Anda di halaman 1dari 2

PENGARUH SEKULARISME

Sekularisme bukan hanya sebagai suatu faham yang memberikan tumpuan kepada aspek-
aspek keduniaan (kehidupan duniawi atau worldly life) tetapi sebagai program falsafah aliran
pemikiran yang cuba menafsirkan reality dan kebenaran berdasarkan rasionalisme murni.
Para ahli falsafah Barat yang secular sejak zaman pencerahan (enlightenment) telah
melakukan pensekularan manusia, alam dan agama sehingga hakikat, makna dan peranan
manusia, alam dan agama telah berubah daripada faham yang berasaskan agama kepada
faham yang berasaskan akal rasional semata-mata. Maka sebagaimana telah diterangkan oleh
Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, sekularisme dalam pengertian di atas adalah
sangat berbahaya kepada umat manusia dan telah pun membawa kepada kerosakan yang
dahsyat terhadap tatanan kehidupan manusia bahkan terhadap alam semesta.

(m/s 10 islam dan pluralisme)

Sekularisme sebagai program falsafah telah pun berhasil mensekularkan agama Kristian
sehingga menjadi agama yang diBaratkan (Westernized Christianity); ia juga telah
meletakkan manusia sebagai satu-satunya yang berwenang terhadap alam semesta
menggantikan peranan Tuhan, untuk membolehkannya berbuat sesuka hati terhadap alam
yang dilihat tidak lebih daripada sekadar benda, suatu perbuatan yang boleh dianggap sebagai
pendewaan manusia (deification of human being).

(m/s 10 islam dan pluralisme)

Maksud sekularisme

Sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan
dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Sekular atau dalam
bahasa arabnya dipanggil al-ilmaniyyah diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa arab =
ain, lam dan mim). Kononya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu,
jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu
perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi. Tetapi
sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada al-Ilmaniyyah hanyalah satu tipu daya
dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi
sekular ialah al-Ladiniyyah yakni tanpa agama atau al-Laaqidah yakni tanpa akidah.

Kesimpulan

Pengamalan fahaman sekularisme adalah bahaya terbesar yang merosak aqidah dan kita perlu
menjauhi dan memeranginya sehingga ke akar umbi. Ia bukan sahaja merosakkan kehidupan
masyarakat Islam malah membawa dan menjerumus ke neraka jahannam. Justeru sekularisme
benar- benar membawa satu ancaman besar kepada kesejahteraan hidup umat manusia yang
sudah lama berpaksikan tamadun yang baik dan cemerlang.
Jenis penyelewengan sekularisme

Melalui pendidikan

menghantar pelajar ke negara luar untuk melanjutkan pengajian

menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan

memperkenalkan Institusi pendidikan asing di negara- negara Islam

Melalui media massa

melalui program yang tidak ilmiah yang merosakkan minda

Contoh: filem percintaan, fantasi, hiburan dan gambar porno

Melalui Undang-undang

Golongan sekular akan memastikan agar undang- undang Islam tidak dirujuk walau
dalam masalah kecil sehingga Islam kelihatan tinggal namanya sahaja

Kemunculan sekularisme

- Ideologi sekularisme muncul disebabkan perbalahan antara barisan pemimpin yang


pro kerajaan dengan para paderi gereja.

Anda mungkin juga menyukai