Anda di halaman 1dari 13

ADAT PEMAKAIAN INAI DALAM MASYARAKAT MELAYU: 1 ANALISIS FIQH

PENGENALAN TAJUK

Sebelum melangkah lebih jauh, eloklah penulis memperkenalkan tajuk terlebih dahulu. Adat

pemakaian inai iaitu, budaya penggunaan inai di kalangan masyarakat melayu, satu penyiasatan fiqh.

LATAR BELAKANG KAJIAN.

Seperti kita tahu, pemakaian inai sudah berakar umbi dalam masyarakat melayu sejak berkurun lalu.

Kini timbul pula pemakaian inai dengan cara ukiran pada tangan bercorak-corak.

Islam pada suatu ketika dahulu ketika memasuki tanah melayu tidak mengharamkan pemakaian inai

pada hujung jari dan kuku. Namun, bagaimanakah pula justifikasi inai yang diukir-ukir pada tangan?

KEPENTINGAN

Menafikan pandangan-pandangan negatif bahawa masyarakat melayu tidak mempunyai identity

tersendiri, malah inai hanya diadaptasi dari budaya india.

Memastikan pandangan fiqh tentang pemakaian inai ini, kerana dianggap meniru adat masyarakat

india.

Menghebahkan kepada masyarakat tentang fungsi sebenarnya pemakaian inai ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Penulis berhasrat mendalami budaya yang di amalkan oleh masyarakat sendiri, terutama sekali

apabila dikaitkan dengan isu hinduisme. Khuatir terhadap tujuan pemakaian inai oleh masyarakat

melayu yang amnya menganut agama Islam

Mengkaji konsep pemakaian inai di kalangan masyarakat melayu dan india.

Mengkaji aspek2 persamaan berhubung pemakaian inai di kalangan masyarakat india dan melayu.
Mengkaji aspek2 perbezaan berhubung pemakaian inai di kalangan masyarakat india dan melayu.

Mengkaji sejauh mana proses asimilasi dan sinkritisme hinduisme yang diterapkan dari pemakaian

inai am nya di kalangan masyarakat melayu.

SKOP KAJIAN

Membahaskan penggunaan inai yang masih mewarnai masyarakat melayu dan india kini.

Membahaskan titik persamaan dan perbezaan pemakaian, sudut pandangan, tujuan pemakaian.

Membahaskan justifikasi islam terhadap pemakaian inai.

Mengehadkan kawasan kajian khususnya kajian perpustakaan.

Kawasan sekeliling, temubual pensyarah-pensyarah Universiti Malaya. Pendapat rakan-rakan dan

keluarga tentang pemakaian inai.

METODOLOGI KAJIAN

Antara metod-metod yang digunakan

1. Kaedah pengumpulan data.

Kaedah ini dilakukan dengan mengumpul semua data yang diperolehi dan di muatkan di

dalam proposal ini. Antara kaedah yang dilakukan dalam proses pengumpulan data:

1.1 kajian perpustakaan

kaedah ini sebagai tulang belakang penulisan proposal ini. Penulis menggunakan kaedah ini

hamper 90% dalam pembikinan. Perpustakaan yang terlibat termasuklah perpustakaan za’ba

university Malaya dan perpustakaan utama uniersiti Malaya. Penulis juga melayari internet

bagi mendapatkan data terkini.

1.2 kajian lapangan


penulis turut melawat lapangan tapak penjualan semasa pesta APK(asas pembudayaan dan

keusahawanan). Di sana banyak terlihat kedai –kedai yang menawarkan perkhidmatan

melakar inai di tangan oleh pekerja wanita hindu.

2. Kaedah analisi data

Data-data yang diperolehi akan di kenalpasti dan di susun mengikut metod-metod tertentu

seperti metod deduktif, metod komparatif,metod induktif.

SOROTAN LITERATUR

Oleh kerana belum berjumpa dengan buku yang bertajuk khusus membincangkan hal inai dan fatwa

fuqaha’ tentang masalah ini, penulis telah mencari dalam buku-buku sejarah melayu dan india, adat

perkahwinan. Namun begitu terhad, perihal inai ini hanya dibincangkan dalam hal-hal perkahwinan.

Penulis juga mengunakan teks-teks latihan ilmiah oleh pelajar-pelajar sebelum ini dari Akademi

Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Islam.

