Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM

TAJUK TUGASAN:

HUKUM MEMBUAT 3 ATAU LEBIH PERKARA MAKRUH DALAM SATU MASA

NAMA & KOD KURSUS:

KAJIAN ISU-ISU FATWA (SYI 42703)

PROGRAM:

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH)

SEMESTER 6 SESI 2020/2021

NAMA PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS BIN WAN KHAIRULDIN

DISEDIAKAN OLEH:

AIN MAISARAH BINTI ABDUL RAHIM


(050639)

1
PENDAHULUAN

Agama Islam merupakan agama yang syumul dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia
baik dari segi perlakuan, gerak hati, urusan berjual-beli, pertuturan, berkeluarga dan segala
jenis aktiviti di mana setiap perkara tersebut hendaklah mengikut hukum-hukum syariat yang
telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga Sunnah Rasulullah SAW. Firman
Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 36:
َ ۡ َ َ ُ َ َۡ ُُ ُ َّ ‫ان ل ُِم ۡؤمِن َولَا ُم ۡؤم َِنة إ َذا قَ َضى ٱ‬ َ َ ََ
‫خ َي َرةُ م ِۡن أ ۡم ِره ِۡمۗۡ َو َمن‬
ِ ‫لل َو َر ُسولهۥ أم ًرا أن يَكون ل ُه ُم ٱل‬ ِ ٍ ٖ ‫﴿وما ك‬
﴾‫ينا‬ ٗ ‫لل َو َر ُسولَ ُهۥ َف َق ۡد َض َّل َض َل َٰ ٗلا ُّمب‬
َ َّ ‫َي ۡع ِص ٱ‬
ِ
«Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan
Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka)
mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak
taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan
yang jelas nyata»

Hukum-hukum dalam Islam penting bagi menjamin kebahagiaan hidup umat Islam di
dunia dan di akhirat kelak. Hal ini demikian kerana sesuatu hukum akan membantu manusia
melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat dan mencegah daripada melakukan perkara yang
mudarat. Agama Islam merupakan agama yang mempunyai aturan daripada Allah SWT yang
dapat dilihat dalam al-Quran dan dijelaskan oleh Rasulullah SAW. 5 hukum yang paling utama
dalam Islam ialah Wajib, Sunat, Haram, Makruh dan Harus. Setiap hukum tersebut hendaklah
diapatuhi bagi melaksanakan kewajipan kepada Allah SWT yang telah menetapkan hukum-
hukum tersebut.

Wajib adalah sesuatu perbuatan yang dituntut oleh agama jika dilakukan mendapat
pahala dan jika ditinggalkan maka mendapat dosa contohnya seperti solat 5 waktu. Sunat pula
ialah sesuatu perbuatan jika dikerjakan mendapat pahala namun jika tidak dikerjakan tidak
mendapat dosa. Haram ialah sesuatu perbuatan yang dilarang dan jika dikerjakan mendapat
dosa dan meninggalkannya akan mendapat pahala. Harus pula ialah sesuatu perbuatan yang
dibolehkan oleh agama untuk meninggalkan atau mengerjakannya. Manakala makruh pula
ialah perbuatan yang lebih baik ditinggalkan.

Timbul persoalan dalam kalangan masyarakat berkenaan amalan-amalan makruh yang


merupakan perbuatan yang mendekati hukum Haram. Contohnya seperti memakan makanan
yang berbau busuk sebelum solat sehingga mengganggu Jemaah lain. Bagaimana jika
2
perbuatan ini dilakukan dalam satu masa yang sama dan berterusan? Adakah hukum
melakukan perbuatan tersebut menjadi haram? Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi
menjawab persoalan berkenaan hukum jika 3 perkara makruh dilakukan dalam satu masa.

