Anda di halaman 1dari 12

Syarahan solat tiang agama

Solat Tiang Agama

Assalamualaikum....barisan panel hakim, sidang hadirin hadirat yang dihormati ...


Berdirinya saya di atas pentas yg mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah
syarahan yang bertajuk Solat tiang agama..

Sidang hadirin hadirat sekalian..


Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun Islam.
Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam. Ibadah lain tidak
dapat menyamai ibadah ini kerana Solat merupakan suatu manifestasi
perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu
menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa. Solat bermaksud doa yang
mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan tertentu yang didahului
dengan takbir dan diakhiri dengan salam.
Firman Allah dalam surah al Taubah ayat 103,

Maksudnya, ..doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi


ketenteraman bagi mereka...

Solat merupakan tiang agama kerana mengerjakan solat membabitkan seluruh


anggota badan. Mulut menyebut, hati menghayati segala erti setiap bacaan
manakala tangan, kaki dan seluruh anggota lain berusaha dan bekerja dengan
cara yang teratur dari awal hingga akhir solat didirikan. Sabda Rasul s.a.w yang
bermaksud:
Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya dia menegakkan agamanya. Setiap yang meninggalkannya dia merosakkan agamanya.
(Riwayat Baihaqi)

Solat merupakan antara ibadat yang telah lama disyariatkan. Detik 18 bulan
sebelum Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, dalam peristiwa Isra telah termaktub
kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas setiap muslim dan
wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun.

Menurut Muaz bin Jabl r.a, Rasulullullah s.a.w telah bersabda, Mahukah kamu aku
khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab?
Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah
Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah jihad.
(Riwayat Muslim)

Sidang hadirin hadirat yang dikasihi..


Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kekadang ada kesilapan yang
dilakukan sengaja atau tidak. Melalui ibadah solat manusia dapat mengambil
kesempatan menjadikannya sebagai waktu untuk bertaubat daripada dosa-doa
yang dilakukannya. Maka solat yang dilakukan berulang kali akan membersihkan
dirinya daripada maksiat dan dosa.. Dengan pembersihan itu hati akan sentiasa
suci. Hati yang suci akan memancarkan segala sumber kebaikan dan kehalusan
budi pekerti pada setiap individu Muslim.

menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Apa pendapat kamu
jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di
dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya ? Mereka berkata;
Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah
perumpamaan Solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan
dengan mengerjakannnya?. ( H.R Bukhari & Muslim )

Hadirin hadirat sekalian

Solat dapat membina jati diri seseorang. Imam Abu Al Aliyah berkata, Solat
mempunyai tiga keistimewaan, iaitu iklas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas akan
membawa seseorang kepada makruf, khusyuk akan mencegah dari perbuatan
mungkar, manakala zikrullah akan membantu seseorang melakukan perbuatan
makruf dan meninggalkan perbuatan mungkar.
Di samping itu solat dapat menguatkan jiwa seseorang kearah mengabdikan diri
kepada Allah s.w.t dan dapat meninggalkan kekejian dan kemungkaran.

Di dalam surah al Ankabut ayat 45, Allah berfirman,

Maksudnya, sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji


dan mungkar.

Peribadi unggul yang dibentuk melalui solat, akan membentuk sistem


kekeluargaan yang harmoni dan diredhai. Di samping itu, masyarakat yang aman
dan selamat dunia akhirat akan melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Sidang hadirin hadirat sekalian.

Solat mendidik umat Islam menjadi pengurus masa yang baik.

Mengikut Imam Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah ibn Masud pernah
bertanya kepada nabi, Apakah amalan yang Allah paling sukai? Baginda
menjawab, Solat tepat pada waktunya, Abdullah ibn Masud bertanya lagi,
Kemudian apa? Baginda menjawab, Melakukan kebaikan kepada kedua
ibubapa. Abdullah bertanya lagi, Kemudian apa? Nabi menjawab, Jihad kerana
Allah.

Allah berfirman, dalam surah an Nisa ayat 103

Maksudnya, Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu yang


diwajibkan ke atas orang-orang mukmin.

Oleh kerana solat fardu yang lima terikat dengan waktu, mereka yang bersolat
perlu prihatin dan peka dengan waktu kerana solat yang dilakukan di luar waktu
dengan sengaja dianggap sebagai tidak sah dan bakal mendatangkan dosa.
Kepekaan kepada waktu ini, jika dikembangkan kepada seluruh kehidupan akan
menjadikan umat Islam satu golongan yang menghargai masa. Golongan yang
menghargai masa pasti akan melahirkan warga yang cemerlang.

