Anda di halaman 1dari 9

KURSUS : PENGANTAR USUL FIQH (SYI4043M)

TAJUK : APLIKASI ISTIHSAN DALAM ISU-ISU FIQH SEMASA

PENSYARAH : USTAZAH SAADIAH BINTI MOHD

NOMBOR KUMPULAN : 5

NAMA AHLI KUMPULAN :

MUHAMMAD FERHAT BIN MOHD FAISAL D20313066


AHMAD HAZIQ AZHAD BIN AHMAD FADZIL D21314372
MUHAMMAD DANIAL ADAM BIN MD HAMZAH D21314416
MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN MOHD D21314532
YUSOF
HUSAINI BIN ZULKIFLI D23215933
ISI KANDUNGAN

BILANGAN PERKARA MUKASURAT

1 LATAR BELAKANG 1
(pengenalan dan definisi)

2 HUKUM DAN DALIL 2-3

3 ISTIHSAN DENGAN NAS 4-5

4 ISTIHSAN DENGAN IJMAK 5

5 ISTIHSAN DENGAN URUF 5


ATAU ADAT

6 ISTIHSAN DENGAN 5-6


DARURAT ATAU HAJAT

7 ISTIHSAN DENGAN 6
MASLAHAH

8 ISTIHSAN DENGAN QIAS 6-7


KHAFIYY

9 APLIKASI ISTIHSAN
DALAM ISU FIQH
SEMASA

10 PENUTUP

RUJUKAN
1. LATAR BELAKANG (DEFINISI DAN PENGENALAN)

DEFINISI IHTISAN 1
Bahasa: Mejadikan sesuatu itu sebagai perkara yang baik.
Istilah: Berpaling daripada sesuatu huku yang ditetapkan oleh sesuatu dalil kepada hukum
lain yang ditetapkan oleh dalil lain yang lebih kuat.

DEFINISI IHTISAN 2
Bahasa: Menurut Ibn Manzur bersal dari perkataan ‘hasan’yang bermaksud baik, dan dalam
wazan istif’al (istihsan) membawa makna apa yang dituju kepadanya dan dikehendaki oleh
seseorang, meskipun ia dianggap buruk oleh orang lain, manakala al-Fairuzabadi
menyatakan ia bermaksud menganggap sesuatu sebagai baik.
(Rujuk Lisan al-Arab 13/117 dan al-Qamus al-Muhit 4/215-216).

DEFINISI IHTISAN 3
Bahasa: Menurut Imam Malik, istihsan bermaksud beramal dengan dalil yang lebih kuat
antara dua dalil.
(Rujuk Usul al-Fiqh al-Islamiy, 2/738)

DEFINISI IHTISAN 4
Bahasa: Kata al-Faqih al-Halwani al-Hanafi, istihsan adalah: Meninggalkan qiyas kerana
satu dalil yang lebih kuat darinya daripada al-Quran ataupun al-Sunnah atau ijma’.

1
2. HUKUM DAN DALIL

-Dalil daripada al - quran

Allah Taala telah berfirman :


ٰۤ ُ ٰۤ ُ
ِ ‫ولى َك ُه ْم اُولُوا ْاﻻَ ْلبَا‬
‫ب‬ ‫ولى َك الﱠ ِذيْنَ ه َٰدى ُه ُم ﱣ ُ َوا‬ َ ْ‫الﱠ ِذيْنَ يَ ْست َِمعُ ْونَ ْالقَ ْو َل فَ َيت ﱠبِعُ ْونَ اَح‬
‫سنَهٗ ۗ ا‬
18. (yaitu) mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di
antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah
orang-orang yang mempunyai akal sehat.

