Anda di halaman 1dari 2

Keistimewaan atau keindahan agama Islam dari segi akidah, ibadah dan akhlak.

1. Keindahan agama Islam dari segi akidah.

Seseorang individu Muslim mesti memperaku dan meyakini akidah Islam yang
terungkap dalam dua kalimah syahadah. Akidah daripada perspektif Islam
diibaratkan seperti tunjang bagi sepohon pokok. Kuat tunjangnya, maka menjadi kuat
sepohon pokok. Begitu juga dengan seorang Muslim, apabila akidahnya mantap,
maka kuat juga kekuatan diri sebagai seorang Muslim sehingga mampu menjadi
seorang Mukmin yang bertakwa, beralamal soleh, dan berakhlak mulia. Kekuatan
akidah juga menjadikan umat Islam kental dan dinamik dalam dalam membawa obor
kegemilangan yang bersepadu sehingga menjadi suri teladan kepada seluruh umat
manusia. Sebaliknya, kelemahan akidah ini menghilangkan seri keindahan Islam
yang terjelma dalam diri umat dalam pelbagai bentuk seperti pengabdian ibadah,
akhlak, adab, dan sopan. Oleh itu, begitu indah sekiranya seorang muslim
berpegang pada akidah agama Islam kerana dengan pegangan akidah ini dapat
memastikan seseorang individu mengetahui hala tuju hidup dan mengamalkan gaya
hidup yang tidak bertentangan dengan agama Islam.

2. Keindahan agama Islam dari segi ibadah.

Maksud ibadah adalah taat, tunduk dan patuh serta menyerah diri. Manusia yang
menyerah diri kepada Allah, taat kepada hukum-hukumNya, bermakna ia menjadi
abdi kepada Allah. Menerusi ibadah yang betul akan melahirkan kelakuan yang baik,
bersopan dan berakhlak mulia.

Namun, Islam tidak memandang orang yang hanya mengutamakan urusan dunia,
tetapi melupakan urusan akhirat. Begitu juga sebaliknya, Islam tidak mengajar
umatnya hanya menumpukan perhatian kepada urusan akhirat sehinggakan urusan
dunia dilupakan. Seorang Muslim yang berjaya bijak mengimbangi antara kehidupan
dunia dan akhiratnya.

Allah SWT mengajar manusia dengan doa yang sangat masyhur: “Ya Tuhan kami,
berilah kami kebaikan di dunia, juga kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami
daripada azab neraka.” (Surah al-Baqarah, ayat 201)
Justeru, jelaslah bahawa keitimewaan ibadah dalam Islam merupakan perkara yang
seimbang dengan hal dunia dan akhirat kerana matlamatnya ialah melaksanakan
tujuan wujudnya manusia sebagai khalifah Allah di bumi untuk membina dan
memajukan alam ini. Umat Islam yang baik bukan hanya perlu tahu menjaga
solatnya, tetapi mampu memelihara akhlaknya terhadap manusia dan hidupan lain.

3. Keindahan agama Islam dari segi akhlak.

Rasulullah SAW diutus Allah untuk menyempurnakan akhlak mulia di tengah-tengah


kehidupan umat manusia seperti maksud hadis: “Sesungguhnya aku diutus untuk
menyempurnakan akhlak mulia.” (HR Baihaqi)

Akhlak mulia ialah sifat perlu dihidupkan dalam diri Muslim seperti takwa, ikhlas,
benar (al-sidq), amanah, adil, syukur, sabar, pemurah dan berani. Muslim juga mesti
meninggalkan sifat tercela seperti munafik, syirik, khianat, zalim, bohong, riak,
menipu, hasad dengki, melakukan perkara keji dan mungkar.

Justeru, Muslim perlu menjadi petunjuk nilai kepada akhlak mulia dalam kehidupan,
sekali gus menonjolkan jati diri keislaman. Hanya dengan keadaan ini, barulah
Muslim benar-benar mendokong risalah dibawa Baginda secara sepenuhnya.

Di samping itu, melalui firman Allah s.w.t (Al-Ankabut:46), ajaran Islam tidak
mengajar umatnya supaya mencetuskan perbalahan sama ada sesame
penganutnya ataupun dengan peganut agama lain. Hal ini kerana agama Islam itu
syumul dan bersih daripada segala keburukan. Oleh yang demikian, dapat
dirumuskan pentingnya memiliki akhlak yang baik dalam setiap jiwa individu muslim
demi menyebarkan kebaikan kepada seluruh manusia di muka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai