Anda di halaman 1dari 21

NAMA DAN NO.

KAD :PUTRA DANISH HAKIM BIN SHAARI (050609100219)


PENGENALAN : MUHAMAD ADAM FIRDAUS BIN MOHD ZABRI
(050705030177)
PROGRAM: 1 DVM MTK (2023)
KURSUS: ISLAMIC STUDIES
KOD KUKRSUS: MPU 2312
NAMA PENSYARAH: Pn. SABARIAH BINTI AWANG MAT

TARIKH HANTAR: 5/10/2023


LATAR BELAKANG

Solat merupakan penghubung antara manusia dengan Penciptanya. Melalui solat


seseorang

itu dapat berhubung terus dengan Allah SWT untuk memohon hidayah, meminta

pertolongan serta mengadu dan menyerah diri kepada Allah SWT. Melalui solat juga

seseorang dapat menghampirkan diri kepada Allah SWT, mendapat sumber tenaga
yang

baru dan bekalan kepada jiwa yang sentiasa memerlukannya sepanjang perjalanan
hidup ini.

Solat juga merupakan perkara pertama yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.
Ini

menunjukkan bahawa solat adalah ibu kepada segala ibadat dan ianya amat penting
untuk

dilaksanakan dalam kehidupan. Solat juga adalah tiang agama yang membawa
maksud teras

kepada amalan-amalan yang lain. Oleh itu, seseorang yang meninggalkan dan
mengabaikan

solat seolah-olah ia telah meruntuhkan agamanya sendiri.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengenalpasti masalah tidak solat di kalangan pelajar kolej

2. Untuk mencari punca masalah tidak solat ini berlaku

3. Untuk mencari jalan penyelesaian masalah tersebut


PENGENALAN

Solat merupakan satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat islam.

Walaubagaimanapun masih ramai umat islam di Malaysia tidak melaksanakan solat

walaupun sudah tahu solat adalah satu ibadah yang wajib dilaksanakan walau bagai
mana

cara sekalipun kerana solat adalah perkara pertama yang akan disoal apabila kita
mati.

Solat juga merupakan satu bentuk pendidikan awal yang perlu ditekankan sebagai

amalan kanak-kanak muslim seawal usia tujuh tahun seperti mana yang disarankan
oleh

Rasulullah S.A.W. ini memandangkan amalan solat adalah ibadah yang paling asas
dalam

agama islam. Solat fardu juga merpakan salah satu daripada rukun islam yang wajib

ditunaikan oleh semua umat islam yang waras, berakal dan telah baligh.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang perlaksanaan solat di kalangan


pelajarpelajar kolej. Respondend yang terlibat dalam kajian ini ialah 10 orang pelajar-
pelajar Kolej

Vokasional Besut. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana persepsi
pelajar

terhadap definisi solat, kepentingannya, dan kaifiah perlaksanaannya, persepsi


pelajar

terhadap pandangan fuqaha berkenaan hukum mengabaikan dan meninggalkan


solat serta

tahap peraksanaan solat di kalangan pelajar.


DEFINISI SOLAT

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama islam untuk menyembah Allah,
Tuhan yang

satu. Solat itu dilakukan dengan merujuk Al-Quran dan sunnah Rasul. Sering dirujuk

daripada, Nabi Muhammad. Dan ingatkanlah peristiwa ketika kami tentukan bagi
Nabi

Ibrahim tempat Kabaah untuk membinanya, “Janganlah engkau sekutu sesuatu pun

denganku, dan bersihkanlah rumahku Kaabah ini bagi orang-orang yang tawaf, dan
orangorang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud mengerjakan semahyang.

Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas
orang

islam yang baligh dan berakalsebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu.
Solat fardu

merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima rukun islam.

Solat fardu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu dengan
nama

umum subuh, zohor, asar, maghrib, dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya mengulangkannya


dengan niat

qada.

Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan
harus

bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Ini berdasarkan hadis:-

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan


olehnya seperti

Allah membenci dilakukan maksiat kepadanya”. Hadis riwayat Ahmad.


KELEBIHAN SOLAT

Ibadah Solat adalah satu ibadah yang telah diwahyukan oleh Allah kepada
Rasulullah SAW

secara langsung atau terus tanpa perantaraan Jibril a.s. sepertimana yang telah kita
ketahui

di dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Ini memberi petunjuk yang begitu jelas bahawa
ibadah

solat adalah ibadah yang amat penting sehingga Allah Taala mmengankat
Rasulullah SAW

sendiri kelangit untuk mengambil kefarduan solat seumpama seorang ketua


memanggil

pekerjanya kedalam bilik unntuk memberikan tugasan yang amat penting.

