Anda di halaman 1dari 29

MUQADIMMAH

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu
kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Solat merupakan perkara utama dalam hidup setiap muslim. Solat adalah rukun yang kedua
dari rukun Islam, iaitu selepas dua kalimah syahadah dan ianya sebagai dalil terhadap
kebenaran dan kesahihan iktikad. Solat juga sebagai bukti tentang kejujuran terhadap apa-apa
yang telah diyakini oleh hati.

Dalam bab ini, akan diterangkan perbahasan berkenaan solat berjamaah sama ada dari
sudut syarat-syaratnya, hukum-hakam, tuntutannya, keuzuran dan juga masbuq dan muafiq.

Solat berjemaah adalah salah satu daripada ciri-ciri khusus Nabi Muhammad SAW
sebagaimana solat Jumaat, solat dua hari raya, solat gerhana dan solat minta hujan.

Al-Munawi berkata, “Dan hikmah pensyariatannya (solat berjemaah adalah untuk


mewujudkan peraturan perhimpunan antara ahli Jemaah. Oleh sebab itulah, masjid-masjid
dibina di merata-rata tempat untuk membentuk persepakatan dengan pertemuan pada waktu-
waktu solat antara jiran tertangga. Hal ini kerana kadangkala orang yang jahil dapat belajar
daripada orang alim apa yang mereka tidak tahu tentang hukum-hakam solat.

Begitu juga, oleh kerana martabat manusia berbeza-beza dari sudut lain ibadah
mereka. Maka dengan itu, (dengan mengerjakan solat berjemaah) pahala orang yang solat
sempurna diberikan kepada orang yang solat kurang sempurna. Maka sempurna solat semua
jemaah

1
1.0 PENGERTIAN SEMBAHYANG BERJEMAAH

Solat berjemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurangnya bilangannya selain


daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang memjadi
makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilatnya.

2.0 HIKMAH DISYARIAATKAN SOLAT BERJAMAAH

Panji-panji islam hanya akan kembali hidup/bangkit apabila perkenalan sesama


muslim persaudaraan dan tolong menolong antara umat islam untuk menyatakan
kebenaran dan melenyapkan terus kebatilan dalam jati diri umat islam.Tiada tempat yang
lebih baik untuk pertemuan antara umat islam bagi menyempurnakan perkenalan serta
persaudaraan selain di masjid. Umat Islam boleh bertemu sesama umat Islam semasa
menunaikan solat berjemaah di masjid setiap hari sebanyak lima kali sehari semalam1.

Kepentingan dan kemaslahatan dunia boleh memecahkan belah umat islam dan
mencetuskan sifat hasad dengki sesama mereka, namun sesungguhnya pertemuan yang
berterusan antara umat islam di masjid untuk menunaikan sembahyang berjemaah boleh
memecahkan tembok perbezaan antara umat islam dan menghilangkan hasad dengki dan
segala penyakit hati yang ada dalam diri manusia itu sendiri.

Solat berjemaah disyariatkan setelah Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Kota
Mekah ke Kota Madinah. Hal ini berlaku disebabkan pada masa itu di Kota Mekah masih
dikuasai oleh kaum musyrikin quraisy. Dalam Mughni al-Muhtaj dinyatakan: Rasulullah
S.A.W telah menetap di Kota Mekah selama 13 tahun tanpa menunaikan solat secara
berjemaah kerana sahabat-sahabat Baginda masih ditindas (oleh kaum kafir Quraisy).

Pada umat islam solat bersendirian di rumah masing-masing kerana pada masa itu
kaum quraisy masih tidak dapat menerima ajaran islam yang disampaikan oleh Baginda
Nabi Muhammad S.A.W dan masih meneruskan kepercayaan kepada penyembahan
berhala. Setelah Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah ke Kota Madinah, baginda

Kitab fikah mazhab syafi’e(Jilid 1) hlmn. 213 1

2
mendirikan solat secara berjemaah dan sangat bersungguh-sungguh dalam
mengerjakannya. Maka terjadilah ijmak para ulama’ terhadap solat jemaah (melalui
perbuatan bagimda tersebut).

Ada yang mempersoalkan bagaimana dengan peristiwa pertama iaitu solat yang telah
didirikan oleh Rasulullah S.A.W bersama sahabat-sahabat pada keesokan hari selepas
peristiwa Israk dan Mikraj, sebagaimana yang dikatakan oleh pengarang kitab I’anah ath-
Thabalibin: ` “Suatu kemusykilan telah timbul pada perkara ini mengenai solat Baginda
S.A.W. dan para sahabat pada waktu subuh selepas peristiwa Israk dan Mikraj serta
bersama Malaikat Jibril.

Begitu juga dengan solat Baginda S.A.W. bersama Ali r.a. dan Khadijah r.ha., itu
merupakan perbuatan terawal dilakukan Baginda di Kota Mekah dan baginda S.A.W.
menunaikannya secara berjemaah.” Menjawab soalan ini, kita katakan bahawa apa yang
di maksudkan Baginda S.A.W. menunaikannya secara berjemaah sebelum hijrah
Rasulullah S.A.W. dan umat islam tidak mendirikan solat berjemaah secara terangan-
terangan atau tidak berterusan melakukannya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya “sesungguhnya Rasulullah


bersabda, sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara
bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran”. (H.R. Bukhari & muslim).

Dalam hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya, Rasulullah
bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya
menuju ke masjid. Seseorang yang menunggu untuk menunaikan sembahyang
sehinggalah dia menunaikanya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang
yang menunaikan sembahyang (dahulu) kemudian dia terus tidur.” (H.R. Bukhari &
muslim)

Sembahyang secara berjemaah adalah sangat dituntut oleh agama sama ada dengan
mengerjakannya dirumah mahupun di masjid tetapi melakukan solat secara berjemaah di
masjid adalah lebih mulia dan lebih besar fadilatnya dan ini amat di galakkan oleh
Rasulullah sendiri sendiri seperti dalam hadis yang telah disebutkan di atas.

3
Dengan menunaikan sembahyang secara berjemaah sebenarnya kita telah
memperteguhkan dan menyatukan diri dalam umat islam dalam satu barisan, melatih diri
untuk sentiasa taat kepada keperluaan umum dengan mengikut imam untuk menuju
kepada matlamat yang satu satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah.
Sembahyang secara berjemaah juga dapat membantu kita untuk saling kenal mengenali di
antara satu sama lain disamping mengeratkan hubungan tali silaturahim, membiasakan
melibatkan diri dalam melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Masjid dan surau adalah pusat bagi peyatuan dan kekuatan ummah, di sini kita saling
nasihat menasihati dengan perkataan yang baik dan lemah lembut yakni dengan cara yang
hikmah, memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan diri serta anggota masyarakat,
membenteras penyelewengan dan kemungkaran, memberikan kesedaran tentang
tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melakukan gerak kerja seharian.

