baqarah 283 Nas al-Quran di atas menunjukkan bahawa tuntutan untuk menulis/mencatat hutang adalah Sunat (Mandub) bukannya Wajib.

III.

Tahrim

12

HBIS2203

Iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.Contohnya seperti perbuatan zina.Firman Allah SWT;

32. Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). -S urah

al-

Isra 17:32. Ayat di atas menjelaskan bahawa perbuatan berzinat itu adalah Haram kerana ia satu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun)iaitu berdasarkan dalil qat'i iaitu al-Quran al-Karim. IV. Karahah Menurut mazhab jumhur maksud hukum ini ialah amalan-amalan atau perbuatanperbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.Contohnya seperti duduk di dalam masjid sebelum solat tahayyatul masjid berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w:

:: ( :)
Maksudnya:Apabila kamu masuk ke dalam masjid, janganlah duduk sehingga solat dua rakaat (solat sunat tahayyatul masjid). Dalil ini membawa kepada hukum makruh perbuatan tersebut kerana tuntutan yang tidak tegas ini dapat diketahui melalui lafaz larangan(Nahi) tetapi terdapat Petunjuk (qarinah) yang meunjukkan tuntutan itu tidak secara keras. V. Mubah Iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.Misalnya,firman Allah swt dalam surah AlJumuah ayat 10; 13

HBIS2203


Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

Ayat tersebut menunjukkan hukum kepada perbuatan berusaha mencari rezeki selepas Solat Jumaat adalah harus melalui lafaz suruhan (amr) kerana ada Petunjuk (qarinah) yang menunjukkan diberi kebebasan. 3.1.2 Pembahagian Hukum Taklifi Menurut Pendapat Mazhab Alul Usul ( AlHanafiah) Golongan Hanafiyah pula membahagikan Hukum Taklifi kepada 7 bahagian iaitu:I. Fardhu Khitab atau titah Allah yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti yang berdasarkan dalil Qati.Contohnya,membaca manamana surah dalam solat adalah Fardhu kerana ia berdasarkan dalil qat'i iaitu firman Allah s.w.t yang bermaksud Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran(Al-Muzammil 73:20) . II. Ijab Khitab atau perintah Allah yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti berdasarkan dallil zhanni iaitu dalil yang sabit dengan jalan khabar atau hadis ahad.Contohnya membaca surah al-Fatihah pula adalah Wajib kerana ia berdasarkan dalil yang zanni iaitu Hadith Ahad dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud Tidak sah sembahyang orang yang tidak membaca al-fatihah III. Tahrim Iaitu khitab atau titah Allah yang menuntut meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti berasaskan dalil Qati.

14

HBIS2203

Dengan demikian secara sederhana dapat dikatakan bila ditinggalkan perbuatan itu pelakunya akan mendapat pahala dan bila dilaksanakan berdosa.Haram ada dua macam, yaitu: a) Haram li-dzatihi,yaitu perbuatan yang diharamkan oleh Allah, karena bahaya tersebut terdapat pada perbuatan itu sendiri. Sebagai contoh makan bangkai, minum khamr, berzina, dan sebagainya. b) Haram li-ghairi/aridhi, yaitu perbuatan yang dilarang oleh syariat dimana adanya larangan tersebut bukan terletak pada perbuatan itu sendiri,tetapi perbuatan tersebut dapat menimbulkan haram li-dzatihi.Sebagai contoh jual beli memakai riba,melihat aurat wanita dan lain-lain. IV. Karahah Tahrim Iaitu khitab atau perintah Allah yang menuntut meninggalkan sesuatu dengan tuntutan pasti berasarkan dalil zanni.Contohnya hukum memakai sutera dan emas bagi golongan lelaki menurut Mazhab Hanafi adalah Karahah Tahrim sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w dalam Hadith Ahad yang bermaksud Dihalalkan emas dan sutera bagi kaum wanita umatku,dan diharamkan ke atas kaum laki-laki. V. Karahah Tanzih Maksudnya ialah tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu dengan tuntutan yang tidak tegas mereka namakan karahah tanzih.Menurut Mazhab Hanafi, makruh tanzih sama seperti hukum makruh pada pendapat mazhab jumhur iaitu tuntutan tidak pasti untuk meninggalkannya.Ia tidak mesti ditinggalkan,diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak mendapat apa-apa siksa jika dilakukan.Misalnya seperti larangan syarak daripada berwudhu menggunakan air sisa minuman binatang buas. VI. Nadb Iaitu khitab atau titah perintah Allah yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti. Ahli ushul Hanafiyah tidak menyamakan antara sunnat dengan mandub (nafl). Menurut mereka,bahawa yang disuruh oleh syara' itu terbagi empat, yaitu (1) Fardlu; (2) Wajib; (3) Sunnah; dan (4) Nafl (Mandub). Mereka membagi sunnat kepada dua macam: 15

