Anda di halaman 1dari 19

KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA

(KITAB) PULAU PINANG

DIUH 1013
ULUM HADITH

TAJUK TUGASAN KUMPULAN:


HADITH MAQBUL DAN MARDUD :
PEMBAHAGIANNYA DAN CARA MENINGKATKAN
KEFAHAMAN AGAMA DALAM KALANGAN
PELAJAR

NAMA NO.MATRIK KOS PENGAJIAN


MOHAMAD ZUHAIRIL D222367 DIPLOMA SYARIAH
BIN MOHD HISHAM
MUHAMMAD FAIRUZ D221273 DIPLOMA SYARIAH
BIN RAZALI
ADAM NASRI BIN D221316 DIPLOMA SYARIAH
ZAMSARI
MUHAMMAD AFIQ D222373 DIPLOMA SYARIAH
HAIKAL BIN
AMINUDDIN

Disediakan untuk : Ustaz Abdul Muhaimin Bin Ahmad


Bil Kandungan Muka Surat
1 1.0 Penghargaan 1
2 2.0 Pengenalan Hadith 2
3 3.0 Pengenalan Hadith Maqbul 3
3.1 Pembahagian Hadith Maqbul 3
3.2 Hadith Sahih 3
3.2.1 Syarat-syarat Hadith Sahih 3
3.2.2 Hukum Hadith Sahih 3
3.2.3 Kedudukan Hadith Sahih 3-4
3.3 Hadith Hasan 4
3.3.1 Hukum Hadith Hasan
4-5
3.3.2 Kedudukan Hadith Hasan
5
3.4 Sahih Lighairihi
5
3.4.1 Kedudukan Sahih Lighairihi
5
3.4.2 Contoh Sahih Lighairihi
5
3.5 Hasan Lighairihi
5
3.5.1 Kedudukan Hasan Lighairihi
6
3.5.2 Contoh Hasan Lighairihi
6

4 4.0 Pengenalan Hadith Mardud 6


4.1 Jenis-jenis Hadith Mardud 6
4.1.1 Hadith Mardud Adanya Kecacatan Pada Diri Rawi 6
4.1.1.1 Hadith Mu’allaq 6
4.1.1.1.1 Hukum Beramal Hadith Mu’allaq 6
4.1.1.2 Hadith Mursal 7
4.1.1.2.1 Hukum Beramal Hadith Mursal 7
4.1.1.3 Hadith Mu’adhdhal 7
4.1.1.4 Hadith Munqati’ 7
4.1.1.5 Hadith Mudallas 7
4.1.2 Hadith Yang Ditolak Disebabkan Cacat Pada Rawi 7
4.1.2.1 Hadith Maudhu’ 7
4.1.2.1.1 Hukum Beramal Hadith Maudhu’ 7
4.1.2.2 Hadith Matruk 7
4.1.2.2.1 Hukum Beramal Hadith Matruk 7-8
4.1.2.3 Hadith Munkar 8
4.1.2.3.1 Hukum Beramal Hadith Munkar 8
4.1.2.4 Hadith Mu’allal 8
4.1.2.5 Hadith Mudraj 8-9
4.1.2.6 Hadith Maqlub 9
5 5.0 Cara Meningkatkan Kefahaman Agama Dalam Kalangan Pelaja 9-10
5.1 Melalui Pendidikan 10-11
5.2 Melalui Kaedah Sufi 11
5.3 Melalui Pakar 11
5.4 Melalui Pertanyaan 11
5.5 Melalui Pembacaan Ilmiah 11
5.6 Menyertai Komuniti 11-12
5.7 Melalui Melayari Internet 12
5.8 Melalui Tontonan Video Youtube 12
5.9 Berkawan Dengan Orang Berilmu 12
5.10 Cara Lain Meningkatkan Kefahaman Agama Dalam 12-14
Kalangan Pelajar
6 6.0 Rujukan 15
1.0 Penghargaan
Segala pujian bagi Allah S.W.T, tuhan sekalian alam, tuhan yang mencipta dan mentadbir
seluruh makhluk. Selawat dan salam disampaikan kepada junjuangan Nabi Muhammad S.A.W
serta ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda sehingga Hari Pembalasan.

Dengan izin Allah S.W.T dapatlah kami menyiapkan tugasan berkumpulan bagi kod subjek,
Ulum Hadith (DIUH 1013) dengan izin-Nya. Dengan kesempatan yang ada ini, kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa
(KITAB) iaitu Profesor.Doktor Muhammad Bin Abdul Hamid kerana telah meluluskan
tugasan ini untuk ditulis oleh kami dan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdul Muhaimin Bin
Ahmad atas ilmiah yang telah diberikan sepanjang tugasan ini berlangsung.

Akhir kalam, tugasan ini memberikan banyak pengajaran kepada kami yang ingin
memahami tentang cara-cara mengetahui hadith yang boleh digunakan sebagai hujjah dan
boleh diamalkan, dan paling penting kami dapat mengenal pasti hadith yang palsu. Kami juga
turut bersyukur kerana diberikan sokongan moral daripada keluarga. Ucapan ini ditujukan
kepada semua pihak yang menghulurkan tangan untuk menjayakan tugasan ini.

Sekian dari kami, Terima Kasih.

