Anda di halaman 1dari 16

AQS2013

PENGANTAR DABT,RASM AL-QURAN DAN FAWASIL

NAMA PENSYARAH:
DR.MUHAMAD FADLLY BIN ISMAIL

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMAD SHAH AFDLIN FARIHIN BIN ROZAIRI(PID21106)
AIZUDDIN DANIAL BIN BORHAN(PID21218)

DILPLOMA QURAN DAN SUNAH (SEM 2)

TAJUK:
PENGENALAN AYAT-AYAT NASIKH DAN MANSUKH DALAM AL-QURAN

1
KATA PENGANTAR

Assalamualaikum Wr. Wb.,


Alhamdulillah ,Segala puji bagi Allah SWT,kerana atas limpahan
kenikmatannya sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini tepet pada waktu
yang ditentukan.Banyak perkara yang dapat kami pelajari setelah siap tugasan
ini.

Tajuk “PENGENALAN AYAT- AYAT NASIKH DAN MANSUKH” ini dibuat


atas tugasan yang diberikan DR.MUHAMAD FADLLY BIN
ISMAIL,pensyarah bagi subjek pengantar dabt,rasm al-quran dan fawasil(AQS
2013).Wassalamu’alaikum Wr, Wb,. 27 Mac 2022

2
ISI KANDUNGAN

NO. KANDUNGAN M/S

Kata pengantar

1. Denisi/pengertian
4

2. Syarat-syarat nasakh
4

3. Pembahagian nasakh dalam perundangan islam


5

3. Jenis-jenis nasakh
8

4. Apa yang boleh dinasakhkan dan menasahkan?


10

5.
Nasakh Di Dalam Al- Quran
12

6.
Pendapat Ulama Tentang Nasakh
14

7.
rumusan 15

8.
rujukan 16

3
Definisi nasakh
• Nasakh dari sudut bahasa: Digunakan kepada: Mengangkat
dan juga menghilangkan. Dikatakan: Matahari menasakhkan
bayangan iaitu mengangkatnya. Angin menasakhkan kesan-
kesan iaitu menghilangkannya. Nasakh juga membawa
maksud: Menukilkan (memindahkan). Contohnya: Aku
menasakhkan al-Kitab. Iaitu: Aku menukilkan apa yang
terdapat di dalamnya sekalipun tidak sedikitpun
menghilangkannya daripada tempatnya.

• Dari sudut istilah: Mengangkat hukum syarak dengan dalil


syarak yang datang terkemudian darinya. Dalil itu dinamakan
sebagai al-Naasikh manakala hukum yang terangkat itu
disebut sebagai al-Mansukh.

Syarat-syarat Nasakh

Berikut merupakan beberapa syarat nasakh yang disepakati


oleh para fuqaha:
• Hendaklah yang dimansukhkan itu merupakan hukum
syarak.
• Nasakh itu hendaklah berlaku dengan khitob (dalil)
syarak.·
• Hendaklah dalil nasikh itu datang terkemudian daripada
dalil mansukh.

4
PEMBAHAGIAN NASAKH DALAM
PERUNDANGAN ISLAM

al-quran
dengan
al-quran

sunnah alquran
dengan NASAKH dengan
al-quran sunnah

sunnah
dengan
sunnah

Nasakh dalam perundangan Islam terbahagi kepada empat bahagian:


1. Nasakh al-Quran dengan al-Quran

Dalam bahagian ini seluruh Ulama bersetuju bahawa ia berlaku dan


terdapat keranaberdalilkan ayat-ayat al-Quran adalah setara dan berada
pada tahap yang sama dan wajibberamal dengan tuntutannya. Bahagian
ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu nasakh tilawahdan hukum, yang kedua
nasakh hukum tidak tilawah dan yang terakhir nasakh tilawah tidak
hukum.

