Anda di halaman 1dari 33

ISLAM DAN CABARAN SEMASA

4.6
PERPADUAN UMMAH
PENGENALAN
perpaduan ummah ialah suatu ikatan pengukuhan
ummah yang direalisasikan dalam penghayatan
konsep ukhuwah,kejiranan dan jamaah dalam
kehidupan di samping diperkukuh dengan
perlaksanaan sistem islam

Perpaduan ummah dalam Islam dibina meliputi
semua manusia tanpa mengira keturunan,warna
kulit,bahasa atau pangkat.
FAKTOR-FAKTOR
PENYATUAN UMMAH
1. KEPIMPINAN

Kepimpinan merupakan pemangkin ke arah
penyatuan ummah

Sejarah islam telah membuktikan fakta tersebut di
mana pada abad ke-6 hijrah,umat islam berada
pada tahap yang mendukacitakan. Pada masa itu
dunia islam berpecah menjadi beberapa kerajaan
kecil yang sering bersengketa antara satu sama lain.


Pada saat itu , tentera-tentera salib dari
eropah menyerang timur tengah sehingga
berjaya menakluki kota Jerusalem (Baitul
Maqdis) dan menegakkan beberapa kerajaan
di wilayah Syam dan kawasan-kawasan
sekitarnya.


Pada saat-saat gawat itu, Allah S.W.T.
Mengurniakan bantuannya kepada ummah
melalui Imaduddin al-zanki, sultan Turki pada
masa itu. Beliau berjaya membendung gerakan
tentera salib dan berjaya mengalahkan mereka di
setiap medan pertempuran

Perjuangan beliau diteruskan pula oleh
puteranya, sultan Nuruddin al-zanki.
Sepeninggalan beliau, perjuangan itu diteruskan
oleh sultan Salahuddin al-Ayubbi
2. MENGAMALKAN ISLAM SECARA SYUMUL

Penghayatan islam secara menyeluruh
merupakan benteng terbaik dalam menangani
perpecahan ummah

Islam adalah cara hidup yang sempurna dan
lengkap. Namun demikian, masih terdapat
sekelompok umat islam yang masih setia dengan
sistem selain islam yang terbukti banyak
kepincangan.
Justeru dalam masyarakat muslim masa kini
gejala keruntuhan akhlak yang berleluasa,
kehancuran rumahtangga, perpecahan di
kalangn ummah dan sebagainya akibat
daripada pengamalan gaya barat dalam
kehidupan.

Perpecahan ini terjadi apabila wujudnya
golongan yang mempunyai visi dan misi yang
berbeza serta lebih menjurus ke arah
kepentingan duniawi semata-mata.
3. PENDIDIKAN BERSEPADU

Mendidik masyarakat secara keseluruhannya bukan
hanya melalui wadan pendidikan secara formal sahaja
bahkan ianya mesti diperluaskan melalui saluran media
massa dan juga wacana lain seperti agensi kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebagai contoh apabila kerajaan ingin
menguatkuasakan hukuman mati mandatori untuk
pengedar dadah, seluruh rakyat telah diberi pendidikan
dan pendedahan melalui akhbar,radio,tv dan
sebagainya


Pendekatan ini tentunya akan mendatangkan
hasil walaupun pada asalnya terdapat
tentangan dari luar dan dalam negara.
4. PEMBENTUKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Pembentukan persekitaran yang kondusif perlu
diwujudkan melalui usaha bersepadu dari semua pihak.
Persekitaran yang kondusif (biah solehah) dapat
dibentuk hasil dari usaha pengawalan yang bersepadu
dan berterusan terhadap media (akhbar,tv,radio), dan
juga tempat-tempat maksiat.

Apabila ada golongan yang cenderung melakukan
maksiat, maka dengan sendiri akan menyebabkan
perpecahan ummah kerana kehendak mereka
bertentangan dengan kehendak golongan yang
inginkan amalam maruf.
FAKTOR PERPECAHAN UMMAH
ASPEK DALAMAN

1. Perebutan kuasa seperti dalam sejarah iaitu
perebutan kuasa antara keturunan Sayyidina Ali bin
Abi Talib dengan khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
menyebabkan umat berpecah kepada dua kumpulan
besar iaitu Sunni dan Syiah.

2. Elemen subversif dalam negara atau kerajaan islam
seperti golongan munafik yang suka mengadu domba
berjaya memecahkan perpaduan umat islam pada
zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
3. Perasaan hasad dengki seperti dalam sejarah
kerajaan kecil Andalus Islam menyebabkan
permusuhan berlaku antara beberapa raja
atau sultan Islamdi Andalus. Hasil perpecahan
tersebut menyebabkan Andalus jatuh ke
tangan tentera Salib.
4. Penganiayaan atau penindasan oleh golongan
berkuasa terhadap golongan lemah atau tidak
berupaya menyebabkan retaknya perpaduan ummah.

5.Fitnah dan pengkhianatan menyebabkan perpaduan
ummah retak. Dalam Al-quran, Allah S.W.T.
Menyifatkan bahawa fitnah adalah parah daripada
pembunuhan. Kejatuhan Baghdad ke tangan Moghul
pada era Dinasti Abbasi disebabkan perbuatan khianat
salah seorang panglima tentera islam yang membuka
laluan mudah kepada tentera moghul. Hasilnya,umat
islambertelagah sesama sendiri.
6. Perbezaan latar belakang pendidikan di
kalangan cendikiawan islam semasa dan
ketiadaan tolak ansur atau sikap saling faham
memahami juga menyebabkan umat islam
tidak bersatu hati. Ini disebabkan masing-
masing cuba mempengaruhi orang ramai
dengan tafsirannya tersendiri tentang
kehidupan harian, urusan politik, ekonomi dan
kenegaraan islam
FAKTOR LUARAN
1. Penjajahan barat terhadap dunia islam dasar pecah perintahnya seperti
yang dilakukan terhadap timur tengah menyebabkan dunia arab atau
islam tidak berhenti-henti daripada bertelagah sesama sendiri.

2.Perbezaan ketara antara modenisme traditionalisme. Pengalaman
modenisme oleh barat melalui pengenalan sistem pendidikan modennya
di dunia islam serta percambahannya menyebabkan keretakan perpaduan
ummah berlaku.
- dalam masa pengenalan sistem pendidikan barati di awal penjajahan,
sektor pendidikan tradistional sengaja diabaikan sehingga wujud
perbezaan hala tuju yangketara antara kedua-duanya.
- modenisme mengajak cendikiawan atau sasarannya ke arah liberaliai
pendidikan,penghayatan nilai dan pemikiran serta kehidupan harian
daripada pengaruh agama. Tradisionalisme pula berpegang kepada tradisi
ilmu islam yang menekan dan mengutamakan penghayatan islam dalam
semua aspek kehidupan termasuk kegiatan keilmuan
3. Perkembangan aliran pacamodenisme hasil
daripada dua nilai iaitu kebebasan berfikir
secara mutlak dan modenisme.
-kedua-dua aspek tersebut menyebabkan
umat islam khususnya intelektual islam
semakin jauh daripada sumber ilmu
pengetahuan islam. Ini disebabkan asas
kegiatan ilmuan mereka tidak dibina pada
tradisi keilmuan islam yang tulen. Ia
menyebabkan cendekiawan islam semakin
berbeza pendapat.
CABARAN KE ARAH PERPADUAN
UMMAH
MAZHAB-MAZHAB DAN
PERBEZAAN PENDAPAT DALAM
ISLAM
Umat islam masa kini bukan berada di atas
landasan kesatuan yang kukuh. Sejarah
peradaban dan tamadun islam telah menjadi
saksi kepada perpecahan tersebut.
Perpecahan yang pertama terjadi kira-kira 29 tahun
selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Perbezaan
pendapat mengenai siapa dan bagaimana khalifah baru
harus dipilih telah memecahkan orang islam kepada
beberapa kumpulan.

Perpecahan ini juga menyebabkan terjadi perpecahan
akidah dan aliran pemikiran dalam islam. Kumpulan-
kumpulan yang terhasil saling menidakkan sumbangan
antara satu sama lain sehingga tercetusnya slogan dan
fatwa yang bercanggah dengan amalan terdahulu.
DUA ALIRAN UTAMA TELAH
TIMBUL DARI PERPECAHAN
PENDAPAT DAN MASIH WUJUD
HINGGA HARI INI IALAH
1. SYIAH
2. SUNNI
SYIAH
Pengaruh kumpulan ini tertumpu di Iran dan Iraq.
Golongan ini merupakan pengikut 12 imam yang
merupakan keturunan Nabi Muhammad S.A.W
dan mereka juga percaya bahawa keturunan
baginda sahaja yang berhak dan layak memimpin
umat islam.

