Anda di halaman 1dari 39

FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM

TAJUK KAJIAN:

MEMOHON ULASAN, PANDANGAN DAN KEPUTUSAN PIHAK JABATAN MUFTI


BERKENAAN HUKUM MELIBATKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN ATOMY

NAMA & KOD KURSUS:

KAJIAN ISU-ISU FATWA (SYI 42703)

NAMA PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS BIN WAN KHAIRULDIN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK
WAN MUHAMMAD AIMAN BIN WAN AB MANAN 046294

MUHAMMAD NUR ZAKWAN BIN SALLEHUDDIN 046233

MUHAMMAD LUQMAN BIN ABDUL SALAM 050752

NUR ADILA BINTI AYUB 046182

NURUL FARHANA BINTI MOHD FIKRI 046771

FARAH IZZATI BINTI MOHD SAUFI 050792

AIN MAISARAH BINTI ABDUL RAHIM 050639

1
PENGENALAN
Islam menuntut umatnya untuk berusaha mencari rezeki bagi memenuhi tanggungjawab dan
keperluan hidup di dunia ini. Bekerja mencari rezeki adalah perkara yang disukai oleh Allah
SWT. Perkara ini diterangkan dalam hadis Rasulullah SAW yang bersabda:

‫إن الله يحب المؤمن المحترف‬

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang beriman yang giat bekerja.”

(Riwayat al-Tabrani)

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia di bumi akan dinilai oleh Allah SWT. Sumber
pendapatan yang diperoleh juga dipersoalkan pada hari kiamat. Rasulullah SAW bersabda:

ِِ ٍ ‫آد َم يَ ْوَم الْ ِقيَ َام ِة ِم ْن ِعْن ِد َربِِه َحتَّى يُ ْسأ ََل َع ْن َخ ْم‬
َ ِ ‫س َع ْن عُ ْم ِره‬
ُ‫يما ََِْ نَاه‬ َ ‫ول قَ َد َما ابْ ِن‬
ُ ‫ال تَ ُز‬

‫يما َعلِ َم‬ِ ِ ِ ِ ِِ


َ ِ ‫يما ََبْالَهُ َوَماله م ْن ََيْ َن ا ْكتَ َسبَهُ َوِ َيم ََنْ َف َقهُ َوَما َذا َعم َل‬
ِ ِِ
َ ِ ‫َو َع ْن َشبَابه‬

Maksudnya:

Tidak akan berganjak kaki seorang manusia dari sisi Allah pada hari kiamat,
sehingga dia ditanya tentang lima perkara: (1) tentang umurnya, untuk apa
dihabiskan? (2) tentang masa mudanya, untuk apa digunakan? (3) tentang
hartanya, dari mana dia peroleh? (4) dan ke mana dia belanjakan? (5) tentang
ilmunya, bagaimana dia amalkan?

(Riwayat al-Tirmizi)

Sebagai seorang yang beriman, kita perlu memelihara diri kita daripada melakukan
pekerjaan yang haram. Hasil daripada pekerjaan yang haram bukan sahaja memberi kesan
kepada amal ibadah dan tubuh badan bahkan ia turut mendatangkan seksaan di akhirat.
Walaupun pekerjaan yang haram itu kadangkala memberikan keuntungan yang lumayan, perlu
kita ingat bahawa ia tidak mendatangkan keberkatan di sisi Allah SWT.

2
LATAR BELAKANG ATOMY

Atomy merupakan sebuah syarikat penjualan langsung yang berpengkalan di Korea Selatan
dan mempunyai cawangan di 14 negara contohnya di Australia, Singapura, Indonesia dan
negara kita Malaysia. Syarikat ini ditubhkan pada tahun 2009 oleh Park Han Gil yang
diperkenalkan dengan perniagaan secara rangkaian ketika beliau berumur 30-an semasa urusan
perniagaan di Australia. Kaedah ini mendorong pengguna untuk memberitahu rakan dan
keluarga mereka tentang produk yang telah mereka gunakan. Rakan dan keluarga mereka
kemudian memberitahu orang lain mengenai produk tersebut dan seterusnya. Model
perniagaan ini membantu mewujudkan asas pengguna dan mendapatkan keuntungan
daripadanya. Setelah beliau kembali ke Korea, beliau bekerja di syarikat perniagaan secara
rangkaian sebagai jurujual namun mendapati produk berkualiti tinggi tidak dijual dengan harga
yang berpatutan. Selepas mendapati tiada syarikat yang selari dengan prinsip yang dipegang,
beliau memulakan Atomy dengan idea jika syarikat seperti itu tidak wujud, beliau akan
menubuhkannya sendiri. (https://global.atomy.com/, 25 Januari 2020)

Park Han Gil

.
OBJEKTIF SYARIKAT

 KEJAYAAN PELANGGAN (COSTUMER’S SUCCESS)

Pelanggan bukan sekadar alat untuk Atomy malah pelanggan merupakan tujuan utama.
"Falsafah Lembu vs Bayi" menerangkan pemikiran Atomy terhadap pelanggan mereka.
Manusia memelihara dan menjaga lembu bukan untuk kepentingan lembu, tetapi untuk
mendapatkan susu. Namun, apabila ibu bapa menjaga bayi mereka, itu adalah untuk
kesejahteraan bayi; mereka tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Begitu juga
dengan Atomy, mereka hanya ingin memuaskan pelanggan dengan membantu

3
pelanggan agar berjaya demi kebaikan pelanggan tersebut dan kejayaan dicapai melalui
penglibatan dalam perniagaan Atomy.

 HUB PENGEDARAN (DISTRIBUTION HUB)

Atomy bertujuan untuk menjadi hub pengedaran dunia; unit pusat rangkaian
pengedaran. Untuk mencapai matlamat ini, Atomy mencipta kelebihan daya saing
dengan membolehkan hubungan langsung dan berkesan antara pengeluar dan pengguna
di seluruh dunia. Strategi Global Sourcing Global Sales (GSGS) Atomy akan
membolehkan mereka mendapatkan produk berkualiti tinggi yang menepati standard
‘Kualiti Mutlak, Harga Mutlak’ dan dapat menawarkannya kepada pengguna di seluruh
dunia.

 SYARIKAT PREMIER (PREMIER COMPANY)

Atomy bertujuan menjadi syarikat yang terbaik dari yang terbaik. "Kejujuran dan
Kebaikan adalah Strategi Terbaik" adalah falsafah yang menggambarkan nilai korporat
Atomy. Pekerja mereka hendaklah sentiasa jujur dan setia kepada matlamat syarikat
yang berfungsi sebagai sumber produk berkualiti dengan harga yang berpatutan. Atomy
akan terus mengembangkan perniagaan bagi melahirkan individu kreatif yang boleh
menghasilkan nilai tambah berdasarkan sikap bersungguh-sunnguh dan moral yang
tinggi.

