Anda di halaman 1dari 33

1

Konsep Ibadah Dalam Islam


(Ibadah Solat)

Disediakan oleh:
Aini Sofiah binti Shahruniza
1

Nurashikin binti Zubir
2

Syahrul Anis Hazwani binti Mohd Baroyi
3

Nur Liyana binti Zainuddin
4


Abstrak
Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali
daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Oleh itu, kertas
kerja ini membincangkan konsep ibadah solat menurut perspektif Islam. Pada umumnya,
ibadah solat merupakan ibadah yang wajib dikerjakan oleh setiap umat Islam. Namun
begitu, terdapat beberapa persoalan berkaitan solat yang berkait rapat dengan kehidupan
manusia. Berdasarkan sumber yang kami perolehi iaitu buku ilmiah, Al-Quran dan
hadis, konsep ibadah solat itu dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci. Ini
termasuklah definisi solat, asas-asas ibadah, syarat ibadah, dan impak ibadah dalam
kehidupan manusia. Selain itu, turut disertakan juga, bukti saintifik berkaitan kebaikan
ibadah solat dalam Islam. Kajian umum juga dijalankan berdasarkan pengalaman
sebenar beberapa orang responden. Dengan itu, keistimewaan ibadah solat dapat
diperlihatkan.



1
Pelajar Asasi Sains, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor, ainisofiah11aktf@gmail.com
2
Pelajar Asasi Sains, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor, prince_kasaba93@yahoo.com
3
Pelajar Asasi Sains, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor, anishazwani45@yahoo.com
4
Pelajar Asasi Sains, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor,
chocolate_yana93@yahoo.com

2

1.0 Pendahuluan
Pengertian ibadah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud
merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada
yang lain. Menurut istilah syarak, ibadah bermaksud taat, patuh dan merendahkan diri
sepenuhnya kepada Allah swt - mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana
ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah
dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna
ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt.
Terdapat beberapa firman Allah dan hadis yang menunjukkan ingatan yang diberikan
Allah kepada manusia berkaian konsep ibadah.
Bv. 6f`1. 6Bb 6Bb.
Nf M.H
(Az-Zaariyat : 56)
Maksudnya
Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.










3

2.0 Definisi Ibadah Solat
Ibadah dari segi bahasa adalah berasal dari perkataan Arab yang terbentuk dari kata
dasar ain, ba dan dal yang membawa maksud merendah diri, patuh dan taat. Dari
segi istilah pula, ibadah bermaksud, khusyuk kepada Allah s.w.t., merendah diri dan
tetap hati kepadaNya.
5
Solat (bahasa Arab: ) merujuk kepada sembahyang dalam
agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan
ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu
tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh,
zohor, asar, maghrib dan isyak.Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib
baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada. Bagi mereka yang musafir, mereka
diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.
Terdapat juga firman Allah berkaitan ibadah solat:
CBb. ) P`V
.`1+ B
00
:.Bb CBb
M TMBb
BM Bb.
Maksudnya:
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah
orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus;
mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun 9,10,11)


5
Mohd Asri Abdullah et al. (2011) Prinsip-prinsip Asas Islam, Syariah, Ibadat dan Akhlak, Selangor, Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA)

4


2.1 Asas-Asas Ibadah

1. Ketundukan - menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah
yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar
terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya di atas segala sesuatu dibandingkan
dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.
6


2. Kecintaan - kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia
berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat
dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap
kemuliaan dan kesempurnaan Allah.
7

VC f J1H V Bb
:VBB NP
Bb M. )N
)N) N Bb. :A
H=:
Maksudnya
Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi
dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Ali Imran : 31 )

v. B1Bb v HJ
v T Bb boTbM0
P 1AH Bb F
HBb. Fb1vb.
:MA0 B.P= N . M
CBb Fb/`1 f
M .LbAHBb 0
`fBb BoH 0.
Bb MMA LbAHBb
Maksudnya
Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan
selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.

6
http://belajaribadat.blogspot.com/2008/11/konsep-ibadah-dalam-islam.html
7
Ibid

5

Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.
(Al-Baqarah : 165)
2.2 Ciri-Ciri Ibadah
1. Perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus - tidak memerlukan
perantaraan
sebagaimana ajaran Kristian. Allah sahaja hukum, tempat mengadu dan meminta
ampun.
8


2. Peribadatan tidak terkongkong di tempat-tempat tertentu.

3. Ruang ibadah di dalam Islam sangat luas - meliputi setiap aktiviti kehidupan manusia.
Setiap apa yang dilakukan adalah ibadah sekiranya cukup syarat.
9





2.3 Syarat-Syarat Ibadah

1. Amalan yang dilakukan hendaklah diakui Islam dan bersesuaian dengan hukum
syarak.

2. Amalan hendaklah dikerjakan dengan niat yang baik - bagi memelihara kehormatan
diri, menyenangkan keluarga, memanfaatkan ummat dan mamakmurkan bumi
Allah.
10


3. Amalan hendaklah dibuat dengan seeloknya. Bahawa Allah suka apabila seseorang
dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya. Al-hadith.


8
Ibid
9
Ibid
10
Ibid

6

4. Ketika melakukan kerja hendaklah sentiasa mengikut hukum-hukum syariat dan
batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau
merampas hak orang lain.
11


5. Dalam mengerjakan sesuatu ibadah, tidak lalai dari ibadah yang wajib


























11
Ibid

7

3.0 Impak Solat Dari Aspek Fizikal



Berdasarkan laporan kajian dalam sebuah majalah di London,masyarakat yang
tidak biasa dan tidak selalu melakukan ibadah lebih banyak memiliki tekanan darah
tinggi,memiliki hati yang tidak sihat dan memilki emosi yang negatif berbanding
mereka yang biasa melakukan ibadah.
Dr.Abdurrahman Al-Umari telah melakukan satu kajian dan beliau menyatakan
bahawa seseorang yang sentiasa melaksanakan solat pasti mendapat ketenagan dan
ketenteraman jiwa. Keadaan jiwa yang tenang dan tenteram berpengaruh kepada
keseimbangan penghasilan hormon dan tubuh. Kestabilan antara jasmani dan rohani
membuat organ tubuh seseorang bekerja dengan baik serta melambatkan proses
penuaan kepada organ tubuh.
12

