Anda di halaman 1dari 18

Ayat pada bahasa dalam pelbagai situasi ayat al-Quran mempunyai pelbagai makna

antaranya lain seperti berikut:


Pengumpulan Alquran

al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara beransur-ansur selama lebih
kurang 22 tahun 2 bulan dan 22 hari dan beliau sangat mengambil berat untuk
menghafalnya dan kemudian membacakannya kepada para sahabat yang lain. baginda
adalah orang yang pertama sekali mendapat penghormatan melakukan kerja mengumpul
al-quran yang mulia dengan tujuan menghafal dan mengingatinya di dalam hati sebelum
kerja tersebut diteruskan oleh orang lain. oleh yang demikian, baginda rasulullah s.a.w
dianggap sebagai penghulu atau orang pertama menghafal dan mengingati al-quran.
pengumpulan al-quran di dalam dada
rasulullah s.a.w adalah seorang yang ummi(tidak tahu membaca dan menulis). oleh itu
beliau berpegag teguh kepada kekuatan ingatannya untuk menghafal setiap wahyu yang
diturunkan kepadanya. pernah berlaku, beliau tergopoh gapah membaca wahyu yang
diturunkan kerana bimbang akan terlupa dan kemudiannya allah berjanji untuk
memudahkannya untuk menghafal dan memahaminya seperti dalam firman-Nya:

114. Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang benar (pada
segala-galanya). dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca AlQuran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan berkata:
"Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
dan Allah s.w.t berfirman lagi:

16. Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran
Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai
dibacakan kepadamu).
17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu),
dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
18. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan
perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

19. Kemudian, Sesungguhnya kepada Kamilah


kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

terserah

urusan

menjelaskan

baginda rasulullah s.a.w amat menitik beratkan penghafalan dan penghayatan terhadap
al-quran sehingga baginda sering mengisi malamnya dengan membaca ayat-ayat al-quran
di dalam sembahyangnya, beribadah dengannya serta mentadabbur kandungannya.
baginda beribadah sehingga bengkak kedua-dua kakinya kerana banyak berdiri, baginda
mengumpulkan al-quran di dalam dadanya yang mulia dan setiap setahun sekali jibril a.s
akan menyemak bacaannya dan hanya pada tahun terakhir hayat baginda, jibril telah
datang sebanyak dua kali untuk menyemak bacaan baginda.
semasa al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya, masyarakat
arab sedia terkenal sebagai bangsa yang mempunyai daya ingatan yang cukup kuat dan
amat cepat menghafal. mereka juga terkenal dengan hafalan berates-ratus bait syair
dalam pelbagai tema dan gaya bahasa. oleh itu tidak hairanlah sekiranya setelah mereka
memeluk agama islam, mereka dapat menghafal kesemua ayat-ayat al-quran yang diajar
oleh nabi Muhammad s.a.w dengan senang dan cepat tanpa sebarang masalah. malah
mereka amat tertarik dengan gaya bahasa al-quran yang berlainan sekali dengan bahasa
syair yang dicipta oleh pakar-pakar bahasa bangsa mereka.
oleh yang demikian para sahabat amat mengambil berat tentang al-quran dan mereka
akan bersegera menghafalnya setiap kali rasulullah s.a.w mengajar kepada mereka dan
kemudiannya mereka mengajar kepada isteri-isteri dan anak-anak mereka. pernah
diriwayatkan bahawa baginda s.a.w sedang berjalan-di malam hari, kemudiannya baginda
melintasi sebuah rumah sahabat dari golongan ansar lalu terdengar dengungan suara
orang yang membaca al-quran sehingga membuat baginda terhenti kerana mendengar
bacaan tersebut.
semasa hayat rasulullah s.a.w ini terdapat ramai bilangan para sahabat yang menghafal alquran antaranya ialah keempat khalifah ar-rasyidin, said, muaz bin jabal, talhah, ibn
masud, huzaifah, salaim maula abu huzaifah, ibn umar, abu al-darda, aisyah, ibn abbas,
hafsah, ummu salamah, masab bin umair, ibn ummi maktum, zaid bin thabit, ubai bin
kaab, muawiyah bin abi sufyan dan ramai lagi. ada di antar mereka yang telah diutuskan
oleh rasulullah s.a.w ke tempat-tempat lain untuk mengajar al-quran kepada umat islam
yang jauh seperti yang berlaku kepada masab bin umair dan ibn abi maktum seta muaz
bin jabal.
pengumpulan al-quran dalam tulisan
pada zaman rasulullah s.a.w masih hidup, al-quran bukan hanya dipelihara melalui system
penghafalan sahaja, malahan, baginda turut memerintahkan sepaya ia ditulis oleh para
penulis wahyu. rasulullah s.a.w telah melantik beberapa orang kuttab(penulis wahyu)
untuk merakamkan wahyu-wahyu yang diturunkan. penulis-penulis wahyu ini mestilah
terdiri daripada para sahabat yang dipercayai kejujurannya dan mampu mengendalikan
tugas bersesuaian dengan tugasnya yang amat besar.