Syarikat Atomy berpegang kepada prinsip ‘Syarikat Kecil tetapi Besar dengan
Pengurusan Yang Tepat’. Atomy bertujuan untuk menjadi syarikat "kecil tetapi besar". Mereka
tidak fokus kepada keuntungan semata tetapi dengan pembangunan infrastruktur yang mantap
dan kukuh sesuai dengan prinsip asas pengasas mereka. Atomy memerlukan "pengurusan yang
tepat" untuk menghilangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan memperhatikan secara
terperinci terhadap perkara-perkara yang penting. ‘Syarikat Besar’ yang Atomy maksudkan
ialah mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mendorong pelanggan supaya berjaya dalam
menaik taraf kehidupan serta memastikan bahawa pekerja merasakan kebahagiaan dan mampu
memberikan manfaat kepada masyarakat. (https://global.atomy.com/, 25 Januari 2020)

4
SYARAT PENYERTAAN ATOMY
Syarat-syarat bagi menyertai perniagaan atomy adalah berumur lapan belas tahun ke atas dan
hanya satu akaun sahaja yang boleh digunakan dalam satu keluarga seperti satu akaun bagi
pasangan suami isteri dan anak yang berumur lapan belas tahun ke atas satu akaun. Perniagaan
ini tidak sama dengan perniagaan lain yang membenarkan ahli mendaftar akaun berulang kali
dan seberapa banyak yang mereka daftar agar menunjukkan perniagaan mereka yang maju
disebabkan banyak akaun yang mendaftar oleh ahli. Hal ini berbeza dengan perniagaan Atomy
yang mengambil berat mengenai kualiti khususnya pelanggan atau ahli.

SYARAT MENJANA PENDAPATAN ATOMY

Dibolehkan semua orang ataupun ahli menghasilkan pendapatan Atomy dengan syarat
hendaklah membuat belian barangan produk Atomy dan memperkenalkan dua ahli baru.
Namun, jika penghasilan sebarang ahli baru tidak ada, ia juga boleh menjana pendapatan.
Caranya telah dijelaskan di dalam ruangan pelan pemasaran atomy.

Kelulusan daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia masih ditunggu oleh pihak
syarikat semasa perniagaan Atomy belum dilancarkan di Malaysia. Perniagaan Atomy tidak
sama dengan mana-mana perniagaan atau syarikat dalam negeri atau luar negara. Seperti yang
disedia maklum mengenai produk Atomy, Atomy memiliki sejumlah 150 jenis produk. Mereka
akan memastikan penambahan dalam 50 jenis produk baru itu ada pada setiap tahun untuk
pelanggannya.
Berikut adalah maklumat diri yang perlu dikemaskini bagi menyertai Atomy:

5
Melalui temubual dengan salah seorang ahli aktif Atomy, Cik Khadijah (22 tahun)
beliau menyatakan sistem perniagaan Atomy adalah seorang ejen (distributor) perlu berkongsi
kepada orang ramai untuk membeli sendiri di laman web rasmi Atomy, tetapi sebelum membeli
setiap pelanggan perlu mempunyai ID terlebih dahulu, jadi ejen tersebut berperanan
mendaftarkan pelanggan. Setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan tersebut akan
menghasilkan komisen untuk ejen. Komisen tersebut tidak diperoleh serta-merta tetapi perlu
melalui bilangan point yang dicapai oleh setiap ejen. Ejen tersebut juga perlu membeli di
Atomy Mall bagi mengumpul “personal PV” bagi melayakkan dirinya untuk mendapatkan
komisen.

6
7
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh ahli Atomy. Antaranya termasuklah
larangan menjual produk Atomy melalui laman web persendirian atau blog.

Ahli juga dilarang memaksa 'down-line' mereka untuk membeli produk Atomy. Penukaran
label dan pembungkusan produk juga tidak dibenarkan. Berikut merupakan produk yang dijual
oleh Atomy:

8
ISU PENGLIBATAN UMAT ISLAM DALAM PERNIAGAAN ATOMY

Perniagaan Atomy yang semakin berkembang di Malaysia membuatkan pelbagai lapisan


masyarakat berminat untuk menyertai perniagaan tersebut bagi menambahkan pendapatan
sampingan. Mutakhir ini, terdapat beberapa kontroversi yang dikaitkan dengan syarikat
Atomy. Antara kontroversinya adalah Atomy dikatakan menjadi penyumbang kepada
organisasi dakwah Kristian dan juga menjalankan aktiviti perniagaan mengikut sistem 'multi-
level marketing'. Disebabkan syarikat tersebut menyalurkan keuntungan kepada persatuan-
persatuan Kristian, perniagaan sedemikian tidak sepatutnya disertai oleh umat Islam kerana
dengan dana tersebut tidak mustahil agama Kristian dapat disebarkan secara meluas dan hal ini
bertentangan dengan ajaran agama Islam. Firman Allah SWT:

ۡ ۡ ِۖ ۡ
ْ‫ين لِلَّ ِه ُش َه َدآَٰءَ بِٱل ِق ۡس ِط َوَال يَج ِرَمنَّ ُك ۡم َشنَا ُن قَ ۡوٍم َعلَ ََّٰٰٓى َََّال تَد ِدلُوا‬ ِ ِ َّ َّٰ
َ ‫﴿يََٰٓأَيُّ َها ٱلذ‬
َ ‫ين ءَ َامنُواْ ُكونُواْ قَ ََّّٰوم‬
ُۢ ِۖ ۡ ۡ ِۡ
﴾‫ب لِلتَّق َو َّٰى َوٱتَّ ُقواْ ٱللَّ َه إِ َّن ٱللَّهَ َخبِ ُير بِ َما تَ ۡد َملُو َن‬
ُ َ َ ‫ٱعدلُواْ ُه َو‬
‫ر‬ ‫َق‬

Maksudnya:

«Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi


orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu
berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan»

(Surah al-Maidah: 8)

Malah jika dilihat dalam undang-undang Malaysia, terdapat enakmen yang digubal oleh
kebanyakan kerajaan negeri supaya tidak berlaku perkembangan agama bukan Islam dalam
kalangan masyarakat. Contohnya Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama
Bukan Islam) Terengganu, 1980. Namun perbincangan dan kajian secara teliti hendaklah
dilakukan bagi mendapatkan keputusan terbaik berkenaan hukum melibatkan diri dalam
perniagaan Atomy memandangkan banyak pihak telah menyertai perniagaan ini dan
memperoleh pendapatan lumayan yang tetap serta mampu menyara kehidupan mereka pada
zaman pandemik ini.