Allah Taala juga berfirman dalam surah yang sama :

ُ َ‫سنَ َما ٓ ا ُ ْن ِز َل اِلَ ْي ُك ْم ِ ّم ْن ﱠربِّ ُك ْم ِ ّم ْن قَ ْب ِل ا َ ْن يﱠأْتِيَ ُك ُم ْالعَذ‬


َ‫اب بَ ْﻐتَﺔً ﱠوا َ ْنت ُ ْم َﻻ تَ ْشعُ ُر ْون‬ َ ْ‫ۙات ﱠ ِبعُ ْٓوا اَح‬
55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Qur'an) dari Tuhanmu
sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyadarinya,

Kedua-dua ayat al quran ini menyuruh agar mengikuti perkara yang sebaik - baiknya dalam
hidup manusia selagi mana ia tidak bercanggah dengan prinsip syarak.

-Dalil daripada hadis

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan yang bermaksud :

“apa yang dilihat baik oleh (fuqaha) muslimin, maka baiklah ia disisi Allah. Apa yang dilihat
buruk oleh mereka, maka buruklah disisi Allah”.

Hadis ini menjelaskan apa sahaja yang dilihat baik oleh ulama, maka ia boleh diamalkan.
Manakala sebaliknya, perkara yang dilihat buruk oleh ulama, makai a mesti ditinggalkan.
Pengesahan baik buruk sesuatu perkara perlulah diputuskan oleh para ulama kerana jika
dibiarkan kepada individu sahaja apatah lagi yang tidak berkelayakan, sudah pasti syariat
islam akan menjadi kacau bilau. Pada zaman sekarang khususnya di Malaysia, pengesahan
ini boleh diputuskan oleh institusi yang berautoriti seperti Jabatan Mufti Negeri-Negeri.

Dalil istihsan ini juga sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan konsep maslahah dan
Maqasid Syariah, di mana menurut Imam Abu Ishaq al-Syatibi, istihsan disisi mazhab Malik
ialah beramal dengan maslahah dalam isu-isu juz’iy yang bercanggah dengan dalil umum,
dan ia juga bermaksud mendahulukan istidlal dengan maslahah mursalah ke atas qiyas.
Ulama yang menggunakan istihsan pula tidak berpandukan semata-mata kepada perasaan
dan kehendaknya sahaja, tapi dia mesti mengambil Maqasid Syariah dalam perkara tersebut.
(Rujuk Al-Muwafaqat 4/195)

2
Bagi Syeikh Wahbah al-Zuhaily pula, istihsan sebenarnya merupakan apa yang biasanya
diaplikasikan oleh pengamal undang-undang, iaitu menggapai ruh dan semangat suatu
undang-undang serta prinsip-prinsip umum yang universal. (Rujuk Usul al-Fiqh al-
Islamiy 2/739) Dalam konteks fiqh dan syariat, istihsan sebenarnya merupakan usaha untuk
mencapai objektif Syariah, iaitu mencapai maslahah dan mengelakkan mafsadah.

Autoriti al-istihsan: Majoriti para ulama menggunapakai al-istihsan dan menganggapnya


sebagai satu dalil daripada dalil-dalil hukum. Manakala sebahagian fuqaha lain pula
mengingkarinya seperti golongan al-Syafi’eyyah. Sehingga dinukilkan daripada Imam al-
Syafie bahawa beliau berkata: Istihsan adalah berseronok-seronok dan berkata mengikut
hawa nafsu. Kata beliau lagi: Sesiapa yang melakukan istihsan sesungguhnya dia telah
membuat syariat. (Rujuk al-Ihkam fi Usul al-Ahkam oleh Saifuddin al-Amidi 4/209).

3
3. ISTIHSAN DENGAN NAS

Istihsan dengan nas ialah berpaling daripada hukum yang sabit dengan nas umum kepada
hukum lain kerana kewujudan nas atau dalil khusus yang menuntut perbezaan hukum
tersebut.
Contoh firman Allah :

َ‫ﻋلَﻰ الﱠذِينَ ِم ْن قَ ْب ِل ُك ْم لَ َعلﱠ ُك ْم تَتﱠقُون‬ ّ ِ ‫ﻋلَ ْي ُك ُم ال‬


َ ‫ص َيا ُم َك َما ُك ِت‬
َ ‫ب‬ َ ‫َيا أَيﱡ َها الﱠذِينَ آ َمنُوا كُ ِت‬
َ ‫ب‬
Maksudnya : Wahai orang - orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan keatas orang - orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Ayat ini menjelaskan bahawa berpuasa adalah wajib dan untuk menyempurnakan puasa ialah
dengan menahan diri daripada perkara yang membatalkannya seperti makan dan minum. Hal
ini kerana makan dan minum membatalkan rukun puasa iaitu al-imsak (menahan diri daripada
perkara yang membatalkannya).