HBIS2203

1. Sunnat hadyin, yaitu segala rupa pekerjaan yang dilaksanakan untuk menyempurnakan kewajiban-kewajiban agama, seperti adzan dan jama'ah. 2. Sunnat zaidah, yaitu segala pekerjaan yang bukan merupakan bahagian untuk menyempurnakan perintah agama,hanya termasuk terpuji bagi yang melakukannya, seperti pekerjaan yang dilakukan Rasulullah s.a.w ketika makan, minum dan tidurnya yang menjadi kebiasaannya. VII. Mubah. Iaitu titah Allah yang membuatkan pilihan untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya.Dalam kata erti yang lain ialah jika melakukannya atau tidak maka tidak ada pahala atau dosa diberikan.Sama seperti penerangan mubah pada pendapat Jumhur Ulama. 3.2 Hukum Wadhi Hukum Wadhi ialah khitab Allah yang berkaitan dengan menjadikan sesuatu sebagai Sebab, Syarat, Mani(penghalang),Sah atau Fasid( Batal) sesuatu hukum. 3.2.1 Sebab Iaitu sesuatu yang dijadikan oleh syariat sebagai tanda bagi adanya hukum.Sebagai contoh gelincir matahari menjadi sebab wajib solat Zuhur. 3.2.2 Syarat. Syarat ialah menetap atau menjadikan sesuatu sebagai syarat.Tidak adanya syarat berarti pasti tidak adanya hukum.Contohnya seperti hadis Nabi tidak solat mereka yang tidak ada wudhuk padanya.Disini menunjukkan wudhuk menjadi syarat sah solat dan sekiranya tidak ada wudhuk tidak sah solat.

3.2.3 Al-Mani ( Penghalang). Al-Mani (penghalang) ialah perkara syara yang dengan adanya ia menafikan tujuan yang dikehendaki oleh sebab atau hukum.Contohnya seperti menjadikan haid dan nifas sebagai perkara yang menghalang sah solat atau puasa. 3.2.4 Sah. 16

HBIS2203

Iaitu sesuatu perbuatan yg telah dilakukan oleh mukallaf dengan cukup syarat-syarat dan rukun-rukun yang diminta oleh syarak seperti sah solat jika cukup syarat dan rukun. 3.2.5 Fasad (Batal) Iaitu sesuatu perbuatan yang telah dilakukan oleh mukallaf dengan syarat atau rukun yang tidak cukup seperti batal solat jika tidak cukup syarat dan rukun.

