Anda di halaman 1dari 7

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT BERJEMAAH

Panji-panji islam hanya akan kembali hidup/bangkit apabila perkenalan sesama


muslim,Persaudaraan dan tolong menolong antara umat islam untuk menyatakan kebenaran dan
melenyapkan terus kebatilan dalam jati diri umat islam.Tiada tempat yang lebih baik untuk
pertemuan antara umat islam bagi menyempurnakan perkenalan serta persaudaraan selain di
masjid. Umat islam boleh bertemu sesama umat islam semasa menunaikan solat berjemaah di
masjid setiap hari sebanyak lima kali sehari semalam.

Kepentingan dan kemaslahatan dunia boleh memecahkan belah umat islam dan mencetuskan
sifat hasad dengki sesama mereka, namun sesungguhnya pertemuan yang berterusan antara umat
islam di masjid untuk menunaikan sembahyang berjemaah boleh memecahkan tembok perbezaan
antara umat islam dan menghilangkan hasad dengki dan segala penyakit hati yang ada dalam diri
manusia itu sendiri.

Solat berjemaah disyariatkan setelah Nabi Muhammad S.A.W . berhijrah dari Kota Mekah
ke Kota Madinah. Hal ini berlaku disebabkan pada masa itu di Kota Mekah masih dikuasai oleh
kaum musyrikin quraisy. Dalam Mughni al-Muhtaj dinyatakan: Rasulullah S.A.W telah menetap
di Kota Mekah selama 13 tahun tanpa menunaikan solat secara berjemaah kerana sahabat-
sahabat Baginda masih ditindas (oleh kaum kafir Quraisy).

Pada umat islam solat bersendirian di rumah masing-masing kerana pada masa itu kaum
quraisy masih tidak dapat menerima ajaran islam yang disampaikan oleh Baginda Nabi
Muhammad S.A.W dan masih meneruskan kepercayaan kepada penyembahan berhala. Setelah
Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah ke Kota Madinah, baginda mendirikan solat secara
berjemaah dan sangat bersungguh-sungguh dalam mengerjakannya. Maka terjadilah ijmak para
ulama’ terhadap solat jemaah (melalui perbuatan bagimda tersebut).

Ada yang mempersoalkan bagaimana dengan peristiwa pertama iaitu solat yang telah
didirikan oleh Rasulullah S.A.W bersama sahabat-sahabat pada keesokan hari selepas peristiwa
Israk dan Mikraj, sebagaimana yang dikatakan oleh pengarang kitab I’anah ath-Thabalibin: `
“Suatu kemusykilan telah timbul pada perkara ini mengenai solat Baginda S.A.W. dan para
sahabat pada waktu subuh selepas peristiwa Israk dan Mikraj serta bersama jibril

Begitu juga dengan solat Baginda S.A.W. bersama Ali r.a. dan Khadijah r.ha., itu
merupakan perbuatan terawal dilakukan Baginda di Kota Mekah dan baginda S.A.W.
menunaikannya secara berjemaah.” Menjawab soalan ini, kita katakan bahawa apa yang di
maksudkan Baginda S.A.W. menunaikannya secara berjemaah sebelum hijrah Rasulullah
S.A.W. DAN umat islam tidak mendirikan solat berjemaah secara terangan-terangan atau tidak
berterusan melakukannya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya “sesungguhnya rasulullah bersabda,


sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak
dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran”. (H.R. Bukhari & muslim). Dalam hadis yang lain
diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya orang yang
paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke masjid. Seseorang yang menunggu untuk
menunaikan sembahyang sehinggalah dia menunaikanya bersama imam, lebih besar pahalanya
daripada orang yang menunaikan sembahyang (dahulu) kemudian dia terus tidur.” (H.R. Bukhari
& muslim)

Sembahyang secara berjemaah adalah sangat dituntut oleh agama sama ada dengan
mengerjakannya dirumah mahupun di masjid. Tetapi melakukan solat secara berjemaah di
masjid adalah lebih mulia dan lebih besar fadilatnya dan ini amat di galakkan oleh Rasulullah
sendiri sendiri seperti dalam hadis yang telah disebutkan di atas.

Dengan menunaikan sembahyang secara berjemaah sebenarnya kita telah


memperteguhkan dan menyatukan diri dalam umat islam dalam satu barisan, melatih diri untuk
sentiasa taat kepada keperluaan umum dengan mengikut imam untuk menuju kepada matlamat
yang satu satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah. Sembahyang secara berjemaah
juga dapat membantu kita untuk saling kenal mengenali di antara satu sama lain disamping
mengeratkan hubungan tali silaturahim, membiasakan melibatkan diri dalam melakukan kerja-
kerja amal dan kebajikan.
Masjid dan surau adalah pusat bagi peyatuan dan kekuatan ummah, di sini kita saling
nasihat menasihati dengan perkataan yang baik dan lemah lembut yakni dengan cara yang
hikmah, memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan diri serta anggota masyarakat,
membenteras penyelewengan dan kemungkaran, memberikan kesedaran tentang tanggungjawab
sebagai seorang muslim dalam melakukan gerak kerja seharian.

