Anda di halaman 1dari 21

MUQADIMAH

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

‫الحمد هلل والصالة والسالم على رسول هلل و على آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم‬
.‫الدين أم بعد‬
Diantara pokok-pokok keimanan yang harus diimani oleh seorang hamba adalah
“Beriman dengan malaikat-malaikat Allah”. Di samping itu, manusia juga harus percaya bahawa
kewujudan Iblis, Jin dan juga Syaitan. Hal ini telah banyak dalil-dalil daripada Al Quran dan
juga hadis shohih yang menyentuh berkenaan tentang Jin.

Al-Qurān, As-Sunnah dan Ijma’ kaum Muslimin menunjukkan tentang wajibnya beriman
dengan mereka. Dan kekufuran dengan malaikat adalah kekufuran dengan Allah swt. Semakin
seseorang mengetahui tentang malaikat Allah secara terperinci maka akan semakin bertambah
keimanannya dan akan semakin banyak manfaatnya.

Allah berfirman:

٣١ َ‫ال فَ َما خَ ۡطبُ ُكمۡ َأيُّهَا ۡٱل ُم ۡر َسلُون‬


َ َ‫۞ق‬
31. Nabi Ibrahim bertanya: (Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?

Malaikat adalah makhluq Allah yang diciptakan dari cahaya, tidak mengetahui jumlahnya
kecuali Allah. Allah telah memilih mereka untuk beribadah kepada Allah. Beriman dengan
malaikat adalah termasuk rukun iman yang tidak sah keimanan seseorang sampai beriman
dengan malaikat-malaikat Allāh swt.

Dan Allah swt berfirman:

‫ي َأن َز َل ِمن قَ ۡب ۚ ُل‬ ِ َ‫ب ٱلَّ ِذي نَ َّز َل َعلَ ٰى َرسُولِ ِهۦ َو ۡٱل ِك ٰت‬
ٓ ‫ب ٱلَّ ِذ‬ ِ َ‫وا بِٱهَّلل ِ َو َرسُولِ ِهۦ َو ۡٱل ِك ٰت‬ ْ ُ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمنُ ٓو ْا َءا ِمن‬
ٓ
١٣٦ ‫ض ٰلَاَۢل بَ ِعيدًا‬ َ ‫ض َّل‬ َ ‫َو َمن يَ ۡكفُ ۡر بِٱهَّلل ِ َو َم ٰلَِئ َكتِ ِهۦ َو ُكتُبِ ِهۦ َو ُر ُسلِ ِهۦ َو ۡٱليَ ۡو ِم ٱأۡل ٓ ِخ ِر فَقَ ۡد‬
136. Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya,
dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w) dan
1
juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur
ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan
juga hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Dari dua dalil di bawah ini, kita sebagai orang yang beriman wajib hukumnya untuk
mengimani bahwa selain manusia, Allah juga telah menciptakan makhluk yang bernama jin.

Allah berfirman:

َ ‫ت ۡٱل ِج َّن َوٱِإۡل‬


ِ ‫نس ِإاَّل لِيَ ۡعبُ ُد‬
٥٦ ‫ون‬ ُ ‫َو َما َخلَ ۡق‬

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepadaKu.

Rasulullah saw bersabda,

‫ﺧﻠﻘﺖ ﺍﻟﻤﻼﺋﻜﺔ ﻣﻦ ﻧﻮﺭ ﻭ ﺧﻠﻖ ﺍﻟﺠﺎﻥ ﻣﻦ ﻣﺎﺭﺝ ﻣﻦ ﻧﺎﺭ ﻭ ﺧﻠﻖ ﺁﺩﻡ ﻣﻤﺎ ﻭ ﺻﻒ ﻟﻜﻢ‬

( ‫) ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬
"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api yang menyala, dan Adam diciptakan
dari apa yang kalian sifati (tanah)". (HR. Muslim)

1.0 MAKSUD MALAIKAT

2
Perkataan malaikat ‫ مالئكة‬merupakan perkataan jamak dari kalimah malak ‫مالك‬ yang
bermaksud kekuatan. Hal ini demikian malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada
ketentuan dan perintah Allah.

Maksud malaikat dari segi istilah ialah hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada
cahaya lagi mulia yang terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami
atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka juga tidak tidur dan tidak makan
serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah.
Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak. Malaikat
dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang
bergerak laju).

Tugas para malaikat patuh kepada perintah Allah dan segala tugas yang diberikan kepadanya.
Malaikat tidak mempunyai perasaan atau kemahuan tersendiri serta malaikat juga tidak
mempunyai kebebasan bergerak atau melakukan apapun diluar perintah Allah. Allah berfirman
di dalam Al Quran:

٥٠ ۩ َ‫يَخَافُونَ َربَّهُم ِّمن فَ ۡوقِ ِهمۡ َويَ ۡف َعلُونَ َما ي ُۡؤ َمرُون‬
“mereka takut kepada tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang
diperintahkan (kepada mereka).” (An-Nahl: 50)

2.0 BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Setiap muslim wajib beriman kepada malaikat dengan tafsil (‫ )تفصيل‬dan ijmal (‫)إجمال‬.

