Anda di halaman 1dari 11

Pendahuluan.

Ahli al-Sunnah merupakan golongan yang berpegang dengan Al-Qur’an serta al-Sunnah
Baginda s.a.w. sepenuhnya.

Ertikata lain, mereka dikira sebagai golongan yang mendapat petunjuk sekaligus berada
di atas dasar yang benar . selain itu, mereka adalah golongan yang selamat dan dikira sebagai
pegangan serta ikutan Jumhur Muslimin.

Di samping iu, Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan golongan yang teguh berpegang
dengan petunjuk yang tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah, Sunnah Rasulullah
s.a.w dan ijma’ para sahabat. Namun begitu, walaupun kebenaran telah terbukti berdasarkan
hadis Rasulullah s.a.w, gambaran-gambaran menyeleweng yang terkeluar dari landasan
kebenaran terus berlaku di tengah masyarakat, khususnya berkaitan dengan akidah.

1
1.0 Ahli Al – Sunnah Wal Al – Jama’ah .

1.1 Pada Bahasa

Pada bahasa ahli al – Sunnah‫ ) )هل السنة‬ialah pengikut serta orang yang berpegang dengan
sunnah baginda yang mempunyai makna , semua yang berasal daripada Rasulullah S.A.W. baik
perkataan , perbuatan , mahupun persetujuan dari Rasulullah .

Selain itu , ia juga berpegang dengan akidah , ibadah , dalam muamalat dan pelbagai
macam permasalahan agama .

Manakala al jama’ah ((‫ الجماعة‬ialah orang yang bersatu . Seperti firman Allah

…‫هللا َجمِيعاًواَل َت َفرَّ قُو‬


ِ ‫واعْ َتصِ مُو ْا ِب َحب ِْل‬
Maksudnya : ‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali (agama) Allah, dan janganlah
.kamu bercerai-berai….’ (3:103)

Dalam Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa
baginda s.a.w bersabda “Sesungguhnya Bani Israil berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan .
Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (firqah), semuanya
masuk neraka malainkan satu golongan iaitu al-Jmaah.”

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, golongan al-Jamaah merupakan puak yang


berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah.

2
1.2 Pada Istilah

Puak dan golongan yang berpegang teguh dengan pegangan sebagaimana Rasulullah
s.a.w. dan para sahabat dan menjauhi segala unsur Bid’ah .

Mereka yang berpegang dengan akidah yang benar serta mengikuti metodologi dan
petunjuk Nabi s.a.w., para Sahabat, Tabi’in serta semua generasi yang mengikut mereka hingga
hari Kiamat.

Justeru, golongan Ahli Sunnah wal al-Jama’ah merupakan mereka yang mendapat
petunjuk benar, berada di atas landasan sebagaimana jumhur muslimin, Nabi dan para Sahabat
Baginda.1

1
Dr.Latif Muda Dr. Rosmawati Ali@Mat, 1428/2007.Perbahasan Akidah Islam, Mukim Batu, hlm. 404
2.0. Siapakah golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah?

Golongan ahli Sunnah wal Jamaah ialah pengikut atau pendukung Sunnah Rasulullah
s.a.w terdiri daripada jamaah baginda bersama Sahabat, Tabiin, Tabi Tabiin dan orang Islam
yang mewarisi Islam menurut cara dan pedekatan mereka.

Kemunculan sebagai satu aliran apabila generasi Ahli Salaf berbeza pendepatan dalam
usul akidah Islam. Tokoh utama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Abu Hassan Asy’ari dan Abu
Mansur Maturidi .

2.1. Abu Hassan al-Asy’ria (260-324)

Nama penuhnya Ali bin Ismail bin Ishak dari keturunan Musa al-Asy’ria. Lahir di Basrah
tahun (260 H) dan dibesarkan di sana yang secara kebetulan pada masa itu sangat maju dalam
berbagai-bagai ilmu pengetahuan termasuk ilmu-ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu al-Kalam.

Pada masa mudanya Abu Hassan terkenal sebagai murid yang termaju dalam pelajaran
rakan-rakan sepelajaran dengannya. Seorang yang patah bercakap dan dapat mematahkan hujah-
hujah lawan dengan cekap. Kebolehannya dalam ilmu al-Kalam melebihi daripada ilmu-ilmu
yang lain. Beliau belajar ilmu al-kalam dengan Abu Hassan al-Jabbaei seorang yang bermazhab
Muktazilah dan menjadi pengikut Muktazilah yang setia. Tetapi akhirnya beliau keluar
meninggalkan mazhab itu dan mengikut mazhab Ahli al-Salaf dan mengisythiarkan dirinya
bermazhab Ahli as-sunnah wal-Jamaah.