rasulullah s.a.w telah melantik ramai para kuttab di antaranya ialah empat orang khalifah
al-rasydin iaitu abu bakar, umar, uthman dan ali, muawiyah bin abi sufyan, zaid bin
thabit, ubai bin kaab, Khalid bin al-walid, thabit bin qais, abbas bin said dan lain-lain
lagi.
setiap kali rasulullah s.aw menerima wahyu yang diturunkan oleh allah, baginda akan
membacanya di hadapan para kuttab menulisnya. baginda memerintahkan mereka supaya
menulis setiap ayat-ayat al-quran yang diturunkan kepadanya supaya ia selaras dengan
apa yang telah dihafal di dalam dadanya. pada zaman ini, para kuttab telah menulis ayatayat yang diwahyukan itu di pelepah-pelepah tamar, ketulan-ketulan batu, tulang tulang
unta dan biri-biri yang telah kering, kulit-kulit binatang, kepingan-kepingan kayu dan
sebagainya.
penyusunan ayat dan surah
penyusunan ayat dan surah yang dimaksudkan di sii ialah penyusunan yang dibuat
terhadap kesemua ayat dan surah sebagaimana didapati pada hari ini.
1.

penyusunan ayat secara taufiqi


kesemua ayat al-quran telah disusun secara taufiqi iaitu mengikut petunjuk dan arahan
sebagaimana yang diberi oleh rasulullah s.a.w dan baginda pula mendapat perintah
daripada allah taala. terdapat suatu hadith yang meriwayatkan bahawa jibril a.s telah
berkata kepada rasulullah s.a.w ketika beliau membawa wahyu daripada allah taala:
kemudian baginda s.a.w akan berkataletakkan ia di tempat yang demikian itu kepada
para kuttab, iaitu sebagai petunjuk dan arahan baginda untuk menyusun ayat-ayat dan
surah-surah al-quran. oleh itu tidak syak lagi ahawa susunan ayat dalam setiap surah dan
perletakkan basmalah di setiap permulaan surah adalah berdasarkan pertunjuk oleh
perintah nabi Muhammad s.a.w dan ia dipersetujui oleh jumhur ulama
oleh sebab itulah, segala ayat dan surah yang ada di dalam al-quran al-karim tidak boleh
diubah atau ditukar kedudukannya walaupun ia melibatkan hanya satu ayat sahaja.
sejarah juga tidak pernah mencatat peristiwa yang menunjukkan para sahabat menyusun
ayat-ayat al-quran menurut sesuatu susunan yang menyalahi bacaan rasulullah s.a.w
maka dengan sebab inilah juga, perkara mengenai susunan ayat-ayat al-quran secara
taufiqi tersebut telah mencapai darjat tawatur.

2.

penyusunan surah secara taufiqi


sebagaimana penyusunan ayat al-quran yang dibuat secara taufiqi, begitulah juga dengan
penyusunan surah al-quran, iaitu menurut petunjuk dan perintah baginda s.a.w ibn abbas
r.a meriwayatkan:

oleh itu jelaslah susunan surah yang ada pada hari ini sudah dimaklumki sejak zaman
rasulullah s.a.w masih hidup lagi. dan penyusunan secara taufiqi ini meliputi keseluruhan
surah al-quran dan ia merupakan pendapat yang rajah berbanding dengan pendapat yang
mengatakan penyusunan sebahagian besar surah al-quran adalah secara taufiqi,
sementara sebahagian lagi berdasarkan ijtihadi para sahabat.
sebab-sebab al-quran tidak dikumpulkan dalam satu mushaf

1.

2.

3.

4.

5.

6.

pada masa hayat rasulullah s.a.w baginda tidak bertindak mengumpulkan kesemua ayat
dan surah al-quran ke dalam sebuah mushaf, tetapi baginda juga tidak terus
mengasingkan keseluruh ayat dalam setiap surah itu ke dalam kepingan-kepingan yang
berasingan. apa yang didapati ialah ayat-ayat al-quran tersebut bercampur-aduk dan
berselerak di sana sini di rumah-rumah para sahabat. walaubagaimanapun, ada beberapa
sebab dan alas an mengapa zaman ini tidak memperlihatkan gerakan mengumpul ayatayat al-quran di dalam satu mushaf sehinggalah baginda s.a.w wafat. antaranya ialah:
al-quran tidak diturunkan sekaligus, malahan berlaku secara beransur-ansur dan
berperingkat-peringkat. oleh itu, adalah sukar untuk menulisnya di dalam satu mushaf
sahaja, melainkan setelah kesemua ayat al-quran tersebut sempurna diturunkan kepada
baginda s.a.w.
susunan ayat-ayat dan surah-surah tidak mengikut susunan penurunannya, apabila
diteliti penyusunan yang dibuat terhadap al-quran jelaslah sesetengah ayat yang
diturunkan kemudian, tetapi di dalam al-quran diletakkan di awal surah. sekiranya alquran ditulis dan dikumpulkan ke dalam satu mushaf, maka pastilah ia perlu diubah
setiap kali wahyu diturunkan kepada rasulullah s.a.w.
semasa hayat baginda s.a.w. terdapat juga beberapa ayat al-quran yang dimansuhkan
dengan turunnya ayat yang lain yang memansuhkannya. oleh itu, sekiranya semenjak awal
lagi al-quran telah dikumpulkan dalam satu mushaf maka perubahan dan pindaan
tertentu perlu dilakukan terhadap mushaf tersebut setiap kalisesuatu ayat dimansuhkan.
ini hanya akan menyulitkan keadaan rasulullah tidak pernah menyuruh para sahabat
mengumpulkan al-quran di dalam satu mushaf.
penghafal-penghafal dan penulis wahyu yang terlalu ramai yang berada di pelbagai
tempat menyebabkan tulisan-tulisan al-quran berselerak di sana sini. di samping itut,
mereka tidak merasakan bahawa pengumpulan di dalam suatu mushaf adalah perlu
kerana mereka telah menghafalnya di dalam dada masing-masing.
jarak masa di antara ayat terakhir diturunkan kepada rasulullah s.a.w dan masa
kewafatan baginda terlalu singkat iaitu selang masanya hanyalah sembila hari sahaja.
masa yang terlalu pendek tidak memungkinkan baginda mengumpulkan keseluruhan alquran di dalam suatu mushaf.
belum terdapat sebab-sebab yang memerlukan pengumpulan al-quran di dalam satu
mushaf keran pada masa itu umat islam berada di dalam suasana baik, aman, tidak ada
fitnah memfitnah, di samping penghafal-penghafal al-quran masih ramai. tambahan pula
alat-alat untuk kegunaan menulis adalah sukar untuk diperolehi kerana pada masa ini,
mereka hanya mengukir tulisan di atas kepingan kayu, ketulan batu, kulit kulit kering dan
tulang temulang.

