Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM :

DIPLOMA SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM


SEMESTER 6 SESI 2016 / 2017

DWH 20803 : AL DUWAILAT AL ISLAMIYYAH

NAMA PENSYARAH : DR. MOHAMAD ZAIDIN BIN MAT @


MOHAMAD
TAJUK : KERAJAAN SALJUKIYAH (SULTAN ALP ARSLAN)

NAMA NO MATRIK
NUR ADINA BT MD ZAID 042321
AIN MAISARAH BT ABDUL RAHIM 042212

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


.
1 PENGHARGAAN 3

2 PENDAHULUAN 4

3 BIOGRAFI ALP ARSLAN 8

4 SUMBANGAN ALP ARSLAN 10

5 KEJAYAAN ALP ARSLAN DALAM PERANG 13


MANZIKERT

6 KESIMPULAN 15

7 BIBLIOGRAFI 16

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dipanjatkan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, dapat kami siapkan
kerja kursus berkumpulan ini dalam masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

Bersyukur kehadrat Ilahi, kerana dapat menyiapkan kerja berkumpulan mengenai Kerajaan

Saljukiyah dan juga salah seorang tokoh yang terkenal pada zaman tersebut iaitu Alp Arslan.

Kami memilih untuk mengkaji tentang Alp Arslan kerana ingin mengetahui tentang

kehidupan beliau, kejayaan-kejayaan dan sumbangan-sumbangan beliau dalam

membangunkan Kerajaan Saljukiyah.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah kami, Doktor Mohamad Zaidin bin
Mat @ Mohamad yang banyak memberi komitmen dan tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan
tugasan yang diberikan ini.

Seterusnya, ucapan penghargaan ini turut ditujukan kepada kedua ibu bapa kami yang turut
memberi dorongan dan sokongan dari segi kewangan dalam menjayakan hasil kerja kami ini.

Alhamdulillah, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan, yang turut berganding bahu
dalam menyiapkan kerja kursus ini. Hasil semangat kerjasama dan saling membantu antara
kami, tugasan seperti ini dapat dilaksanakan walaupun pada mulanya terdapat kesulitan.

Secara keseluruhannya, terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini, Alhamdulillah, sekian terima kasih.

3
PENDAHULUAN

Pada separuh pertama abad kesebelas, kekuasaan dan suasana politik di dunia Islam berada
dalam keadaan krisis. Khalifah Abasiyah hanyalah pemegang kekuasaan bayangan, dan
hampir seluruh empayarnya telah berpecah. Syria utara dan Mesopotamia berada dalam
cengkaman para kepala suku yang saling berperang, yang sebahagian daripada mereka
berhasil mendirikan sejumlah dinasti. Parsi, Transoksania, sejumlah kawasan di timur, dan
juga selatan direbut oleh para pemerintah Buwaihi dan Ghaznawi yang dikuasai oleh
beberapa raja kecil, dan satu sama lain menunggu kesempatan untuk saling menikam leher
pesaingnya. Anarki politik dan ketenteraan terjadi di mana-mana. Hal ini disebabkan oleh
dengan konflik ideologi sunni-syi’ah yang semakin teruk. Keadaan dunia islam semakin
merosot, bahkan makin teruk.

Dalam keadaan sedemikian, muncul kaum Turki Saljuk menguasai keadaan. Kedatangan
kaum Turki Saljuk melahirkan sebuah era baru dan penting dalam sejarah Islam dan
kekhalifahan. Hal ini bermula dari masuknya Islam seorang ketua kepada satu kabilah yang
bernama Saljuk bin Duqaq sekitar tahun 956 Masihi dari Kabilah Qiniq iaitu pemimpin
kepada kabilah suku Ghuzz di Turkistan. Saljuk dikenali sebagai seorang orator ulung dan
dermawan oleh kerana itu dia disukai dan ditaati oleh masyarakat. Namun, isteri raja Turki
risau jika Saljuk melakukan pemberontakan, oleh sebab itu, dia merancang untuk membunuh
Saljuk secara licik, dan Saljuk sendiri mengetahui rancangan jahat tersebut lalu dia
mengumpulkan pasukannya dan membawa mereka ke kota Janad, mereka tinggal disana dan
bertetangga dengan kaum muslimin di negeri Turkistan. Ketika Saljuk melihat perilaku orang
Islam yang baik dan berakhalak luhur, dia akhirnya memeluk agama Islam dan kabilah Ghuzz
juga memeluk Islam. Semenjak itulah Saljuk mula melakukan perlawanan dan peperangan
melawan orang-orang Turki yang kafir, akhirnya dia mampu mengusir orang bawahan raja
Turki dan menghapuskan cukai ke atas kaum muslimin. Kaum Saljuk memeluk Islam Sunni
sehingga mudah berhubungan dengan negara tetangganya yang telah memeluk Islam.1

