Anda di halaman 1dari 16

PENGANTAR USUL FIQH (SYI4043M)

TAJUK: ISTIHSAN & ISTISHAB


PENSYARAH: USTAZAH SAADIAH BINTI MOHD
o AMIR AZIZ (D21313970)
o WAFIQ NAQIUDDIN
o AZRUL HAFIZAM(D21313987)

1
ISTIHSAN

Pendahuluan
Apabila berlaku perkara yang baharu yang ingin diketahui hukumnya, namun tiada dalil
khusus berkenaan dengan perkara tersebut di dalam Al quran dan sunnah, maka para ulama
akan menggunakan sumber-sumber tambahan Salah satu sumber tambahan yang digunakan
adalah istihsan.
Definisi istihsan
Bahasa: Menjadikan sesuatu itu sebagai perkara yang baik
Istilah: Berpaling daripada sesuatu hukum yang ditetapkan oleh sesuatu dalil kepada hukum
lain yang ditetapkan oleh dalil lain yang lebi kuat.
Didalam kitab lisanul arab dan al qamus al muhit mengatakan definasi istihsan ialah Dari
sudut bahasa, istihsan menurut Ibn Manzur berasal daripada perkataan
‘hasan’ yang bermaksud baik, dan dalam wazan  istif’al (istihsan) membawa
makna apa yang dituju kepadanya dan dikehendaki oleh seseorang, meskipun ia
dianggap buruk oleh orang lain, manakala al-Fairuzabadi menyatakan ia
bermaksud menganggap sesuatu sebagai baik
Kehujahan Istihsan
Istihsan diterima sebagai salah satu sumber rujukan hukum syarak berdasarkan dalil-dalil
berikut:

Dalil daripada Al quran :


ٰۤ ُ ‫هّٰللا‬ ٰۤ ُ
ِ ‫ول ِٕىكَ هُ ْم اُولُوا ااْل َ ْلبَا‬
‫ب‬ ‫ول ِٕىكَ الَّ ِذ ْينَ ه َٰدىهُ ُم ُ َوا‬ ‫ن اَحْ َسنَهٗ ۗ ا‬aَ ْ‫الَّ ِذ ْينَ يَ ْستَ ِمعُوْ نَ ْالقَوْ َل فَيَتَّبِعُو‬
18. (yaitu) mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di
antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka
itulah orang-orang yang mempunyai akal sihat.(Al zumar:18)

َ‫ۙ واتَّبِع ُْٓوا اَحْ َسنَ َمٓا اُ ْن ِز َل ِالَ ْي ُك ْم ِّم ْن َّربِّ ُك ْم ِّم ْن قَ ْب ِل اَ ْن يَّْأتِيَ ُك ُم ْال َع َذابُ بَ ْغتَةً َّواَ ْنتُ ْم اَل تَ ْش ُعرُوْ ن‬
َ
55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Qur'an) dari Tuhanmu
sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyadarinya,(Al
zumar:55)

Kedua dua ayat alquran ini menyuruh agar mengikuti perkara yang sebaik baiknya dalam
hidup manusia selagi mana ia tidak bercanggah dengan perinsip syarak.

2
Pembahagian Istihsan

1. Istihsan dengan nas


*Seperti keharusan bai’ al-salam (jual beli secara tunai, tapi serahan barang jualan ditangguhkan).
Qaedah umum syariat Islam mengharamkan menjual barang yang tidak dimiliki penjual berdasarkan
sabda Rasulullah SAW:

َ ‫ْس ِع ْن َد‬
‫ك‬ َ ‫الَ تَبِ ْع َما لَي‬
Maksudnya: Jangan kamu jual suatu benda yang kamu tidak miliki.
Sunan Abi Dawud (3503)
Namun bai’ salam dikecualikan melalui kaedah istihsan berdasarkan nas hadith Nabi SAW:

ٍ ُ‫ ِإلَى َأ َج ٍل َم ْعل‬،‫وم‬
‫وم‬ ٍ ُ‫َم ْن َأ ْسلَفَ فِي َش ْى ٍء فَفِي َكي ٍْل َم ْعل‬
ٍ ُ‫وم َو َو ْز ٍن َم ْعل‬
Maksudnya: Barangsiapa yang mendahulukan bayaran untuk suatu barang yang akan diberi
kemudian, hendaklah dia mengetahui timbangannya dan memastikan tempoh waktunya.
Sahih al-Bukhari (2240) dan Sahih Muslim (1604)

2. Istihsan dengan ijmak


*antaranya keharusan ‘aqad istisna’i iaitu akad tempahan daripada pembeli dan penjual
menanggung modal sepenuhnya(‫ )االستصناع‬ di mana kaedah umum Syarak melarang jual beli
barang yang belum wujud (bai’ al-ma’dum) namun ijma’ ulama menetapkan jual beli
seumpama itu diharuskan berdasarkan istihsan. 

