Anda di halaman 1dari 14

Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz?

Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak iaitu antara lain: i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; ii) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; iii) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. Apabila seorang isteri itu telah nusyuz, perceraian bukannya satu-satu jalan keluar, cuba ikuti dahulu kaedah yang Islam syariatkan... Auzubillahiminasyaitanirrajim... Nusyuz adalah istilah agama. Asalnya diistilahkan kepada isteri yang tidak mentaati atau ingkar perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama. Namun, di dalam al-Quran, tindakan yang jelas telah disusun rapi sebagai panduan suami menangani masalah isteri yang nusyuz. Ia adalah panduan yang digariskan oleh Yang Maha Pencipta, iaitu Allah SWT sendiri. Tidak dinafikan ia juga adalah resolusi terbaik sekiranya dilaksanakan dengan cara atau langkah yang betul. Nasihat yang baik Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami apabila mereka mendapati isteri telah nusyuz (derhaka) ialah (dengan segera) memberikan nasihat yang baik kepada si isteri. Nasihat terbaik adalah dengan mengembalikan si isteri kepada Allah. Ingatkan mereka bahawa tindakannya itu telah menyakiti hati suami dan dikira derhaka serta yang paling penting dari semua itu adalah, telah dikenakan dosa oleh Allah SWT. Isteri yang baik (yang kenal serta beriman dengan Allah, tahu nikmat dan azab yang Allah sediakan) terus akan terdidik dengan nasihat yang baik itu. Sebab itulah, perkara pertama yang menjadi tanggungjawab suami apabila diijab-kabulkan ialah mempastikan isteri betul-betul kenal dengan Allah. Dunia hari ini menyaksikan ramai orang yang mengaku beriman tetapi tidak betulbetul kenal dengan Allah. Mereka lebih mengenali ibu ayah, sanak saudara hatta diri sendiri lebih daripada mengenali Allah. Padahal, pada diri mereka sendiri itu, tanda-tanda kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah. Nasihati isteri dengan sifat-sifat isteri Rasulullah, isteri para sahabat dan orang-orang soleh. Izinkan mereka berfikir dan membuat perbandingan sifat mereka berbanding dengan isteri orangorang yang disebutkan tadi. Pandulah di mana-mana sekiranya mereka memerlukan. Isteri boleh dianggap anak murid pertama dan yang sentiasa mendapat prioriti pertama dalam segala hal. Ingatkan isteri bahawa dunia akhir zaman ini memang indah untuk dikejar. Kadang-kadang berlaku sehingga suami tertinggal jauh di belakang. Ingatkan mereka bahawa dalam peristiwa israk dan mikraj, nabi diperlihatkan isi neraka. Ramai penghuninya adalah golongan wanita. Ramai isteri orang. Suruh mereka cari penyebabnya dan kalau tak jumpa, maka di antara jawapannya adalah isteri nusyuz Asingkan tempat tidur Tindakan kedua (selepas beberapa ketika isteri masih meneruskan perangai nusyuznya itu) ialah tidak tidur bersama mereka di tempat tidur khas untuk anda berdua selama ini. Dan anda berada di dalam rumah anda (yang sama). Jangan lupa untuk tidak bercakap kerana langkah pertama iaitu nasihat yang baik itu telah expired. Langkah kedua ini adalah lebih kepada perbuatan bukan