Oleh yang demikianlah kita telahpun memahami dan meyakini bahawa pengaruh
atau kesan

positif solat kepada kehidupan umat islam terlalu besar terutama dalam membentuk
jiwa,

diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan dalam menuju keberkatan hidup
berkeluarga,

bermasyarakat dan bernegara.

Kepentingan dan hikmah solat kepada orang-orang islam yang beriman, diantaranya
ialah:

1) Solat Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.

Fiman Allah S.W.T. Yang bermaksud:

“Sungguh aku ini Allah, tidak ada tuhan selain aku Dan dirikanlah solat itu semata-
mata

untuk mengingati Daku”.

(S. Thaha: 14)


Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud
ayat ini

solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Tidak ada
jalan lain

kita hamba yang beriman ini untuk berhubung dengan hanya menunaikan solat.
Justeru ,

orang islam yang tidak menunaikan solat sebenarnya adalah orang yang tidak
mengakui

Allah itu tuhan yang patut disembah. Malah mereka ini adalah golongan yang telah
menipu

terhadap pengakuan di dalam syahdah dan ikrar mereka. Orang islam yang
mengingati Allah,

maka Allah akan sentiasa mengingatinya mereka seperti firman Allah Taala yang
bermaksud:

“Maka ingatlah kepadaku, aku pun akan ingat kepadamu.” (Ayat 152: Surah Al-
Baqarah)

2) Tanda pengabdian dan syukur kepada Allah Azzawajalla.

Solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba keapada
Allah S.W.T.

atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya: Yang

bermaksud:

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu (Muhammad saw) nikmat yang


banyak. Maka

laksanakan solat kerana Tuhanmudan berkorbanlah. (sebagai ibadah untuk


mendekatkan diri

kepada Allah)”. (S.Al-Kautsar: 1-2).

Sekiranya sesorang muslim tidak melaksanakan solat, bagaimana cara dia


mengucapkan
syukur kepada Allah Taala. Adakah cukup sekadar menggunkapkan ucapan
Alhamdulillah

atauterima kasih Allah tanpa solat. Sesuungguhnya orang yang meninggalkan solat
adalah

golongan yang kufur denagn nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan
Qarun.

3) Hikmah solat Dalam menghapus Dosa.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Solat lima waktu dan solat jumaat hingga jumaat berikutnya adalah penebus dosa

antaranya jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR
Muslim).

Dosa yang dimaksudkan di sisni adalah dosa-dosa kecil. Sebagai manusia bias akita
tidak

akan terlepas dan bebas dari melakukan dosa. Mata kita tidak mungkin telah terlihat
perkara

mungkar, lidah kita mungkin berkata sesuatu yang tidak berhak diperkatakan, begitu
juga

kepada-kepada anggota-anggota yang lain yang melakukan kemungkaran. Maka


melalui

solat ini tadi dengan izin dan rahmat Allah, kita dapat meminta keampunan dan

memadamkan dosa-dosa lalu. Sesungguhnya orang yang tidak mengerjakan


solatadalah

golongan yang tidak bimbang dan takut dengan azab dan api nerak Allah.

4) Solat mencegah perkara keji, mungkar dan gejala sosial.

Firman Allah: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan

kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); dan (ingatlah)
Allah
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-‘Ankabut [29:45).

ULASAN: Solat yang didirikan dengan penuh penghayatan akan membendung


seseorang

Muslim dari melakukan perkara keji kerana intisari solat (kepatuhan kepada segala
arahan

Allah) dihayati dan dilaksanakan. Perlakuan dosa dan maksiat seseorang mansia
menjadi

kayu ukur penerimaan solatnya. Orang yang bersolat tetapi masih melanggar arahan
Allah

sebenarnya tidak benar-benar memahami dan menghayati falsafah solat. Oleh


kerana itu,

perbuatan solat disebut dalam al-Quran dengan arahan dirikanlah kerana ia perlu
didirikan

dengan asas ilmu yang teguh dan penghayatan.