walaupun tidak ada pembukuan dan pengumpulan di dalam satu mushaf, al-quran al
karim tetap dipelihara kerana para sahabat telah menghafal keseluruhan ayat-ayat alquran mengikut cara yang ditunjukan oleh rasulullah s.a.w yang juga telah menerangkan
tempat letak sesuatu ayat dan surah sebagaimana yang diarahkan oleh Allah Taala.
kesimpulannya pada masa rasulullah s.a.w masih hidup, alquran telah dihafal oleh ramai
penghafal-penghafalnya di dalam dada masing-masing seperti yang diarahkan oleh
rasulullah s.a.w. disamping itu, al-quran juga telah ditulis di atas kepingan-kepingan kayu,
batu, kain, kulit dan sebagainya, seta dikumpulkan dan disimpan di rumah baginda s.a.w.
para kuttab pula menyalin satu mushaf seorang untuk kegunaan diei mereka dan
keluarga. oleh yang demikian, penghafalan ayat-ayat al-quran dalam susunan yang teratut
serta penulisannya menjamin keutuhan dan keaslian al-quran sebagaimana yang
dijanjikan oleh allah s.w.t. di dalam firmannya:

9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara


dan menjaganya.
Zaman Abu Bakar as-Siddiq
setelah baginda rasulullah s.a.w wafat, sahabat baginda saidina abu bakar as-siddiq
dilantik sebagai khalifah pertama untuk menyambung tugas-tugas rasulullah s.a.w. pada
masa itu timbul pelbagai gerakan daripada orang ramai yang menyangka bahawa agama
islam tamat dengan kematian rasulullah s.a.w. dan sesetengahnya pula enggan membayar
zakat.
saidina abu bakar telah berusaha habis-habisan untuk membanteras penyelewenganpenyelewengan yang berlaku dengan menghantar tentera-tentera islam memerangi
golongan tersebut. pada tahun 12H, beliau telah menghantar Khalid al walid mengetuai
tentera islam memerangi musailamah al kazzab yang mengakui dirinya sebagai nabi dan
pengikut-pegikutnya daripada bani hanifah yang telah murtad. Khalid bin al walid telah
ke suatu tempat bernama al-yamamah bersama-sama 4000tentera islam untuk
melaksanakan tugas yang berat itu. peperangan yang sengit ini akhirnya meragut banyak
nyawa tentera muslin dan ramai para penghafal al-quran yang syahid iaitu tidak kurang
daripada 70orang termasuk zaid bin al khattab, saudara kepada umar bin al khattab.
peperangan ini berlanjutan sehingga datangnya pertolongan allah yang kemudiannya
menghancurkan tentera musailamah. tentera islam berjaya mengejar mereka dan
mengepungnya dalam sebuah kebun kurma. kemudiannya al-barra bin malik memanjat
tembok kebun tersebut dan berjaya membuka pntu tembok untuk memberi laluan kepada
tentera islam bagi membunuh musailamah dan pengikut-pengikutnya. peperangan yang
dahsyat dan sengit ini berakhir dengan kemenangan terhadap umat muslimin.
peristiwa yang menyedihkan itu menjadi satu pukulan yang besar terhadap saidina umar,
lalu beliau menemui khalifah abu bakar dan mencadangkan supaya al-quran dikumpulkan
ke dalam satu mushaf yang teratur ayat dan surahnya. cadangan itu dibuat berasaskan