percakapan. Isteri, kalau benar masih ada rasa hormat dan sayang pada suaminya, pasti akan terasa (kekurangan, hina) apabila sahaja si suami mengalihkan pandangan daripadanya. Inikan pula kalau sudah tidak ingin lagi tidur di sebelahnya. Mereka akan terfikir bahawa mereka sudah tidak ada nilai isteri lagi. Kerana semua peradaban baik mengetengahkan bahawa, tempat isteri adalah di sisi suami. Guru ana selalu sebut isteri kita ini, sebab sayang sangat dengan suami dia, kalau ada seekor lalat yang hinggap pada pipi perempuan lain kemudian hinggap pula selepas itu ke pipi suaminya, maka sifat irihati terus sahaja akan bertandang ke dalam sanubarinya. Sebab itulah, apabila seorang suami mengahwini isterinya, perkara kedua selepas mengenalkan dirinya dengan Allah adalah, mempastikan jatidiri isterinya. Berikan isteri itu nilai isteri. Salah satu nilai isteri adalah sentiasa bangga berada di samping suaminya. Biarlah kalau mereka nak cemburu dengan lalat sekalipun. Sifat cemburu (bertempat) itulah yang utama menjadi jatidiri. Orang kata, bila ada sifat cemburu, di saat itulah timbulnya rasa sayang. Memukulnya dengan pukulan mendidik Jangan anda fobia dengan perkataan pukulan. Dalam Islam memang Allah ajar. Anak kalau umur 10 tahun juga masih liat (tak nak) solat, pukul. Kalau tak pukul, anda akan hadapi masalah. Kerana ajaran pukul ini adalah daripada Allah. Macam kereta mercedes yang pakai petrol jugalah, kalau dibubuh air memang pasti jahanam. Sebab tuan yang buat dia kata macam tu. Kalau tuan yang buat manusia itu Allah, dan di ajar kita tak dengar maka, kita akan ke jahanam juga. Sedangkan jahanam yang Allah sediakan itu teramat lebih darjah kedahsyataan dan siksaannya. Pukul isteri. Allah tegaskan, dengan pukulan yang tidak mencederakan. Iaitu pukulan mendidik. Sebab itulah, selepas ajaran kedua (mempastikan jatidiri isteri) yang perlu disematkan oleh si suami di malam pertamanya tadi, maka perlu ajaran ketiga iaitu beritahu mereka apakah tindakan yang suami akan lakukan kalau didapati isteri itu dan ini. Jangan lupa beritahu isteri juga bahawa, kalau suami dah mulakan step menangani nusyuz, maknanya nafkah (zahir batin) pun turut akan terstop sama. Jangan anda masih terfikir bahawa nafkah batin itu adalah seks. Ana minta maaf kerana tafsiran itu telah lapok dan agak ketinggalan zaman. Seks adalah nafkah zahir. Sebab ia menggunakan benda zahir yang nampak. Sebaliknya nafkah batin itu adalah kasih sayang, perhatian, perasaan dan sebagainya yang melibatkan hati yang memang tak nampak. Sebab apa-apa yang batin itu diistilahkan kepada perkara yang tak nampak. Kalau anda pernah dilatih oleh seorang komander askar, anda tahulah apa itu nafkah batin. Memang semasa latihan, jangan harap tindakan mereka ada hati perut lah. Jangankan kesian, kalau mereka melihat anda dengan pandangan manusia pun sudah besar ertinya. Kerana biasanya mereka akan lihat anda dengan pandangan harimau, singa malah ada sesetengahnya itu dengan pandangan makhluk asing. Kalau isteri baik Sukacita diulangi. Kalaun isteri anda baik. Apabila sahaja anda mulakan kuliah agama padanya, dia dah mula sedar. First time mereka pasti menangis. Kalau dah banyak kali, susah dah nak menangis, tetapi suara akan berubah. Muka tunduk. Insaf. Terutama apabila dengar al-Quran yang ditafsirkan (diulang tafsir) oleh suaminya sendiri. Saidina Umar al-Khattab pun cair dengar alQuran, inikan pula seorang perempuan yang berstatuskan isteri. Sebaliknya Sekiranya anda sebagai seorang suami, tidak faham apakah yang sedang ana perkatakan ini, maknanya anda belum layak jadi suami. Anda perlu banyak belajar lagi. Anda perlu insaf terlebih dahulu kenapa anda bergelar suami belum tiba masanya.

