Anda di halaman 1dari 7

Bukan ‘A`Ishah Pencetus Fitnah Perang Jamal[1]

Muqaddimah: Rata-rata penulis sejarah Islam meletakkan


kesalahan di atas bahu „Aishah r,ha dengan menuduhnya
sebagai punca berlakunya fitnah perang Jamal yang
berakhir dengan kekalahannya kepada tentera Sayyidina
„Ali. Beliau didakwa mempunyai maksud untuk
menjatuhkan Khalifah „Ali yang telahpun dibai‟ah. Mereka
mengaitkan juga dengan kegagalan Sayyidatina „Aishah di
dalam peperangan Jamal itu dengan sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan berjaya golongan
yang dipimpin oleh seorang perempuan”. Persoalannya
adakah benar begitu pendirian Sayyidatina „Aishah, isteri
Rasulullah s.a.w. di dunia dan akhirat, guru kepada sekalian
Sahabat dan juga ibu kepada orang-orang mu`min? Apakah
maksud memimpin orang-orang Islam menemui Sayyidina
„Ali dan adakah wanita sama sekali tidak boleh menjadi
pemimpin?

َ َ َ ْ َ َ ْ َ ٌ َ َّ َ ْ ُ ْ ُ َ َّ
‫َحدثنَا عث َمان بْ ُن ال َىيْث ِه َحدثنَا َع ْيف ع ْن اْل َ َس ِن ع ْن أ ِِب بَك َرة قال‬
َ‫اَّلل َعنَيْ ِه َو َسنَّه‬
ُ َّ ‫ِب َص ََّّل‬ ْ َ َّ َ َ َ ُ َّ
َّ ‫اْل َ َمل ل َ َّما بَنَ َغ‬ َ ‫مَ َق ْد َن َف‬
َّ ‫انل‬ ‫ام‬‫ي‬‫أ‬ ‫ة‬
ٍ ‫م‬ ‫ن‬
ِ ‫ك‬ ‫ب‬ ‫اَّلل‬ ‫ِن‬ ‫ع‬
ِ ِ ِ ِ
ًَ َ ْ ْ ُ َ ْ َ ْ َّ َ ٌ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ َ ْ ُ َّ َ ً َ َّ َ
‫ارسا منكيا ابنة ِكْسى قال من يف ِنح قيم وميا أمروه امرأة‬ ِ ‫أن ف‬

Diriwayatkan daripada al-Hasan daripada Abu Bakrah


katanya: “Allah memberi satu faedah dan pengajaran

1
kepada saya apabila berlaku peperangan Jamal iaitu bila
sampai kepada Rasulullah orang-orang Parsi melantik anak
perempuan Kisra sebagai raja, Baginda bersabda: “Tidak
akan berjaya satu kaum yang melantik perempuan
memegang urusan mereka”. (al-Bukhari, no: 7099)

Apa yang disebutkan oleh Abu Bakrah adalah


kesimpulannya sendiri. Padahal Peperangan Jamal bukan
berlaku antara Sayyidatina „Aishah dan tentera Sayyidina
„Ali, tetapi antara dua puak Saba‟iyyah (Syiah) yang
masing-masing menyelinap masuk dalam kumpulan
„Aishah dan Sayyidina „Ali.

Mereka datang berjumpa Sayyidina „Ali untuk menuntutnya


supaya bertindak dengan membuat sesuatu terhadap
pembunuh Sayyidina „Uthman. Mereka menuntut
diselesaikan segera kes darah khalifah supaya tidak timbul
fitnah lain yang lebih besar. Pada masa itu, Sayyidina „Ali
telahpun dibai‟ah menjadi khalifah dan Sayyidatina „Aishah
dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah menunaikan
haji tetapi terpaksa berpatah balik ke Mekah.

Sayyidatina „Aishah yang mempunyai kedudukan dan


berwibawa telah didatangi oleh orang Islam supaya
bertindak. Beliau mahu menemui Sayyidina „Ali untuk
menasihatinya supaya tidak berlaku fitnah yang lain pula.
Bersama dengan beliau ada dua orang Sahabat besar,
Talhah dan al-Zubair. Mereka berdua telah pun berbai‟ah
2
dengan Sayyidina „Ali dan meminta keizinan dari beliau
untuk menyelesaikan masalah darah Khalifah.

Tujuan Sayyidatina „Aishah pergi ialah untuk mendamaikan


antara kedua-dua pihak bukan untuk menonjolkan dirinya
supaya menjadi khalifah. Penyelewengan sejarah telah
berlaku dengan mengatakan tujuan kedatangan „Aishah
untuk merampas jawatan khalifah. Sedangkan sebenarnya
kedatangan beliau adalah untuk kedamaian iaitu untuk
menyelesaikan kes pembunuhan Khalifah „Uthman.

Golongan munafikin yang membunuh Khalifah „Uthman


membuat perhitungan, jika Sayyidina „Ali dan „Aishah
berdamai maka mereka akan tergugat dan akan dibunuh.
Mereka mengatur rancangan dengan membuat keputusan
bahawa satu kumpulan dari mereka berada di pihak „Aishah
manakala sebahagian yang lain berada di pihak Sayyidina
„Ali. Sebelum apa-apa tindakan diambil oleh Sayyidina „Ali
dan para Sahabat, mereka secara senyap mencetuskan
peperangan antara satu sama lain. Keadaan ini
menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua-dua belah
pihak. Orang-orang yang berada di pihak Sayyidatina
„Aishah menyangka mereka diserang oleh pihak Sayyidina
„Ali dan begitu juga sebaliknya. Semuanya disebabkan oleh
perancangan jahat pembunuh Khalifah „Uthman. Pada hal,
kedua-dua pihak tersebut masih lagi berunding untuk
menyelesaikan kes pembunuhan khalifah. Keadaan menjadi
berselerakan dan berlaku pertumpahan darah yang tidak
dapat dielakkan lagi dan inilah yang dikehendaki oleh
3
musuh Sahabat. Pada asalnya mereka datang untuk
berdamai dan memulihkan keadaan tetapi muncul pula
fitnah yang lain.