4. PERKARA KHILAF DALAM MAZHAB JUMHUR DAN AHLUL USUL Apabila membincangkan mengenai kekhilafan,perselisihan ataupun perbezaan pendapat tentang hukum sesuatu perkara antara ulama dan aliran mazhab adalah disebabkan terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada wujudnya perbezaan tersebut.Namun sesuatu yang pasti dan harus difahami ialah perbezaan yang berlaku tidaklah terkeluar daripada perkara dasar atau pokok sesuatu hukum itu, tetapi hanyalah dari sudut perkara cabang atau furu sahaja. Jika ditinjau dari sudut perselisihan antara mazhab jumhur dan ahlul usul ini, ianya lebih berkisar tentang pembahagian hukum taklifi yang mana jumhur berpegang kepada lima hukum taklifi, manakala ahlul usul tetap berpendirian hukum taklifi terbahagi kepada tujuh bahagian. Mazhab Hanafi membezakan perkara fardhu dan wajib,mengkelaskan perkara haram (Tahrim),perkara makruh yang mendekati haram(Karahah tahrim) dan perkara makruh ( Karahah Tanzih) secara berasingan. Jumhur ulama berpendapat bahawa fardhu dan wajib adalah sama maknanya, Fardhu adalah wajib dan wajib adalah fardhu.Menurut Abdul al-Rauf Mufdi Kharabisah (2005) Kedua-duanya adalah perintah Allah dengan tuntutan yang pasti dan mesti adalah wajib sama ada ia disabitkan dengan dalil yang qatiyy atau zanniyy.Sedangkan Ulama Hanafi berpendirian ianya dua perkara yang berbeza.Fardhu mempunyai martabat yang lebih tinggi dari wajib kerana fardhu disabitkan dengan dalil yang qatiyy melalui al-Quran, sunnah mutawatir atau ijma.Manakala wajib pula disabitkan dengan dalil zanniyy seperti khobar ahad dan qiyyas. Begitu juga dengan Tahrim dan Karahah Tahrim,menurut jumhur ulama keduanya adalah sama maknanya,sementara di sisi ulama hanafi adalah dua perkara yang berlainan. Sesetengah ulama seperti Al-Amidi dan Al-razi berpendapat bahawa perbezaan di antara dua golongan ini hanya dari segi bahasa sahaja kerana jelas adanya kesepakatan di antara kedua-dua mazhab ini berkaitan asas penetapan hukum bagi kedua-dua perkara fardhu dan wajib ini ialah kedua-duanya adalah melalui perintah yang tegas.Pada realitinya 17

HBIS2203

perbezaan ini membawa kesan yang berlainan.Menurut Hanafi keingkaran terhadap perintah fardhu seperti mengingkari perintah solat dan zakat membawa kepada hukum kafir,manakala tidaklah kufur jika mengingkari hukum wajib seperti mengerjakan solat tanpa membaca surah al-fatihah. Solatnya tetap sah,tetapi menanggung dosa.Jumhur ulama pula mengatakan tidak membaca fatihah di dalam sembahyang boleh mengakibatkan batal sembahyangnya. Sebenarnya faktor yang menyebabkan perbezaan kedua-dua hukum ini(fardhu dan wajib)bukanlah kerana perbezaan pengertian di antara keduanya,namun adalah disebabkan perbezaan dalam menginterprestasikan firman Allah dalam surah al-muzammil 73:20:
Oleh itu bacalah mana-mana Yang mudah kamu dapat membacanya dari AlQuran (dalam sembahyang)

Menurut pendapat Imam Syafiie,yang dimaksudkan dengan ayat tersebut ialah surah al-fatihah,kerana Rasulullah s.a.w selalu membaca surah al-fatihah ketika solat, kemudian Baginda s.a.w bersabda yang maksudnya : Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu lihat solatku.Sedangkan Mazhab Hanafi tetap berpendapat bahawa ayat tersebut bersifat umum yang bermaksud bebas untuk membaca apa-apa sahaja ayat dari al-Quran. Walaubagaimanapun perbezaan pengertian fardhu dan wajib adalah perbezaan istilah,jumhur ulama tidak mengingkari adanya perbezaan antara dalil qati dan dalil zanni dan tidak berbeza pendapat tentang orang yang ingkar suatu yang didasarkan kepada dalil qati adalah kafir.Sementara orang yang ingkar hukum berdasarkan dalil zanni adalah fasik. Oleh itu imam al-Amidi dalam bukunya berpendapat bahawa perbezaan menetapkan hukum wajib dan fardhu dari aspek jelas dan tidak jelas,atau dari aspek kuat dan lemah, tidak akan menimbulkan perbezaan adanya hakikat hukum wajib. 4.1 Punca perbezaan pendapat antara kedua-dua mazhab Menurut pandangan Dr. Yusuf Qaradhawi,Imam-imam berselisih kerana syariat Allah diturunkan dalam bentuk nas-nas.Manusia tidak dapat lari daripada perselisihan di dalam memahami nas-nas.Ini adalah suatu yang tabi'e (semulajadi) dalam kehidupan. Manusia di dalam perselisihan mereka terbahagi kepada dua iaitu golongan yang mengambil berat tentang zahir lafaz dan golongan yang mengambil berat tentang maksud lafaz. Sebab-sebab berlakunya perbezaan pendapat antara para imam mazhab bukanlah disengajakan oleh mereka tetapi ia adalah sesuatu yang sememangnya wujud disebabkan 18