Begitu juga, kalau anda seorang suami dan anda memahami apa yang sedang dibincangkan ini, maknanya anda tidak benar-benar melakukan langkah-langkah yang Allah gariskan ini dengan tepat ramuan dan cara-caranya. Anda juga perlu insafi diri terlebih dahulu kerana anda adalah orang yang tergesa-tergesa. Kalau di jalanraya, orang potong Q pun ada marah, inikan pula anda yang sudah bergelar suami kepada seorang isteri. Dan kalau anda hanya mengetahui resepi Allah ini, tetapi belum pernah mencubanya walaupun dah beberapa kali timbul masalah nusyuz. Jangan harap ianya akan berkesan kalau anda baru nak mula belajar guna resepi tuhan ini. Sebaliknya anda perlu bertaubat kerana selama ini anda hanya banyak gunakan teori dan buah fikiran sendiri. Anda tidak sedar dan kenal diri anda siapa kepada Pencipta anda iaitu Allah. Oleh itu walau di mana letak diri anda, mulakanlah dari langkah yang pertama apabila ingin selesaikan masalah nusyuz. Kalau setelah 10 tahun berkahwin, anda belum kenalkan diri isteri kepada Allah, mula perkenalkanlah. Begitulah step-step yang seterusnya. Sabarlah kerana anda sebenarnya telah terlewat. Ini mungkin petanda Allah sayangkan diri anda, kerana Dia menginsafkan anda di dunia sebelum akhirat. Kesimpulan Sekiranya semua langkah perlu sudah anda ambil, tetapi isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka anda perlu pula mulakan langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri. Langkah pertama yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak anda dan seorang di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua. Sekiranya itu pun tidak dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke sisi kaunseling, jumpa kadi atau apa sahajalah tindakan (maaf ana tidak ada pengalaman dan tidak ingin pengalaman itu insyaAllah) kerana isteri anda memang selayaknya ditinggalkan (sekiranya dia masih, masih dan masih meneruskan sifat nusyuznya itu) Wallahu aklam. Semoga kita semua (sebagai suami atau isteri) dijauhkan daripada segala keburukan dan kejahatan diri sendiri, orang lain, syaitan serta sekutu-sekutunya itu. Wassalam. Bayaran nafkah isteri nusyuz Oleh Mohd Faiz Adnan Soalan: Assalamualaikum Jika isteri didapati curang, perlukah seseorang suami itu membayar nafkah seperti yang diwajibkan? Mat, Melaka. Jawapan: Pertama sekali, saya mengalu-alukan soalan yang baik dan kesungguhan pihak tuan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga yang dibina. Persoalan ini bukan saja dapat membuka mata ramai lagi rakyat Malaysia berhubung hal nusyuz dan bentuk tindakan yang patut diambil, malah kita dapat melihat sejauh mana undang-undang Syariah berfungsi dalam memberikan keadilan dan menjaga keharmonian sesebuah institusi keluarga. Hakikatnya, nafkah adalah antara tanggungjawab yang wajib ditunaikan kepada isteri oleh suami sama ada ia berbentuk wang ringgit, tempat tinggal, makanan dan seumpamanya yang dianggap sebagai keperluan bagi isteri. Tanggungjawab membayar nafkah diberikan selepas akad yang sah dan berlakunya persetubuhan antara suami dan isteri dipastikan melalui keperluan dan kemampuan pihak terbabit.

Hal ini turut dijamin di dalam undang-undang sekiranya tuntutan dibuat, mahkamah boleh menguatkuasakan perintah nafkah ke atas suami yang cuai untuk membayar nafkah isteri. Bagaimanapun, ada pengecualian bagi isteri yang nusyuz untuk tidak berhak mendapat nafkah seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 59(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303). Curang atau nusyuz ini turut dijelaskan dalam peruntukan sama yang mana pensabitan isteri yang nusyuz boleh berlaku sekiranya dia cuba menjauhkan diri daripada suaminya, meninggalkan rumah tanpa izin dan membuat perkara yang bertentangan dengan kemahuan suami atau enggan berpindah mengikut suami tanpa alasan munasabah dan boleh diterima syarak. Merujuk masalah tuan, isteri curang boleh dikategorikan dalam nusyuz dari segi perbuatan. Nusyuz boleh berlaku melalui dua cara iaitu melalui perkataan dan perbuatan. Nusyuz melalui percakapan boleh berlaku sekiranya seorang isteri itu menengking atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada suami seperti menghina suami. Nusyuz perbuatan pula berlaku apabila pihak isteri menunjukkan sikap kasar yang keterlaluan dan tidak menunjukkan penghormatan kepada pihak suami dan lebih bahaya ialah isteri menjalinkan kelakuan curang dengan lelaki lain. Hal ini secara jelas haram hukumnya. Perlu diketahui juga bahawa sikap curang atau nusyuz ini juga boleh berlaku sama ada di kalangan suami mahupun isteri. Tidak dinafikan, nusyuz boleh berlaku disebabkan sikap isteri, sikap suami atau berpunca dari faktor luaran. Sebaliknya apabila nusyuz terjadi akibat daripada tindakan atau berpunca daripada pihak suami, hak nafkah tidak gugur jika alasan itu dibenarkan syarak atau sebab yang berpunca dari suami. Sebagai contoh, isteri keluar daripada rumah untuk bekerja mencari rezeki yang halal kerana suami tidak memberi nafkah. Begitu pun, hak nafkah isteri berkenaan tidak luput jika dalam keadaan terpaksa dan bertepatan dengan syarak. Sebagai contoh, isteri keluar mencari nafkah yang halal disebabkan suami tidak memberi nafkah atau isteri keluar menuntut ilmu yang wajib atau bertujuan bertanya masalah hukum yang tidak diajar oleh suaminya. Lain pula halnya jika isteri yang keluar bekerja serta sibuk dengan tugasnya sehingga tidak dapat menyempurnakan urusan rumah tangga dan enggan berhenti kerja apabila diminta oleh suaminya untuk berbuat demikian, maka hak nafkah juga tidak harus diberikan. Tindakan yang boleh diambil terhadap isteri nusyuz. Seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 59 Akta 303, isteri yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah dari suaminya sehinggalah isteri kembali menjalankan tanggungjawabnya terhadap suami. Bagaimanapun, mengikut peruntukan undang-undang, proses untuk mensabitkan dan mengesahkan seorang isteri itu nusyuz serta mengenakan tindakan selanjutnya adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan tuan perlu mendapatkan pengesahan ini terlebih dulu. Ini bermakna pihak tuan tidak boleh menuduh isteri nusyuz sehinggalah satu pengisytiharan dibuat di mahkamah. Dalam masalah ini, tuan boleh memberi keterangan dan menyatakan bukti yang menunjukkan isteri nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah yang memang berbidangkuasa untuk mendengar kes nusyuz. Merujuk Arahan Amalan Mahkamah Syariah No 11 tahun 2001 ada menyebutkan mana-mana kes