Malahan ada sbahagian ulama’ yang mensyaratkan atau mewajibkan berjemaah dalam
menunaikan solat fardhu berdasarkan beberapa nas yang sorih yang lain. Selain ganjaran serta
fadhilat yang berbentuk maknawi ini, terfikir kita bahawa terdapat hikmah lain dalam menjalani
kehidupan sehari-hari? Seorang professor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika
Syarikat, telah membuat satu kajian tentng mengapa disyariatkan soplat berjemaah dalam
kalangan umat Islam dan kelebihan tersebut dalam kehidupan umat islam . menurut profesor itu ,
tubuh badan (manusia) terdiri daripada dua cas yakni cas positif dan cas negatif. Dalam
perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadhah atau atau berehat, kita
banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaaraan cas-cas positif
dan negatif yang menyebabkan ketidak ketidakseimbangan cas-cas tersebut berlaku di dalam
tubuh badan kita.

.Inilah yang menyebabkan kita berasa letih dan lesu setelah selesai menjalankan aktiviti
seharian kita .Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita
kepada keadaan normal supaya kita kembali segar. Berbalik kepada kaitan solat berjamaah,
timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan solat berjamaah,
dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama. Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang
tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan
mengaitkannya dengan teori keseimbangan cas tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dalam solat dan fungsinya dalam
menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjamaah,kita disuruh
meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.Terdapat pelbagai hikmah
disyariatkan seperti itu, namun menurut sains, pergeseran tubuh kita dengan tubuh jemaah lain
yang berada di kiri dan kanan kita akan mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas yang
berlawanan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin
seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau, dalam kehidupan kita, apabila kita bangun dari
tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam. Dalam
keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Jadi, kita hanya memerlukan sedikit sahaja lagi proses pertukaran cas di dalam
tubuh kita agar keseimbangan dapat dicapai.

Sebab itu solat Subuh didirikan dengan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sekerat hari kita
bertungkus lumus bekerja, membating tulang atau memerah otak, cas-cas ini kembali tidak
seimbang akibat kehilangan banyak cas dari tubuh. Oleh itu kita memerlukan lebih banyak
pertukaran cas lalu solat berjemaah berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.
Oleh sebab itu, solat Zohor didirikan empat rakaat bagi memberi ruang yang lebih kepada proses
pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama berlaku di sebelah petang, apabila kita
mengeluarkan banyak tenaga untuk menyambung tugas, lalu sekali lagi kita kehilangan banyak
cas-cas ini. Seperti halnya solat Zohor, maka solat Asar dikerjakan sebanyak 4 rakaat bagi
memberi ruang kepada proses pertukaran cas berlaku dengan lebih lama. Selepas waktu Asar,
setelah pulang dari kerja, pada kebiasaannya, kita akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak
menggunakan begitu banyak tenaga dan masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Oleh
itu, kita tidak menggunakan tenaga yang banyak. Maka solat Maghrib dikerjakan 3 rakaat
adalah logik daripada penggunaan tenaga badan yang kurang daripada 2 waktu yang
sebelumnya. Sekarang timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa pula solat Isya
mengandungi 4 rakaat. Menurut logik asal, kita t idak banyak melakukan aktiviti pada waktu
malam dan tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut
dijalankan, rupanya terdapat hikmah lain mengapa disyariatkan begitu.Seperti yang kita sedia
maklum, kita umat Islam amat digalakkan tidur awal agar kita akan dapat bangun semula
disepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat Tahajjud. Jadi,
dapatlah disimpulkan bahawa, solat Isya sebanyak 4 rakaat itu akan menyediakan badan kita
dengan cas-cas yang seimbang serta memberi tenaga untuk kita bangun pada sepertiga malam,
menunaikan solat sunat dan berqiam di pagi yang sunyi dan dingin.

Al-Bukhari (618) dan Muslim (650) meriwayatkan hadis :

“Solat berjemaah melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat.”

Abu Daud (547) dan ibnu Hibban (425) mensahihkan dan selainnya juga meriwayatkan bahawa
Nabi s.a.w bersabda :“Tiga orang yang berada dalam suatu kampung atau pendalaman yang tidak
didirikan jamaah di kalangan mereka, maka syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu,
hendaklah kamu bersama jemaah, sesungguhnya serigala itu hanya akan memakan kambing yang
terpencil. ”Maksud syaitan akan menguasai mereka ialah syaitan mengalah dan guasai mereka
serta mengajak mereka kepadanya.
" Dan apabila engkau ( Muhammad ) berada di kalangan mereka ( semasa perang ), lalu engkau
mendirikan solat dengan ( menjadi imam ) mereka, maka hendaklah sepuak daripada mereka
berdiri ( mendirikan solat ) bersama-samamu.Dan hendaklah mereka memegang senjata mereka.
Maka tatkala mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan datanglah satu
kumpulan lainyang belum solat,lalu hendaklah mereka solat bersamamu.."
( An-Nisa : 102 )Huraian Ayat.