3. Istihsan dengan uruf atau adat


*Istihsan dengan uruf ialah berpaling daripada hukum yang sabit dengan nas umum kepada
hukum lain kerana uruf yang berlaku yang menuntut perbezaan hukum tersebut.
Contohnya, menurut kaedah asal, sesuatu harta wakaf mestilah bersifat mu’abbad (kekal
selamanya) iaitu harta tidak alih seperti tanah .ini bererti harta al manqul(boleh alih) seperti
duit,kereta dan sebagainya tidak boleh diwakafkan kerana ia bersifat tidak kekal. Namun,
menurut kaedah istihsan, harta boleh alih ini boleh diwakafkan berdasarkan uruf kebiasaan
amalan orang ramai pada zaman sekarang.

3
Yang dimaksudkan istihsan denagn uruf di sini ialah berpaling daripada hukum wakaf
hendaklah bersifat kekal kepada hukum harusnya wakaf harta alih yang tidak kekal kerana
uruf tersebut biasa dilakukan pada zaman ini.

4.Istihsan dengan darurat atau hajat


* di mana hukum asalnya ialah haram seorang lelaki melihat kepada wanita bukan mahram,
namun kaedah istihsan membenarkannya jika ada keperluan, contohnya untuk perubatan dan
sebagainya.
Yang dimaksudkan istihsan dengan darurat disini ialah berpaling daripada hukum kepada
Wanita bukan mahram kepada hukum membenarkannya jika mempunyai keperluan yang
tertentu berdasarkan kaedah darurat atau hajat

5. Istihsan dengan maslahah


*Ia berlaku pada masalah yang dihukumkan berlainan daripada hukum yang umumnya
berlaku pada masalah yang seumpamanya kerana wujudnya maslahah. Sebagai contoh,
mengikut kebanyakan imam mazhab Hanafi, harus akad jual beli yang mana penjual
mensyaratkan pembeli supaya menggadaikan barang tertentu sebagai cagaran bagi harga
bertangguh secara istihsan. Ini kerana syarat sebegini mengukuhkan kemungkinan mendapat
balik harga jualan demi kepentingan penjual. Mengikut dalil umum, jual beli seumpama ini
tidak sah kerana ia termasuk dalam larangan menjual dan mengenakan syarat namun telah
diharuskan secara istihsan demi menjaga maslahah pihak penjual.

6. Istihsan dengan qias khafiyy


* Istihsan dengan qias khafiyy ialah berpaling daripada hukum yang sabit dengan qias jaliyy
kepada hukum lain yang berdasarkan qias khafiyy yang menuntut perbezaan hukum tersebut.
Hal ini berlaku apabila terdapat dua qias dalam sesuatu isu iaitu qias jaliy dan khafiyy.
Namun, qias kahfiyy ini lebih kuat berbanding qias jaliyy pada pandangan mujtahid.
Contohnya, air liur burung buas seperti burung helang. Menurut qias jaliyy air liur binatang
tersebut sama seperti air liur binatang buas seperti singa dan hukumnya najis. Manakala
menurut qias khafiyy, ia diqiaskan kepada air liur manusia yang hukumnya adalah suci. Hal
ini berlaku kerana burung helang minum dengan paruhnya dan ia sejenis tulang yang suci.
Maka fuqaha menyatakan bahawa air liur burung buas adalah suci menurut kaedah istihsan.
Yang dimaksudkan istihsan dengan qias khafiyy di sini ialah berpaling daripada hukum
najisnya air liur burung buas kepada sucinya air liur bunatang itu berdasarkan qias khafiyy.