Pembaharuan Abu Hassan al-Asy’ari dalam mazhab Ahli as-Sunnah wal-Jamaah ialah
menggunakan hujah akal dalam perbahasannnya dan membentangankan pendapatnya dalam ilmu
al-kalam, iaitu suatu cara memudahkan fahaman orang-orang yang belajar falsafah di samping
penggabungan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith dalam menentang golongan sesat
dengan mengikut corak dan gaya masing-masing.

4
Beliau seterusnya banyak mengarang buku-buku kerana menolak kefahaman sesat kaum
Mulhid (atheis), Brahman, Majusi dan lain-lain. Beliau mengemukakan fikiran dan hujah tanpa
menyentuh asas-asas ‘aqidah dan tidak pula menggunakan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith
secara langsung. Sebab itu ramai juga ulama’ yang tidak bersetuju dengan pendapatnya, walau
bagaimanapun mazhab Ahli as-Sunnah yang dibawanya itu terus berkembang dan beliau
dianggap tokoh ilmu Tauhid yang terkemuka. Dengan pengaruh beliaulah fahaman-fahaman
Muktazilah, Qadariyah dan Jbariyah serta lain-lain mazhab beransur lemah dan terus lenyap.
Beliau meninggal dunia di Baghdad tahun 324 Hijrah bersamaan 935 Masihi.

5
2.2 Abu Mansur al-Maturidi (333 H)

Nama penuhnya Muhammad bin Mahmud al-Maturidi, didlahirkan di suatu tempat


bernama ‘Maturidi’ dalam daerah Samarkand, seorang ahli Ilmu al-kalam yang terkemuka dan
hidup semasa dengan Abu Hassan al-Asy’ari, seorang yang mempunyai pandangan yang
tersendiri dan terkenal dengan nama ‘Mazhab Maturidi’.

Ahli pengkaji sejarah tidak dapat menentukan dengan tepat tarikh kelahiran beliau, tetapi
dianggarkan kira-kira dalam pertengahan Adab ketiga Hijrah. Beliau mempelajari ilmu Feqah
dan ilmu al-kalam dengan seorang gurunya yang bermazhab Hanafi bernama Nasr bin Yahya al-
Balkhi meningalkan (tahun 268 H)

Beberapa kali beliau pergi ke Iraq dan Basrah kerana membuat perbincangan mengenal
‘aqidah yang mana telah diperbincangankan dengan hebatnya pada masa itu oleh mazhab
Muktazilah, al-Asy’ariah dan ahli-ahli Feqah, dan beliau lebih berat menyebelahi mazhab
Muktazilah daripada mazhab al-Asy’ari. Sedangkan Abu Hassan al-Asy’ari telah mengambil
jalan tengah antara Muktazilah dengan ahli-ahli Feqah dan ahli-ahli Hadith. Sebagai contoh ialah
masalah ‘Perbuatan Allah’ pendapat Maturidi adalah berbea dengan apa yang difahamkan oleh
Muktazilah dan al-Asy’ari.

Mazhab al-Asy’ari berpendapat bahawa perbuatan Allah tidak mempunyai sebab-sebab


tertentu kerana segala perbuatan-Nya itu tidak disoal hanya perbuatan hamba sahaja yang disoal
pada hari Akhirat kelak.

Mazhab Muktazilah berpendapat Allah wajib membuat sesuatu yang baik dan lebih baik.
( ‫) الصالح و األصلح‬.

Al-Maturidi pula berpendapat bahawa Allah itu suci daripada membuat perkara yang sia-
sia dan segala perbuatan-Nya itu mengandungi hikmat dan sebab-sebab tertentu kerana Allah itu
Maha Bijaksana tetapi kehendak-Nya tidak dipaksa kerana Allah itu mempunyai kemahuan
sendiri dan kebebasan melakukan sesuatu yang ia kehendaki.2

2
Abdul Aziz Omar Ahmad, Asas Akidah Islam, pada 18 Rejab 1412H, bersamaan 23 Januari 1992M
3.0 Kemunculan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ekoran peperangan Siffin dan terbentuknya Majlis Tahkim di antara puak Ali bin Abu
Talib dan Muaaawiayah bin Abu Sufian, umat Islam telah berpecah kepada beberapa puak
utama, iaitu Khawarij, Murji’ah, Syiah dan al-Jamaah.

Puak Khwarij bertindak menentang Ali dan Muawiyah, manakala puak Murji’ah
menyerahkan dan menangguhkan urusan mereka yang bertelingkah kepada Allah pada hari
akhirat. Puak syiah pula terlalu mendewa-dewakan Ali dan zuriatnya. Manakala golongan al-
Jamaah tetap mengakui semua Sahabat yang bertelingkahan adalah benar. Kerana mereka
bertindak atas dasar ijtihad, seperti Muawiyah diterima sebagai khalifah yang sah.