9
PERNIAGAAN SECARA MULTI-LEVEL MARKETING

Disebabkan Atomy menjalankan perniagaan menggunakan sistem multi-level marketing maka


hendaklah difahami bagaimana sistem perniagaan ini dijalankan. Dalam istilah fiqh,
perniagaan yang dijalankan dengan sistem MLM ini disebut sebagai samsarah. Aktiviti
samsarah ini terdapat pengedar, ejen dan ahli. Aktiviti ini juga termasuk dalam akad ijarah
iaitu suatu transaksi yang memanfaatkan orang lain dengan insentif dan bonus. (Sayyid Sabiq,
2004).

Dalam kitab Fiqh Muamalat al-Maliah al-Muasirah, terdapat dua pandangan ulama’
berkenaan hukum perniagaan sistem jualan langsung. Pendapat pertama mengatakan harus
melakukan perniagaan sistem jualan langsung. Namun, terdapat perselisihan antara ulama’
dalam pandangan pertama ini. Sebahagian ulama’ mengharuskan sistem jualan langsung secara
mutlak tanpa sebarang syarat manakala sebahagian yang lain meletakkan syarat. Pandangan
kedua pula menegah perniagaan sistem jualan langsung kerana berpendapat ia adalah haram
menurut syarak. Pendapat kedua ini dipegang oleh kebanyakan ulama’ kontemporari.

Pandangan pertama yang mengharuskan perniagaan sistem jualan langsung adalah


berpandukan kaedah,

‫األصل ِي األشياء اإلباحة‬

Maksudnya: Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus

Berdasarkan kepada kaedah ini, hukum asal bagi sistem dan konsep sistem jualan
langsung adalah harus selagi tidak terdapat perkara-perkara yang mengharamkannya. Justeru
itu, untuk menghukumkan sesuatu muamalat sebagai perbuatan yang haram hendaklah
bersandarkan kepada dalil. Jika tiada dalil dan perkara yang menjadikannya haram, maka
muamalat tersebut kekal harus. Di samping itu, komisyen atau keuntungan yang diprolehi
mestilah berdasarkan nilai barangan yang telah dijualnya.

Menurut pandangan kedua yang melarang sistem jualang langsung berpendapat bahawa
perniagaan tersebut mempunyai unsur riba fadhl dan riba nasiah. Perkara ini terjadi apabila
terdapat 'fixed return' atau janji kemasukan tetap di dalam sesuatu sistem jualan langsung, maka
ia adalah riba yang diharamkan. Sebagai contoh, pembayaran yuran sebanyak RM50
diperlukan untuk menjadi ahli serta menyertai rangkaian perniagaan tersebut. Pembayaran
yuran yang dibuat membolehkan ahli layak mendapat RM5 pada setiap bulan sebagaimana

10
yang dijanjikan oleh syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui poin
penggunaan produk dalam sistem jualan langsung tersebut. 'Fixed return' tersebut jelasnya
adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem jualan langsung ini.

Selain itu, mereka berpandangan bahawa terdapat unsur gharar yang diharamkan
syarak dan mereka yang terlibat dalam perniagaan ini memakan harta orang lain dengan batil.
Perkara ini terjadi berdasarkan konsep “Auto Replacement”. Dalam konsep ini, sebagai contoh
ahli pertama perlu mencari lima orang ahli dibawahnya dan pembayaran RM10 diperlukan
daripada setiap ahli tersebut. Yuran RM10 yang dibayar oleh ahli bawahan akan terkumpul dan
akan dinikmati oleh ahli yang awal sehinggalah yang pertama terkeluar dengan masuknya ahli
yang baru. Daripada kedua-dua pandangan di atas, pendapat yang rajih adalah pendapat kedua
kerana kekuatan dalil yang dipegangnya dan dalil yang mengatakan harus melakukan sistem
jualan langsung adalah lemah

Manakala menurut Garis Panduan Multi-Level Marketing yang dikeluarkan oleh


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun 2013, perniagaan jualan langsung yang
dijalankan secara MLM merupakan salah satu bentuk perniagaan yang telah membantu banyak
individu dari segi pendapatan serta membangunkan ekonomi negara. Perniagaan ini menjadi
suatu jalan penyelesaian kepada orang ramai untuk menambah pendapatan isi rumah dan
memperoleh sumber pencarian yang tetap atau sampingan bagi meningkatkan taraf hidup.

Syarikat yang menggunakan sistem MLM akan mengambil atau melantik seseorang
sebagai ahli atau peserta bagi menjual barangan syarikat. Peserta tersebut akan melantik
individu lain untuk membentuk rangkaian di bawahnya bagi menjual barangan tersebut. Setiap
peserta akan memperolehi komisen, bonus serta faedah ekonomi. Komisen yang diperoleh
adalah daripada jualan peribadi dan jualan pengedar di bawah rangkaian atau kumpulannya.
Selain daripada pelan pemasaran berbilang tingkat, pelan pemasaran satu tingkat juga
merupakan jenis pelan pemasaran perniagaan jualan langsung di mana syarikat akan melantik
wakil atau ejen jualan dan membayar gabungan komisen dan gaji atas jumlah jualan yang
dibuat.

11
KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG YANG DIHARUSKAN OLEH
ISLAM

i) Berdaftar dan mempunyai lessen


Syarikat mestilah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen
yang sah bagi menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan
Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
ii) Kontrak Jualan Langsung secara bertulis
Satu kontrak bertulis hendaklah disediakan oleh syarikat dan kontrak tersebut
mestilah mengandungi terma serta syarat yang jelas mengenai perjanjian antara
syarikat dan peserta. Syarat perjanjian tersebut hendaklah difahami oleh peserta dan
syarikat.
iii) Matlamat menjadi peserta
Tujuannya adalah syarikat tersebut mestilah jelas serta selaras dengan ketetapan
syarak dengan membeli dan menggunakan barangan yang dikeluarkan juga menjadi
ahli, wakil ataupun ejen jualan kepada barang perkhidmatan yang ditawarkan oleh
syarikat bagi menikmati insentif yang telah ditetapkan.
iv) Keistimewaan peserta
Setiap ahli yang menyertai syarikat jualan langsung layak untuk menikmati salah
satu gabungan keistimewaan iaitu dengan mendapat potongan harga bagi setiap
pembelian juga mendapat baucar bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat.
Mendapat komisen atau keuntungan atau bonus bagi setiap pembelian atau jualan
peribadi atau jualan orang di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya yang
berdasarkan akad al-ju’alah.
v) Ciri-ciri produk
Kriteria produk yang dikeluarkan oleh syarikat mestilah terdiri daripada barang
perkhidmatan yang halal mengikut perspektif syarak. Secara umumnya, produk
tersebut perlulah produk yang berkualiti dan selamat digunakan serta dijangka
secara wajar, muhasabah dan adil bahawa produk yang ditawarkan masih diminati
untuk dibeli oleh pengguna. Bagi produk barang makanan, minuman serta
perkhdmatan gunaan yang dijual oleh syarikat mestilah mendapat pengiktirafan
halal JAKIM untuk menjamin sistem pengurusan syarikat dengan mengikut prisip-
prinsip Islam.