Cucunya, Tughril bersama dengan saudara-saudaranya telah berjaya meluaskan jajahannya


hingga ke Marwa, Nusaybur, Tabaristan dan Khawarizm. Akhirnya pada Disember 1055
Masihi, Tughril berjaya menawan Baghdad dari kerajaan Buwayhid. 2 (Auni Haji Abdullah,
1977, ms 96) Tughril Beq memerintah Saljuk dari tahun 1038 Masihi sehingga 1063 Masihi,

1
Lihat laman sesawang Syukrillah. https://syukrillah.wordpress.com/2014/04/14/dinasti-saljuk-perkembangan-
kemajuan-dan-kemunduran/,2014.
2
Auni Haji Abdullah,Lintasan Sejarah Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors, 1977, h.96

4
iaitu selama 25 tahun. Di bawah pimpinan beliau, kerajaan Saljuk berjaya menewaskan
kerajaan Gaznawiyyah dan menguasai wilayah mereka. Kawasan kekuasaannya meliputi
hampir keseluruhan wilayah Iran dan Transoksania.3

Selepas kematian Tughril Beq, Alp Arslan menaiki takhta menggantikan beliau. Alp Arslan
merupakan anak saudara tertua Tughril. Beliau dilantik sebagai pengganti kerana Tughril
tidak mempunyai anak lelaki untuk diwariskan kekuasaannya. Alp Arslan berjaya
menghapuskan penentangan saudaranya dan menyelesaikan perselisihan dalaman yang ada.
Kejayaan pemerintahan beliau banyak dibantu oleh Perdana Menteri-nya yang bernama
Nizam al-Muluk. Nizam yang berbangsa Parsi merupakan seorang yang cekap dalam urusan
pentadbiran. Setelah Alp Arslan meninggal dunia, anaknya Sultan Malik Syah menaiki
takhta. Zaman pemerintahan Sultan Malik Syah menyaksikan kegemilangan kerajaan Saljuk.
Nizam al-Muluk masih menjadi Perdana Menteri ketika ini.

Bidang ilmu pengetahuan dan ilmu agama berkembang pesat dengan penubuhan Madrasah
Nizamiyyah dan Madrasah Hanafiyah di Baghdad. Kedua-dua madrasah ini dibangunkan
oleh Nizam al-Mulk. Perkembangan ilmu pengetahuan telah melahirkan banyak ilmuwan
islam seperti al-Zamakhsyari yang pakar dalam bidang tafsir, bahasa dan ilmu agama. Al-
Qusyairi, pakar dalam bidang tafsir,al-Ghazali dalam bidang ilmu kalam dan tasawuf serta
Umar al-Khayyam yang pakar dalam bidang sastera.

Disebabkan wilayah kekuasaan kerajaan Saljuk amat luas, Sultan Saljuk, Malik Syah telah
membahagi-bahagikan kawasan tersebut kepada saudara-saudaranya. Akibatnya, pada tahun
1096 Masihi, kerajaan Saljuk berpecah menjadi kerajaan-kerajaan kecil di bawah
pemerintahan cabang keluarga Saljuk yang berbeza-beza, iaitu Saljuk Iran, Saljuk Iraq,
Saljuk Kirman, Saljuk Syria dan Saljuk Asia Kecil.4

Bagi Saljuk Iran, Sultan Malik Syah ialah pemerintah kerajaan ini yang lebih dikenali
sebagai Saljuk Besar yang merupakan ketua kepada cabang-cabang kerajaan Saljuk yang lain.
Setelah beliau meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh anaknya, Barkiyaruk sebagai
pemerintah. Kemudian bagi kerajaan Saljuk Iraq, pemerintah kerajaannya ialah Sultan
Muhammad bin Malik Syah. Selepas kematiannya, anaknya, Sultan Mahmud mengambil alih
pucuk pemerintahan. Banyak kekacauan yang berlaku dalam kerajaan ini yang menyebabkan
Khalifah Abasiyah sering kali mengambil kesempatan daripada kekacauan tersebut untuk
mengurangkan pengaruh mereka. Selain itu, Kerajaan Saljuk Kirman dibentuk oleh Qawurd
3
Abdullah Ishak, Informatif Dunia Islam :Kerajaan Islam,T.T.P: Era Visi sdn.bhd ,h.49
4
Abdullah Ishak, Informatif Dunia Islam :Kerajaan Islam,h. 50

5
Qara Arslan Beq dan beliau adalah saudara kepada Ars Arslan. Semasa Sultan Malik Syah
memerintah, beliau dibunuh kerana cuba menggulingkan kerajaan Malik Syah. Selepas itu,
Sultan Malik Syah melantik pemerintah baru, iaitu Sultan Syah bin Qawurd dan
menyerahkan kerajaan tersebut kepadanya. Di samping itu, terdapat kerajaan Saljuk Syria
yang diasaskan oleh Tutusy bin Alp Arslan. Beliau memerintah dalam waktu yang singkat
sahaja. Setelah Tutusy meninggal dunia, anaknya Ridzuan menggantikan tempatnya. Syams
al-Muluk, seorang lagi anak Tutusy yang memerintah di Damsyik juga meninggal dunia
menyebabkan kerajaan ini diperintah oleh para wali dan pemerintah daerah. Manakala bagi
kerajaan Saljuk Asia kecil pula, sepupu Alp Arslan, Sulaiman bin Qutulmisy diberikan kuasa
oleh Sultan Malik Syah untuk memerintah kerajaan Saljuk Asia Kecil. Sultan Sulaiman
terbunuh semasa berperang dengan Tutusy. Oleh itu, anak Sulaiman, Qilij Arslan I telah
dilantik bagi menggantikan bapanya. Walaupun begitu, kerajaan ini dapat bertahan lebih
lama daripda kerajaan-kerajaan Saljuk yang lain.5

Kemunduran dinasti Saljuk ini bermula ketika Sultan Malik Syah wafat pada tahun 1092
Masihi. Dinasti Saljuk kemudian berpecah menjadi beberapa negara. Hal ini diakibatkan oleh
sejumlah persaingan yang muncul dalam kalangan bangsawan dalam merebut kerusi
kekuasaan. Dinasti Saljuk yang besar juga kemudian terbahagi menjadi beberapa bahagian.
Di wilayah Syria, Iraq dan Kirman (Iran) terdapat dinasti Saljuk, sementara di Asia Kecil
terdapat dinasti Saljuk Romawi di bawah kekuasaan Sulaiman bin Qultumisy (470 H/1077
M). Setelah itu,Dinasti Saljuk sekadar tinggal namanya saja dan kemudian jatuh ke tangan
kekuasaan Dinasti Usmaniyah yang beribu kota di Quniyah.

Sultan Malik Syah semasa hidupnya, selain terkenal sebagai penguasa sebuah empayar
yang memiliki wilayah sangat luas,baginda juga seorang pemerintah yang bijak
menguruskan kota-kota di negerinya. Baginda menjadikan pembangunan infrastruktur
sebagai perhatian utamanya, antaranya ialah perkembangan akses jalan-jalan,
membangunkan dan mengimarahkan masjid-masjid, membaiki kerosakan harta awam dan
memberikan anggaran yang besar untuk mengawal para khalifah ketika menunaikan ibadah
haji demi keamanan mereka. Selain itu, kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan juga
berlaku, misalnya ilmu-ilmu astronomi dengan perbaharuan kalendar.

Namun kemudian seiring dengan berjalannya waktu, empayar yang besar ini mula
mengalami kemunduran.Sebagai akibatnya,dinasti Saljuk mulai dikuasai oleh dinasti
Usmaniyah. Kerajaan Saljukiyah juga tidak terlepas daripada kejatuhan empayarnya seperti
5
Ibid, h. 50-52

6
yang telah berlaku kepada kerajaan-kerajaan sebelum ini.Terdapat dua faktor iaitu faktor
dalaman dan luaran. Antara faktor dalaman ialah telah munculnya konflik dalam
pemerintahan Dinasti Saljuk sendiri dan masalah tersebut tidak dapat dihindari. Kelemahan
itu sememangnya membawa kepada kemunduran, baik dalam aspek politik mahupun
pertahanannya, sebagai akibatnya dinasti yang besar dan masa kekuasaannya sekitar 2.5 abad
ini turut mengalami nasib yang sama sebagaimana kerajaan yang terdahulu, yakni keruntuhan
dan kemudian berhasil dirampas dan dikuasai oleh dinasti lain.6