Pada awak kurun pertama Hijrah kaum Muslimin ada dua golongan utama iaitu golongan
yang berpendapat bahawa jawatan khalifah bebas dilantik kalangan mana-mana muslimin yang
layak, mereka dilantik juga mengatakan perlantikan khalifah kalangan Bani Umaiyah dan selepas
mereka adalah sah.

Manakala , golongan kedua yang berpendapat bahawa jawatan khalifah adalah hak Ali
dan keturunannya, kerana Nabi telah mewasiatkannya begitu, mereka ialah Syiah.

Seterusnya pada zaman al-Tabi’in lafaz al-Sunni dinisabahkan kepada mereka yang
berpendapat bahawa khulafa’ al-Rasyidin ada darjat mereka secara tertib. Iaitu dimulai dengan
Abu Bakar, Umar, Uthmann dan Ali, seterusnya para Sahabat lain.

Namun begitu, sebelum kemunculan istilah Ahli Al – Sunnah Wal Al – Jama’ah secara
khusus ada sedikit perbezaan di antara maksud istilah Ahli Al – Sunnah degan Ahli al-Hadith,
iaitu dimana Ahli al-Sunnah ialah mereka yang berpegang dan mengikut segala kata-kata dan
perbuatan Nabi s.a.w. Untuk itu sebagai contohnya , Sufian al-Thauri dikenali sebagai Imam al-
Sunnah.

Ahli al-Hadith pula ialah mereka yang mengambil semua yang diriwayatkan daripada
Baginda s.a.w. , sebagai contohnya al-Auza’I dikenali imam Ahli al-Hadith. Seterusnya , Ahli
al-Sunnah terbahagi kepada dua iaitu, Ulama Salaf dan Ulama Khalaf .

7
Dengan itu , sesuatu keperluan untuk menghadapi kemelut dan cabaran.Muncul tokoh
ASWJ menjelaskan ketulinan akidah Islam dalam pelbagai aspek melalui
penulisan,perbincangan dan perdebatan mereka.

Mereka adalah Imam Mazhab 4: Imam Syafii, Imam Malik b Anas,Imam Ahmad Ibn
Hambal dan Imam Hanafi.

8
4.0 Ciri-ciri Ilmuan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Ciri-ciri yang pertama ialah mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tauhid, hal2
kenabian, janji Allah. Selain itu, berpegang dengan konsep usuluddin mengikut mazhab yang
mensabitkan sifat-sifat Allah yang azali dan menolak kefahaman Qadariah dan Muktazilah.

Di samping itu, mempunyai ilmu pengetahuan mendalam mengenai saluran Hadis dan
Sunnah yang dipindahkan daripada Nabi. Mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang kajian
sastera, nahu, dan saraf mengikut tokoh-tokoh bahasa yang diiktiraf seperti al-Khalil, Sibawaih
dan lainnya.

Seterusnya, mempunyai ilmu mendalam dalam bidang Qiraat dan menguasai bidang
taksir dan takwil mengikut mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Mempunyai sifat Zahid, Reda,
Qanaah dan sifat-sifat mahmudah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah.

Oleh itu, berjuang menentang orang-orang kafir dan memerangi musuh Islam serta
mempertahan kaum wanita dan kaum muslimin dan mengamalkan syiar ahli sunnah, bukan
mengikuti syiar kumpulan yang ikut hawa nafsu dan sesat.

9
Kesimpulan.

Kesimpulannya, bahawa ahli Sunnah wal Jamaah adalah satu golongan yang telah
Rasulullah s.a.w. menjanjikan akan selamat dari api neraka berbanding dengan golongan-
golongan yang lain. Landasan mereka mengikut as-Sunnah dan menuruti apa yang dibawa oleh
nabi baik dalam masalah akidah, ibadah, petunjuk, tingkah laku, akhlak, dan mereka selalu
mengikuti jamaah kaum Muslimin.

Di samping itu, sebagai manusia kita tidak boleh menghukum seseorang itu dengan
sesuka hati. Mempelajari ilmu agama perlu dengan guru yang mahir dan tidak terpesong dengan
ajaran muktazilah. Dengan itu, kita perlu berpegang teguh terhadap ahli Sunnah wal Jamaah.

Konstribsi Islam dalam perdamaian dunia dan regional, sedemikian besar dalam sejarah
umat manusia. Menurut islam, tujuan utama penciptaan manusia adalah saling mengenal dan
hidup damai. Hal ini kita akan mengacu pada sejumlah ayat al-Quraan serta ahli Sunnah wal
Jamaah merupakan golongan yang luas ilmunya.

10
RUJUKAN

1. Dr.Abdul Aziz Bin Ismail. 2006. Ilmu tauhid:Penerbit Al-hidayah Publisher.

2. Pustaka Sd.Bhd. 2009. Asas akidah islam. Kota Bahru.Kelantan.

3. Muhammad Uthman El-Muhammady, 1996. Sejarah dan Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah.
KL:BAHEIS.

11

Anda mungkin juga menyukai