nusyuz hendaklah didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat secara berasingan. Sehubungan itu, kes nusyuz ini biasanya dijadikan sebagai satu pembelaaan dalam tuntutan perceraian taliq atau fasakh yang menggunakan alasan tidak memberi nafkah. Selain itu, undang-undang juga memperuntukkan bahawa jika seorang isteri disabitkan nusyuz, mahkamah berbidangkuasa untuk memerintahkan isteri agar kembali taat kepada suami. Sekiranya seorang isteri dengan sengaja tidak menurut suatu perintah yang diberikan oleh suaminya yang sah mengikut hukum syarak, seorang isteri boleh didakwa di bawah seksyen 129 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. Bagi tujuan itu, suami bolehlah membuat suatu aduan di mana-mana pejabat agama yang berbidangkuasa untuk suatu siasatan dijalankan dan sekiranya perlu pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah. Menurut peruntukan undang-undang yang ada juga, seorang isteri yang sudah disabitkan oleh mahkamah tidak lagi berhak untuk menuntut tunggakan nafkah termasuk nafkah iddah sekiranya perceraian berlaku. Begitu juga sekiranya pihak isteri membuat tuntutan perceraian taliq atau fasakh dengan alasan suami tidak memberi nafkah, alasan itu tidak lagi relevan untuk diguna pakai. Saya juga ingin memetik kaedah dan penyelesaian berhubung nusyuz ini yang disarankan dalam ayat 34 surah al-Nisa yang mana Islam menyarankan dengan menetapkan beberapa langkah yang tuan boleh ambil bagi menyelesaikan masalah nusyuz isteri iaitu pertama, hendaklah dengan cara menasihatinya iaitu dengan memberi peringatan bahawa perlakuannya bersalahan dengan kehendak Islam. Jika ia tidak memberi kesan, maka tuan boleh mengambil tindakan dengan meninggalkan seketiduran dengan isteri dan langkah seterusnya sekiranya isteri tuan masih tidak berubah adalah dengan mengenakan pukulan ringan kepada isteri. Namun perlu diingatkan bahawa pukulan itu bukanlah bertujuan untuk menyakitkan atau menghukum, tetapi pukulan berbentuk disiplin yang tidak mencederakan isteri seperti yang diajar dalam Islam. Firman Allah di dalam surah al-Nisa ayat 128: Dan jika seorang perempuan bimbang (akan timbul) dari suaminya nusuz (kebencian), atau tidak melayannya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian diantara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya) kerana perdamain itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai berai), sedang sifat bakhil kedekut (tak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman) maka sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. Dari Abu Hurairah, Sabda Rasulullah bermaksud: Kamu menerima amanah terhadap orang perempuan dengan cara yang baik, iaitu berlemah lembut. Sesungguhnya orang perempuan itu berasal dari tulang rusuk. Bahasanya sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah tulang rusuk yang sebelah atas. Jika engkau hendak meluruskan tulang rusuk yang telah bengkok itu bererti engkau hendak mematahkannya. Dan jika engkau biarkan begitu saja, tentulah selama-lamanya tulang itu dalam dalam keadaan bengkok. Maka kamu terimalah amanah terhadap orang perempuan dengan cara yang baik iaitu berlemah lembut. (Muttafaq alaih) Sabda Rasulullah bermaksud: Hendaklah isteri taat kepada perintah suaminya. (Riwayat al-Tibrani)

