Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Al-Quran merupakan satu mukjizat yang diturunkan Allah kepada seluruh


umat manusia sebagai panduan hidup yang lengkap. Antara mukjizat terbesar Al-
Quran adalah terpelihara keasliannya. Al-Quran merupakan satu-satunya kitab di
dunia yang paling sempurna dan terpelihara keasliannya. Allah SWT berfirman
dalam surah AL-Hijr ayat 9, mafhumnya: ((Sesungguhnya Kamilah yang
menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami yang benar-benar
memeliharanya)). Al-Quran merupakan sumber ilmu yang terbesar bagi seluruh
umat manusia, banyak cabang-cabang ilmu yang terdapat di dalamnya.

Antara manfaat ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran ialah ilmu nasakh.
Nasakh merupakan pembatalan perlaksanaan hukum dengan hukum yang lain yang
datang kemudian. Ulama berbeza pendapat tentang ada dan tidaknya nasakh di
dalam Al-Quran. Sesetengah ulama mengatakan tidak ada nasakh di dalam Al-
Quran, tetapi ada pula yang mengatakan bahawa ada nasakh di dalam Al-Quran
serta mereka juga mengemukan dalil yang kukuh.

Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan maksud nasakh secara


terperinci beserta perbahasa ulama tentang isu nasakah ini. Selain daripada itu,
dapat mengetahui cara-cara pengaplikasiannya dalam permasalahan hukum-hukum
fiqh dalam kehidupan kita.

Antara aspek-aspek penting yang akan dibahaskan adalah:

1) Pengertian, syarat-syarat, serta bentuk-bentuk nasakh menurut pandangan


ulama
2) Hikmah diharuskan nasakah dan bilakah berlakunya nasakah beserta contoh
3) Membincangkan kebarangkalian penukaran hukum atas alasan nasakh
4) Kesimpulan

Semoga hasil kajian ini nanti, sebabai seorang muslim yang taat dapat kita pahami
isi kandungan Al-Quran secara benar dan baik.
1.0 Pengertian nasakh

Nasakh menurut bahasa adalah menghilangkan, menghapuskan, memindahkan,


atau menulis.

Manakala nasakh menurut istilah para ulama usul fiqh mutaakhirin terdapat
tarif yang berbeza-beza. Al-Baidhwi Rahimullah mendefinisikan dengan
Nasakh adalah penjelasan berhentinya hukum syariat dengan jalan syari
yang datang setelahnya. Ibnu Qudamah Rahimullah menyebutkan nasakah
adalah Menghilangkan hukum yang ada dengan perkataan (dalil) yang
dahulu, dengan perkataan yang datang setelahnya.

Manakala Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin menjelaskan nasakah


ialah Menghapuskan hukum dalil syari atau lafaznya dengan dalil dari Al-
Kitab dan As-Sunnah. Kesimpulannya, nasakh membawa maksud yang
menghapuskan, yaitu dalil dari Al-Kitab atau As-Sunnah yang menghapuskan
hukum dalil syari atau lafazhnya. Pada hakikatnya nasakh (yang
menghapuskan) adalah dari Allah Azza wa Jalla.

1.1 Syarat-syarat nasakh

Para ulama berbeza pendapat mengenai syarat-syarat nasakh. Terdapat juga syarat-
syarat yang tidak disepakati antara mereka.Namun begitu, ada juga diantara syarat-
syarat tersebut disepakati oleh ulama dalam menentukan nasakh dan mansukhnya
sesuatu ayat. Berikut adalah syarat-syarat yang disepakati oleh ulama:

1) Hukum yang mansukh adalah hukum syara


2) Yang menasakh pun harus dari hokum syari
3) Dalil penghapusan hukum tersebut adalah dari kitab syari yang datang
kemudian dari kitab yang hukumnya mansukh
4) Kitab yang mansukh hukumnya tidak terikat dengan waktu tertentu.

Ahmad Baidowi dalam buku karangannya Kontroversi seputar Nasikh-Mansukh


ada menjelaskan tentang syarat-syarat nasakh. Beliau mengatakan antara syarat
nasakh adalah bahawa kedua dalil yakni nasakh dan mansukh merupakan dari
hukum syari. Dikalangan ulama yang menerima nasakh menegaskan bahawa
nasakh hanya terjadi pada zaman kenabian Rasulullah Muhammad, saat wahyu
masih berlangsung. Dengan demikian, setelah kewafatan Nabi Muhammad maka
nasakh sudah tidak terjadi. Hal ini kerana dengan berakhirnya wahyu beerti setiap
hukum telah pun ditetapkan dan tidak ada lagi perubahan keatas hukum. Oleh itu,
mereka tidak menggangap qiyas, ijma atau formula-formula ijtihad yang lain
sebagai nasakh atas hukum yang ditetapkan oleh dalil syari.