12
vi) Harga Produk
Penawaran harga oleh syarikat bagi barangan tersebut hendaklah berpatutan dan
muhasabah dengan kadar jenis juga kualiti barang perkhidmatan.
vii) Pemberian insentif
Pemberian insentif oleh syarikat kepada peserta boleh berbentuk komisen, bonus
atau faedah ekonomi yang lain. Komisen, bonus atau faedah ekonomi lain
hendaklah diambil daripada keuntungan jualan produk dan sumbangan daripada
syarikat. Syarikat tersebut mestilah memberi peluang secara adil kepada semua ahli
yang menyertai perniagaan ini bagi mendapatkan komisen, bonus atau insentif.

UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG

Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah memastikan perniagaan


mereka tidak mengandungi unsur syubhah kerana unsur syubhah dilarang dalam kaedah jualan
tersebut. Pelan pemasaran syarikat hendaklah bebas daripada perkara yang samar-samar atau
syubhah dalam setiap aspek perniagaan contohnya dalam pemberian insentif dan perkara-
perkara yang berkaitan dengannya supaya dapat memastikan perniagaan yang dijalankan
mematuhi prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh Islam. (JAKIM, 2013)

FATWA-FATWA BERKENAAN SISTEM JUALAN LANGSUNG

Setiap keputusan yang dikeluarkan oleh Institusi Fatwa akan menjadi sumber rujukan bagi
masyarakat Islam di Malaysia. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia akan mengeluarkan setiap keputusan fatwa tersebut. Setiap
negeri juga mempunyai institusi fatwa mereka sendiri yang berfungsi mengeluarkan fatwa di
peringkat negeri yang dikenali sebagai Jawatankuasa Fatwa Negeri. Berikut adalah fatwa yang
dibincangkan di peringkat negeri dan kebangsaan berkenaan MLM:

1. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan


Keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan
bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Januari 2006 telah membincangkan
berkenaan dengan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) menurut Islam. Muzakarah
telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level
Marketing (MLM) yang diluluskan kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan
konsep perniagaan Islam.

13
2. Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sarawak
Berdasarkan kepada Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sarawak yang dikeluarkan
pada 2007, Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-12, yang bersidang
pada 14 November 2007 telah membincangkan mengenai Hukum Sistem Jualan
Langsung (MLM). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan MLM yang diluluskan oleh
Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”.

3. Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan


Menurut Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang dikeluarkan pada tahun
2016 menyatakan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilanyang
bersidang pada 28 Julai 2016 bersamaan 23 Syawal 1437H telah bersetuju memutuskan
untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-72 berkenaan
Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) menurut Islam dengan sighah seperti berikut:
i. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang
perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah
harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.
ii. Sekiranya terdapat unsur-unsur Skim Piramid yang mengandungi unsur-unsur
penindasan dan penipuan dalam sistem jualan MLM maka hukumnya adalah
haram.
iii. Mana-mana orang yang ingin terlibat dengan perniagaan MLM ini hendaklah
merujuk kepada Garis Panduan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang
Tingkat (Multi Level Marketing) Menurut Syariah. (Garis Panduan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia Bilangan 1/2013).

Berdasarkan kepada keputusan fatwa telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan
Negeri Sembilan, Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sarawak dan Keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan maka dapat dilihat bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi
Level Marketing (MLM) adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.
Namun, jika terdapat unsur Skim Piramid yang membawa kepada penindasan dan penipuan
dalam sistem jualan MLM maka hukumnya adalah haram. Individu yang ingin menyertai
perniagaan MLM hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Jualan Langsung menurut syariah
yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM.

14
JUAL BELI DENGAN GOLONGAN BUKAN ISLAM
Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji (2015) al-bai’ (jual beli) dari segi bahasa ialah pertukaran
sesuatu dengan sesuatu sama ada kedua-duanya dalam bentuk harta atau tidak. Firman Allah
SWT:

ۡ ِ‫ٱشتَ ر َّٰى ِمن ۡٱلم ۡؤِمن‬


ۡ َّ َّ ِ
َّ ‫ين ََن ُف َس ُه ۡم َوَ َۡم ََّٰولَ ُهم بِأ‬
﴾ َ‫َن لَ ُه ُم ٱل َجنَّة‬ َ ُ َ َ َ‫﴿۞إن ٱلله‬

Maksudnya:

«Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan


jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan
beroleh Syurga»

Kemudian disambung dengan ayat:

﴾‫ٱستَ ۡب ِش ُرواْ بِبَ ۡيدِ ُك ُم ٱلَّ ِذي بَايَ ۡدتُم بِِهۦ‬


ۡ ِ﴿
َ

Maksudnya:

«Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya


itu»

(Surah al-Taubah: 111)

Menurut istilah Fuqaha’ pula jual beli ialah akad yang merujuk kepada pertukaran
sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal.

Atomy Malaysia Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah daripada cawangan Atomy
Korea boleh dikategorikan sebagai syarikat yang dikendalikan oleh golongan bukan Islam.
Maka secara tidak langsung indvidu yang terlibat dengan perniagaan Atomy dianggap
melibatkan diri dalam aktiviti jual beli dengan golongan bukan Islam. Muamalat atau jual beli
dengan orang bukan Islam adalah dibolehkan selagi mana mereka tidak mendatangkan mudarat
dan melibatkan pihak yang memusuhi umat Islam. Firman Allah SWT:

ۡ ِ ‫﴿ال ي ۡن هَّٰى ُكم ٱللَّه ع ِن ٱلَّ ِذين لَ ۡم ي ََّٰقتِلُوُك ۡم ِِي‬


ۡ ‫ٱلدي ِن ولَ ۡم ي ۡخ ِرجوكم ِمن ِد َّٰي ِرك‬
ْ‫وه ۡم َوتُق ِسطَُٰٓوا‬‫ر‬
ُّ
ُ َ ‫ب‬ ‫ت‬
َ ‫ن‬َ ‫م‬ ُ َ ُ ُ ُ َ ُ َ َ ُ ُ َ َ َّ
ِ ‫ب ۡٱلم ۡق ِس‬ ِ ِ ِِۡۡ
﴾‫ين‬ َ ‫ط‬ ُ ُّ ‫إلَيهم إ َّن ٱللَّهَ يُح‬

15
Maksudnya:

«Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil»

(Surah al-Mumtahanah: 8)

Selain itu, terdapat dalil-dalil yang membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat
baginda juga berjual beli dengan golongan bukan Islam.