4
ISTISHAB

Pendahuluan
Apabila berlaku perkara yang baharu yang ingin diketahui hukumnya, namun tiada dalil
khusus berkenaan dengannya dalam alquran atau sunnah, maka ulama akan menggunakan
sumber sumber tambahan antaranya istishab.
Definisi istishab:

Makna Bahasa Makna istilah

Menuntut untuk Bersama secara berterusan Ibnu qayyim: berkekalan mensabitkan


sesuatu yang telah sabit atau menafikan
sesuatu yang telah nafi.

Ibnu taimiyyah: kekal pada asal selagi tidak


mengetahui pensabitannya atau
pengakhirannya secara syarak.

Pengertian
1) Dalil yang menilai tetapnya suatu perkara selagi tidak ada sesuatu mengubahnya. Erti
kata lain, ketetapan pada masa lalu berdasarkan hukum asal terus menerus berlaku
untuk masa kini dan akan datang.

2) 2) Ia turut membawa maksud:

" ‫"بقاء األمر على ما كان عليه ما لم يوجد ما بغيره‬

Maksudnya: “ Berkekalan hukum yang ditetapkan terdahulu tetap berlaku (pada masa
sekarang) selagi tiada dalil yang merubah keadaannya”. Iaitu mengekalkan suatu
hukum berasaskan kepada hukum yang sedia ada selagi tidak ada dalil yang
mengubahnya.

5
3) 3) Begitu juga ia boleh didefinisikan:

" ‫"الحكم بثبوت أمر في الزمان الثاني بناء على أنه كان ثابتا في الزمان األول‬

Maksudnya : Menghukum dengan ketetapan suatu perkara ( atau menafikannya) pada


masa kini berdasarkan atas ketetapan (atau penafian) pada masa lalu, (kerana tidak
ada dalil yang merubah keadaannya).

4) 4) Pengertian al-istishab yang lain ialah sesuatu keputusan yang dibuat oleh ulama
mujtahid dalam sesuatu perkara yang telah dikaji daripada al-Quran dan al-Sunnah
setelah mereka tidak menemui sesuatu dalil pun yang boleh mengubah hukumnya.
Dalam keadaan tersebut, ulama mengekalkan sesuatu hukum itu dengan berasaskan
hukum yang telah sedia ada kerana tiada sebarang dalil pun yang dapat mengubah
hukum tersebut.

Kehujahan istishab
Dalil daripada al quran:

‫َّط َع ُم ٗ ٓه آِاَّل اَ ْن يَّ ُكوْ نَ َم ْيتَةً اَوْ َد ًما َّم ْسفُوْ حًا اَوْ لَحْ َم ِخ ْن ِزي ٍْر فَاِنَّهٗ ِرجْ سٌ اَوْ فِ ْسقًا‬ َ ‫ي ُم َح َّر ًما ع َٰلى‬
ْ ‫طا ِع ٍم ي‬ َّ َ‫قُلْ ٓاَّل اَ ِج ُد فِ ْي َمٓا اُوْ ِح َي اِل‬
‫هّٰللا‬
ِ ‫اغ َّواَل عَا ٍد فَا ِ َّن َربَّكَ َغفُوْ ٌر ر‬
‫َّح ْي ٌم‬ ٍ َ‫اُ ِه َّل لِ َغي ِْر ِ بِ ٖ ۚه فَ َم ِن اضْ طُ َّر َغي َْر ب‬
145. Katakanlah, “Tidak kudapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang
diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging hewan yang mati
(bangkai), darah yang mengalir, daging babi – karena semua itu kotor – atau hewan yang
disembelih bukan atas (nama) Allah. Tetapi barangsiapa terpaksa bukan karena
menginginkan dan tidak melebihi (batas darurat) maka sungguh, Tuhanmu Maha Pengampun,
Maha Penyayang. (al an’am:145)

Dalam menafsirkan ayat ini, para ulama menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan aku
tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku atau ketiadaan dalil ialah dibenarkan
menerima kaedah istishab sebagai hujah

6
Dalil daripada hadis:
‫ال ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا‬

Maksudnya: Janganlah sekali-kali ia berhenti (daripada sembahyang) sehinggalah ia


mendengar suara atau mencium bau.