Malahan ada sebahagian ulama’ yang mensyaratkan atau mewajibkan berjemaah


dalam menunaikan solat fardhu berdasarkan beberapa nas yang sohih yang lain. Selain
ganjaran serta fadhilat yang berbentuk maknawi ini, terfikir kita bahawa terdapat hikmah
lain dalam menjalani kehidupan sehari-hari? Seorang professor dalam bidang fizik di
sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa
disyariatkan solat berjemaah dalam kalangan umat Islam dan kelebihan tersebut dalam
kehidupan umat islam menurut profesor itu, tubuh badan (manusia) terdiri daripada dua
cas yakni cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa
kita bekerja, beriadah atau atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam
proses ini banyak berlaku pertukaaraan cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan
ketidak ketidakseimbangan cas-cas tersebut berlaku di dalam tubuh badan kita.

Inilah yang menyebabkan kita berasa letih dan lesu setelah selesai menjalankan
aktiviti seharian kita .Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh
badan kita kepada keadaan normal supaya kita kembali segar. Berbalik kepada kaitan
solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam,
disyariatkan solat berjamaah, dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan oleh orang Islam
mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Dari kacamata beliau, sebagai seorang
bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu

4
menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan teori keseimbangan
cas tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dalam solat dan fungsinya dalam
menyimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjamaah,kita disuruh
meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.Terdapat pelbagai hikmah
disyariatkan seperti itu, namun menurut sains, pergeseran tubuh kita dengan tubuh jemaah
lain yang berada di kiri dan kanan kita akan mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan
cas yang berlawanan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau, dalam kehidupan kita,
apabila kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat
selama beberapa jam. Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas
positif dan negatif yang hampir seimbang. Jadi, kita hanya memerlukan sedikit sahaja
lagi proses pertukaran cas di dalam tubuh kita agar keseimbangan dapat dicapai.

Sebab itu solat Subuh didirikan dengan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sekerat hari kita
bertungkus lumus bekerja, membating tulang atau memerah otak, cas-cas ini kembali
tidak seimbang akibat kehilangan banyak cas dari tubuh. Oleh itu kita memerlukan lebih
banyak pertukaran cas lalu solat berjemaah berperanan untuk memulihkan keseimbangan
cas-cas ini. Oleh sebab itu, solat Zohor didirikan empat rakaat bagi memberi ruang yang
lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama berlaku di sebelah
petang, apabila kita mengeluarkan banyak tenaga untuk menyambung tugas, lalu sekali
lagi kita kehilangan banyak cas-cas ini. Seperti halnya solat Zohor, maka solat Asar
dikerjakan sebanyak 4 rakaat bagi memberi ruang kepada proses pertukaran cas berlaku
dengan lebih lama. Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja, pada kebiasaannya, kita
akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak menggunakan begitu banyak tenaga dan masa
yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Oleh itu, kita tidak menggunakan tenaga
yang banyak. Maka solat Maghrib dikerjakan 3 rakaat adalah logik daripada penggunaan
tenaga badan yang kurang daripada 2 waktu yang sebelumnya. Sekarang timbul
persoalan di fikiran beliau tentang mengapa pula solat Isya’ mengandungi 4 rakaat.
Menurut logik asal, kita tidak banyak melakukan aktiviti pada waktu malam dan tidak
memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut dijalankan, rupanya
terdapat hikmah lain mengapa disyariatkan begitu.Seperti yang kita sedia maklum, kita
umat Islam amat digalakkan tidur awal agar kita akan dapat bangun semula disepertiga

5
malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat Tahajjud. Jadi, dapatlah
disimpulkan bahawa, solat Isya sebanyak 4 rakaat itu akan menyediakan badan kita
dengan cas-cas yang seimbang serta memberi tenaga untuk kita bangun pada sepertiga
malam, menunaikan solat sunat dan berqiam di pagi yang sunyi dan dingin.

Al-Bukhari (618) dan Muslim (650) meriwayatkan hadis:

“Solat berjemaah melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat.”

Abu Daud (547) dan ibnu Hibban (425) mensahihkan dan selainnya juga meriwayatkan
bahawa Nabi s.a.w bersabda :

“Tiga orang yang berada dalam suatu kampung atau pendalaman yang tidak didirikan
jamaah di kalangan mereka, maka syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah
kamu bersama jemaah, sesungguhnya serigala itu hanya akan memakan kambing yang
terpencil. ”Maksud syaitan akan menguasai mereka ialah syaitan mengalah dan guasai
mereka serta mengajak mereka kepadanya.

" Dan apabila engkau ( Muhammad ) berada di kalangan mereka ( semasa perang ), lalu
engkau mendirikan solat dengan ( menjadi imam ) mereka, maka hendaklah sepuak
daripada mereka berdiri ( mendirikan solat ) bersama-samamu.Dan hendaklah mereka
memegang senjata mereka. Maka tatkala mereka sujud, hendaklah mereka berada di
belakang kamu, dan datanglah satu kumpulan lainyang belum solat,lalu hendaklah
mereka solat bersamamu.."
(An-Nisa : 102)

6
Huraian ayat diatas:

Ayat ini menerangkan solat dalam keadaan perang. Para ulama’ menyebutkan bahawa,
sekiranya dalam keadaan yang cemas pun diserukan solat berjemaah, apatah lagi dalam
keadaan aman, sudah tentu lebih utama solat berjamaah dari solat sendirian.

Ini akan berlaku sekiranya mereka benar-benar beriman kepada Allah dan bukannya
menjadi orang munafik yang menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan solat, ibadat
dan pergi ke masjid.

Solat jamaah juga satu manifestasi kasih sayang, penyatuan dan peraturan di antara orang
Islam. Apabila orang Islam dari seluruh dunia menghadap ke arah kiblat yang satu ketika
solat, mereka akan merasai satu penyatuan dan persamaan serta melupakan perbezaan di
antara mereka. Ini kerana mereka semua adalah hamba Allah, Tuhan mereka satu, kiblat
mereka satu dan agama mereka satu. Tiada perbezaan di antara yang kaya dan miskin,
yang tinggi dan rendah (kedudukannya).

Orang Islam memastikan arah yang betul ketika menghadap kiblat dan mereka tidak
boleh cuai atau tersasar. Ini akan mendidik mereka untuk bersifat adil di dalam segenap
aspek kehidupan mereka dan meletakkan semua perkara di tempatnya yang sebenar.

Dari Abu Mas’ud Al-Ansari ra katanya: “Sesungguhnya Rasulullah saw telah merapatkan
bahu-bahu kami ketika hendak mendirikan solat sambil Baginda bersabda: “Betulkan,
penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok,
nescaya nanti akan berselisih hati-hati kamu.

Hendaklah saf yang paling dekat denganku, terdiri daripada orang cerdik pandai dan
matang fikirannya dari kalangan kamu. Kemudian hendaklah mengikut saf seterusnya
orang yang baligh tetapi belum matang pemikirannya atau orang-orang yang hampir
mencapai umur baligh. Kemudian hendaklah mengiringi saf seterusnya orang yang
kurang dari darjat di atas (kanak-kanak yang telah mumaiyiz dan yang sepertinya)“.
Berkata Abu Mas’ud ra: ” Aku melihat kamu semua hari ini sangat kuat berselisih dan
bertelingkah”. [HR Imam Muslim No. 422].

7
Dalam hadis ini Rasulullah saw menjanjikan bahawa saf solat yang bengkang-bengkok
akan membawa kepada perpecahan dalaman iaitu hati.