kebimbangan umar akan kemungkinan hilangnya al-quran disebabkan kematian para


penghafalnya.
walaubagaimanapun, pada mulanya abu bakar enggam melaksanakan cadangan umar,
kerana beliau merasakan cukup berat untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh
rasulullah semasa hidup baginda. tetapi umar tidak putus asa, akhirnya khalifah abu
bakar dapat diyakini akan manfaat daripada cadangan beliau itu. apabila khalifah abu
bakar dapat melihat kebaikan cadangan umar tersebut, lalu beliau mengarahkan zaib ibn
thabit melaksanakan tugas itu. zaid ibn thabit dipilih berdasarkan kenyataan bahawa
beliau merupakan seorang pemuda yang bijak dan termasuk salah seorang daripada
penulis wahyu serta menghafal al-quran dan pernah menghadiri majlis tadarrus al-quran
antara nabi dan jibril.
di peringkat permulaan menerima arahan, zaid sebagaimana yang telah berlaku kepada
khalifah abu bakar teragak-agak juga untuk menjalankan tugas tersebut dengan alas an
bahawa perkara itu merupakan suatu yang tidak dilakukan oleh rasulullah semasa hidup
baginda. tetapi akhirnya beliau juga dapat diyakini sepertimana yang berlaku kepada
khalifah abu bakar.
dalam melaksanakan tugas berat itu zaid telah dibantu oleh sahabat lain dengan bertindak
menyalin satu persatu ayat-ayat yang sudah sedia ada tertulis pada pelepah-pelepah tamar,
kulit dan ketulan batu serta membandingkannya dengan hafalan-hafalan para sahabat
dan hafalan beliau sendiri. selain dari itu, beliau tidak akan menulis sebagai al-quran
kiranya tidak ada dua orang saksi yang adil, menyatakan mereka menyaksikan ayat itu
diterima daripada nabi. dalam erti kata lain, kedua-dua sumber yang ada pada waktu itu,
iaitu hafalan dan catatan atau tulisan digunakan dengan teliti oleh zaid dalam proses
melaksanakan tugas yang diamanatkan oleh khalifah abu bakar.
zaid telah mengambil masa lebih kurang satu tahun untuk menyempurnakan tugas beliau
itu. apabila telah selesai penulisannya, naskah al-quran itu diberi nama mashaf abu bakar .
bentuk penulisan mashaf itu adalah meliputi keseluruhan ketujuh-tujuh huruf atau alahraf al-sabah yang mana di atasnya al-quran diturunkan. ini bermakna mashaf abu
bakar ini adalah selaras dan sama dengan catatan yang dikumpulkan pada zaman nabi.
mashaf abu bakar itu pada mulanya disimpan di bawah jagaan khalifah abu bakar
sehinggalah beliau meninggal dunia. kemudian di simpanpula oleh khalifah umar alkhattab di sepanjang tempoh pemerintahannya. setelah khalifah umar meninggal dunia,
mashaf tersebut diletakkan pula dibawah jagaan anaknya, iaitu hafsah binti umar.
sebagai rumusannya, dengan pengesyoran umar dan pelaksanaan tugas zaid ibn thabit,
maka terhasillah mashaf abu bakar dalam bentuk penulisannya yang meliputi ketujuhtujuh huruf yang di atasnya al-quran diturunkan. dengan itu juga, terselamatlah dan
terjaga ketulinan al-quran disebabkan kematian para penghafal al-quran.
Zaman Saidina Uthman bin Affan r.a

pengumpulan al-quran di zaman khalifah uthman bin affan r.a adalah kerana sebab-sebab
yang berbeza dari yang dihadapi oleh khalifah abu bakar as-siddiq dahulu. semasa
pemerintahan khalifah umar al-khattab r.a empayar islam telah dapat diperluaskan
hingga mewujudkan suatu kawasan yang amat besar. para sahabat telah dihantar
kenegeri-negeri dan kota-kota taklukan islam untuk mendakwah penduduk negeri
tersebut dengan ajaran islam yang suci. di samping itu juga para sahabat turut mengajar
al-quran dan cara bacaannya kepada penduduk tempatan mengikut cara masing-masing.
oleh itu timbillah ketidak seragaman bacaan di antara penduduk satu negeri dengan
negeri yang lain.
penduduk negeri syam membaca alquran dengan bacaan ubai bin kaab, penduduk kufah
pula menggunakan bacaan Abdullah bin masud sementara yang lainnya pula membaca
dengan bacaan abu musaal-asari. kesemua bacaan dan cara penyampaian para sahabat
ini berbeza di antara satu sama lain. mereka hanya menggunakan qiraat yang mereka
ketahui sahaja di samping mereka tidak pula mengajar qiraat tujuh kepada penduduk
tempatan. tambahan pula mereka tidak mempunyai satu mushaf umum untuk dijadikan
rujukan sekiranya mereka menghadapi masalah.
pendapat ini telah menimbulkan pergaduhan dan pertentangan pendapat di antara sesame
mereka sehingga hampir kedapatan orang yang mengkufurkan yang lain disebabkan
perbezaan bacaan tersebut. pertelingkahan ini berlaku bukan hanya di antara puak-puak
orang Iraq sendiri. satu riwayat menerangkan:
pada masa pemerintahan al-walid bin uqba, yazid bin muawiyah berada di sebuah masjid
dan bersama-sama ialah huzaifah. tiba-tiba seorang pegawai berkata: sesiapa yang
mengikut bacaan abu musa, pergilah ke sudut berhampiran dengan pintu kinda. dan
sesiapa yang mengikut bacaan Abdullah pergilah kesudut berhampiran rumah Abdullah.
mereka bersepaka membaca surah al baqarah ayat 196. satu kumpulan membaca
tunaikanlah haji ke kaabah. huzaifah menjadi sangat marah, matanya merah lalu
bangun dan membuka qamisnya sehingga ke pinggang. walaupun ketika itu beliau berada
di dalam masjid. huzaifah berkata: adakah sesiapa yang akan menemui amirul mukmini
atau saya sendiri yang akan pergi.
riwayat ini menjelaskan bahawa huzaifah bimbang keaslian agama islam akan tercemar
seperti agama-agama samawi yang lain yang telah berpecah kepada beberapa bahagian
hanya kerana perselisiha umatnya terhadap bacaan kitab suci mereka. abu huzaifah juga
pernahmendengar penduduk kufah berkata naskah Abdullah sementara penduduk
basrah berkata naskah abu musa lalu beliau berkata demi allah, sekiranya aku
berjumpa amirul mukmini, aku akan mencadangkan supaya bacaan-bacaan ini
dihapuskan.
al-bukhari telah merakamkan peristiwa mengenai abu huzaifah membuat laporan kepada
khalifah uthman bin affan di dalam sahihnya. beliau meriwayatkan daripada anas bin
malik katanya huzaifah al yaman datang menghadap khalifah uthman sebaih sahaja beliau
selesai berperang bersama-sama orang syam dan Iraq memerangi Armenia dan
Azerbaijan. beliau amat terkejut dengan pertelingkahan yang berlak di antara penduduk