2.1 Beriman kepada malaikat tafsil

3
Beriman dengan tafsil adalah beriman akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan
bukan mempercayai mereka itu sebagai satu kumpulan dan percaya yang tiap satunya adalah
malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil:

1. Malaikat Jibril
2. Malaikat Mikail
3. Malaikat ‘Izrail
4. Malaikat Israfil
5. Malaikat Raqib
6. Malaikat ‘Atid
7. Malaikat Munkar
8. Malaikat Nakir
9. Malaikat Malik
10. Malaikat Ridhwan

2.2 Beriman kepada malaikat ijmal

Beriman kepada malaikat ijmal ialah mempercayai kewujudnya malaikat yang lain selain
daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak
diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.

Antara malaikat yang wajib diketahui secara ijmal ialah malaikat pemegang atau yang
menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat
lagi menjadikannya lapan malaikat penanggung arasy. Selain itu, wujudnya malaikat penjaga
manusia atau Hafzah. Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui
ialah:

 Malaikat Zabaniyah - malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga


ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.
 Hamalatul Arasy - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya
akan ditambah empat menjadi lapan)
 Malaikat Harut dan Marut

4
3.0 SEJARAH MALAIKAT

Kewujudan malaikat diciptakan sebelum kewujudan Nabi Adam sebagai manusia pertama


dan menjadi khalifah di muka bumi. Malah, malaikat juga yang diperintahkan oleh Allah untuk
mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam. Malaikat pertama
yang diutuskan Allah untuk mengambil tanah ialah Malaikat Jibril kemudian Malaikat Mikail
namun kedua-duanya gagal dan pulang ke hadrat Allah kerana tanah menangis memohon agar
tidak mengambil mereka sebaliknya mengambil bahan-bahan lain untuk dijadikan manusia.
Kemudian Allah mengutuskan malaikat Izrail dengan taat dan tanpa menghiraukan tangisan
tanah, maka Izrail merentap mereka dan membawanya kepada Allah. Sempena peristiwa ini
Allah telah melantik Izrail sebagai malaikat pencabut nyawa "Malaikatul Maut". Tugas ini
ditolak Izrail kerana sekiranya manusia akan mengutuk serta membencinya namun Allah
memberi jaminan kepada Izrail dengan menjadikan setiap maut pasti ada penyebabnya agar Izrail
tidak dipersalahkan.

4.0 ALAM, SIFAT DAN CIRI-CIRI MALAIKAT

Tabiat malaikat ialah taat sepenuhnya kepada Allah s.w.t, tunduk kepada kehebatan Allah dan
melaksanakan segala perintah-Nya. Mereka melaksanakan segala urusan di ala mini dengan
kehendak Allah s.w.t. Allah menguruskan kerajaan-Nya melalui mereka. Mereka tidak mampu
membuat sesuatupun secara berasingan. Firman Allah s.w.t:

٥٠ ۩ َ‫يَخَافُونَ َربَّهُم ِّمن فَ ۡوقِ ِهمۡ َويَ ۡف َعلُونَ َما ي ُۡؤ َمرُون‬
50. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta
mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.

Firman-Nya lagi:

٢٧ َ‫اَل يَ ۡسبِقُونَ ۥهُ بِ ۡٱلقَ ۡو ِل َوهُم بَِأمۡ ِر ِهۦ يَ ۡع َملُون‬

5
27. Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang
diperintahkanNya.

Firman-Nya lagi:

‫َاد اَّل‬ٞ ‫ظ ِش «د‬ٞ ‫وا قُ ٓو ْا َأنفُ َس ُكمۡ َوَأ ۡهلِي ُكمۡ ن َٗارا َوقُو ُدهَا ٱلنَّاسُ َو ۡٱل ِح َج« ا َرةُ َعلَ ۡيهَ««ا َم ٰلَِٓئ َك« ةٌ ِغاَل‬
ْ ُ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬
٦ َ‫يَ ۡعصُونَ ٱهَّلل َ َمٓا َأ َم َرهُمۡ َويَ ۡف َعلُونَ َما ي ُۡؤ َمرُون‬
6. Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka
yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal
oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah
dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan.

Berikut merupakan ciri-ciri malaikat menurut Syeikh Abd al-Rahman Hasan Habannakah al-
Maidani dalam bukunya Al-‘Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha dalam halaman 235-240:

 Makhluk daripada cahaya.

 Malaikat bersama kita tetapi kita tidak dapat melihat mereka.

 Malaikat mampu menyerupai segala sesuatu dan berubah bentuk.

 Kekuatan dan kemampuan mereka luar biasa seperti memikul arasy dan meniup sangkakala.

 Taat hanya kepada Allah SWT

 Hampir kepada Allah SWT dan dimuliakan-Nya.

 Sebagai utusan kepada para Nabi.

 Mampu naik dan turun daripada langit ke bumi tanpa sebarang masalah.

 Takut hanya kepada-Nya.

 Makhluk sebelum terciptanya manusia.

 Mempunyai sayap dua pasang, tiga pasang dan empat pasang.

6
Ketika peristiwa Israk dan Mikraj itu, Rasulullah yang melihat Malaikat Jibril dalam keadaan
rupanya yang sebenar lantas memuji Malaikat Jibril akan kehebatannya. Malaikat Jibril
mempunyai 600 sayap, apabila dibuka satu sayap maka gelaplah seluruh bumi ini. Namun
begitu, Malaikat Jibril mengatakan kepada Rasulullah bahawa jangan memujinya kerana
Rasulullah masih belum melihat Malaikat lain yang lebih hebat kejadiannya. Lalu Rasulullah
bertanya kepada Malaikat Jibril, jika masih ada Malaikat yang lebih hebat daripadanya?"
Malaikat Jibril menjawab,

"Ya, ada. Malaikat Israfil mempunyai 1,200 sayap, yang satu sayapnya menyamai 600 sayap
Malaikat Jibril."