Namun terdapat keadaan yang makan atau minum dengan tidak sengaja yang tidak
membatalkan puasa. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang
bermaksud :
“Sesiapa yang makan atau minum dalam keadaan terlupa sedangkan dia sedang berpuasa,
maka janganlah dia berbuka puasa. Sesungguhnya itu hanyalah rezeki yang direzekikan Allah
kepadanya”

Makan atau minum ketika puasa dalam keadaan terlupa tidak membatalkan puasa
berdasarkan kaedah istihsan walaupun ia berlawanan dengan makna umum ayat al quran
berkaitan dengahn puasa. Hal ini dikuatkan dan dijelaskan oleh hadis yang disebutkan di atas.
Yang dimaksudkan istihsan dengan nas di sini ialah berpaling daripada hukum batalnya puasa
dengan sebabmakan atau minum kepada hukum tidak terbatal makan atau minum yang tidak
sengaja kerana terdapat nas hadis yang menyebut tentang hukum tidak batal puasa tersebut.

Adapun contoh istihsan dengan nas yang lain pula ialah dalam urusan jual beli seperti
keharusan jual beli secara tunai, tapi serahan barangan ditangguhkan. Kaedah umum syariat
islam mengharamkan menjual beli barang yang tidak dimiliki penjual berdasarkan sabdaan
Rasulullah :

َ ‫ﻻَ تَبِ ْع َما لَي‬


‫ْس ِﻋ ْن َد َك‬
Maksudnya : “jangan kamu jual suatu benda yang kamu tidak miliki”.

4
Namun bai’salam dikecualikan melalui kaedah istihsan berdasarkan nas hadis nabi yang
berbunyi :

ٍ ُ‫ إِلَﻰ أ َ َج ٍل َم ْعل‬،‫وم‬
‫وم‬ ٍ ُ‫وم َو َو ْز ٍن َمعْل‬
ٍ ُ‫ش ْﻰءٍ فَ ِفي َك ْي ٍل َم ْعل‬ َ َ‫َم ْن أ َ ْسل‬
َ ‫ف فِي‬
Maksudnya : “barangsiapa yang mendahulukan bayaran untuk suatu barang yang akan diberi
kemudian, hendaklah dia mengetahui timbangannya dan memastikan tempoh waktunya”.

4. ISTIHSAN DENGAN IJMAK

Definisi: istihan dengan ijma’bermaksud meninggalkan hukum yang berdasarkan Qiyas dalam
satu masalah kerana telah berlaku Ijma’ ulama untuk mengeluarkan hukum tersebut daripada
hukum masalah-masalah lain yang mempunyai persamaan dengannya.

5. ISTIHSAN DENGAN URUF ATAU ADAT

Istihsan dengan uruf ialah berpaling daripada hukum yang sabit dengan nas umum kepada
hukum lain kerana uruf yang berlaku yang menuntut perbezaan
hukum tersebut.Uruf atau adat merujuk pada kebiasaan yang berkembang dalam masyarakat.
Istihsan boleh diterapkan dengan mempertimbangkan uruf atau adat dalam hal-hal tertentu
untuk mencapai keadilan atau kemaslahatan yang lebih baik.
Contohnya, menurut kaedah asal, sesuatu harta wakaf mestilah bersifat mu abbad (kekal
selamanya) iaitu harta tidak alih seperti tanah. Ini bererti harta boleh alih (al-manqui) seperti
wang atau buku tidak boleh diwakafkan kerana ia boleh rosak, justeru ia tidak bersifat kekal.
Namun, menurut kaedah istihsan, harta boleh alih (al-manqul) seperti wang atau buku boleh
diwakafkan berdasarkan uruf kebiasaaan amalan orang ramai pada zaman sekarang.
Yang dimaksudkan istihsan dengan uruf di sini ialah berpaling daripada hukum wakaf
hendaklah bersifat kekal (tidak alih) kepada hukum harusnya wakaf harta alih yang tidak kekal
kerana uruf tersebut biasa dilakukan pada zaman ini.