5
2. Nasakh al-Quran dengan Sunnah

Dalam bahagian kedua ini, Ulama berselisih pendapat dengan sebahagiannya


bersetuju ia berlaku dan sebahagian yang lain mengatakan tidak bersetuju. Ulama
yang mengatakan ia wujud dalam al-Quran ialah Imam Malik, Ashab Abi
Hanifah, Juhur Mutakalimin, dikalangan Asyairah dan muktazilah, mereka
berhujah bahawa nasakh al-Quran dengan sunnah adalah tidak mustahil kerana
sunnah juga wahyu Allah Swt. Sebagaimana firman (Surah al-Najm: 3-4):

Maksudnya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama


Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya
itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya. Kedua-duanya tidak ada perbezaan melainkan dari sudut lafaz-lafaz
al-Quran adalah susunan daripada Allah Swt dan lafaz-lafaz sunnah susunan
daripada Rasulullah Saw. AlQuran mempunyai ciri-cirinya dan al-Sunnah
mempunyai ciri-ciri tersendiri. Perbezaanperbezaan ini tidak memberi kesan
untuk berlaku nasakh al-Quran dengan sunnah sebagaimana Allah Swt menasakh
wahyunya (al-Quran) dengan wahyunya (al-Sunnah).

3. Nasakh Sunnah dengan al-Quran


Bahagian yang ketiga ini dibahas Ulama dan sebahagian mereka berpendapat ia
wujud dan sebahagian lagi mengatakan ia tidak berlaku. Kekhilafan Ulama dalam
bahagian ini sama dengan bahagian kedua yang lalu. Meskipun begitu suara yang
berpendapat ia tidak berlaku tenggelam dan hujah mereka disangkal. Sementara
itu pendapat yang menyokong ia wujud tidak dikuatkan dengan dalil. Dengan
sebab itu, kita mendapati bahawa Ulama yang menyokong adalah terdiri daripada
Junhur Fuqaha, mutakallimin. Manakala Ulama yang menafikan ia wujud ialah
al-Syafei dalam pendapatnya dan sebilangan kecil sahabatsahabatnya. Dalil yang
menunjukkan nasakh Sunnah dengan al-Quran wujud ialah menghadap
Baitulmaqdis dalam sembahyang. Perkara ini tidak diketahui kecuali daripada
sunnah dan ia telah dinasakh denga Firman Allah Swt (al-Baqarah: 144):

6
Maksudnya: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-
ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap
kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-
Haram (tempat letaknya Ka’bah); dan di mana sahaja kamu berada maka
hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi
dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara
(berkiblat ke Ka’bah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan
Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

4. Nasakh Sunnah dengan Sunnah


Dalam bahagian ini, ia terbahagi kepada empat iaitu nasakh Sunnah mutawatirah
dengan sunnah mutawatirah, nasakh Sunnah Ahadiyyah dengan Sunnah
mutawatirah dan nasakh sunnah mutawatirah dengan sunnah Ahadiyyah. Tiga
bahagian yang pertama adalah harus berlaku dari sudut akal dan syara’. Adapun
bahagian keempat iaitu nasakh Sunnah mutawatirah dengan Ahadiyyah Ulama
ittifak (sepakat) ia harus pada akal tetapi berkhilaf (bersalahan pendapat) dari
sudut syara’. Jumhur (kebanyakan ulama) menafikannya tetapi ahli zahir
mengithbatnya (menerimanya).

7
Jenis-jenis Nasakh

Nasakh terbahagi kepada beberapa jenis:

Pertama: Nasakh boleh jadi secara sarih ataupun jelas. Iaitu nas jelas
menunjukkan bahawa ayat tersebut telah berlaku nasakh padanya. Sebagai
contohnya adalah sabda Nabi S.A.W:
ِ ‫ارةِ ْالقُب‬
ُ ‫ُور فَ ُز‬
‫وروهَا‬ َ ‫نَ َه ْيت ُ ُك ْم‬
َ َ‫ع ْن ِزي‬
Maksudnya: Aku dahulu melarang kalian dari menziarahi kubur maka sekarang
ziarahilah kubur.
Riwayat Muslim (977)

Berdasarkan hadis di atas, nasakh berlaku secara jelas di dalam nas yang sama.
Al-Nasikh adalah perintah menziarahi kubur. Manakala al-Mansukh adalah
larangan menziarahi kubur.

Kedua: Nasakh dhimni (di sebalik/terkandung).