Seterusnya, antara syarat nasakh lain menyatakan bahawa hokum yang di-
nasakh adalah wahyu yang datang lebih dahulu daripada yang me-nasakh. Hal ini
kerana proses nasakh mansukh adalah sejajar dengan kronologi pewahyuan
hukum-hukum tersebut. Oleh itu jelas tidak sah menganggap nasakh berlaku atas
hukum-hukum yang terkebelakang dengan hukum-hukum yang diwahyukan
terlebih dahulu. Maka tidak benar jika menganggap nasakh berlaku pada surah al-
Maidah misalnya, kerana surah inu merupakansurah yang terakhir diturunkan oleh
Allah SWT.

1.2 Bentuk-bentuk nasakh

Nasakh terbahagi kepada empat bahagian.

Pertama, nasakh al-Quran dengan al-Quran. Bahagian ini disepakati


kebolehannya dan telah dipersetujui dalam pandangan mereka yang
mengatakan adanya nasakh. Misalnya ayat tentang idah empat bulan
sepuluh hari.

Allah berfirman: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang
mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka
(beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa
idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan
mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syarak). Dan
(ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu
lakukan. (al-Baqarah: 234)
Ibn al-Arabi berkata tentang hukum nasakh pada ayat diatas:

Ayat ini memansuhkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 240 yang
bermaksud: Iaitu diberi nafkah sagu hati (makan,pakai, dan tempat tinggal) hingga
setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Idah
perempuan yang kematian suami semasa permulaan Islam ialah setahun
sebagaimana yang telah berlaku pada zaman jahiliah. Kemudian Allah
memansuhkan idah tersebut selama empat bulan sepuluh hari.

Kedua, nasakh al-Quran dengan Sunnah. Terdapat dua jenis :


a. Nasakh al-Quran dengan hadis ahad, sebab al-Quran adalah mutawatir
dan menunjukkan yakin. Sedangkan hadis ahad adalah dhanni,
bersifat dugaan, disamping tidak sah pula menghapuskan sesuatu yang
jelas diketahui dengan yang madnun(diduga)
b. Nasakh al-Quran dengan hadis mutawatir. Nasakh demikian
dibolihkan oleh imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad dqalam satu
riwayat. Kerana masing-masing adalah wahyu. Allah berfirman
ertinya:
Dan tidaklah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa
nafsunya. Ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
[kepadanya]. (an-Najm: 3-4)

Ketiga, Nasakh Sunnah dengan al-Quran. Ini dibolehkan oleh jumhur.


Contohnyamasalah menghadap ke Baitul Maqdis yang ditetapkan dengan
sunnah dan di dala al-Quran tidak ada dalil yang menunjukkannya.
Ketetapan ini dinasakhkan oleh al-Quran dengan firmanNya :
Maka palingkanlah mukamu ke arah masjidil Haram. (al-Baqarah: 144)
Kewajiban puasa pada hari Asyura yang ditetapkan berdasarkan sunnah
juga dinasakh oleh firman Allah:
Maka barangsiapa yang menyaksikan bulan Ramadlan, hendaklah ia
berpuasa. (al-Baqarah: 185)

Keempat, Nasakh Sunnah dengan Sunnah. Terdapat empat bentuk dalam


kategori ini:
a. Nasakh mutawatir dengan mutawatir
b. Nasakh ahad dengan ahad
c. Nasakh ahad dengan mutawatir
d. Nasakh mutawatir dengan ahad

Tiga bentuk yang pertama dibolehkan, sedang pada bentuk yang keempat
terdapat perselisihan pendapat seperti halnya nasakh al-Quran dengan hadis ahad
yang tidak dibolehkan oleh jumhur.

Adapun nasakh ijma dengan ij,a dan qiyas dengan qiyas atau menasakh dengan
keduannya, maka pendapat yang sahih tidak membolehkannya.

2.0 Hikmah diharuskan nasakah serta bilakah berlakunya nasakh

Antara hikmah nasakah adalah seperti berikut:

1) Syariat diturunkan bagi memelihara kemaslahan manusia.