Kenyataan ini dibuktikan oleh satu kajian yang menyimpulkan 36% daripada
merekan yang melakukan aktiviti keagamaan memiliki keadaan yang lebih baik
berbanding mereka yang tidak melakukannya,hanya 26% sahaja.
13

Dr. Faris Aazuri pakar sakit saraf dan sendi yang bekerja di sebuah universiti di
Amerika menyatakan rukuk dan sujud mempunyai manfaat yang besar iaitu berfungsi
bagi menguatkan tulang belakang dan mampu meregangkan urat-urat yang ada pada
tulang belakang.
14

Dr.Musthafa Al-Haffar mengatakan posisi sujud meberikan kebaikan bagi rahim
kaum ibu. Ia juga dapat menekan udara yang ada dalam perut ke mulut. Manakala,
pergerakan rukuk dapat menguatkan otot perut dan bermanfaat bagi sistem percernaan
seseorang.

12
Fahrur Muis (2010) Berubat Dengan Solat ,Selangor PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd., h 100
13
Ibid h 102
14
Ibid h 103
Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku
solat
(Direkodkan oleh Bukhari)

8

Kemudian salah satu hasil kajian dunia kesihatan menyimpulkan yang
pergerakan rukuk dan sujud dalam solat yang dilakukan dalam jangka masa yang agak
lama memiliki manfaat yang baik kepada kesihatan hati dan nadi.
Menurut kajian di Perancis menyatakan bahawa antara 18% hingga 20%
masyarakat Perancis menghidap sakit tulang belakang. Kajian itu juga menunjukkan
solat yang dilakukan oleh orang Islam adalah cara yang terbaik supaya seseorang
terhindar daripada sakit belakang.
15

















15
Ibid h 103

9

3.1 Mukjizat Pergerakan Dalam Solat
3.1.1Berdiri Tegak




Posisi berdiri tegak dengan kedudukan kaki menampung berat badan, maka tubuh
berada dalam posisi anatominya. Seluruh otot, tulang dan sendi berada dalam keadaan
pasif hingga timbul ketenangan. Ia juga membuatkan seluruh saraf menjadi satu titik
pusat kepada otak, jantung ,paru-paru,pinggang dan tulang belakang lurus serta bekerja
dengan normal. Begitu juga kedua kaki yang tegak lurus kepada posisi akupuntur,
bermanfaat bagi kesihatan seluruh tubuh.

3.1.2 Takbiratul Ihram
Takbir yang dilakukan awal solat sambil mengucapkan,Allahu Akbar.




Ketika melakukan tabir pembuka ini,bentuk tubuh kita adlah berdiri tegak,mengangkat
kedua tangan separas telinga lalu meletakkan di depan perut atau dada bahagian bawah.
Pergerakan ini melancarkan aliran darah,cecair limfa dan menguatkan otot lengan.
16


16
Ibid h 108
Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa.
Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk
Surah Al-Baqarah, ayat 238

Kunci solat adalah bersuci, memulakannya dengan takbir dan
mengakhirinya dengan salam.
(Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dan
dibuktikan oleh al-Albani)

10

Keadaan jantung di bawah otak menyebabkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh.
Ketika mengangkat kedua tangan,otot bahu teregang hingga aliran darah menjadi lancar
kerana memiliki banyak oksigen.

3.1.3 Rukuk




Pergerakan rukuk dalam solat adalah pergerakan dengan membongkokkan
belakang badan ke depan,kedua-dua tangan memegang lutut dan memandang ke arah
tempat sujud. Rukuk yang sempurna adalah apabila tulang belakang menjadi lurus dan
keadaan kapal sama lurus dengan tulang belakang. Pergerakan ini juga menjaga
kesempurnaan daripada kedudukan dan fungsi tulang belakang sebagai pembatas tubuh
dan pusat saraf. Kedudukan jantung separas dengan otak,maka aliran darah maksimum
pada bahagian tengah tubuh. Tangan yang terletak di lutut berfungsi menenangkan otot-
otot bahu hingga ke bawah. Rukuk juga adalah latihan membuang air kecil bagi mencegah
masalah prostat. Selain itu,ia juga baik bagi menghindar daripada penyakit yang
menyerang ruas tulang belakang yang terdiri daripada tulang belakang yang terdiri
daripada tulang belakang,leher,tilang pinggang dan ruas tulang membongkok.
17






17
Ibid h 109
Wahai orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu
dan perbuat kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan
Surah Al-Hajj, ayat 77

11

3.1.4 Iktidal




Iktidal adalah bangun daripada rukuk dan berdiri tegak. Iktidal atau berdiri selepas
rukuk adalah pergerakan kembali kepada kedudukan tegak. Kedudukan ini membantu
metabolisma otak dan jantung bekerja optimum. Pergerakan bagi berdiri dan bongkok
berdiri iaitu sujud adlah latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam
perut mengalami urutan dan rasa longgar secara bergantian. Kesannya pencernaan menjadi
lebih lancar.

3.1.5 Sujud




Sujud adalah pegerakan membongkok dengan meletakkan dahi dan hidung,kedua-dua
tapak tangan,kedua lutut,serta kedua hujung kaki di lantai. Pada kedudukan ini,aliran
cecair limfa dipam ke bahagian leher dan ketiak. Kedudukan jantung di bahagian otak
menyebabkan darah yng kaya dengan oksigen mengalir maksimum ke otak. Bentuk ini
juga menghindar daripada masalah buasir. Khusus bagi wanita,baik rukuk mahupun suju
memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ wanita. Kedudukan sujud
in juga sangat membantu tugas jantung dan menghindar daripada mengecilnya dinding-
dinding salur darah.
18


18
Ibid h 110-111
Kemudian, bangunlah sehingga engkau benar-benar berdiri dengan tegak.
(Direkodkan oleh Bukhari)
Wahai orang yang beriman, rukuklah kamu dan sujudlah kamu.
(Surah Al-Hajj, ayat 77)

12

3.1.6 Duduk
Terbahagi kepada dua jenis duduk iaitu iftirasy yang dilakukan pada tahiyat awal
serta duduk antara dua sujud dan tawarruk iaitu duduk pada tahiyat akhir. Perbezaan ini
terletak pada kedudukan tapak kaki.