PERBAHASAN BERKENAAN 3 PERKARA MAKRUH ATAU LEBIH YANG


DILAKUKAN DALAM SATU MASA

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan (2014) dalam kitabnya al-Wajiz di Usul Fiqh,
Makruh bermaksud meninggalkan satu perbuatan lebih baik daripada mengerjakannya atau apa
yang dituntut oleh Allah SWT kepada mukallaf untuk meninggalkannya tetapi bukan dalam
bentuk ilzam. Hal ini boleh diketahui dengan sighah yang menunjukkan kepada hukum makruh
atau sighahnya termasuk dalam sighah melarang namun ada petunjuk yang mengalihkannya
daripada hukum haram kepada makruh. Contohnya sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya
Allah SWT membenci golongan yang membawa khabar seperti burung (tidak jelas
sumbernya), banyak bertanya dan membuang-buang harta.” Rasulullah SAW juga bersabda,
“Hala yang paling dibenci oleh Allah SWT ialah talak.” Selain itu, Firman Allah SWT dalam
surah al-Maidah ayat 101:

ۡ ُ ۡ ُ َ ۡ ُ َ َ ۡ ُ َ َ ۡ َ ۡ َ ْ ُ ۡ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ َ ُّ َ َ
﴾ ‫يأيها ٱلذِين ءامنوا لا تسلوا نن أيياء إِن ببد لكم تؤؤمم‬ َٰ ﴿
«Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-
perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu»

Berkenaan petunjuk yang mengubah hukum haram kepada makruh terdapat dalam ayat yang
sama:

ُ َّ ‫لل َن ۡن َهاۗۡ َوٱ‬


ٌ ‫لل َغ ُف‬ ُ َ َ ۡ ُ ُ َ ۡ ُ ۡ ُ َّ َ ُ َ
ُ َّ ‫ك ۡم َن َفا ٱ‬ َ ْ ُ َۡ
﴾‫ور َيل ِيم‬ ‫﴿ِإَون تسلوا ن ۡن َها يِين ينَ ٱلقرءان ببد ل‬
«dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan
kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang
tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar»

Maka jika seseorang melakukan perbuatan yang makruh, mereka tidak berdosa
meskipun perbuatan tersebut dicela, sementara yang meninggalkannya dipuji dan mendapat
pahala jika ditinggalkan kerana Allah SWT.

3
Dalam kitab al-Wadih fi Usul al-Fiqh lil Mubtadi’in karya Muhammad Sulaiman
Abdullah al-Ashqar (1984), Makruh berlawanan dari hukum istihbab iaitu tuntutan
meninggalkan perbuatan yang bukan dalam bentuk penekanan atau pengharusan. Antara tanda
hukum makruh ialah dijanjikan pahala bagi yang meninggalkannya, dan tidak mendapat
hukuman jika mengerjakannya. Banyak dalam kalangan ulama berpendapat bahawa makruh
masih lagi dalam status samar (syubhah) dalam menentukan sesuatu perkara itu haram atau
boleh dilakukan. Mereka bersepakat untuk berhujah dengan kata-kata dari Rasulullah SAW
berkenaan isu makruh ini:

ِ ‫ فَم ِن اتَّ َقى الشُّب ه‬،‫اس‬ ِ ِ


‫ات فَ َق ْد‬ َُ ٌ ‫إِ َّن الْ َحالَ َل بَيِ ٌن َوإِ َّن الْ َحَر َام بَيِ ٌن َوبَْي نَ ُه َما أ ُُم ْوٌر ُم ْشتَبِ َه‬
َ ِ َّ‫ات الَ يَ ْعلَ ُم ُه َّن َكثْي ٌر م َن الن‬
…،‫ات َوقَ َع فِي الْ َحَرِام‬
ِ ‫ ومن وقَع فِي الشُّب ه‬،‫است ب رأَ لِ ِدينِ ِه و ِعر ِض ِه‬
َُ َ َ ْ َ َ ْ َ ْ َ َْ ْ

“Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas dan di antara kedua-duanya ada
perkara yang samar-samar yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, siapa yang
menghindari perkara syubhah maka mereka telah menjaga kesucian agamanya, dan siapa yang
terjerumus dalam perkara yang syubhah maka mereka akan turut terjerumus dalam perkara
yang diharamkan.”

