Anda di halaman 1dari 4

2.

Terangkan kaedah fiqh di bawah dan huraikan jawapan anda dengan sumber Al-
Qur’an dan al-hadith serta contoh yang relevan dengannya. “Setiap perkara adalah
dengan apa yang diniatkan”.

(10 markah)

Kaedah Pertama

‫األمور بمقاصدها‬
Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat

Kaedah pertama daripada kaedah asas yang lima ini adalah amat penting sekali kerana ia
menentukan kenapa sesuatu perkara itu dilakukan. Ini bermaksud tiap-tiap perkara itu
menurut tujuannya atau berdasarkan niatnya. Oleh itu, amalan-amalan yang dilakukan oleh
mukallaf ditentukan oleh niatnya.

Maksud Kaedah

Al Umur (‫ )األمور‬: Iaitu lafaz  umum yang merangkumi semua tindakan yang terhasil dari
seorang manusia sama ada melakukankan  atau meninggalkan. Ia juga meliputi  perbuatan,
kata –kata atau pun niat. Oleh itu setiap tindakan atau sesuatu yang keluar dari seseorang
manusia adalah terikat dengan apa yang diniatkan untuk diberi pahala atau dosa.

Asal kaedah ini diambil daripada sabda Nabi, antaranya :

‫ سمعت رسول هللا ص لى هللا تع الى علي ه وعلى‬: ‫عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي هللا تعالى عنه قال‬
‫صيبُ َها َأ ْو ِإلَى ا ْم َرَأ ٍة يَ ْن ِك ُح َها‬ ِ ‫ِإنَّ َما اَأل ْع َما ُل بِالنِّيَّا‬  :‫آله وسلم يقول‬
ِ ُ‫ فَ َمنْ َكانَتْ ِه ْج َرتُهُ ِإلَى ُد ْنيَا ي‬، ‫ َوِإنَّ َما لِ ُك ِّل ا ْمرٍِئ َما نَ َوى‬، ‫ت‬
َ ‫فَ ِه ْج َرتُهُ ِإلَى َما ه‬
‫َاج َر ِإلَ ْي ِه‬

Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasaran niat, dan sesungguhnya bagi
setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka
hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin
diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwaninya. Maka
hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya. Hadis Riwayat Muslim

ُ‫ِإنَّهُ الَ َع َم َل لِ َمنْ الَ نِيَّةَ لَه‬


Sesungguhnya tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat. Hadis riwayat al-Baihaqi dlm
Sunan al-Baihaqi.

‫اس َعلَى نِيَّاتِ ِه ْم‬


ُ َّ‫ث الن‬ ُ ‫» عَنْ َأبِى ُه َر ْي َرةَ قَا َل قَا َل َر‬.
ُ ‫ « ِإنَّ َما يُ ْب َع‬: -‫صلى هللا عليه وسلم‬- ِ ‫سو ُل هَّللا‬

 Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya. Hadis riwayat Ibn Majah

  Oleh itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu atau diberi pahala atau
dosa. Untuk itu, amalan yang tidak disertai niat tidak mendatang apa-apa kesan.

Kepentingan niat

Tujuan  utama disyariatkan niat ialah untuk membezakan perbuatan yang dilakukan sama ada
ianya kerana ibadah ataupun  adat. Contohnya, seseorang yang megambil wuduk atau
meratakan air keseluruh tubuhnya. Perbuatan tersebut sama ada untuk membersihkan
tubuhnya yang kotor  atau menyejukkan tubuhnya dihari yang terik atau kemungkinan  juga
kerana kerana tujuan  ibadah.