Maslahah kadangkala berubah mengikut kepada perubahan sesuatu keadaan. Ia


bermaksud keperluan hamba itu sentiasa terpelihara dalam semua keadaan dan
juga untuk sepanjang zaman. Maslahah berbeza dengan berbezanya waktu dan
ia memerlukan kepada kebijaksanaan untuk menukarkan hukum yang lepas
serta memberikan maslahah kepada mukallaf untuk keluar daripada hukum
yang lama dengan mencari hukum lain yang baru dan sentiasa diperlukan.

Contohnya, pengharaman arak. Arak tidak diharamkan secara serta merta tetapi
secara berperingkat sesuai dengan keadaan umat ketika itu yang sukar untuk
meninggalkan tabiat mereka. Jadi untuk memudahkan meraka pengharaman
arak berlaku secara beransur-ansur.

2) Kewujudan penggantian daripada nasakh akan menadikan mukallaf tetap


taat mengamalkan hukum-hukum Allah SWT sama adamereka taat dan
patuh pada hukum tersebut ataupun tidak. Ini bermakna nasakh menguji
golongan mukallaf dalam kesanggupan mereka menerima perubahan satu
hukum kepada hukum yang lain.
3) Menjaga perkembangan hukum Islam agar sentiasa releven dengan keadaan
semasa serta memberikan kebaikan dan keringanan kepada umat islam.
Keringanan ini adalah untuk menambahkan kebaikan dan pahala bagi hamba
yang patuh dalam mengamalkan hukum-hukum yang berubah. Misalnya
huku bagi wanita beriddah kematian suami. Di dalam surah al-Baqarah ayat
240 mengatakan selama satu tahun dan hukum tersebut telah dimansuhkan
dan digantikan dengan empat bulan sepuluh hari di dalam surah al-Baqarah
ayat 234.
4) Menghendaki kebaikan dan kemudahan bagi umat. Sebab jika nasakh iru
beralih ke hal yang lebih berat maka di dalamnya terdapat tambahan pahala,
dan jika beralih ke hal yang lebih ringan maka ia mengandungi kemudahan
dan keringanan.

2.1 Bilakah berlakunya nasakh

Seperti yang telah dijelaskan, jumhur ulama bersepakat mengatakan nasakh


hanya berlaku semasa Nabi Muhammad masih hudup sahaja. Hal ini kerana
nasakh tidak berlaku kecuali melalui wahyu sahaja dan wahyu hanya turun pada
masa hayat Nabi sahaja. Selepas kewafatan Nabi, penasakhan hukum tidak
berlaku sama sekali kerana wahyu sudah terhenti. Justeru itu, semua hukum
yang diamalkan pada masa hayat Nabi dan tidak pula lahir daripada baginda
sesuatu yang menasakhkannya, maka hukum itu adalah tetap walupun selepas
kewafatan baginda. Lantaran kerana baginda adalah Rasul yang terakhir.
Sebagaimana dalam firman Allah dalam surah al-AHzzab, ayat 40:

Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa sebenar bagi seseorang dari
lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-nabi

Nasakh berlaku mengikut kesesuaian pensyariatan dari semasa ke semasa. Ia


terjadi kerana terdapat hukum yang hanya sesuai digunakan pada masa-masa
tertentudan kemudian tidak sesuai lagi digunakan lalu menyebabkan hukum
tersebut dibatalkan atau digantikan dengan hukum yang lain.

Antara contoh berlakunya nasakh dapat dilihat dalam mafhum firman Allah
SWT dalam surah al-Mujadilah 58:12:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu hendak


menghadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu
bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya.
Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan hukum bagi sahabat yang hendak
menemui Rasulullah perlulah membawa buah tangan. Ayat tersebut
kemudiannya dimansukhkan melalui ayat berikutnya dalam surah al-Mujadilah
58:13:

Maksudnya: Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu
memberi sedekah sebelum kamu menghadap? kalau kamu tidak melakukan
(perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu),
maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang
sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah),
Allah Maha mendalam pengetahuannya akan segala amalan yang kamu
lakukan.

Ayat ini menyatakan mereka yang ingin menemui Rasulullah SAW tidak perlu
membawa sebarang buah tangan. Hukum dalam atar sebelumnya telah
dinasakhkan tanpa sebarang gentian dengan hukum yang lain.

Nasakh juga hanya terjadi pada perintah (amr) dan larangan (nahy), baik yang
diungkapkan dengan tegas dan jelas mahupun yang diungkapkan dengan
kalimat berita yang bermaksuud perintah atau larangan, selama tidak berhubung
dengan akidah, zat Allah, para Rasul, hari kiamat, dan juga tidak terkait dengan
etika atau akhlak atau dengan pokok-pokok ibadah dan muamalat.