Selain itu meraka menganggap Saidina Ali bin Abu
Talib k.w.j sebagai khalifah pertama yang sah.
Golongan ini juga beranggapan bahawa imam
yang terakhir telah hilang tanpa meninggalkan
kesan namun mereka percaya Imam tersebut
akan kembali pada akhir zaman sebagai Imam
Mahdi.

Bagi meneruskan kelangsungan
ummah,kepimpinan umat disandang oleh
para ulama syiah.
Golongan syiah juga terbahagi kepada
beberapa aliran yang berlainan disebabkan
terdapatnya perbezaan pendapat tentang
silsilah imam-imam yang sah dan sifat Khalifah
Ali bin Abu Talib k.w.j

Pada amnya terdapat ajaran aliran syiah tidak
diterima kerana dianggap terpesong dan tidak
tepat mengikut syariat Islam.
SUNNI
Perkataan sunni bermaksud pengikut-pengikut As-
Sunnah. Aliran ini merupakan kumpulan Islam yang
terbesar

Berbeza dengan golongan Syiah, persoalan utama
kumpulan ini ialah bagaimana kepimpinan Islam harus
dijalankan sama ada berdasarkan ajaran Al-Quran dan
Al-Hadith atau tidak.

Penekanan mereka adalah kepada prinip-prinsip Al-
Quran dan Al-Hadith sebagai sumber yang tertinggi
dalam islam
4 MAZHAB GOLONGAN SUNNI
1. HANAFI
2. MALIKI
3. SYAFIE
4. HANBALI
HANAFI
Pengasasnya Imam Abu Hanifah Numan bin
Thabit yang berasal dari Iraq. Mazhab yang
paling terbuka ini mempunyai pengikut di
tempat-tempat seperti di
Turki,Pakistan,Afghanistan,Cina dan Rusia.
MALIKI
Pengasasnya Imam Malik bin Anas dari
Madinah. Terkenal dengan keryanya yang
berjudul Al-Muwatta. Pengaruh mazhab ini
tersebar dan diamalkan di Utara Afrika dan
Kuwait.
SYAFIE
Pengasasnya oleh Imam Muhammad Idris al-
syafie yang juga dikenali sebagai Bapa
Perundangan Islam. Mazhab yang terbesar ini
menumpukan pengaruhnya ke tempat-tempat
seperti Palestin,Mesir,Arab Saudi,India dan
Asia Tenggara.
Hanbali
Diasaskan oleh Imam Ahmad bin Muhammad
bin Hanbal yang telah menulis buku berjudul
Al-Musnad. Pengikut-pengikutnya didapati di
Arab Saudi,Lubnan dan Syria. Mazhab ini
adalah yang paling konservatif.
Ke empat-empat mazhab ini juga berbeza
dalam banyak segi. contohnya:
1. mazhab Hanafi dan Maliki menerima
amalan sahabat-sahabat Nabi Muhammad
S.A.W sebagai asas perundangan islam
manakala Mazhab Syafie menolaknya kerana
tidak dapat pengesahan Nabi Muhammad
S.A.W
2. Mengikut Mazhab Maliki,Ijma adalah hak
para ulama dan penduduk Madinah sahaja.
Mazhab Hanafi pula menyatakan bahawa
setiap ulama yang layak boleh mengambil
bahagian dalam Ijmak. Sebahagian dari
Mazhab Hanbali sebaliknya berpendapat
hanya Ijma empat khalifah yang pertama
adalah sah.
3. perbezaan-perbezaan lain termasuk
peraturan-peraturan cara menunaikan
solat,menguruskan mayat, haram-halalnya
makanan, hal-hal perkahwinan,puasa dan
pembayaran zakat.

Walaupun berbeza, kesemua ajaran dan
amalam-amalan mazhab-mazhab ini diterima
sebagai sah dan benar. Seorang
muslim(golongan sunni) diharuskan menukar
amalannya tanpa terbabas kepada satu-satu
mazhab tanpa menjejaskan imannya.

Anda mungkin juga menyukai