Kata ulama’, bila hati tidak bersatu maka perpaduan tidak akan wujud. Seterusnya
membawa kepada perselisihan dan pertelingkahan dalam masyarakat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah.s.a.w. telah bersabda:

“Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara
bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf,
bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan
saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada
syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah swt
menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf,
nescaya Allah swt akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang
tersebut”.
[HR Abu Daud No:666, “Sahih”].

Solat juga mendidik seseorang tentang kepentingan menjaga masa dan menghargainya. Ia
mengajarnya cara untuk membahagikan masa dan menyusunnya. Dengan sendirinya dia
akan menjadi seorang yang menepati masa dan teratur di dalam setiap urusannya. Apabila
dia menunaikan solat secara berjamah, maka dia wajib mengikut imam, ketika berdiri,
rukuk dan sujud, dia akan belajar erti kepatuhan dan penyerahan, berdisiplin dan teratur2.

Berkata Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani rahimahullah-: “Dan demikian lagi setengah
daripada orang yang memeliharakan akan sembahyang dan mendirikan baginya, ia
mengekalkan dan menyungguhkan atas mengerjakan dia dengan berjamaah, kerana
bahawasanya orang yang sembahyang berjamaah itu lebih atas sembahyang seorang
dirinya dengan dua puluh tujuh darjat. Seperti yang disebut dalam hadis. [Hadis riwayat
Al-Bukhari: No. 645]

Maka orang yang memudahkan dengan laba (keuntungan) agama dan akhirat ini, pada
hal tiada payah pada menghasilkan dia dan tiada penat mencapaikan dia, maka adalah
Dr. Abdullah Mohd Al-Tayyar, Al-Solat: 24-25 2

8
orang itu orang yang memudahkan agamanya dan orang yang tiada menghiraukan dia.
Dan lagi kerana kata setengah ulama’: Ia (solat jamaah) fardhu kifayah, diperangi akan
orang yang meninggalkan dia”. [Munyatul Musalli: 20].

3.0 SYARAT SAH SOLAT BERJAMAAH

Imam Dan Makmum.


Syarat-syarat sah mengikut imam:
Syarat-syarat sah mengikut imam ada tujuh menurut pengarang kitab Sabil al-Muhtadin
(juz 2, hlm. 30-35)3

3.1 KEDUDUKAN MAKMUM DI BELAKANG IMAM

‫أ َْن الَ يَتَقَ َّد َم المأ َموْ ُم بِ َج ِمي ِْع َما ا ْعتَ َم َد َعلَ ْي ِه َعلَى ج ُْز ٍء ِم َّما ا ْعتَ َم َد َعلَ ْي ِه ِإْل َما ُم‬
Maksudnya: “makmum tidak boleh mendahalui pada semua anggota badan yang
dijadijadikan ukuran olehnya ke atas satu bahagian anggota badan yang dijadikan ukuran
oleh imam.”

Kedudukan makmum mengikut keadaan.

3.1.1 SOLAT BERDIRI


Tumit makmum tidak melebihi tumit imam.

3.1.2 SOLAT DUDUK


Punggumg makmum tidak melebihi punggung imam.

3.1.3 SOLAT SECARA MENGIRING


Rusuk makmum tidak melebihi rusuk imam

3.1.4 SOLAT BERBARING SECARA MENELENTANG


Dalil bagi syarat ini ialah hadis yang disebutlkan oleh pengarang Mughni al-
Muhtaj(juz.1, hlm.490) seperti berikut:

َ َ‫ َأ َّن َرسُوْ َل هللاِ ق‬,‫ك‬


‫ ِإنَّ َما ج ُِع َل ِإْل َما َ ُم لِيُْؤ تَ َّم بِ ِه‬:‫ال‬ ِ ‫ع َْن َأن‬
ٍ ِ‫َس ْب ِن َمال‬
Maksudnya:Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya imam itu dijadikan hanya untuik diikuti.”

Berdasarkan kandungan hadis di atas, ciri al-Itimam membawa maksud al-Ittiba’ iaitu
ikutan.

Makmum mengetahui perpindahan imam dalam solat.

kitab Sabil al-Muhtadin (juz 2, hlm. 30-35) 3

9
Seorang makmum hendaklah mengetahui segala perpindahan perbuatan imam dari ke
satu rukun yang lain. Syarat yang mesti ditepati.

Dua cara mengetahui perpindahan imam:

a. Dengan melihat kepada pergerakan imam atau sebahagian makmum;


b. Mendengar suara imam/muazin/mubaligh yang dipercayai.

Peranan Mubaligh
Mubaligh ialaah penyampai maklumat mengenai perpindahan imam daripada satu rukun ke
rukun yang lain. Dia mestilah dikalangan orang tsiqah(dipercayai perkhabarannya).

3.2 MAKMUM DAN IMAM BERHIMPUN DI DALAM SUATU TEMPAT

Situasi 1:

Dalam sebuah masjid yang sama

Situasi 2:

Dua masjid yang berdekatan

Situasi 3:

Salah seorang berada diluar masjid

Situasi 4:

Di tanah yang lapang

Situasi 5:

Dalam dua bangunan yang berbeza

Situasi 6:

Di atas dua kapal

Situasi7:

Salah seorang di tempat yang tinggi

3.3 MAKMUM BERNIAT MENGIKUT IMAM


Dia juga boleh berniat:
a. Berjemaah beserta imam; atau

IMAM WAJIB BERNIAT MENJADI IMAM

a. Solat Jumaat.

10
b. Solat berjemaah yang dikerjakan secara jamak kerama hujan
c. Solat fardhu yang di ulang
d. Solat bersangatan takut
BERNIAT JEMAAH DALAM SOLAT SEORANG DIRI

Pengarang kitab Fath al-Mu’in (hlm. 38) berkata:

“Niat menjadi imam itu sah bersama takbiratul-ihramnya walaupun tidak ada seorang
pun dibelakangnya jika dia percaya ada jemaah (akan mengiktinya) ,menurut
pendapat yang paling jelas kerana dia akan menjadi imam”

3.4 PERATURAN SOLAT IMAM DAN MAKMUM ADALAH SAMA

a. Solat fardhu lima waktu mengikut solat gerhana dan sebaliknya kerana solat
gerhana ada dua kali rukuk pada setiap rakaat.
b. Solat fardhu lima waktu mengikut solat jenazah dan sebaliknya kerana solat
jenazah tiada rukuk dan sujud.
c. Solat gerhana mengikut solat jenazah dan sebaliknya

3.5 PERSEPAKATAN MAKMUM DAN IMAM PADA SUNAT-SUNAT TERTENTU

Perkara-perkara sunat itu dianggap keji jika berbeza antara imam dengan makmum.
Contohnya bagi tasyahud awal, jika imam meninggalkan tasyahud awal, makmum
wajib meninggalkannya. Selain itu, imam melkukan sujud tilawah dan wajib bagi
makmum untuk mengikutinya.

3.6 TAKBIRATULIHRAM MAKMUM ADALAH LAH SELEPAS


TAKBIRATULIHRAM IMAM
Takbiratulihram hendaklah dilakukan secara yakin dan tidak boleh mendahului imam
atau serentak bersamanya. Solat makmum boleh terbatal jika:
a. Keseluruahan takbiratulihram makmum serentak dengan takbiratulihram imam;
b. Awal takbiratulihram makmum serentak dengan akhir takbiratul ihram imam;
c. Berasa syak sama ada ketika takbir atau sesudahnya dan ia berpanjangan: Adakah
takbirmya serentak dengan takbir imam atau tidak?;
d. Yakin takbirnya diangakat selepas takbir imam tetapi selepas itu ternyata
takbirnya mendahalui takbir imam.