6. ISTIHSAN DENGAN DARURAT ATAU HAJAT

Istihsan dengan darurat atau hajat ialah berpaling daripada hukum yang sabit dengan nas
umum kepada hukum lain kerana darurat atau hajat yang berlaku yang menuntut perbezaan
hukum tersebut.
Contohnya, menurut qias dan kaedah umum, bangkai yang jatuh dalam telaga akan
menajiskan telaga tersebut. la tidak menjadi suci walaupun semua air atau sebahagiannya
dikeluarkan kerana air baru yang terbit akan menjadi najis kerana terkena dinding telaga atau
air sedia ada yang bernajis akibat bangkai tadi.

5
Kenajisan bangkai dapat difahami daripada ayat al-Quran berikut:

‫ير‬ ِ ‫ﻻ أَن َي ُكونَ َم ْيتَﺔً أ َ ْو َد ًۭما ﱠم ْسفُو ًحا أ َ ْو لَحْ َم ِخ‬


ٍ ۢ ‫نز‬ ْ َ‫طا ِﻋ ٍۢم ي‬
ٓ ‫طعَ ُمهُۥٓ إِ ﱠ‬ َ ‫ﻋلَ ٰﻰ‬ ‫ﻰ إِلَ ﱠ‬
َ ‫ﻰ ُم َح ﱠر ًما‬ ِ ُ ‫ﻻ أ َ ِج ُد فِﻰ َما ٓ أ‬
َ ‫وح‬ ٓ ‫قُل ﱠ‬
١٤٥ ‫ْس‬ ٌ ‫فَإِنﱠهُۥ ِرج‬
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya
melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana
sesungguhnya ia adalah kotor".
Namun, fuqaha meninggalkan qias dan kaedah umum dan menyatakan bahawa telaga itu
menjadi suci setelah dibuang sebahagian besar airnya. Hukum baharu ini berdasarkan
kaedah isthsan dengan darurat atau hajat.
Yang dimaksudkan isthsan dengan darurat atau hajat di sini ialah berpaling daripada hukum
najisnya telaga yang jatuh bangkai dalamnya kepada hukum sucinya telaga yang jatuh
bangkai dalamnya dengan cara membuang sebahagian besar airnya berdasarkan kaedah
darurat atau hajat.

7. ISTIHSAN DENGAN MASLAHAH

Istihsan berdasarkan maslahah merujuk pada prinsip hukum Islam di mana sebuah tindakan
atau keputusan diambil berdasarkan adanya maslahah atau manfaat yang tidak bertentangan
dengan syariat. Maslahah dalam konteks ini adalah manfaat atau keuntungan yang diperoleh
dari suatu tindakan atau keputusan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. Istihsan
berdasarkan maslahah menjadi dalil yang cukup kuat jika maslahah tersebut tidak
bertentangan dengan syariat. Namun, jika maslahah tersebut bertentangan dengan syariat,
maka istihsan berdasarkan maslahah tidak bisa digunakan sebagai dalil.