(Hadith Riwayat Bukhari)

Hadis ini bermaksud ketika seseorang dalam keadaan syak sama ada wuduknya batal atau
pun tidak,Nabi mengatakan bahawa wuduknya itu boleh diteruskan sehingga dia mendengar
bunyi atau mencium bau.Hal ini bermaksud hukum wuduk itu akan kekal sah dan berterusan
sehingga terdapat sesuatu yang mengubah hukum tersebut seperti mendengar bunyi atau
mencium bau dan inilah yang dimaksudkan dengan istishab.

Pembahagian istishab
1) Istishab hukum asal sesuatu perkara adalah harus
2) Istishab hukum asal sesuatu perkara adalah tiada
3) Istishab hukum syarak yang sabit dengan sesuatu dalil
4) Istishab hukum syarak yang sabit dengan sesuatu bukti
5) Istishab hukum am sehingga adanya pengkhususan

1. ISTISHAB HUKUM ASAL SESUATU PERKARA ADALAH HARUS


Setiap perkara yang ada di dunia seperti haiwan,tumbuhan atau objek dan tiada nas
daripada syarak yang mengharamkannya dan ia mempunyai manfaat, makai a adalah
diharuskan. Hal ini berdasarkan kaedah istishab hukum asal sesuatu perkara adalah harus.
Yang diharamkan sekiranya ada dalil yang menegahnya atau mengharamkannya.

2. ISTISHAB HUKUM ASAL SESUATU PERKARA ADALAH TIADA


Seseorang yang didakwa atau dituduh melakukan sesuatu jenayah seperti mencuri
dan orang yang mendakwa tidak mengemukakan bukti, maka orang itu dianggap tidak
bersalah. Hal ini berdasarkan kaedah istishab hukum asal sesuatu perkara adaalah tiada
sehinggalah ada bukti yang menunjukkan seseorang itu terliobat dengan jenayah tersebut.

7
3. ISTISHAB HUKUM SYARAK YANG SABIT DENGAN SESUATU DALIL.

Sesuatu hukum wajib atau harus yang sabit dengan sesuatu dalil akan kekal wajib
atau harus sehinggalah adanya dalil yang mengharamkan atau menegahnya. Contoh
dkewajipan solat daripada ayat al Baqarah :

‫َواَقِ ْي ُموا الص َّٰلوةَ َو ٰاتُوا ال َّز ٰكوةَ َوارْ َكعُوْ ا َم َع الرَّا ِك ِعيْن‬
43. Dan laksanakanlah salat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang yang rukuk

Ayat ini menjelaskan tentang kewajipan solat bagi umat islam sama ada lelaki atau
perempuan . namun dalam keadaan tertentu, Wanita dilarang bersolat berdasarkan hadis
berikut:
َ ‫ك ال َّد َم ثُ َّم‬
‫صلِّي‬ ْ ‫ َوِإ َذا َأدبَ َر‬،َ‫صالَة‬
ِ ‫ت فَا ْغ ِسلِي َع ْن‬ ِ ُ‫ضت‬
َّ ‫ك فَد َِعي ال‬ ْ َ‫فَِإ َذا َأقبَل‬
َ ‫ت َحي‬

Artinya: "Apabila datang masa haidmu, tinggalkanlah shalat; dan jika telah berlalu, mandilah
kemudian shalatlah." (HR Bukhari).

Hadis ini menjelaskan bahawa Wanita yang dalam haid adalah dilarang menunaikan solat .

4. ISTISHAB HUKUM SYARAK YANG SABIT DENGAN SESUATU BUKTI


Seseorang yang memiliki sesuatu harta seperti rumah, maka hak pemilikannya
terhadap rumah tersebut akan kekal sehinggalah ada bukti pemilikannya telah hilang.
Contohnya , dia telah menjual atau mewakafkan rumah tersebut kepada pihak lain.

8
5. ISTISHAB HUKUM AM SEHINGGA ADANYA PENGKHUSUSAN.
Am dalam Bahasa arab bermaksud meliputi semua perkara dan tidak terkecuali sedikit atau
sesuatu pun.sesuatu dalil am akan kekal dalam keadaan am sehinngalah adanya dalil yang
mengkhususkannya. Contohnya firma allah swt