Sabda Rasulullah bermaksud: Jika aku mampu menyuruh seseorang sujud, akanku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya disebabkan besar tanggungjawabnya. Sabda Rasulullah bermaksud: Tidak boleh seorang isteri keluar rumah kecuali dengan izin suaminya dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya. (Riwayat al-Tibrani) Sabda Rasulullah bermaksud: Mana-mana isteri yang mati dan suaminya redha kepadanya, baginya syurga. (Riwayat al-Tirmizi) Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila seorang suami memanggil isterinya kerana suatu hajat, hendaklah ia datang kepada suaminya sekalipun sedang memasak di dapur.(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasai) Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke hamparan (tempat tidur), lalu isteri enggan. Suami kecewa dengannya, maka Malaikat akan melaknat isteri hingga waktu pagi. (Muttafa alaih) Sabda Rasulullah bermaksud: tidak boleh bagi isteri berpuasa sunat kecuali dengan izin suaminya. Maka jika isteri itu berpuasa juga, maka dia mendapat lapar dan dahaga sahaja dan tiada pahala baginya. Sabda Rasulullah: Tidak boleh taat kepada seseorang pada perkara-perkara maksiat kepada Allah. Sesungguhnya taat itu adalah pada perkara kebajikan sahaja. (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Nasai). Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor SEKSYEN 66. (1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri menjadi nusyuz. (2) Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti di atas perkahwinan semula isteri itu. Ringkasan:Terhentinya sesuatu pembayaran nafkah/pemberian jika tamat tempoh edah, menjadi nusyuz atau berkahwin lain. Daripada : Tuan Lokman Hakim Bin Tuan Kamaludin NUSYUZ DARIPADA PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG SYARIAH 1. Nusyuz tiada ditafsirkan di bawah EUUKIJ 1990 atau 2003. 2. Ianya perkara yang abstrak. Tidak banyak diketengahkan oleh suami. 3. Tidak banyak kes nusyuz diterima (rujukan kepada tulisan Prof Ahmad Ibrahim) Piah v Che Lah (1983)3 JH 220: Defendan menggunakan pembelaan nusyuz terhadap plaintif, bahawa plaintif telah lari meninggalkan rumah dengan tanpa izinnya dan tiada sebab munasabah. Tuntutan asal plaintif nafkah eddah ditolak. Jaliah v Abu Bakar (1987)7 JH 72; dalam tuntutan eddah, hakim yakin isteri tidak nusyuz dan dapat nafkah eddah. Di Kedah, Salma v Mat Akhir; dakwaan nusyuz tidak diterima oleh mahkamah (pembelaan defendan). 4. Perintah nusyuz hanya menggugurkan hak nafkah harian bagi isteri. Dan nafkah

eddah bagi isteri yang diceraikan. Tidak kepada perkara-perkara lain (mutaah, nafkah kebelakangan yang tidak termasuk di dalam kuatkuasa perintah, tunggakan nafkah anak dan sebagainya) 5. Kebanyakan kes berlaku adalah perintah nusyuz setelah berlaku perceraian dan wujudnya kes tuntutan berbangkit. Kedapatan juga kes yang mahkamah kaitkan perintah nusyuz dengan hak mutaah. Rujukan terhadap kes Tengku Anum Zahrah v Dato Dr. Hussein (1980)3 JH 125; Mahkamah mendapati Defendan gagal mengmukakan apa-apa perintah berkaitan plaintif pernah diisytiharkan nusyuz. Begitu juga di dalam kes Abdullah v Sharifah Munira (1971)2 JH 108; suami gagal membuktikan perkara nusyuz dan engkar isteri di dalam tuntutan mutaah. 6. Perbezaan antara NUSYUZ, TIDAK TAAT (contohnya didalam taklik nikah) dan DERHAKA (Surah al-Nisa ayat 34). 7. Mahkamah: Ianya 3 istilah yang berbeza. Istilah adalah perkara yang diambilberat. 8. Hanya terdapat tiga seksyen yang merujuk kepada nusyuz:8.1. Kaitan nusyuz dan nafkah yang wajib diberikan oleh suami. 60. (2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; (b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. (c) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz. Ringkasan:8.1.1. Ungkapan antara lain adalah bermaksud sebagai contoh keadaan yang dimaksudkan adalah. 8.1.2. Hanya Mahkamah sahaja berkuasa menentukan seseorang isteri dapat atau tidak hak nafkahnya, samada nusyuz atau tidak. 8.1.3. Suami tidak boleh mengisytiharkannya sendiri. Perlu dirujuk ke Mahkamah contohnya dalam permohonan kembali taat. 8.2. Hak wanita bercerai terhadap nafkah. 66. (1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri menjadi nusyuz. Ringkasan:8.2.2. Temppoh masa wanita menerima nafkah daripada suami terdahulu. 7.3. Panalti keengganan seseorang isteri. 130. Seseorang perempuan yang bersengaja tidak menurut sesuatu perintah yang diberi oleh suaminya yang sah mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya, denda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Ringkasan:8.3.1. Keengganan isteri mematuhi perintah suami boleh dikenakan hukuman yang dinyatakan. 9. (Kebanyakan) Suami tidak berminat merujuk masalah isteri nusyuz ke Pejabat Agama atau Mahkamah. 10. Arahan Amalan JKSM/Ketua Hakim terhadap kes nusyuz:Arahan bil. 11 Tahun 2001 (2/2/2001) ..... arahan berhubung kes nusyuz. Kes ini hendaklah didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat secara berasingan. Mana-mana kes nusyuz yang telah diputuskan sebelum daripada permohonan cerai, tidak boleh dibuka semula dalam kes permohonan cerai tersebut............ Arahan bil. 1 Tahun 2000 (18/12/2000) 058 - Tuntutan Sabitan Nusyuz *(Digunapakai di semua negeri) Arahan amalan ini bermaksud tuntutan pengesahan nusyuz tidak boleh difailkan bersendirian kecuali mempunyai kes induk. (Contohnya; perceraian seksyen47) Biasanya: Ada suami yang memfailkan permohonan kembali taat. Terdapat pilihan jika isteri gagal mentaati suami, diisytihar dan diperintah sebagai nusyuz. (Keperluan permohonan kembali taat dinyatakan dibawah)