Sesudah itu, Rasulullah bertanya lagi," Adakah Malaikat Israfil paling hebat?" Jawab Malaikat
Jibril,

"Tidak, Malaikat yang memikul Arasy Allah. Malaikat ini mempunyai 2,400 sayap yang satu
sayapnya menyamai 1,200 sayap Malaikat Israfil".

Salah satu riwayat memperihalkan pula tentang saiz Malaikat pemikul Arasy itu.

5.0 PENCIPTAAN MALAIKAT

‫صفَ لَ ُك ْم‬
ِ ‫ق آ َد ُم َعلَ ْي ِه ال َّسالَم ُو‬
َ ِ‫َار و ُخل‬
ٍ ‫ج ِم ْن ن‬ ُّ ‫ت ْال َج‬
ِ ‫ان ِم ْن َم‬
ٍ ‫ار‬ ٍ ُ‫ت ْال َمالَِئ َكةُ ِم ْن ن‬
ْ َ‫ور و ُخلِق‬ ْ َ‫ُخلِق‬

(‫)روه مسلم‬
Malaikat diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan daripada lidah api dan Adam diciptakan
daripada apa yang telah disifatkan kepada kamu (tanah).

(Riwayat Muslim)

6.0 10 TUGAS MALAIKAT YANG WAJIB DIKETAHUI


6.1 Malaikat Jibril
Malaikat yang menurunkan wahyu ialah Malaikat Jibril. Firman Allah

7
َ ‫ـج ۡب ِري َل فَ«ِإنَّ ۥهُ نَ« َّزلَهۥُ َعلَ ٰى قَ ۡلبِ««كَ بِ«ِإ ۡذ ِن ٱهَّلل ِ ُم‬
‫ص«د ِّٗقا لِّ َم««ا بَ ۡينَ يَد َۡي« ِه َوهُ« ٗ«دى َوب ُۡش« َر ٰى‬ ِ ِّ‫قُ ۡل َمن َكانَ َع ُد ٗ ّوا ل‬
٩٧ َ‫لِ ۡل ُم ۡؤ ِمنِين‬
97. Katakanlah: Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah
menurunkannya (Al Qur´an) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa
(kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-
orang yang beriman.

Malaikat Jibril dikenali dengan nama Ruh al-Amin. Firman Allah

َ‫ك لِتَ ُك««ونَ ِمنَ ۡٱل ُمن « ِذ ِرين‬


َ « ِ‫ َعلَ ٰى قَ ۡلب‬١٩٣ ‫ين‬
ُ ‫ نَ««زَ َل بِ « ِه ٱل««رُّ و ُح ٱَأۡل ِم‬١٩٢ َ‫َنزي « ُل َربِّ ۡٱل ٰ َعلَ ِمين‬
ِ ‫َوِإنَّهۥُ لَت‬
١٩٤
192. Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut)
adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
193. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
194. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari
pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

Juga dikenali dengan nama Ruhul Qudus. Firman Allah:

١٠٢ َ‫وا َوهُ ٗدى َوب ُۡش َر ٰى لِ ۡل ُم ۡسلِ ِمين‬ ِّ ‫ك بِ ۡٱل َح‬
ْ ُ‫ق لِيُثَبِّتَ ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬ ۡ
ِ ‫قُ ۡل نَ َّزلَهۥُ رُو ُح ٱلقُ ُد‬
َ ِّ‫س ِمن َّرب‬
102. Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Rohulqudus (Jibril)
dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman
orang-orang yang beriman dan untuk menjadi hidayat petunjuk serta berita yang
menggembirakan bagi orang-orang Islam.

6.2 Malaikat Mikail


Malaikat Malik ditugaskan oleh Allah untuk menurunkan hujan dan rezeki. Semuanya itu
diatur oleh Mikail dengan sebaik-baiknya. Untuk itu ia dibantu oleh beberapa ramai lagi
malaikat yang lain-lain.

8
6.3 Malaikat ‘Izrail
Malaikat ‘Izrail ini adalah mengetuai lain-lain malaikat dalam urusan mencabut nyawa.
Di dalam al-Quran disebut ‘Malaikat-Maut’ yang beerti ‘Malaikat Urusan Mati’. Rupa
malaikat ini, menurut kitab-kitab tauhid, adalah amat menakutkan, ngeri dan dahsyat,
hingga tidaklah sanggup menentang wajahnya. Wajahnya sentiasa memandang dan
menghadapi Lauhul-Mahfudz. Dengan itu seluruh makhluk Tuhan sentiasa berada di
hadapan matanya sahaja.

Ketika ditariknya nyawa, roh itu akan dikeluarkan dari segala sendi-sendinya dan hujung-
hujung jarinya. Dalam Firman Allah:

ُ ‫َحتَّ ٰ ٓى ِإ َذا َجٓا َء َأ َح َد ُك ُم ۡٱل َم ۡو‬


٦١ َ‫ت تَ َوفَّ ۡتهُ ُر ُسلُنَا َوهُمۡ اَل يُفَرِّ طُون‬
61. apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil
(nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu)
tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

Di samping itu, para malaikat ini diperintahkan juga supaya memberi penghormatan yang
baik kepada orang-orang yang baik amalannya. Firman Allah:

ْ ُ‫ون َس ٰلَ ٌم َعلَ ۡي ُك ُم ۡٱد ُخل‬ ٓ


َ ُ‫وا ۡٱل َجنَّةَ بِ َما ُكنتُمۡ تَ ۡع َمل‬
٣٢ ‫ون‬ َ ِ‫ين تَتَ َوفَّ ٰىهُ ُم ۡٱل َم ٰلَِئ َكةُ طَيِّب‬
َ ُ‫ين يَقُول‬ َ ‫ٱلَّ ِذ‬
32. (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih
suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: Selamat
sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah
kamu kerjakan.