5) Orang yang meniggalkan solat senang terjebak dengan maksiat serta

mengikut hawa nafsu

Fiman Allah: Kemudian mereka (para rasul) digantikan oleh keturunan-keturunan


yang

mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat);


maka

mereka akan menghadapi azab (dalam neraka) (Maryam [19:59])

Sesungguhnya amat banyak hikmat solat dalam kehidupan kita seharian. Selain
hikmah yang

disebutkan di atas solat juga mampu untuk mendidik umat islam menjadi pengurus
yang

baik, mampu membentuk disiplin dan mencintai ilmu. Hikmah di atas belum lagi
menyentuh
hikmah solat dari sudut sains dan kesihatan.

1. Solat Subuh - Wajah yang cantik.

2. Solat Zuhur - Rezeki yang banyak.

3. Solat Asar - Kesihatan yang baik.

4. Solat Maghrib - Anak-anak yang cerdik dan Berjaya.

5. Solat Isyak - Tidur yang nyenyak tanpa gangguan.


ISU TENTANG PERLAKSANAAN SOLAT

Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada

berlakunya pengabaian solat dalam kalangan pelajar kolej yang akan dibincangkan

di bawah

Faktor Keluarga

Keluarga merupakan asas utama kepada pembentukan kehidupan remaja.


Pendidikan

keluarga mampu membentuk remaja menjadi individu yang berguna atau sebaliknya.

Sebaliknya remaja yang mempunyai masalah akhlak dan tingkah laku didapati
berpunca

daripada kurangnya didikan yang sempurna daripada keluarga.

Faktor ibu bapa merupakan faktor yang paling mempengaruhi remaja untuk solat

dibandingkan faktor rakan sebaya dan media massa dalam mempengaruhi pelajar
untuk

melakukan solat sunat. Faktor dominan yang mendorong remaja untuk solat adalah
ibu

bapa. Malah kesan pengaruh ibu bapa sangat kuat sehinggakan terdapat remaja
yang solat

kerana takut dimarahi ibu bapa mereka.

Sebaliknya pula didapati sekiranya ibu bapa tidak menunjukkan tauladan yang baik

atau tidak menitik beratkan anak-anak mereka untuk solat ini sedikit sebanyak akan

memberi kesan anak mereka tidak solat. Terdapat segelintir ibu bapa pelajar yang
tidak

pernah menunaikan solat tetapi hanya mengharapkan anak-anak untuk


melaksanakannya.

Malah kegagalan sistem kekeluargaan itu sendiri dalam mendidik anak-anak untuk
melakukan solat akan menyukarkan guru untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Faktor sekolah dan guru-guru.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Salah satu cara meningkatkan kefahaman
dan

penghayatan terhadap solat ialah melalui pendidikan. Sekolah merupakan sebuah


institusi

pendidikan yang biasanya ditubuhkan untuk menyampaikan ilmu dan melahirkan


pelajar

yang intelek dan positif. Hubungan dan interaksi antara pelajar dengan pelajar atau
antara

pelajar dengan guru biasanya berlaku di sekolah. Selain di rumah, sekolah juga
berperanan

dalam membentuk watak dan pemikiran juga membina karakter seorang pelajar.

Pendidikan nilai-nilai murni melalui sekolah dan guru-guru didapati lebih berkesan
kepada

pelajar-pelajar kerana mereka menggunakan kaedah pembelajaran yang formal dan

sistematik

Di sekolah wujud beberapa program seperti Program Amali Solat, Kem Bestari Solat

dan Perlaksanaan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang sedikit sebanyak dapat
melahirkan

generasi yang konsisten melaksanakan perintah Allah. Maklumbalas daripada


pelajar

mengatakan bahawa Program Amali Solat penting untuk mereka serta banyak
membantu

mereka untuk melaksanakan solat secara konsisten di rumah.

Selain itu peranan yang dimainkan oleh guru juga tidak terkecuali dalam
mempengaruhi remaja solat. Pelajar menyatakan guru sering mengingatkan mereka
untuk

solat dengan sempurna disamping menuntut ilmu yang menyebabkan mereka


bermotivasi

untuk menjaga solat. Faktor kedua tertinggi yang mendorong remaja untuk solat
adalah

faktor guru di mana pentingnya bimbingan yang berterusan terhadap pelajar tidak

terbatas hanya pada waktu pengajaran dan pembelajaran sahaja.

sekolah perlu mengalakkan solat berjemaah dan sunat, meningkatkan kursus solat

dan kesedaran pentingnya solat dan menyediakan borang muhasabah diri kepada
pelajar.