Ketika iftirasy,kita menumpu kepada atas paha yang berhubungan dengan saraf nervus
Ischiadius. Kedudukan ini dapat menghindar daripada sakit di atas paha yang sering
menyebabkan pesakitnya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk baik bagi lelaki kerana
tumit menekan saluran pundu kencing.kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas
deferens. Sekiranya dilakukan dengan betul,kedudukan ini mencegah impotensi.
Duduk tasyahud akhir atau tawaruk adalah penyembuhan penyakit tanpa ubat dan
pembedahan. Keadaan duduk dengan mengangkat kaki kanan dan menghadapkan jari-jari
ke arah kiblat ini,secara belakang bahagian atas,mata,otot-otot bahu dan banyak lagi yang
terdapat pada hujung kaki.

3.1.7 Salam
Salam adalah pergerakan yang menjadi penutup solat dengan cara memalingkan
kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimum sambil mengucapkan asslamualaikun wa
rahmatullah. Ketika seseorang memalingkan wajah ke arah kanan,maka urat di sebelah kiri
mengerut dan urat sebelah kanan menjadi kuat akibat kerutan. Pergerakan ini bermanfaat
bagi tenangkan otot sekitar leher dan menyempurnakan saluran darah di kepala.
Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menegangkan kulit wajah.
19



19
Ibid h 112-113
Kemudian, bangunlah hingga engkau benar-benar tenang dalam keadaan duduk.
(Direkodkan oleh Bukhari)

13

3.2 Impak Ibadah Solat dalam Aspek Kesihatan
Maksudnya
Abu Hurairah menceritakan Nabi Muhammad pernah melihat dirinya sedang
tidur mengerekot akibat sakit perut. Beliau lantas bertanya Apakah perut
kamu sakit? Dia menjawab, Benar, wahai, nabi. Nabi kemudian berkata,
Bangunlah dan dirikan solat. Sesungguhnya dalam solat ada ubat.
(Direkodkan oleh Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis di atas, solat dapat menyihatkan kita dari penyakit dalam hati,
perut dan usus. Perkara ini adalah berdasarkan tiga sebab. Pertama sekali, solat adalah
perkara yang menjadi milik Allah. Maksudnya, solat adalh ibadat yang menolak pelbagai
penyakit dengan keberkatan. Keduanya, solat adalah perkara yang melibatkan psikologi,
dapat mengalih perhatian daripada rasa sakit dan mengurangkan keluhan. Ketiganya, solat
adalah perkara yang seimbang. Selain menyihatkan jiwa, solat juga melibatkan senaman
jasmani yang bermanfaat bagi kesihatan badan.
20

Menurut kata Prof. Dr. Abdul Basith Muhammad Sayyid, dalam solat, selain
senaman jiwa, terdapat juga senaman jasmani. Solat tediri kepada beberapa pergerakan
seperti berdiri, rukuk, sujud, berhenti seketika, keikhlasan, perasan tunuduk dan rendah
diri serta perkara-perkara lain yang menggerakkan sendi-sendi badan atau menggerakkan
beberapa anggota tubuh. Lebih-lebih lagi berkaitan perut dan usus.
21

Al-Muwafiq Abdul Latif mengatakan, Saya melihat sekelompok manusia yang
terdiri daripada para penggangur dan orang kaya-kaya, ternyata kesihatan mereka terjaga
dengan baik. Saya amati penyebabnya. Lalu saya mendapati mereka banyak melakukan
beberapa solat sunat dan solat Tahajud.
Perlakuan sujud amatlah bermanfaat bagi orang yang menghidap bronchitis dan
selsema serta dapat melegakan kedua-dua lubang hidung. Sujud juga dapat menghindari
daripada masalah membuang air, baik dari depan mahupun belakang. Seterusnya, sujud

20
Ibid., h. 89
21
Ibid h. 89

14

juga berkhasiat bagi menurukan makanan daripada perut dan usus, serta menggerakkan
dan mengeluarkan lebihan makanan yang terkumpul.
22





















22
Ibid h. 90

15

3.3 Analisis Kajian
Hubungan ibadah solat secara rohaniah ditekankan dengan jelas di dalam al-Quran
dan hadis serta buku-buku ilmiah. Betapa solat itu merupakan tiang agama dan diwajibkan
ke atas umat Islam. Bagaimanapun perkaitan ibadah solat secara saintifik seperti kesan
pergerakan dalam setiap rakaat terhadap kesihatan tubuh badan masih terlalu sempit
perbincangannya.

Hakikatnya, pada setiap pergerakan solat itu seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk
antara dua sujud dan tahiyat awal serta tahiyat akhir, tersembunyi pelbagai misteri saintifik
terhadap kesihatan.

Misteri itulah yang cuba dirungkaikan dengan menberi penekanan kepada
komponen sains seperti komposisi badan, denyutan jantung, pinggang, otak, otot dan
difungsi ereksi (mati pucuk).
23


Kajian itu kemudiannya dijalankan oleh tiga orang saintis dari Jabatan
Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim,
Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada
Jabatan Perdana Menteri.

