Anda di halaman 1dari 14

USUL AL-FIQH 2 ISTIHSAN

PENGENALAN
Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu istilah yang dinamakan sebagai al-istihsan. Ia
merupakan salah satu dalil yang tidak disepakati kehujahannya di sisi para ulama
dalam mengistinbatkan hukum syarak.
DEFINISI
Al-Istihsan:
Dari sudut bahasa, istihsan menurut Ibn Manzur berasal daripada perkataan ‘hasan’ yang bermaksud baik
atau sesuatu yang disukai oleh seseorang serta cenderung ke arahnya sekalipun dipandang buruk ( tidak
disukai ) oleh orang lain.

Manakala dari sudut istilah syarak ia mempunyai pelbagai definisi yang diberikan oleh para ulama:
1. Menurut Imam Malik, istihsan bermaksud beramal dengan dalil yang lebih kuat antara dua dalil.
2. Menurut al-Faqih al-Halwani al-Hanafi, istihsan adalah: Meninggalkan qiyas kerana satu dalil yang
lebih kuat darinya daripada al-Quran ataupun al-Sunnah atau ijma’.
3. Imam al-Sarakhsi al-Hanafi menyebut beberapa lagi definisi, antaranya meninggalkan qiyas dan
mengambil hukum yang lebih ringan dan lebih memudahkan orang ramai, serta mengambil
keringanan, kemudahan dan keluasan. Dengan kata lain, istihsan boleh disebut sebagai meninggalkan
hukum yang sukar dan mengambil hukum yang ringan kerana maslahah.
Rumusannya, al-istihsan ialah beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui qiyas
jaliyy kepada hukum yang dikeluarkan melalui qiyas khafiyy atau pengecualian satu-
satu masalah juz’iyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliyy kerana terdapat dalil
lain yang lebih disenangi oleh seseorang mujtahid untuk berbuat demikian.

Contohnya ialah pada masalah seseorang yang masuk bilik air dengan menjelaskan
bayaran yang tertentu tetapi air dan masa tidak ditentukan kadarnya dan bayaran yang
dikenakan adalah sama. Kaedah asalnya menyatakan tidak harus kerana tidak diketahui
kadar air yang digunakan dan masa yang diperuntukkan untuk berada di dalam bilik air
tersebut. Ia akan merosakkan aqad. Namun demikian, ulama mujtahid menggunakan
kaedah al-istihsan dengan urf iaitu dengan melihat kepada sudah menjadi kebiasaan.
Autoriti al-istihsan: Majoriti para ulama menggunapakai al-istihsan dan
menganggapnya sebagai satu dalil daripada dalil-dalil hukum. Manakala sebahagian
fuqaha lain pula mengingkarinya seperti golongan al-Syafi’eyyah. Sehingga
dinukilkan daripada Imam al-Syafie bahawa beliau berkata: Istihsan adalah
berseronok-seronok dan berkata mengikut hawa nafsu. Kata beliau lagi: Sesiapa
yang melakukan istihsan sesungguhnya dia telah membuat syariat.
PEMBAHAGIAN ISTIHSAN
1. Al-Istihsan dengan nas bermaksud perkara pada setiap masalah yang menunjukkan hukum yang
bertentangan dan berbeza dengan kaedah yang ditetapkan yang mempunyai nas daripada Allah SWT.
Contoh: keharusan bai’ al-salam (jual beli secara tunai, tapi serahan barang jualan ditangguhkan). Qaedah
umum syariat Islam mengharamkan menjual barang yang tidak dimiliki penjual berdasarkan sabda Rasulullah
SAW:

‫َال َتِبْع َم ا َلْيَس ِع ْنَدَك‬


Maksudnya: Jangan kamu jual suatu benda yang kamu tidak miliki.