6.4 Malaikat Israfil

Malaikat ini diserahkan urusan yang berhubung dengan Hari Kiamat. Allah perintah
kepada Malaikat Israfil ini untuk meniup sangkakalanya. Apabila ditiup saja maka

9
terjadilah gempa hebat yang menggegar alam buani ini. Langit pecah-belah, bumi
merekah dan runtuh, bulan, bintang dan matahari berlanggaran dan berguguran, lautan
menjadi api, gunung-gunung meletup dan tercampak ke sana sini bagai kapas yang
berterbangan, bangunan-bangunan runtuh dan roboh, mayat-mayat terbungkas dan
terlempar keluar dari perut bumi, manusia dan makhluk-makhluk yang ada akan mati
semuanya.
Ia dikatakan akan meniup sangkakalanya sebanyak dua kali; kali pertama tiupannya akan
mengkiamatkan dunia kita ini dan kali kedua tiupannya akan menjadikan semua yang
mati dahulu hidup kembali untuk menerima pengadilan dan pembalasannya di padang
mahsyar.

6.5 Malaikat Munkar dan Nakir

Kedua-dua malaikat ini akan bertindak untuk menyoal dan memeriksa orang mati dalam
kuburnya. Rasulullah s.a.w menerangkan: “Apabila seorang hamba Allah itu meninggal
dunia, maka datanglah menemuinya dua malaikat yang hitam biru. Dikatakan salah
seorang daripadanya bernama Munkar yang bertindak sebagai jurutanya dan seorang lagi
bernama Nakir yang bertindak selaku pembelasah yang sangat menakutkan orang.

6.6 Malaikat Raqib dan ‘Atid

Kedua-dua malaikat ini biasa juga disebut sebagai malaikat kiraman dan katibin. Kedua-
dua malaikat ini ditugaskan oleh Allah untuk mencatitkan segala amal dan perbuatan
manusia di dunia, baik merupakan pekerjaan jahat ataupun pekerjaan yang baik.
Pekerjaan yang baik dicatitkan oleh Malaikat Raqib dan pekerjaan yang jahat dicatitkan
oleh Malaikat ‘Atid. Kedua-duanya berdiri di kanan dan di kiri manusia. Mereka sentiasa
menjaga dan mengawasi segala perkara yang keluar dari mulut manusia. Hingga tiada
satu hal pun yang ketinggalan dari catitannya melainkan semuanya tercatit dan terakam
dengan rapinya.
Firman Allah:

١٨ ‫يد‬ٞ ِ‫َّما يَ ۡلفِظُ ِمن قَ ۡو ٍل ِإاَّل لَ َد ۡي ِه َرقِيبٌ َعت‬


10
18. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang
dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia
(menerima dan menulisnya).

َ ُ‫ون َما تَ ۡف َعل‬


١٢ ‫ون‬ َ ِ‫ ِك َر ٗاما ٰ َكتِب‬١٠ ‫ين‬
َ ‫ يَ ۡعلَ ُم‬١١ ‫ين‬ َ ‫َوِإ َّن َعلَ ۡي ُكمۡ لَ ٰ َحفِ ِظ‬
10. Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala
bawaan kamu,
11. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-
amal kamu);
12. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

6.7 Malaikat Malik


Malaikat ini menjadi ketua dalam urusan neraka, iaitu suatu tempat di mana manusia
menerima ganjaran seksa yang amat pedih atas segala dosa yang diperbuatnya selama
hidupnya di dunia dahulu. Ia dibantu oleh beberapa banyak lagi malaikat yang lain yang
dikenal sebagai Malaikat Zabaniah

6.8 Malaikat Ridhwan


Malaikat ini menjadi ketua dalam urusan syurga, iaitu tempat manusia menerima
ganjaran baik dan pahala dari perbuatan-perbuatan baik dan amal soleh yang dikerjakan
selama hidupnya di dunia dahulu. Layanan yang diberikan di dalam syurga sangatlah
memuaskan. Pendek kata, semua dan segala yang termasuk urusan syurga adalah
diselenggarakan dengan sebaik-baiknya oleh Malaikat Ridhwan ini. Firman Allah:

‫ق ٱلَّ ِذينَ ٱتَّقَ ۡو ْا َربَّهُمۡ ِإلَى ۡٱل َجنَّ ِة ُز َم« ر ًۖا َحتَّ ٰ ٓى ِإ َذا َجٓا ُءوهَ««ا َوفُتِ َح ۡت َأ ۡب ٰ َوبُهَ««ا َوقَ««ا َل لَهُمۡ َخ َزنَتُهَ««ا َس« ٰلَ ٌم‬
َ ‫َو ِسي‬
٧٣ َ‫َعلَ ۡي ُكمۡ ِط ۡبتُمۡ فَ ۡٱد ُخلُوهَا ٰ َخلِ ِدين‬

11
73. Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga
dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-
pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-
kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam
Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk) -

7 HUKUM BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Beriman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah
percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah benar-benar wujud. Malaikat
bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara
majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul yang menjadikan
perantara di antara malaikat dan para nabi itu.