4.0 HUKUM SOLAT JEMAAH

11
4.1 HUKUM SOLAT BERJEMAAH DALAM MAZHAB SYAFI’I
Imam an-Nawawi berkata “Menurut pendapat yang paling sahih, solat
berjemaah ialah fardhu kifayah bagi lelaki yang baligh, merdeka, bermukim dan
hukum ini hanya pada solat yang tunai syiar solat ini akan terserlah di tempat itu
didirikan”. Walaubagaimanapun, jika hanya perempuan, kanak-kanak, hamba
sahaya, musafir, orang yang qada solat, orang tidak yang berpakaian dan orang
yang ada uzur syarak yang menunaikan solat secara berjemaah, maka solat itu
masih tidak dapat melepaskan tuntutan fardhu kifayah4.

Ini bererti tuntutan fardhu kifayah ke atas jemaah lelaki akil baligh di
penempatan itu masih belum terlepas lagi. Adapun dalil yang menunjukkan
hukum fardhu kifayah itu ialah hadis:

‫ الِفُ ِإلَي‬EE‫ ثُ َّم ُأ َخ‬.‫ فَتُقَا َم‬،‫صالَ ِة‬


َّ ‫ لَقَ ْد َه َم ْمتُ َأنْ آ ُم َر بِال‬:‫ قَ َل‬،‫عَنْ َأبِ ْي ه َُر ْي َرةَ ع َِن النَّبِ ِّي ﷺ‬
َ ‫ فَُأ َح ِّر‬،َ‫صالَة‬
.‫ق َعلَ ْي ِه ُم‬ ْ َ‫َمنَا ِز ِل قَ ْو ٍم الَي‬
َّ ‫ش َهد ُْونَ ال‬
Daipada Abu Darda’ r.a., beliau berkata,”Aku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda, ‘Tidak ada tiga orang yang berada di dalam suatu desa atau
pendalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah) di dalamnya melainkan
syaitan telah menguasai mereka. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berada di
dalam Jemaah. Sesungguhnya serigala itu akan memakan kambing yang jauh
terasing dari kumpulannya.

Dalam hadis ini mendapati bahawa janji buruk ke atas orang yang meninggalkan
solat berjemaah. Walaubagaimanapun, kata-kata “‫ ”التقام‬yang bermaksud ‘tidak
mendirikan’ merujuk kepada fardhu kifayah kerana jika Rasulullah s.a.w
menghendaki hukumnya fardu ain tentulah Baginda s.a.w akan mengatakan “
‫ ”اليقيمون‬bermaksud mereka semua tidak didirikan.

Indahnya solat berjemaah (cetakan november 2014) hlmn. 8-9 4

12
Tuntutan fardu kifayah dikira sudah tertunai walaupun jemaah berlaku pada rakaat
yang pertama. Contohnya, dua orang lelaki mukalaf memulakan solat jemaah.
Pada rakaat yang kedua, makmum berniat mufaraqah kerana sebab-sebab tertentu
maka mereka dan masyarakat setempat sekaliannya dikira sudah terlepas daripada
tuntutan fardu kifayah5

4.2 PENDAPAT PARA ULAMA LAIN MENGENAI HUKUM SOLAT


BERJEMAAH

Para ulama berpendapat mengatakan bahawa hukum solat berjemaah ialah fardhu
ain berdasarkan hadis berikut :

‫ الِفُ ِإلَي‬EE‫ ثُ َّم ُأ َخ‬.‫ فَتُقَا َم‬،‫صالَ ِة‬


َّ ‫ لَقَ ْد َه َم ْمتُ َأنْ آ ُم َر بِال‬:‫ قَ َل‬،‫عَنْ َأبِ ْي ه َُر ْي َرةَ ع َِن النَّبِ ِّي ﷺ‬
َ ‫ فَُأ َح ِّر‬،َ‫صالَة‬
.‫ق َعلَ ْي ِه ُم‬ ْ َ‫َمنَا ِز ِل قَ ْو ٍم الَي‬
َّ ‫ش َهد ُْونَ ال‬
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah SAW Baginda
bersabda , “ Sesungguhnya aku mempunyai keinginan yang kuat untuk
memerintahkan solat supaya diiqamatkan . Kemudian aku pergi ke rumah-rumah
mereka yang tidak turut serta solat (berjemaah)lalu aku akan membakar (rumah-
rumah) mereka.”

Ini ialah pendapat Imam Ahmad bin Hambal tetapi ulama bermazhab asy-Syafi’I
berpendapat bahawa hadis ini tidak menjadi dalil untuk menunjukkan hukum solat
berjemaah itu fardhu ain kerana Rasulullah SAW tidak mengotakan keinginannya
untuk membakar rumah-rumah mereka dan mereka yang meninggalkan solat
berjemaah pada masa itu ialah mereka yang sangat jelas munafik dan mereka tidak
solat sama sekali.
Pendapat ulama yang lain mengatakan solat berjemaah merupakan syarat sah solat
itu sendiri. Namun dalam kitab Nihayah al-Muhtaj oleh Imam ar-Ramli
mengatakan“...dan menurut pendapat yang mengatakan bahawa solat berjemaah
itu fardhu ain, maka berjemaah bukanlah merupakan syarat sah solat itu sendiri
sebagaimana turut disebutkan dalam kitab al-Majmu“

Indahnya solat berjemaah (cetakan november 2014) hlmn. 9 5

13
Oleh itu, pendapat yang mengatakan solat berjemaah itu merupakan syarat sah
solat itu sendiri adalah bertentangan dengan pendapat yang mengatakan hukum
solat berjemaah itu ialah fardhu ain.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa berjemaah dalam solat wajib lima waktu
adalah sunat muakkad (sangat dituntut) bagi lelaki yang akil baligh tidak
sepertimana solat Jumaat. Hal ini kerana berjemaah dalam solat Jumaat adalah
fardhu ain atau syarat sah solat itu sendiri. Bagi perempuan pula, hukum solat
berjemaah bagi mereka ialah sunat sahaja dan bukan sunat muakkad. Hukum
sunat muakkad bagi lelaki yang akil baligh yang dinyatakan dalam hadis berikut
iaitu:

َ ‫َأ ْف‬/‫ذ‬Eِّ Eَ‫صالَةَ ا ْلف‬


‫ ُل‬E‫ض‬ ُ ‫صالَةُ ا ْل َج َماع ِة تَ ْف‬
َ ‫ض ُل‬ َ : ‫س ْو ُل هللاﷺ قَ َل‬ ُ ‫ َأنَّ َر‬،‫عَنْ َع ْب ِد هللاِ ْب ِن َع َم َر‬
.ً‫ش ِريْنَ د ََر َجة‬
ْ ‫س ْب ٍع َو ِع‬َ ِ‫صالَ ِة ا ْلفَ ِّذ ب‬
َ ْ‫ِمن‬
Maksudnya : Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah SAW
bersabda,“ Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak
dua puluh tujuh kali ganda“