syam dan penduduk Iraq mengenai bacaan al-quran. lalu huzaifah menyarankan oendapat
kepada uthman dengan berkata:wahai amir al mukminin, selamatkanlah mereka itu
sebelum pertelingkahan mereka tentang al-quran mereka merebak seperti yang telah
berlaku kepada bangsa yahudi dan nasrani. lantas saidina uthman bersegera menghantar
utusan kepada hafsah sambil berkata: semoga puan dapat menghantarkan kepada kami
naskah al-quran yang puan simpan supaya kami dapat menyalinnya menjadi beberapa
nashkah mashaf dan kemudiannya kami akan kembalikannya semula kepada puan.
hafsah pun menghantarkan naskhah al-quran itu kepada uthman dan beliau segera
memerintahkan zaid bin thabit, Abdullah bin zubair, said bin al-as dan abdul rahman bin
harith bin hisyam supaya menyalin semula nashkah al-quran itu ke dalam beberapa
nashkah mashaf yang lain. di samping itu saidina uthman berpesan kepada ketiga-tiga
pemuda quraisy tadi dengan berkata: sekiranya timbul sebarang perselisihan di antara
kamu bertiga dengan zaid bin thabit mengenai sesuatu berkenaan al-quran, maka
hendaklah kamu menulis perkara itu menurut lahjah quraisy, keran sesungguhnya alquran diturunkan dengan lidah quraisy. selepas itu mereka terus bekerja melaksanakan
perintah tersebut. apabila tugas tersebut selesai, maka nashkah asalnya dikembalikan
semula kepada hafsah. kemudian, nashkah-nashkah yang telah disalin itu dihantar ke
seluruh tempat iaitu satu nashkah untuk satu tempat dan khalifah memerintahkan supaya
salinan-salinan nashkah yang lain dibakar.
dengan adaya mashaf uthman ini, maka para sahabat yang berada di merata tempat dapat
menjadikannya sebagai rujukan tanpa perlu bergantung kepada cara bacaan mereka
sendiri. usaha-usaha murni ini telah dapat menghapuskan pertelingkahan dan perselisihan
pendapat di antara umat islam sesame sendiri.
Masa Penyalinan Nashkah
keempat-empat sahabat yang telah diperintahkan oleh sidina uthman r.a untuk
mengumpul dan menyalin semula al-quran itu telah memulakan kerja-kerja mereka pada
tahun 25H. mereka betungkus lumus bekerja menyalin beberapa nashkah al-quran dengan
berpandukan nashkah asal yang disimpan oleh hafsah binti umar al-khattab dan apabila
selesai, nashkah tersebut dikembalikan semula kepada beliau.
pada tahun 65H, khalifah marwan bin al-hakam cuba mendapatkan nashkah asal tersebut
daripada hafsah untuk dibakar, namun beliau enggan menyerahkannya. tetapi apabila
hafsah wafat, nashkah tersebut diambil dan dibakar oleh khalifah marwan. beliau
mempertahankan tindakannya dalam nashkah tersebut telah pun disalin dan terpelihara
dalam mashaf imam. beliau khuatir nashkah tersebut akan menyebabkan kelahiran
segolongan manusia yang meragui kebenaran nashkah itu.
Keistimewaan Mashaf Uthman
al-zarqani telah menyebut beberapa keistimewaan dan kelebihan mashaf uthman, iaitu:
1.
mengumpul ayat-ayat yang diriwayatkan secara tawatur sahaja tanpa memasukkan
riwayat ahad.

2.

meninggalkan ayat yang dinasakhkan bacaannya dan tidak dibaca pada pembentangan
yang terakhir.
3.
menyusun surah-surah dan ayat-ayat seperti yang ada sekarang. berbeza denganmashaf
abu bakar r.a yang menyusun ayat-ayat tanpa menyusun surah-surahnya.
4.
menulis dengan mengumpulkanpelbadai cara qiraat dan huruf-huruf yang diturunkan
al-quran dan tanpa member baris dan titik.
5.
membersihkan mashaf daripada ayat-ayat yang bukan al-quran seperti keteranganketerangan ayat yang ditulis oleh sahabat pada mashaf mereka atau pun tanda-tanda
masikh dan sebagainya.
Kesimpulannya
pengumpulan, penulisan dan pembukuan al-quran berlaku dalam tiga peringkat iaitu
zaman rasulullah s.a.w zaman abu bakar r.a dan zaman uthman. kesemua peringkat ini
menunjukkan bahawa al-quran telah dijaga dan dipelihara dengan begitu teliti dan
sempurna untuk mengelak sebarang perubahan dan penyelewengan.

sumber

http://www.onislam.net/english/shariah/muhammad/his
companions/453000zaidibnthabit.html
http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2008/12/bagaimanaka
hsurahdanayatquran.html
Buktibukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad s.a.w
terbitan PTS Milenia 2008 ditulis oleh Dr. Danial Zainal
Abidin

Tertib dan Susunan Surah-surah Al-Quran.