Dapat disimpulkan bahawa faktor guru/sekolah memainkan peranan yang besar

dalammendidik remaja ke arah pelaksanaan solat. Tanpa inisiatif sekolah dalam

melaksanakan program-program didikan solat dan bimbingan berterusan oleh guru-


guru,

pasti remaja hilang arah dan mengabaikan solat. Terutamanya para remaja yang

mempunyai ibu- bapa yang tidak menekankan kepentingan solat ketika di rumah.

Faktor Individu.

Faktor diri sendiri remaja yang mendorong mereka melakukan ibadah solat kerana
minat

mereka dalam melaksanakan ibadah dan bukan kerana unsur paksaan tetapi kerana

keyakinan sebagai seorang muslim. Manakala bagi remaja yang tidak berminat

menunaikan solat didapati kerana hatinya belum terbuka untuk menunaikan solat.

Selain itu terdapat juga, terdapat ramai pelajar leka apabila bermain gadjet

sehingga menyebabkan mereka tidak menunaikan solat kerana tidak perasan


bahawa
waktu solat fardu telahpun tiba. Apabila pelajar ini terlalu leka bermain gadjet ia akan

memberikan kesan kepada kesihatan mereka seperti contoh menjadi seorang yang
pelupa

kerana penggunaan gadjet degan cara yang salah mampu menghilangkan memori

seseorang. Malah terdapat juga Segelintir pelajar menganggap kenyataan itu adalah

perkara yang tidak benar. Maka sikap yang tidak boleh menerima kenyataan ini akan
akan

membuatkan mereka terus leka dengan bermain gadjet sehingga lupa untuk
menunaikan

solat.

Bukan itu sahaja, malah sikap tidur lewat sehingga tidak solat subuh juga sering

berlaku di kalangan pelajar. Perkara ini menyebabkan pelajar tidak dapat bangun
pada

awal pagi unutuk menunaikan solat subuh. Punca berlakunya perkara-perkara


seperti ini

adalah dari diri sendiri yang tidak ada rasa keinginan untuk berubah. Perkara
tersebut

hanya dapat diubah oleh diri sendiri yang betul-betul berkeinginan untuk berubah
DAPATAN KAJIAN

BIL
1 Malas Malas berpunca dari diri Jika tidak ada kesedaran dalam
sendiri yang tidak memaksa diri maka rasa bersalah kerana
diri sendiri untuk solat. meninggalkan solat akan hilang
dalam diri kita.

2 Sibuk Masalah ini berlaku kerana Kesan bagi orang yang lebih
ramai orang islam lebih mementingkan urusan kerja
mementingkan sesuatu kerja berbanding solat ialah mereka
berbanding dengan akan menjadi tidak tenang dan
melaksanakan solat. selalu mempunyai masalah
walaupun mempunyai wang yang
banyak dengan kehidupan yang
mewah.

3 Tidak Perkara ini biasanya terjadi Jika meneruskan tabiat sengaja


sampat kerana sengaja melambatlambatkan solat walaupun melambat-lambatkan solat
sudah masuk waktu mereka telah membuat dosa
yang besar tanpa sedar

4 Lalai Lalai berpunca dari diri sendiri Jika tidak ada yang menegur atau
yang tidak mengambil berat mengajak untuk solat mereka
tentang perlaksanaan solat akan lupa apa balasan bagi orang
hingga lalai dengan perkaraperkara yang tidak ada yang sengaja meninggalkan solat.
kebaikan.

5 Ikut Tersalah pilih kawan juga boleh Seseorang itu akan menjadi
kawan membuatkan seseorang semakin malas untuk solat
hanyut jika kawan yang di pilih kerana tiada kawan-kawan yang
adalah jenis yang tidak solat boleh menegur dan mengajak
dan malas untuk solat untuk solat
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

Terdapat banyak langkah yang mungkin berkesan untuk menyelesaikan masalah


tidak solat

contohnya seperti di bawah.

1. Mengadakan ceramah tentang kewajipan solat juga mungkin boleh membuatkan


pelajar

berasa ingin berubah kearah yang lebih baik dengan solat tepat pada waktu dan
tidak

meninggalkan solat.

2. Mendidik anak-anak solat sejak kecil adalah satu perkara yang Ibu bapa wajib
lakukan

supaya anak-anak terbiasa dengan solat dan menjadi satu perkara yang wajib di
tunaikan.

3. Guru-guru perlu mengambil tindakan ke atas pelajar yang tidak solat supaya
pelajar

berasa takut untuk meninggalkan solat di ketika di kolej.