3.0 Kebarangkalian penukaran hukum atas alasan nasakh

Dalam memahami sesebuat ayat al-Quran adalah tidak mudah, hal ini kerana
terdapat padanya ayat yang mudah difahami dan ada pula yang sulit difahami.
Untuk memudahkan pemahaman sesuatu ayat diwujudkan nasakh. Dalam suatu
ayat yang sulit itu boleh kita tafsirkan dengan ayat yang lain atau dengan hadis.
Oleh itu, berlakunya pertukaran hukum kerana terdapat hukum yang lebih sesuai
keatasnya.

Banyak tujuan diturunkan al-Quran terutama dalam bidang ibadah dan muamalah.
Tetapi prinsip dasar pada umumnya adalah sama, yaitu bertujuan membersihkan
jiwa dan memelihara keselamatan masyarakat serta mengikatnya dalam ikatan
kerjasama dan persaudaraan.
Walaubagaimanapun terdapat juga perubahan pada hukum kerana tuntutan
keperluan sesuatu umat terkadang berbeza satu dengan yang lain. Apa yang sesuai
untuk suatu kaum pada suatu masa mungkin berbeza pada masa yang lain.
Disamping itu perjalanan dakwah pada taraf pertumbuhan dan pembentukan tidak
sama dengan perjalanannya sesudah memasuki era perkembangan dan
pembangunan. Bahkan ayat-ayat dalam al-Quran juga ada yang sepintas lalu
menunjukkan adanya gejala kontradiksi, sehingga menimbulkan interprestasi
dikalangan ulama ahli tafsir dan para ulama dalam menghadapi dan memahami
ayat-ayat yang sepintas lalu yang menunjukkan adanya gejala kontradiksi. Maka,
wujudlah perbahasan tentang pertukaran hukum atas alasan nasakh. Firman Allah
yang bermaksud:

Dan apabila Kami mengganti suatu ayat di tempat ayat yang lain (an-Nahl:
101)

Apa saja ayat yang Kami nasakh-kan, atau Kami jadikan [manusia] lupa
kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik atau yang sebanding dengannya.
(al-Baqarah: 106)

Bagi menjelaskan dengan lebih teperinci tentang penukaran hukum atas alasan
nasakah ini, mari kita lihat beberapa contoh ayat daripada al-Quran mahupun
Hadis Nabi SAW.

Pada permulaan kerasulan Muhammad SAW, kaum muslimin diperintahkan untuk


bersikap ramah kepada ahlul kitab. Hal ini dinyatakan di dalam firman Allah yang
maksudnya:

Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan


kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari
diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan
biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al-Baqarah: 109).

Kemudian perintah ini dicabut dan kaum muslimin diperintahkan untuk memerangi
mereka di dalam ayat yang lain. Allah SWT berfirman maksudnya:

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,
yang tidak mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya, dan yang
tidak beragama dengan agama yang benar, yaitu di antara orang yang al-Kitab
diberikan kepada mereka. (QS. At-Taubah : 29).

Selain itu, jika kita lihat kepada pengharaman arak juga diturunkan secara
berperingkat agar masyarakat arab yang baharu memeluk Islam tidak merasa berat
untuk melaksanakan hokum Allah SWT. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat
67. Maksudnya:

Dan dari buah korma dan anggur, kamu buat minimuman yang memabukkan dan
rezki yang baik. Sesunggguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.

Dalam ayat ini Allah SWT hanya memberi sedikit gambaran kepada manusia
bahawa Allah telah memberi kurnia kepada manusia berupa dua jenis pohon, iaitu
kurma dan anggur. Padanya juga boleh dihasilkan minuman keras yang
memabukkan dan juga sumber rezeki yang bermanfaat buat kehidupan manusia.

Kemudian Allah SWT berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 219, maksudnya:

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada


keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi
dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya". Dan mereka bertanya kepadamu
apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan."
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.

Didalam kitab asbabun nuzul menyatakan satu riwayat bahawa ketika Rasulullah
dating ke Madinah, beliau mendapati kaumnya suka minum arak dan makan hasil
judi. Mereka bertanya kepada Rasulullah tentang hal itu. Maka turunlah ayat dari
surah al-Baqarah ayat 219.

Kemudian Allah menurunkan ayat di dalam surah an-Nisaa ayat 43 yang


mengharamkan arak hanya di dalam solat sahaja. Allah SWT berfirman,
maksudnya:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam
keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula
hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub , terkecuali sekedar berlalu
saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau
datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian
kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik
(suci). sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi
Maha Pengampun.