Secara umumnya, badan manusia terdiri daripada empat komponen utama iaitu tisu
aktif, tisu tulang, air dan lemak dengan setiap satunya mempunyai fungsi-fungsi tertentu di
dalam badan.
Kajian mengenai kebaikan senaman terhadap komposisi badan telah banyak
dilakukan dan pakar kesihatan juga sependapat bahawa senaman berat atau ringan tetapi

23
http://www.facebook.com/topic.php?uid=109574002407344&topic=26


16

dilakukan secara kerap dapat membakar lemak badan dan karbohidrat. Kesan yang sama
juga dibuktikan menerusi pergerakan solat yang diumpamakan seperti melakukan senaman
ringan dan dibuktikan dapat meningkatkan tahap ketahanan badan serta menghindarkan
risiko penyakit jantung, tekanan dan kolestrol.
24

Pergerakan rukuk misalnya, iaitu kedudukan tulang belakang yang lurus melintang
atau 90 darjah dibuktikan dapat mengelakkan risiko penyakit tulang belakang dan penyakit
arthritis. Ia disebabkan oleh pertambahan bendalir dalam sel yang terdapat pada sendi-
sendi badan sekali gus melembutkan pergerakan sendi tersebut. Kedudukan rukuk juga
dapat melambatkan proses penuaan yang berlaku apabila meningkatnya tisu aktif selain
menambah baik proses imbanganair dalam badan dan melancarkan fungsi buah
pinggang.
25

Begitu juga tabiat membengkokkan ibu jari dalam kedudukan sujud dan duduk semasa
tahiyat yang dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak dan membuang lemak dalam
badan, sekali gus merendahkan risiko penyakit jantung.
Keadaan sujud sesuai dengan tarikan graviti yang akan menyebabkan lebih banyak
darah mengalir ke otak. Dinding dan urat-urat nadi otak dapat menerima lebih banyak
darah berbanding keadaan biasa dan dengan bekalan oksigen mencukupi, otak akan
menjadi lebih sihat dan cerdas. Nilai kadar denyutan jantung nominal semasa sujud juga
baik untuk kesihatan jantung khususnya dan kesihatan badan secara keseluruhannya. Posisi
sujud dalam solat merangsang kadar denyutan jantung yang sihat dan tambahan kepada
masa rehat. Ia juga memanjangkan hayat jantung serta dapat menghindarkan pengecilan
salur-salur darah yang membawa kepada penyakit atrieosklerosis.
26

Daripada sudut kesihatan seksual pula, solat telah dibuktikan mampu memberikan
kesan positif kepada pesakit yang mengalami disfungsi ereksi. Kajian yang dilakukan
menunjukkan pesakit yang pada mulanya langsung tidak mendapat ereksi ketika tidur mula
menunjukkan perubahan dengan satu ereksi selepas proses intervensi solat selama sebulan.

24
Ibid
25
Ibid
26
Ibid

17

Malah, kajian berasingan dalam tempoh yang sama juga menunjukkan bilangan ereksi
pesakit, isipadu darah serta tempoh ereksi meningkat secara mendadak.
Menariknya, solat turut memberi kelebihan kesihatan lain iaitu ia mampu
meningkatkan bendalir dalam sel (ICW) serta menurunkan rintangan dan bendalir luar sel
(ECW). Secara saintifiknya, bendalir dalam sel yang tinggi akan melancarkan pengaliran
darah dalam badan terutamanya ke saraf otak yang akan mendapat bekalan oksigen yang
tinggi seterusnya memberi ketenangan secara fizikal dan emosi kepda pendiri solat.
27

Lebih daripada itu, solat juga dibuktikan mampu meningkatkan penumpuan dan
daya ingatan. Menerusi solat, otak diberikan satu keadaan untuk bersedia dalam
menghadapi tugas pemikiran yang mencabar. Malah, selepas melakukan solat, seseorang
itu akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan.
28


Bagaimanapun perlu untuk diingatkan, kelebihan solat ke atas kesihatan seperti
yang dibuktikan perlu menepati ciri-ciri tertentu dan sudah semestinya mengikut ajaran
Islam yang sebenar. Ia termasuk mengerjakan solat lima waktu dalam sehari.









27
Ibid
28
Ibid

18

3.4 Bukti Pakar Perubatan Barat
Menurut Prof. Dr. Von Screber, pakar perubatan dari Belanda, yang dipetik dari
Menyingkap Rahsia Pergerakan Solat, mengungkapkan pergerakan-pergerakan dalam
solat menurut Islam adalah satu cara bagi memperoleh kesihatan. Di dalam solat, terdapat
pergerakan tubuh yang menghasilkan badan yang baik sekali gus menjadi lembut dan
lincah, memudahkan pergerakan serta menambah kekuatan dan daya ketahanan penyakit.
29

Menurut Prof. Dr.Andry, pakat perubatan dari Paris, pergerakan solat yang
dilaksanakan setiap hari membantu menurunkan dan mengurangkan penyakit obesity,
penyakit sendi, penyakit diabetis, batu hempedu, sembelit dan sebagainya. Pergerakan
dalam solat juga mengandungi perrgerakan yang memberi kesan kepada tulang-belulang,
otot, pergelangan, persendian dan paru-paru.
30

Hilmy Al-Khuly dalam buku ash-Solah wa Shihhatul Insan, juga memberikan
beberapa pendapat pakar perubatan Barat. Salah seorang daripadanya ialah Dr. Alexis
Carel, pemenang hadiah Nobel dalam bidang perubatan dari Amerika. Beliau mengatakan
solat menghasilkan aktiviti kepada sistem pertahanan tubuh dan anggota badan Katanya
sebagai seorang doktor, beliau melihat banyak pesakit gagal dalam pengubatan dan doctor
tidak mampu mengubatinya. Jadi, ketika pesakit membiasakan diri memdirikan solat,
tenyata penyakit mereka hilang. Sesungguhnya, tambah beliau, solat bagaikan sinar-X
yang memancarkan sinar dan melahirkan kekuatan diri.
31

Dr. Edwind Frederick Pourz menyatakan, bagi meyembuhkan pelbagai penyakit
berjangkit dalam tempoh yang singkat, ia sukar dilakukan Tambahan pula, terdapat beribu
kes yang belum dapat ditangani oleh doktor terkenal atau pakar sekalipun. Jadi
penyembuhannya adalah melalui keajaiban mukjizat solat. Dr. Thomas Heslubb
menambah, solat dapat mengendurkan urat saraf yang tegang akibat insomnia. Menurutnya,
faktor penting supaya dapat tidur adalah melakukan solat. Solat adalah cara yang paling
baik bagi mendapatkan ketenangan jiwa dan mengendurkan urat saraf. Solat member
kesan kepada system saraf manusia kerana dapat menghilangkan ketegangan dan