Oleh : Ibnu Jaffar
1.0 Pendahuluan
Menurut jumhur ulama , jumlah surah al-Quran ialah 114 surah dan ia pula tidak sama panjang
dan pendeknya. Di mana ada surah yang panjang dan ada yang pendek . Antara surah yang
terpanjang ialah surah al-Baqarah iaitu 286 ayat. Manakala surah yang terpendek ialah surah alKauthar yang mengandungi 3 ayat.
Surah-surah al-Quran dari segi panjang pendeknya terbahagi kepada empat iaitu ; a)
Assabuthiwaal iaitu tujuh surah yang panjang iaitu ; al-Baqarah, Ali Imran, al-Nisaa, al-Araf,
al-Anam al-Maidah dan Junus
b) Al-Miuun iaitu surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayat lebih seperti ; Surah hud, Surah
Yusuf dan Surah al-Mukmin.
c) Al-Matsaani iaitu surah-surah yang kurang dari seratus ayat seperti ; Surah al-Anfal, al-Hijr
dan sebagainya.
d) Al-Mufasal iaitu surah-surah pendek seperti; Surah al-Dhuha , Surah al-Ikhlas dan sebagainya.
Jumlah bilangan ayat al-Quran pula , mengikut Ulama al-Adad di dalam Kitab Ilmu al-Fawasil,
di dalam menentukan jumlah yang sebenarnya ayat-ayat kitab suci, kita terpaksa berpandukan
kepada ulama yang telah diiktiraf iaitu ada sebanyak tujuh ulama al-Adad. Menurut ulama ahli
madinah al-Awwal sebanyak 6 217 ayat. Menurut ulama ahli madinah Assani iaitu sebanyak 6
214 manakala pendapat ulama ahli Mekah sebanyak 6219 ayat. Menurut ulama ahli Basrah pula,
sebanyak 6 204 ayat dan menurut ulama ahli Dimasyki pula sebanyak 6 227 ayat. Ulama ahli
Himsi menyatakan sebanyak 6 232 dan akhirnya, menurut pendapat ahli Kufah iaitu sebanyak 6
236 ayat.
2.0 Pengertian surah
Menurut Kamus Dewan Bahasa Surah, membawa maksud bab atau fasal ( yang mengesahkan
sesuatu ) dari al-Quran. Surah juga dimaksudkan sebagai sejumlah atau sekumpulan ayat alQuran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan dan akhiran.
3.0 Tertib surah
Berkaitan dengan tertib dan susunan surah al-Quran, ulama berselisih pendapat. Pendapat
tersebut dapat dibahagikan kepada tiga pendapat.
3.1 Pendapat pertama
Pendapat ini didokong oleh Abu Jafar al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari. Mereka berpendapat

bahawa tertib surah dalam al-Quran adalah melalui penetapan dan taufiqi daripada Rasulullah
sama seperti tertib ayat. Di mana baginda pula diberitahu melalui malaikat Jibril di atas perintah
daripada Allah. Justeru itulah, al-Quran semenjak zaman nabi telah tersusun surah-surahnya
sampai kini.
Bukti-bukti pendapat mereka ada empat .
3.1.1 Pengumpulan dan Mashaf Uthmani disusun secara tertib mengikut zaman nabi dan tidak
ada seorang sahabat pun yang berselisih tentangnya dari situ jelaslah ia adalah merupakan suatu
ijma.
3.1.2 Rasululullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang baginda.
Hal itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Ibn Syaibah yang bermaksud : Nabi pernah
membaca beberapa surah Mufassal ( surah pendek) dalam satu rakaat.
3.1.3 Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn masud yang berkata maksudnya :
Surah Bani Israil , al-Kahfi, al-Mariam, Taha dan al-Anbiya:Surah-surah itu termasuk kategori
surah yan diturunkan di Mekah dan yang mula-mula aku pelajari.
Selepas itu Ibn Masud menyatakan surah-surah itu secara berurutan sebagaimana tertibnya
susunan yang ada dalam mashaf sekarang.
3.1.4 Ulama telah sepakat mengatakan wajib menghormai tertib surah-surah al-Quran yang telah
tersusun al-Quran yang telah tersusun dalam Mashaf Uthmani kerana penyusunan dan
penulisannya telah ijma.
3.2 Pendapat kedua
Pendapat ini mengatakan tertib surah adalah dengan berpandukan kepada ijtihad para sahabat
berpandukan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf milik mereka.
Pendapat ini disokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar.
3.2.1 Hujah pendapat kedua
Para sahabat berbeza di antara mereka sebelum khalifah Uthman Ibn Affan memerintahkan
supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah itu berdasarkan taufiqi, tentu tidak ada
perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan para sahabat.
3.2.1.1 Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelu khalifah Uthman Ibn Affan
memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah itu berdasarkan taufiqi,
tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan para sahabat. Bukti pernyataan
tersebut ialah seperti berikut :a) Mashaf milik Saiddina Ali mengikut tertib nuzul al-Quran atau masa turun. Iaitu dimulai
dengan surah al-Alaq, al-Muddathir, al-Muzammil, al-Masad, al-Takwir seterusnya hingga akhir
surah Makki dan Madani.