1
Pengenalan Hadith

Al-hadith merupakan sumber islam yang kedua selepas Al-Quran Al-Karim dan keuda-
duanya mempunyai kekuatan sumber hukum bagi membahaskan sesuatu hukum-hakam islam.
Ia merupakan percakapan daripada Nabi Muhammad S.A.W yang bertujuan mengeluarkan
manusia dari kegelapan kepada cahaya dan dari kesesatan kepada kebenaran. Ternyata
Rasulullah S.A.W di didik dengan manhaj rabbani oleh Allah S.W.T yang dapat mengeluarkan
manusia daripada kepompong kesesatan dan kejahilan. Dewasa ini, penggunaan hadith
semakin diambil mudah dan ringan hinggakan ramai di kalangan umat Islam sendiri
menggunakan hadith palsu untuk kehidupan harian mereka, sebab itulah ilmu hadith ini perlu
dipelajari sehingga benar-benar faham isi kandungannya. Sesuai dengan firman Allah S.W.T:
ِ ‫ّي لِلن‬
‫َّاس َما نُِِزَل إِلَْي ِه ْم َولَ َعلَّ ُه ْم يَتَ َف َّكُرو َن‬ ِ ِ ‫وأَنزلْنآ إِلَي‬
َ َِِ‫ك ٱل ِذ ْكَر لتُب‬
َ ْ ََ َ
”Dan kami turunkan kepadamu (Muhammad) Al-Quran, agar kamu menerangkan kepada
umat apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan”
Prinsip-prinsip asas dalam ilmu hadith tidak boleh diringankan, jika kita lihat mutakhir ini,
umat islam khususnya lebih suka menggunakan hadith-hadith tanpa mengetahui asal-usul
hadith tersebut. Selain itu, tidak banyak tempat-tempat pengkajian ilmu hadith ini secara
sistematik, hanya sebilngan kecil sahaja institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus-
kursus pengkajian ilmu hadith tetapi hanya mampu menterjemahkan dan membaca kitab-kitab
thurath dalam ilmu hadith seperti kitab Sahih Al-Bukhari, Sahih.

2
Pengenalan Hadith Maqbul

Hadith Maqbul ialah hadith yang boleh diterima dan dapat dijadikan hujjah. Namun begitu,
terdapat banyak hadith-hadith yang boleh dijadikan hujjah seperti hadith Sahih, Hasan malahan
hadith Da’if juga terdapat hadith maqbul (yang boleh diterima) jika ada hadith Da’if yang lain
menguatkan hadith tersebut, maka hadith Da’if itu akan naik tingkatan hadith.

3.1 Pembahagian Hadith Maqbul


Hadith maqbul mempunyai empat pembahagian hadith apabila dilihat dari sisi
perbezaannya tingkatannya dibahagi kepada dua bahagian asas hadith iaitu Sahih dan
Hasan, setiap dari keduanya dibahagi menjadi dua bahagian iaitu Lidzatihi (kerana zatnya)
dan Lighairihi (kerana yang lainnya). Sebelum melihat kepada pembahagian-pembahagian
hadith tersebut, kenali dahulu tentang hadith Sahih dan Hasan.

3.2 Hadith Sahih


Maksud sahih dari segi bahasa ialah as-sahih kata lawan dari saqim (sakit). Hal ini
digunakan secara hakikat untuk hadith dan lainnya. Dari segi istilah pula, as-sahih adalah
hadith yang bersambung sanadnya.
3.2.1 Syarat-syarat Hadith Sahih
Lima syarat yang perlu ada bagi sesuatu hadith itu adalah hadith sahih:
1. Sanadnya bersambung, yang bererti setiap perawi dalam hadith tersebut benar-
benar telah mengambil secara langsung dari gurunya, hal ini diharuskan mula dari
awal sanadnya hingga akhirnya.
2. Seorang perawi mesti adil, maksud adil disini ialah setiap perawi hadith harus
memiliki sifat sebagai muslim, baligh, berakal, tidak fasik dan tidak tercela
perilakunya.
3. Sifat dhabith seorang perawi, iaitu setiap perawi hadith tersebut harus benar-benar
sempurna hafalannya, baik hafalan tanpa menggunakan kitab mahupun
menggunakan kitab (yang terjaga dari pemalsuan).
4. Tidak syadz, iaitu benar-benar tidak ada penyimpangan dalam hadith tersebut.
Syadz ialah perawi yang tsiqah menyelisi riwayat perawi yang lebih tsiqah darinya.
5. Tidak ada ’illah (cacat), iaitu hadith tersebut benar-benar tidak terdapat kecacatan
di dalamnya. ’Illah dalam hadith adalah sebab-sebab perosak hadith yang bersifat
samar dan tersembunyi, walaupun hadith tersebut terlihat selamat dari sebab-sebab
tersebut.
3.2.2 Hukum Hadith Sahih
Hadith sahih wajib dijadikan landasan beramal menurut kesepakatan ulama
hadith dan menurut orang yang perkataannya diterima dari pakar usul fiqh dan pakar
fiqh. Hadith sahih termasuk landasan hukum dalam syariat dan seorang muslim tidak
boleh secara melulu untuk tidak mengamalkannya.`
3.2.3 Kedudukan Hadith Sahih
Hadith sahih boleh dibahagi menjadi beberapa tingkatan:

