Anda di halaman 1dari 9

PENDEKATAN KODALY DALAM PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakanaktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakanbahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya tidak menggunakan sistem gredseperti yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.

membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. berpusatkan kanak-kanak itusendiri iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta,latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran literasimuzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual.

Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa; 1. Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan tonsemasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa) 2. Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan picboleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan 3. Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca

Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya diikuti dengan pengetahuanbagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yangmudah. Seterusnya kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupayauntuk mencipta muzik mereka sendiri satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang.

Kaedah Kodalymenjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institutpendidikan guru. 3 jenis teknik atau komponen; 1. Tonik Solfa 2. Isyarat Tangan 3. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama

pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakansimbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitanantara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak melihat pic samada ianya menaik atau menurun.

Isyarat Tangan

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki(step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk iramadaripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama. Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkanbar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan bahasaibunda sebagai asas mempelajari muzik.

Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Secara berperingkat, lagu-lagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatihmenyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, Do-Re-Mi dan sebagainya. Bermula di peringkat ini juga, mereka diajar menyebut iramamenggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik.

Anda mungkin juga menyukai