Namun bai’ salam dikecualikan melalui kaedah istihsan berdasarkan nas hadith Nabi SAW:
‫ ِإَلى َأَج ٍل َم ْع ُلوٍم‬، ‫َم ْن َأْس َلَف ِفي َش ْى ٍء َفِفي َك ْيٍل َم ْع ُلوٍم َوَو ْز ٍن َم ْع ُلوٍم‬
Maksudnya: Barangsiapa yang mendahulukan bayaran untuk suatu barang yang akan diberi kemudian,
hendaklah dia mengetahui timbangannya dan memastikan tempoh waktunya.
Contoh yang kedua ialah seseorang yang berpuasa tidak akan batal ibadah puasanya dan akan
terus berkekalan hukum bagi seseorang itu untuk menyempurnakan ibadah puasa tersebut,
sekiranya seseorang itu makan atau minum secara tidak sengaja disebabkan terlupa. Menurut
qiyas iaitu kaedah umum dan hukum asalnya batal puasa seseorang itu disebabkan tidak
menahan diri daripada memasukkan sesuatu ke dalam rongganya. Namum hukum itu
dikecualikan daripada kehendak hukum asal tersebut kerana ada nas hadis yang mengecualikan:

‫إذا أكل الصائم ناسيا أو شرب ناسيا فليتم صيامه فإنما أطعمه هللا وسقاه‬
Maksudnya;Barang siapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa lalu dia makan atau minum, maka
hendaklah dia menyempunakan puasanya. Sesungguhnya Allah memberi makan dan minum
kepadanya.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dan At-Tarmizi dan Abu Daud dan Ibnu Majah)
2. Istihsan dengan ijma’ terhasil setelah semua mujtahid bersepakat tentang sesuatu masalah yang
berlawanan dengan kaedah umum pada masalah yang serupa. dengannya.
Contohnya: keharusan ‘aqad istisna’i iaitu akad tempahan daripada pembeli dan penjual menanggung
modal sepenuhnya(‫ناع‬u‫ )االستص‬di mana kaedah umum Syarak melarang jual beli barang yang belum
wujud (bai’ al-ma’dum) namun ijma’ ulama menetapkan jual beli seumpama itu diharuskan berdasarkan
istihsan.

3. Istihsan dengan qiyas khafiy maksudnya beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah
yang sabit melalui qiyas jaliyy kepada hukum yang lain yang diistiinbatkan melalui qiyas khafiyy.
Contohnya hukum sucinya bekas minuman yang diminum burung helah berdasarkan qiyas khafiy
(qiyas yang tersembunyi), walaupun pada asalnya menurut qiyas jaliy (qiyas yang jelas), ia diqiyaskan
dengan sisa binatang buas lain, seperti harimau dan serigala kerana daging kesemua binatang tersebut
haram dimakan. Hal ini demikian kerana sisa burung helang minum menggunakan paruh, dan paruhnya
dihukum suci kerana tidak bercampur dengan air liurnya.
4. Istihsan dengan uruf berlaku pada masalah yang menjadi amalan dan kebiasaan masyarakat dan ia
bertentangan dengan kaedah umum.
Contohnya hukum keharusan mengenakan bayaran tertentu untuk bilik mandi awam tanpa mengehadkan kadar
tertentu isipadu air yang boleh digunakan serta tempoh penggunaan bilik air tersebut. Dalil qiyas menetapkan suatu
aqad mestilah berlaku pada perkara yang diketahui dan ditentukan (bai’ al-ma’lum), namun dalil istihsan
mengharuskannya kerana uruf manusia pada sepanjang zaman menerima aqad seumpama ini.

5. Istihsan berdasarkan dharurah Iaitu berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada sesuatu
masalah kerana terdapat darurat yang mengkehendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut.
Contoh: hukum asal ialah haram seorang lelaki melihat kepada wanita bukan mahram, namun kaedah istihsan
membenarkannya jika ada keperluan, contohnya untuk perubatan dan sebagainya.
Contoh: Ulama menyatakan bahawa puasa seseorang tidak terbatal jika seseorang itu menelan sesuatu yang sangat
sukar untuk dihindari seperti tertelan debu dan asap. Sekiranya perkara seperti itu masuk ke dalam rongga orang yang
berpuasa, puasanya masih sah dan tidak terbatal sedangkan mengikut hukum asal, sekiranya rongga orang yang
berpuasa dimasuki sesuatu yang tidak lazim baginya maka terbatallah puasa tersebut. Ini kerana untuk mengelak
daripada tertelan debu dan asap adalah begitu sukar dan mustahil untuk dielakkan walaupun seseorang itu sedaya
6. Istihsan dengan maslahah ialah beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang
telah menjadi kaedah umum kepada hukum yang lain kerana maslahah yang tertentu.
Contohnya, kerosakan yang dilakukan oleh pekerja perlu diganti. Mengikut kaedah
umum, pekerja adalah amanah, maka dengan itu penggantian itu atas konsep menjaga
kemaslahatan manusia.
Contoh: mengikut prinsip umum, tidak harus diberikan zakat kepada Bani Hashim kerana
pada masa dahulu golongan tersebut mendapat habuan daripada harta rampasan perang.
Apabila sudah tidak ada lagi peperangan, mereka menjadi golongan yang tidak mampu dan
mesti dibantu dan diberi zakat. Maksud di sini ialah pada dasarnya tidak dibolehkan memberi
apa-apa mahupun berkenaan dengan zakat kepada golongan ini tetapi sebaliknya Abu Hanifah
mengharuskan memberi zakat kepada mereka pada zaman beliau berdasarkan al-istihsan. Ini
bermakna, mana-mana perkara jika dilihat al-istihsan berasaskan maslahat adalah demi
menjaga kepentingan mereka serta kemaslahatan harta manusia daripada diabaikan.
KEHUJAHAN ISTIHSAN
Ulama berselisih pendapat tentang kehujahan al-istihsan. Sebahagian ulama menerima istihsan sebagai hujah manakala
sebahagian lagi tidak menerima istihsan sebagai hujah.