3
1. Tingkatan paling tinggi adalah hadith yang diriwayatkan dengan salah satu sanad
yang paling sahih, semisal Malik dari Nafi’ Ibnu Umar.
2. Tingkatan setelahnya adalah hadith yang diriwayatkan dari jalur perawi yang lebih
rendah dari jalur yang pertama, seperti riwayat Hammad Bin Salamah dari Tsabit
dari Anas.
3. Tingkatan setelahnya adalah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang
ditetapkan bahawa mereka adalah tsiqah dengan darjat yang paling rendah seperti
riwayat Suhail Bin Abi Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah.
Dilihat dari perincian di atas, hadith sahih terbahagi lagi menjadi tujuh tingkatan
berikut:
1. Hadith yang disepakati oleh Al-Bukhari dan Muslim, tingkatan ini adalah tingkat
paling tinggi.
2. Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari sendiri.
3. Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim sendiri.
4. Hadith yang memenuhi syarat Al-Bukhari dan Muslim dan tidak dimasukkan ke
dalam kitab mereka.
5. Hadith yang memenuhi syarat Al-Bukhari dan tidak dimasukkan ke dalam
kitabnya.
6. Hadith yang memenuhi syarat Muslim dan tidak dimasukkan ke dalam kitabnya.
7. Hadith yang sahih menurut selain keduanya dari pakar hadith terdahulu dan
belum memenuhi syarat keduanya, seperti Ibnu Khuzaimah, Ibnu Habban.

3.3 Hadith Hasan


Hadith hasan dari segi bahasa ialah Al-hasan adalah sifah musyabbahah dari kata al-
husnu yang bermaksud keindahan. Manakala dari segi istilah pulak, hadith hasan berada
di pertengahan antara hadith sahih dan hadith da’if, maka dari itu sebahagian ulama
mendefinisikan salah satu jenis hasan.
1. Definisi Al-Khattabi: Hadith hasan adalah hadith yang diketahui jalurnya, popular dari
segi perawi-perawinya dan hal tersebut merupakan sifat kebanyakkan hadith. Ini juga
diterima dari majoriti ulama dan di pakai oleh kebanyakkan pakar ahli fiqh.
2. Definisi Imam At-Tarmidzi: ”Hadith yang tidak ada dalamnya perawi yang dituduh
berdusta, tidak berselisih hadith yang lain (syadz), dan diriwayatkan dari jalur lain
dengan semisalnya, menurut saya itu adalah hadith hasan.”
3. Definisi Ibnu Hajar: ”Hadith ahad yang diriwayatkan oleh orang yang adil, sempurna
hafalannya, bersambung sanadnya, tidak ’illah dan tidak syadz, maka itu adalah sahih
lidzatihi, jika ia lemah dalam penghafalan (dhabith), maka ia adalah hasan lidzatihi.
Definisi yang terpilih ialah definisi daripada Ibnu Hajar mengenai hadith hasan, hadith
hasan ialah hadith yang bersambung sanadnya dan diriwayatkan oleh perawi yang adil,
sedikit lemah hafalannya dari permulaan hingga akhir sanadnya, tanpa ada perselisihan
(syadz) dan ’illah.
3.3.1 Hukum Hadith Hasan
Hukum hadith hasan seperti hukum hadith sahih dalam landasan hukum,
walaupun tingkatnya rendah dibandingkan hadith sahih. Dan hadith hasan

4
dijadikan landasan hukum oleh majoriti pakar fiqh dan mereka mengamalkannya.
Menjadikan hadith hasan sebagai landasan hukum juga merupakan pendapat
kebanyakkan pakar hadith dan pakar usul fiqh, kecuali pendapat yang menyimpang
dari golongan yang keras.
3.3.2 Kedudukan Hadith Hasan
Hadith hasan mempunyai tingkatan seperti hadith sahih, yang membezakan
antara satu sama lain, Imam Adz-Dzahabi membahaginya menjadi dua tingkatan:
1. Tingkat paling tinggi: Bahz Bin Hakim dari ayahnya dari datuknya, Amru Bin
Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, juga Ibnu Ishaq dari At-Taimi dan semisalnya
yang dikatakan sahih walaupun di tingkat yang paling rendah.
2. Tingkat yang selanjutnya yang diperselisihkan dalam kesahihan atau
kedha’ifannya seperti Hadith Al-Harith Bin Abdullah, Asim Bin Dhamrah, Hajjaj
Bin Artha’ah dan semisalnya.

3.4 Sahih Lighairihi


Sahih lighairihi adalah hadith hasan lidzatihi jika diriwayatkan dari jalan lain dengan
yang seakannya atau yang lebih kuat darinya. Dinamakan sahih lighairihi kerana hadith
tersebut sahih tapi bukan sempurna dari segi sanadnya, akan tetapi bergabungnya jalur lain
dengannya.
3.4.1 Kedudukan Hadith Sahih Ligharihi
Hadithb sahih lighairihi lebih tinggi kedudukannya dari hasan lidzatihi, dan
lebih rendah dari sahih lidzatihi.
3.4.2 Contoh Hadith Sahih Ligahirihi
Hadith Muhammad Bin Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda:
‫اك مع كُ ِلِ صَ ََل ة‬ ِ
ِ ‫لس و‬ ِ ‫أو ع لَ ى ال نَّا‬
َ ِ ‫س ََلَمَ ْر ُُتُمْ اب‬ ْ ‫لَ ْو َل أ ْن أ شُ َّق ع لَ ى أُمَّ يت‬
”Kalau tidak memberatkan umatku, nescaya aku benar-benar perintahkan kepada
mereka untuk bersiwak di setiap kali solat”
Ibnu Salah mengatakan adalah Muhammad Bin Amru Bin Alqamah terkenal dengan
kejujuran dan penjagaan hadith akan tetapi dia tidak tergolong mutqin, bahkan
sebahagian ulama melemahkan kedudukannya dari segi hafalannya yang buruk dan
sebahagian yang lain menguatkannya kerana kejujurannya dan kehormatannya.