Yang dimaksudkan dengan nasakh dhimni ini adalah, Allah tidak menyebutkan
secara sarih (jelas) akan berlakunya nasakh. Akan tetapi terdapat hukum lain
yang disyariatkan yang mana ianya bercanggah dengan hukum sebelumnya
tanpa adanya nas yang sarih menunjukkan akan mansukhnya hukum yang
pertama dan tidak boleh untuk dihimpunkan di antara keduanya. Maka
pensyariatan hukum yang terkemudian itu menjadi nasikh dhimni (terkandung)
bagi hukum yang terdahulu. Contoh bagi nasakh dhimni ini adalah firman Allah
S.W.T:
‫صي َّٗة ِّل َ ۡز َٰ َو ِج ِهم َّم َٰتَعًا ِإلَى ۡٱل َح ۡو ِل غ َۡي َر ِإ ۡخ َراج‬
ِ ‫َوٱلَّذِينَ يُت ََوفَّ ۡونَ ِمن ُك ۡم َويَذَ ُرونَ أَ ۡز َٰ َوجٗ ا َو‬
Maksudnya: Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta
meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi
nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya,
dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya.
Surah al-Baqarah (240)

8
Berdasarkan ayat ini, dapatlah difahami bahawa iddah bagi wanita yang
kematian suaminya adalah selama setahun penuh. Inilah hukumnya pada awal-
awal islam dahulu. Kemudian turunnya firman Allah S.W.T:
َ ‫َوٱ َّلذِينَ يُت ََو َّف ۡونَ ِمن ُك ۡم َويَذَ ُرونَ أَ ۡز َٰ َوجٗ ا يَت ََربَّصۡ نَ ِبأَنفُ ِس ِه َّن أَ ۡربَ َعةَ أَ ۡش ُهر َو‬
‫ع ۡش ٗرا‬
Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang
mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri
mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari.
Surah al-Baqarah (234)
Manakala ayat ini pula menunjukkan bahawa isteri-isteri yang kematian suami
hendaklah mereka itu beriddah selama empat bulan sepuluh hari. Justeru, ayat
ini menjadi nasikh dhimni ke atas hukum ayat yang pertama kerana ayat ini
turun terkemudian daripada ayat tadi.

9
Apa yang boleh dinasakhkan dan menasahkan?

Di antara perkara yang perlu dinyatakan, sebahagian dalil boleh


menasakhkan di antara satu sama lain. Manakala terdapat juga dalil yang
lain akan tetapi ia tidak dapat menasakhkan dalil yang lebih kuat
darinya. Pembahagiannya boleh kita fahami seperti berikut:

Pertama: Nas-nas al-Quran boleh untuk menasakhkan di antara satu


sama lain. Kerana kesemuanya sama dari sudut kekuatan kedudukan.

Kedua: Al-Quran boleh dinasakhkan oleh Sunnah yang mutawatir dan


begitu jugalah sebaliknya. Ini kerana, Sunnah yang mutawatir itu sama
seperti al-Quran dari sudut qath’iyyah al-thubut (sabit dengan jalan
yang pasti).

Ketiga: Sunnah Ahaad (hadis-hadis Ahaad) boleh menasakhkan antara


satu sama lain ataupun ia boleh dinasakhkan dengan nas yang lebih kuat
daripadanya.

Keempat: Ijmak tidak boleh menasakhkan nas daripada al -Quran dan


juga al-Sunnah. Ini kerana sesuatu nas itu apabila dalalah nya qath’ie
maka itu menjadi penghalang untuk berlakunya ijmak atas sesuatu yang
menyelisihinya.

Kelima: Nas-nas daripada al-Kitab dan juga al-Sunnah tidak boleh


untuk memansukhkan ijmak. Ini kerana, sesuatu yang memansukhkan
(al-nasikh) hendaklah datang kemudian daripada sesuatu yang
dimansukhkan (al-mansukh). Sedangkan nas-nas al-Quran dan juga al-
Sunnah ini telah datang terlebih dahulu daripada ijmak. Bahkan ijmak
sebagai dalil syarak tidak dianggap sebagai hujah melainkan setelah
wafatnya Nabi S.A.W.