Sidang hadirin hadirat yang dihormati..

Solat juga dapat membentuk disiplin diri setiap muslim. Di antara perkara yang
wajib dilaksanakan sebelum bersolat ialah mengambil wuduk. Wuduk dianggap
tidak sah melainkan dengan tertib. Tertib bermaksud , yang dahulu didahulukan
dan kemudian dikemudiankan. Demikian juga ketika bersolat, tertib wajib
dipelihara. Jika seseorang mendahulukan amalan yang sepatutnya
dikemudiankan, sebagai contoh, melakukan sujud sebelum qiam solatnya
dianggap tidak sah. Sebagaimana . Sabda Rasul s.a.w :

Barangsiapa memelihara lima solat fardhunya, dengan menyempurnakan


wudhuknya dan menjaga waktu-waktunya, maka ia akan menjadi nur (cahaya)
dan burhan (hujjah, bukti) baginya pada Hari Kiamat. Dan barang siapa
melalaikannya, akan dikumpulkan kelak bersama Fir aus dan Hamam
(Riwayat abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

Latihan-latihan seperti ini mampu melahirkan insan yang celik prosedur lagi
berdisiplin sekaligus menjadikannya efisien dalam setiap pekerjaan.

Sidang hadirin hadirat yang dimuliakan.

Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna,


meninggalkan Solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir.

Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

Perbezaan antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan
Solat.
(H.R Muslim)

Ubadah bin Somit r.a telah berkata,


Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda
s.a.w,Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu
akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan Solat dengan
sengaja, kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja akan terkeluar
daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan

menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini
adalah ibu segala maksiat.( H.R Imam Tabrani )

Sidang hadirin hadirat yang dikasihi

Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Ini telah dijelaskan sebagaimana
firman Allah s.w.t di dalam surah Toha ayat 14 yang berbunyi,

Ertinya, ..dirikanlah solat untuk mengingat ku..


Oleh kerana solat benar-benar mendamaikan hati nabi Muhammad s.a.w pernah
berkata, Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah kami dengan
solat,
(Riwayat Imam Ahmad)

Khusyuk perlu diamalkan tidak hanya di dalam solat. Ia perlu diaplikasikan dalam
setiap ibadah yang kita lakukan agar kesannya lebih positif.

Hadirin hadirat sekalian,

Hujahan tentang solat tiang agama telah dihuraikan.. tidak sempurna kiranya
saya tidak simpulkan..
Kesimpulannya..

Dalam konteks melaksanakan solat, dua perkara wajib dijaga, pertama khusyuk
dan kedua, memastikan solat dilaksanakan secara berterusan mengikut cara dan
jadual yang ditetapkan. Umat Islam tidak boleh mengabaikan solat. Umat Islam
melaksanakan kewajipannya sebagai seorang muslim. Solat merupakan perkara
pertama yang ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti. Abu Hurairah r.a. pernah
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang
amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia
telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan
adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan

amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan- amalan
lain. ( H.R Al-Nasai & Tarmizi )
Saya akhiri syarahan saya dengan kalimah...wabillahi taufiq wal hidayah ..
Assalamualaikum w.b.t..

TAJUK SYARAHAN:AKHLAK MULIA PENCETUS UMAT SEJAHTERA

Terima kasih saudara peneraju majlis,yang saya hormati kombinasi kehakiman


pendukung kebenaran seterusnya hadirin sidang warga dewan yang dimuliakan
Allah sekalian.Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Akhlak Mulia
Pencetus Umat Sejahtera,begitulah bunyinya mauduk syarahan saya pada hari
yang dirahmati Allah ini.Sebelum kata melancarkan bicara,izinkan saya
menginterprestasikan frasa penting yang terkandung dalam mauduk syarahan
saya.

Frasa akhlak mulia merujuk kamus dewan edisi ke-4 ialah budi pekerti atau
tabiat yang luhur.Manakala definisi bagi pencetus diklasifikasikan sebagai
melahirkan ataupun perangsang.Seterusnya,frasa yang terakhir sekali iaitu umat
sejahtera dikatakan sebagai segolongan manusia yang hidup dalam keadaan
aman dan makmur.

Saudara-saudari yang saya kasihi,

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Orang-orang mukmin


yang lebih sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.(Hadith
riwayat:al-Tarmidhi)

Dapat kita lihat kaitan yang erat antara iman dan akhlak. Rasulullah s.a.w
menyatakan bahawa orang yang mempunyai kesempurnaan akidah dan iman
ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Rasulullah sendiri mempunyai
akhlak dan budi pekerti yang tinggi sehingga mampu menjadi contoh tauladan
dan qudwah hasanah kepada seluruh umat manusia.