Mereka juga kadang-kadang memutlaqkan hukum makruh sebagai sesuatu perbuatan


yang lebih baik ditinggalkan (tarkul aula). Maksudnya juga hendaklah mengelakkan daripada
meninggalkan sesuatu perbuatan yang harus dilakukan walaupun tidak dilarang contohnya
seperti solat tanpa didahului dengan azan atau iqamah. Penulis juga menyertakan dalil bagi
perbuatan-perbuatan yang makruh. Salah satu daripanya ialah berkenaan larangan makan
sambil bersandar bagi bertanazzuh (menjaga kesucian) kerana perbuatan ini tidak disertai
dengan dalil yang menunjukkan pengharaman. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku
tidak makan dengan bersandar.”

Dr. Wahbah Zuhaili dalam kitabnya pula Usul al-Fiqh al-Islami (1986) menyatakan
perbuatan makruh tidak menjadikan seseorang itu berhak mendapat hukuman atau balasan
tetapi hendaklah mengetahui bahawa perkara tersebut adalah salah dan hendaklah menerima
nasihat. Ulama Hanafiyah berlainan pendapat dengan majoriti ulama berkenaan hukum makruh
kerana mereka melihat makruh ini terbahagi kepada dua bahagian:

1. Makruh Tahriman: Tuntutan Allah SWT kepada mukallaf supaya tidak melakukan
perbuatan dalam bentuk keutamaan, bukan dalam keharusan beserta dengan dalil zhanni, bukan

4
qath’i seperti hadis ahad. Contohnya menjual barang yang sedang ditawar orang lain dan
melamar perempuan yang sedang dilamar lelaki lain (sudah bertunang dengan lelaki lain).
Kedua-duanya adalah makhruh tahriman berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

‫ب َعلَى ِخطْبَ ِة أ َِخ ِيه‬ ِِ َّ ‫الَ يَبِ ِع‬


ْ ُ‫الر ُج ُل َعلَى بَْي ِع أَخيه َوالَ يَ ْخط‬

Maksudnya: “Janganlah seseorang membeli sesuatu atas pembelian saudaranya dan janganlah
meminang atas pinangan saudaranya.”

Kedua-dua dalil ini adalah zhanni dari segi thubutnya dan merupakan hadis ahad.

2. Makruh Tanzihan: Tuntutan Allah SWT kepada mukallaf supaya tidak melakukan perbuatan
dalam bentuk keutamaan, bukan dalam keharusan contohnya makan daging kuda kerana
diperlukan untuk peperangan dan wuduk menggunakan air yang sudah diminum oleh burung
pemangsa/predator. Hukum makruh ini adalah dicela namun tidak dihukum, meskipun
melakukannya tetap bertentangan dengan sesuatu perkara yang afdhal.

Dr. Yusuf Qardhawi (1996) dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat mengatakan bahawa
perkara makruh dibahagikan kepada dua keadaan; makruh secara tahrimi dan makruh secara
tanzihi. Makruh tahrimi ialah perbuatan makruh yang membawa kepada perkara haram,
manakala makruh tanzihi ialah perkara yang membawa kepada perkara halal. Makruh tanzihi
merupakan bahagian yang paling ringan dalam setiap perkara yang dilarang. Contoh makruh
tanzihi yang disebutkan dalam kitab-kitab ulama seperti Imam Nawawi dalam kitabnya Riyadh
as-Solihin (2012) iaitu kemakruhan meniup minuman.

َ َ‫ال َر ُج ٌل الْ َق َذاةُ أ ََر َاها فِى ا ِإلنَ ِاء ق‬


َ َ‫ ق‬.‫ال أ َْه ِرقْ َها‬
‫ال‬ َ ‫ فَ َق‬.‫ نَ َهى َع ِن النَّ ْف ِخ فِى الش ُّْر ِب‬-‫صلى الله عليه وسلم‬- ‫َن النَّبِ َّى‬
َّ ‫أ‬

ِ َ َ‫اح ٍد ق‬
ِ‫سو‬ ِ ِِ
َ ‫ال فَأَبِ ِن الْ َق َد َح إِذًا َع ْن ف‬
‫يك‬ َ ٍ ‫فَإنى الَ أ َْرَوى م ْن نَ َف‬

