Anda di halaman 1dari 2

Uslub penghujahan akliah dalam al-Quran

Setiap penentangan dan keraguan yang dicetuskan oleh golongan musyrikun


yang ingkar dibantah oleh al-Quran secara akliah dengan kukuh sehingga
tidak perlu ditambah lagi.
Firman Allah:
ٓ
٤٠ ‫صفَ ٰى ُكمۡ َربُّ ُكم بِ ۡٱلبَنِينَ َوٱتَّ َخ َذ ِمنَ ۡٱل َم ٰلَِئ َك ِة ِإ ٰنَثً ۚا ِإنَّ ُكمۡ لَتَقُولُونَ قَ ۡواًل َع ِظ ٗيما‬
ۡ ‫َأفََأ‬
Apakah wajar Tuhan kamu memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Dia
sendiri memilih anak-anak perempuan dari kalangan malaikat?
Sesungguhnya kamu adalah menuturkan satu perkataan (dusta) yang amat
besar. (al-Isra`: 40)
Pertanyaan ini bersifat kecaman dan celaan terhadap dakwaan golongan
musyrikun. Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak
dengan mengambil malaikat sebagai anak-anak perempuan sedangkan anak
perempuan itu pula dari jenis yang mereka tidak sukai.
Ini merupakan satu dakwaan bohong mereka kerana ia menggabungkan
antara syirik dan mengambil anak perempuan sedangkan mereka sendiri
membezakan antara anak lelaki dan perempuan dan melebihkan yang lelaki
daripada perempuan malah mereka dengan zalim dan melampau menanam
hidup-hidup anak perempuan. Dengan itu mereka mengganggap diri mereka
lebih daripada Allah s.w.t. Oleh itu Allah membantah kepercayaan mereka
itu.
Dakwaan syirik itu runtuh kerana ia tidak layak dengan kemuliaan dan
keagungan Allah kerana mengambil anak atau mempunyai sekutu merupakan
tanda kelemahan dan kekurangan yang mana ia harus kepada manusia dan
makhluk lain tetapi tidak harus bagi Allah Tuhan yang mencipta segala
makhluk. Oleh itu, Rasulullah s dan setiap orang beriman diperintahkan
supaya menegaskan kesucian dari segala bentuk kekurangan dan kelemahan.

ِّ‫ ّي ِّمنَ ٱل ُّذ ۖل‬ٞ ِ‫ك َولَمۡ يَ ُكن لَّ ۥهُ َول‬
ِ ‫يك فِي ۡٱل ُم ۡل‬
ٞ ‫َوقُ ِل ۡٱل َحمۡ ُد هَّلِل ِ ٱلَّ ِذي لَمۡ يَتَّ ِخ ۡذ َولَ ٗدا َولَمۡ يَ ُكن لَّ ۥهُ َش ِر‬
١١١ ‫يرا‬ َ ۢ ِ‫َو َكب ِّۡرهُ ت َۡكب‬
Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai
anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada
bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah
engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”
(al-Isra`: 111)

Anda mungkin juga menyukai