‫ص ْمهُ ۗ َو َم ْن َكانَ َم ِر ْيضًا‬ ُ َ‫ت ِّمنَ ْاله ُٰدى َو ْالفُرْ قَا ۚ ِن فَ َم ْن َش ِه َد ِم ْن ُك ُم ال َّشه َْر فَ ْلي‬ ِ َّ‫ضانَ الَّ ِذيْٓ اُ ْن ِز َل فِ ْي ِه ْالقُرْ ٰانُ هُدًى لِّلن‬
ٍ ‫اس َوبَيِّ ٰن‬ َ ‫َش ْه ُر َر َم‬
‫هّٰللا‬ ‫هّٰللا‬
‫اَوْ ع َٰلى َسفَ ٍر فَ ِع َّدةٌ ِّم ْن اَي ٍَّام اُ َخ َر ۗ ي ُِر ْي ُد ُ بِ ُك ُم ْاليُ ْس َر َواَل ي ُِر ْي ُد بِ ُك ُم ْال ُع ْس َر ۖ َولِتُ ْك ِملُوا ْال ِع َّدةَ َولِتُ َكبِّرُوا َ عَلى َما ه َٰدى ُك ْم َولَ َعلَّ ُك ْم‬
ٰ
َ‫تَ ْش ُكرُوْ ن‬
185. Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara
yang benar dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka
berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib
menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah
menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah
kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan
kepadamu, agar kamu bersyukur.

Ayat di atas mewajibkan semua orang yang mengetahui tentang permulaan bulan Ramadhan
untuk berpuasa. Semua bermaksud seorang pun tidak terkecuali daripada berpuasa. Namun
ayat yang am ini telah dikecilkan skop oleh kenyataan Allah swt dalam ayat yang sama iaitu
sesiapa yang mempunyai keuzuran syarie, dia diharuskan untuk tidak berpuasa berdasarkan
ayat;

ۗ ‫ۗ َو َم ْن َكانَ َم ِر ْيضًا اَوْ ع َٰلى َسفَ ٍر فَ ِع َّدةٌ ِّم ْن اَي ٍَّام اُخَ َر‬

Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib
menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.

9
PERBEZAAN ANTARA ISTIHSAN & ISTISHAB

ISTIHSAN ISTISHAB

1.Istihsan ialah sumber yang terlibat dalam Sedangkan Istishab pula ialah sumber yang
berpaling pada hukum asal tidak terlibat dengan berpaling pada hukum
yang asal

2. Istihsan ialah sumber hukum yang tidak Sedangkan Istishab pula ialah sumber yang
terlibat dalam mengekalkan hukum asal terlibat dalam mengekalkan hukum asal

3. Mengutamakan dalil yang lebih kuat Menggunakan dalil yang sedia ada selagi
tiada dalil yang mengubahnya

4. Diterima pakai ahli Fuqaha dalam Kaedah terakhir dalam penentuan hukum
kerangka Syariah setelah tiada dalil

5. Istihsan merupakan salah satu Manakala istihsab pula sesuatu keputusan


daripada sumber hukum perundangan yang dibuat oleh ulama mujtahid dalam
Islam tetapi ianya tergolong dalam sesuatu perkara yang telah dikaji daripada
sumber hukum yang tidak disepakati. al-Quran dan al-Sunnah setelah mereka
tidak menemui sesuatu dalil pun yang boleh
mengubah hukumnya.