Hadirin-hadirat yang budiman,

Menelusuri kata kunci saya yang-1 iaitu Akhlak mulia pencetus umat yang
sejahtera.Dengan akhlak yang mulia,manusia mengetahui hala tuju,tujuan dan
tugasnya di atas muka bumi ini.Allah telah menciptakan seluruh alam ini dan Dia
tidak akan menciptakan tanpa sebab dan tujuan.Begitu juga umat yang
diciptakan oleh Allah untuk menggalas dua tugas utama iaitu sebagai hamba-Nya
dan khalifah-Nya di atas muka bumi ini.Firman Allah :
Maksudnya: Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah
kepada-Ku(surah al-Baqarah:30). Sebagai hamba Allah,kita sebagai manusia
haruslah melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala
larangan-Nya.Jika manusia tidak mengabaikan apa yang disuruh-Nya pasti dapat
menciptakan umat yang sejahtera dan jauh daripada berakhlak mazmumah.

Hadirin-hadirat yang dihormati Allah,

Seterusnya,kata kunci saya ke-2 adalah Kekuatan akidah memainkan peranan


penting dalam membentuk umat yang berakhlak mahmudah.Menurut IbnMiskawayh,al-Tusi dan al-Ghazali meyakini sekiranya keadaan jiwa itu tidak
tenang dan berserabut,ia akan menghasilkan tindakan luaran yang janggal dan
tidak bermoral.Sebaliknya,jika jiwa seseorang itu tenang dan sihat,ia akan
menghasilkan tindakan luaran yang bermoral.Oleh itu,jiwalah yang perlu dididik
dengan sebaik-baiknya untuk mencapai akhlak yang terpuji.Dengan kekuatan
tauhid dan akidah, manusia akan merasa persamaan antara manusia di hadapan
Allah.Tanpa ada perasaan egoistik dan invidualistik maka akan lahir umat yang
berakhlak mulia dan bersatu padu dalam keadaan damai dan harmoni.

Sidang dewan sekalian,

Huraian saya ke-3 iaitu Umat yang berakhlak mahmudah mengetahui sifat-sifat
Tuhan.Justeru,dia akan berusaha bersungguh-sungguh menurut kekuatannya
sebagai seorang manusia supaya dapat meneladani sifat-sifat Allah s.w.t.Allah itu
Maha Pengampun dan Penyayang lalu dia berusaha supaya mempunyai sifat
santun dan penyayang.Begitulah jua dengan sifat-sifat Allah yang dapat
diketahui dalam al-Quran dan Hadith.Maka umat yang beriman akan meyakini

bahawa dalam dirinya terdapat sifat-sifat kesempurnaan yang baik yang mampu
ditonjolkan melalui akhlak mahmudah.

Hadirin sekalian,

Hujah saya yang ke-4 ialah Umat yang mempunyai akhlak yang luhur dan
terpuji akan sentiasa mencontohi peribadi dan akhlak Rasulullah s.a.w.
Firman Allah :
Maksudnya:Sesungguhnya Rasulullah itu menjadi contoh tauladan yang baik bagi
kamu(surah al-Ahzab:21).Peribadi Rasulullah merupakan contoh yang baik
kepada sekalian umat manusia.Ini kerana sebagai nabi dan utusan Tuhan,baginda
merupakan orang yang paling mengetahui tentang agama yang dibawanya iaitu
Islam dan bagindalah yang paling sempurna mengamalkan ajaran Islam.Maka
sebagai umat baginda yang kasih kepadanya,seharusnya kita mencontohi
peribadi dan akhlak yang dimiliki baginda.Kemuliaan dan keluhuran akhlak
baginda tidak sahaja diakui oleh manusia sehingga baginda diberi julukan alAmin bahkan Allah yang mengutusnya sendiri mengakui hal ini.
Firman Allah:Sesungguhnya engkau (hai Muhammad),memiliki budi pekerti yang
luhur(surah al-Qalam:4)

Sidang dewan sekalian,

Kata kunci saya yang seterusnya ialah Dengan keluhuran akhlak dapat
membataskan manusia daripada melakukan perbuatan yang dilarang
Islam.Selain itu,dengan berakhlak mulia dapat membataskan manusia daripada
mengikut hawa nafsu terus-terusan mengajak mereka berakhlak dengan akhlak
mazmumah.Mereka yang mempunyai asas akhlak yang luhur akan sentiasa
meyakini bahawa Allah mengawasi gerak-geri mereka dan Dia tahu apa sahaja
mereka lakukan sama ada terang-terangan atau tersembunyi daripada
pandangan orang lain.Sebaliknya,mereka yang tidak mempunyai asas akhlak
yang mulia akan terumbang-ambing kerana kehilangan arah dan hanya menurut
hawa nafsu dan bisikan syaitan.Malangnya,mereka alpa bahawa keseronokan
duniawi hanyalah sementara.

