Anda di halaman 1dari 20

PENYELEWENGAN

AKIDAH

DISEDIAKAN OLEH ;
- NUR AISYAH BINTI MAZLI
- SARAH NAJLA’ BINTI NGADIMAN
Pengenalan
– Akidah bermaksud kepercayaan , keyakinan atau keimanan yang suci dan murni
dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana – mana pun sama ada dari dalam
atau dari luar diri seseorang .
– Akidah juga merupakan asas kepada pembinaan Islam kepada diri seseorang . Ia
merupakan inti kepada amalan Islam seseorang . Seseorang yang tidak memiliki
akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah SWT .
Ayat – ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
SAW di Mekah menjurus kepada pembinaan akidah .
Latar Belakang Kemunculan
Penyelewengan Akidah
1. Perluasan Wilayah Islam
-memberi kesan terhadap pemikiran dan keagamaan terutama dari segi akidah
-Pemikiran umat islam banyak dicelarukan oleh budaya dan pemikiran masyarakat
Rom,Parsi,Yahudi,Greek atau Yunani
-penyusupan ajaran dan penyelewengan akidah secara terbuka seperti Israiliyat dalam
pentafsiran al-quran dan sunnah
-kemunculan banyak ajaran dan fahaman yang menyimpang daripada akidah.
2. Kemasukan ajaran bukan Islam ke dalam Islam

(i) Komplot jahat yang sengaja dirancang untuk merosakkan Islam akibat kejatuhan Rom dan Parsi
ke tangan Islam
-Abdullah bin Saba’ yang merupakan orang Yahudi berpura-pura menyokong Saidina Ali

(ii) Individu yang memeluk Islam terdiri daripada penganut agama lain

-Pemikiran Majusi,Kristian,Yahudi dan ahli falsafah mempengaruhi ajaran Islam kerana mereka
masih berpegang kepada ajaran lama.

(iii) Serangan ideologi penjajah yang menghapuskan fahaman Islam


-Muncul ahli-ahli falsafah dari Yunani
-memperjuangkan ideologi mereka dan mengangga Islam pada zaman nabi Muhammad tidak
relevan dengan dunia moden

(iv) Pada zaman Kerajaan Bani Abasiyah berlakunya galakan menterjemah buku-buku karya sarjana
bukan islam
-tidak berpegang kepada al-quran dan sunnah kerana akidah melalui kaedah falsafah
3. Kelahiran hadis palsu

Taasub kepada Jahil dan tidak


Pertelingkahan kabilah,puak,bangsa mendalami ajaran
politik tertentu agama

-mencipta hadis -mencipta hadis


Untuk merosakkan untuk memenuhi palsu tentang
agama Islam nafsu mereka kelebihan sesuatu
amalan
-dilakukan oleh kaum Pertelingkahan
zindik(atheist) mazhad dan
pandangan
Hadis palsu yang
dicipta adalah untuk -selisih pendapat
memburukkan ajaran dalam masalah
Islam dan fekah dan ilmu
memesongkan akidah kalam
Islam
Takrif Penyelewengan Akidah
– Menurut kamus dewan 1998 , seleweng bermaksud menyimpang dari arah yang
betul . Dalam hal ini , perkataan sesat mempunyai persamaan dengan maksud
penyelewengan .
– Penyelewengan akidah atau ajaran sesat boleh didefinisikan sebagai sebarang
ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang
mendakwa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam yang betul dan
benar .
FAKTOR – FAKTOR PENYELEWENGAN
AKIDAH
Jahil terhadap Media dan
prinsip-prinsip informasi lebih
asas akidah bersifat
yang benar melalaikan
Kurangnya
Taksub kepada bimbingan
ajaran nenek agama yang
moyang benar dalam
Taqlid atau membuta tuli keluarga
dalam mengikuti tanpa
landasan dalil yang benar

Lalai dari merenungkan ayat –


ayat Allah , sama ada ayat
Kauniyah (sunnah kejadian)
mahupun Kauliyah (al-Quran)
ELEMEN – ELEMEN PENYELEWENGAN AKIDAH