Dalil beriman dengan kewujudan malaikat;

ۡ ۡ ٰ ِ ‫وا ُوجُوهَ ُكمۡ قِبَ« َل ۡٱلم ۡش«رق و ۡٱلم ۡغ« ر‬ ْ ُّ‫س ۡٱلبِ َّر َأن تُ َول‬
ِ ‫ب َولَ ِك َّن ٱلبِ« َّر َم ۡن َءا َمنَ بِٱهَّلل ِ َوٱليَ ۡ«و ِم ٱأۡل ٓ ِخ‬
‫«ر‬ ِ َ َ ِ ِ َ َ ‫۞لَّ ۡي‬
ٓ
‫يل‬ َّ َ‫««ربَ ٰى َو ۡٱليَ ٰتَ َم ٰى َو ۡٱل َم ٰ َس«« ِكينَ َو ۡٱبن‬
ِ ِ‫ٱلس««ب‬ ۡ ُ‫««ال َعلَ ٰى ُحبِّ ِهۦ َذ ِوي ۡٱلق‬
َ ‫ب َوٱلنَّبِ‍يِّۧنَ َو َءاتَى ۡٱل َم‬ ِ َ‫َو ۡٱل َم ٰلَِئ َك«« ِة َو ۡٱل ِك ٰت‬
‫ين فِي‬ َّ ٰ ‫وا َو‬
«َ ‫ٱلص«بِ ِر‬ ْ ۖ ‫صلَ ٰوةَ َو َءاتَى ٱل َّز َك ٰوةَ َو ۡٱل ُموفُونَ بِ َع ۡه« ِد ِهمۡ ِإ َذا ٰ َعهَ« ُد‬ َّ ‫ب َوَأقَا َم ٱل‬
ِ ‫َوٱلسَّٓاِئلِينَ َوفِي ٱل ِّرقَا‬
ٓ ْ ۖ ُ‫ص َدق‬ ٓ ۗ ۡ ۡ
١٧٧ َ‫وا َوُأوْ ٰلَِئكَ هُ ُم ۡٱل ُمتَّقُون‬ َ َ‫س ُأوْ ٰلَِئكَ ٱلَّ ِذين‬
ِ ‫ضرَّٓا ِء َو ِحينَ ٱلبَأ‬ َّ ‫ۡٱلبَ ۡأ َسٓا ِء َوٱل‬
177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan
tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-
malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya,
anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-
orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan
menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-
orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-
orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

12
8 KISAH AZAZIL (YANG MERUPAKAN KETUA/IMAM MALAIKAT)

Sebelum Iblis direjam dan dilaknat oleh Allah, Iblis merupakan ketua yang memimpin para
malaikat di syurga. Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat
mempelajari dan mengamalkan sihir. Walau bagaimanapun, mereka telah diberi keampunan oleh
Allah.

Siapakah sebenarnya Azazil? Barangkali persoalan ini tidak pernah terlintas dalam fikiran
kita kerana kita tidak pernah tahu akan wujudnya makhluk yang bernama Azazil ini. Namun,
makhluk ini masih hidup sehingga kini dan ia berada dekat dengan kita. Ada juga diantara kita
yang beranggapan bahawa Azazil ini merupakan sejenis malaikat. Namun sebenarnya ia
bukanlah malaikat tetapi ia adalah sejenis makhluk yang berasal daripada golongan jin dan
kerana kuatnya dia beribadat, dia telah diangkat menhadi Ketua Malaikat. Oleh kerana
keangkuhannya dia telah menjadi makhluk yang paling dilaknat oleh Allah swt dan dialah yang
dikenali sebagai Iblis perosak anak cucu adam sehingga hari kiamat. Mari kita ikuti kisah Azazil
yang diusir dari Syurga.

Nama asal Iblis adalah Azazil dia tinggal di bumi. Dia sangat taat dengan perintah Allah swt
dan telah menyembah Allah selama 1000 tahun. Oleh kerana itu, Allah swt telah mengangkatnya
ke langit pertama. Disitu juga dia telah menyembah Allah selama 1000 tahun lalu dia diangkat
lagi ke langit ke-2. Dia terus beribadat tanpa rasa jemu bertahun-tahun lamanya dan dia terus
diangkat dari langit ke langit hingga ke syurga dan akhirnya dia telah telah dilantik menjadi
ketua atau imam kepada semua Malaikat. Ibadatnya kepada Allah sangat banyak dan ada riwayat
yang mengatakan bahawa Azazil telah beribadat kepada Allah selama 80000 tahun dan tiada
tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah.

Berdasarkan satu riwayat, pada suatu ketika Malaikat Israfil telah melihat akan satu perkara
yang tersurat di Loh Mahfuz iaitu:

"Adanya satu hamba Allah yang telah beribadah selama 80000 tahun tetapi hanya kerana satu
kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari
kiamat."

Maka, menangislah Israfil apabila melihat akan suratan tersebut kerana khuatir perkara itu
merujuk kepada dirinya sendiri. Israfil terus menceritakannya kepada sekalian Malaikat lalu

13
menangislah mereka kerana takut dan bimbang akan nasib diri mereka. Mereka pun pergi
bertemu dengan imam mereka iaitu Azazil dan memintanya mendoakan keselamatan untuk
seluruh Malaikat. Azazil pun mendoakan mereka dengan doa;

"Ya Allah, janganlah Engkau murka terhadap mereka (para Malaikat)."