Berdasarkan umum hadis berikut:

‫ ﻻ ضمان ﻋلﻰ المؤتمن‬307


Maksudnya:Tidak dikenakan ganti rugi atas orang yang diberi amanah.
(Hadis.Al-Bayhaqiyy. Bab La Damana Ala Mu’taman.13076)

Contoh istihsan berdasarkan maslahah adalah kes ketika seseorang memecahkan barang di
kedai barang pecah-belah seperti gelas dan pingga Secara hukum asalnya, jika barang
tersebut dipecahkan tidak sengaja, maka tidak wajib mengganti. Namun, hukum ini berubah
berdasarkan maslahah. Meskipun tidak sengaja, orang yang memecahkan barang di kedai
tersebut wajib membelinya. Hal ini karena setiap orang yang memecahkan barang di kedai
tersebut tidak wajib memberikan ganti rugi, sehingga yang menanggung adalah si pemilik.
Istihsan dalam hal ini diberlakukan demi sebuah maslahah.

6
Secara umum, istihsan adalah dalil yang bersifat sukar dan merupakan salah satu dalil yang
memperoleh perhatian cukup besar di antara para ulama. Istihsan dapat diartikan sebagai
berpalingnya seorang mujtahid dari hukum yang biasanya dia putuskan untuk masalah-
masalah yang semisal pada suatu kes tertentu, karena adanya alasan yang lebih kuat.

8. ISTIHSAN DENGAN QIAS KHAFIYY

Istihsan dalam konteks hukum Islam merujuk pada penggunaan yang dibuat hukum oleh
ulama untuk menentukan hukum yang lebih baik atau lebih sesuai dengan kondisi tertentu.
Istihsan sering kali digunakan sebagai alternatif atau penyesuaian terhadap hukum yang telah
ditetapkan oleh prinsip-prinsip hukum Islam lainnya, seperti Qiyas Zhahir (analogi langsung)
dan Qiyas Khafi (analogi tidak langsung).

Contoh penggunaan Istihsan dalam hukum Islam meliputi:


Perpindahan dari Qiyas Zhahir ke Qiyas Khafi: Dalam kasus wakaf tanah pertanian,
berdasarkan Qiyas Zhahir, hak pengairan dan hak lalu lintas tidak termasuk dalam harta wakaf
jika tidak disebutkan secara tegas saat wakaf. Namun, dengan Istihsan (Qiyas Khafi), wakaf
tersebut dipersamakan dengan ijarah (sewa menyewa), di mana hak tanah pengairan dan lalu
lintas termasuk dalam harta yang disewa, meskipun tidak disebutkan secara tegas. Ini karena
tujuan utama dari wakaf dan ijarah adalah untuk mengambil manfaat dari barang yang bukan
miliknya sendiri.
Perpindahan dari hukum umum ke hukum khusus: Sebagai contoh, dalam kes pencurian
pada masa kelaparan, berdasarkan hukum umum (Nash) yang menyatakan bahwa pencuri
harus dipotong tangannya, namun dalam praktiknya, Umar Bin Khathab tidak melakukan hal
tersebut. Istihsan digunakan untuk menyesuaikan hukum tersebut dengan kondisi khusus
tersebut.
Perpindahan dari hukum Kulli (universal) ke hukum yang merupakan kekecualian: Dalam kes
pembagian zakat bagi seorang mu’alaf dan binatang unta yang kabur/lepas, berdasarkan
hukum umum, pembagian zakat untuk binatang unta yang kabur/lepas harus ditangkap.
Namun, dengan Istihsan, dibiarkan lepas begitu saja, karena dapat dianggap sebagai
kekecualian
Perpindahan dari hukum yang menuntut tanggung jawab penuh kepada hukum yang
menuntut tanggung jawab sebagian: Dalam kes barang yang dititipkan, berdasarkan hukum
umum, orang yang menerima barang tersebut harus bertanggung jawab penuh jika barang
tersebut rusak. Namun, dengan Istihsan, seorang ayah tidak diwajibkan mengganti barang
yang rosak karena dapat menggunakan harta anaknya untuk bayar hidupnya.

Istihsan menunjukkan fleksibiliti dalam hukum Islam, memungkinkan ulama untuk


menyesuaikan hukum dengan kondisi praktis dan kebutuhan masyarakat, sambil tetap
mempertahankan prinsip-prinsip dasar hukum Islam.

Anda mungkin juga menyukai