Dengan kekuatan tentera yang dimilikinya, Sayyidina „Ali


berjaya menguasai keadaan kerana pada masa itu, pasukan
Sayyidatina „Aishah tidak mempunyai kelengkapan yang
mencukupi kerana tujuan kedatangan bukan untuk
berperang dan jauh sekali dengan tujuan untuk
memberontak dan merebut jawatan khalifah daripada
Sayyidina „Ali.

Apabila Sayyidina „Ali dapat menguasai keadaan, beliau


tetap menunjukkan hormatnya kepada Sayyidatina „Aishah
dengan menghantar pulang ke Madinah. Kepada
pasukannya, beliau berpesan supaya tidak menjadikan
peperangan ini seperti peperangan lain kerana perang ini
berlaku sesama sendiri. Harta pihak „Aishah tidak boleh
dijadikan sebagai ghanimah. Mereka yang lari tidak boleh
dikejar dan yang terbunuh hendaklah disemadikan sebagai
seorang Islam[2].

Pada pendapat Abu Bakrah iaitu apa yang berlaku adalah


kesilapan „Aishah kerana beliau yang mengetui pasukan
dan memahami hadith “Tidak akan berjaya satu kaum yang
melantik perempuan memegang urusan mereka” sebagai
berlaku kepada „Aishah. Apa yang difahami oleh Abu

4
Bakrah adalah pendapatnya sendiri bukan mewakili semua
Sahabat.

Dengan alasan pendapat inilah, ada ulama‟ menyimpulkan


bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin baik di
peringkat yang tertinggi atau bawah.

Sedangkan perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulama‟


dan tidak boleh berhujah dengan hadith ini untuk
mengatakan wanita tidak boleh menjadi pemimpin sama
sekali. Ini kerana apa yang disabdakan oleh Rasulullah
s.a.w itu mempunyai latar belakang dan sebab yang khusus
iaitu merujuk kepada Kisra Parsi yang melantik anak
perempuannya sebagai raja.

Sekiranya secara mutlak wanita tidak boleh menjadi


pemimpin tentu Sayyidina „Umar tidak akan melantik
Shifa` binti „Abdullah menjadi ketua yang bertanggunjawab
terhadap bandar Madinah. Keluarnya Sayyidatina „Aishah
menemui „Ali dengan tujuan untuk menasihatinya
menunjukkan wanita boleh keluar dari rumahnya sekiranya
ada keperluan dengan maksud yang baik dan dia boleh
terlibat dengan urusan politik. Sekiranya „Aishah
mengetahui dan memahami hadith tersebut bahawa
perempuan tidak boleh menjadi pemimpin (seperti yang
difahami oleh Abu Bakrah) tentu dari awal lagi beliau tidak
akan terlibat. Ini menunjukkan bahawa „Aishah berpendapat
harus keluar dengan maksud yang baik itu.
5
Cuma apa yang berlaku kepada „Aishah adalah sesuatu
yang di luar jangkaan. Kedatangan beliau dan
rombongannya dengan tujuan yang baik dan suasana yang
damai telah bertukar menjadi fitnah akibat konspirasi
perancangan jahat golongan munafikin atau Saba`iyyah
(pengikut Abdullah bin Saba‟, Syiah). Dalam hal ini, beliau
tidak boleh dipersalahkan kerana semata-mata beliau
seorang wanita.

Dari segi kenyataan, jatuh bangun sesebuah kerajaan bukan


terletak kepada jantina pemerintahnya, tetapi berdasarkan
kepada kebijaksanaan, ketelusan dan keadilan. Sekian
banyak negara yang ma‟mur dan maju di bawah
pemerintahan wanita yang adil dan bijaksana. Sementara
itu, berapa banyak kerajaan yang diperintah oleh pemimpin
lelaki yang rasuah akhirnya mundur dan jatuh.

Ada juga ulama‟ yang berpendapat wanita boleh menjadi


pemimpin di semua peringkat kecuali di peringkat wilayah
kubra iaitu kepimpinan tertinggi negara. Walau
bagaimanapun, al-Qur‟an merakamkan kisah Baqis yang
menjadi raja sebuah negara yang ma‟mur dan maju.
Kehebatan kerajaannya itu tidak dapat dikalahkan kecuali
oleh kerajaan Nabi Sulaiman.

6
Sifat atau keadaan pendapat Abu Bakrah ini sama seperti
pendapat Sahabat yang lain di mana mereka
mengemukakan pendapat mengikut pemahaman masing-
masing. Sebagaimana adanya khilaf di kalangan Sahabat
dalam masalah-masalah fiqh maka begitu juga dalam
masalah ini. Tidak semestinya seseorang itu terikat dengan
pendapat salah seorang Sahabat.

_____________________________________________

[1] Artikel ini ditulis oleh Ust Muhammad Hanief Awang


Yahaya berdasarkan kepada kuliah Sahih al-Bukhari, hadis
nombor 7099, Kitab al-Fitan yang disampaikan oleh
Maulana Muhammad „Asri Yusuf pada 18 Disember 2006.
Segala kekurangan dan ketidaktepatan maksud adalah
tanggungjawab penulis bukan pengkuliah.

[2] Lihat Dr. „Ali Muhammad Muhammad al-Sallabi,


Asma al-Matalib Fi Sirah Amir al-Mu`minin „Ali bin Abi
Talib, hal. 548

Anda mungkin juga menyukai