29
Hilmi Al-Khuli (2010) Menyingkap Rahasia Gerakan-Gerakan Shalat, Diva Press, Indonesia
30
Ibid h. 94
31
Ibid h. 95

19

menguraikan simpulan saraf, hingga solat dianggap sebagai pengubatan terbaik bagi
penyakit insomnia.
32





















32
Ibid h. 95

20

3.5 Rahsia Waktu Solat
bT JTC `P`1Bb
FbMmBB Bb Bd.TC
boTC. P`V. P)1 P
bT Jo0Bb FbTC0
`P`1Bb P f `P`1Bb 6CAH
`V 1vBb BoJH
BoVCv
103. kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu
menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.
kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah
sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu
ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.
(Surah An-Nisa:103)

Dalam waktu subuh yang tiba antara pukul 5 atau 6 pagi itu atau sebelum matahari
terbit adalah sebaik-baik waktu solat kerana apabila telah masuk waktu, maka seseorang
itu perlu bangun dan berwuduk. Dengan wuduk telah menyebabkan seseorang terhindar
dari perasaan malas dan dapat memulakan harinya dengan penuh semangat. kesan dari
melakukan solat subuh ini adalah paru-paru dapat menyerap oksigen sebagai bahan bakar
metabolisma tubuh sehingga seseorang dapat melakukan aktiviti. Ketika waktu itu juga,
udara masih dalam keadaan bersih.
33

Pada waktu Zohor yang tiba pada waktu tengah hari itu, masa itulah akan muncul
rasa mengantuk setelah penat melakukan pelbagai tugas yang diamanahkan. Sebagai
istirehat, solat zohor juga dapat menjadikan seseorang itu menenangkan fikiran dan
menumpukan sepenuh perhatian kepada solat dan ianya sebagai tenaga tambahan dalam
melakukan tugas selepas ini. Kesan dari melakukan solat zohor itu, dapat meningkatkan
aktiviti penyerapan sebagai sumber tenaga bagi aktiviti yang akan dilakukan selepasnya.
Solat Zohor juga berfungsi sebagai penenang keadaan disebabkan perut lapar.
34


33
http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-solat-di-awal-waktu.html
34
Ibid

21

Waktu solat Asar pula berada ketika waktu pekerjaan hampir selesai dan tubuh
berada dalam keadaan letih. Berdasarkan kajian Dr. Zahir Qarami, solat Asar dapat
menjauhkan seseorang daripada daripada penyakit jiwa dan fizikal. Solat Asar menurut
beliau dapat menurunkan hormone andrenalin yang dihasilkan pada pukul 3 hingga 4
petang, yang mana dapat menimbulkan banyak penyakit. Alasannya, apabila manusia
menghadapi kesulitan dan tidak melakukan pergerakan secara fizikal, maka perkara itu
dapat menyebabkan penyakit jiwa dan fizikal kerana pengaruh hormone andrenalin yang
meningkat secra berterusan. Kesan daripada melakukan solat Asar, akan mendatangkan
proses detoksifikasi iaitu segala bahan kotoran dalam badan dikeluarkan.
35

Pada waktu maghrib, akan berlakunya perubahan masa dari waktu siang kepada
menjelangnya malam. Pada waktu itu juga akan selesainya segala tugas dan tiba pada masa
rehat malam. Kesan dari melakukan solat itu boleh dilihat pada kesan pada waktu asar.
36


Pada waktu Isyak juga dan berlakunya waktu malam, itulah masa yang diperlukan
oleh kita untuk melakukan segala aktiviti istirehat bagi memperbaiki segala pernafasan
supaya teratur. Kesan dari melakukan solat itu juga, akan dapat menjadikan proses
penyerapan bagi menggantikan sel-sel mati sekaligus menjadikannya sebagai satu proses
pembentukan imuniti.
37

Jelas terbukti, sesiapa sahaja yang menjaga solat tepat pada waktunya, dia
mendapat pahala optimum dan manfaat kesihatan yang lebih maksimum. Seperti yang
dinyatakan dalam hadis di bawah,

Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada nabi, Apakah amal yang paling
utama? Beliau menjawab, Solat tepat pada waktunya.
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim

35
Ibid
36
Ibid
37
Ibid

22

Petikan di atas dapat diringkaskan kepada sebuah jadual
38

Solat Jumlah
Rakaat
Waktu Organ Tubuh Kesan Solat Terhadap Organ
Tubuh
Subuh 2 04.00-05.30 Paru-paru Paru-paru menyerap oksigen
(O
2
) sebagai bahan bakar bagi
metabolism tubuh hingga
manusia dapat beraktiviti.
Dhuha 2-12 07.00- 11.00 Usus besar dan
perut
Meningkatkan penyerapan
makanan sebagai sumber tenaga
bagi beraktiviti sepanjang hari.
Zohor 4 12.00- 15.00 Jantung Adalah fasa penyejuk kerana
seluruh 11 sistem tubuh sudah
bekerja optimum dari pelbagai
aktiviti yang dilakukan manusia
pada siang hari
Asar dan
Maghrib
3 dan 4 15.00- 19.00 Ginjal dan usus
kecil
Adalah fungsi detoksifikasi, di
mana seluruh sisa metabolism
dibuang melalui ginjal dan usus
kecil
Isyak 4 19.00- 04.00 Hati dan
pancreas
Proses penyerapan bagi
mengganti sel-sel mati
sekaligus sebagai proses
pembentuk imuniti (daya tahan
tubuh) hingga selepas Isyak,
tubuh memerlukan istirehat
supaya proses pembaikan
adalah pada tahap optimum.
Tahajud
dan Witir
5-11 12.30 03.00 Hati, pancreas
dan hempedu


