Anda di halaman 1dari 4

Solat Tiang Agama

Assalamualaikum....barisan panel hakim, sidang hadirin hadirat yang dihormati ...


Berdirinya saya di atas pentas yg mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk “ Solat tiang agama”..

Sidang hadirin hadirat sekalian..


Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun Islam. Solat
mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai
ibadah ini kerana Solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah,
mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar
bertaqwa. Solat bermaksud doa yang mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan
tertentu yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam.
Firman Allah dalam surah al Taubah ayat 103,

Maksudnya, ..doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi


ketenteraman bagi mereka...

Solat merupakan tiang agama kerana mengerjakan solat membabitkan seluruh anggota
badan. Mulut menyebut, hati menghayati segala erti setiap bacaan manakala tangan, kaki
dan seluruh anggota lain berusaha dan bekerja dengan cara yang teratur dari awal hingga
akhir solat didirikan. Sabda Rasul s.a.w yang bermaksud:
Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya dia menegakkan agama-
nya. Setiap yang meninggalkannya dia merosakkan agamanya.
(Riwayat Baihaqi)

Solat merupakan antara ibadat yang telah lama disyariatkan. Detik 18 bulan sebelum Nabi
s.a.w berhijrah ke Madinah, dalam peristiwa Isra’ telah termaktub kewajipan solat fardu lima
waktu sehari semalam ke atas setiap muslim dan wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa
sekalipun.

Menurut Muaz bin Jabl r.a, Rasulullullah s.a.w telah bersabda, Mahukah kamu aku
khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab? Sudah pasti
wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah
solat dan menaranya adalah jihad.
(Riwayat Muslim)

Sidang hadirin hadirat yang dikasihi..


Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kekadang ada kesilapan yang dilakukan
sengaja atau tidak. Melalui ibadah solat manusia dapat mengambil kesempatan
menjadikannya sebagai waktu untuk bertaubat daripada dosa-doa yang dilakukannya. Maka
solat yang dilakukan berulang kali akan membersihkan dirinya daripada maksiat dan dosa..
Dengan pembersihan itu hati akan sentiasa suci. Hati yang suci akan memancarkan segala
sumber kebaikan dan kehalusan budi pekerti pada setiap individu Muslim.
menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Apa pendapat kamu jika ada
sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari,
adakah masih tertinggal dakinya ? Mereka berkata; Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit
pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan Solat lima waktu. Allah telah
membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya?. ( H.R Bukhari & Muslim )

Hadirin hadirat sekalian

Solat dapat membina jati diri seseorang. Imam Abu Al Aliyah berkata, “ Solat mempunyai
tiga keistimewaan, iaitu iklas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas akan membawa seseorang
kepada makruf, khusyuk akan mencegah dari perbuatan mungkar, manakala zikrullah akan
membantu seseorang melakukan perbuatan makruf dan meninggalkan perbuatan mungkar.
Di samping itu solat dapat menguatkan jiwa seseorang kearah mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t dan dapat meninggalkan kekejian dan kemungkaran.

Di dalam surah al Ankabut ayat 45, Allah berfirman,

Maksudnya, sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan
mungkar.

Peribadi unggul yang dibentuk melalui solat, akan membentuk sistem kekeluargaan yang
harmoni dan diredhai. Di samping itu, masyarakat yang aman dan selamat dunia akhirat
akan melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Sidang hadirin hadirat sekalian.

Solat mendidik umat Islam menjadi pengurus masa yang baik.

Mengikut Imam Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada
nabi, “ Apakah amalan yang Allah paling sukai?” Baginda menjawab, “ Solat tepat pada
waktunya,” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “ Kemudian apa? Baginda menjawab,
“Melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa.” Abdullah bertanya lagi, Kemudian apa?” Nabi
menjawab, “ Jihad kerana Allah.”

Allah berfirman, dalam surah an Nisa’ ayat 103

Maksudnya, Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu yang diwajibkan ke atas
orang-orang mukmin.

Oleh kerana solat fardu yang lima terikat dengan waktu, mereka yang bersolat perlu prihatin
dan peka dengan waktu kerana solat yang dilakukan di luar waktu dengan sengaja dianggap
sebagai tidak sah dan bakal mendatangkan dosa. Kepekaan kepada waktu ini, jika
dikembangkan kepada seluruh kehidupan akan menjadikan umat Islam satu golongan yang
menghargai masa. Golongan yang menghargai masa pasti akan melahirkan warga yang
cemerlang.

Sidang hadirin hadirat yang dihormati..

Solat juga dapat membentuk disiplin diri setiap muslim. Di antara perkara yang wajib
dilaksanakan sebelum bersolat ialah mengambil wuduk. Wuduk dianggap tidak sah
melainkan dengan tertib. Tertib bermaksud , yang dahulu didahulukan dan kemudian
dikemudiankan. Demikian juga ketika bersolat, tertib wajib dipelihara. Jika seseorang
mendahulukan amalan yang sepatutnya dikemudiankan, sebagai contoh, melakukan sujud
sebelum qiam solatnya dianggap tidak sah. Sebagaimana . Sabda Rasul s.a.w :

Barangsiapa memelihara lima solat fardhunya, dengan menyempurnakan wudhuknya dan


menjaga waktu-waktunya, maka ia akan menjadi nur (cahaya) dan burhan (hujjah, bukti)
baginya pada Hari Kiamat. Dan barang siapa melalaikannya, akan dikumpulkan kelak
bersama Fir aus dan Hamam
(Riwayat abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

Latihan-latihan seperti ini mampu melahirkan insan yang celik prosedur lagi berdisiplin
sekaligus menjadikannya efisien dalam setiap pekerjaan.

Sidang hadirin hadirat yang dimuliakan.

Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna, meninggalkan Solat
dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir.

Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

Perbezaan antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan Solat.
(H.R Muslim)

Ubadah bin Somit r.a telah berkata,


Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w,Jangan
menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar
atau disalib. Jangan meninggalkan Solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan
Solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat,
kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana
perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.( H.R Imam Tabrani )

Sidang hadirin hadirat yang dikasihi

Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Ini telah dijelaskan sebagaimana firman Allah
s.w.t di dalam surah Toha ayat 14 yang berbunyi,
Ertinya, ..dirikanlah solat untuk mengingat ku..
Oleh kerana solat benar-benar mendamaikan hati nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, “
Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah kami dengan solat,”
(Riwayat Imam Ahmad)

Khusyuk perlu diamalkan tidak hanya di dalam solat. Ia perlu diaplikasikan dalam setiap
ibadah yang kita lakukan agar kesannya lebih positif.

Hadirin hadirat sekalian,

Hujahan tentang solat tiang agama telah dihuraikan.. tidak sempurna kiranya saya tidak
simpulkan..
Kesimpulannya..

Dalam konteks melaksanakan solat, dua perkara wajib dijaga, pertama khusyuk dan kedua,
memastikan solat dilaksanakan secara berterusan mengikut cara dan jadual yang
ditetapkan. Umat Islam tidak boleh mengabaikan solat. Umat Islam melaksanakan
kewajipannya sebagai seorang muslim. Solat merupakan perkara pertama yang ditanya oleh
Allah pada hari kiamat nanti. Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda,
Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya
ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi.
Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan
amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan
perkara yang sama pada amalan- amalan lain. ( H.R Al-Nasai & Tarmizi )
Saya akhiri syarahan saya dengan kalimah...wabillahi taufiq wal hidayah ..
Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai