Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Persamaan dan Ketaksamaan Linear


1.1 Persamaan Linear
Takrif 1 : Persamaan Linear
Persamaan linear dengan n pemboleh ubah x1, x2, . . . ,xn adalah persamaan berbentuk
a1x1 + a2x2 + . . . + anxn = b dengan a1, a2, . . . , an dan b adalah nombor nyata.

Contoh 1
Persamaan-persamaan berikut adalah linear
(a) 3x 4y = -1, merupakan persamaan linear dengan dua pemboleh ubah
(b) r s - 23t = 9, merupakan persamaan linear dengan tiga pemboleh ubah
(c) x1 2x2 + 3x3 + x4 = 5, merupakan persamaan linear dengan empat pemboleh ubah.

Contoh 2
Persamaan-persamaan berikut adalah bukan persamaan linear
(a) x + 3y2 = 4
(b) 2y sin x = 0
(c) x1 + 2x2 x3 = 3
(d) x + 2xy z = 1




1.2 Penyelesaian Persamaan Linear
Takrif 2: Sistem Persamaan Linear
Sistem persamaan linear yang mempunyai m persamaan dan n pembolehubah adalah sistem
berbentuk
a11x1 + a12x2 + . . . + a1nxn = b1
a21x1 + a22x2 + . . . + a2nxn = b2
. . . . .
. . . . .
am1x1 + am2x2 + . . . + amnxn = bm
dengan aij adalah pekali bagi pembolehubah xj, dan bi adalah pemalar. Penyelesaian
persamaan linear adalah merupakan s1,s2,...,sn yang memenuhi setiap persamaan linear
dalam sistem di atas.

Contoh 3
Selesaikan sistem persamaan linear berikut:
2x + y = 1
x y = -1
Penyelesaian:
Dengan menambahkan kedua-dua persamaan tersebut memberikan
3x = 0, oleh itu x = 0. Kemudian gantikan x = 0 kedalam persamaan ke dua kita dapati y = 1,
maka(0,1) merupakan penyelesaian kepada kedua-dua persamaan linear tersebut dan ini
adalah hanya satu-satunya penyelesaian untuk sistem persamaan tersebut. Secara geometri
penyelesaian sistem persamaan ini boleh digambarkan seperti berikut:


Contoh 4
Selesaikan sistem persamaan linear berikut:
x y = 2
2x 2y = 4
Penyelesaian:
Persamaan yang kedua dalam sistem di atas adalah dua kali ganda dari persamaan yang
pertama.Oleh itu penyelesaian sistem persamaan linear di atas adalah berdasarkan persamaan
yang pertama iaitu x y = 2, ini boleh diwakili parameter (2 + t, t) bagi sebarang nilai nyata t. Ini
memberikan sistem mempunyai penyelesaian yang tak terhingga.



Contoh 5
Selesaikan sistem persamaan linear berikut:
x y = 1
x y = 3
Penyelesaian:
Sebagai contoh mari kita gantikan x = 0 pada persamaan yang pertama, didapati y = -1 dan
apabila x = 0 digantikan dalam persamaan kedua didapati y = -3, ini tidak boleh berlaku kerana
satu nilai x tidak boleh mempunyai dua nilai y yang berbeza pada satu titik. Oleh itu sistem ini
tidak mempunyai penyelesaian.

Sistem persamaan linear dikatakan konsisten jika ia mempunyai sekurang-kurangnya satu
penyelesaian. Sistem yang tidak mempunyai penyelesaian adalah tak konsisten. Sebagai
kesimpulan, Sistem Persamaan Linear dengan pekali nombor nyata mempunyai sama ada:
(a) penyelesaian unik,
(b) penyelesaian tak terhingga,
(c) tiada penyelesaian



1.3 Kaedah Penghapusan
Contoh : Selesaikan persamaan berikut:
x y = 2 ....................(1)
x + y = 6 .(2)
Penyelesaian:
Pilih pembolehubah yang hendah dihapuskan. Bagi contoh di atas hapuskan pembolehubah y.
Maka pertama sekali pastikan pekalinya sama. Jika tidak darabkan dengan nombor yang sesuai
supaya menjadi sama. Bagi contoh ini pekali y adalah sama walaupun berlawanan tanda ,
maka untuk menghapuskan pembolehubah y lakukan operasi persamaan (1) + (2).
Persamaan (1) + (2) maka didapati 2x = 8
x = 4
dan gantikan x = 4 kedalam persamaan (2)
x + y = 6
4 + y = 6
y = 2,
maka penyelesaian persamaan tersebut ialah x = 4 dan y = 2.

1.4 Kaedah Penggantian
Contoh : Selesaikan sistem persamaan linear berikut:
x + 2y = 7 ..(1)
3x 4y = 31 ..(2)


Penyelesaian
Langkah 1: pilih x sebagai tajuk rumus bagi persamaan (1).
x = 7 2y
Langkah 2: Gantikan tajuk rumus itu kedalan persamaan (2)
3(7 2y) -4y = 31
21 6y 4y = 31
- 10y = 10
y = -1
Langkah 3: gantikan nilai y kedalam mana-mana persamaan.
Gantikan dalam (1)
x + 2(-1) = 7
x = 9

1.5 Kaedah Penggantian Belakang
Contoh:
(a) 3x1 + 2x2 x3 = -2 (b) 3x1 + 2x2 x3 = -2
-3x1 x2 + x3 = 5 x2 = 3
3x1 + 2x2 + x3 = 2 2x3 = 4
Sistem persamaan (a) dan (b) sebenarnya jika diselesaikan akan mendapat jawapan yang
sama. Bagi menyelesaikan sistem (b) gunakan kaedah pengantian kebelakang , iaitu:
3x1 + 2x2 x3 = -2 ......(1)
x2 = 3 .........................(2)
2x3 = 4 .......................(3)

Penyelesaian:
2x3 = 4, maka x3 = 2 dan x2 = 3, gantikan nilai x2 dan x3 dalam persamaan (1)
3x1 + 2(3) 2 = -2
x1 = - 2

1.6 Operasi Baris Permulaan
Contoh
Berikut adalah contoh sistem persamaan linear berbentuk segi tiga:
x + 2y + z = 3
7y + 6z = 10 atau dalam bentuk matriks imbuhan
2z = 4
Setelah sistem itu berada dalam bentuk segi tiga maka akan mudah membuat pengantian
kebelakang untuk menyelesaikan sistem tersebut. seperti contoh di atas gunakan penggantian
kebelakang, 2z = 4, maka z = 2
Gantikan z = 2 kedalam persamaan kedua didapati
7y + 6(2) = 10, maka 7y = -2 dan y = 27
Seterusnya gantikan kedalam perssamaan pertama, didapati
x + 2(27) + 2 = 3, dan x = 117
maka penyelesaian sistem tersebut adalah (117, 27, 2)

1.7 Bentuk Eselon Baris Terturun (B.E.B.T)


1.8 Kaedah Penghapusan Gauss
Selesaikan sistem
2x2 + 3x3 = 8
2x1 + 3x2 + x3 = 5
x1 x2 2x3 = -5
Penyelesaian:
Matriks imbuhannya ialah
Kita teruskan dengan menurunkan matriks ini kepada Bentuk Eselon Baris, seperti berikut:

jadikan sifar pada pemasukan kedua dalam lajur pertama

Seterusnya kita darabkan dengan 1/5 pada baris kedua untuk jadikan pemasukan pelopor baris
kedua adalah 1.

seterusnya ialah perlu sifarkan pada pemasukan pada baris ketiga lajur kedua.

Hasilnya matriks imbuhan yang asal telah berada dalam bentuk eselon baris.
Sistem linear itu adalah setara dengan :
x1 x2 - 2x3 = -5
3x2 + x3 = 3
x3 = 2
dan penggantian kebelakang memberikan
x3 = 2,
jadi x2 = 3 - x3
= 3 2
= 1, dan seterusnya
x1 = -5 + x2 + 2x3
= -5 + 1 + 4
= 0.
Kita tulis jawapan dalam bentuk vektor sebagai :

1.9 Kaedah Penghapusan Gauss Jordan
Kaedah ini adalah lanjutan dari kaedah Penghapusan Gauss, yang mana sesuatu sistem
persamaan linear kita lakukan operasi baris sehingga kepada bentuk eselon baris terturun .
Contoh: Selesaikan sistem
x + 3y - z = 8
2x + y + z = 3
3x - 2y - 2z = 1
Penyelesaian:
Matriks imbuhannya ialah
Kita teruskan dengan menurunkan matriks ini kepada bentuk eselon baris terturun seperti
berikut:

Sekarang mari kita jadikan sifar pada pemasukan ketiga dalam lajur pertama:


Seterusnya kita darabkan dengan - 15 pada baris kedua untuk jadikan pemasukan pelopor
baris kedua adalah 1.



Apa yang harus dilakukan seterusnya ialah perlu sifarkan pada pemasukan pada baris ketiga
lajur kedua.


Hasilnya matriks imbuhan yang asal telah berada dalam bentuk eselon baris, namun bagi
penyelesaian secara Gauss-Jordan kita kena teruskan Operasi Baris Permulaan ini sehingga
kebentuk Bentuk eselon Baris Terturun.
Apa yang harus dilakukan seterusnya ialah perlu jadikan pelopor pemasukan baris ketiga
sebagai 1.



Seterusnya sifarkan pemasukan lajur ketiga yang berada di atas pelopor baris ketiga.




Akhirnya kita sifarkan pula pemasukan lajur kedua yang berada di atas pelopor baris kedua.



Maka sistem persamaan linear yang asal adalah setara dengan,

dan penyelesaiannya ialah
Sistem linear itu adalah setara dengan :



dan penggantian kebelakang memberikan
x3 = 2,
jadi x2 = 3 - x3
= 3 2
= 1, dan seterusnya
x1 = -5 + x2 + 2x3
= -5 + 1 + 4
= 0.
Kita tulis jawapan dalam bentuk vektor sebagai

1.10 Sistem Homogen
Takrif 6
Sistem persamaan linear dikatakan homogen jika pemalar sebelah kanan dalam setiap
persamaan bersamaan sifar, Jika tidak sistem itu dikatakan tak homogen.

Contoh: Selesaikan sistem persamaan linear homogen berikut dengan menggunakan kaedah
penghapusan Gauss-Jordan.




Penyelesaian:


Dengan melakukan operasi baris permulaan matriks di atas boleh diturunkan sehingga matriks
berbentuk eselon baris terturun seperti ini.
(cuba lakukan operasi baris sehingga menjadi matriks di bawah ini)


Maka didapati: x1 = 2/9 t
x2 = 5/9 t
x3 = 4/9 t
dan x4 = t , t R
Teorem:
Sistem persamaan linear homogen dengan bilangan anu lebih banyak daripada bilangan
persamaan mempunyai tak terhingga banyaknya penyelesaian, dan oleh itu sentiasa ada
penyelesaian tak remeh

Anda mungkin juga menyukai