3.5 Hasan Lighairihi


Hasan lighairihi adalah hadith dha’if yang mempunya banyak jalur, dengan catatan
lemahnya hadith tersebut tidak boleh disebabkan oleh perawinya yang fasiq atau seorang
pembohong. Hadith lemah atau dha’if boleh naik tingkatannya menjadi hasan lighairihi
dengan dua syarat:
1. Hadith tersebut diriwayatkan dari jalur lain, satu ataupun lebih, asalkan jalur lain
tersebut sama atau lebih kuat darinya.
2. Kelemehan hadith tersebut kerana lemahnya hafalan rawi, sanadnya terputus atau rawi
hadith tersebut tidak diketahui (majhul).

5
3.5.1 Kedudukan Hadith Hasan Lighairihi
Hadith hasan lighairihi lebih rendah tingkatannya dari hasan lidzatihi, maka jika
bertentangan antara hasan lidzatihi dan hasan ligahirihi yang diketengahkan ialah hasan
lidzatihi.

3.5.2 Contoh Hadith Hasan Lighairihi


Hadith yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dan dihasankan olehnya dari jalur
Syu’bah dari Ashim Bin Ubaidillah dari Abdullah Bin Amin Bin Rabi’ah dari
bapaknya, bahawa ada seorang wanita dari bani Fazarah menikah dengan mahar berupa
sepasang selipar. Maka Rasulullah S.A.W bertanya:

‫أرضيت من نفسك ومالك بنعلّي؟‬

”Apakah kamu rela atas diri dan hartamu dengan dua selipar ini?” Dia menjawab,
”Ya.” Kemudian Nabi membolehkannya.
Hadith di atas dikatakan hasan oleh Imam At-Tarmidzi kerana datangnya (penguat) dari
jalur lain, padahal Ashim lemah (dha’if) kerana hafalannya yang buruk.

4.0 Pengenalan Hadith Mardud


Maksud hadith mardud ialah hadith yang didalamnya tidak dipenuhi syarat-syarat sahih
dan tidak pula syarat-syarat hasan. Hadith mardud ini tidak boleh dijadikan sebagai hujah.

4.1 Pembahagian Hadith Mardud


Hadith ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, mardud kerana adanya kecacatan
pada diri para perawinya. Kedua, Mardud kerana adanya keguguran pada sanadnya.
Keguguran sanadnya terbahagi kepada lima, iaitu mu“allaq, mursal, mu’adhdhal,
munqathi’ dan mudallas. Mu’allaq ialah hadith yang dari permulaan sanadnya gugur
seorang periwayat. Termasuk ke dalam hadith mu’allaq adalah hadith yang seluruh
sanadnya dibuang. Berikut ialah penjelasannya:

4.1.1 Hadith Mardud Adanya Kecacatan Pada Diri Para Rawi

4.1.1.1 Hadith Mu’allaq

Mu’allaq ialah hadith yang dari permulaan sanadnya gugur seorang


periwayat. Termasuk ke dalam hadith mu’allaq adalah hadith yang seluruh
sanadnya dibuang.

4.1.1.1.1 Hukum Beramal Hadith Mu’allaq

Bagi hadith mu’allaq yamg terdapat dalam al-Bukhari dan Muslim dihukum
secara khusus sebagai sahih. Selain daripada itu, hadith mu’allaq adalah Dhoif
kerana kurang satu syarat daripada syarat penerimaan hadith iaitu sanad yang
bersambung.

6
4.1.1.2 Hadith Mursal

Mursal ialah hadith yang dinisbahkan oleh seorang tabiin terus kepada
Nabi (s.a.w).

4.1.1.2.1 Hukum Beramal Hadith Mursal

Mazhab imam al-Syafie menerima mursal daripada tabi’in besar dengan


syarat:

1) Bertepatan dengan kata-kata sahabat


2) Dihukum/fatwa dengannya oleh kebanyakkan ulama

4.1.1.3 Hadith Mu’adhdhal


Mu’adhdhal ialah hadith yang gugur daripadanya dua orang periwayat
secara berturut-turut.

4.1.1.4 Hadith Munqathi’


Munqathi’ ialah hadith yang gugur daripadanya seorang atau dua orang
periwayat, tetapi tidak berturut-turut.

4.1.1.5 Hadith Mudallas


Mudallas ialah hadith yang menyembunyikan kecacatan di dalam sanad
menampakkan zahirnya itu baik. Perawi menyembunyikan aib atau kecacatan
yang terdapat di dalam sanad agar ia kelihatan baik dan tidak bermasalah.

4.1.2 Hadith Yang Ditolak Disebabkan Cacat Pada Rawi


Hadith mardud kerana adanya kecatatan terbahagi kepada empat, yaitu:
maudhu’, matruk, munkar dan mu’allal. Berikut adalah penjelasannya:
4.1.2.1 Hadith Maudhu’

Hadith yang periwayatnya berdusta tentang sesuatu yang tidak dikatakan


oleh Rasulullah dengan sengaja.

4.1.2.1.1 Hukum Beramal Hadith Maudhu’

Berdosa besar , namun tidak dihukum kafir kecuali mereka yang


menghalalkan.

4.1.2.2 Hadith Matruk

Hadith yang cacatnya disebabkan oleh periwayat yang dicurigai sebagai


orang yang berdusta.

4.1.2.2.1 Hukum Beramal Hadith Matruk

7
Para ulama’ mengatakan hadith matruk hukumnya adalah
teramat dhaif dan sebahagian para ulama’ hadith menamakannya
sebagai hadith yang bathil atau al-wahi

4.1.2.3 Hadith Munkar

Hadith yang cacatnya kerana kejahilan si periwayatnya atau kerana


kefasikannya.

4.1.2.3.1 Hukum Beramal Hadith Munkar

Hadith yang ditolak dan tidak diterima.

4.1.2.4 Hadith Mu’allal

Hadith yang cacatnya disebabkan oleh aib yang tersembunyi, tetapi


zahirnya selamat dan tidak menampakkan aib. Kecacatan yang terdapat di
dalam sesebuah hadith samada pada sanad atau matannya hanya
diketahui setelah para ahli hadith menghimpunkan dan meneliti setiap
jalur-jalur yang terdapat pada hadith tersebut. Antara kecacatan yang
biasa dijumpai adalah tafarrud al-Rawi (perawi menyendiri dalam
meriwayatkan hadith) atau berlaku percanggahan dengan perawi atau
riwayat yang lebih kuat daripadanya samada dari sudut keadaan
perawi atau bilangan perawi dalam sesebuah riwayat.

4.1.2.5 Hadith Mudraj

Terdapat pada hadith sebarang tambahan yang bukan dari hadith. Jenis
mudraj terbahagi kepada dua iaitu Mudraj al-Matan dan Mudraj al-isnad.

Mudraj pada matan: Terdapat pada matan hadith kata-kata yang bukan
daripadanya, atau seorang perawi melampirkan sesuatu pada hadith dari kata-
kata orang lain dan kesamaran keadaannya dari kata-katanya. Ia berlaku pada
tiga keadaan:

1) Awal Matan (jarang berlaku)


2) Akhir Matan (kebanyakkan)
3) Pertengahan Matan (sedikit)

Mudraj pada sanad: Bukan bentuk sanadnya yang sebenar.

Antara beberapa bentuk sanad:

1. Terdapat matan hadith pada seorang perawi dengan sanadnya tetapi


hanya sebahagiannya dan dia juga mempunyai sanad yang kedua. Maka
dimasukkan nama perawi yang diterima kepada isnad yang kedua dan
menghapuskan sanad yang pertama.
2. Memasukkan dalam matan hadith sebahagian matan hadith lain
bertentangan dengan yang pertama pada sanadnya

8
3. Meriwayatkan sebahagian perawi satu hadith daripada sekumpulan
perawi dalam sanadnya terdapat khilaf. Maka dia mengumpulkan semuanya
dalam satu sanad sahaja apa-apa yang diselisihkan.

4.1.2.6 Hadith Maqlub


Hadith yang terdapat perubahan pada sanad dan matannya, dengan
didahulukan atau dikemudiankan atau pertukaran.

Pertukaran pada sanad:

Terjadi dengan menyebut nama dengan mendahulukan yang kemudian


seperti menyebut nama Kaab bin Murbah sebagai ganti Murbah bin Kaab.

Satu hadith yang terkenal dengan perawi tertentu atau sanadnya yang tersendiri,
kemudian perawi yang dhoif dengan sengaja menukarkannya dengan perawi
atau sanad yang lain.

Pertukaran pada matan:

Pertukaran pada matan terjadi apabila perkataan yang terdapat pada


matan tidak diletakkan pada tempatnya. Sebaliknya ditukarkan ke tempat lain.

5.0 Cara Meningkatkan Kefahaman Agama Dalam Kalangan Pelajar


Ilmu adalah jalan petunjuk. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika Allah hendak berbuat baik
kepada seseorang, maka Dia akan memberinya kefahaman tentang agama." Ini difahamkan
bermaksud bahawa sesiapa yang tidak dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan, Dia tidak
memberinya kefahaman tentang agama.

Al-Bukhari rahimahullah berkata: “Bab: adalah penting untuk mengetahui sesuatu terlebih
dahulu sebelum berkata atau mengamalkannya, menurut Aayah (tafsir makna):

َّ ‫اعلَ ْم أَنَّهُ َل إَِٰلَهَ إَِّل‬


ُ‫اّلل‬ ْ َ‫ف‬

‘Maka ketahuilah (wahai Muhammad) bahawa Laa ilaaha ill-Allah (tidak ada yang berhak
disembah melainkan Allah),’[Muhammad 47:19]

Jadi seseorang harus bermula dengan ilmu. Ulama adalah pewaris para Nabi, iaitu mereka
mewarisi ilmu. Sesiapa yang menuntut ilmu maka ia telah mendapat keberuntungan yang besar,
dan sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan
baginya jalan ke syurga. Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):
ِ ِ ِ ِ َّ ‫إََِّّنَا َيَْشى‬
ُ‫اّللَ م ْن عبَاده الْ ُعلَ َماء‬ َ

‘Hanya orang yang berilmu di antara hamba-hamba-Nya yang takut kepada Allah’[Faatir
35:28]

Dan Allah berfirman :

9
‫َوَما يَ ْع ِقلُ َها إَِّل الْ َعالِ ُمو َن‬

'tetapi tidak ada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu' [al-'Ankaboot 29:43]

‫السعِ ِي‬ ِ ‫َصح‬ ِ


َّ ‫اب‬ َ ْ ‫َوقَالُوا لَ ْو ُكنَّا نَ ْس َم ُع أ َْو نَ ْعق ُل َما ُكنَّا ِِف أ‬

‘Dan mereka akan berkata: “Sekiranya kami mendengar atau menggunakan akal fikiran kami,
tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala”.[al-Mulk 67:10]

Dan Dia berk:ata

ِ َّ
َ ‫قُ ْل َه ْل يَ ْستَ ِوي الذ‬
‫ين يَ ْعلَ ُمو َن‬

‘Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?’ [al-Zumar 39:9]

Rasulullah SAW bersabda: "Ilmu itu diperoleh dengan berusaha".

Ibn ‘Abbas berkata: ‘Jadilah hamba yang setia kepada Tuhanmu, sabar dan berilmu.’ Dan
dikatakan bahawa pengajar yang baik ialah orang yang mula mengajar manusia perkara-
perkara ilmu yang sederhana sebelum yang lebih sukar.”

Diriwayatkan bahawa Qays ibn Kathir berkata: “Seorang lelaki datang dari Madinah ke Abul-
Darda' di Damsyik dan dia berkata, ‘Apa yang membawamu ke sini, wahai saudaraku?’ Dia
berkata, ‘Hadits yang aku dengar bahawa kamu. meriwayatkan daripada Rasulullah saw.’
Baginda bersabda, ‘Apakah kamu datang untuk alasan lain?’ Baginda menjawab, ‘Tidak.’
Baginda bersabda, ‘Apakah kamu datang untuk berniaga?’ Dia berkata, 'Tidak. Aku datang
hanya untuk mencari hadits ini.’ Dia berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda, “Barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan
memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Para malaikat mengepakkan sayapnya untuk
merestui penuntut ilmu, dan orang-orang yang di langit dan di bumi memohon keampunan
untuk ulama, bahkan ikan di dalam air. Kelebihan orang alim daripada ahli ibadah adalah
seperti kelebihan bulan atas segala benda langit yang lain. Ulama adalah pewaris para Nabi,
kerana para Nabi tidak meninggalkan dinar dan dirham, tetapi mereka meninggalkan ilmu,
maka barangsiapa yang berilmu maka dia telah mendapat keberuntungan yang besar.'” (HR.
Tirmidzi, 2606; digolongkan sebagai shahih). oleh al-Albaani).

Ini adalah sebahagian daripada keutamaan ilmu, dan ini hanyalah setitik di lautan. Jika kita
sebutkan semua kebaikan ilmu, ia akan mengambil masa yang terlalu lama. Mungkin apa yang
telah kami sebutkan di sini akan menjadi peringatan kepada orang yang mempunyai hati atau
memberi telinga semasa dia berwaspada .

Berkenaan dengan cara meningkatkan kefahaman dalam agama pelajar urusan agama
seperti berikut:

5.1 Melalui Pendidikan

10
Pendidikan dikatakan sebagai cara terbaik untuk menimba ilmu. Ia adalah satu proses
di mana seseorang yang lebih berpengetahuan mengajar yang lain dengan pengetahuan
yang kurang. Pendidikan tidak semestinya perlu berlaku di sekolah. Sebagai pendidikan
pertama berlaku di rumah, di mana ibu kita mengajar kita cara bercakap. Apabila kita besar
sedikit, ibu-ibu mengajar kita adab sebelum akhirnya kita keluar ke masyarakat dan
menerima pendidikan formal melalui sekolah. Berkongsi dengan rakan dan orang yang
lebih tua juga boleh dianggap sebagai pendidikan, asalkan kita memperoleh perkara positif
melaluinya.

5.2 Melalui Kaedah Sufi

Kaedah sufi menyatakan manusia mempunyai momentum rohani yang perlu


ditingkatkan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan diri yang bijak dengan menghilangkan
keperluan fizikalnya. Proses pendidikan berterusan sehingga seseorang mencapai tahap
tertentu di mana dia bergabung dan berhubung dengan Tuhan, dan dia dapat melihat Tuhan
dalam dirinya. Seseorang yang mempelajari ilmu ini dengan sukarela akan meninggalkan
segala urusan dunianya dan mengabdikan hidupnya hanya kepada Tuhan, Allah SWT.

5.3 Melalui Pakar

Jika kita ingin menimba atau menimba ilmu, sudah pasti kita perlu mempelajarinya
daripada yang pakar. Ini adalah cara terpantas untuk kita mendapatkan ilmu. Kanak-kanak
dihantar ke sekolah kerana guru mempunyai banyak ilmu untuk dikongsi dengan mereka.
Proses itu berterusan sehingga seseorang menghadiri universiti. Dan apabila seseorang itu
telah menjadi ahli, ramai orang akan datang kepadanya untuk meminta ilmunya. Ilmu
boleh menjadi rantaian amal soleh yang berterusan yang tidak akan putus walaupun dia
meninggal dunia.

5.4 Melalui Pertanyaan

Seseorang akan menjadi rugi selamanya jika dia tidak pernah bertanya soalan. Apatah
lagi bertanyakan soalan kepada guru di dalam kelas. Ilmu bukan selalu tentang sekolah
dan guru. Apabila kita sesat dan tidak dapat mencari jalan, kita perlu bertanya kepada
seseorang yang lebih arif daripada kita. Sebaliknya, kita harus berkongsi pengetahuan kita
kepada orang yang memerlukannya pada masa yang lain.

5.5 Melalui Pembacaan Ilmiah

Buku adalah tingkap dunia. Tiada apa yang tidak dapat kami temui di dalam buku.
Selagi kita hidup, kita harus membaca seberapa banyak buku yang kita boleh. Banyak ilmu
berharga tersimpan di dalam buku. Kita juga boleh mencari motivasi melaluinya, dan kita
boleh berkongsinya kepada orang lain.