Namun malang buat Azazil kerana dia lupa untuk mendoakan dirinya sendiri. Lantas Azazil terus
menuju ke Syurga dan di atas pintu Syurga dia terlihat suatu suratan yang menyatakan;

"Ada satu hamba daripada kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah
diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tetapi hamba tersebut mengingkari perintah
Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat."

Selain daripada doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali sebagai Sayidul Malaikat dan
Khazinul Jannah (bendahawan Syurga). Semua lapisan langit dan para penghuninya
menggelarkannya Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan dengan gelaran yang berbeza di mana
di lapisan langit yang pertama dia digelar sebagai Aabid yang merujuk kepada ahli ibadah yang
mengabadikan diri secara luar biasa kepada Allah swt. Dilangit kedua pula dia digelar Raki iaitu
ahli ruku' kepada Allah swt. Saajid atau ahli sujud pula gelarannya dilapisan langit ketiga,
manakala Khaasyi gelarannya di langit keempat kerana kerana selalu merendah diri dan takut
kepada Allah swt. Dilangit ke enam pula dia digelar Mujtahid kerana kesungguhan ketika
beribadah kepada Allah swt dan dilangit ke tujuh dia diberi gelaran Zaahid kerana
kesederhanaannya dalam menjalani kehidupannya.

Azazil si penghulu para Malaikat telah menyandang semua gelaran terhormat dan
kemuliaan selama 120 ribu tahun sehingga tiba suatu di mana seluruh malaikat melalukan
musyawarah besar atas undangan Allah swt. Pada waktu itu, Allah swt telah mengutarakan
maksud untuk menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi. Sekalian Malaikat
kemudian menyatakan bahawa:
ٰٓ ۡ
ُ ِ‫ض خَ لِيفَ ٗ ۖة قَالُ ٓو ْا َأت َۡج َع ُل فِيهَا َمن ي ُۡف ِس ُد فِيهَا َويَ ۡس««ف‬
‫ك ٱل « ِّد َمٓا َء‬ ِ ۡ
‫ر‬ ‫َأۡل‬ ‫ٱ‬ ‫ي‬ ِ ‫ف‬ ٞ
‫ل‬ ‫اع‬
ِ ‫ج‬َ ‫ي‬ ِّ ‫ن‬‫ِإ‬ ‫ة‬
ِ َ
‫ك‬ ‫ِئ‬َ ‫ك لِل َمل‬ َ َ‫َوِإ ۡذ ق‬
َ ُّ‫ال َرب‬
٣٠ َ‫ال ِإنِّ ٓي َأ ۡعلَ ُم َما اَل ت َۡعلَ ُمون‬ َ َ‫َون َۡح ُن نُ َسبِّ ُح بِ َحمۡ ِدكَ َونُقَ ِّدسُ لَ ۖكَ ق‬
30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu

14
dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang
akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Lalu Allah swt menciptakan khalifah pertama iaitu Adam as dan memerintahkan agar seluruh
Malaikat untuk sujud kepada Adam termasuk Azazil yang menjadi imam kepada Para Malaikat
sepatutnya sujud kepada Adam as namun kerana dia merasakan dirinya lebih baik daripada
Adam dia enggan sujud sementara itu para Malaikat terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja enggan untuk sujud, malah dengan angkuhnya dia menjawab kepada Allah :

٦١ ‫ال َءَأ ۡس ُج ُد لِ َم ۡن خَ لَ ۡقتَ ِط ٗينا‬ َ ِ‫وا أِل ٓ َد َم فَ َس َج ُد ٓو ْا ِإٓاَّل ِإ ۡبل‬


َ َ‫يس ق‬ ۡ ‫َوِإ ۡذ قُ ۡلنَا لِ ۡل َم ٰلَِٓئ َك ِة‬
ْ ‫ٱس ُج ُد‬

61. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada
Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada
(makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?

Keengganannya untuk sujud kerana berpunca perasaan hasad dengki dan iri hatinya apabila
Allah melantik Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan daripada api sedangkan
manusia dijadikan daripada tanah yang busuk dan melekat. Akibat daripada keangkuhan dirinya
itu, dia telah dihalau dari Syurga. Namanya telah diubah kepada Iblis dan Iblis berjanji untuk
menyesatkan manusia serta keturunannya. Iblis berkata:

٦٢ ‫ي لَِئ ۡن َأ َّخ ۡرت َِن ِإلَ ٰى يَ ۡو ِم ۡٱلقِ ٰيَ َم ِة َأَل ۡحتَنِ َك َّن ُذ ِّريَّتَ ٓۥهُ ِإاَّل قَلِياٗل‬
َّ َ‫ال َأ َر َء ۡيتَكَ ٰهَ َذا ٱلَّ ِذي َكرَّمۡ تَ َعل‬
َ َ‫ق‬
62. Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan
mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan
memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)

Allah berfirman kepada Iblis:

ٗ ُ‫ال ۡٱذه َۡب فَ َمن تَبِ َعكَ ِم ۡنهُمۡ فَِإ َّن َجهَنَّ َم َجزَٓاُؤ ُكمۡ َج َزٓاءٗ َّم ۡوف‬
٦٣ ‫ورا‬ َ َ‫ق‬

15
63. Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)!
Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahannamlah
balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.