11. Dalihan nusyuz biasa digunakan oleh suami di dalam kes pembelaan (Statement of defence). Namun ramai yang gagal membuktikannya, tiada bukti dan tiada saksi menyokong dakwaannya. 12. Dalam hal ini, amalan Mahkamah turut menerima laporan polis selain daripada aduan di Pejabat Agama. 13. Tiada bukti yang dikemukakan dalam dakwaan, kerana tiada apa-apa aduan atau laporan yang dibuat. 14. Terdapat banyak sebab isteri nusyuz. Sebab yang biasa ditimbulkan: Wujud pihak ketiga, tiada persefahaman hingagkan mereka ingkar kepada arahan suami, lari tinggalkan rumah suami dan sebagainya.

NAFKAH ISTERI DALAM UUKI 2003 ISTILAH KEWANGAN:a. Istilah-istilah yang disebutkan di dalam UUKI 03, Ada perbezaan:"nafkah" ertinya perbelanjaan yang wajib mengenai makanan, pakaian dan tempat tinggal bagi isteri, anak-anak janda dan orang-orang lain di bawah tanggungan seorang suami atau bekas suami mengikut Hukum Syarak; "pemberian" ertinya pemberian sama ada dalam bentuk wang atau benda-benda yang diberikan oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan; (sama UUKIJ 1990) 'Harta sepencarian" ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan

berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak; "mas kahwin" ertinya pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang; "mut'ah" ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan; Bahagian VI UUKIJ 2003 : Nafkah Isteri, Anak Dan Lain-Lain SEKSYEN 60 (1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya. (2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; (b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. (3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz. Ringkasan:Bersandarkan Hukum Syarak, Mahkamah boleh keluar perintah tetap berkaitan nafkah. Pertimbangan penetapan kadar adalah kepada kaedah: keperluan dan kemampuan. seseorang lelaki adalah bekas suami membayar nafkah adalah nafkah diri yang disebutkan didalam tafsiran di atas. Seksyen ini menjelaskan isteri boleh menuntut di mahkamah untuk mendapatkan nafkah dirinya. Tuntutan dibuat samada masih dalam perkahwinan mahupun telah bercerai. Tuntutan dalam perkahwinan boleh berlaku:- jika suami menyediakan nafkah yang tidak mencukupi, culas, gagal dan/atau enggan. Tuntutan boleh dibuat sekalipun masih bersuami isteri. Pengecualian jika berlaku nusyuz oleh isteri. SEKSYEN 61. Mahkamah boleh memerintah mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syarak supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tak upaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian. Ringkasan:Seksyen 61 ada kaitan dengan seks.60. Mahkamah berkuasa membenarkan suatu perintah penyaraan pihak lain, sekalipun ianya hanya ada hubungan darah. Bagi maksud seksyen ini, permohonan perlu dibuat dengan menama/menyatakan pihak yang berkemampuan untuk menyara nafkah. SEKSYEN 62. Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu,

