Anda di halaman 1dari 30

SOLAT MEMBENTUK

PERIBADI AGUNG
KEM PENGUKUHAN SOLAT
JABATAN PELAJARAN JOHOR
2010
OBJEKTIF
Memahami sejarah solat
Memahami kepentingan solat
Mengetahui punca solat tidak berkesan
Menjelaskan tips-tips solat berkesan
Tanda-tanda solat berkesan
SEJARAH SOLAT
Solat Difardukan Ibadat solat telah difardhukan
oleh Allah dalam satu peristiwa agung dalam
dalam sejarah kehidupan Rasullah s.a.w iaitu
peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini berlaku
kira-kira beberapa tahun selepas Rasullah dilantik
sebagai Rasul. Dalam peristiwa tersebut, Baginda
telah dibawa oleh Malaikat Jibrail a.s mengadap
Allah di Arasy untuk menerima perintah
mengerjakan solat lima waktu. Bermula dari
situlah, maka setiap orang Islam diwajibkan
mengerjakan solat. Hukum mendirikan solat ini
adalah fardhu ain ke atas setiap individu Muslim.
KEWAJIPAN SOLAT
Allah s.w.t berfirman:
“Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu
kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang
yang beriman”

Rasullah s.a.w bersabda : 


"Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka
sesiapa yang mendirikan solat, dia telah
menegakkan agama. Dan sesiapa yang
meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan
agama".
KEPENTINGAN SOLAT
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia
dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan
dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan bersih anggota badan. Segala perjanjian telah
dilakukan dalam solat mestilah dipelihara di luar
solat.
Solat mendidik manusia sentiasa mengingati
Allah s.w.t dan mematuhi perintah-Nya.
Solat boleh memelihara manusia daripada
melakukan kejahatan, seperti Firman Allah s.w.t.
"Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji
dan mungkar...."
Solat memberi ketenangan jiwa.
Solat membawa kejayaan kepada orang mukmin
tetapi hendaklah dilakukan dengan khusyuk.
Pertama :
Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh
apabila Solat ditinggalkan penganutnya. Menurut
Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda,
Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala,
tiang dan menara semua perkara ? Aku menjawab,
sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata:
Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya
adalah Solat dan menaranya adalah Jihad. ( H.R
Tarmizi )
Kedua : Solat termasuk dalam perkara penting
selepas melafazkan dua kallimah syahadah. Ia
merupakan salah satu cara individu Muslim
melahirkan rasa syukur serta membuktikan
keimanannya. Sabda Rasulullah s.a.w, Islam dibina
atas lima perkara; Mengucap dua kalimah
syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan Muhammad itu pesuruh Allah,
mendirikan Solat, mengeluarkan zakat,
mengerjakan haji dan berpuasa di bulan
Ramadhan. ( H.R Muslim )
Ketiga : Ibadah Solat tidak disyariatkan melalui
perantaraan malaikat, tetapi Allah telah mengangkat
Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri
mewahyukan fardhu solat lima waktu kepada baginda.
Ini berlaku dalam peristiwa Israk & Mikraj.
Keempat : Solat dapat membersihkan segala
kesalahan dan dosa. menurut Abu Hurairah r.a,
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, apa pendapat
kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah
kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima
kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya ?
Mereka berkata; Sudah pasti tidak akan tinggal
sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah
perumpamaan solat lima waktu. Allah telah
membersihkan segala kesalahan dengan
mengerjakannnya. ( H.R Bukhari & Muslim )
Kelima : Solat membezakan antara seorang
Muslim dengan kafir. Ini bermakna,
meninggalkan Solat dengan segaja menjadikan
seseorang itu kafir. Dari Jabin bin Abdullah r.a,
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Pembeza antara
seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah
meninggalkan Solat. (H.R Muslim) 
Keenam : Solat merupakan perkara pertama yang
ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti. Abu
Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda, Perkara pertama yang ditanya kepada
seorang hamba pada hari kiamat tentang
amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah
berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan
rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata :
Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan
sunat yang boleh menampung kekurangan amalan
fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang
sama pada amalan- amalan lain. ( H.R Al-Nasai &
Tarmizi ) 
PUNCA SOLAT TIDAK BERKESAN

Tiada bimbingan
Wajib belajar ilmu
Perlukan tunjuk ajar secara langsung
Hendaklah bersedia untuk ditegur
Kurang pengetahuan tentang
pelaksanaan solat

Tidak mahu menambahkan ilmu


Tidak mahu menerima teguran
Tiada penghayatan dalam solat
Tidak khusyuk ketika solat
Tidak bersungguh-sungguh ketika solat
Rasa solat tidak penting
Penyakit malas
Malas untuk solat
Malas untuk menyegerakan solat
Malas untuk memperbaiki kualiti
solat
TIPS SOLAT BERKESAN
Sempurnakan wudhuk
WUDHUK SEMPURNA : iaitu
mengambil wudhuk dengan rukun
dan sunat yang dilakukan secara
sempurna syarat dan tertibnya
Wudhuk yang sempurna akan menggugurkan dosa-dosa
kecil, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw bersabda
yang bermaksud, “Barang siapa yang berwudhuk dan
dalam melakukan wudhuknya itu dia berserah semata-
mata hanya kepada Allah, lalu dia pula mematuhi segala
rukun tertibnya yang betul, maka nescaya akan keluarlah
segala dosa-dosanya daripada seluruh jasad hatta sekalipun
dosa yang ada tersangkut pada celah kukunya pun akan
mengalir jatuh bersama air wudhuk itu.”
(HR Muslim dan An-Nasai)
Khusyuk dalam solat

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-


orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”
Cara Untuk Khusyuk
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal
dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa
syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan


kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat
tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan
yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau


pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa
hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha
untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk
ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al
Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana
bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna
yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang
melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha


konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah
memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t.,
rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat
dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu


mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh
mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan


Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak


gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti
tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat
sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan
sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya
iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada
gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain
kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan
ketika berjemaah.
Menjaga rukun solat
Solat tidak sah jika tidak sempurna rukun
Rukun dan sunat hendaklah dijaga
Jangan tergesa-gesa untuk habiskan solat
Memahami bacaan dalam solat
Sebaiknya kita memahami apa yang dibaca ketika
solat agar kita lebih khusyuk
Apabila kita memahami makna bacaan maka hati
kita tidak mudah mengingati perkara lain
Hendaklah berusaha menghafal makna setiap
bacaan ketika solat
Solat di awal waktu
"Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka
jawab Nabi :
Solat di awal waktu.“
(riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud) 
Jaga kebersihan zahir dan batin
Menjaga kebersihan dan kesucian pakaian serta
tempat solat
Menjaga kebersihan jiwa dengan menjauhi sifat-sifat
mazmumah seperti hasad dengki, banci, marah dan
sebagainya.
Menjadikan hati lebih tenang
Solat ikut sunnah
Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Solatlah kamu
sebagaimana kamu melihat aku solat“
( Hadis Riwayat Muslim )
TANDA SOLAT BERKESAN
Rasa kemanisan solat
Rasa ternanti-nanti masuknya waktu solat
Melahirkan rasa tenang dalam jiwa
Rasa benci terhadap perkara-perkara mungkar

Anda mungkin juga menyukai