5.6 Menyertai Komuniti

Pengetahuan menjadi lebih besar apabila ia dikongsi. Untuk mendapatkan lebih


banyak pengetahuan, sertai komuniti. Contohnya, jika kita ingin mendalami ilmu Islam,

11
kita boleh pergi ke masjid dan menyertai kuliah di sana. Dari kuliah itu kita boleh belajar
banyak perkara baru, dan dengan berkongsi dengan orang lain yang hadir, kita juga
melipatgandakannya. Sertai seberapa banyak komuniti yang kita mahu, untuk menimba
ilmu sebanyak yang kita ingin tahu juga.

5.7 Melalui Melayari Internet

Pada masa kini teknologi telah berkembang pesat. Internet memberi kita pengetahuan
setiap masa dan di mana-mana. Kita harus menggunakan pembangunan teknologi ini
dengan bijak. Layari internet untuk mencari ilmu, tetapi kita perlu mengesahkan
pengetahuan yang baru kita temui dengan pakar. Internet juga mengandungi perkara yang
boleh mendorong otak kita ke jalan yang salah. Satu perkara yang harus kita ingat ialah
internet mesti digunakan untuk beramal dan menimba ilmu yang bermanfaat yang boleh
kita kongsikan kepada orang lain yang memerlukan.

5.8 Melalui Tontonan Video Youtube

Selain internet, Youtube juga berguna pada masa kini. Ia mempunyai banyak
kandungan video tentang perkara tanpa had. Menimba ilmu melalui Youtube bukanlah
sesuatu yang mustahil sekarang. Cari video berguna yang mengandungi pengetahuan
berguna, dan jangan gunakannya secara salah.

5.9 Berkawan Dengan Orang Berilmu

Lebih banyak kawan yang kita dapat, lebih banyak ilmu yang dapat peroleh bersama.
Cari kawan sebanyak mungkin dengan orang yang berpengetahuan dan kelilingi diri anda
dengan mereka sentiasa. Ia bukan sahaja memanjangkan umur kita tetapi juga meluaskan
pengetahuan kita. Kita sentiasa boleh memperbaiki diri masing-masing.

Jadi itulah cara terbaik untuk menimba ilmu dalam Islam. Menimba ilmu hanya
mendatangkan banyak kebaikan kepada kita, maka jangan sekali-kali kita malas untuk
menimba ilmu tersebut. Orang yang mempunyai banyak pengetahuan boleh hidup lebih
lama kerana otak mereka sentiasa hidup dan diasah dengan banyak perkara baru setiap
hari.

5.10 Cara Lain Meningkatkan Kefahaman Agama Dalam Kalangan Pelajar

Jurang komunikasi dan aliran pengetahuan yang terpisah antara golongan yang
berada dalam bidang sains dan agama telah mengakibatkan beberapa fenomena yang
membimbangkan dalam masyarakat pada masa kini. Antara fenomena yang dilihat ketara
dan sering berlaku adalah penyebaran fahaman pseudosains.

Pseduosains merupakan suatu amalan yang mendakwa sesuatu dapatan yang diperoleh
bersifat saintifik, namun kaedah yang digunakan untuk memperoleh dapatan tersebut tidak
bertepatan dengan kaedah saintifik yang sebenar. Hal tersebut menjadikan dapatan tersebut
diragui dari sudut kesahihannya. Namun, pendekatan seumpama ini dilihat kian berluasa
dan tersebar dalam kalangan masyarakat.

12
Antara contoh yang dilihat berleluasa ialah: (1) bertambahnya golongan yang menolak
imunisasi dengan menggunakan hujah yang tidak selari dengan kaedah saintifik, (2)
pemasaran produk-produk makanan tambahan dengan dakwaan faedah-faedah yang tidak
masuk akal, dan (3) peranan doula dalam amalan kelahiran di rumah yang tidak selamat.
Perkara ini dilihat serius apabila pendukung kepada budaya sebegini terdiri daripada
golongan menyandarkan pendirian kepada hujah agama.

Selain budaya pseudosains, turut berlaku pendekatan pseudo-maqasid dalam


kalangan Muslim pada masa kini. Ia merupakan pendekatan yang mengaplikasikan
prinsip-prinsip maqasid syariah ke atas sesuatu isu-isu sehingga melampaui kaedah-
kaedah dan hukum-hukum yang muktamad dalam Islam. Pendekatan seumpama ini
mendahulukan aplikasi sains dan teknologi atas dasar maqasid syariah sehingga
mengabaikan nas-nas syarak.

Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada fenomena ini. Antara faktor tersebut ialah
keterpisahan disiplin agama dan sains terutamanya dalam sektor pendidikan. Berlaku
keterpisahan yang jelas antara pengajian agama dan sains semenjak daripada bangku
sekolah hingga ke pendidikan tertinggi. Keterpisahan ini mengakibatkan fenomena yang
tidak sinergi antara mereka yang terlibat dengan disiplin agama dan sains seperti yang
telah dinyatakan sebelum ini

Dalam kerangka kefahaman Islam, keterpisahan antara disiplin ilmu agama dan sains perlu
dielakkan. Berhubung perkara ini, Islam menegaskan prinsip kesatuan antara ilmu naqli
dan aqli sepanjang proses akademik. Berdasarkan prinsip kesatuan ini, Islam tidak
menolak dan mengabaikan kaedah saintifik dalam proses akademik. Bahkan, ilmu-ilmu
agama yang dibangunkan oleh para ulama pada masa dahulu seperti ilmu usuluddin, usul
fikah, hadis dan falsafah Islam adalah berasaskan kaedah yang bersifat logik dan saintifik.