Memandangkan dari sudut keutamaan inilah, maka sebahagian daripada para


ulama khususnya mazhab Hanafi mengatakan bahawa hukum solat berjemaah
berjemaah adalah sunat sahaja dan bukannya wajib. Riwayat yang lain
mengatakan

َ ‫ ِة ت‬E‫ ِل فِ ْي ا ْل َج َما َع‬E‫الَةُ ال َّر ُج‬E‫ص‬


‫ َّعفُ َعلَى‬E‫ُض‬ َ :‫ ْو ُل هللاِ ﷺ‬E‫س‬ُ ‫ قَا َل َر‬: ‫عَنْ َأبِ ْي ه َُر ْي َرةَ يَقُ ْو ُل‬
.‫الخ‬...‫ض ْعفًا‬ ِ َ‫ش ِريْن‬ ً ‫س ْوقِ ِه َخ ْم‬
ْ ‫سا َو ِع‬ ُ ‫صالَتِ ِه فِ ْي بَ ْيتِ ِه َوفِ ْي‬
َ

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata,“ Rasulullah SAW


bersabda :“Solat seorang lelaki (yang dikerjakan) secara berjemaah melebihi
solatnya (secara bersendirian) di rumahnya dan di pasarnya sebanyak dua puluh
lima kali ganda...“

14
4.3 HUKUM WANITA MENGHADIRI SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

﴾ ٌ‫ال َعلَي ِهنَّ د ََر َجة‬


ِ ‫﴿ َولِل ِّر َج‬
Maksudnya :...dan bagi kaum lelaki itu mempunyai kelebihan ke atas mereka
(wanita)

Oleh itu, makruh bagi lelaki jika tidak menghadiri solat berjemaah berbanding
wanita. Bagi wanita pula, solat di rumah adalah lebih afdal kerana berdasarkan
hadis :

َّ‫وتُ ُهن‬EE
ْ ُ‫ َوبُي‬،َ‫اجد‬ َ ‫ا َء ُك ُم ا ْل َم‬EE‫س‬
ِ EE‫س‬ َ ِ‫وا ن‬EE ُ ‫ا َل َر‬EEَ‫ ق‬:‫ا َل‬EEَ‫ر ق‬EE
ْ ‫ الَ تَ ْمنَ ُع‬:‫ ْو ُل هللاِ ﷺ‬EE‫س‬ َ ‫َن ا ْب ِن ُع َم‬ ِ ‫ع‬
. َّ‫َخ ْي ٌرلَ ُهن‬
Maksudnya : Daripada Ibnu Umar r.huma, beliau berkata, “ Rasulullah SAW
bersabda, ‘Janganlah kamu tegah isteri-isteri kamu (pergi) ke masjid (untuk
menunaikan solat berjemaah di situ) sedangkan rumah-rumah mereka lebih baik
bagi mereka (mengejarkan solat berjemaah).

Namun makruh bagi kaum wanita sekiranya mereka hadir ke dalam masjid dalam
keadaan wanita tersebut memiliki bentuk tubuh badan yang menarik perhatian
lelaki atau wanita yang pergi ke masjid serentak dengan kaum lelaki dan
bercampur dengan mereka di sana6. Berdasarkan hadis iaitu :

َ ِ‫ا ُمنِ َعتْ ن‬EE‫ لَ َمنَ َع ُهنَّ َك َم‬،‫ا ُء‬E‫س‬


‫ا ُء‬E‫س‬ َ ‫ د‬E‫ ْو ُل هللاِﷺ َماَأ ْح‬E‫س‬
َ ِّ‫َث الن‬ ُ ‫ لَ ْوَأد َْركَ َر‬: ْ‫شةَ قَالَت‬ َ ‫عَنْ عَاِئ‬
.‫س َراِئ ْي َل‬
ْ ‫بَنِ ْي ِإ‬
Maksudnya : Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata, ‘ Sekiranya Rasulullah SAW
mengetahui apa yang dilakukan oleh kaum wanita ( pada zaman ini, selepas
kewafatan Baginda ), nescaya Baginda akan melarang mereka ( pergi berjemaah
di masjid ) sebagaimana ditegah kaum wanita Bani Israil ( menghadiri rumah
ibadat mereka disebabkan boleh menimbulkan fitnah ).

Indahnya solat berjemaah (cetakan november 2014) hlmn. 11 6

15
Imam ar-Ramli berkata dalam kitabnya, Nihayah al-Muhtaj :“Dimakruhkan
kepada wanita menghadiri solat berjemaah di masjid sekiranya dia menarik
perhatian lelaki sekalipun dengan memakai pakaian yang digunakan ketika
bekerja (yang lusuh), atau dia tidaklah menarik perhatian, namun terdapat sedikit
perhiasan atau wangi-wangian pada dirinya7.
Maka pemerintah atau pembantunya hendaklah menegah mereka sepertimana dia
juga mempunyai kuasa menegah sesiapa sahaja yang mempunyai bau-bauan yang
kurang menyenangkan dari masuk ke dalam masjid begitulah juga keatas wanita
( hadir ke masjid ) tanpa keizinan daripada
1. Wali
2. Suami
3. Tuan bagi hamba, atau ( tanpa izin ) tuan
4. Suami bagi hamba yang sudah berkahwin
Hal ini kerana bimbang akan berlakunya fitnah daripada (ahli Jemaah yang lain)
atau ke atas dirinya sendiri.

5.0 HADIS KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH


Terdapat beberapa buah hadis yang menerangkan kelebihan solat berjemaah, antaranya
ialah :

.ً‫ش ِريْنَ َد َر َجة‬ َ ِ‫صاَل ةَ ا ْلفَ ِّذ ب‬


ْ ‫س ْب ٍع َو ِع‬ ُ ‫ َأنَّ َر‬،‫عَنْ َع ْب ِد هللاِ ْب ِن ُع َم َر‬
َ :‫س ْو َل هللاِﷺقَا َل‬

Maksudnya : Daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Solat
berjemaah itu melebihi ( fadilat ) solat beran sendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.

Selain itu, Imam ath-Thabarani ada meriwayatkan hadis bahawa

،‫ ِة‬E‫ة ِف ْى ا ْل َج َما َع‬Eٍ Eَ‫اَل ٍة َمكت ُْوب‬E‫ص‬َ ‫ى ِإلَى‬E‫ش‬ َ ‫ َمنْ َم‬:‫ ْو ُل هللاِﷺ‬E‫س‬ ُ ‫ا َل َر‬EEَ‫ ق‬:‫عَنْ َأبِ ْي ُأ َما َمةَ قَا َل‬
.‫ فَ ِه َي َك ُع ْم َر ٍة نَافِلَ ٍة‬،‫ع‬ َ ‫ َو َمنْ َمشَى ِإلَى‬.‫فَ ِه َي َك َح َّج ٍة‬
ٍ ‫صاَل ٍة تَطَ ُّو‬

Maksudnya : Daripada Abu Umamah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa
yang berjalan (menuju) kepada solat fardhu berjemaah, maka (perbuatan) itu (mendapat

Indahnya solat berjemaah (cetakan november 2014) hlmn. 12 7

16
pahala) seperti (pahala) sekali haji dan sesiapa yang berjalan (menuju) kepada solat
sunat (berjemaah), maka perbuatan itu (mendapat pahala) seperti (pahala) umrah yang
sunat.