1. Wan abdul kadir(2000) tradisi dan perubahan norma dan nilai di kalangan orang-

orang Melayu. Kuala Lumpur

Penulis ini banyak memperlihatkan adat-adat tradisi melayu, ekoran tinggi norma dan nilainya,

masyarakat melayu yang beretika dan bermoral. Turut membicarakan pengaruh hindu-budha

yang dikatakan banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat melayu.

a. Chitralekha singh (1999)Hindu Manners, Customs And Ceremonies. New

Delhi: Crest Publishing House

Penulis ini menjelaskan adat-adat hindu terutamanya tentang pemakaian inai yang

diwarisi sejak dahulu lagi. Turut menekankan bahawa pemakaian inai oleh

masyarakat india mempunyai falsafah-falsafah tersendiri.


2. Abdul Samad Ahmad (2005) Warisan Perubatan Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Penulis membawa kita kembali kepada zaman dahulu, manusia yang hidup zaman

primitf yang hanya mengenal tumbuh-tumbuhan. Manusia sangat bergantung harap

pada tumbuhan. Bukan hanya sebagai sumber makanan, malah menjadi kegunaan

tertentu contohnya sebagai herba ubat-ubatan kampung.

3. Agus Hakim (1990) Perbandingan Agama, Pandangan Islam Mengenai Kepercayaan:

Majusi-Shabiah-Yahudi-Kristien-Hindu-Buddha & Sikh.

Pandangan dan justifikasi islam mengenai kepercayaan dan pegangan agama dunia

terutamanya hindu.

4. Nur Fazilah Abdul Rahman (1992) Adat Resam Perkahwinan Orang Melayu Melaka

(tumpuan kepada upacara awal dan malam berinai) (latihan ilmiah, jabatan

pengajian melayu, Universiti Malaya)

Penulis membicarakan tentang adat resam melayu pada malam perkahwinan,

malam berinai, namun terhad kepada masyarakat melayu di Melaka.

5. Soraya Binti Mohamad Arsad@Abdul Hamid (2009) Pemakaian Inai Dalam

Masyarakat Melayu Dan India: Kajian Perbandingan Menurut Perspektif Islam.

(latihan ilmiah, jabatan pengajian usuluddin akademi pengajian islam um.)

Penulis mengetengahkan isu perbezaan dan persamaan pemakaian inai oleh

masyarakat melayu dan india. Turut menerangkan tentang falsafah-falsafah

pemakaian inai oleh masyarakat masing-masing. Malah membincangkan hukum-

hukum terhadap pemakaian inai.


SISTEMATIKA PENULISAN 

Pada permulaan, penulis menerangkan maksud tajuk terlebih dahulu. Seterusnya

penulis membicarakan tentang kes kajian, kemudian masuk kepada tajuk latar

belakang kes, apa yang membuatkan penulis mahu mengkaji kes ini. Tajuk lain ialah

kepentingan kajian ini. Kemudian, objektif kajian kes ini menerangkan tentang

pandangan masyarakat melayu dan hindu tentang pemakaian inai. Skop kajian,

metodologi penulisan sorotan literatur.

Pada tajuk seterusnya, pengenalan inai dari perspektif masyarakat india. Lanjutan

dari itu, pengenalan inai yang wujud dalam masyarakat melayu. Lantas analisi

persamaan falsafah dan fungsi kedua-dua masyarakat terhadap pemakaian inai. Dan

akhirnya, analisi fiqh terhadap pemakaian inai.

SEJARAH INAI DARI SUDUT PANDANGAN INDIA

Sebagaimana yang kita tahu, pemakaian inai berasal dari masyarakat india. Pendapat yang paling

terkenal mengatakan orang-orang Mughal merupakan pihak yang bertanggungjawab membawa dan

memperkenalkan inai ke india suatu masa dahulu.

DEFINISI INAI

Inai dalam bahasa tamil digelar maruthani. Dikalangan masyarakat india pula memanggilnya

mehendi atau henna yang bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku dan jari. 1

FALSAFAH PEMAKAIAN INAI OLEH MASYARAKAT INDIA

a) Simbol kasih saying dan tradisi

b) Symbol keberanian

c) Symbol kecantikan dan keindahan.

1
http://dsayangwedding.multiply.com/journal, 18 Mac 2009
INAI DIPAKAI PADA:

1. PERKAHWINAN

2. PERAYAAN

3. HIASAN DAN KOSMETIK

4. PERUBATAN

INAI DARI PERSEPSI MASYARAKAT MELAYU

DEFINSI INAI.

Sejenis tumbuhan renek yang mempunyai bunga bewarna pucat. Daunnya yang telah matang

bewarna hijau gelap dengan bintik-bintik kehitaman. Bintik ini menentukan warna merah yang

dipakai pada jari.2

PEMAKAIAN INAI SEBAGAI UBAT

Masyarakat melayu juga menggunakan inai sebagai penyembuh. Pada zaman dahulu yang sukar

mendapatkan ubat pada harga kemampuan. Antara penyakit yang dipercayai mampu disembuhkan

dengan penggunaan inai:

1. Luka di jari dan kuku

Tumbuk inai dan di bubuh keliling jari dan kuku.

