Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH & LOGIKA MELAYU

(JXEA 1104)

Tajuk Tugasan:

Falsafah dan pemikiran masyarakat Melayu dalam

Pantun khususnya Pantun Adat, Pantun Kiasan dan

Sindiran, Pantun Nasihat.

Nama: Siti Salmeah Binte Ameer

No. Matrik: JEA 080717

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


2008
Pengenalan

“Ilmu falsafah ialah ilmu yang menyelidiki segala sesuatu dengan mendalam

mengenai ketuhanan, alam semesta dan manusia sehingga dapat menghasilkan

pengetahuan tentang bagaimana hakikatnya sejauh yang dapat dicapai akal manusia

dan bagaimana sikap manusia itu seharusnya setelah mencapai pengetahuan itu”

(Hasbullah Bakry, 1961). Menurut Endang Saifullah (1982) dalam rumusannya, falsafah

adalah hasil daya upaya manusia dengan akal budinya untuk memahami (mendalami

dan menyelami) secara radikal dan integral serta sistematik hakikat sarwa yang ada

iaitu hakikat tuhan, hakikat alam semesta dan hakikat manusia serta sikap manusia

yang termaksud sebagai konsekwensi.

Menurut M.J Langeveld (hal 20) “falsafah dapat diertikan sebagai suatu kesatuan

yang terdiri dari tiga lingkungan masalah iaitu masalah keadaan(metafizika manusia,

alam dan sebagainya), masalah nilai (teori nilai, etika, estetika yang bernilai

berdasarkan agama).

Bertitik tolak daripada daripada pengertian falsafah dapatlah kita meninjau

falsafah dan pemikiran orang Melayu hasil daripada interaksi beberapa tamadun besar

dalam kebudayaan Melayu yang akhirnya menjurus kepada nilai etika dan estetika

berdasarkan agama Islam. Dengan yang demikian di sini akan dianalisa pantun-pantun

Melayu tradisional yang dipilih dari sudut jenis dan maknanya untuk melihat falsafah

dan pemikiran masyarakat Melayu. Analisis dilakukan khusus terhadap Pantun Adat,

Pantun Kiasan dan Pantun Nasihat.

Pantun

Za’ba menjelaskan “Pantun itukah kaedah rangkapan yang tertua dan memang

asal kepunyaan Melayu…kaedah karangan berangkap yang jati terpakai pada orang-

orang Melayu kampong bagi menggambarkan fikiran-fikiran”


2
Dari sudut aksiologinya, menurut Mohd Thani Ahmad, pantun merupakan media

utama untuk melahirkan rasa hati dan keluhan jiwa. Di dalamnya tergambar alam

pemikiran orang-orang Melayu yang mungkin penuh perasaan gembira, suka duka,

hiba, sayu, kecewa, sindiran di samping mencerminkan sikap dan tindakan mereka

dalam menghadapi kehidupan.

Menurut Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan pantun Melayu merupakan hasil

ciptaan masyarakat dan budaya. Walaupun ia dihasilakn oleh individu, persoalan

hakcipta tidak pernah menjadi isu. Pantun bukan milik individu, tetapi milik kolektif

seluruh masyarakat. Lantaran itu segala wawasan dan nasihat yang terkandung

ditujukan kepada semua. Masyarakat dan budaya Melayu telah memainkan peranan

dari segi orientasi nilainya untuk menjadikan manusia Melayu seorang yang beradab,

tertib dan beradat. Tertib, beradab, beradat, sopan, berbahasa adalah di antara ciri atau

sifat dari kehalusan. Kehalusan yang lahir dari tempaan adat Melayu. Dari sudut

pandangan idealisme, manusia yang budiman mengikut konteks Melayu adalah

manusia yang kenal akan dirinya, yang tahu menjaga diri dan yang memiliki kekuatan

diri .

Pelbagai pantun telah dicipta oleh masyarakat Melayu yang menjadi bahan turun

temurun dan disampaikan dari mulut ke mulut. Dalam kumpulan pantun yang ada

menurut buku ‘Kurik Kundi Merah Saga’, ada sebelas jenis pantun iaitu Pantun Kasih

Sayang, Pantun Adat, Pantun Nasihat, Pantun Perantauan, Pantun Kiasan, Pantun

Peribahasa, Pantun Budi, Pantun Agama, Pantun Kepahlawanan, Pantun Perniagaan

dan Pantun Jenaka.

Pantun Adat

Menurut kamus dewan edisi ke empat, adat merupakan peraturan yang sudah

diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala), di dalam sesuatu masyarakat (sehingga


3
merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi). Adat juga merupakan cara yang

sudah menjadi kebiasaan.

Berdasarkan pantun rujukan 11, ia jelas menggambarkan perihal orang Melayu

yang berpeganag kuat pada adat. Oleh demekian adat ini dipelihara, dipatuhi dan

dijaga oleh masyarakat Melayu itu sendiri lantas merupakan satu kebiasaan dalam

kehidupan masyarakat Melayu.

Teguhnya masyarakat Melayu terhadap pegangannya kepada adat, ia tetap

dipelihara walaupun timbul sesuatu perubahan budaya dalam masyarakat tersebut

akibat pengaruh dari anasir-anasir dari luar seperti dalam pantun rujukan 2.

Berdasarkan pantun rujukan 3 ini jelas kita lihat permuafakatan antara ahli

masyarakat Melayu yang sungguh dititikberatkan dan juga menjadi resam masyarakat.

Pantun ini juga memaparkan prinsip gotong royong iaitu kerjasama dan persepakatan

yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional dalam pembentukan kehidupan

yang bersatu padu. Sukacita dapat kita lihat bahawa pegangan ini masih lagi

dipraktikan hingga dewasa kini. Kalau diteliti makna bagi pantun tersebut, kita dapati

adat memainkan peranan yang besar dalam aktiviti – aktiviti sosial.

Pantun Kiasan

Menurut orang Melayu tidak mengamalkan sikap berterus terang apabila

membuat teguran. Ini merupakan cara orang Melayu mendidik anak dan cucu serta ahli

masyarakat. Sering sekali teguran yang disampaikan adalah dengan tidak secara

langsung ataupun diberi kiasan kepada sesuatu perkara atau benda. Ini bermaksud

untuk tidak menyinggung perasaan orang yang ditegur. Perkara ini masih dipraktikan

oleh masyarakat Melayu hingga masa kini. Kiasan, menurut Kamus Dewan Edisi ke

empat merupakan satu sindiran, ibarat atau perumpamaan.

1
Sila lihat lampiran

4
Dalam pantun rujukan 4, ini besar gambarannya tentang pegangan orang

Melayu terhadap agama Islam. Oleh demikian hal-hal yang berkenaan dengan agama

sangat dititik beratkan. Menurut fikiran masyarakat Melayu tentang orang yang

meninggalkan sembahyang merupakan sesuatu yang disesalkan kerana seseorang itu

tetap dianggap sebagai golongan yang rugi kerana meninggalkan yang sembahyang

walaupun dia mempunyai kelulusan yang tinggi.

Kalau kita lihat buah fikiran yang ingin disampaikan oleh pantun rujukan 5, kita

dapati masyarakat Melayu memandang berat tentang penghargaan. Penghargaan

terhadap apa yang mereka ada dalam kehidupan mereka. Pantun ini bertujuan untuk

mengingatkan masyarakat supaya tidak melupakan jasa orang yang berbudi setelah

meraih kejayaan. Melalaui pantun ini, seseorang itu ditegur secara sinis. Ini juga

merupakan satu ingatan kepada mereka supaya beringat-ingat apabila ingin menabur

budi kerana ia akan sia-sia jika berbudi dengan mereka yang tidak menghargai jasa.

Perkara kedua yang ingin diketengahkan dalam pantun tersebut adalah ia

merupakan satu sindiran kepada golongan yang tidak bersyukur atau berterima kasih

terhadap sesuatu rezki yang ada namun mengharapkan sesuatu keuntungan yang lebih

besar walaupun belum tentu akan menjadi genggaman. Natijahnya, masyarakat Melayu

berpegang kepada sifat berterima kasih akan apa yang mereka perolehi dan menjauhi

sifat tamak haloba.