HBIS2203

faktor-faktor tertentu yang tidak dapt dielakkan.Adalah ditegaskan bahawa perbezaan itu hanyalah dalam hal-hal furu(cabang) dan tidak melibatkan prinsip.Secara umumnya perbezaan ini timbul kerana beberapa sebab iaitu: i) Faktor kemanusiaan.Manusia dicipta dengan kebolehan yang berbeza-beza, sama ada secara fizikal atau mental.Perbezaan mental lebih tepat diertikan sebagai perbezaan seseorang itu menafsir sesuatu dalil al-Quran dan alSunnah untuk mengeluarkan sebuah hukum.Ini hanya berlaku terhadap dalil yang bersifat umum sehingga memungkinkan pemahaman yang berbeza. ii) Faktor sejarah.Pada zaman para imam mazhab,tidak terdapat suasana yang memudahkan mereka untuk memperolehi hadis-hadis atau duduk bersama membicarakan sesuatu hal agama.Para imam mazhab terpaksa berhijrah ke sana sini di seluruh dunia Islam untuk mencari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Suasana ini ada hubungkaitnya dengan hukum yang dikeluarkan oleh seseorang imam mazhab itu di mana setiap daripada mereka akan mengeluarkan pendapat berdasarkan hadis-hadis yant mereka terima sahaja. iii) Faktor bahasa.Para Imam telah berselisih disebabkan oleh perselisihan mereka dalam menentukan maksud perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna.Begitulah juga dengan sebahagian perkataan yang membawa maksudnya yang hakiki dan `majazi' (bukan makna hakiki).Sebahagian Imam mengambil maknanya yang hakiki dan sebahagian yang lain mengambil maknanya yang `majazi'. Contohnya Firman Allah: "Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga quru '." Al-Baqarah: 228 Apakah yang dimaksudkan dengan quru'? Di dalam bahasa, perkataan ini memberi makna haid dan juga suci. iv) Faktor penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Perselisihan antara imamimam mazhab juga berlaku dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Misalnya Istihsan pula menjadi sumber hukum mazhab Hanafi sedangkan tiga mazhab lagi tidak mengambilnya sebagai sumber hukum.Istihsan ialah kebaikan umum atau yang lebih baik sebagai contoh perempuan yang berjunub dilarang membaca Al-Quran sepertimana didalam hadith Nabi. Dengan dalil ini adakah perempuan yang sedang haidh termasuk didalam larangan ini atas jalan qias.Maka mazhab Hanafi membolehkan perempuan sedang haidh membaca Al-Quran kerana yang lebih baik baginya dibenarkan 19

HBIS2203

membaca Al-Quran kerana masa haidh adalah panjang sedangkan masa junub boleh ditamatkan dengan mandi. 5. KESIMPULAN Kemunculan mazhab yang pelbagai ini bukanlah satu alasan bagi kita untuk mempersalahkan kemunculannya sebagai punca kepada pepecahan umat Islam pada masa kini.Kebelakangan ini masyarakat Islam dilihat seolah-olah cuba untuk memperbesarkan jurang perbezaan dan masing-masing menyalahkan antara satu sama lain dalam pengamalan ibadat seharian yang mana perkara tersebut tidak seharusnya berlaku.Sebagai umat Islam yang menjunjung perintah Allah SWT dan Rasulnya kita perlu melihat dalam sudut positif dan cuba menjernihkan kembali kekusutan yang ditimbulkan oleh mereka yang cuba memporak-perandakan agama Islam yang mulia ini.Penjernihan dan pemulihan kekusutan tidak akan selesai kecualilah dengan kita kembali ke sumber yang asal iaitu alQuran dan Assunnah yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk dipegangi selamaselamanya. Perbezaannya adalah dalam sudut yang kecil dan tidak menjejaskan akidah utama umat Islam keseluruhan adalah satu rahmat kepada umat Islam dan sebagai satu bukti agama Islam memberi kebebasan umat Islam serta mengiktiraf akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia dalam memahami dan mentafsir dengan semampu mungkin apa yang terkandung dalam al-Quran dan As-sunnah. Berdasarkan satu hadith yang bermaksud, "Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat dan perpecahan itu azab (menyakitkan)." Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada umat ini dengan memberikan keluasan di dalam agama bagi pandangan dan pemahaman yang berbeza.Sesuatu yang sesuai untuk satu suasana mungkin tidak sesuai untuk suasana lain dan suatu yang sesuai untuk satu zaman mungkin tidak sesuai untuk zaman yang lain.Hakikatnya perselisihan pendapat telah diakui dan dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w akan berlaku yang hanya Allah sahaja yang tahu hikmahnya.Perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan fuqaha bukanlah disebabkan nafsu sehingga lahirnya fahaman mengikut mazhab.Mereka hanya berbeza bukan berpecah dalam beberapa perkara yang dipanggil sebagai furu'iyyah (perkara cabang) mengenai masalah fiqh(hukum) yang tidak jelas disebabkan tidak ada nas yang qat'i (putus) atau adanya kesamaran dari segi hukum.Sebagai contoh dalam masalah najis berat disebabkan tidak ada nas al-Qur'an secara jelas dan tidak ada hadis mengenainya,semua Imam mazhab kecuali Imam Syafiie mengatakan babi tergolong dalam najis pertengahan berkaitan dengan angotanya dan najisnya,manakala Syafiie 20