BIOGRAFI

6
Lihat laman sesawang Syukrillah, https://syukrillah.wordpress.com/2014/04/14/dinasti-saljuk-perkembangan-
kemajuan-dan-kemunduran/,2014

7
ʿAḍud al-Dawla Abū Shujaʿ Muḥammad ibn Dāʾūd Chaghribeg ibn Mikail ibn Saljuk ibn
Daqqaq at-Turkimani7 (https://www.britannica.com) telah menaiki takhta menggantikan bapa
saudaranya, iaitu sultan Tughril Beq. Ditambah , baginda telah mendapat kepercayaan penuh
daripada bapa saudaranya. Sultan Muhammad ibn DÉ´Ëd digelar Alp Arslan yang membawa
maksud singa yang berani. Baginda memperoleh gelaran ini dalam kalangan tentera kerana
sifat keberanian dan kemahirannya dalam peperangan.

Alp Arslan lahir pada tahun 421 hijrah (1029 masihi) 8 dan mangkat pada tahun 465 hijrah9.
Menurut Kesik M. dalam jurnalnya ‘How was Sultan Alp Arslan killed’, Alp Arslan sempat
memerintah dari tahun 1063 masihi sehingga tahun 1072 masihi, iaitu selama 9 tahun.
Namun, nukilan sejarawan-sejarawan akan tarikh kematian, kawasan pengkebumian dan
tempoh pemerintahan sultan Alp Arslan adalah berbeza antara satu sama lain dan tidak dapat
dikenal pasti secara tepatnya.

Selain itu, baginda adalah sultan yang hebat dan dapat memimpin dengan gemilang.
Musuh-musuh kerajaan Saljukiyyah amat menggeruni Alp Arslan kerana sikap ketegasannya
dalam menyelesaikan masalah dalaman dan luaran. Tambahan, akhlak baginda juga baik,
bersifat adil dan penuh belas kasihan terhadap rakyat, terutama fakir-fakir miskin. Pada setiap
bulan Ramadan, baginda suka menyedekahkan sekitar 15 000 dinar (wang emas) untuk orang
miskin. Wang pajak yang dihasilkan itu,telah dihimpunkan semasa pemerintahan Saljukiyah
dan tidak digunakan untuk memperkayakan diri baginda. Malah digunapakai untuk
membiayai petani-petani, gaji tentera dan penyediaan makanan yang cukup untuk semua
rakyat.

Alp Arslan juga prihatin terhadap bidang pendidikan dan keilmuan. Baginda bersama wazir
atau perdana menteri kerajaan Saljukiyah, iaitu Nizam al-Mulk telah mendirikan madrasah
Nizammiyyah serta dikenali sebagai madrasah yang paling bersejarah. Wazirnya amat
terkenal dengan kebolehan dan kehebatan dalam pentadbiran negara,disamping mempunyai
kebijaksanaa yang tinggi.

Seterusnya, baginda telah membangunkan pangkalan Marw yang diasaskan sendiri oleh
bapanya, iaitu sultan Chaghribeg di sebelah Timur setelah kematian bapanya itu. Sultan Alp
Arslan menempa kejayaan besar kerana telah mengalahkan panglima tentera Byzantine, iaitu
Panglima Romanus IV. Antara faktor kejayaan baginda adalah memiliki ketenteraan yang
7
Lihat laman sesawang, https://www.britannica.com
8
Lihat laman sesawang, https://id.wikipedia.org
9
Daud bin Ismail, al Duwailat fi al ´AÎri al ´Abasiyy, T.T.P :T.P, h.57

8
kuat dan profesional di medan perang. Baginda memperoleh sokongan yang kuat daripada
pelbagai pihak, antaranya para ulama’ sunni, pentadbir-pentadbir dan rakyatnya. Sehinggalah
kerajaan Saljukiyyah menjadi sebuah kerajaan yang disegani dan digeruni musuh.

Kisah keagungan sultan Alp Arslan telah sampai ke penghujungnya, apabila maut telah
menjemputnya. Baginda telah mangkat dalam peperangan Manzikert iaitu yang berlaku
diantara tentera Rom dan tentera Saljukiyyah. Ketika itu, tentera Rom berada di bawah
pimpinan Panglima Romanus IV. Baginda telah ditikam oleh salah seorang panglima dari
Kota Berzem, iaitu Yusuf al-Khawarizmi. Dikatakan baginda rebah dan mengalami
kecederaan yang sangat serius.Alp Arslan menghembuskan nafas terakhirnya pada akhir
November 1072 Masihi. Baginda telah mewasiatkan anaknya sebagai pengganti.