Ajaran sesat Persilatan yang


menyesatkan

Pembomohan yang
Kesenian yang
berunsurkan
menyesatkan
pemujaan
AJARAN SESAT
– Merupakan sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan
Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam , tetapi sebenarnya
berlawanan dengan akidah dan Syariah Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah .
– Kemunculan puak – puak atau ajaran sesat ono telah diberitakan oleh Rasulullah SAW
, baginda bersabda ;
“ketahuilah , sesungguhnya orang – orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah
belah menjadi tujuh puluh dua golongan , Dan sesungguhnya agama ini iaitu Islam akan
berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan , tujuh puluh dua golongan
tempatnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Syurga iaitu al-Jama’ah”
CIRI – CIRI AJARAN SESAT
– Sikap tidak bertanggungjawab terhadap fakta – fakta mengenai Islam seperti mudah
menyandarkan sesuatu hadis kepada Rasulullah SAW tanpa memastikan
kesahihannya terlebih dahulu .
– Terdapat kecacatan dalam manhaj talaqqi iaitu kaedah mengambil hukum agama
iaitu berpegang dengan cerita – cerita dongeng yang bercanggah dengan hakikat
Islam .
– Membuat tafsiran – tafsiran pelik tentang nas – nas al-Quran iaitu dengan
menafsirkan nas – nas al-Quran hanya dengan menggunkaan akal semata- mata.
– Melampau dalam memuliakan guru mereka seperti beriktikad bahawa ketua atau
guru mereka itu maksum .
CONTOH AJARAN SESAT DI
MALAYSIA
– Ayah Pin
– Mempercayai bahawa dia akan menjadi perdana Menteri di akhirat nanti
– Waktu solat subuh adalah berpanjangan sehingga ke solat Zuhur
– Al-Quran yang ada sekarang tidak benar
– Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam dan
merosakkannya Kembali
– Pengikut perempuan perlu bernikah secara batin dengan Ayah Pin
– Al-Arqam
– Muncul pada awal tahun 70-an yang membawa mesej dakwah ala sufi dan diasaskan
oleh Ustaz Ashaari Muhammad
– Diharamkan pada 5 Ogos 1994 kerana fahaman yang dibawa bercanggah dengan
Islam
– Mengamalkan silat sunda iaitu menyeru jin
– Abuya boleh berunding tentang ajal maut ahli – ahlinya
– Mengadakan majlis pengampunan dosa
PEMBOMOHAN YANG
BERUNSURKAN PEMUJAAN
– Merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan
masalah .
– Dalam sirah , terdapat catatan yang merekodkan sahabat yang menggunakan kaedah mirip
pembomohan yang diharuskan syarak bagi bertaubat , namun keharusan ini boleh menjadi
haram apabila amalan yang dilakukan semasa pembomohan bertentangan dengan syarak .
– Dipengaruhi oleh amalan –amalan yang menyebabkan akidah diselewengkan seperti
tangkal , azimat yang digunakan sebagai perantaraan Ketika pembomohan dan menjampi
perkataan yang tidak difahami .
– Orang Melayu juga sering mengamalakan amalan mandi bunga bagi membuang sial atau
nasib malang pada seseorang itu
CIRI – CIRI YANG MENYESATKAN DALAM
PEMBOMOHAN

– Guna pertolongan jin


– Memelihara khadam
– Memuja syaitan
– Perbuatan menilik dan meramal
– Membaca jampi serapah
– Menyalahgunkaan ayat al-Quran
– Pergaulan bebas
KESENIAN YANG MENYESATKAN

– Dikenali sebagai Black Metal yang muncul pada akhir 1980-an dan awal 1990-an
yang dinbawa oleh Euronymous iaitu pemain gitar Mayhem .
– Lirik lagu yang dibawa ialah tentang memuja syaitan
– Mempunyai lambang / simbol black metal iaitu kepala kambing , salib terbalik
dan Baphomet iaitu berkepala kambing dan bertubuh manusia , memiliki sayap
dan menjelma sebagai kucing hitam berkepala ayam jantan
– Terdapat syarat menyertai kumpulan tersebut iaitu ;
– Memakai pakaian serba hitam
– Membakar duit syiling dan digariskan di bahagian dagu
– Membuat tatu berbentuk bintang berbucu lima
– Wajib menjalani upacara pemujaan syaitan
CIRI – CIRI BLACK METAL
– Menghina Al-Quran dan Islam
– Memakai salib terbalik
– Memuja syaitan
– Minum minuman keras
– Amalkan seks bebas
– Menolak kewujudan Allah
PENSILATAN YANG
MENYESATKAN
– Persilatan Nasrul Haq yang berasal dari Minangkabau
– Diasaskan oleh Syeikh Musa Paradik
– Ditemui di Mekah Ketika mengerjakan haji dan diamalkan dalam gua hira’
bersama temannya dari Indonesia .
CIRI – CIRINYA IALAH ;
– Ahli perlu membuat bai;ah kepada khalifah
– Sebelum mula di gelanggang , perlu membaca al-Fatihah sebanyak 3 kali
– Memulakan jurus dengan zikir untuk mendapatkan kekuatan batin dan
kekuatan luar biasa yang kononnya didakwa daripada Allah
– Penyerang perlu berada di dalam keadaan marah dan jika tidak marah , silat
tersebut tidak akan jadi
– Penggunaan jurus yang dibantu oleh jin
– Tidak perlukan senjata malah hanya berzikir dan membaca doa tertentu
KESIMPULAN
– Ajaran sesat akan sentiasa mengancam keimanan kita kepada Allah sehingga
hari kiamat tiba kerana hari ini adalah janji syaitan kepada Allah yang berjanji
akan menyesatkan hamba-hamba Allah yang beriman .
– Maka , untuk membela diri kita daripada pengaruh ajaran sesat ini , kita harus
mendalami dan memahami ilmu agama yang sahih berdasarkan al-Quran dan
as-Sunnah .

Anda mungkin juga menyukai