Imam at-Tirmizi juga ada meriwayatkan hadis iaitu

َ‫ َرة‬E‫ ْد ِر ُك التَّ ْكبِ ْي‬E ُ‫ ٍة ي‬E‫صلَّى َأ ْربَ ِعيْنَ يَ ْو ًما ِف ْي َج َما َع‬
َ ْ‫ َمن‬:‫س ْو ُل هللاِﷺ‬ ُ ‫ قَا َل َر‬:‫س قَا َل‬ ٍ َ‫عَنْ َأن‬
ِ َ‫ َوبَ َرا َءةٌ ِمنَ النِّف‬،‫ بَ َرا َءةٌ ِمنَ النَّا ِر‬،‫َان‬
.‫اق‬ َ ِ‫ ُكت‬،‫اُأل ْولَى‬
ِ ‫ب لَهُ بَ َرا َءت‬
Maksudnya : Daripada Anas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang solat
empat puluh (40) hari dalam keadaan berjemaah dan mendapat takbir pertama,
dituliskan ( ditetapkan ) baginya dua pelepasan iaitu pelepasan daripada Neraka dan
pelepasan daripada bersifat Nifak”.

6.0 MUAFIQ DAN MASBUQ


6.1 Muafiq
Makmum 'muafiq' ialah makmum yang masuk solat berjamaah di belakang
imam setelah imam itu selesai mengangkat takbiratul-ihram dan mempunyai
waktu hanya cukup untuk membaca Fatihah daam rakaat yang pertama.
Makmum ini dikira sebagai jamaah yang sempurna dan tidak perlu menambah
rakaat selepas imam memberi salam8.

6.2 Masbuq
Masbuq ialah makmum yang baru masuk berjamaah tetapi tidak sempat
membaca Fatihah kerana imam telah ruku'. Demikian juga jika ia masuk
berjamaah ketika imam sedang sujud, duduk dua antara dua sujud atau sedang
membaca tahiyyat. Makmum masbuq ini terbahagi kepada keadaan-keadaan
berikut9:
a) Jika Makmum belum selesai membaca Fatihah sedangkan imam telah
ruku', maka makmum hendaklah selesaikan membaca Fatihah itu dan
diikuti ruku'. Ini diharuskan kerana belum tertinggal sehingga dua
rukun fi'li.
8
(panduan lengkap ibadah solat) 1997 Hj johari hj alias , halaman 48
1997 Hj johari hj alias, halaman 48-49 )panduan lengkap ibadah solat (9

17
b) Jika makmum baru selesai takbiratul-ihram, lalu imam pun ruku', maka
makmum ini tidak perlu lagi membaca Fatihah; ia boleh terus ruku'
mengikut imam, dan memperolehi rakaat yang sempurna.
c) Jika makmum masuk berjamaah ketika imam sedang sujud, duduk dua
antara dua sujud atau sedang membaca tahiyyat, maka setelah
takbiratul-ihram, makmum hendaklah terus mengikut apa yang imam
sedang lakukan . Makmum tidak perlu menunggu sehingga imam
berdiri ataupun kelamkabut mengejar imam dengan melakukan ruku',
I'tidal atau sujud dengan cepat. Makmum boleh menambah rakaat yang
kurang setelah imam memberi salam.

6.3 Lain-Lain Keadaan10


a) Jika anda menjadi makmum masbuq ketika imam sedang mulai membaca
tahiyyat awal solat solat fardhu Maghrib, maka anda akan membaca tahiyyat
sebanyak tiga kali iaitu tahiyyat awal dua kali (di rakaat pertama dan kedua
anda) dan tahiyyat akhir di rakaat ketiga anda. Demikian juga jika anda masuk
masbuq ketika imam sedang tahiyyat awal solat fardhu Zuhur, 'Asar atau 'Isya.
b) Jika anda masuk masbuq ketika imam sedang membaca tahiyyat akhir solat
fardhu Subuh maka anda akan membaca tahiyyat dua kali dalam solat Subuh
iaitu di rakaat pertama anda bersama imam dan di rakaat kedua anda. Demikian
juga anda membaca doa qunut dua kali iaitu bersama imam di rakaat pertama
(anda) dan di rakaat kedua anda sendiri.
c) Jika anda sedang solat fardhu bersendirian di masjid atau surau, tiba-tiba ramai
orang datang mendirikan solat berjamaah, maka anda tidak perlu memutuskan
solat anda untuk menyertai jamaah tersebut. Anda sekadar boleh berniat masuk
berjemaah. Demikian menurut pendapat mazhab Syafi'e.
d) Jika anda masuk ke masjid atau surau dan mendapati ada seorang lelaki sedang
solat fardhu, maka anda boleh terus bermakmum kepadanya tanpa perlu
mencuitnya. Anda boleh terus berdiri di sebelah kanannya(jika ia seorang diri)
dan terkebelakang sedikit. Dalam hal ini Imam Syafi'e berpendapat, imam tidak
perlu berniat 'imam' dalam solat berjamaah kecuali solat Juma'at.

1997 Hj johari hj alias , halaman50 )panduan lengkap ibadah solat ( 10

18
6.4 Hukum Tentang Masbuk
Gambaran masalah semasa imam sedang berdiri sementara itu
makmum tidak dapat bersama imam dalam jangka yang membolehkannya
untuk menghabiskan bacaan Al-Fatihah.
Pengarang kitab al-Majmu' mengatakan11, "Para ulama kami berkata,
'Apabila seorang masbuq datang lalu mendapati imam berada dalam bacaan
(al-Fatihah atau surah) dan sekiranya dia khuatir imam akan rukuk sebelum
dia sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah, maka dia tidak perlu membaca
doa iftitah dan ta'awwuz bahkan terus membaca Al-Fatihah seperti yang
disebutkan oleh pengarang (Imam asy-Syirazi). Selain itu, sekiranya
sangkaannya kuat mengatakan apabila dia membaca doa iftitah dan ta'awwuz,
dia masih sempat membaca Al-Fatihah dengan sempurna, maka disunatkan
baginya membaca kedua-duanya (doa iftitah dan ta'awwuz).'"
Sekiranya makmum tersebut mendapati imam sedang rukuk, maka dia
hendaklah terus mengangkat takbiratulihram dalam keadaan berdiri tegak.
Kemudian dia bertakbir (takbiratul intiqal) untuk rukuk dan berada bersama
imam.
Sekiranya makmum mendapati imam melakukan rukun-rukun yang
lain, dia perlu melakukan tamakninah terlebih

6.5 Keuzuran yang Dimaafkan


Dalam kitab Sabil al-Muhtadin memberi penerangan tentang makmum yang
terkemudian daripada imam disebabkan uzur12. Terdapat 6 keadaan keuzuran
yang dimaafkan jika makmum terkemudian daripada imam sebelum tiga rukun
yang panjang:
a) Lambat membaca bacaan yang wajib kerana waswas atau
terlalu khusyuk;
b) Makmum yang muafiq membaca doa iftitah dan ta'awwuz
sebelum Al-Fatihah sehinggan imam rukuk atau hampir kepada
rukuk;
c) Imam sudah rukuk sedangkan makmum masih lagi berdiri
membaca Al-Fatihah;

Kitab al majmu’ (juz.4 hlmn 109) 11


Pengarang kitab sabil al-muhtadin (juz.2 halaman 36) 12

19
d) Makmum musykil sama ada dia sudah membaca Al-Fatihah
atau tidak;
e) Makmum teringat dia telah meninggalkan Al-Fatihah; atau
f) Imam itu terlalu cepat membaca Al-Fatihah dan terus rukuk
sebelum makmum selesai membaca Al-Fatihah sekalipun
dalam keadaan tidak khusyuk

7.0 KEUZURAN YANG DIBENARKAN SYARAK

‫ من سمع النداء تم لم يأته ؛ فال صالة له إاَّل من عذر‬: ‫عن ابن عباس يرفعه قال‬
Daripada Ibnu Abbas r.a. yang merafa'kan (kepada Rasulullah SAW), beliau berkata,
"Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian dia tidak pergi menghadirinya
(menunaikan solat berjamaah), maka tiada solat (yang sempurna) baginya melainkan
dengan sebab keuzuran".