Antara dalil berkenaan ialah:

‫حدثنا َبو الندمان حدثنا مدتمر بن سليمان عن َبيه عن َبي عثمان عن عبد الرمحن بن َبي‬

‫ كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم ثم جاء رجل مشرك مشدان‬:‫بكر رضي الله عنهما قال‬

‫طويل بغنم يسوقها ِقال النبي صلى الله عليه وسلم بيدا َم عطية َو قال َم هبة قال ال بل‬

‫بيع ِاشرتى منه شاة‬

Maksudnya:

“Ketika kami bersama dengan Rasulullah SAW, datang seorang lelaki


musyrik yang mempunyai rambut panjang dan tidak terurus sambil
membawa seekor kambing. Baginda Rasulullah SAW kemudian bertanya
kepadanya, ‘Apakah kambing ini untuk dijual atau hadiah?’ Lelaki itu
menjawab, ‘Tidak, kambing ini hanya untuk dijual.’ Lalu Rasulullah SAW
membeli kambing tersebut darinya”.

(Sahih Bukhari, 1998M, Kitab Jual Beli, 1:413, no hadis: 2216)

‫ اشترى رسول الله صلى الله عليه وسلم من يهودي طداما‬:‫عن عائشة رضي الله عنها قالت‬

‫بنسيئة ورهنه درعه‬

16
Maksudnya:

“Rasulullah SAW membeli makanan dari orang Yahudi dengan


menangguhkan pembayaran dan Rasulullah SAW menjamin pembelian
tersebut dengan baju besi baginda digadaikan”.

(Sahih Bukhari, 1998M, Kitab Jual Beli, 1:395, no hadis: 2096)

‫ عن عبد الله رضي االله عنه‬،‫ عن ناِع‬،‫ حدثنا جويرية بن َسماء‬:‫حدثنا موسى بن إمساعيل‬

‫ َن يدملوها ويزرعوها ولهم شطر‬:‫ َعطى رسول الله صلى الله عليه وسلم خيبر اليهود‬:‫قال‬

‫ما يخرج منها‬

Maksudnya:

“Rasulullah SAW memberikan tanah khaibar kepada orang Yahudi untuk


diusahakan dan bercucuk tanam padanya, dan mereka akan mendapat
separuh daripada hasil yang diusahakan”.

(Sahih Bukhari, 1998M, Kitab Jual Beli, 1:426, no hadis: 2285)

Berdasarkan dalil-dalil di atas, Rasulullah SAW dan para sahabat juga berjual beli
dengan golongan bukan Islam tanpa menetapkan sebarang syarat. Namun, Imam Nawawi
dalam kitabnya Sahih Muslim bisyarah al-Nawawi (1994) mengatakan:

‫َجمع المسلمون على جواز مداملة َهل الذمة وغيرهم من الكفار إذا لم يتحقق تحريم ما‬

‫مده لكن ال يجوز للمسلم َن يبيع َهل الحرب سالحا وآلة حرب وال يستدينون به ِي اقامة‬

‫دينهم‬

Maksudnya:

“Telah bersepakat seluruh umat Islam dalam harusnya berurusan dengan ahli
zimmah dan golongan kafir yang lain jika urusan tersebut tidak membawa
kepada perkara yang haram malah umat Islam tidak boleh menjual senjata
kepada kaum yang sedang memusuhi Islam, dan tidak boleh membantu

17
golongan tersebut menegakkan agama mereka. Maka, umat Islam boleh
bermuamalat dengan golongan bukan Islam dengan syarat perniagaan
tersebut tidak membawa kepada kekufuran serta merendahkan martabat
agama Islam."

Manakala menurut Ulama Hanafiyah, sebagaimana yang disebutkan oleh Abu Bakar
Al-Marghinani di dalam kitab al-Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadi’ bahawa jual beli
diharuskan selama mana masih mengandungi syarat-syarat keharusannya, iaitu jelas barang
dan harganya, tidak ada paksaan dalam berkontrak dan juga jual beli berlaku antara al-‘Aqid
yakni sudah berakal dan baligh.

Dalam membincangkan isu jual beli dengan orang kafir, para ulama membolehkan
perkara ini dengan syarat perbuatan jual beli tersebut tidak merendahkan martabat sebagai
seorang umat Islam. Menurut kitab Fathul Bari, hukum mengadakan urusan jual beli dengan
orang bukan Islam adalah harus selama mana bukan bertujuan untuk membantu dan
mendukung kekufuran untuk mereka memerangi orang Islam. Dalam kitab Mausu'ah al-
Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, ulama bersepakat bahawa orang Islam diharuskan untuk
mengambil upah daripada orang kafir. Walaubagaimanapun, pekerjaan yang dilakukan
perlulah perbuatan yang dibenarkan oleh syarak seperti menjahit baju, membina rumah dan
sebagainya. Antara contoh yang jelas dalam hal ini adalah perbuatan Ali bin Abi Talib yang
menimba air dan mendapat upah satu biji tamar bagi setiap bekas. Upah ini diberikan oleh
seorang Yahudi.

Perniagaan yang dijalankan Atomy dilihat tidak mempunyai sikap yang mampu
membawa kepada kekufuran serta merendahkan martabat agama Islam malah mereka dapat
memajukan ekonomi umat Islam serta membawa manfaat kepada masyarakat. Atomy
berprinsip untuk membantu orang ramai berniaga dan menjana pendapatan. Di samping itu,
dana yang disalurkan Atomy untuk membantu mereka yang memerlukan adalah atas dasar
kemanusiaan. Selain itu, jualan secara atas talian merupakan cara mudah untuk mendapatkan
pendapatan tambahan dan mampu membantu individu-individu yang tidak mempunyai
pekerjaan menyara hidup dan memajukan ekonomi mereka.

18
PERBAHASAN SYUBHAH MENYERTAI ATOMY
Baru-baru ini timbul isu tentang atomy di mana setelah diselidik dengan lebih jelas berkenaan
dengan perniagaan atomy didapati perniagaan tersebut mendirikan Yayasan “Dreamy
Foundation” untuk menyumbangkan dana kepada usaha-usaha penyebaran agama Kristian.
Hal ini menimbulkan keraguan bagi masyarakat di negara kita terutama sekali bagi ahli-ahli
yang menyertai perniagaan atomy tersebut.

Melalui temu bual dengan seorang bekas ahli Atomy Amira Syuhada (25 Tahun), beliau
memberi nasihat supaya berhati-hati dan sebaiknya untuk tidak melibatkan diri dalam
perniagaan Atomy. Dalam temu bual, beliau juga telah mengemukakan beberapa kenyataan
dan hujah yang secara umunya terdapat beberapa perkara atau persoalan yang telah
disembunyikan oleh pihak Atomy sendiri untuk meneruskan penyebaran agama Kristian
mereka melalui perniagaan ini.

Paparan dalam video yang melibatkan Negara Malaysia

Selain itu, mengenai kenyataan yang dikemukakan oleh beliau, penghapusan Dreamy
Foundation dan Dreamy School dalam laman web rasmi Atomy mempunyai agenda tersendiri
iaitu supaya Atomy dilihat bersifat neutral kerana paparan aktiviti menyokong gerakan
kristianisasi menyukarkan Atomy untuk mendapat sokongan umat Islam di Malaysia. Bukan
itu sahaja, terdapat dua video yang dikongsikan sebagai bukti Atomy masih menjalankan
aktiviti kristianisasi di seluruh dunia, dan negara Malaysia juga ada disebut dalam video ini
pada minit ke-12. Yang anehnya, kedua-dua video tersebut dimuat turun dan sudah diprivate

19
daripada Channel YouTube Dreamy Foundation. Namun, video tersebut telah dimuat naik
semula melalui Facebook.

Tambahan pula, dikatakan Revival Meeting yang dijalankan di Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang turut dihadiri oleh Park Han-Gil secara diam-diam. Revival Meeting ialah
extension of missionaries activity iaitu satu gerakan besar yang berusaha memurtadkan umat
Islam di seluruh dunia.

Revival Meeting yang dihadiri oleh Park Han Gil di YMCA Penang pada 15 hingga 16 Ogos
2017

Maka umat Islam hendaklah mengelakkan diri daripada mengambil jalan yang
membawa kepada kemudaratan bersesuaian dengan kaedah:

‫درء المفاسد مقدم على جلب المصالح‬

Maksudnya: Menolak kerosakan adalah lebih utama daripada mendatangkan


maslahah (kebaikan)

Walaupun Atomy ini tidak dapat disangkal telah memberi banyak manfaat dengan pelan
pemasarannya tetapi ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada agama Islam. Tambahan
pula, pada tahun 2006 Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa seramai 100,000
umat Islam telah murtad berdasarkan kajian oleh sekumpulan profesional dan intelektual
Melayu. (Malaysia Kini, 2006). Selama 14 tahun berlalu, mustahil angka tersebut tidak

20
meningkat. Justeru, umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada dengan segala ancaman yang
dibawa oleh pelbagai pihak yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran dan menganggu-gugat
kepercayaan terhadap agama Islam dengan pelbagai strategi contohnya dari segi sokongan
kewangan dan kebajikan.

Bagi menjawab dakwaan tersebut, dalam temubual eksklusif melalui sesi online antara
Pengerusi Korea Muslim Federation Halal Committee, Mr. Ahmad Cho Min Haeng dan Ustaz
Dr. Nur Muhammad Hadi iaitu seorang pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang di
USIM serta penceramah bebas yang menjadi rujukan pihak Atomy Malaysia dalam mengetahui
hukum muamalat menurut syariat Islam. Mr. Ahmad Cho memaklumkan, Atomy dan Founder
syarikat tersebut, Park Han Gil tidak pernah memurtadkan orang islam dan tidak pernah
memerangi orang Islam.

Tambahan lagi, beliau tidak pernah menyatakan bahawa misi Atomy adalah untuk
menyebarkan agama Kristian. Oleh yang demikian, dakwaan yang mengatakan syarikat Atomy
membawa misi sebarkan agama Kristian itu adalah fitnah semata. Pemilik syarikat Atomy juga
bukanlah seorang kafir harbi kerana beliau tidak pernah menzalimi atau berperang dengan
agama Islam malah Atomy menyambut baik setiap keperluan dan tuntutan orang Islam. Dari
awal lagi tujuan utama Atomy adalah bisnes, bukan untuk penyebaran agama. Yayasan yang
diviralkan tersebut adalah dari duit peribadi Park Han Gil dan bukan dari syarikat Atomy.
Atomy dan Yayasan tersebut adalah dua entiti berbeza dan bukan datang dari sumber kewangan
yang sama.

21
Pihak Atomy Malaysia juga giat melakukan sumbangan kepada pelbagai pihak tanpa
mengira bangsa dan agama. Buktinya dapat dilihat dengan pelbagai liputan berita dari akhbar-
akhbar tempatan. Menurut laporan dari Sinar Harian, Syarikat Atomy Malaysia mendermakan
lebih 4,000 set pembersih tangan, pencuci rambut dan badan bernilai RM200,000 kepada empat
buah hospital kerajaan. (Sinar Harian, 2020) Selain itu, Pihak Atomy Malaysia juga
menghabiskan sejumlah RM213,000 untuk diberikan sumbangan kepada petugas media bagi
menghargai jasa mereka sepanjang melaporkan perkembangan virus covid-19 di Malaysia.
(Bernama, 2020). Pihak Atomy Malaysia sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk
memeriksa akaun Atomy dari semasa ke semasa bagi mengikut undang-undang yang patuh
syariah. Pernyataan dari pihak Atomy Malaysia berkenaan isu kristianisasi:

Selain itu, bangkit juga isu berkenaan produk Atomy yang mengandungi unsur-unsur
syubhah kerana adanya produk halal dan haram di dalam perniagaan tersebut. Dalam temu bual
bersama Cik Ema Mardhiana (39 Tahun) yang merupakan ahli Atomy dibawah bimbingan
ASM Tuan Mutawwif Hazim dalam rangkaian Dr.Tengku Asmadi, Pihak Atomy menegaskan
segala produk yang dijual oleh Atomy Malaysia mempunyai pengiktirafan Halal dari Korean
Muslim Federation (KMF). Di Korea juga terdapat ramai orang Islam, maka proses
penghasilan produk untuk orang Islam diasingkan daripada bukan Islam. Puan Ena juga
mengatakan produk Atomy tidak halal yang kebanyakannya dijual di luar Atomy Mall

22
Malaysia contohnya di Lazada dan Shopee merupakan produk dari Korea. Isu ini berbangkit
selepas timbul dakwaan Atomy Vitamin C mempunyai kandungan yang tidak halal.

DEFINISI SYUBHAH

Sepertimana yang diketahui, syubhah dari segi bahasa adalah merujuk kepada perkataan arab
yakni syibhu (‫) ِشبه‬, syabahu (‫شبَه‬
َ ), syabihu (‫ش ِبه‬
َ ) manakala perkataan jamak bermaksud
kesamaran yakni syubuhat (‫)شب َهات‬. Dari segi syarak pula, syubhah bermaksud keyakinan
mengenai halal atau haram dalam sesuatu perkara. Pada hakikatnya sesuatu yang tidak pasti
bahawa ianya halal atau haram.