Sungguh, pemergian baginda diratapi oleh seluruh umat islam setelah usahanya dalam
mempertahankan Islam dalam peperangan di Manzikert pada tahun 1071 Masihi.

SUMBANGAN ALP ARSLAN

9
Orang-orang Saljuk berjaya mencapai kejayaan di zaman pengganti-pengganti Tughril, iaitu
pada zaman Alp Arslan (1063-1072 Masihi) dan zaman Malik Syah (1072-1092 Masihi). Alp
Arslan telah berjaya membuat kejayaan-kejayaan yang penting dalam sejarah Islam.
Kejayaannya yang pertama ialah mendirikan pusat pengajian tinggi Nizamiyyah di Baghdad
pada 1065 Masihi. Pembinaannya di bawah pimpinan wazirnya yang terkenal iaitu Nizam al-
Muluk dan di bawah naungan Ummar Khayyam, seorang penyair dan ahli astronomi yang
terkenal. Pusat pengajian ini merupakan sebuah institusi tinggi yang pertama ditubuhkan
dalam sejarah Islam. Ianya kemudian menjadi sebuah universiti Islam yang masyhur.

Beliau juga berjaya meluaskan tanah jajahan takhluk. Kejayaannya yang paling besar ialah
menakhluk Byzantium yang diidam-idamkan sejak beberapa lama oleh kerajaan Islam yang
sebelumnya. Tenteranya yang telah berjaya menewaskan tentera Byzantium di Manzikat pada
1071 Masihi. Kejayaannya ini adalah untuk meletakkan asas bagi Islam bertapak di sana pada
masa hadapan. Alp Arslan juga telah berjaya menubuhkan kerajaannya di Asia Minor dan di
Syria. Sepupunya Sulaiman berjaya menubuhkan kerajaan di Asia Minor pada 1077 Masihi.
Anaknya Tutusy pula berjaya menubuhkan kerajaan di Syria. Beliau juga telah berjaya
menawan Aleppo pada 1071 Masihi. Kejayaannya ini menolongnya menyekat pengaruh
Fatimiyah dari berkembang lebih luas lagi. Dari sini beliau berjaya meluaskan
penakhlukannya hingga ke Mekah dan Madinah. Untuk mengukuhkan kedudukannya di Asia
Minor, beliau menubuhkan satu pusat pemerintahannya di sana iaitu di Konium.10

Zaman pemerintahan Alp Arslan itu dipandang sebagai suatu zaman yang gilang-gemilang
kerana beliau mempunyai pahlawan-pahlawan perang yang gagah perkasa dan sangat
menghormati ulama’ serta memajukan ilmu pengetahuan. Banyak masjid beliau dirikan dan
banyak amalan mulia yang beliau anjurkan. Terutama lagi kerana beliau mempunyai seorang
wazir yang sangat bijaksana, iaitu al-Wazir Nizam al-Muluk. Atas anjuran wazir inilah
berdiri Sekolah Tinggi Nizamiyah yang berpusat di Naisabur dengan cita-cita untuk membela
kepercayaan kaum Sunni sebagai tandingan fahaman Syi’ah. Dalam madrasah-madrasah
Nizamiyah itulah timbul bintang-bintang Islam Imamul Haramain dan Imam Ghazali.11

Setelah berkuasa selama 26 tahun dan baru menikahi puteri Khalifah setahun, Thughril Beq
meninggal dunia pada tahun 1063 Masihi. Thugril Beq meninggal tanpa meninggalkan
keturunan dan digantikan oleh anak saudaranya, Alp Arslan. Naiknya Alp Arslan mendapat
tentangan daripada saudara-saudaranya yang dipelopori Syihabuddaulah Qutulmisy, anak
10
Auni Haji Abdullah,Lintasan Sejarah Islam, h.97
11
Hamka, Sejarah Umat Islam,Singapura :Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura, 2001, h.417

10
bapa saudaranya, Musa Cagri. Pada 457 Hijrah/1064 Masihi, Musa Cagri yang menguasai
daerah Transoksania berhasil ditakluki. Alp Arslan berhasil menyelesaikan konflik dan
memerintah dengan pusat pemerintahannya di Ibu kota Rayy

Pada masa kekuasaan Sultan Alp Arslan (1060/1063-1072 Masihi) inilah kerajaan Saljuk
berhasil mencapai puncak keemasannya. Masa keemasan ini kemudian berlanjut pada masa
kekuasaan Malik Syah (1072-1092 Masihi) yang memerintah setelah Arslan. Pada
pemerintahan Malik Syah, wazirnya yang bernama Nizam al-Muluk ( 1060/1065-1092
Masihi ) banyak mendirikan sekolah-sekolah bagi menguatkan fahaman Ahlul sunnah wal
Jamaah di kawasan ini.