2. Sakit perut

Minum air rebusan campuran inai segar dan inai kering yang dicincang

3. Botak

Inai campur dengan bahan warna dari tumbuhan dan indigo 3

4. Kelemumur

2
Muhammad B Zakaria dan Mustafa Ali Mohd (1994), traditional Malay Medical Plants, Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd h.110.
3
Adirukmi Nor Saleh (1989), Tumbuh-Tumbuhan Yang Member Erti Penting Dalam Budaya Melayu, Koleksi
Persidangan, Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu (15-20 Ogos 1989) Vol.6, Paper 71, H.32
Merendam segengam daun inai tua yang masih belum gugur dalam satu sudu air teh panas

selama sepuluh minit. Kemudian semua bahan di giling lumat dan dilumurkan. Kepala

dibungkus sejam sebelum dibersihkan. 4

5. Melembutkan rambut

inai dikisar dan dipanaskan sebentar, lalu dilumurkan pada rambut. Rambut akan kelihatan

lebih berseri5

FUNGSI INAI

1. Adat dalam upacara perkahwinan.

Inai akan dipakaikan pada pengantin pada malam berinai pada kuku jari tangan dan kuku jari

kaki.

2. Sebagai bahan kosmetik

Inai bukan sahaja dipakai kerawa merah warnanya, inai juga berbau harum. Turut digunakan

untuk mewarnakan rambut, menghaluskan kulit, menghitamkan rambut dan pelbagai fungsi

kosmetik yang lain.6

3. Perubatan

Kegunaan utamanya ialah sebagai ejen penyejuk. Masyarakat melayu mempercayai inai

mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti menyembuhkan kudis, luka

disekeliling kuku. Inai juga turut digunakan untuk menyembuhkan perut, menyembuhkan

luka-luka semasa berkhatan, bisul, penyakit-penyakit kulit, sengal-sengal tulang, merawat

kebotakan dan lain-lain lagi. Bagi wanita, inai mampu menangani masalah haid yang tidak

terkawal, membantu ibu-ibu baru melahirkan kembali cergas.

4
Norazit selat(2002), petua kecantikan dalam perubatan melayu, koleksi persidangan, seminar dan pameran
perubatan melayu (23-24 ogos 2002: kuala lumpur) paper13 (10p), h.3
5
Muhammad najib al-syibli (1996), pemakanan yang baik pengubatan dan tips kesihatan untuk keluarga
mukmin, kuala lumpur: jasmine enterprise, h.161
6
Adirukmi Nor Saleh (1989), Tumbuh-Tumbuhan Yang Member Erti Penting Dalam Budaya Melayu, Koleksi
Persidangan, Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu (15-20 Ogos 1989) Vol.6, Paper 71, H.32
ANALISI PEMAKAIAN BERDASARKAN FIQH

Menurut al-Qurtubi: 7

1. Perhiasan semulajadi iaitu muka.

2. Perhiasan yang diusahakan dari segi pemakaian dan perhiasan.

Islam tidak melarang Inai yang dipakai oleh masyarakat melayu sejak dahulu lagi, malah falsafah-

falsafah inai juga tidak bercanggahan dengan syara’. Kebanyakkan falsafah-falsafahnya berkenaan

dengan sifat manusia yang mahmudah iaitu berani, lambing kasih saying, persaudaraan.

Namun, islam melarang seandainya pemakaian inai bersangkut paut dengan unsur-unsur

menduakan yang esa. Iaitu mengingkari keesaanya. 8

         
 

6. Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan[1523] kepada

beberapa laki-laki di antara jin, Maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. 9

[1523] ada di antara orang-orang Arab bila mereka melintasi tempat yang sunyi, Maka mereka minta

perlindungan kepada jin yang mereka anggap Kuasa di tempat itu.

Surah al-Jin: 6

           


   

7
Dipetik dari Abdullah b. jarullah (1990), mohd zan karim, muslimah inilah cara hidupku, penerbitan syarikat
nurulhas, h.25
8
Yayasan dakwah islam Malaysia (2003), ensiklopedia islam untuk pelajar, era visi publication sdn. Bhd jil.5
cet.1, h122
9
Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan.
60. Bukankah Aku Telah memerintahkan kepadamu Hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan?

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",10

Surah Yasin :60

Sepatutnya seorang muslim itu beriman dengan kekuasaan Allah terhadap qada’ qadar. 11 Bahawa

hanya Allah berkuasa mendatangkan yang baik dan yang buruk terhadap kita sebagai hambanya.