HBIS2203

menyifatkannya najis berat yang perlu disamak.Dalam hal ini ulama berdasarkan ketinggian ilmu masing-masing berijtihad untuk mengeluarkan hukum mengikut kaedah(takhrij,instinbat,qiyas).Akan tetapi mereka menghormati pandangan imam lain. Dengan demikian tidak ada alasan untuk mengatakan perbezaan fiqhiah ini sebagai suatu kekurangan.Bahkan ia merupakan satu kebaikan,rahmat dan nikmat dari Allah kepada para hambaNya yang beriman.Pada masa yang sama perbezaan ini merupakan kekayaan perundangan terbesar dan keistimewaan yang patut dibanggakan oleh umat Islam. Begitulah,mereka memandang perselisihan dalam perkara-perkara furu' (cabang) sebagai satu yang tidak memudaratkan dan tidak dapat dielak.Tidak mungkin umat akan bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam masalah-masalah furu' sebegini.Inilah kelembutan dan kebaikan Allah terhadap umat ini dan juga merupakan satu rahmat Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya dan memenuhi keperluan fitrah manusia.Oleh kerana ada perbezaanperbezaan tersebut,maka mudah bagi hamba Allah Ta'ala berbuat ibadat.Sebagai contoh cuba kita lihat masalah wudhuk bagi mereka yang hendak tawaf,mengikut Mazhab Syafie batal wuduk dengan sebab bersentuh perempuan yang halal berkahwin,dengan itu telah kita ketahui di dalam Masjid Haram orang terlalu ramai, jadi kita yang bermazhab Syafie sukar memelihara wudhuk kita,maka diharuskan bagi kita bertaklid mazhab Hambali yang mengatakan tidak batal wudhuk dengan sebab bersentuh perempuan yang halal nikah. Perbezaan fiqh tidak bererti adanya kekurangan dan sesuatu yang berlawanan dalam agama kita.Pada hakikatnya perbezaan ini tidak mungkin dapat dihindarkan lantaran nasnas asas yang mengandungi lebih dari satu makna.Di samping itu nas tersebut tidak mungkin mencakupi semua permasalahan yang mungkin terjadi,sebab nas-nas ini terbatas sedangkan permasalahan yang timbul tidak terbatas.Dalam hal inilah terjadi perbezaan pemahaman oleh para ulama dan kesimpulan-kesimpulan mereka mengenai hal-hal yang mempunyai beberapa penafsiran.Akibatnya, lahirlah beberapa hukum ijtihad yang berlainan mengenai suatu masalah.Tetapi masing-masing bermaksud mencari kebenaran. Di samping itu,perbezaan pendapat yang besifat ijtihad telah memperkayakan, mengembangkan dan memperluaskan fiqh.Ini kerana setiap pendapat pasti didasarkan kepada dalil-dalil dan pertimbangan syariat yang digali oleh akal para ulama dan pemikir Islam yang cemerlang melalui ijtihad,istinbhat,qiyas,istihsan,tarjih dan sebagainya.Jalan terbaiknya ialah umat Islam harus bersatu dalam mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang mencerminkan pemikiran Islam yang benar di mana Rasulullah SAW dan khulafa ArRasyidin yang telah diumumkan oleh Nabi SAW sebagai kesinambungan dari Sunnahnya sebagaimana sabda baginda s.a.w yang bermaksud: 21

HBIS2203

Kamu harus mengikut Sunnahku dan sunnah para khulafa yang dipilih sesudahku. Berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah ia dengan gerahammu. Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya semua umat Islam bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam semua perkara(menolak pandangan-pandangan lain).Tiada sesiapapun yang akan dapat menggunakan `rukhsah' (kelonggaran) dalam manamana perkara.Kesannya akan menyulitkan umat Islam itu sendiri untuk menyesuaikan diri dengan kebelbagaian persekitaran,masa dan tempat. Untuk jalan selamat pada peringkat permulaan,kita digalakkan bergantung (muqallid) kepada satu mazhab supaya kita tidak keliru.Walau bagaimanapun,kita sebagai orang awam tidak harus terus menjadi muqallid (pengikut) mazhab secara membuta tuli tetapi mengikut dengan penuh kefahaman.Dalam lain perkataan kita perlu mendalami ilmu fiqh sehingga membolehkan kita mengamalkan fiqh yang paling terdekat dengan sunnah tanpa meninggalkan fahaman mazhab kita dengan kaedah-kaedah tertentu.Justeru itu kita sering dapati para imam mazhab yang empat sentiasa berpesan kepada umat Islam agar mentaati al-Quran dan al-Sunnah,bukan mazhab dan ajaran mereka.Para imam mazhab juga berpesan agar ditinggalkan mana-mana ajaran mereka yang tidak tepat atau tersalah berbanding dengan keterangan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.Mereka juga berpesan agar mana-mana hadis yang tidak mereka temui atau keluarkan hukum daripadanya,maka hendaklah diambil hadis tersebut dan diamalkan.Mereka juga berpesan agar jangan mentaati atau mengikuti secara membuta terhadap ajaran-ajaran mereka.Ketaatan dan sifat ikutan membuta sedemikian hanyalah dibolehkan kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. 6. PENUTUP Perbezaan pandangan adalah merupakan lumrah biasa dalam kehidupan manusia. Secara asasnya,Islam membenarkan umatnya berbeza pandangan,asalkan ia tidak membawa kepada kerosakan akidah dan merosakkan hubungan persaudaraan.Perbezaan fahaman atau perbezaan aliran mazhab dalam Islam adalah satu fenomena yang berterusan di mana tidak mungkin dan tidak mampu bagi umat Islam ketika ini untuk mewujudkan satu aliran yang boleh diikutii oleh umat Islam seluruhnya.Perbezaan ini kadang-kadang menimbulkan ketegangan dan perselisihan yang sememangnya tidak dibenarkan dalam syariah Islam dalam yang mulia ini. Al-Quran mengajar,apabila berselisih dalam sesuatu perkara maka hendaklah dicari penyelesaiannya menerusi petunjuk al-Quran dan asSunnah.Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan 22

HBIS2203

taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (al-Nisa: 59). Ikhtilaf dalam ijtihad berlaku apabila mujtahidin berbeza pendapat dalam perkara furu (cabang) kerana perbezaan memahami dalil-dalil syarak.Namun, mereka tetap sepakat menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan utama dalam berijtihad.Walaupun para ulama mazhab mempunyai pandangan yang berbeza,ini tidaklah mengeruhkan hubungan mereka antara satu sama lain.Perbezaan fiqh bukan kecacatan dalam agama Islam tetapi rahmat Allah kepada hamba-Nya kerana hikmah wujudnya perbezaan pendapat itu dapat memperluaskan kaedah pengeluaran hukum daripada nas syariat.Perbezaan itu juga adalah nikmat menjadikan umat Islam berada dalam kemudahan beragama dengan tidak membataskan kepada satu aplikasi hukum agama saja tanpa memiliki alternatif lain dalam menghasilkan keputusan yang menjaga kepentingan ummah dan jika ada keadaan dirasakan menyukarkan umat pada mazhab tertentu, maka boleh menggunapakai mazhab lain yang lebih ringan.Bagi orang awam yang tidak berkelayakan untuk menyelidik dan mengeluarkan hukum (berijtihad),diwajibkan bertaqlid dengan berpegang kepada fatwa ulama mujtahid yang mempunyai ilmu mendalam.Bagaimanapun,mereka perlu bertaqlid dengan mengetahui dasar dalil atau bukti jelas,bukan membuta tuli mengikut sesuatu pendapat terutama dalam masalah cabang yang mereka boleh mempelajarinya.Sekadar mengikut sesuatu pendapat tanpa tahu dalil atau bukti jelas dilarang kerana kita perlu tahu dalil dalam setiap hukum hakam agama.Oleh itu jika tidak tahu,hendaklah bertanya kepada mereka yang pakar atau mempunyai bidang kuasa. Kita yang hidup di akhir zaman ini perlu berterima kasih kepada ulamak-ulamak terdahulu.Hakikatnya mereka bukan maksum,tetapi mereka telah melakukan sesuatu untuk umat yang datang selepas mereka.Kalau tidak kerana inisiatif dan kejujuran mereka,nescaya teraba-rabalah umat hari ini mencari pendapat dan pandangan berlandaskan Al-Quran dan Hadith. ( 6451 patah perkataan ) 7. SENARAI RUJUKAN Tafsir Pimpinan Ar-Rahman 23

HBIS2203

Abd. Latif Muda [&] Rosmawati Ali@Mat Zin(1997) Pengantar usul fiqh.Kuala Lumpur. Pustaka Salam. Abdul Qadir Ar-Rahbawi.(2009) Fiqh Solat Empat Mazhab (terjemahan).Batu Caves,Selangor.Al-Hidayah Publication. Abdul Shukor Husin( 1998). Ahli Sunah Waljamaah Pemahaman Semula.Bangi. Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia. Akmal Haji Muhammad Zain.(1998) Bimbingan Lengkap Fardhu Ain.Kampung Baru Kuala Lumpur. Darul Numan. Hafiz Firdaus Abdullah( 2003)Pedoman-pedoman bermazhab Dalam Islam. Atas Talian : http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/index.php [ 20 Februari 2011] Khairul Azhar Abd. Aziz.(2010).Perkembangan Mazhab Dalam Sejarah Islam. Atas Talian:http://azharazizblog.blogspot.com/2010/01/perkembangan-mazhab-dalam-sejarahislam.html[ 20 Februari 2011] Mohamad Rozali Jamil al-Hafiz (2010) Fatwa Dr.Yusuf Al-Qaradawi-Bertaklid Pada Mazhab. Atas Talian: http://tahfiz.net/madrasah/?p=127. [ 12 Februari 2011]. Mustafa Said al-Khin.(2000)Al-Kafi Wal Wafi fi Usulil Fiqh al- Islami.Lubnan. Muassasah ar-Risalah. Salamon, Husin and Mustari, Mohd Ismail and Mohamed, Ahmad Kilani and Jasmi , Kamarul Azmi and Sayed Ahmad, Sayed Mahussain (2003) Kesan Perbezaan Aliran Mazhab Terhadap Kesatuan Masyarakat Islam. Satu Kajian Kes Ke atas Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Project Report. Centre for Islamic Studies and Social Development , Skudai, Johor. (Unpublished) Nurdinie, Syahirah, Ainun Mardziah, Nur Syuhaidah.(2010) Pengenalan Usul Fiqh.Atas Talian: http://usulfiqh20102011.blogspot.com/2010/11/pengenalan-usul-fiqh.html[22 Februari 2011] 24

HBIS2203

Sofiah Abu Bakar, Norashikin Abd. Halim, Hurul Farahin, Norshahira.(2010). Fardhu dan Wajib:Antara Jumhur Ahli Usul dan Mazhab Hanafi.Atas Talian: http://usulfiqh20102011.blogspot.com/2010/11/fardhu-dan-wajib-antara-jumhur-ahli.html. [22 Februari 2011] Yanggo, Huzaemah Tahido, Pengantar Perbandingan Mazhab, Jakarta : Logos, Cet. III, 2003

25

Anda mungkin juga menyukai