10
Keenam: Ijmak yang terbina di atas nas al-Kitab dan juga al-Sunnah
ataupun Qiyas tidak boleh untuk dinasakhkan dengan ijmak yang lain.
Adapun ijmak yang terbina di atas maslahah maka ia boleh untuk
dinasakhkan dengan ijmak yang lain.

Ketujuh: Qiyas juga tidak boleh untuk menasakhkan nas al-Kitab dan
juga al-Sunnah. Demikian Qiyas tidak boleh menasakhkan Ijmak.
Bahkan kesemuanya itu tidak boleh memansukhan qiyas. Ini kerana
qiyas tidaklah berlaku melainkan ketika mana ketiadaan hukum di dalam
al-Kitab, al-Sunnah, dan juga al-Ijmak.

Kelapan: Qiyas tidak boleh untuk menasakhkan qiyas yang lain. Ini
kerana qiyas terbina daripada ra’yu dan juga ijtihad.

11
Nasakh Di Dalam Al- Quran

Kata al-Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah (W. 463 H): Nasakh


di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Nasakh hukum
dengan mengekalkan rasm (ayat al-Quran), Nasakh rasm tanpa
menasakhkan hukum, dan nasakh kedua-duanya iaitu hukum dan juga
rasm.

Pembahagiannya adalah seperti berikut:

1- Nasakh hukum dengan mengekalkan rasm (ayat al-Quran)

Yang dimaksudkan dengan ini adalah, Allah S.W.T memansukhkan


sesuatu hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Dalam masa yang
sama ayat yang menjelaskan akan hukum tersebut tidak dimansukhkan
sekali akan tetapi ia masih kekal di dalam al-Quran. Contohnya adalah
seperti berikut. Firman Allah S.W.T:

‫ص ي َّ ة ُ لِ ۡل َٰ َو ل ِ د َ ۡي ِن َو ۡٱّل َ ۡق َر ب ِ ي َن‬
ِ ‫خ ۡي ًر ا ۡٱل َو‬ َ ‫ت إ ِ ن ت َ َر‬
َ ‫ك‬ ُ ‫ح د َ ك ُ مُ ۡٱل َم ۡو‬
َ َ ‫ض َر أ‬ َ ‫ب ع َ ل َ ۡي ك ُ ۡم إ ِ ذ َ ا‬
َ ‫ح‬ َ ِ‫كُ ت‬
‫ف‬ ۡ
ِ ‫ب ِ ٱل َم ۡع ُر و‬

Maksudnya: Diwajibkan ke atas kalian, apabila salah seorang di


antara kalian kedatangan (tanda-tanda) maut, jika dia meninggalkan
harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan kaum kerabatnya
secara makruf, (ini adalah) kewajipan ke atas orang -orang yang
bertakwa.

Surah al-Baqarah (180)

Daripada ayat di atas kita mendapati bahawa ia menunjukkan hukum


wajibnya berwasiat kepada ibubapa dan juga kaum kerabat. Akan tetapi,
hukum ini telahpun dimansukhkan apabila datangnya pensyariatan
mirath.

Kata al-Imam al-Baghawi ketika menafsirkan ayat ini: “Adalah wasiat


itu difardhukan kepada kedua ibubapa dan juga kaum kerabat pada
awal permulaan Islam ke atas sesiapa yang meninggal dunia serta
meninggalkan harta. Kemudian ianya dimansukhkan dengan ayat
mirath”. Rujuk Ma’alim al-Tanzil, al-Baghawi (1/193).

Maka walaupun hukumnya telah mansukh, akan tetapi ayat tersebut


ataupun rasmnya masih terdapat di dalam al-Quran.

12
2- Nasakh rasm (ayat) dengan mengekalkan hukum.