Akhir sekali Allah SWT mengharamkan minum arak dengan berfirman dalam
surah al-Maidah ayat 91, maksudnya:

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan


kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan
menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah
kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Ayat ini menasakhkan hukum-hukum yang datang sebelumnya. Di dalam ayat


tersebut sudah jelas dilarang meminum arak dan menjadi ayat terakhir tentang
pengharaman arak.

Alasan nasakah yang kita terima adalah satu hukum yang dikeluarkan untuk suatu
kemaslahatan dan untuk dilaksanakan sampai manusia menyedari kesalahannya,
dan kemudian satu hukum lain diberikan menggantikan hukum yang sebelumnya.
Harus diperjelaskan, Nasakh seperti ini bukanlah jenis nasakh yang dengannya
kekeliruan yang boleh disandarkan kepada Allah yang maha suci dari sebarang
kebodohan dan kesalahan. Nasakh yang demikian ini juga tidak terdapat dalam
ayat-ayat al-Quran, kerana ayat-ayat tersebut tidak mengandungi pertentangan
antara satu dengan lainnya. Tetapi erti nasakh di dalam al-Quran ialah berakhirnya
waktu berlaku hukum yang dinasakh. Hukum yang pertama memiliki suatu
kemaslahatan dan pengaruh tersebut. Mengingat al-Quran diturunkan secara
bertahap dalam pelbagai situasi selama dua puluh tiga tahun, maka jelaslah bahawa
al-Quran mengandungi hukum-hukum yang bertepatan dengan umat manusia.
4.0 Kesimpulan

Nasakah adalah penghapusan hokum syara dengan kitab syara juga, atau
penghapusan hokum syara dengan dalil syara yang lain. Ada empat rukum
nasakh iaitu nasakh, nasikh,mansukh dan mansukh anh. Syarat terjadinya
nasakh juga ada empat. Pertama, yang dibatalkan adalah hukum syara. Kedua,
pembatalan iru datangnya dari tuntutan syara. Ketiga, pembatalan hukum
tidak disebabkan oleh berakhirnya waktu berlakunya hukum. Keempat,
tuntutan yang mengandungi nasakh haru datang kemudian.

Kesimpulan dari hasil kajian ini dapat kita ketahui proses nasakh ini berlaku
apabila ada ayat al-Quran yang dimansuhkan hukumnya atau digantikan
dengan hokum yang lain. Hukum tersebut kebanyakannya memberi keringanan
kepada umat Islam dan terdapat juga hokum yang lebih berat daripada hukum
yang sebelumnya.

Ulama telah menetapkan syarat-syarat bagi mengenal pasti hokum yang


dinasakhkan di dalam al-Quran dan mengenal pasti bentuk nasakh sama ada
pemansukhan ayat terdahulu hanya pada hokum sahaja, atau pada bacaan
sahaja atau pada kedua-duannya sekali.

Tambahan pula, Pemansukhan hukum terjadi untuk disesuaikan dengan


masa atau keadaan tertentu. Ada hukum yang dinasakhkan secara berperingkat
supaya umat Islam tidak rasa dibebani untuk melaksanakannya. Ini kerana al-
Quran sentiasa menjamin kemaslahatan manusia dan hukum yang dinasakhkan
atau diganti dengan hukum yang baru semata-mata untuk penambah baikan
kehidupanmanusia di dunia dan akhirat.

Ilmu nasakh mansukh sangat penting untuk memahami sesuatu hukum


dengan lebih jelas. Sebagai seorang muslim yang berakal wajarlah untuk kita
mengambil tahu tentang ayat-ayat nasakh mansukh seterusnya memahami
dengan lebih mendalam. Justeru itu kita dapat merasai rahmat dan kasih
sayang Allah SWT keatas hambanya. Ilmu nasakh mansukh seharusnya
diperluaskan skopnya. Subjek ini harus dimasukkan di dalam silibus sekolah
dan didedahkan kepada para pelajar sekolah menengah. Dengan itu mereka
akan lebih terbuka dan mengetahui tentang hukum hakam di dalam al-Quran.
(2,774pp)
Rujukan

1) Teori Nasakh dalam studi Al-Quran, Ahmad Baidhowi, Nun


Pustaka,Yogyakarta, 2003.
2) Jurnal Didaktika Islamika, vol 7, Feb 2016.
3) Ushul Fiqh, Syeikh Muhammad Shalih Al-Utsamin.
4) AN-Nasakh Wal Mansukh, Ibnu Jauzi, Pustaka Azzam, 2002

Anda mungkin juga menyukai