Prestasi Saljuk menjadi kelompok muslim pertama yang berjaya merebut wilayah
kekuasaan Romawi. Pada tahun kedua pemerintahannya, Alp Arslan (singa-pahlawan)
merebut Ani, ibu kota Armenia Kristen, lalu menduduki sebuah provinsi Bizantium. Tahun
1071 Masihi, Alp memenangkan pertempuran penting di Manzikart (Malazkird, Malasjird),
sebelah utara Danau Van di Armenia, dan berhasil menawan Kaisar Romanus Diogenes.

Pada tahun 1064 M, Dinasti Saljuk berhasil menguasai Armenia dan terus meluas hingga
mencapai kawasan Hijaz serta beberapa tempat suci Islam lainnya pada tahun 1070 Masihi.
Kemuncak kepada pencapaian Dinasti Saljuk adalah ketika mereka berhasil menakluk
Konstantinopel dengan amat gemilang dalam pertempuran Malazgirt (Manzikert) pada tahun
1071 Masihi.

Alp Arslan, sebagai pengganti Tughril berhasil memberikan sumbangan dalam pelbagai
bidang. Dari segi ketenteraan, kehebatan bani Saljuk dapat dibuktikan dengan memberikan
pukulan-pukulan hebat atas pasukan Bizantium dalam perang Mazikert pada tahun 1071
Masihi. Peristiwa ini sangat bermakna bagi bani Saljuk, bukan hanya semakin terbukanya
Asia kecil untuk migrasi suku-suku Turki, bahkan semua itu merupakan kemenangan awal
penting bagi tentara sultan atau khalifah melawan pasukan regular Kaesar. Sementara itu
dalam bidang pemerintahan Alp Arslan beruntung mendapat seorang wazir yang bijak dan
kuat, Nizam al-Muluk. Malik Syah yang masih remaja banyak mendapatlkan bantuan dari
wazirnya, Nizam al-Muluk. Berkat kelangsungan kebijaksanaan Nizam al-Muluk, kekuasaan
Saljuk terus berjalan lancar, bahkan telah berhasil mencakup Afganistan, Iran, Mesopotamia,
Syria, Palestin, dan belahan barat Asia kecil.

Bani Saljuk adalah dinasti Islam pertama yang memperoleh kekuasaan kekal di Kaisaran
Romawi. Mereka menempati dataran tinggi Asia kecil yang kemudian menjadi sebahagian

11
daripada wilayah negara Islam, dan sekaligus meletakkan syarat bagi penyebaran bangsa
Turki di Asia kecil. Saudara sepupu Alp Arslan, Sulaiman bin Qutulmisy ( 479 Hijrah/1086
Masihi ) memegang kekuasaan di wilayah baru itu dan mendirikan Kesultanan Saljuk pada
tahun 1077 Masihi. Nicaea (Niqiyah) adalah kota pertama yang dijadikan ibu kota di wilayah
itu, dan dari sana di kemudian hari, Qilij Arslan I, anak dan pengganti Sulaiman, diserang
oleh gabungan tentara Salib yang pertama.

Pada masa Alp Arslan, ilmu pengetahuan dan agama mulai berkembang dan mengalami
kemajuan pada zaman Sultan Maliksyah yang dibantu oleh perdana menterinya Nizham al-
Mulk. Perdana menteri ini memprakarsai berdirinya Universiti Nizhamiyah (1065 Masihi)
dan Madrasah Hanafiyah di Baghdad. Hampir di setiap kota di Iraq dan Khurasan didirikan
cabang Nizhamiyah. Menurut Philip K. Hitti, Universiti Nizhamiyah inilah yang menjadi
model bagi segala perguruan tinggi di kemudian hari.