38
Fahrur Muiz (2010) op. cit.., h. 99

23

3.6 Impak Ibadah Solat dalam Aspek Rohani

Rohani merupakan satu aspek yang sangat penting dimana menentukan kebahagian
kita di dunia dan akhirat.Rohanilah yang menjadi penggerak dan penentu keperibadian diri
seseorang.Walaupun seseorang itu berpangkat tinggi dan ternama,tetapi jika rohaninya
tidak sihat,maka digambarkan mempunyai akhlak yang buruk.Jika seseorang itu rohaninya
telah mati,maka tiada tempat baginya di Syurga kelak. Maka rohani adalah satu aspek yang
penting, malah lebih penting dari jasmani.
Kita memberi kemewahan dan kelazatan kepada jasmani kita. Kita memberikan
jasmani kita pakaian yang cantik-cantik dan mahal-mahal. Tetapi adakah kita juga
memberikan rohani kita pakaian yang cantik-cantik? Atau adakah kita memberikan rohani
kita pakaian yang koyak-rabak? Apakah pakaian yang cantik bagi rohani kita?
P Tb. MC B.10
)NH`1 BB :.
NV. Bd:. F B.
N.fJBb MM. P v
6b. Bb 1 MHH

surah Al-'Araf, ayat 26
Maksud:
26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu
(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan
pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu
adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-
hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Maka pakaian yang terbaik bagi rohani kita,ialah sebaik-baik taqwa.Begitu juga
dengan ibadah solat yang banyak memberi kesan kepada rohani seseorang.Apabila
seseorang itu sentiasa melakukan ibadah solat,maka mereka akan lebih bertaqwa dan sihat
rohani mereka. Sihat rohani membawa kepada sihatnya hati seseorang itu.Hati yang sihat

24

adalah hati yang selamat.Sesiapa yang ketika menghadap Allah tidak membawanya tidak
akan selamat.
39

Nf v X0 Bb 611f) 6T1
(Surah Asy-Syuara:89)

Maksudnya: 89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang
datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan
penyakit munafik);

Orang yang mendirikan solat dengan baik dan betul, dijamin memiliki jiwa raga
yang sihat. Dalam solat, kita dapat mengingati Allah dan sedar semua urusan ada di
tangan-Nya. Perasaan ini pasti membuatkan manusia berterusan dalam keadaan tenang dan
tenteram. Seterusnya, membantu menjaga kesihatan badan, kematangan akal dan
ketenangan jiwa.
Dalam bidang psikologi, perkara dikenali dengan cara meluahkan
perasaan.Menurut Dr. Rose Havlardong, penasihat di Hospital Boston, antara ubat yang
dapat menyembuhkan rasa sedih adalah dengan cara meluahkan isi hati kepada orang yang
dipercayainya. Contoh, ketika orang sakit mengadu mengenai keletihan menghadapi
penyakit yang dihadapinya, secara automatik perasaan sedih dan gelisah itu pasti hilang
daripada fikirannya. Jadi sekadar meluahkan sahaja dapat mengurangkan penderitaan
seseorang.
Mendirikan solat lima kali sehari berserta solat sunat, menuntut seseorang itu
mendekati Tuhannya. Dengan mendekatkan diri kepada Allah, rasa sepi dapat diusir.
Malah, pasti membuat hati selalu rindu kepada datangnya waktu solat.

39
http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2011/05/10/manhaj-hidup-muslim-di-zaman-kebendaan/



25

Lalu jelaslah terdapat kesan positif apabila kita meluahkan kepada Allah yang
bersifat Maha Mengetahui urusan manusia dan berkuasa ke atas segalanya. Oleh kerana itu,
apabila seseorang mendirikan solat, dia pasti sembuh dan selamat daripada pelbagai
penyakit.
Selain itu,dari aspek rohani,solat dapat membentuk diri supaya menjadi lebih
optimis.Di dalam solat, kita banyak membaca kata-kata baik yang mengandungi pujian dan
doa kepada Allah..Memuji Allah bererti mengakui kelemahan kita sebagai manusia.
40
Ini
bererti, kita dapat menghindari sifat sombong dan menyemai nilai kerendahan hati dalam
diri seseorang.
Dari aspek rohani,solat juga dapat melatih diri seseorang supaya lebih menjaga
kebersihan.Sebelum solat, kita disyaratkan supaya bersuci terlebih dahulu, baik daripada
hadas kecil mahupun hadas besar.Perkara ini membawa pengertian kita hanya dapat solat
dalam keadaan bersih dan suci daripada segala bentuk najis dan kekotoran.Oleh itu,kita
bukan sahaja dapat melatih diri untuk menjaga kebersihan dari segi luaran bahkan juga
dari segi dalaman iaitu rohani.Apabila seseorang itu melakukan ibadah solat,rohani mereka
akan sentiasa dalam keadaan bersih,maka secara automatiknya penampilan fizikal mereka
turut dalam keadaan yang bersih..Ini kerana,penampilan fizikal seseorang bergantung
kepada keadaan rohani mereka.Apabila rohani mereka bersih,maka bersihlah fizikalnya
tetapi sekiranya bersih fizikalnya tidak bermakna rohani mereka dalam keadaan yang
bersih.
41

Kesimpulannya,dengan solat,rohani seseorang menjadi lebih tenang lebih-lebih lagi
apabila solat dilaksanakan secara ikhlas. Walaupun kebanyakkan dari kita tidak berasa
cukup dengan kemewahan yang ada. Kita mahu jasmani kita merasai kehidupan yang
mewah. Kita hendak menjadi lebih kaya lagi. Ini tidak bertentangan dengan Islam. Malah
Islam menyuruh umatnya agar menjadi umat yang kuat, dalam semua sudut. Carilah
kekayaan. Kejarlah kemajuan. Jadilah umat yang kaya, bukan umat yang papa. Kerana

40
http://www.mymasjid.net.my/forum/display/361502/menghidupkan-rohani/

41
Ibid

26

kemiskinan hampir-hampir boleh membawa kepada kekufuran. Rasulullah s.a.w telah
mengingatkan kita akan hal ini:
Dalam hadith beliau:
Ertinya: Hampir-hampir kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran.

Tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh lupa akan rohani kita.Sentiasalah
kita melakukan ibadah solat agar rohani dapat dibentuk dengan baik kerana rohani kita
juga perlu merasai kemewahan dan kelazatan. Tetapi bukan kemewahan dan kelazatan
material. Rohani kita perlu merasai kemewahan Iman dan ilmu serta kelazatan beramal.
Tiga perkara ini: iman, ilmu dan amal. Itulah santapan rohani kita. Tiga perkara ini berkait-
rapat antara satu sama lain. Tidak lengkap iman seseorang tanpa amal soleh. Dan
seseorang tidak dapat beristiqamah melakukan amal soleh kecuali dia dapat merasakan
kelazatan beramal. Dan kelazatan beramal datang dari ilmu dan kesungguhan.

Akhir kata,sama-samalah kita berusaha dalam mempertingkatkan jasmani di
samping mempertingkatkan rohani agar kedua-dua aspek ini berada di dalam keadaan yang
seimbang.






4.0 Manfaat Solat Tahajud daripada Sudut Perubatan
Dalam sebuah hadis yang dikemukakan oleh Abu Hurairah, Abu Daud melaporkan,
Nabi Muhammad pernah berkata yang bermaksud, Solat sunat yang utama selepas solat
fardhu ialah solat Tahajud.

27

BM0 V.vBb C
VHBb Nf dAH1C =A
0 fBb =1v AH1C
1. Wahai orang Yang berselimut!.
2. bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa
(yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

.v. VHBb MJ =)
40bB b+ 0 d
).: BovBfv boT
79. dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah
"sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga
Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang
Terpuji.

Dalam ayat yang pertama, Allah menyuruh orang yang berselimut, iaitu orang yang
tidur, supaya bangun pada malam hari bagi mengerjakan solat Tahajud. Manakala dalam
ayat yang kedua, Allah menegaskan solat tahajud adalah satu ibadat tambahan, dengan
janji akan mengangkat darjat pengamal solat tahajud ke darjat terpuji.
42

Solat Tahajud memiliki manfaat praktis, baik dari segi keagamaan mahupun dari
segi kesihatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis
yang dilaporkan oleh Tirmizi yang bermaksud, Solat Tahujud dapat menghapus dosa,
mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit.
43

Berdasarkan kajian, telah dapat dibuktikan bahawa ketenangan dapat meningkatkan
ketahanan imunologi tubuh, megurangkan risiko terkena penyakit jantung dan
memanjangkan usia. Sebaliknya, stress atau tekanan dapat menyebabkan seseorang itu

42
Mohammad Salleh Ph.D (2009) Terapi Solat Tahajud, PTS Milennia Sdn. Bhd., h. xx
43
Ibid, h. xxi

28

rentan terhadap sebarang jangkitan, mempercepatkan perkembangan sel kanser dan
meningkatkan metastasis. Oleh itu secara teori, kesihatan para pengamal solat tahajud pasti
terjamin, baik dari segi fizikal ataupun mental. Lagi satu kebaikan solat tahajud ialah kita
akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga
pagi hingga terbit matahari. Di samping itu, kita juga menggerakkan otot-otot di dalam
badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua
oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan
manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang
lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati
oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.
44


Penyelidikan juga menunjukkan bahawa
1) Solat Tahajud menurunkan sereksi hormone kortisol
Hormon kortisol ialah hormone yang berfungsi mempertahankan kewibawaan tubuh,
sifat responsif pembuluh darah dan isi padu cairan tubuh. Rembesan kortisol yang
berlebihan dapat menyebabkan hipertensi melalui stimulasi rennin pada system rennin
angiotensin.
2) Solat Tahajud dapat meningkatkan perubahan gerak balas ketahanan imunologi tubuh.
3) Solat Tahajud boleh digunakan sebagai alternatif meningkatkan dan memperbaiki
daya ketahanan imunologi tubuh dan menghilangkan kesakitan yang dialami oleh
pesakit kanser.
45

4.1 Kisah Benar
46

Seorang pemuda menceritakan, Saya tidak pernah ke masjid,walaupun ayah saya
adalah seorang ustaz yang mengajar al-Quran.Harta yang melimpah ruah merosakkan
kehidupan saya dan jauh daripada jalan Allah.Allah kemudian telah menguji saya dengan

44
Ibid, h. xxi
45
Ibid, h. 143
46
Mukhlas Syarkun (2010) Seksa Meninggalkan Solat, Johor Bahru, Johor, Pustaka Azhar.


29

ditimpa musibah kemalangan motor yang mengakibatkan kecederaan yang serius.Dugaan
yang paling besar yang saya terima akibat daripada kemalangan itu ialah saya tidak
mampu berjalan lagi.Menurut para doktor yang merawat saya,mereka mengatakan bahawa
mereka sendiri masih belum mengenal pasti penyebab kaki saya yang lumpuh ini,kecuali
kerana masalah saraf.
Suatu hari,saya menziarahi rumah baru sahabat handal saya.Perbezaan yang berlaku
pada diri saya pada waktu itu ialah saya hanya mampu bergerak menggunakan kerusi
roda.Pergerakan saya sangat terbatas dari sebelumnya.Ketika saya sedang berada di rumah
teman saya itu,saya terdengar suara bilal yang mengumandangkan azan Maghrib yang
berdekatan dengan rumah sahabat saya itu.Suaranya yang merdu menyentuh hati
saya.Tiba-tiba saya berasa tersentuh dengan alunan Azan yang syahduh itu umpama
pertama kali mendengar azan dalam hidup.Air mata tanpa dipinta tiba-tiba
berlinangan.Sahabat saya berasa hairan melihatkan keadaan saya yang tiba-tiba berubah
emosi.Pergerakan saya yang terbatas menyukarkan pergerakan saya.Saya meminta tolong
kepada sahabat saya untuk membawa saya ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah.
Bermula pada detik itu,saya telah insaf dan bertaubat untuk kembali ke jalan-
Nya.Hari-Hari yang panjang saya lalui dengan menunaikan solat berjemaah di
masjid.Malah,solat Subuh pun saya berjemaah di masjid.Kekurangan yang ada pada diri
saya tidak mematahkan semangat saya untuk terus menunaikan tanggungjawab seorang
muslim dengan melaksanakan ibadah solat lima waktu.Malah,saya terus berusaha untuk
meningkatkan amal ibadah saya dan beristiqamah dalam melaksanakannya.Ujian yang
saya diberi oleh Allah masih kecil dan saya redha dengan takdir saya.Andai kata Allah
menguji saya dengan ujian yang besar iaitu menarik nyawa saya ketika kemalangan
tersebut,jawabnya azab dari api neraka lah yang akan saya terima.Saya sangat bersyukur
kerana Allah masih member saya peluang untuk bertaubat dan kembali ke pangkal
jalan.Saya tidak mahu lagi menyimpang daripada jalan Allah,Insya-Allah bagi selamanya.
Pada suatu malam,sebelum terbit fajar,saya bermimpi melihat ayah bangun daripada
kubur lalu memegang bahu saya dan ketika itu saya menangis.Ayah berkata kepada saya,
Wahai anakku,jangan bersedih!Allah sudah mengampuni dosaku keranamu.Saya terus
bangkit daripada tidur seraya mengucapkan Lailahaillallah atas khabar gembira ini,lalu