10
Aplikasi Istishab

1.kes Acap hilang


– isterinya tidak boleh berkahwin selagi tidak dikenal pasti sama ada suaminya masih hidup
atau mati.
KEADAAN PERTAMA
HILANG DAN DAPAT DIPASTIKAN HIDUPNYA
Suami yang hilang tetapi disahkan masih hidup ada dua keadaan:
a) Tiada takliq ketika ijab kabul .
b) Ada ta’liq ketika ijab kabul.
TIADA TAKLIQ KETIKA IJAB KABUL
Jika sekiranya tiada takliq ketika ijab kabul, perkahwinannya kekal dan berterusan seperti
sebelumnya . Isterinya tidak sah dan haram berkahwin dengan lelaki lain. KECUALI jika
sekiranya isteri mengadu kepada hakim bahawa dia menghadapi kesusahan akibat kehilangan
tersebut , dan dia memohon agar perkahwinannya dibubar.
Jika sekiranya hakim membuat keputusan membubarkan perkahwinan tersebut kerana
kemudoratan yang dialami oleh isteri , maka isteri tersebut boleh berkahwin lain setelah
tamat iddahnya.
ADA TA’LIQ KETIKA IJAB KABUL
Jika sekiranya ketika ijabkabul dilakukan ada takliq iaitu perkahwinan terbubar jika salah
seorang dari pasangan tersebut meninggalkan pasangannya sama ada secara sukarela atau
terpaksa, dan pihak isteri membuat aduan kepada hakim dan hakim membuat keputusan
membubarkan perkahwinan tersebut berdasarkan takliq yang dibuat, isteri tersebut boleh
berkahwin lain setelah tamat iddahnya.
KEADAAN KEDUA
Hilang dan disahkan mati.
Apabila seseorang suami hilang dan disahkan mati, maka si isteri boleh berkahwin lain
setelah tamat iddahnya.
KEADAAN KETIGA
HILANG DAN TIDAK DAPAT DIPASTIKAN HIDUP ATAU MATI
Isteri yang kehilangan suami dan tidak dipastikan hidup matinya adakah ia boleh berkahwin
dengan lelaki lain?
Para fuqaha berbeza pendapat berkenaan hal ini. Punca perbezaan pendapat ialah
mengekalkan status perkahwinan yang sedia ada menyebabkan isteri menghadapi mudorat,
dalam masa yang sama perkahwinan isteri tersebut dengan suami yang hilang masih belum
terungkai . Di antara puncanya juga ialah tidak wujud dalil khusus berkenaan isu ini.

11
2.MH370
- Ahli keluarga tidak boleh membahagikan harta selagi belum ada bukti yang sahih atas
kematian mangsa
harta peninggalan orang yang hilang atau mafqud tidak boleh diagihkan sehinggalah ada dalil
atau bukti kematiannya atau telah melepasi tempoh yang mustahil baginya untuk hidup
(berdasarkan sangkaan yang kuat) tetapi ia adalah suatu tempoh yang tidak ditentukan secara
spesifik serta hakim menetapkan sebagai mati (Anggapan mati). Adapun sebelum dipastikan
kematiannya, maka sebarang perbelanjaan dari hartanya adalah tidak sah. Ini kerana, orang
itu pada asalnya masih hidup, maka hartanya tidak boleh diwarisi kecuali telah yakin dan
pasti akan kematiannya. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 5/132].

Imam al-Nawawi berkata:

ُ‫يراثُه‬
َ ‫ قُ ِّس َم ِم‬،‫ت بَيِّنَةٌ َعلَى َموْ تِ ِه‬
ْ ‫فَِإ ْن قَا َم‬

Maksudnya: Jika telah terbukti atau ada bukti yang menunjukkan akan kematiannya, maka
bolehlah dibahagikan harta peninggalannya secara faraid. [Lihat: Rawdatu al-Tolibin wa
‘Umdatul Muftiin; 6/34].

Di Malaysia, menurut Undang-undang Persekutuan, Seksyen 108, Akta Keterangan 1950,


Akta 56, memperuntukkan bahawa seseorang yang hilang itu boleh anggap mati mestilah
menunggu setelah tidak mendengar khabar berita tentang diri orang yang hilang itu selama
tujuh tahun. Anggapan kematian ini akan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi tujuan
untuk memohon surat tadbir harta pusaka.

Natijahnya, berkenaan tempoh mafqud, setelah meneliti terhadap pendapat para ulama, maka
pendapat yang terpilih di sisi kami dan juga selari dengan pegangan mazhab Syafi’i dalam isu
tempoh mafqud adalah ianya bergantung kepada keputusan dan pertimbangan hakim. [Lihat:
Mughni al-Muhtaj; 4/48].

Hukum Mafqud dalam Perwarisan Harta

Apabila telah pasti bahawa mafqud tersebut telah mati bersandarkan pada bukti-bukti yang
wujud dan juga berdasarkan kepada keputusan hakim, maka harta peninggalannya perlulah
diagihkan kepada waris-waris yang layak pada masa diputuskan kematiannya. Akan tetapi,
jika ada kaum kerabatnya (mafqud) meninggal sebelum keputusan mahkamah terhadap
mafqud ditetapkan, maka dia tidak akan mewarisi apa pun dari si mafqud. [[ al-Fiqh al-
Manhaji; 5/132].