Contoh baginya adalah perihal ayat rejam. Pada asalnya, ia terdapat di


dalam al-Quran. Akan tetapi ayat tersebut telah dimansukhkan manakala
hukumnya tetap kekal. Saidina Ibn Abbas R.anhuma meriwayatkan
daripada Umar Ibn al-Khattab R.anhu beliau berkata: “Sesungguhnya
Allah S.W.T telah mengutuskan Muhammad S.A.W dan menurunkan ke
atasnya al-Kitab. Di antara yang Allah turunkan ke atasnya adalah ayat
rejam. Maka kami membacanya, memahaminya, serta menjaganya”.
Kata beliau lagi:
ِ ‫الرج م ح قٌّ ع لَ ى م ن َزَن و قَ ْد أَح ص ن إِذَ ا قَام‬
‫ت ا لْ بَ يِ نَ ة‬ ِ
َ ََ ْ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َّ َّ‫أَالَ َو إ ن‬

Maksudnya: “Sesungguhnya rejam itu merupakan hak ke atas


penzina muhson (yang sudah berkahwin) apabila telah tertegaknya
bukti”.

Riwayat al-Bukhari (6829)

3- Nasakh rasm (ayat) berserta dengan hukum.

Contoh bagi nasakh kategori ini adalah berkenaan kadar bilangan susuan
yang cukup untuk menjadikan seseorang sebagai mahram. Dalam sebuah
hadis daripada A’isyah R.anha beliau berkata:
ٍ ‫س م ع ل وم‬ ِ ِ ٍ ٍ ِ ‫َك ا َن فِ يم ا أ نْزِ َل ِم ن ا لْ ق ر‬
ْ ‫آن عَ ْش ر َرضَ عَ ات مَ عْ ل ومَ ات ُيَ رِ ْم َن ُثَّ ن س‬
‫ات‬ َ ْ َ ٍ ‫خ َن ِبَ ْم‬ ْ َ َ

Maksudnya: Di antara ayat yang diturunkan daripada al-Quran adalah


sepuluh kali susuan yang menjadikan mahram. Kemudian ia
dinasakhkan kepada lima kali susuan yang diketahui .

Riwayat Muslim (1452)

Kata Imam al-Khatib al-Baghdadi: Ayat yang 10 kadar


ini dimansukhkan tulisan dan hukumnya di dalam al-Quran. Lihat al-
Faqih wal-Mutafaqqih, al-Khatib al-Baghdadi (Hlm. 192).

13
Pendapat Ulama Tentang Nasakh

1, Menurut jumhur ulama, tidak ada perselisihan di antara para ulama


tentang diperbolehkannya naskh dalam al-Quran. Dasarnya:
106 : ‫[ما ننسخ من اية أو ننسها نأت بخير منها أو مثلها (البقرة‬25]

2. Orang Yahudi, mereka tidak mengakui adanya naskh, karena naskh itu
kadang-kadang tanpa hikmah dan kadang ada hikmahnya, tetapi diketahui
setelah sebelumnya tidak diketahui.

Tidak semua ayat boleh dinasakh, ayat yang tidak boleh dinasakh adalah:
1.Ayat yang mengandung hukum asal yang tidak boleh berubah dengan sebab
berubahnya situasi kondisi manusia. seperti : ayat yang berkaitan dengan ibadah,
akidah, keadilan dan amanah.
2.Ayat yang secara tektual menunjukkan ketentuan hukumnya berlaku
sepanjang masa.
3.Ayat yang berisi berita yang tidak mengandung perintah & larangan seperti
kabar tentang umat-umat terdahulu.

14
Rumusan

Kesimpulan daripada tajuk yang kami bentangkan ini, kami telah


berpendapat bahawa nasakh dan mansukh ini telah memudah umat
islam akhir zaman secara keseluruhan dengan penuh kesempurnaan
supaya umat islam tidak merasa terbeban dengan syariat islam, kerana
islam itu agama yang syumul, agama islam juga tidak membebankan
umat akhir zaman. Para ulama sepakat adanya nasikh berdasarkan
nash Al Qur’an dan As sunnah. Menyimpang dari jalan yang lurus
dan mengikuti jejak orang – orang yang sesat akan menjadi penyebab
kesengsaraan

15
RUJUKAN
• Rusli MF. IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE-9: NASIKH
DAN MANSUKH: PENJELASAN DAN FUNGSINYA.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Published December 5,
2016. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-usul-fiqh/1399-
irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-9-nasikh-dan-mansukh-penjelasan-
dan-fungsinya
• https://www.academia.edu/5023713/12_TOPIK_8_NASIKH_D
AN_MANSUKH

16

Anda mungkin juga menyukai