Bibit kesombongan Azazil sudah tersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatangi agar
mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil
berkata,"Ya Allah! HambaMu yang manakah yang berani menentang perintahMu, sungguh aku
ikut mengutuknya." Azazil lupa bahawa dirinya juga adalah hamba Allah dan tidak menyedari
bahawa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga, juga boleh menimpa kepada
sesiapa sahaja termasuk dirinya. Lalu demi mendengar ketetapan Allah Iblis bertambah nekad
seraya meminta kepada Allah agar diberikan penangguhan. Katanya,"Ya Allah, beri tangguhlah
aku sampai mereka ditangguhkan." Allah bermurah hati dan Iblis mendapat apa yang dia minta
iaitu "masa hidup panjang" selama manusia masih hidup di muka bumi sebagai khalifah.

Maka kata Allah,"Yang benar adalah sumpahKu dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan.
Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jananam dengan jenis dari golongan kamu dan
orang-orang yang mengikutimu diantara mereka semuanya."

َ « ‫يس َك««انَ ِمنَ ۡٱل ِجنِّ فَفَ َس‬


ُ‫ق ع َۡن َأمۡ « ِر َربِّ ۗ ِٓۦه َأفَتَتَّ ِخ« ُذونَ ۥه‬ َ ِ‫وا أِل ٓ َد َم فَ َس « َج ُد ٓو ْا ِإٓاَّل ِإ ۡبل‬ ۡ ‫َوِإ ۡذ قُ ۡلنَ««ا لِ ۡل َم ٰلَِٓئ َك« ِة‬
ْ ‫ٱس « ُج ُد‬
ٰ ۚ
َ ‫َو ُذرِّ يَّتَ ٓۥهُ َأ ۡولِيَٓا َء ِمن ُدونِي َوهُمۡ لَ ُكمۡ َع ُد ۢ ُّو بِ ۡئ‬
٥٠ ‫س لِلظَّلِ ِمينَ بَ َداٗل‬
50. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada
Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia
menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan
keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku?
Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim:
Pengganti yang mereka pilih itu.

Azazil diberi umur sehingga pada hari kiamat. Dia janji untuk menyesatkan manusia sebanyak
mungkin dan untuk menemaninya di neraka Jahanam kelak.

16
Permintaan Azazil kepada Allah:

ِ ‫ال َربِّ فََأ‬


٣٦ َ‫نظ ۡرنِ ٓي ِإلَ ٰى يَ ۡو ِم ي ُۡب َعثُون‬ َ َ‫ق‬
36. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari
mereka dibangitkan (hari kiamat).

Lalu Allah menjawab:

٨٥ َ‫َأَلمۡ َأَل َّن َجهَنَّ َم ِمنكَ َو ِم َّمن تَبِ َعكَ ِم ۡنهُمۡ َأ ۡج َم ِعين‬
85. Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan
orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya.

9 TAKRIF JIN

Maksud jin berasal daripada perkataan bahasa arab yang terdiri dua huruf iaitu Jim dan Nun “
‫ ”جن‬yang bererti sesuatu yang tersembunyi. Syed Sabiq – ‫ العقائد اإلسالمية‬menyatakan takrif jin
ialah suatu jenis roh yang berakal yang mempunyai kehendak. Mereka seperti manusia tetapi
tidak mempunyai jasad seperti manusia.

Jin adalah sejenis makhluk yang berada di alam ruh. Ia mempunyai akal, kehendak dan
ditaklifkan seperti manusia. Walaupun begitu, mereka tidak bersifat seperti sifat fizikal manusia
dan mereka ghaib dari pandangan pancaindera. Tabiat dan rupa paras sebenar mereka tidak dapat
dilihat, namun mereka mempunyai keupayaan untuk menjelma kepada pelbagai bentuk dan rupa.

10 HAKIKAT ALAM JIN

Adanya jin telah dibuktikan oleh dalil-dalil Quran, hadis dan penyaksian atau penglihatan.
Adapun dalil berdasarkan khabar mutawatir, para nabi semenjak Nabi Adam sampai Nabi
Muhammad s.a.w telah menceritakan adanya makhluk jin. Kalau sudah semua rasul
menceritakan yang demikian, tentu orang yang mempercayai risalah atau dakwah rasul itu tidak
mungkin lagi menyangkal adanya makhluk yang disebut jin.

17
Ayat-ayat yang menceritakan adanya jin banyak, di antaranya:

َ ‫ت ۡٱل ِج َّن َوٱِإۡل‬


ِ ‫نس ِإاَّل لِيَ ۡعبُ ُد‬
٥٦ ‫ون‬ ُ ‫َو َما َخلَ ۡق‬
56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepadaKu.

٦ ‫ال ِّم َن ۡٱل ِجنِّ فَ َزا ُدوهُمۡ َرهَ ٗقا‬ َ ‫نس يَعُو ُذ‬
ٖ ‫ون بِ ِر َج‬ َ ‫َوَأنَّهۥُ َك‬
ٞ ‫ان ِر َج‬
ِ ‫ال ِّم َن ٱِإۡل‬
6. Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia,
menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,
kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

١ ‫ر ِّم َن ۡٱل ِجنِّ فَقَالُ ٓو ْا ِإنَّا َس ِم ۡعنَا قُ ۡر َءانًا َع َجبٗ ا‬ٞ َ‫ٱستَ َم َع نَف‬
ۡ ُ‫ي َأنَّه‬ ِ ‫قُ ۡل ُأ‬
َّ َ‫وح َي ِإل‬
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu
rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal
itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah
Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

ٰ ۡ َّ ‫َو ۡٱل َج‬


ِ َّ‫ٓان َخلَقنَهُ ِمن قَ ۡب ُل ِمن ن‬
ِ ‫ار ٱل َّس ُم‬
٢٧ ‫وم‬
27. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke
liang bulu roma.