30

pergi ke masjid untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur kepadanya.Mimpi yang
saya alami itu bukan sahaja berlaku pada malam itu sahaja,malah sering kali berulang pada
malam-malam yang seterusnya.
Selepas beberapa tahun saya melaksanakan solat di masjid yang terletak di sebelah
rumah supaya memudahkan lagi pergerakan saya untuk melaksanakan solat secara
berjemaah di masjid.Suatu hari ketika sedang melakukan solat Subuh berjemaah di
masjid,keajaiban telah berlaku pada diri saya.Pada hari tersebut,saya berada di bahagian
hujung saf pertama dalam keadaan duduk di atas kerusi akibat lumpuh di bahagian
kaki.Pada rakaat kedua solat Subuh,sewaktu Imam membacakn Doa Qunut yang
panjang,hati saya tersentuh dengan makna doanya dan tanpa dipinta,air mata berlinangan
di tubir mata saya.Saya berasa tubuh bergetar dan menggigil serta hati yang berdenyut
dengan pantas akibat sangat berdebar.Tiba-tiba saya berasa tenang dan terus
menyempurnakan solat.
Selepas memberikan salam,saya merasakan diri saya ringan untuk digerakkan.Saya
terus berdiri dan mengucakan syukur ke hadrat Ilahi keran mengurniakan kembali nikmat
kaki supaya saya dapat bergerak dengan sempurna.Nikmat ini akan saya gunakan kearah
kebaikan.Setelah itu,saya terus menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai tanda syukur
kepada Allah.Akhirnya,saya dapat melaksanakan ibadah solat dengan lebih sempurna
tanpa memerlukan bantuan kerusi roda dan pertolongan daripada orang sekeliling.
Kesimpulannya,rohani memainkan peranan penting dalam mengubah seseorang ke
arah melakukan kebaikan.

5.0 Kesimpulan Dan Cadangan
Solat merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan bagi semua orang yang beragama
Islam. Ia merupakan perkara yang kedua dalam Rukun Islam. Selain mentaati Rukun Islam,
terdapat manfaat yang dapat kita peroleh daripada ibadat ini. Manfaat menunaikan ibadat
solat dapat ditonjolkan dalam tiga aspek iaitu aspek fizikal, rohani dan kesihatan. Bagi
aspek fizikal, setiap pergerakan dalam solat dapat memberikan kesan yang baik kepada
tubuh badan kita. Dari aspek rohani pula, ibadah solat dapat menenangkan jiwa kita dan

31

juga dapat mengurangkan tekanan. Untuk aspek kesihatan pula, ibadah solat dapat
menyembuhkan penyakit-penyakit yang menyerang diri kita dengan izin Allah S.W.T.
Apa yang dapat dilihat pada zaman sekarang adalah muda-mudi zaman sekarang
tidak mengambil berat tentang hal solat. Mereka menganggap solat itu satu perkara yang
boleh diambil mudah. Untuk memperbaiki keadaan ini, peranan ibu bapa amatlah penting.
Ibubapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak di didik
dengan agama yang sempurna.Antara didikan agama yang paling diutamakan oleh ibubapa
dalam mendidik anak-anak mereka ialah ibadah solat.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
Daripada Amru bin Syuaib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata,
sabda Rasulullah saw: Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika
mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya
ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat
mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar..
Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua
dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan
menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila
benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi
nyata.Dengan ini,dapat meneguhkan lagi hati mereka dan rohani mereka menjadi lebih tenang
lebih-lebih lagi apabila solat dilaksanakan secara ikhlasJadi ibubapa perlu mendidik anak-
anak dengan ajaran agama terutamanya ibadah solat sejak dari kecil lagi kerana solat
merupakan tiang agama. Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah
Iskandar seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya
keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan.

32

















6.0 Bibliografi
1. Fahrur Muiz (2010) Berubat Dengan Solat, Selangor, PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
2. Mohd Asri Abdullah (2011) Prinsip-Prinsip Asas Islam Syariah, Ibadat dan Akhlak,
Selangor, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
3. Mohammad Salleh Ph.D (2009) Terapi Solat Tahajud Mukjizat Penyembuh Penyakit,
Selangor, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

33

4. Mukhlas Syarkun (2010) Seksa Meninggalkan Solat, Johor Bahru, Johor, Pustaka
Azhar.
5. Hilmi Al-Khuli (2010) Menyingkap Rahasia Gerakan-Gerakan Shalat, Diva Press,
Indonesia
6. http://www.facebook.com/topic.php?uid=109574002407344&topic=26
7. http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-solat-di-awal-waktu.html
8. http://belajaribadat.blogspot.com/2008/11/konsep-ibadah-dalam-islam.html
9. http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2011/05/10/manhaj-hidup-muslim-di-zaman-
kebendaan/
10. http://www.mymasjid.net.my/forum/display/361502/menghidupkan-rohani/

Anda mungkin juga menyukai