ULAMA YANG MENOLAK


Imam Syafi`ie serta sebahagian ulama Hanbali menolak berhujah dengan al-istihsan, dan ia tidak boleh digunakan
sebagai dalil untuk mengeluarkan sesuatu hukum. Mereka menolak al-istihsan sebagai hujah berdasarkan ayat al-Quran yang
bebunyi:
Maksudnya ;
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada
kitab Allah yakni Al-Quran dan Sunnah rasul-Nya.
(Surah al-Nisa 4 : 59 )

Istihsan bukanlah sebahagian daripada al-Quran atau Hadis dan tidak ada sebarang dalil yang menunjukkan ia diterima
sebagai hujjah. Oleh itu, menggunakan istihsan sebagai dalil bererti mengeluarkan hukum yang berlawanan dengan hukum
al-Quran dan Hadis.
ULAMA YANG MENERIMA
Ulama mazhab Hanafi, Imam Malik dan sebahagian ulama mazhab Hanbali menerima konsep berhujjah dengan al-
istihsan dan menggunakannya sebagai dalil hukum. Antara hujah mereka ialah;

1. Sabda Nabi S.A.W. ;

‫ وما راه المسلمون قبيحا فهو عند هللا قبيح‬، ‫ما راه المسلمون حسنا فهو عند هللا حسن‬
Maksudnya ; Apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu baik, maka ia adalah baik di sisi Allah. Dan apa yang dinilai oleh
orang-orang Islam itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi Allah.
Riwayat al-Bukhari

Nas ini menunjukkan bahawa setiap yang baik pada umat manusia adalah baik di sisi Allah. Dasar penggunaan al-istihsan
sebagai hujah adalah bertujuan untuk memelihara kemaslahatan atau kebaikan orang Islam. Oleh yang demikian, dengan
merujuk kepada dalil hadith ini dan tujuan al-istihsan itu sendiri, maka boleh disimpulkan istihsan boleh digunakan sebagai
hujah.
2. Dalil Ijmak

Antara contoh penggunaan al-istihsan berasaskan ijmak ialah tidak sah jual
salam jika diqiyaskan dengan jual beli, ini adalah kerana benda yang
diakadkan belum wujud lagi ketika akad berlaku dalam kontrak. Oleh kerana
jual salam adalah baik dan perlu dalam masyarakat, maka ulama mengira
baik dan harus hukumnya berdasarkan konsep al-istihsan.
3. Dalil akal

Antara alasan lain yang diberikan oleh golongan yang menerima al-istihsan sebagai
hujah adalah seperti berikut :
i. Penerimaan al-istihsan sebagai hujah adalah bertujuan untuk menolak kepayahan
dengan mewujudkan kemaslahatan dan ini adalah selari dengan matlamat syarak.
ii. Sabitnya al-istihsan adalah bergantung pada dalil-dalil yang disepakati iaitu
dengan nas atau ijmak atau darurah atau qiyas khaffiyy atau ‘uruf atau maslahah
seperti mana yang dibincangkan terlebih dahulu sebelum ini dan setiap
daripadanya memerlukan pentarjihan qiyas khafiyy terhadap qiyas jaliyy dan
pengasingan antara hukum yang juziyy daripada hukum yang kulliyy.

Anda mungkin juga menyukai