Hadirin-hadirat sekalian,

Huraian saya yang ke-6 iaitu yang terakhir sekali ialah Dengan keluhuran akhlak
dan akidah yang utuh,sistem moral atau ideologi ciptaan manusia secara

automatiknya tertolak.Manusia yang mempunyai akhlak yang luhur dan akidah


yang utuh,tidak akan terpengaruh dengan slogan anti-agama atau anti-wahyu
yang akan menciptakan umat yang huru-hara dan hidup tanpa landasan undangundang dan batasan.Ini kerana manusia menciptakan sesuatu berdasarkan
tingkat akal mereka yang terbatas dan menurut hawa nafsu semata-mata demi
agenda tertentu.Namun,sistem moral dan akhlak yang diciptakan Allah yang
menciptakan manusia adalah lengkap dan universal.Malahan,sistem moral dan
akhlak-Nya menepati fitrah manusia itu sendiri.

Muslimin-muslimat yang dihormati Allah,

Konklusinya,jelaslah kepada kita bahawa akhlak mulia pencetus umat


sejahtera.Akhlak mulia merupakan jati diri kepada umat Islam.Dalam konteks
negara kita yang sedang berjuang untuk lahir sebagai sebuah negara maju
bersandarkan modal insan yang cemerlang.Kita perlu mengorak langkah sedaya
upaya untuk kembali menghayati dengan setepatnya pengajaran agama dari
segenap sudut terutama pencetus umat sejahtera iaitu akhlak
mulia.Sekian,terima kasih.

TAJUK:AKHLAK MAHMUDAH MENJANA KELUARGA


CEMERLANG

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, orang mumin yang paling sempurna imannya
ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang terbaik di kalangan kamu
ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekalung budi
sejambak kasih saudara pengerusi majlis, yang dihormati barisan kombinasi
kehakiman intelek berkarisma kontruktif pemikirannya, salam pertemuan
saudara penjaga masa,guru-guru Pembina Negara bangsa,seterusnya hadirinhadirat yang dirahmati Allah sekalian.
akhlak mahmudah menjana keluarga cemerlang
Demikianlah tajuk syarahan saya pada hari ini.Kata orang, jika
mahu teruna dan dara, pikat dahulu ibu bapanya, jika mahukan hujah saya
dengarkan kini definisinya.Secara literalnya, frasa akhlak mahmudah merujuk
kepada perbuatan,perkataan,tingkah laku dan sifat yang elok dan indah
berlandaskan kepada Al Quran dan Assunnah.menjana pula dikonotasikan
sebagai membentuk atau menghasilkan manakala keluarga cemerlang diertikan
sebagai kaum kerabat yang cemerlang dari aspek sahsiah dan juga sosial. Jadi

dapatlah diinterpretasikan di sini bahawa akhlak mahmudah menjana keluarga


cemerlang bermaksud sikapyang terpuji yang terbentuk dalam diri individu akan
dapat menghasilkan sebuah keluarga yang cemerlang yang akhirnya akan
melahirkan komuniti masyarakat yang harmoni.
Hadirin-hadirat pencetus revolusi sekalian,
Saya singkapi tirai syarahan ini dengan melontarkan mutiara hati
saya yang pertama di bawah aspek Rasullulah S.A.W sebagai contoh tauladan
dalam pembetukan akhlak mahmudah. Saya akan bawa hati-hati saudara-saudari
sekalian untuk mengetahui bagaimana betapa terpujinya akhlak nabi sehingga
baginda dapat menjadi ketua keluarga yang baik.
(21: )
Mafhumnya:Adalah bagi kamu Pada Diri Rasullullah itu contoh ikutan terbaik.
Menerusi firman Allah S.W.T ini jelaslah bahawa akhlak rasullulah
patut di contohi oleh semua umat manusia. Saidatina Aisyah R.A pernah
meriwayatkan bahawa akhlak rasullulah itu adalah Alquran.lihat sahaja dengan
kecemerlangan akhlak baginda,baginda sebagai ketua keluarga sentiasa
menjalankan tugas amar maruf nahi mungkar selain sentiasa ihsan kepada
isteri-isteri dan anak-anak baginda maka terbentuklah keluarga cemerlang yang
patut dijadikan contoh pada hari ini. Jadi inilah model yang boleh di jadikan ikutan
bagi membentuk akhlak mahmudah yang berlandaskan kepada Alquran dan
Assunnah.
Hadirin-hadirat sekalian,
Bunga melur bunga kekwa, dengarkan kini mutiara hati ke dua
dibawah kata kunci akhlak cemerlang bermula daripada individu itu sendiri. Bagi
membentuk akhlak mahmudah,usaha yang paling penting adalah mengubah diri
kita sendiri.Firman Allah S.W.T dalam surah Ar Radu ayat 11.