dengan mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat. Ringkasan:Pertimbangan dalam menentukan jumlah sesuatu nafkah adalah mempertimbangkan kemampuan dan keperluan. SEKSYEN 63. Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu. Ringkasan:Cara-cara yang boleh dibenarkan untuk mememrintahkan sesuatu nafkah. SEKSYEN 64. Sesuatu perjanjian untuk membayar, dengan wang atau harta lain, wang pokok bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuatkuasa sehingga ia telah diluluskan, dengan atau tanpa syarat-syarat oleh Mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu pembelaan yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah. Ringkasan:Cagaran yang boleh dibuat bagi jaminan nafkah akan datang. Ianya perlu diluluskan oleh mahkamah, samada bersyarat mahupun tidak. Jika tidak ianya masih boleh dipertikaikan dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah. Samada ianya dalam bentuk perjanjian/persetujuan bersama. SEKSYEN 65. Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau telah dibatalkan, dan tertakluk kepada seksyen 66, sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang yang kena membayar nafkah itu atau apabila mati orang yang berhak menerima nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, mengikut mana yang lebih awal. Ringkasan:Tempoh dan keadaan jika berlaku kematian antara pihak terhadap perintah nafkah. Bagi mengelakkan masalah, perlu dirujuk ke mahkamah dengan menyatakan perakuan kematian pihak tersebut. SEKSYEN 66. (1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri menjadi nusyuz. (2) Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti di atas perkahwinan semula isteri itu. Ringkasan:Terhentinya sesuatu pembayaran nafkah/pemberian jika tamat tempoh edah, menjadi nusyuz atau berkahwin SEKSYEN 67 Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh pada bilabila masa membatalkan, sesuatu perintah nafkah yang masih berkuatkuasa, sama ada bercagar atau tak bercagar, atas permohonan orang yang berhak menerima atau yang kena membayar nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, jika Mahkamah berpuas hati, bahawa perintah

itu telah diasaskan atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan. Ringkasan:Kuasa mahkamah bagi mengubah/membatalkan perintah yang masih berjalan. Nafkah umum (anak, isteri atau orang lain) Bila-bila masa sahaja. Boleh dipohon oleh kedua-dua pihka (pembayar atau penerima) Didengari di mahkamah yang sama. Tidak perlu kepada rayuan/semakan. Hakim yang sama boleh dengar. Alasan yang diterima adalah: asas perintah di atas salah pernyataan, kesilapan fakta atau berlaku perubahan matan. Contohnya: perubahan belanja sekolah anak. SEKSYEN 68. Tertakluk kepada seksyen 64, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami atau isteri, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuas hati bahawa sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu. Ringkasan:BOLEH: Ianya bukan wajib Kuasa mengubah syarat perjanjian nafkah ada perubahan matan. Mahkamah yang sama. Permohonan bertulis dan kes baru. SEKSYEN 69. Nafkah yang kena dibayar kepada seseorang di bawah sesuatu perintah Mahkamah tidak boleh diserah hak atau dipindahmilik atau kena ditahan, diasingkan atau dikenakan levi untuk, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan. Ringkasan:Syarat nafkah yang telah diperintahkan tidak boleh di: diserah hak, dipindahmilik, ditahan, diasingkan, dilevi untuk apa-apa hutang atau tuntutan. Jumlah yang diputuskan atua harta yang dijadikan nafkah tidak boleh terikat dengan perkara di atas. Pihak kena bayar perlu mencari alternatif lain, jika ianya berlaku. SEKSYEN 70 (1) Tunggakan nafkah yang tak bercagar, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebangkrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pusakanya. (2) Tunggakan nafkah yang tak bercagar yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu. Ringkasan:Bagaimana dikira ada atau tidak tunggakan nafkah? Adakah perlu ada perintah dahulu, baru diterima sebagai hutang/tunggakan? Wakil diri; seperti LA/ pemegang amanah. SEKSYEN 71. (1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan untuk membayar nafkah, Mahkamah boleh membuat suatu perintah terhadap suami bagi membayar nafkah sementara yang akan berkuatkuasa dengan serta merta dan terus berkuatkuasa sehingga perintah Mahkamah