Alp Arslan tidak hanya besar di medan perang, tetapi juga banyak membangun untuk
kepentingan rakyatnya. Namun, tidak lama dia menikmati hasil kerjanya itu, dia meninggal
dunia. Dalam benteng di Oxus, pada bulan Disember 1072 Masihi, Alp Arslan meninggal
kerana dibunuh. Sebelumnya, Alp arslan sempat mewasiatkan kepada Nizham al-Mulk
sebagai wazirnya untuk membimbing anaknya yang masih kecil iaitu Malik Syah. Sultan
Malik Syah merupakan tokoh terbesar dan berpengaruh dalam sejarah Bani Saljuk.12

KEJAYAAN ALP ARSLAN DALAM PERANG MANZIKERT

12
Lihat laman sesawang Syukrillah. https://syukrillah.wordpress.com/2014/04/14/dinasti-saljuk-perkembangan-
kemajuan-dan-kemunduran/

12
Pertarungan Manzikert pada 1071 Masihi – berlaku di Kota Ahlat dan Manzikert , Sultan Alp
Arslan merangka strategi agar tentera Muslim menyerang hendap tentera Byzantine, Tentera
Saljuk dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan telah bersembunyi di sebalik bukit-bukit
dan bersedia untuk menyerang tentera Byzantine pada masa yang sesuai, Tentera Saljuk di
bawah pimpinan Sultan Alp Arslan telah berjaya mengukir kemenangan ke atas tentera
Byzantine yang dipimpin oleh Raja Romanus IV.

Sultan Alp Arslan mempunyai strategi peperangan dan kewibawaan, baginda berjaya
mengkucar-kacirkan angkatan tentera Greek dalam perang Manzikert/Malazgird walaupun
mereka dilengkapi dengan 200,000 bala tentera, 4000 kereta yang dilengkapi senjata perang
dan kuantiti meriam yang banyak. Selain itu, Sultan Alp Arslan membatalkan perjanjian yang
ditandatangani oleh penguasa Greek demi memelihara maruah Romanos Digeneous yang
tercalar akibat Perang Manzikert. Namun begitu, malangnya Sultan Alp Arslan dibunuh oleh
Yusuf al-Khawarizmi dengan tikaman di dada Baginda. Baginda menderita sakit selama dua
hari dan sempat membisikkan wasiat terhadap Nizam al-Muluk sebelum mangkat. Baginda
dikuburkan di Merv dan sebuah sajak telah digubah sempena mengingati sultan.

Sultan Alp Arslan dan barisan kepimpinan lain cuba menghentikan niat pengikut-pengikut
Turkmen, barisan ketenteraan dan ahli keluarga yang ingin menentang pentadbiran Saljuk
malahan menggalakkan mereka untuk turut serta dalam perluasan kuasa kearah Barat iaitu
Byzantine, Georgia dan Armania serta mencari padang rumput di sana. Kemenangan luar
biasa yang dicapai oleh Sultan Alp Arslan keatas panglima tentera Byzantine iaitu Panglima
Romanus Diogenes dalam peperangan Manzikert yang terkenal pada tahun 463/1071 telah
menyebabkan sempadan-sempadan Empayar Byzantine ditinggalkan tanpa pertahanan.
Gerbang masuk Anatolia turut terbuka luas, membolehkan kumpulan-kumpulan Turkmen
nomad dan pelarian-pelarian yang ingin lari daripada pentadbiran kerajaan pusat Empayar
Saljuk bebas memasukinya.13

Melalui kejayaan penaklukan wilayah oleh Sultan Alp Arslan pada tahun 1064, baginda
telah meluaskan empayar Saljuk hingga ke Armenia dan Georgia. Kemudian pada tahun 1068
baginda menyerang Empayar Byzantine dan berjaya menawan Anatolia. Kejayaan baginda
dalam perang Manzikert telah melenyapkan ancaman kerajaan Byzantine. Seterusnya, pada
tahun 1068-1971 penaklukan di wilayah Kristian yang dilakukan oleh Alp Arslan telah
membangkitkan kemarahan Kaiser Romawi yang bernama Romanos Diogenes IV. Hal yang
demikian menyebabkan Alp Arslan bertekad untuk melakukan serangan balas dalam usaha
13
Lihat laman sesawang https://www.slideshare.net

13
mempertahankan kedaulatan wilayahnya dan ini mencetuskan peperangan. Romawi telah
mempersiapkan pasukannya untuk menyerang dan mengalahkan orang islam. Terdapat
pasukan Romanus iaitu pasukan gabungan yang terdiri daripada Romawi, Perancis, dan
Gorgua yang terdiri lebih kurang 300 ribu orang. Sedangkan Arslan tidak lebih daripada 20
ribu orang sahaja. Namun begitu, dengan strategi dan kewibawaan Sultan Alp Arslan pihak
tentera baginda telah berjaya membunuh ramai tentera Romawi dan mengalahkan Romawi.