PEMAKAIAN INAI ALA TATU

Pada mulanya pemakaian inai adalah harus. Malah fatwa dari JAKIM juga mengharuskan pemakaian

inai yang bercorakkan ukiran bunga12

Namun sekiranya corak ukiran berbentuk yang menghina agama islam seperti ukiran salib, lambing

ajaran sesat, gambaran haiwan dan pelbagai lagi yang tidak menyerupai ajaran islam adalah dilarang.

Malah pemakaian inai yang kekal juga dilarang.

Pemakaian inai juga dikaitkan dengan tabaruj yang di larang dalam islam. Inai yang berwarna merah

terang akan menarik perhatian lelaki untuk memandang wanita tersebut lantas timbul fitnah.

         
          
       

32. Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang Telah dikeluarkan-Nya untuk

hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu

(disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari

kiamat[536]." Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang Mengetahui.

10
al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan.
11
Dr. abdul karim zaidan (2003) qada’ dan qadar kesannya terhadap perilaku manusia, kuala lumpur: pustaka
salam sdn bhd h.21
12
http://bahies.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf.
[536] Maksudnya: perhiasan-perhiasan dari Allah dan makanan yang baik itu dapat dinikmati di dunia Ini oleh

orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tidak beriman, sedang di akhirat nanti adalah semata-mata

untuk orang-orang yang beriman saja. Surah al arf ayt32

Seharusnya tidaklah keterlaluan dan bertujuan menunjuk2 13

Malah islam juga mengariskan alasan bertaqlid tentang pemakaian inai ini.

Taqlid dari maksud fiqh ialah yang dibelenggukan leher, menurut istilah beramal dan mengikut

pendapat orang lain tanpa mengetahui dasar pengambilan 14

Imam ghazali merujuk taqlid ialah menerima sesuatu tanpa mengetahui alasanya 15

          
     

43. Dan kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka;

Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan[828] jika kamu tidak mengetahui,

[828] Yakni: orang-orang yang mempunyai pengetahuan tentang nabi dan kitab-kitab.

KESIMPULAN

13
Syekh Muhammad yusuf al-qardawi (1978), muammal hamidy(terj) halal dan haram dalam pandangan islam
jil.1, cet.3, Jakarta: PT bina ilmu Surabaya, h149
14
Hasan b. Ahmad (1959), perbahasan taqlid, pulau pinang h12
15
Al-Ghazali, Al-mustafa, abbasiyah: maktabah al-fanniyah al-muttahidah h576
Pemakaian inai tidak dilarang dalam Islam. Walaupun pada mulanya dikhuatiri akan dianggap meniru

kaum Hindu, namun, masyarakat Melayu mempunyai tujuan dan falsafah tersendiri terhadap

pemakaian inai ini.

Malah kedua-dua masyarakat turut mempunyai pandangan yang berbeza terhadap fungsi dan

falsafah pemakaian inai.

Masyarakat melayu juga perlu sedar walaupun inai yang berukir ditangan dibenarkan, tetap tidak

boleh mengukir gambar-gambar yang bertentangan dengan agama.

BIBILOGRAFI
1. Wan abdul kadir(2000) tradisi dan perubahan norma dan nilai di kalangan orang-

orang Melayu. Kuala Lumpur

2. Chitralekha singh (1999)Hindu Manners, Customs And Ceremonies. New Delhi: Crest

Publishing House

3. Abdul Samad Ahmad (2005) Warisan Perubatan Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka

4. Agus Hakim (1990) Perbandingan Agama, Pandangan Islam Mengenai Kepercayaan:

Majusi-Shabiah-Yahudi-Kristien-Hindu-Buddha & Sikh.

5. Soraya Binti Mohamad Arsad@Abdul Hamid (2009) Pemakaian Inai Dalam

Masyarakat Melayu Dan India: Kajian Perbandingan Menurut Perspektif Islam.

(latihan ilmiah, jabatan pengajian usuluddin akademi pengajian islam um.)

6. Nur Fazilah Abdul Rahman (1992) Adat Resam Perkahwinan Orang Melayu Melaka

(tumpuan kepada upacara awal dan malam berinai) (latihan ilmiah, jabatan

pengajian melayu, Universiti Malaya)


Kertas kerja Metodologi Penyelidikan.

Tajuk : ADAT PEMAKAIAN INAI DALAM

MASYARAKAT MELAYU: 1 ANALISIS FIQH

SHARIFAH NURSYAFIQAH BT SAID MD HASSAN.

IEH090099

JABATAN FIQH DAN USUL.

Anda mungkin juga menyukai