Anda di halaman 1dari 2

Dilalah Lafaz Dalam Al-Qur`An

Maksud dilalah lafaz atau kalimah ialah cara penunjukkan lafaz atas sesuatu
makna atau penunjukan suatu lafaz atas sesuatu yang dimaksudkan oleh
mutakallim atau orang yang berbicara. Ia dapat dibahagikan kepada tiga:

(1) Dilalah mutabiqiyyah

(2) Dilalah tadammuniyyah

(3) Dilalah Iltizamiyah

Dilalah mutabiqiyyah ialah lafaz menunjukkan kepada seluruh


pengertiannya. Atau mentafsirkan lafaz dengan seluruh petunjuknya atau
petunjuk kepada selurah makna yang ditetapkan bagi lafaz itu.

Dilalah tadammuniyyah pula ialah lafaz (petunjuk kata) kepada bahagian


maknanya, iaitu lafaz itu hanya menunjukkan kepada sebahagian dari lafaz
saja, bukan secara keseluruhan.

Sementara itu, dilalah Iltizamiyah bermaksud dilalah lafaz kepada sesuatu


yang di luar makna lafaz yang disebutkan, yang merupakan satu kemestian
baginya. Atau dengan erti sesuatu di luar kandungan maknanya, tetapi
mempunyai hubungan yang erat dengan makna yang dikandungnya. Sebagai
contoh:

          

Allah Pencipta tiap-tiap sesuatu, dan Dia-lah yang mentadbirkan serta


menguasai segala-galanya. (al-Zumar: 62)

Kalimah Khaliq menunjukkan kepada Zat Allah yang maha agung dan juga
menunjukkan kepada sifat mencipta. Jika kita memahami daripadanya zat
sahaja maka itu dilalah tadammuniyyah. Lafaz Khaliq juga menunjukkan
kepada kita secara iltizamiyyah dua sifat lain ialah Qudrat dan Ilmu. Ini
kerana, Khaliq itu tidak mungkin menciptakan sesuatu tanpa qudrat demikian
juga, tidak mungkin Dia menciptakan sesuatu tanpa sifat Ilmu.

Contoh lain,

51
            

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah:
185)

Hidayat ini merangkumi hidayat ilmu dan amalan. Kadang-kdang disebutkan


juga sebagai hidayat irshad dan hidayat tawfiq. Apabila seseorang itu
berpausa Ramadan dengan sempurna maka Allah mengurniakan kepadanya
itu dua hidayah, ilmu dan amalan. Hidayat ilmu dengan mendapat al-Qur`an
dan hidayat amalan dengan beriman dan berpuasa dengan sempurna.

Contoh lain,

            

Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang
lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (al-Mulk: 2)

Disebutkan kematian dan kehidupan sebagai makhluk kerana ia merupakan


sifat yang paling utama bagi makhluk, yang asalnya tiada lalu diadakan.
Kedua-dua keadaan ini merupakan kaitan atau ta’alluq bagi sifat Qudrat
Allah pada diri manusia.

Makna ibtila` atau ujian pula menunjukkan secara iltizamiyyah bahawa ada
natijah di sebaliknya iaitu pembalasan bagi amalan mengikut kadar
kebaikannya. Amalan yang baik itu berbeza-beza kualitinya, dari yang paling
tinggi hingga paling rendah. Tidak disebutkan amalan kejahatan kerana ia
dapat difahami secara isyarat bahawa ia yang paling patut mendapat balasan
kerana keberaniannya melanggar hukuman shara’ dan mengakibatkan
kerosakan di muka bumi.

Disebutkan sifat ‘Aziz kerana Dia maha berkuasa untuk menghukum mereka
yang gagal dalam ujian melakukan kebaikan dan dinyatakan sifat Ghafur
kerana Dia memiliki kemurahan untuk mengampuni mereka yang bertawbat.
52

Anda mungkin juga menyukai