b) Mashaf milik Ibn Masud yang pertama ditulis adalah surah al-Baqarah, al-Nisa kemudian Ali
Imran.
c) Dalam Mashaf Ubai Ibn Kaab yang pertama ditulis ialah al-Fatihah, al-Baqarah, al-Nisa dan
kemudian Ali Imran.
3.2.1.2 Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail Ibn Abbas
daripada Hibban Ibn yahya daripada Abu Muhammad al-Qurasyiy beliau berkata :
Uthman telah memerintahkan kepada para sahabat supaya menyusun atau mentertib surah-surah
yang panjang-panjang. Kemudian ia menjadikan Surah al-Anfal dan surah al-Taubah di dalam
kumpulan Tujuh dan surah yang ke tujuh. Dan ia tidak memisahkan di antara surah al-Anfal
dengan surah al-Taubah dengan Basmalah.
3.3 Pendapat ketiga
Pendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibnya secara taufiqi atau
penetapan nabi, manakala sebahagian yang lain pula berdasarkan ijtihad para sahabat. Pendapat
ini sebagaiana yang dinyatakan oleh Ibn hajar : Tertib sebahagian besar surah adalah bersifat
taufiqi. Sebagaimana hadis daripada Huzaifah al-Thaqafi , terjemahannya :
Rasulullah berkata kepada kami :Telah datang kepadaku waktu untuk membaca bahagian
( hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebelum selesai membacanya. Lalu
kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah :Bagaimanakah kamu semua membuat
pembahagian al-Quran?. Mereka menjawab Kami membahagikannya kepada tiga surah, lima
surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan bahagian al-Mufassal dari
Qaf hingga tamat.
Berpandukan dalil tersebut, Ibn hajar berpendapat bahawa ia menunjukkan tertib surah seperti
yang terdapat dalam mashaf sekarang adalah tertib surah semenjak zaman nabi, namun begitu
berdasarkan dalil tersebut, kemungkinan tertib surah pada masa itu hanya bahagian mufassal
sahaja.

4.0 Rumusan
Sebagai rumusannya, pendapat pertama adalah pendapat yang rajih dan lebih tepat iaitu tertibnya
berdasarkan taufiqi sama dengan tertib ayat-ayat. Hal ini telah disokong dan dinyatakan oleh Abu
Bakar Ibn al-Anbari : Allah telah menurunkan al-Quran seluruhnya ke langit Dunia. Kemudian
ia menurunkan secara beransur-ansur. Sesebuah surah itu turunnya kerana sesuatu peristiwa yang
berlaku dan ayat turun sebagai jawapan orang yang bertanya. Dalam hal itu pula , Jibril sentiasa
memberitahu nabi dimanakah sesebuah surah dan ayat itu seharusnya diletakkan. Justeru itu,
semua susunan surah dan ayat adakah menurut penetapan nabi.

Antara lain, pendapat kedua dan ketiga boleh disangkal kerana pendapat pertama berdasarkan
ijma dan dalil bahawa ada taufiqi daripada nabi sebagaimana yang dikemukakan oleh pendapat
pertama dengan menemukakan hadis riwayat al-Bukhari yang merupakan hadis sahih dan tidak
dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan riwayat lain.
Antara lain juga , hadis yang dijadikan sandaran oleh pihak ketiga bukanlah hadis marfu kepada
nabi. Seterusnya untuk menyangkal persoalan yang berkaitan dengan berlaku perbezaan itu
sebelum para sahabat tahu ada taufiqi daripada nabi.
Dengan penerangan itu dapatlah dinyatakan bahawa terdapat tiga pendapat tentang tertib dan
susunan surah-surah al-Quran. Pendapat pertama didokong oleh Abu Jaafar al-Nahhas dan Abu
Bakar al-Anbari, iaitu melalui penetapan taufiqi daripada nabi. Pendapat kedua didokong oleh
Imam Malik dan Qadhi Abu bakar iaitu pendapat mereka , berpandukan ijtihad para sahabat ,
manakala pendapat ketiga didokong oleh Ibn hajar iaitu sebahagian taufiqi daripada nabi dan
sebahagian lain adalah ijtihad para sahabat. Maka rumusannya ialah pendapat yang pertama
adalah lebih rajih iaitu tertib dan susunan surah-surah al-Quran melalui penetapan taufiqi.
Rujukan
Hassan Mahmud al-Hafiz , Tajwid al-Quran , 1986 , Dinie Publishers, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002 , Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff, Kunci Mengenal al-Quran, 1996, Berita Publishing Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.
Rosmawati binti Ali , Pengantar Ulum al-Quran , 1997 , Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran , Al-Quran dan Terjemahannya , 1974 , Menteri
Agama Republik Indonesia .
Dicatat oleh Ibnu Ja'far
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Perbezaan Pendapat Ulama Tentang Tertib dan Susunan Surah-surah Al-Quran.

PENYUSUNAN AL-QURAN
PENGERTIAN AYAT

a)

BAHASA

Tanda atau Alamat.

...(Nq$G9$# N6u?'t br& m6=B spt#u b


... Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari
Allah)
datangnya kepada kamu peti Tabut
Surah al-Baqarah (ayat 248)
b)

Bukti atau Dalil

... 3s9 t,n=y{ br& mGt#u `Bur


Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya
bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki)
Surah al-Rum (ayat 21)
c)

Keterangan.

@y _t/ @u ) Nx. OgoYs?#u `iB pt#u


7puZit/ 3
Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan
Yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih
ingkar)?...
Surah al-Baqarah (ayat 211)
d) Mukjizat.