Niat mempunyai tiga peranan utama iaitu:

a) Membezakan membezakan di antara ibadat

Sebagai contoh, seseorang yang menahan lapar berkemungkinan niat atau tujuannya ialah
untuk berdiet dan bukannya puasa. Begitu juga seseorang yang berada di dalam masjid
mungkin berniat untuk berehat dan bukannya untuk iktikaf

b) Membezakan di antara peringkat-peringkat ibadat seperti fardu sunat:

Misalnya, seseorang yang berpuasa (selain bulan Ramadhan) mungkin berniat puasa sunat,
sebagaimana dia juga berkemungkinan berniat berpuasa fardhu.

c) Membezakan di antara perbuatan yang ikhlas dengan menunjuk- nunjuk (riya')

Contohnya dalam Firman Allah dalam Albqarah ayat 228:

Maksudnya, "Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika
mereka (para suami) itu menghendaki islah" (al-Baqarah 2: 228)

Cara pendalilannya ialah Allah Taala menyatakan bahawa hak suami untuk merujuk
kepada isteri bergantung kepada niat si suami. Jika beliau menginginkan islah
(perdamaian), hak tersebut -diberikan kepadanya, sebaliknya jika beliau berniat untuk
memudaratkan si isteri, hak tersebut tidak diberikan kepadanya.

Pecahan Kaedah

Berdasarkan kepada kaedah pertama diatas boleh dipecahkan bepada beberapa kaedah lain
yang lebih kecil.  Antaranya:

1.( ‫)عدم اشتراط النية فى عبادة ال تكون عادة أو ال تلتبس‬

Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak
akan kesamaran dengan yang lain.

Contohnya seperti beriman kepada Allah, takut dan mengharap kepada-Nya, membaca al-
Qur’an, zikir. Hal ini kerana bentuk amalan itu sudah pun berbeza dengan yang lain, tetapi
diwajibkan niat pada membaca al-Qur’an apabila dinazarkannya bagi membezakan fardhu
dengan yang lainnya.

2. ( ‫)اشتراط التعيين فيما يلتبس دون غيره‬

Disyaratkan ta’yin(menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi


tidak disyaratkan ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain.

 Contohnya yang disyaratkan ta’yin ialah seperti solat,  dan yang tidak diperlukan ta’yin
adalah seperti taharah, haji dan umrah.

3. ( ‫)ماال يشترط التعرض له جماة وتفصيال اذا عينه وأخطأ لم يضر‬

Sesuatu amalan yang tidak disyratkan ta’arrudh baginya sama ada secara ringkas mahupun
terperinci, apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudaratkan (tidak
batal). 

Contohnya, seperti ta’yin tempat solat dan waktunya,ta’yin imam akan makmun


dibelakangnya, tiba-tiba tersalah maka tidak batal solat tersebut.

4. ( ‫)ما يشترط فيها التعيين فالخطأ فيه مبطل‬

Amalan-amalan yang disyratkan ta’yin, jika tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu.

Contohnya, tersalah niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya, dan dari solat zohor kepada
asar.

5. ‫))ما يجب التعرض له جملة وال يشترط تعيينه تفصيال اذا عينه وأخطأ ضر‬
Amalan-amalan yang wajib dita’arrudh baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan
ta’yinnya secara terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia menjadi
mudarat(batal). nbsp;nbsp;

Contohnya, seseorang yang sembahyang jenazah dengan berniat si Zaid, kemudian ternyata 
yang disembahyangkan itu Umar, atau ditentukan lelaki yang sebenarnya perempuan, maka
terbatal sembahyang jenazah itu jika tidak disebutkan mayat itu.

6. ‫))النية فى اليمين تخصص اللفظ العام وال تعم الخاص‬

 Iaitu niat seseorang yang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau
mengkhususkan ucapan dan perkataan yang am, tetapi dia tidak boleh mengumunkan lafaz
yang khas.

Contohnya, seseorang yang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap dengan satu orang
dan dia niatkan orang itu Umar.

7. (‫)مقاصد اللفظ على نية الالفظ اال فى موضع واحد وهو اليمين عندالقاضى‬

Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk kepada  niat orang yang berlafaz kecuali satu
masalah sahaja iaitu sumpah dihadapan hakim.

Ini kerana sumpah dihadapan hakim adalah berdasarkan kepada niat hakim bukan dikira
mengikut niat orang yang bersumpah.

8. (‫)العبرة فى العقود للمقا صد والمعاني ال لاللفاظ والمعاني‬

Yang diambil kira dalam masalah ‘akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan
berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja.

Contohnya, apabila seseorang berkata “aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekia-
sekian dengan harga ini”. Lalu dijawab oleh penjual, “ya, aku jualkannya kepada engkau”.

Anda mungkin juga menyukai