Pada masa yang sama, kesatuan ilmu agama dan sains merupakan sumber kekuatan
spiritual dan etika dalam diri setiap manusia. Landasan yang disediakan oleh kaedah-
kaedah agama memberi panduan kepada setiap pembuatan keputusan dan pengaplikasian
ilmu sains agar ia dapat memberi manfaat dan mengelak mudarat. Menyedari akan
kepentingan kesatuan ilmu agama dan sains, terdapat inisiatif dalam kalangan sarjana
Muslim untuk membangunkan semula integrasi antara agama dan sains terutamanya dalam
kurikulum pendidikan. Ia diusahakan dengan hasrat agar produk-produk sektor pendidikan
yang dilahirkan mempunyai keunggulan sahsiah berserta tasawwur Islam yang jelas dalam
berdepan dengan perkembangan arus sains dan teknologi pada masa akan datang.
Kesedaran dan usaha ini diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan kurikulum dan modul
pendidikan yang menggabungkan ilmu agama dan sains. Banyak institusi yang giat
melaksanakan kaedah penididikan sebegini. Namun, usaha-usaha pelaksanaan ini berlaku
secara berasingan daripada satu dengan yang lain. Bagi memastikan usaha-usaha yang
terpencil memberi impak yang besar kepada keseluruhan sektor pendidikan, ia perlu
dibawa ke arus perdana.

13
Sebagai langkah mengarusperdanakan usaha-usaha pengintegrasian yang dilaksanakan,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu persidangan meja
bulat dengan tema “Mengintegrasikan Agama dan Sains dalam Kurikulum Pendidikan.”
Persidangan ini telah dianjurkan pada 11 Februari 2019 bertempat di Dewan Besar, Institut
Kefahaman Islam Malaysia.

Persidangan meja bulat tersebut dianjurkan bertujuan untuk (1) memetakan usaha-usaha
berkaitan pengintegrasian agama dan sains dalam pendidikan di Malaysia, (2) mengenal
pasti modul-modul untuk mengintegrasikan agama dan sains dalam pendidikan, dan (3)
membincangkan kaedah-kaedah untuk menanam nilai ke dalam sains melalui pendidikan.

Dalam persidangan tersebut, beberapa modul dan kaedah pengintegrasian agama dan sains
dalam kurikulum pendidikan telah diwacanakan. Antaranya ialah: (1) “Modul Biodai”
sebagai kaedah mengitegrasikan ilmu agama ke dalam pengajaran subjek biologi, (2)
penerapan aspek sains kesihatan ke dalam pengajaran subjek pendidikan Islam, dan (3)
kaedah Islamisasi dalam pengajaran ilmu perubatan dalam pengajaran.

Kesemua modul dan kaedah yang diwacanakan merupakan usaha-usaha yang murni. Para
peserta yang terdiri daripada penyelidik, pensyarah, guru dan pegawai kerajaan melahirkan
rasa gembira dengan usaha pengingtegrasian agama dan sains dalam pendidikan
terutamanya untuk menambah baik mutu akhlak pelajar pada masa kini.

Namun, dalam langkah untuk melaksanakan integrasi agama dan sains dalam
kurikulum pendidikan pada skala yang lebih besar, pelbagai langkah susulan perlu
dirangka dengan melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan. Oleh yang demikian,
pakar-pakar terutamanya yang berada dalam bidang penyelidikan perlu berinteraksi secara
rapat dengan guru-guru yang melaksanakan modul pengajaran yang mengintegrasikan
agama dan sains. Interaksi ini penting untuk memastikan agar para penyelidik dapat
menyalurkan input untuk memperkasa agenda integrasi agama dan sains dalam kurikulum
pendidikan.

Selain itu, para pembuat dasar juga memainkan peranan yang besar dalam usaha integrasi
ini, terutamanya dalam membantu memudahkan urusan kerjasama dan penyelerasan
berhubung perkara ini.

Akhir sekali, keyakinan dan kepercayaan pihak yang berada dalam bidang agama
dan sains terhadap agenda integrasi ini penting bagi memastikan ia dapat dilaksanakan.
Jurang komunikasi antara kedua-dua pihak ini perlu diatasi sebagai langkah yang utama
sebelum menyemaikan kesepaduan ilmu agama dan sains dalam kurikulum Pendidikan.

14
6.0 Rujukan
Buku Rujukan

1. Abdullah Ishak, (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia.Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):93-109 Persepsi Pelajar Terhadap
AmalanPengajaran Tilawah Al-Quran (Students' Perception Toward Teaching
Tilawah Al-Quran) Mohd Aderi Che Noh, Rohani Ahmad Tarmizi
3. Dr. Mahmud Ath-Thahhan, Ummul Qura (2016). Asas Ilmu Hadith, Jl. Raya Pondok
Ranggon RT.02 RW.06 No. 17 Cipayung, Jakarta Timur
4. Al-Quran Al-Karim

Laman Sesawang

1. http://studentsrepo.um.edu.my/5195/3/PENGAJIAN_HADITH__DI_MADRASAH_
MIFTAHUL_ULUM_SRI_PETALING_KUALA_LUMPUR%2CDISERTASI_SAR
JANA_USULUDDIN_MOHD_ARMY_YUSOP_IGB030016.pdf
2. https://azislam.com/ways-of-acquiring-knowledge-in-islam
3. https://www.scribd.com/doc/240334045/HADIS-MARDUD
4. https://pdfcoffee.com/hadis-mardud-pdf-free.html
5. https://www.academia.edu/23765816/Taisir_Mustolahul_Hadis
6. https://www.alkhoirot.org/2018/01/hadis-maqbul-dan-hadits-mardud.html

15
16

Anda mungkin juga menyukai