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abu Daud dan al-Hakim)

Dalam Kitab Fikah Mazhab Imam Syafi'e terdapat 2 sebab yang membolehkan seseorang
itu untuk tidak menunaikan solat berjamaah yang dibenarkan oleh syarak13. Keuzuran
tersebut ialah :
a) Keuzuran umum
b) Keuzuran khusus

7.1 Keuzuran Umum


Keuzuran umum terbahagi kepada dua iaitu:
a) Hujan dan angin yang kuat pada waktu malam sehinggakan boleh
membasahkan pakaian
b) Jalan yang terlalu becak, berlumpur dan licin

: ‫ (رواه البخاري‬،‫روي أن ابن عمر رضي هللا عنهما أذن للصالة في ليلة ذات بر ٍد وريح‬
‫ إن رسول هللا كان يأمر‬: ‫ ثم قال‬، ‫ أال صلوا في ال ِّرحال‬:‫ ثم قال‬، )297 ‫ ؛ ومسلم‬235

Kitab fikah mazhab syafie (jilid 1) hlmn 214 13

20
‫ أي منازلكم‬.))‫ ((أال صلوا في رحالكم‬:‫المؤذن إذا كانت ليلة ذات بر ٍد ومطر أن يقول‬
.‫ومساكنكم‬
Telah diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a. telah melaungkan azan pada suatu
malam yang sejuk dan berangin (diriwayatkan oleh Al-Bukhari (635) dan Muslim
(697), kemudian beliau berkata: Bersembahyang di rumah kamu. Kemudian
beliau menyambung lagi: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menyuruh muezzin
supaya berkata (apabila malam menjadi sejuk dan hujan): Bersembahyanglah di
rumah kamu.

7.2 Keuzuran Khusus


Keuzuran khusus terbahagi kepada 22 keadaan14 seperti:

a) Sakit yang mempunyai kesukaran untuk menunaikan solat secara


berjamaah
 Sakit yang menimbulkan kesukaran untuk berjalan. Perkara ini turut
ditegaskan dalam ar Raudhah (Raudhah at-Talibin oleh Imam an-
Nawawi) kerana Nabi ‫ ﷺ‬ketika sakit, Baginda meninggalkan solat
berjamaah bersama orang ramai selama beberapa hari.

b) Cuaca yang terlalu panas dan terik


 Keadaan cuaca yang terlalu panas atau terik dikira sebagai suatu
keuzuran khusus kerana kesukarannya sama seperti kesukaran ketika
hujan lebat

c) Keadaan yang terlalu lapar dan dahaga


 Al-Bukhari (642) dan Muslim (559) meriwayatkan bahawa Rasulullah
bersabda:

‫يعجلن حتَّى يفرغ منه‬


َّ ‫إذا وضع عشاء أحدكم وأقيمت الصالة فابدءوا بالعشاء وال‬

Indahnya solat berjemaah (cetakan november 2014) hlmn. 31 14

21
Apabila makan malam seseorang kamu telah disediakan dan sembahyang yang
didirikan, maka hendaklah dia mendahulukan makan malam dan jangan sesekali
gopoh hingga selesai makan.

d) Takut kepada orang yang akan melakukan kezaliman ke atas diri dan
hartanya
 Takut kepada orang yang melakukan kezaliman ke atas diri, anggota
tubuh badan, manfaat, maruah diri dan harta juga dianggap keuzuran
yang diterima.

e) Ketika menahan diri daripada berlaku hadas (kecil) disebabkan kencing


dan buang air besar.
 Imam Muslim (560) meriwayatkan daripada Nabi ‫ ﷺ‬:

‫ال صالة بحضرة الطعام وال هو يدافعه األخبثان‬


Tidak sempurna sembahyang (seseorang) di hadapan makanan dan dalam
keadaan dia menahan daripada berlaku hadas kecil dan besar.

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu takut waktu solat telah luput jika
dia menunaikan hajatnya untuk makan, maka dia diwajibkan menunaikan solat
dalam keadaan menahan hadas kecil atau besar dan menahan lapar atau dahaga.

f) Takut ditahan oleh pemberi hutang


 Seseorang yang berhutang tetapi masih belum mampu
menyelesaikannya dan takut dikenakan hukuman ke atasnya. Keadaan
ini dianggap sebagai keuzuran khusus yang dibenarkan syarak kerana
seseorang tidak mempunyai harta untuk melunaskan hutangnya
sehinggakan dia dikenakan hukuman seperti dipenjara atau tidak
mampu mendatangi saksi yang menyokong dakwaannya bahawa dia
tidak mempunyai harta untuk membayar hutang.

Akan tetapi, sekiranya seseorang itu tidak fakir dan memiliki harta
yang cukup untuk melunaskan hutang yang ada padanya, maka dia

22
dikira sudah tidak lagi mempunyai keuzuran bahkan dia tetap dituntut
menghadiri solat berjamaah.

g) Takutkan hukuman yang boleh dimaafkan sekiranya pesalah itu tidak


dapat dikesan setelah beberapa hari
 Hukuman tersebut adalah seperti hokum ta'zir sama ada mempunyai
kaitan dengan hak Allah mahupun hak sesama manusia, hukum qisas
atau had qazaf. Oleh itu, sekiranya pesalah menghilangkan diri kerana
takut sehingga tidak dapat menghadirkan diri untuk solat berjamaah,
maka keuzuran itu diterima.