12
3.Cadbury

-Halal dimakan selagi tiada bukti dan didakwa mempunyai DNA babi.
.Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu
dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau
porsin.
.DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok
NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan
nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
.Abdul Shukor Husin (Agamawan Malaysia) berkata umat Islam yang termakan coklat itu
juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak
perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.
."Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi
dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.
.Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai
peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai
terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.
.Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional
dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang
Islam.
.Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan
penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama
setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses
dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.
.Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang
didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.
."Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci
dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana
pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya.

13
4.seseorang yang berwudhu lalu merasa batal akan wudhu nya.

Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

‫ال ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا‬

Maksudnya: Janganlah sekali-kali ia berhenti (daripada sembahyang) sehinggalah ia


mendengar suara atau mencium bau.

(Hadith Riwayat Bukhari)

Hadis ini bermaksud ketika seseorang dalam keadaan syak sama ada wuduknya batal atau
pun tidak, Nabi mengatakan bahawa wuduknya itu boleh diteruskan sehingga dia mendengar
bunyi atau mencium bau.Hal ini bermaksud hukum wuduk itu akan kekal sah dan berterusan
sehingga terdapat sesuatu yang mengubah hukum tersebut seperti mendengar bunyi atau
mencium bau dan inilah al-istishab.(Adib bin Samsudin 2010)

iii. Mereka juga berhujah dengan ijmak ulama. Sebagai contoh, seseorang yang telah
menunaikan solat Maghrib, kemudian ragu-ragu akan wuduknya sama ada adakah masih
kekal atau terbatal untuk meneruskan sembahyang Isyak? Dalam keadaan ini, dia dikira
berwuduk, kerana dia sembahyang Maghrib dalam keadaan berwuduk itu merupakan suatu
keyakinan. Justeru itu, sekiranya al-istishab al-asl atau kembali pada asal tidak ada dalam
masalah tersebut, sudah tentu tidak harus sembahyang Isyak dan tentunya bercanggah dengan
ijmak. (Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001:153)
Terdapat juga hadis lain yang digunakan untuk menguatkan hujah pendapat mazhab ini iaitu
hadis daripada Abu Said al-Khudri:

‫ ثم يسجد سجدتين‬، ‫ وليبن على ما استيقن‬، ‫ أو أربعا ؟ فليطرح الشك‬، ‫ ثالثا‬: ‫ كم صلي‬: ‫ فلم يدر‬، ‫إذا شك أحدكم في صالته‬
‫قبل أن يسلم‬

Maksudnya: "Apabila seorang kamu syak dalam solatnya, tidak mengetahui berapa rakaat
dia sudah solat, tiga atau empat, hendaklah dibuangkan syak, dan hendaklah membina atas
apa yang dia yakini. Kemudian, sujud dua kali sebelum memberi salam".

(Hadis riwayat Muslim)

14
Berdasarkan hadis ini,Nabi menyuruh sesiapa yang berasa ragu atau syak pada bilangan
rakaat supaya membuang perasaan ragu tersebut dan memilih rakaat yang paling sedikit
kerana ia telah diyakini.Oleh itu,bilangan rakaat itu akan kekal dengan mengambil yang lebih
sedikit bilangannya sehingga terdapat dalil lain yang mengubah kepada yang sebaliknya dan
ini adalah al-istishab.(Adib bin Samsudin 2010)

5.Hukum Qazaf
- wanita yang dituduh tiada dara selepas berkahwin oleh suaminya dan memerlukan bukti
tersebut walhal Wanita tersebut tiada selaput dara sejak lahir.

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (3/427) menyebut: Haram ke atas seorang Muslim untuk
menuduh saudara seislamnya dengn tuduhan melakukan perbuatan yang keji (‫ )الفاحشة‬sama
ada tuduhannya itu benar atau pun dusta dari pihak dirinya. Dalam keadaan dusta,
sesungguhnya hal tersebut adalah suatu fitnah dan kezaliman dan pendustaan merupakan
antara perkara haram yang paling keji. Manakala dalam keadaan tuduhan itu benar, seseorang
itu membuka perkara yang tersembunyi serta mencemarkan maruah. Oleh yang demikian,
Syarak menganggap perbuatan qazaf termasuk antara dosa-dosa besar. Ini berdasarkan sabda
Nabi SAW:

‫ق َوَأ ْك ُل الرِّ بَا‬


ِّ ‫س الَّتِي َح َّر َم هَّللا ُ ِإاَّل بِ ْال َح‬
ِ ‫ك بِاهَّلل ِ َوالسِّحْ ُر َوقَ ْت ُل النَّ ْف‬
ُ ْ‫ت قَالُوا يَا َرسُو َل هَّللا ِ َو َما ه َُّن قَا َل ال ِّشر‬ ِ ‫اجْ تَنِبُوا ال َّس ْب َع ْال ُموبِقَا‬
ِ ‫ت ْالغَافِاَل‬
‫ت‬ ِ ‫ت ْال ُمْؤ ِمنَا‬ ِ ‫صنَا‬ َ ْ‫ف َوقَ ْذفُ ْال ُمح‬ ِ ْ‫َوَأ ْك ُل َما ِل ْاليَتِ ِيم َوالتَّ َولِّي يَوْ َم ال َّزح‬

Maksudnya: Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Lalu para sahabat bertanya:
Apakah perkara-perkara tersebut wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Syirik kepada
Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan melainkan dengan adanya hak, makan
riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang, dan menuduh wanita yang
telah berkahwin yang beriman melakukan zina.

Riwayat al-Bukhari (2766) dan Muslim (89)

sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah
S.A.W bersabda :

‫لَوْ يُ ْعطَى النَّاسُ بِ َد ْع َواهُ ْم الَ َّدعَى نَاسٌ ِد َما َء ِر َجا ٍل َوَأ ْم َوالَهُ ْم َولَ ِك َّن ْاليَ ِمينَ َعلَى ْال ُم َّدعَى َعلَ ْي ِه‬

15
Maksudnya : Sekiranya diberikan kepada manusia itu semata dengan mengikut dakwaan-
dakwaan mereka, nescayalah orang ramai akan mendakwa darah dan harta orang lain
(sebagai milik mereka). Akan tetapi sumpah itu adalah ke atas mereka yang dituduh.
Riwayat Muslim (1711)

Imam Ibn Al-Munzir menyebutkan :

‫ َو ْاليَ ِمينَ َعلَى ْال ُم َّدعَى َعلَ ْي ِه‬،‫َأجْ َم َع َأ ْه ُل ْال ِع ْل ِم َعلَى َأ َّن ْالبَيِّنَةَ َعلَى ْال ُم َّد ِعي‬

Maksudnya : Para ahli ilmu telah berijma’ bahawa bukti itu ke atas mereka yang mendakwa,
dan sumpah itu ke atas mereka yang didakwa. Rujuk Al-Ijma’, Ibn Al-Munzir (Hlm. 65).

Justeru dapat difahami bahawa sekiranya seseorang itu membuat sesuatu dakwaan, maka
hakim tidak boleh terus membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman hanya semata-mata
berdasarkan dakwaan tersebut. Bahkan hendaklah pihak dirinya selaku yang mendakwa
mendatangkan bukti-bukti yang menguatkan dakwaannya tersebut dan hakim membuat
keputusan dengan menilai kepada bukti-bukti ini.

Syeikh Taqiyuddin Al-Hisni dalam menjelaskan kaedah ini beliau berkata :

Para ashab (Al-Syafi’eyyah) berbeza pendapat tentang had (definisi) orang yang mendakwa
dan definisi orang yang didakwa. Dan mereka mempunyai pelbagai pernyataan dalam
mendefinisikannya dan kesimpulannya kembali kepada dua makna yang diistinbatkan
daripada kenyataan Imam Al-Syafi’e.

Pertama : Orang yang mendakwa merupakan mereka yang ucapannya menyelisihi keadaan
yang zahir. Manakala orang yang didakwa pula adalah mereka yang ucapannya menepati
keadaan yang zahir. Ini adalah pendapat yang dijelaskan oleh Al-Ruyani dan pendapat
majoriti ashab menunjukkan kepada makna ini dan ia dirajihkan oleh Al-Rafi’e dan Al-
Nawawi.

Kedua : Orang yang mendakwa adalah seseorang yang apabila dia diam maka dia dibiarkan,
manakala orang yang didakwa adalah seseorang yang tidak dibiarkan apabila dia diam
bahkan dia dituntut untuk menjawab (dakwaan ke atas dirinya).
Rujuk Al-Qawa’id Li Al-Hisni (4/245)
Wallahua’lam

16

Anda mungkin juga menyukai