Huraian ayat diatas:

Ayat ini menerangkan solat dalam keadaan perang. Para ulama menyebutkan bahawa,
sekiranya dalam keadaan yang cemas pun diserukan solat berjemaah, apatah lagi dalam
keadaan aman, sudah tentu lebih utama solat berjamaah dari solat sendirian.

Ini akan berlaku sekiranya mereka benar-benar beriman kepada Allah dan bukannya menjadi
orang munafik yang menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan solat, ibadat dan pergi ke
masjid. [Fiqh al-Manhaji 1/178].

Solat jamaah juga satu manifestasi kasih sayang, penyatuan dan peraturan di antara orang
Islam. Apabila orang Islam dari seluruh dunia menghadap ke arah kiblat yang satu ketika solat,
mereka akan merasai satu penyatuan dan persamaan serta melupakan perbezaan di antara
mereka. Ini kerana mereka semua adalah hamba Allah, Tuhan mereka satu, kiblat mereka satu
dan agama mereka satu. Tiada perbezaan di antara yang kaya dan miskin, yang tinggi dan rendah
(kedudukannya).

Orang Islam memastikan arah yang betul ketika menghadap kiblat dan mereka tidak boleh
cuai atau tersasar. Ini akan mendidik mereka untuk bersifat adil di dalam segenap aspek
kehidupan mereka dan meletakkan semua perkara di tempatnya yang sebenar.

Dari Abu Mas’ud Al-Ansari ra katanya: “Sesungguhnya Rasulullah saw telah merapatkan
bahu-bahu kami ketika hendak mendirikan solat sambil Baginda bersabda: “Betulkan, penuhkan
dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok, nescaya nanti akan
berselisih hati-hati kamu.

Hendaklah saf yang paling dekat denganku, terdiri daripada orang cerdik pandai dan matang
fikirannya dari kalangan kamu. Kemudian hendaklah mengikut saf seterusnya orang yang baligh
tetapi belum matang pemikirannya atau orang-orang yang hampir mencapai umur baligh.
Kemudian hendaklah mengiringi saf seterusnya orang yang kurang dari darjat di atas (kanak-
kanak yang telah mumaiyiz dan yang sepertinya)“. Berkata Abu Mas’ud ra: ” Aku melihat kamu
semua hari ini sangat kuat berselisih dan bertelingkah”. [HR Imam Muslim No. 422].

Dalam hadis ini Rasulullah saw menjanjikan bahawa saf solat yang bengkang-bengkok akan
membawa kepada perpecahan dalaman iaitu hati.

Kata ulama’; bila hati tidak bersatu maka perpaduan tidak akan wujud. Seterusnya membawa
kepada perselisihan dan pertelingkahan dalam masyarakat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: “Betulkan,
penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu,
penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan
saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan
ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan
merapatkannya, nescaya Allah swt menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa
yang memutuskan saf, nescaya Allah swt akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya
daripada orang tersebut”. [HR Abu Daud No:666, “Sahih”].

Solat juga mendidik seseorang tentang kepentingan menjaga masa dan menghargainya. Ia
mengajarnya cara untuk membahagikan masa dan menyusunnya. Dengan sendirinya dia akan
menjadi seorang yang menepati masa dan teratur di dalam setiap urusannya. Apabila dia
menunaikan solat secara berjamah, maka dia wajib mengikut imam, ketika berdiri, rukuk dan
sujud, dia akan belajar erti kepatuhan dan penyerahan, berdisiplin dan teratur. [Lihat: Dr.
Abdullah Mohd Al-Tayyar, Al-Solat: 24-25].

Berkata Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani –rahimahullah-: “Dan demikian lagi setengah
daripada orang yang memeliharakan akan sembahyang dan mendirikan baginya, ia mengekalkan
dan menyungguhkan atas mengerjakan dia dengan berjamaah, kerana bahawasanya orang yang
sembahyang berjamaah itu lebih atas sembahyang seorang dirinya dengan dua puluh tujuh darjat.
Seperti yang disebut dalam hadis. [Hadis riwayat Al-Bukhari: No. 645]

Maka orang yang memudahkan dengan laba (keuntungan) agama dan akhirat ini, pada hal
tiada payah pada menghasilkan dia dan tiada penat mencapaikan dia, maka adalah orang itu
orang yang memudahkan agamanya dan orang yang tiada menghiraukan dia. Dan lagi
kerana kata setengah ulama’: Ia (solat jamaah) fardhu kifayah, diperangi akan orang yang
meninggalkan dia”. [Munyatul Musalli: 20].

RUJUKAN

1. Siti Shafinah Hassan. http://www.mymasjid.net.my/forum/display/369004/kelebihan-


solat-berjamaah-menurut-pandangan-pakar/
2. syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.
http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%205%20150705%20Fadhilat%20&
%20Hikmah%20Berjamaah.pdf.
3. Abdul Basit Abdul Rahman.http://www.abuanasmadani.com/solat-jamaah/

Anda mungkin juga menyukai