Namun sekiranya takutkan hukuman yang tidak boleh dimaafkan ke


atasnya seperti hukum hudud, maka dia tidak dikira sebagai keuzuran
yang diterima.

h) Tiada pakaian yang sesuai dipakai untuk solat berjamaah


 Sekiranya dia mempunyai pakaian yang tidak sesuai baginya untuk
menghadiri solat berjamaah walaupun pakaian itu menutup aurat, maka
itu dikira keuzuran khusus yang membolehkan dia untuk tidak
menunaikan solat berjamaah.

i) Bersedia memulakan perjalanan harus bersama teman


 Sekiranya seseorang itu ingin bermusafir atau menyertai satu
rombongan yang ingin bertolak sebelum solat berjamaah dimulakan,
maka seseorang itu dibolehkan meninggalkan solat berjamaah.

j) Badan dan pakaian berbau atau memakan makanan yang berbau kuat
َّ
‫فليعتزلن أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته‬ ً ‫من أكل ثوما‬
Sesiapa yang memakan bawang putih, maka dia hendaklah menjauhkan dirinya,
atau sabdanya: Maka hendaklah dia menjauhkan diri daripada masjid kami dan
hendaklah dia duduk di rumahnya.
( Hadis Riwayat Muslim)

Keuzuran khusus untuk tidak hadir solat berjamaah dikira melalui bau:

23
1) Al Bakhar : bau mulut busuk yang datang daripada dalam perut
2) Ash Shunan : bau ketiak yang sangat busuk

k) Memelihara atau merawat orang sakit


 Memilihara atau merawat orang sakit yang keseorangan serta pesakit
tidak mempunyai penjaga untuk merawatnya atau menjaganya. Hal ini
ditakuti sekiranya pesakit itu ditimpa musibah.

l) Berada di sisi orang yang sedang dalam keadaan nazak


 Berada disisi salah seorang kerabat atau kenalan rapat yang sedang
dalam keadaan nazak walaupun ada yang memberi khidmat kepadanya

m) Berat tubuh badan kerana terlalu gemuk


 Menurut sebuah hadis dalam shahih Ibnu Hibban yang menyebutkan
bahawa "kegemukan melampau termasuk salah satu keuzuran". Hal ini
menyebabkan seseorang itu sukar untuk berjalan menuju ke masjid.

n) Menguruskan jenazah dan takut terlewat mengebumikannya

َّ ،‫عن الحصين بن وحوح‬


‫ فأتاه النبي ﷺ يعوده‬.‫أن طلحة بن البراء مرض‬
o) Ada orang yang menyakitinya
 Ada orang yang menyakitinya ketika dia berjalan ke masjid ataupun
sudah berada di masjid dan menyebabkan dia menghadapi kesukaran
untuk menangani masalah itu

p) Baru bernikah
 Bagi orang yang baru bernikah, dia dibenarkan untuk tidak hadir solat
berjemaah bagi solat-solat malam. Hal ini kerana pada waktu-waktu
isterinya dihantar, dia dibolehkan untuk tidak hadir menunaikan solat
berjemaah.

24
q) Imam memanjangkan rukun solat atau meninggalkan sunat-sunatnya
 Keuzuran khusus ini dibenarkan kerana perbuatan mufaraqah daripada
imam yang mendirikan solat dan perbuatan imam yang terlalu cepat
bacaannya di dalam solat.

r) Seorang yang buta dan tiada orang boleh memimpinnya


 Keadaan seseorang yang buta dan tiada orang yang boleh
memimpinnya

s) Lelaki kacak yang takut difitnah oleh orang ramai


 Lelaki kacak yang takut difitnah oleh orang ramai yang boleh menimpa
keburukan ke atas dirinya

t) Terdapat kemungkaran yang benar-benar menyakitinya


 Terdapat kemungkaran yang benar-benar menyakitinya sama ada di
masjid atau di pertengahan perjalanan

u) Peniaga yang meninggalkan solat untuk mendapatkan keuntungan


 Keuntungan itu pula bukan untuk bermewah-mewah, tetapi untuk
mengelakkan diri daripada kepapaan atau melunaskan hutang

v) Jauh dari tempat berjamaah


 Jauh dari tempat berjamaah dan waktunya akan habis di pertengahan
jalan sekiranya dia pergi menunaikan solat berjamaah

8.0 KESIMPULAN

25
Dalil tuntutan solat fardhu berjemaah amat kuat sehinggakan mendorang para ulama’
memperturunkan hukum-hukum tentangnya, kelebihannya, kaifiat dan sebagainya. Oleh
itu, para ulama’ menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka khilaf
tentang hukumnya. Begitu juga, Rasulullah SAW memarahi lelaki yang tidak menunaikan
solat fardhu berjemaah walaupun orang itu berpuasa. Kemarahan Rasulullah SAW itu
sehingga membandingkan bahawa mereka yang tidak menunaikan solat fardhu berjemaah
sama seperti orang munafiq dan rumah-rumah mereka layak dibakar.

Keuzuran dari solat fardu berjemaah hanya layak bagi mereka yang sakit atau
takut(khauf) sahaja atau berada dalam keadaan yang menghalang dari pergi ke tempat
solat berjemaah. Syaitan sentiasa berusaha memesongkan masyarakat yang tidak
mengambil berat tuntutan solat berjemaah dengan pelbagai cara.

26
9.0 RUJUKAN

1. Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, 12 September 2014,
Kitab Fikah Mazhab Syafie, Percetakan Salam Sdn. Bhd, Kawasan Perindustrian Kundang

2. Ustaz Mohd Haidzir Hussin, November 2014, Indahnya Solat Berjemaah, Telaga Biru Sdn.
Bhd.

3. Hj johari hj alias, 1997, Panduan Lengkap Ibadah Solat

4. Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi, Kitab al majmu’ Syarh al-Muhazzab

5. Muhammad Arsyad al-Banjari, kitab sabil al-muhtadin

27
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

MUQADIMMAH

1.0 PENGERTIAN SEMBAHYANG BERJEMAAH 2

2.0 HIKMAH YANG DISYARIAATKAN SOLAT BERJEMAAH 2-9

3.0 SYARAT SAH SOLAT BERJAMAAH 9


3.1 KEDUDUKAN MAKMUM DI BELAKANG IMAM 9
3.1.1 SOLAT SECARA BERDIRI 9
3.1.2 SOLAT SECARA DUDUK 9
3.1.3 SOLAT SECARA MENGIRING 9
3.1.4 SOLAT BERBARING SECARA MENELENTANG 9-10
3.2 MAKMUM DAN IMAM BERHIMPUN DI DALAM 10
SUATU TEMPAT
3.3 MAKMUM BERNIAT MENGIKUT IMAM 11
3.4PERATURAN SOLAT IMAM DAN MAKMUM ADALAH 11
SAMA
3.5PERSEPAKATAN MAKMUM DAN IMAM PADA 11
SUNAT-SUNAT TERTENTU
3.6TAKBIRATULIHRAM MAKMUM ADALAH SELEPAS 11-12
TAKBIRATULIHRAM IMAM

4.0 HUKUM SOLAT JEMAAH 12


4.1 HUKUM SOLAT BERJEMAAH DALAM MAZHAB 12-13
SYAFI’I
4.2PENDAPAT PARA ULAMA LAIN MENGENAI HUKUM 13-14
SOLAT BERJEMAAH
4.3HUKUM WANITA MENGHADIRI SOLAT BERJEMAAH 15-16
DI MASJID

5.0 HADIS KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH 16-17


6.0 MUAFIQ DAN MASBUQ 17
6.1 MUAFIQ 17
6.2 MASBUQ 17-18
6.3 LAIN-LAIN KEADAAN 18-19
6.4 HUKUM TENTANG MASBUK 19
6.5 KEUZURAN YANG DIMAAFKAN 19-20

7.0 KEUZURAN YANG DIBENARKAN SYARAK 20


7.1 KEUZURAN UMUM 20-21
7.2 KEUZURAN KHUSUS 21-25

8.0 KESIMPULAN 26

9.0 RUJUKAN 27

Anda mungkin juga menyukai