Dari Abu Said al-Khudri RA, bahawasanya Nabi SAW melarang meniup dalam minuman. Ada
seorang lelaki berkata: "Ada kotoran mata yang saya lihat di dalam bekas minuman itu."
Baginda bersabda: "Alirkanlah - sehingga kotoran itu hilang." Orang itu berkata lagi:
"Sesungguhnya saya ini belum merasa puas minum dari sekali nafas." Beliau s.a.w.
lalubersabda: "Kalau begitu jauhkanlah dulu bekas itu dari mulutmu-dan bernafaslah di luar
bekas."

(Riyadh as-Salihin, 2012M, Kitab Adab-adab Makanan, 1:307, no. hadis 761)

5
Selain itu, makruh solat ketika makanan sudah dihidangkan, beristinja’ dengan
menggunakan tangan kanan, memegang faraj dengan tangan kanan tanpa alasan dan sebab,
bergaduh di masjid dan meninggikan suara di dalamnya, berbisik ketika Imam sedang
berkhutbah serta mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa atau qiyamul lail.

Perkara makruh sebagaimana yang telah didefiniskan oleh para ulama ialah perkara
yang ditinggalkan mendapat pahala dan apabila dilakukan tidak mendapat dosa. Jadi, tiada
seksaan bagi umat Islam yang melakukan perkara makruh sebegini tetapi elakkanlah kerana
perbuatan tersebut boleh mendatangkan kecaman daripada orang lain jika dilakukan secara
berterusan. Namun umat Islam hendaklah tidak terlalu memberi perhatian terhadap perkara
mungkar sebegini malah hendaklah sentiasa memerangi golongan yang jelas melakukan
perkara yang diharamkan oleh agama Islam.

PENUTUP

Kesimpulannya, pada pendapat saya perkara makruh yang dilakukan secara berkali-kali
dalam satu masa tidaklah membawa kepada hukum haram kerana perbuatan haram ini
merupakan tuntutan kepada mukallaf supaya meninggalkan perbuatan tersebut secara ilzam
manakala makruh pula harus meninggalkan sahaja. Perbuatan makruh jika meninggalkannya
kerana Allah SWT dikurniakan pahala, tetapi jika seseorang itu tetap melakukan perbuatan
makruh dalam satu masa mereka tidak dikurniakan hukuman atau dosa. Selain itu, tiada dalil
atau perincian daripada para ulama yang menunjukkan bahawa jika sesuatu yang makruh kerap
dilakukan akan berubah kepada hukum haram.

Namun, sebagai umat Islam kita hendaklah menjauhkan dan menghindarkan diri
daripada perkara yang makruh kerana ia dapat membuktikan bahawa kita amat menitikberatkan
tanggungjawab kita sebagai umat Islam terutamanya mentaati perintah Allah SWT dalam
menjauhi perkara yang dibenci dan tidak disukai oleh-Nya. Kemudian, sikap bermudah-
mudahan dalam melakukan perkara makruh berkemungkinan membuatkan kita terjerumus
kearah bermudah-mudahan terhadap perkara yang diharamkan. Semoga Allah SWT sentiasa
merahmati segala perbuatan dan amalan kita di dunia agar mendapat kebahagiaan di akhirat
kelak.

6
RUJUKAN

Abi Zakaria Yahya bin Sharaf al-Nawawi (2012). Riyadh as-Salihin.

Dr. Abdul Karim Zaidan. (2014). Al-Wajiz fi Usul Fiqh. Beirut: Resalah Publishers.

Dr. Wahbah al-Zuhaili. (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikr.

Dr. Yusuf Qardhawi. (1996). Fiqh al-Awlawiyyat. Jakarta: Robbani Press.

Muhammad Sulaiman Abdullah al-Ashqar. (1984). Al-Wadih fi Usul al-Fiqh lil Mubtadi’in.
Kuwait: Dar al-Salfih.

LAMPIRAN

7
8
9
10
11

Anda mungkin juga menyukai