10.7 JENIS-JENIS JIN


Jin ada tiga macam, sesuai dengan hadis yang mengatakan:

.‫ فصنف يطير فى الهواء وصنق حيات وكالب وصنف يحلون ويظعنون‬.‫الجن ثالثة أصناف‬

18
Jin ada tiga golongan. Ada jin yang terbang di udara. Ada yang bertempat di tubuh ular dan
anjing dan ada jenis yang bebas dan berkeliaran.

(Hadis Riwayat Al-Hakim, Tabranidan Al Baihaqiy)

Jin juga mempunyai nama-nama yang lain atau istilah lain. Berikut adalah nama sebahagian dari
nama-nama jin itu.

 JINNIY. Orang arab, jika mereka maksudkan jin semata-mata, ertinya tidak dikaitkan
dengan sebab-sebab yang lain, maka mereka menyebut dengan istilah Jinniy
 ‘AMIR. Jika yang mereka maksudkan itu jin yang tinggal Bersama manusia, maka
mereka menyebutnya dengan istilah ‘Amir
 SYAITAN. Jika yang mereka maksudkan itu jin yang banyak berbuat jahat, maka mereka
menyebutnya dengan istilah Syaitan.
 ARWAH. Jika yang mereka maksudkan itu jin yang selalu mengganggu bayi atau kanak-
kanak, maka mereka menyebutnya istilah Arwah.
 IFRIT. Jika yang mereka maksudkan itu jin yang hebat dan kuat, maka mereka
menyebutnya dengan istilah Ifrit.
 QARIN. Jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Tugas Qarin ialah
mendorong manusia membuat kejahatan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“setiap kamu ada Qarin daripada bangsa Jin dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat”.
Mereka bertanya, “Engkau juga ya Rasulullah. Sabda Rasulullah: “Ya, aku juga ada
tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat aku Islamkan dan hanya
menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

11 SYAITAN

Iblis merupakan bapa kepada para syaitan. Kalimah syaitan digunakan untuk jin, manusia
atau binatang yang menderhaka dan menyeleweng. Maksud syaitan di sini ialah mereka yang

19
menderhaka dan menyeleweng dari kalangan jin. Semua Syaitan adalah berasal daripada
Iblis. Syaitan adalah golongan jin yang menderhakai Allah swt.
Sekiranya malaikat adalah tertera Allah swt yang melambangkan kebaikan, kejayaan dan
pembaikan, Iblis dan syaitan pula merupakan musuh Allah swt yang melambangkan
kejahatan dan kerosakan. Oleh itu kerja-kerja malaikat adalah bertentangan dengan kerja-
kerja syaitan.
Segala kejahatan dan kerosakan yang berlaku di atas muka bumi mempunyai hubungan
dengan syaitan. Merekalah yang telah menghiasi perbuatan buruk umat yang terdahulu,
mengelokkan perkara kufur dan maksiat yang dilakukan, menyeru manusia untuk mendustai
para Rasul dan menentang perintah Allah swt. Inilah kerja mereka dahulu, kini dan
selamanya. Firman Allah:

‫يم‬ٞ ِ‫ٱلش « ۡي ٰطَ ُن َأ ۡع ٰ َملَهُمۡ فَهُ « َو َولِيُّهُ ُم ۡٱليَ« ۡ«و َم َولَهُمۡ َع« َذابٌ َأل‬ َ ِ‫تَٱهَّلل ِ لَقَ ۡد َأ ۡر َس ۡلنَٓا ِإلَ ٰ ٓى ُأ َم ٖم ِّمن قَ ۡبل‬
َّ ‫ك فَزَ يَّنَ لَهُ ُم‬
٦٣
63. Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat
yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada
pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dialah
menjadi pemimpin mereka pada hari ini dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.

12 KESIMPULAN

Malaikat adalah salah satu makhluk ciptaan Allah swt. Keimanan kepada malaikat
merupakan salah satu rukun dari rukun iman, hal ini sebagaimana penjelasan Rasulullah
saw dalam hadis jibril, dimana malaikat jibril bertanya kepada beliau tentang iman dan
kemudian dijawab oleh Rasulullah saw “Engkau beriman kepada Allah, para malaikat-
Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir, dan kepada qadar yang baik dan buruk
“. (Hadis Riwayat Muslim).
Di samping itu, bahwasanya agama islam itu sudah menjelaskan bahawa Jin itu
wujud dan keberadaannya ada ditengah-tengah kita. Mempercayai dalil yang dikeluarkan

20
Al Quran dan As sunnah dapat meningkatkan ibadah kita, kita akan terhindarkan dari
bahaya akan tipu daya dan gangguan Jin, dan semoga dengan adanya pengetahuan ini kita
dapat menambah wawasan kita terhadap Jin.

13 RUJUKAN

1. Sayed Sabiq(2013). Akidah Islam menurut Al Quran dan Hadis. Kuala Lumpur. Pustaka
Salam Sdn Bhd.

2. Drs. Syahrin Nasution(1996). Alam Jin & Syaitan. Kuala Lumpur. Darul Nu’man.

3. Amiruddin Faatih(2006). Penciptaan Roh, Jin & Malaikat. Ilmu Cahaya Kehidupan.

4. Haji Osman bin Jantan(2003). Pedoman Ilmu Tauhid. Pustaka Nasional

21

Anda mungkin juga menyukai