Imam al-Ghazali juga membahaskan bahawa syubhah merupakan sesuatu perkara yang
tidak jelas atau samar-samar di mana menyebabkan adanya dua pegangan yang timbul akibat
dua alamat yang berbeza. Rumusan daripada takrif tersebut adalah wujudnya keraguan tentang
suatu perkara yang ditujukan terhadap sebab atau bukti tertentu dan perkara ini perlu dielakkan.
Berlakunya syubhah ini disebabkan timbulnya perasaan was-was serta tanda tanya terhadap
pertembungan antara sebab-sebab yang saling bertentangan dan hal ini menimbulkan keraguan.
Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak pasti atau yang meragukan akan

23
halal dan haram amat digalakkan kepada umat Islam. Hal ini telah disebut di dalam hadis yang
diriwayatkan daripada Nu’man Bin Bashir bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ ‫ات َال يَ ْدلَ ُم ُه َّن َكثِ ٌير ِم ْن الن‬


‫ َِ َم ْن‬،ِ‫َّا‬ ٌ ‫ور ُم ْشتَبِ َه‬ ِ
ٌ ‫ َوبَْي نَ ُه َما َ ُُم‬،‫ َوإ َّن الْ َحَر َام بَيِ ٌن‬،‫إن الْ َح َال َل بَيِ ٌن‬
َّ

‫اعي‬َّ ‫ َك‬،‫ت َوقَ َع ِِي الْ َحَرِام‬


ِ ‫الر‬ ِ ‫ ومن وقَع ِِي الشُّب ها‬،‫ات َِ ْقد است ب رَ لِ ِدينِ ِه و ِعر ِض ِه‬
َُ َ َ ْ ََ ْ َ َ َْ ْ
ِ ‫اتَّ َقى الشُّب ه‬
َُ
ِ ِ ِ ٍِ ِ ِِ ِ ‫ي رعى حو َل الْ ِحمى ي‬
ُ‫ َََال َوإِ َّن ح َمى اللَّه َم َحا ِرُمه‬،‫ َََال َوإِ َّن ل ُك ِل َملك ح ًمى‬،‫ك َ ْن يَ ْرتَ َع ِيه‬
ُ ‫وش‬ُ َ ْ َ َ َْ

Maksudnya:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu sudah dijelaskan dan perkara yang
haram itu jelas, sedangkan antara kedua-duanya terdapat perkara yang
samar-samar yakni syubhah yang tidak diketahui oleh ramai orang. Maka
barangsiapa yang memelihara dirinya daripada perkara yang samar-samar itu
bermaksud dia telah menyelamatkan agama dan maruah dirinya. Dan (tetapi)
barangsiapa yang berada di dalam syubhat itu, (ditakuti) dia akan jatuh ke
dalam perkara yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala
di tepi-tepi kawasan larangan, ditakuti nanti gembalaan akan masuk juga
meragut di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah bahawa bagi setiap
pemilik itu ada kawasan larangan, dan ketahuilah kawasan larangan bagi
Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkan.”

(Sahih Bukhari, 1981M, Kitab Iman, 1:23, no hadis 52)

Imam al-Suyuti menjelaskan dalam syarahan hadis bahawa perkara mutashabihat yakni
samar-samar adalah perkara yang tidak jelas akan halal dan haramnya dan ini bermaksud
sesiapa yang meninggalkan perkara yang meragukan atau samar-samar maka ia telah
memelihara agamanya daripada fitnah. Menurut Imam al-Qurtubi, melakukan perkara
mutashabihat adalah dilarang bagi mengelakkan diri daripada terjerumus kepada perkara yang
menyebabkan berlakunya kerosakan yakni perkara yang diharamkan.

Juga dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:

َ ُ‫ك إِلَى َما َال يَِريب‬


‫ك‬ َ ُ‫َد ْع َما يَِريب‬

Maksudnya:

24
“Tinggalkan perkara yang meragukanmu dan kerjakan perkara yang tidak
meragukanmu.” (Hadis Riwayat Tirmizi dan Nasa’i, Tirmizi berkata: “Hadis
ini hasan shahih”)

(Riwayat al-Nasa’i, Kitab Al-Asyribah, 8:327-328, no hadis 5711)

Berdasarkan hadis di atas, umat Islam tidak seharusnya sering melakukan sesuatu
apabila diri sendiri merasakan was-was terhadap perkara tersebut kerana ini menyebabkan
terjerumus dalam suatu perkara yang mungkin hukumnya adalah dilarang. Sifat warak adalah
suatu amalan yang terpuji apabila meninggalkan sesuatu yang meragukan disebabkan ingin
menjaga kehormatan agama.

Oleh hal yang demikian, umat Islam dituntut supaya berhati-hati dan menjauhkan diri
daripada perkara syubhah agar bebas dari kerosakan dan kebinasaan bagi memelihara akidah
serta maruah dan hal ini dapat dikaitkan dengan isu yang dibincangkan iaitu menyertai
perniagaan Atomy.

PANDANGAN HUKUM DARI JABATAN MUFTI SELANGOR


Melalui ruangan soal jawab agama yang disediakan di laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri
Selangor, pihak Mufti memberi pendapat berkenaan perniagaan Atomy dengan menggunakan
kaedah fiqh:

‫األصل ِي األشياء اإلباحة‬

Maksudnya: “Asal pada sesuatu perkara adalah harus”

Hukum melakukan sesuatu perniagaan yang halal dan tidak melanggar hukum syarak adalah
harus. Tetapi apabila diketahui suatu perniagaan itu mempunyai hubungkait dengan penyaluran
dana dalam usaha-usaha penyebaran agama Kristian, maka terdapat unsur syubhah dalam
menyertai perniagaan tersebut. Bersubahat atau bekerjasama dalam usaha penyebaran agama
Kristian adalah dilarang. Firman Allah S.W.T:

ۡ ۡ ۡ ِۡ
﴾ ‫ٱإلث ِم َوٱل ُدد ََّٰو ِن‬ ‫﴿ َوَال تَ َد َاونُواْ َعلَى‬

25
Maksudnya:

«Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)


dan pencerobohan»

(Surah al-Maidah: 2)

Bagi mengelakkan sebarang keraguan dan was-was adalah lebih baik sekiranya mengelakkan
diri daripada terlibat dalam perniagaan ini. Pandangan hukum yang dikeluarkan oleh pihak
Mufti adalah bertujuan menjawab persoalan yang diajukan oleh masyarakat. Pandangan yang
diberikan tidak dikategorikan sebagai fatwa tetapi hendaklah menjadi panduan kepada umat
Islam.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan hujah yang telah dibentangkan, kami berpendapat bahawa hukum
melibatkan diri dalam perniagaan Atomy adalah harus sesuai dengan kaedah fiqh:

‫األصل ِي األشياء اإلباحة‬

Maksudnya: “Asal pada sesuatu perkara adalah harus”

Pihak Atomy telah menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam memberi sumbangan
kepada mana-mana organisasi agama. Hasil keuntungan yang diperolehi tidak digunakan untuk
menampung atau menyokong mana-mana aktiviti keagamaan mahupun untuk memerangi umat
Islam di Malaysia dan lain-lain negara. Tujuan utama perniagaan Atomy adalah untuk berniaga
semata-mata tanpa mempunyai ikatan dan hubungan dengan pembangunan mana-mana agama.