Kesan peperangan Manzikert terhadap empayar Byzantine ialah Pertarungan Manzikert


merupakan titik permulaan kepada sejarah islam dan juga ke atas Byzantine kerana buat
pertama kalinya mereka tewas di tangan tentera Muslim. Berlaku perjanjian damai antara
Sultan Alp Arslan dan Raja Romanus. Raja Romanus tersebut akan dilepaskan sekiranya dia
menyerahkan wilayah Atioch, Edessa dan Manbij kepada empayar Saljuk. Selain itu,
membayar ufti tahunan dan menyerahkan tawanan Saljuk. Di samping itu menyalurkan
bantuan ketenteraan kepada kerajaan Saljuk apabila diperlukan. Kerajaan Byzantine tidak
dapat mengatasi kemaraan Saljuk dalam meluaskan empayar mereka di Asia kecil, Armenia
dan Cappadocia.14

KESIMPULAN

Sejarah telah mencatatkan kronologi penubuhan Kerajaan Saljukiyah oleh Saljuq adalah
berasal daripada Kerajaan Abasiyah. Perebutan takhta dan kuasa dalam kalangan khalifah
muakhirin telah menyumbang kepada penubuhan-penubuhan kerajaan kecil.Kerajaan-

14
Lihat laman sesawang https://www.slideshare.net

14
kerajaan kecil ini mula berusaha untuk membebaskan diri daripada penguasaan Kerajaan
Abasiyah kerana tidak sanggup lagi ditindas, Kerajaan Saljukiyah juga tidak terkecuali.

Setelah itu, muncullah kerajaan-kerajaan kecil seperti Kerajaan Buwaih, Kerajaan Mamluk,
Kerajaan Saljukiyah dan lain-lain. Dikatakan masyarakat Saljukiyah telah berpindah dari
kediaman mereka lalu mendirikan kerajaan mereka disana. Kerajaan Saljukiyah mulai
dipimpin oleh sultan Saljuq.

Baginda telah banyak menyumbang akan kemerdekaan penduduk Saljukiyah. Deligasi


pemerintahan Kerajaan Saljukiyah diteruskan oleh Tughril Beq. Kerajaan ini mulai mencapai
kemuncak ketamadunan dengan sokongan rakyat-rakyatnya. Malah, khalifah Abasiyah juga
mengiktiraf Kerajaan Saljukiyah.

Di samping itu, Kerajaan Saljukiyah juga banyak melahirkan para pemimpin yang hebat
seperti Alp Arslan dan para ilmuan pada zaman kemasyhurannya. Sebagai contoh, sultan Alp
Arslan telah memenangi peperangan Mazikert antara dinasti Rom, yang dipimpin oleh
panglima Romanus IV. Kejayaan baginda telah membuktikan bahawa Kerajaan Saljukiyah
mempunyai kekuatan ketenteraan yang sangat tinggi untuk menghadapi musuhnya.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Saljukiyah telah mulai mengalami kelemahan dalam


pentadbiran dan politiknya, seterusnya membawa kepada kejatuhan kerajaan ini. Namun
begitu, kejayaan-kejayaan kerajaan ini tetap menjadi kebanggaan masyarakat Saljukiyah.

BIBLIOGRAFI

15
Syukrillah (2014) .Diakses pada 12 Mac 2018.Daripada

https://syukrillah.wordpress.com/2014/04/14/dinasti-saljuk-perkembangan-kemajuan-

dan-kemunduran/

Auni Haji Abdullah,Lintasan Sejarah Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications

& Distributors, 1977

Abdullah Ishak, Informatif Dunia Islam :Kerajaan Islam,T.T.P: Era Visi sdn.bhd

Diakses pada 5 Mac 2018.Daripada https://www.britannica.com

Diakses pada 7 Mac 2018.Daripada https://id.wikipedia.org

Daud bin Ismail, al Duwailat fi al ´AÎri al ´Abasiyy, T.T.P :T.P

Hamka, Sejarah Umat Islam,Singapura :Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura, 2001

Diakses pada 8 Mac 2018.Daripada https://www.slideshare.net

16

Anda mungkin juga menyukai