.... Z pt#u mB&ur zNttB t$# $uZ=yy_ur


Dan Kami jadikan (Nabi lsa) Ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda
(mukjizat)

Surah al-Muminun (ayat 50)

ISTILAH

a.

Sejumlah kalam Allah yang terdapat di dalam sesebuah surah daripada alQuran.
b. Sesuatu kumpulan ucapan yang mempunyai awal dan akhir yang termasuk
di dalam suatu surah di dalam al-Quran
PENYUSUNAN AYAT
Jumhur ulama berpendapat bahawa tertib penyusunan ayat al-Quran adalah
taufiqi daripada Rasulullah SAW.
Imam al-Suyuti juga mengatakan penyusunan ayat al-Quran adalah taufiqi
daripda Rasulullah SAW.
Ijma ulama dan nas menegaskan bahawa tertib ayat adalah taufiqi daripada
Rasulullah.
Setiap kali turun wahyu atau ayat al-Quran Jibril akan menunjukkan dan
memberi panduan kepada baginda dimanakah ayat-ayat itu diletakkan.
JUMLAH AYAT
Jumhur ulama telah bersepakat mengatakan bahawa jumlah ayat al-Quran
ialah 6,200 ayat lebih.
Oleh itu, ulama berselisih pendapat tentang jumlah tepat atau berapa jumlah
sebenar yang dikatakan lebih 6,200 ayat lebih.
PENDAPAT
Menurut ulama madinah, jumlah ayat al-Quran ialah 6217 ayat.
Pendapat ini disokong oleh Nafi
Menurut ulama Mekah yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir, jumlah ayat alQuran ialah 6,220.
Menurut ulama Basrah yang diriwayatkan oleh Asim, jumlah ayat alQuran ialah 6205.
Menurut ulama kufah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hamzah,
jumlah ayat al-Quran ialah 6236.
SURAH

Sejumlah ataupun sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang terbentuk secara


tersendiri dengan mempunyai permulaan dan pengakhiran.
JUMLAH SURAH :
Mengikut jumhur ulama dan mashaf ibn Abbas Jumlah surah al-Quran
sebenarya 114 surah.
Al-Quran juga mengandungi 30 juz, 60 hizib atau bab dan terdiri daripada
554 Ruku.
Menurut ulama salaf , jumlah surah al-Quran ialah 113. Mereka berpendapat
demikian kerana mengira surah al-Anfal dan surah al-Taubah satu surah
sahaja, kerana surah al-Taubah yang tidak ada Basmalah

PENYUSUNAN SURAH

Abu Jafar an-Nas berkata : pendapat yang terpilih, pengaturan surah adalah
taufiqi daripada nabi SAW.
Malik , Qadhi Abu Bakar & Jumhur Ulama Mutaakhirin : urutan surah
berdasarkan ijtihad para sahabat.
penyusunan ayat al-Quran dalam sesebuah surah adalah ketentuan
daripada nabi yang mendapat petunjuk serta wahyu daripada ALLAH.
PENDAPAT ULAMA
PENDAPAT PERTAMA:

Pendapat ini disokong oleh Abu Jafar dan Abu Bakar al-Anbari, mereka
berkata : bahawa tertib surah al-Quran adalah taufiqi daripada daripada
Rasulullah SAW.
Baginda diberitahu melalui malaikat Jibril di atas perintah Allah. Justeru itu alQuran semenjak zaman nabi sudah tersusun surahnya sampai ke zaman kita
sekarang.
Antara buktinya ialah :
a) Pengumpulan Mashaf Uthmani disusun secara tertib mengikut zaman Nabi
dan tidak ada seorang pun berselisih tentangnya. Jelas ia adalah merupakan
satu Ijma.
b) Baginda membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang.
PENDAPAT KEDUA :
a) Pendapat ini mengatakan tertib surah dengan berpandukan kepada ijtihad
para sahabat berpandukan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam
mashaf-mashaf milik mereka.

b) Pendapat ini di sokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar.
c) Ulama berpendapat demikian dengan membawa hujah mereka :
a) Mashaf para sahabat berbeza diantara mereka sebelum Khalifah Umar Ibn
Affan memerintahkan supaya ditulis secara seragam.
PENDAPAT KETIGA :
a) Pendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibya
secara taufiqi daripada Nabi SAW . Manakala sebahagian yang lain
berdasarkan ijtihad para sahabat.

RUMUSAN
i.
ii.

Pendapat pertama adalah rajih dan lebih tepat. Iaitu tertibya


berdasarkan taufiqi, sama dengan tertib ayat-ayat.

Pendapat kedua dan ketiga dapat disangkal, kerana pendapat pertama


berdasarkan ijma dan dalil taufiqi daripada Nabi.
FAEDAH PEMBAHAGIAN SURAH & AYAT.
1. Untuk membuktikan semua surah adalah mukjizat dan daripada Allah.
Sama ada surah itu panjang atau pendek, ia adalah kalam Allah.
2. Menambah keyakinan bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi
Muhammad SAW dan ia adalah daripada Allah dan tidak dapat
ditandingi oleh manusia.
3. Firman Allah SWT

b)ur NFZ2 5=u $JiB $uZ9tR 4n?t $tR7t


(#q?'s ;ouq/ `iB &#ViB (#q$#ur N.u!#y
yg
iB br !$# c) NFZ. t%| `
dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan
Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat
datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu,
panggillah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain
Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.
Surah al-Baqarah (ayat 23)

(Aldan
dan
dari

Anda mungkin juga menyukai