Kita sebagai umat Islam dibenarkan untuk bermuamalat dengan bukan Islam selagi
tiada unsur syubhah & haram. Sebagai seorang Muslim kita sewajarnya berhati-hati dalam
mempercayai berita atau maklumat dari internet. Firman Allah SWT:

ِۡ ۡ ۡ
﴾‫ٱلذك ِر إِن ُكنتُ ۡم َال تَ ۡدلَ ُمو َن‬ ‫﴿ َِسلَُٰٓواْ ََه َل‬

26
Maksudnya:

«Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang


yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui»

(Surah an-Nahl: 43)


Semoga penjelasan fatwa daripada pihak kami ini dapat menyelesaikan kemelut dan
kontroversi yang berlegar dalam masyarakat akhir-akhir ini.

27
RUJUKAN

Abd Rahman bin Abi Bakar (al-Imam Jalal al-Din al- Suyuti). (1996). Syarah al Suyuti ala
Muslim. Jilid 4. Dar Ibnu Affan Lilnasyr wa al-Tauzi’.
Abi Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. (1998). Sahih al-Bukhari. Arab Saudi:
Baitul Afkar al-Dauliyah wal Tauzi’
Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Salami al-Bughi al-Tirmizi. Jami’ al
Tirmizi ma’a Syamail al-Tirmizi Mahasy Bihawasyi.
Abu Zakariya Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi. (1971). Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Jilid 10.
Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

Abu Zakariya Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi. (1994). Sahih Muslim Bisyarh al-Nawawi. Jilid
10. Kaherah: Muassasah Qurtuba.

Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani. Fathul Bari. Jilid 4. Maktabah al-Salafiyah.

Al-Ghazali. Iḥya’ Ulum al-Din. (t.t). Jilid 2. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Al-Imam Burhan al-Din Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Abi Bakr al-Marghinani. (1996). Al-Hidayah
Syarh Bidayah al-Mubtadi’. Jilid 5. Pakistan: Idarah al-Quran wa al-‘Ulum al
Islamiyyah.

Bahagian Soal Jawab Agama Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor.
http://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/carian?soalan=atomy. Diakses
pada 23 Januari 2021.

Bernama. (2020, 24 Disember). Atomy Malaysia Serah Sumbangan Lebih RM200,000 Hargai
Petugas Media. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1915505. Diakses
pada 2 Februari 2021.

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugha & Ali Asy-Syarbaji. (2015). Al-Fiqh Al-Manhaji.
Jilid 3. Damsyik: Darul Qalam.

Dr. Musthafa Dieb Al-Bugha. (2006). Al-Wafi Syarah Kitab Arbain An-Nawawiyah. Beirut:
Dār al-Mustafa.

Dr. Saad bin Turki Al-Khathlan. (2012). Fiqh Muamalat al-Maliah al-Muasirah. Dar al-
Somaie Lilnasyri wa al-Tauzi’.

Imam Al-Qurthubi. (1964). Tafsir al-Qurtubi. Jilid 3. Dar al-Kutub al-Masriyyah.

28
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). Garis Panduan Jualan Langsung Secara Pemasaran
Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah. Kuala Lumpur: JAKIM.

Kementerian Wakaf Kuwait. (1992). al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah. Jilid 25. Dar
ash-Shafwah Mesir.

Kementerian Wakaf Kuwait. (1992). al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah. Jilid 19. Dar

ash-Shafwah Mesir.

Laman Web Rasmi Atomy Global. https://global.atomy.com/. Diakses pada 20 Januari 2021.

Malaysia Kini. (2006, 8 Julai). Mufti Perak Dakwa 100,000 Umat Islam Malaysia Murtad.
https://www.malaysiakini.com/news/53608. Diakses pada 3 Februari 2021.

Muhd Ramadhan Fitri Elias. Wasatiyyah dalam Kewangan dan Isu-Isu Semasa Kewangan
Islam. Laman sesawang Maybank2u.com. https://www.maybank2u.com.my/iwov-
resources/islamic-my/document/my/en/islamic/scoe/knowledge-centre/researchpaper/
Wasatiyyah_dalam_Kewangan.pdf. Diakses pada 22 Januari 2021.
Sayyid Sabiq. (2004). Fiqh as-Sunnah. Kaherah: Darul Hadis.
Sinar Harian. (2020, 20 Mei). Atomy Ringan Beban 4 Hospital Kerajaan. https://www. Sinar
harian. com.my/article/84306/KHAS/Covid-19/Atomy-ringan-beban-4-hospital-
kerajaan. Diakses pada 1 Februari 2021.
Sulaiman bin Ahmad bin Ayub bin al-Mathir al-Lakhami al-Syami al-Tabrani. (1995). Mu’jam
al-Awsat al-Tabrani.
Status: Tidak Diwartakan. Bertarikh: 28 Julai 2016. Lihat: http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12538
Status: Tidak Diwartakan. Bertarikh: 14 November 2007. Lihat: http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12166
Temu bual: Cik Amira Syuhada. 25 Tahun. Bekas Ahli Atomy. 2 Februari 2021.
Temu bual: Cik Ena Mardhiana. 39 Tahun. Ahli Atomy. 28 Januari 2021.
Temu bual: Cik Khadijah. 22 Tahun. Ahli Atomy. 10 Januari 2021.
Zaharudin Bin Mohamad. (2010). Hukum Bermuamalat dengan Sumber yang Haram. Jurnal
Muamalat.

29
LAMPIRAN

Lampiran 1: Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah

Lampiran 2: Kitab Ihya’ Ulum al-Din

30
Lampiran 3: Kitab Syarah al-Suyuti ala Muslim

Lampiran 4: Kitab Al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran Tafsir al-Qurtubi

31
Lampiran 5: “Kitab al-Iman” dari Sahih al-Bukhari

Lampiran.6: Kitab Al-Wafi Syarah Kitab Arbain An-Nawawiyah

32
Lampiran 7: Kitab Sahih Muslim Bisyarh al-Nawawi

33
Lampiran 8: “Kitab Jual Beli’ dari Sahih al-Bukhari

Lampiran 9: Kitab Fiqh as-Sunnah

34
Lampiran 10: Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (Jilid 19)

35
Lampiran 11: Temu bula bersama Ahli Atomy, Cik Khadjah, 22 Tahun.

36
Lampiran 12: Temu bual bersama ahli Atomy, Cik Ema Mardhiana, 39 Tahun.

37
Lampiran 13: Temu bual bersama bekas ahli Atomy, Cik Amira Syuhada.

Lampiran 14: Kitab Fiqh Muamalat al-Maliah al-Muasirah

38
Lampiran 15: Kitab Fathul Bari

39

Anda mungkin juga menyukai