4. Memberi nasihat kepada pelajar yang tidak solat supaya mereka tahu solat adalah
satu

perkara yang sangat penting dalam kehidupan.

5. Ibu bapa perlu memaksa anak-anak untuk solat dengan merotan anak-anak yang
malas

solat supaya mereka takut untuk tidak solat.

6. Mencari kawan yang baik supaya boleh mengajak kita untuk menunaikan solat
berjemaah.

7. Ibu bapa perlu pastikan anak-anak tidak diberikan gadjet sejak kecil supaya anak-
anak

tidak lalai bermain gadjet hingga meninggalkan solat


8. Memberi panduan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar kolej agar mereka dapat

melaksanakan solat

9. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana ibu bapa
adalah

cerminan kepada anak-anak

10. Mengadakan ceramah yang boleh membuatkan pelajar berasa bertapa ruginya
jika tidak

Solat
PENYELESAIAN MASALAH

1. Sikap malas dalam kalangan pelajar

Sikap ini perlu di buang oleh pelajar kerana sifat ini merugikan mereka mahupun di
dunia

atau pun di akhirat. Pelajar perlu mengubah diri sendiri kerana tidak ada orang dapat

mengubah diri seseorang melainkan diri sendiri.

2. Sibuk dengan gadjet dan perkara yan sia-sia

Sibuk adalah perkara yang boleh di tinggalkan sekejap untuk menunaikan solat
tetapi ramai

yang tidak kesah dengan solat asalkan mereka dapat membuat perkara yang sia-sia.
Contoh

perkara yang sia-sia adalah seperti bermain game, merempit dan lain-lain.

3. TIDAK SEMPAT

Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih, pearkataan tak sempat bukan
halangan untuk

tidak solat kerana sesorang itu boleh mengubah sikapnya yang sering melambat-
lambatkan

solat kepada seorang yang terus melaksanakan solat apabila masuk waktu

4. Lalai

Lalai adalah satu perkara yang sering berlaku dalam kalangan pelajar di kolej,
perkara ini

berlaku kerana sikap pelajar yang kurang peka dengan keadaan sekeliling hingga
tidak

perasan waktu solat fardu telahpun berlalu. Sebagai seorang pelajar yang muslim
mestilah
sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya tidak lalai dengan perkara-perkara
yang

boleh melalaikan kita sehingga tidak solat.

5. Ikut kawan

Salah memilih kawan juga boleh menyebakan seseorang itu malas solat kerana
terikut

dengan sikap kawan-kawan yang malas solat. Sebagai seorang pelajar mestilah
pandai

memilih kawan seperti kawan yang rajin solat dan rajin ke masjid, tidak dengan itu
saja

mereka juga dapat mengajak kita sekali untuk menunaikan solat fardu berjemaah di
masjid

ataupun di surau.
KESIMPULAN

Secara umumnya, amalan solat fardu merupakan suatu amalan yang mulia danamat
dituntut

disisi Allah SWT. Solat merupakan pengubat penyakit rohani dan jiwa bagi setiap
manusia. Ia

juga bertujuan bagi mengangkat darjat manusia lebih tinggi dari sekalian makhluk
yang

diciptakan oleh Allah SWT dan menjadi sebaik-baik makhluk disisi Allah SWT.
Dengan solat

juga menjadi lambing ketaatan yang sejati antara seseorang hamba itu kepada
tuhannya

sehingga boleh menimbulkan kecintaan dan kasih-sayang tuhan kepada hambanya.


Namun

sebaliknya, keingkaran dan kelalaian seseorang hamba terhadap kewajipan solat


boleh

mengundang kemurkaan Allah SWT sehingga jauh dari rahmatnya. Kesannya akan

menyebabkan seseorang hamba itu bakal ditimpa bencana buruk terhadap


kehidupannya

dalam pelbagai sudut. Oleh kerana itu, peliharalah solat dengan sebaik-baiknya dan

tunaikanlah dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah SWT bagi
menjamin

kebahagiaan dan kejayaan di dunia serta diakhirat. Pensyariatan solat juga


mengandungi

hikmah yang boleh dilihat berdasarkan logik akal yang meliputi pelbagai aspek
seperti

kesihatan, kekuatanmental, fizikal, kestabilan emosi, iltizam yang tinggi dan


kemurnian

akhlak.

Anda mungkin juga menyukai