Maksudnya:Allah tidak akn mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia
mengubah nasibnya sendiri.Persoalannya di sini apakah yang perlu di ubah dan
bagaimanakah caranya untuk mengubah akhlak menjadi terpuji? Dalam era
modenisasi ini, pelbagai alternative telah disediakan. Seseorang individu perlu
menyusun jadual untuk mengikuti tazkirah di masjid-masjid di samping merujuk
kepada media cetak mahupun media elektronik seperti internet dan
televisyen.Tuntasnya, sebagai rakyat Malaysia yang hidup di Negara maju
ini,mengapa tidak kita manfaatkan kemudahan yang telah tersedia untuk
memperbaiki akhlak menjadi lebih terpuji!
Sidang hadirin yang budiman,
Pucuk paku ulam pegaga,masuk kini kepada pendekatan
indicator ke-3. peranan ilmu dalam membentuk akhlak mahmudah,. Ilmu
pengetahuan akan dapat membezakan antara manusia yang berakhlak dan juga

sebaliknya. Ingin saya bawakan hadirin hadirat sekalian untuk sama-sama kita
hayati kata-kata daripada Imam Syafie.
, ,
Nah, jelaslah disini jika inginkan akhlak seindah junjungan besar nabi Muhammad
S.A.W kita perlulah memenuhi diri ini dengan seberapa banyak ilmu
pengetahuan.Cuba anda banyangkan?bagaimana mugkin statistik kes
pembuangan bayi setakad tahun 2003 hingga 2006 mencecah kepada 64000 kes
jika akhlak mahmudah telah Berjaya dibentuk.hal ini demikian kerana,tiadanya
ilmu pengetahuan dalam diri mereka.jelas menunjukkan disini,bahawa ilmu
pengetahuan adalah pembentuk utama akhlak mahmudah yang seterusnya akan
melahirkan keluarga yang cemerlang.
Hadirin-hadirat pencetus revolusi sekalian,

Dengarkan kini pendekatan indikator yang terakhir di bawah aspek amar


maaruf nahi mungkar membentuk akhlak mahmudah. Manusia adalah golongan
yang pada fitrahnya sering lupa.Alangkah baiknya jika setiap umat islam itu
saling ingat-mengingati antara satu sama lain dan sudah pastilah kebejatan
akhlak yang kian menular kini akan dapat diatasi.Bukan itu sahaja,jika amar
maaruf nahi mungkar di amalkan dalam diri individu, sesebuah keluarga itu akan
cemerlang dek kerana dianggotai oleh sebik-baik umat di kalangan umat
manusia.Memetik firman allah S.W.T dalam Surah Al Imran ;110.
Maksudnya,bahawa kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk umat
manusia ,kerana kamu munyuruh kepada yang maruf dan mencegah daripada
yang mungkar.
Jelas menunjukkan di sini bahawa amar maaruf nahi mungkar akan membentuk
umat yang berakhlak iaitu umat yang terbaik di kalangan umat manusia.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Konklusinya,semua anggota koloni masyarakat perlulah berganding
bahu bagi membentuk akhlak mahmudah seterusnya menjana kepada keluarga
cemerlang. Sebelum berlayar bahtera, ingin saya tegaskan semula ke empatempat mutiara hati saya pada hari ini.
1)

Rasullulah S.A.W sebagai qudwah hasanah.

2)

Membentuk diri sendiri dengan akhlak mahmudah.

3)

Ilmu pengetahuan asas akhlak mahmudah.

4)

Amar maruf nahi mungkar dalam membentuk akhlak mahmudah.

Oleh itu, yang terlena,kita sedar-sedarkan. Yang tersedar, kita fikir-fikirkan. Yang
berfikir, kita renung-renungkan bahawa dengan adanya akhlak mahmudah pasti
sebuah keluarga akan cemelang dan seterusnya membawa kepada sebuah
Negara yang terbilang.
Salam permisi, salam undur diri.

Anda mungkin juga menyukai