dibuat atas permohonan untuk nafkah. (2) Suami boleh menyelaraskan nafkah sementara yang dibayar dengan amaun yang diperintahkan supaya dibayar untuk nafkah di bawah perintah Mahkamah, dengan syarat bahawa amaun yang diterima oleh isteri, setelah ditolak apa-apa potongan, adalah cukup untuk keperluan asasnya. Ringkasan:Kuasa memerintahkan nafkah sementara tidak boleh bertangguh. Dalam pendengaran yang sama terus buat perintah sementara. Perintah sementara/interim order adalah kuasa Mahkamah Tinggi, namun di Syariah, Mahkamah Rendah turut dengar. SEKSYEN 61. Mahkamah boleh memerintah mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syarak supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tak upaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian. Ringkasan:Seksyen 61 ada kaitan dengan seks.60. Mahkamah berkuasa membenarkan suatu perintah penyaraan pihak lain, sekalipun ianya hanya ada hubungan darah. Bagi maksud seksyen ini, permohonan perlu dibuat dengan menama/menyatakan pihak yang berkemampuan untuk menyara nafkah. SEKSYEN 62. Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat. Ringkasan:Pertimbangan dalam menentukan jumlah sesuatu nafkah adalah mempertimbangkan kemampuan dan keperluan. SEKSYEN 63. Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu. Ringkasan:Cara-cara yang boleh dibenarkan untuk mememrintahkan sesuatu nafkah. SEKSYEN 64. Sesuatu perjanjian untuk membayar, dengan wang atau harta lain, wang pokok bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuatkuasa sehingga ia telah diluluskan, dengan atau tanpa syarat-syarat oleh Mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu pembelaan yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah. Ringkasan:Cagaran yang boleh dibuat bagi jaminan nafkah akan datang. Ianya perlu diluluskan oleh mahkamah, samada bersyarat mahupun tidak. Jika tidak ianya masih boleh dipertikaikan dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah. Samada ianya dalam bentuk perjanjian/persetujuan bersama.

SEKSYEN 65. Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau telah dibatalkan, dan tertakluk kepada seksyen 66, sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang yang kena membayar nafkah itu atau apabila mati orang yang berhak menerima nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, mengikut mana yang lebih awal. Ringkasan:Tempoh dan keadaan jika berlaku kematian antara pihak terhadap perintah nafkah. Bagi mengelakkan masalah, perlu dirujuk ke mahkamah dengan menyatakan perakuan kematian pihak tersebut. SEKSYEN 66. (1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri menjadi nusyuz. (2) Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti di atas perkahwinan semula isteri itu. Ringkasan:Terhentinya sesuatu pembayaran nafkah/pemberian jika tamat tempoh edah, menjadi nusyuz atau berkahwin SEKSYEN 72. (1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri. (2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) akan terhenti(a) jika tempoh iddah telah tamat; (b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat; jika perempuan itu telah berkahwin semula; atau (d) jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka (fahisyah), dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya. Ringkasan:Syarat bagi nafkah tempat tinggal, dalam eddah dan syarat-syaratnya. Mahkamah: perlu diminta baru boleh dibuat ketetapan. Jika tidak ianya tidak akan disentuh dalam bicara.

Salam... bagaimana pula keadaan nya di mana si isteri nusyuz dan si suami nya pula agak kurang ilmu tentang perkara2 sebegini....si suami hanya membiarkan si isteri bertindak keluar rumah dan pulang ke rumah apa bila dirasakan hati nya sudah tenang.Si suami sudah tidak mampu menasihati isteri nya lagi kerana si isteri lebih tinggi suaranya berbanding suami. Dipisahkan tempat tidur juga telah dilakukan oleh si siami tetapi nampaknya masih tidak memberi kesan. Bagaimana suami dr golongan ini mampu mengawal dan menasihatkan isteri nya supaya kembali taat. Pasangan ini juga telah menghadiri kaunseling di Pej.Agama tetapi hingga kini tiada jalan peyelesaian...Bagaimana cara nya lagi untuk menyedarkan si isteri

salam, apakah isteri dikira nusyuz sekira si isteri keluar dari rumah apabila mendapati suaminya seorang kaki hutang dan rumahnya sering diganggu dan diugut oleh 'along'

...atas dasar keselamatan nyawa dan anak, si isteri nekad utk keluar dari rumah dan tidak sanggup lagi tinggal dirumah itu... Hukuman nusyuz. Hukuman nusyuz telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana firmanNya yang bermaksud: Wanita-wanita yang kalian khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka mentaati kalian, janganlah kalian mencari-cari alasan untuk menghukum mereka [TMQ anNisa(4):34) Jadi bentuk hukuman tersebut (dan mesti dilakukan menurut urutan) adalah: 1. menasihatinya dan memberi peringatan kepadanya. 2. mengasingkan tempat tidur. 3. memukulnya dengan pukulan yang tidak membekas. Semua hukuman tersebut ditetapkan sebagai cara agar seorang isteri mentaati suaminya. Jadi, apabila isteri melakukan nusyuz, maka penyelesaiannya mestilah mengikut hukuman di atas. Di samping itu, satu hal yang semestinya diperhatikan adalah bahawa kehidupan suami isteri harus merupakan bentuk kehidupan berkeluarga yang penuh dengan kasih sayang dan rahmat (mawwadah wa rahmah ). Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku. [HR Muslim]

Anda mungkin juga menyukai