Anda di halaman 1dari 19

Hadis-Hadis

pilihan
Hadis berkaitan tentang niat
Hadis Pertama dalam buku Hadis 40 (hadis arbain)
karangan Imam Nawawi iaitu berkaitan dengan niat.

“Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khattab RA, ia berkata : “Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang hanya
mendapatkan apa yang diniatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya,
maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana
kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu adalah
kepada apa yang ditujunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Bersama-sama kami ada seorang lelaki yang bertunang dengan seorang
wanita yang dipanggil denga Umm Qaiys, maka wanita tersebut tidak mahu
mengahwininya sehinggalah lelaki itu berhijrah. Seterusnya, lelaki itu
berhijrah dan mengahwininya, kami menamakannya Muhajir Umm Qays.”
(Hadis riwayat Al-Tabrani)

-Diceritakan bahawa seorang lelaki badawi daripada satu kabilah telah meminang seorang
perempuan bernama Ummi Qais. Ummi Qais enggan menerima lamarannya kecuali lelaki
itu berhijrah. Oleh kerana lelaki itu ingin mengahwini Ummi Qais, maka dia pun turut
berhijrah. Lalu, dia mengahwini perempuan tersebut. Jadi sesiapa yang berhijrah kerana
Kisah menuntut sesuatu perkara, maka dia akan mendapat perkara itu sahaja. 
muhajir
-Lantaran itu, telah terkenal kisah bahawa kisah muhajir Ummu Qais ini merupakan
Ummi Qais sebab kepada sabda Rasullullah SAW. Semua amalan yang disyariatkan sama dengan
konteks hijrah ini, seperti berjihad, menuntut ilmu dan berniaga. Keelokan dan
kerosakannya adalah berdasarkan niat yang mendorongkan kepadanya.
Walaupun dia telah melakukan sesuatu yang besar iaitu berhijrah dari Mekah ke kota
Madinah sama seperti orang lain, akan tetapi pahala yang dilakukan mungkin sedikit atau
tiada langsung. Maka, sia-sialah perbuatan tersebut.
“NIAT SEORANG MUKMIN LEBIH
BAIK DARIPADA AMALANNYA.”

—IRSYAD AL-
HADITH SIRI KE-
142
Matan Hadith

● Matan hadith yang dimaksudkan adalah:


 
Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi SAW bersabda:
 
‫ع َملِ ِه‬ َ ‫ِنيَّ ُة ال ُْم ْؤ ِم ِن‬
َ ‫خيْ ٌر ِم ْن‬
Maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada
amalannya”. [Riwayat al-Thabarani (5942) dalam al
-Mu’jam al-Kabir, 185/6]
Pengertian hadis
Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menerangkan berkaitan status dan makna hadith
di atas. Niat merupakan perkara yang penting kerana ia akan menentukan halatuju
perbuatan kita. Ini kerana, niat tidak dapat dipisahkan daripada setiap perbuatan kita.
Berdasarkan sebuah hadith yang masyhur dan sering diungkapkan:
 
• Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
 
ِ ‫إِ َّن َما األَعْ َما ُل ِبالن َيا‬
‫ت‬ ِّ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. [Riwayat al-
Bukhari (1)].
 
Berdasarkan hadith ini, kita maklum bahawa niat merupakan perkara yang amat
penting kerana ia yang akan menentukan tujuan amalan tersebut.
Definisi Niat

Istilah
• Telah berkata Imam al-Nawawi:
‫غيْ ِر ِه‬ َ ‫عم ِل فَر ٍ أ‬
َ ‫ض ْو‬ َ ‫ال ِن ّيَّ ُة‬
ْ َ َ ‫عل َى‬ َ ‫ع ْز ُم الْقَل ِْب‬
Maksudnya: “Niat adalah keazaman (tekad) di dalam
Bahasa hati di atas setiap perkara yang fardhu dan selain
daripadanya (wajib)”. [Lihat: al-Majmu’, 310/1]
• mengarah diri kepada sesuatu
 
perbuatan. [Lihat: al-Mu’jam al- • Telah berkata Ibn Abidin:
Wasith, 1021] Manakala
menurut dewan bahasa dan
‫إيجاد ال ْ ِف ْع ِل‬ َ ‫بإل َى الل َّ ِه تَ َعال َى ِفي‬ِ ‫اع ِة َوالتَّقَ ُّر‬
َ ‫الط‬ َّ ‫ق َْص ُد‬
Maksudnya: “Niat adalah tujuan melakukan ketaatan
pustaka pula, niat adalah
dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan
maksud atau tujuan sesuatu
perbuatan”. [Lihat: Rad al-Mukhtar, 105/1]
perbuatan. [Lihat: Kemus
Dewan Edisi Keempat, 1080]
Faedah atau fungsi niat

Pertama Kedua
● Membezakan ibadah daripada adat.
Contohnya, seseorang itu mandi
Membezakan ibadah dan diniatkan bahawa ia adalah
daripada ibadah-ibadah mandi janabah maka mandi tersebut
yang lain. Contohnya akan mendapat pahala. Jika
seseorang itu mandi untuk
antara puasa yang wajib menghilangkan kepanasan maka
dengan puasa yang sunat. tidak akan mendapat pahala kerana
mandiannya itu bukanlah berbentuk
ibadah. Daripada inilah, para ulama’
mengeluarkan satu kaedah iaitu:
ِ ‫األ َ ُم ْو ُر ِب َم َق‬
● ‫اص ِد َها‬
● Maksudnya: “Setiap perkara itu
berdasarkan (dinilai) tujuan-
Hukum Hadith Pandangan Mufti:
● Antara pendapat ulama’ dalam menilai hadith ini adalah: Setelah melihat penilaian serta
pendapat para ulama’ di
-Imam al-Haithami berkata bahawa perawi-perawinya atas, kami cenderung untuk
dipercayai melainkan Hatim bin Abbad kerana aku tidak mengatakan bahawa hukum
pernah melihat sesiapa yang menyebut berkenaan hadith di atas adalah dhaif.
biodatanya. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 61/1] Walaupun begitu, terdapat
sebahagian ulama’ yang melihat
-Imam al-Iraqi menilai hadith ini sebagai dhaif. [Lihat: al- bahawa hadith ini adalah hasan
Mughni fi Haml al-Asfar, 1171/2] dengan syawahid yang terdapat
padanya. Antara yang
-Imam Ibn Hajar al-Asqalani juga menilai hadith ini sebagai mengatakan sedemikian adalah
dhaif. [Lihat: Fath al-Bari, 219/4] Imam al-Sakhawi di dalam al-
Maqasid al-Hasanah.
-Syeikh Mulla Ali Qari mengatakan hadith ini adalah tiada  
asal baginya (hadith tersebut) atau pada asalnya palsu.
[Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 375/1]
Fiqh al- Niat memainkan peranan yang amat

Hadith penting dalam menentukan halatuju atau


tujuan bagi setiap amalan kita.

Niat yang betul bagi seorang mukmin itu


amat penting dalam melaksanakan sesuatu
perkara agar setiap yang dilakukan itu
mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Kadang-kandang amalan kita juga boleh


berlaku riak, ujub dan sifat-sifat dicela yang
lain. Untuk itu, kita harus berjaga-jaga dengan
setiap amalan kita agar terhindar daripada sifat-
sifat yang dicela tersebut.

Niat juga menjadi kayu ukur bagi


penerimaan sesuatu amalan.
Seruan Melakukan Amalan Soleh

• Firman Allah SWT:


 
‫اَل ُي ْش ِركْ بِ ِع َبا َد ِة َر ِّب ِه أَ َح ًدا‬M‫صالِحً ا َو‬
َ ‫ان َيرْ جُو لِ َقا َء َر ِّب ِه َف ْل َيعْ َم ْل َع َماًل‬
َ ‫َف َمن َك‬
Maksudnya: “Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,
hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia menyekutukan sesiapa pun
dalam ibadah kepada Tuhannya”. [al-Kahfi:110]

Di dalam ayat ini, Allah SWT menyeru kita agar melakukan amalan yang soleh jika
ingin bertemu dengan Allah SWT di hari Akhirat kelak. Untuk itu, para mufassir atau
ahli tafsir mengatakan yang dimaksudkan dengan amalan di situ adalah amalan yang
tidak dicemari dengan sifat riyak iaitu menunjuk-nunjuk
• Daripada Jundub RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
‫ َو َمنْ ي َُرائِي ي َُرائِي هَّللا ُ بِ ِه‬،ِ‫َمنْ َسم ََّع َسم ََّع هَّللا ُ بِه‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (membuat sesuatu agar orang
mendengarnya) maka Allah SWT akan menjadikannya (amalan) sebagai sum’ah dan
barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang
bercakap mengenainya) maka Allah SWT menjadikannya (amalan) sebagai
riyak”. [Riwayat al-Bukhari (6499)]

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa kita perlu menjauhi


amalan kita daripada sikap atau sifat riyak, sum’ah, ujub dan lain-lain lagi. Di
samping itu, niat seseorang itu perlulah ikhlas kerana Allah SWT agar amalan
tersebut diterima oleh Allah SWT dan diletakkan amalan tersebut pada
timbangan atau neraca kebaikan di Akhirat kelak.
Kepentingan Ikhlas
• Firman Allah SWT:
● Sifat atau niat yang ikhlas kepada Allah SWT َ ِ‫ا اللَّـ َه م ُْخلِص‬M‫ َما أ ُ ِمرُوا إِاَّل لِ َيعْ ُب ُدو‬M‫َو‬
َ ‫ين َل ُه ال ِّد‬
‫ين‬
adalah amat penting dalam setiap perbuatan Maksudnya: “Pada hal mereka tidak
dan tingkah laku kita. Ikhlas dari sudut bahasa diperintahkan melainkan supaya
adalah menyucikan sesuatu. Manakala menyembah Allah SWT dengan
menurut istilah pula adalah menyucikan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya”. [al-
amalan dengan niat yang betul iaitu kerana Baniyyah:5]
Allah SWT serta menghalang atau menjauhkan
amalan tersebut daripada sifat menyekutukan
Allah SWT (syirik). Disebabkan itu, Allah SWT
berfirman di dalam al-Qur’an bagi menjelaskan
akan kepentingan ikhlas ini.
Imam al-Qurthubi menafsirkan ayat ini dengan ayat yang lain iaitu:
 
• Firman Allah SWT:
ُ ْ‫قُ ْل إِ ِّني أُمِر‬
َ ‫ت أَنْ أَعْ بُدَ اللَّـ َه م ُْخلِصًا لَّ ُه ال ِّد‬
‫ين‬
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Sesungguhnya aku diperintahkan
supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-
Nya”. [al-Zumar:11]
 
Ayat ini menjadi dalil bahawa wajibnya kita berniat dalam melaksanakan perkara-perkara
berkaitan ibadah. Ini kerana, ikhlas merupakan amalan hati dan ia perlulah dilakukan
semata-mata kerana Allah SWT dan tidak pada selain daripada-Nya. [Lihat: Tafsir al-
Qurthubi, 144/20]
Niat di hati
-Allah tidak menilai sekadar yang zahir tetapi allah menilai apa
yang tersirat di dalam hatinya. Niat di hati kerana Allah, amalan
yang dilakukan mesti menepati syariat yang dibawa oleh
Rasulullah SAW.   

Sebagaimana Sabda Rasulullah


‫وب ُك ْم َوأَ ْع َمالِ ُك ْم‬ ُ ‫إِنَّ هَّللا َ اَل َي ْن ُظ ُر إِ َلى‬
ِ ُ‫ َو َلكِنْ َي ْن ُظ ُر إِ َلى قُل‬، ‫ص َو ِر ُك ْم َوأَ ْم َوالِ ُك ْم‬
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa bentuk kamu dan harta kamu,
tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Hati merupakan semulia-mulia anggota. Niat adalah neraca bagi mensahihkan setiap amalan.
Lantaran itu apabila niatnya baik, maka baiklah amalannya. Jika rosak niatnya, maka rosaklah
amalan tersebut. Sabda Rasulullah SAW
‫ ((أال وإن في الجسد مضغة إذا‬:‫ سمعت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول‬:‫عن النعمان بن بشير رضي هللا عنهما قال‬
‫ أال وهي القلب))؛ متفق عليه‬،‫ وإذا فسدت فسد الجسد كله‬،‫صلحت صلح الجسد كله‬
“Ketahuilah dalam diri manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah
jasadnya.Dan apabila rosak, maka rosaklah jasadnya keseluruhannya itu, ketahuilah iaitu
hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Penutup
● Kesimpulannya, niat merupakan asas atau
kayu ukur bagi sesuatu amalan yang
dilakukan dan niat itu perlulah diniatkan
hanya kepada Allah SWT. Tambahan pula,
niat juga yang akan menentukan sesuatu
amalan itu diterima atau ditolak oleh Allah
SWT. Kami akhiri perbincangan ini dengan
sebuah hadith yang sahih:

● hadis berkaitan niat ini memandu kita agar


ikhlas dalam melakukan amal ibadah supaya
mendapat taufik dan hidayah dari Allah.
Mohonlah dengan Allah agar dikurniakan
sifat ikhlas dalam melaksanakan amal soleh.
 
• Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW:
 
‫وب ُك ْم َوأَعْ َمالِ ُك ْم‬ ُ ‫ظ ُر إِلَى ص َُور ُك ْم َوأَ ْم َوالِ ُك ْم َو َل ِكنْ َي ْن‬
ِ ُ‫ظ ُر إِ َلى قُل‬ ِ
ُ ‫إِنَّ هَّللا َ ال َي ْن‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat
kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT
melihat kepada hati dan amalan kamu”. [Riwayat
Muslim (2564)]
 
Semoga Allah SWT menyucikan niat dan amalan kita
daripada sifat-sifat yang boleh menyebabkan amalan
tertolak serta menjauhkan kita daripada sifat riyak,
ujub, sum’ah dan lain-lain lagi. Amin.
Fudhail bin Iyadh berkata “Meninggalkan amal
kerana manusia adalah riak, beramal kerana
manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah
menyelamatkan kamu dari keduanya”.

Hanya dengan niat yang ikhlas akan mendapat


ketenangan dan kejayaan dalam hidup . Berilah
perhatian untuk memperelokkan niat dan
keikhlasan hanya kepada Allah.

Anda mungkin juga menyukai