Pantun nasihat

Masyarakat Melayu sering ingat mengingati sesama sendiri melalui makna-

makna di dalam pantun-pantun. Pantun-pantun ini juga merangkumi pandangan hidup.

Berdasarkan pantun rujukan 7, perkara khianat merupakan satu perkara yang amat

dikeji oleh masyarakat Melayu dan melalui pantun ini, perkara yang dikeji dan juga

dilaknati Allah disampaikan dan jika dilakukan khianat nescaya tidak selamat hidupnya
5
di dunia dan di akhirat. Ini juga memaparkan keteguhan pegangan masyarakat Melayu

terhadap agama Islam dan masyarakat Melayu dan kekreatifan dalam menyelitkan

larangan-larangan agama yang harus dipatuhi. Ini juga merupakan pandangan hidup

sebagai seorang Islam sebagai perspektif yang seluas-luasnya.

Sifat merendah diri dan menghormati orang tua merupakan sesuatu amalan

yang dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Melalui pantun rujukan 8, menurut

nasihat dan jangan melawan percakapan ibu bapa, jangan bersikap takbur dan bersifat

rendah diri. Sikap meninggi diri seperti lalang tidak disukai dan perlu dihindari.

Kesimpulan

Melalui pantun tradisional ini dapat kita nilai sifat-sifat serta sikap orang Melayu

yang amat mementingkan nilai budi, menjunjung tinggi hubungan kekeluargaan, hormat

menghormati sesama insan dan hidup penuh muafakat dalam setiap aspek kehidupan.

Ini merupakan falsafah kehidupan Masyarakat Melayu yang masih dipegang hingga

kini.

6
Rujukan

1. Abbas Mohd. Shariff, (2002), Budaya dan Falsafah Orang Melayu, EDN,

Singapura.

2. Awang Sariyan, (2007), Falsafah dan Logika Melayu, Synergymate Sdn.Bhd,

Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur.

3. Dewan Bahasa dan Pustaka, (2005), Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan

Pantun Lisan Melayu, cetakan kedua, Edisi kedua, DBP, Kuala Lumpur.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka, (1990), Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan

Pantun Lisan Melayu, cetakan kedua, DBP, Kuala Lumpur.

5. Hashim bin Musa, (1999), Falsafah dan logika Melayu: Suatu pengenalan,

Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur.

6. Mariam Bt Mahdi, (1996), Pantun: Pencerminan Falsafah dan Pemikiran Melayu,

University Malaya, Kuala Lumpur.

7. Wan Ab. Kadir Wan Yusoff, (1996), Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat,

Akademi Pengajian Melayu, University Malaya, Kuala Lumpur.

8. Worawit Baru@Haji Ahmad Idris, (2004), Pemikiran Melayu, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

7
Lampiran

Rujukan 1: Rujukan 5:

Lebat daun bunga tanjung, Buah langsat kuning mencelah

Berbau harum bunga cempaka; Sensusuk tidak berbunga lagi,

Adat dijaga pusaka dijunjung, Sudah dapat gading berbuah

Baru terpelihara adat pusaka Tanduk tidak berguna lagi

Rujukan 2: Rujukan 6:

Cantik kembang bunga melati, Todak menyerang Singapura,

Tumbuh sebatang di tepi kota Habis dikerat dicincang lumat ;

Hilang tumbuh patah berganti, Bila khianat pada manusia

Adat pusaka terpelihara juga Dunia akhirat tak selamat

Rujukan 3: Rujukan 7:

Hendak belayar ke Teluk Betung Subur tumbuhnya pohon kelapa

Sambil mencuba labuhkan pukat; Buahnya banyak bertali-tali

Bulat air kerana pembetung, Turutlah kata ibu dana bapa

Bulat manusia kerana muafakat Takbur jangan sekali-kali

Rujukan 4: Rujukan 8:

Kemumu di dalam semak, Tengku Muda Raja di Linggi

Jatuh melayang selaranya; Pergi berniaga ke negeri Palembang;

Meski ilmu setinggi tegak Biar ambil resmi padi,

Tidak sembahyang apa gunanya Jangan diikut resmi lalang

8
9

Anda mungkin juga menyukai