Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Orang tua-tua sering mengungkapkan “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Hilang Bahasa


Lenyaplah Bangsa”, “Bahasa Teras Budaya” dan “Budaya Cerminan Bangsa”. Begitulah
suatu pernyataan yang cukup sentimental tentang nilai dan harga diri sesuatu bahasa. Tuhan
telah menjadikan manusia dalam pelbagai bangsa, warna kulit dan bangsa itu dianugerahkan
dengan bahasa masing-masing. Bahasa memudahkan manusia untuk berhubung antara satu
sam lain sekaligus sebagai alat komunikasi untuk manusia menyampaikan sesuatu perkara
atau berita, sesuatu yang bermain diminda dan terbuku di dalam hati.

Masyarakat Melayu amat terkenal dengan penggunaan bahasa berkias dan bertapis
iaitu dengan penggunaan peribahasa dalam berkomunikasi. Secara umumnya, peribahasa
adalah satu ungkapan pendek dan menarik diberikan dengan tujuan untuk, memberikan
pengajaran, sindiran dan sebagainya. Peribahasa adalah satu bentuk kiasan dalam masyarakat
melayu. Peribahasa dilihat berupaya mendukung pelbagai definisi. Walaupan memiliki
banyak takrifan yang berbeza bait-bait ayat yang digunakan untuk membentuk definisi
peribahasa, namun ia mempunyai makna atau maksud yang sama sahaja jika dibaca dan
difahami dengan teliti.

Peribahasa telah wujud sejak sekian lama, sejak zaman berzaman dahulu lagi.
Tambahan pula, peribahasa telah dicipta oleh golongan cendekiawan melayu atau golongan
bijak pandai dalam kalangan masyarakat melayu. Sesungguhnya, tidak semua orang boleh
mencipta peribahasa ini kerana ia perlu menggunakan akal fikiran yang tinggi untuk mencipta
sesuatu peribahasa. Hal ini kerana mereka menggambarkan sesuatu situasi tentang kehidupan
kita dan dirujuk dengan sifat semulajadi. Hubungan rapat antara kehidupan mereka dengan
alam semulajadi telah membuatkan mereka mencipta peribahasa yang menggambarkan
sesuatu situasi dengan sifat alam.

Menurut Ding Cho Ming (2009 h:4), peribahasa mempunyai sifat utama iaitu
metaforanya yang perlu difahami dalam konteks budaya penuturnya. Manakala sifat umum
peribahasa termasuklah bahasanya yang indah dan berima, susunan ayat yang kemas dan
teratur, dan isinya yang padat dan penuh makna tersirat meliputi semua aspek kehidupan
seharian dan juga dunia ghaib, alam haiwan dan botani.
PERIBAHASA MELAYU DAN NILAI-NILAI MURI DALAM HIDUP
BERMASYARAKAT

Dalam era globalisasi ini, sama ada kita sedar ataupun tidak dengan peredaran zaman
dari semasa ke semasa membuatkan kita hanyut dibawa arus deras dunia modenisasi. Tidak
dinafikan bahawa kita berdepan dengan konsep dunia tanpa sempadan yang tidak
memerlukan kebenaran daripada sesiapa pun untuk kita mengambil tahu tentang negara lain.
Lebih-lebih lagi dengan adanya teknologi yang semakin canggih, pelbagai masalah sosial
yang timbul dalam kalangan masyarakat kerana terlalu taksub dengan etika dan peradaban
sesetangah masyarakat barat yang kurang menitikberatkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian amat dituntut dalam Islam.

Jika diperhatikan, terdapat segelintir masyarakat kita yang tidak peduli akan
kepentingan nilai-nilai murni yang sewajarnya ada dalam diri mereka. Sedangkan dengan
menerapkan nilai-nilai murni dalam sesebuah masyarakat mampu membentuk masyarakat
yang berhati mulia dan berbudi pekerti. Pada abad ini, penggunaan peribahasa dalam
komunikasi kian dilupakan dek kerana ancaman daripada bahasa pasar, bahasa inggeris dan
bahasa asing yang lebih menarik minat masyarakat kini. Setiap nilai-nilai murni yang wujud
sudah tentunya mempunyai peribahasa yang boleh dikaitkan bersama. Selain mempunyai
nilai pemikiran yang tinggi, ungkapan peribahasa dalam masyarakat melayu mampu
memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Di dalam peribahasa juga terdapat unsur-
unsur flora dan fauna yang digunakan sebagai gambaran tentang situasi atau perkara yang
berkaitan dengan kehidupan seharian manusia.

Nilai murni boleh diertikan sebagai elemen-elemen yang tulen, suci, bersih dan tidak
mencemarkan selain memberi aura yang baik dan positif serta berkualiti dalam membentuk
pemikiran, tingkah laku, kemasyarakatan atau dalam bidang keagamaan yang membawa
elemen kejujuran dan kebenaran. Perincian nilai-nilai murni memantapkan lagi hubungan
peribahasa dengan masyarakat disamping mendidik sifat-sifat yang postif dalam kehidupan
mereka bahkan membuang jiwa-jiwa negatif dalam diri masyarakat. Tambahan pula, nilai-
nilai murni yang terkandung dalam peribahasa melayu menjadi akar umbi kepada masyarakat
Melayu untuk mengamalkan tingkah laku yang baik bagi memastikan kelangsungan hidup
yang lebih baik (Siti Suhana Mohd Amir, 2019).
Biar rupa tak cantik asalkan beradab dan berakhlak tinggi. Seringkali diungkapkan
oleh masyarakat Melayu yang kebiasaannya deselitkan dalam menyampaikan nasihat atau
sindiran. Nilai murni berperanan penting dalam pembentukan akhlak manusia. Akhlak yang
sempurna merupakan nilai utama yang membentuk peribadi dan pekerti mulia. Menururt Nik
Azis Nik Pa (1990), akhlak perlu diterapkan dalam diri seseorang sejak mereka masih kecil
lagi yang bermula dengan didikan agama dan amalan yang sempurna. Bak kata pepatah
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Hal ini kerana masyarakat yang harmoni, berjiwa
tenang, keyakinan yang tidak akan goyah dan tidak mudah tergugat dengan ancaman lahir
daripada akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur.

Terdapat peribahasa yang berkaitan dengan nilai murni dalam pembentukan akhlak
yang baik seperti rajin, berilmu dan bersikap rendah diri. Sifat rajin amat dituntut dalam
kehidupan masyarakat bagi memastikan kelangsungan hidup yang berterusan sebagaimana
peribahasa tersebut, “Bagai semut penghimpun melukut” ialah orang yang rajin bekerja,
“Seperti anai-anai makan kayu” yang bermaksud mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan
tekun dan rajin. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan kehidupan manusia yang
berlumba-lumba untuk mencari rezeki kerana orang yang rajin berusaha pasti memperoleh
rezeki yang akan sentiasa hadir untuknya sama ada banyak ataupun sedikit.

Selain itu, ilmu amat mempengaruhi dalam pembentukan sahsiah dan akhlak dalam
diri masyarakat. “Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk” yang dimaksudkan makin
banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendah diri. Peribahasa ini sebagai nasihat
kepada masyarakat bahawa kita tidak boleh bersikap sombong atau riak apabila kaya dengan
ilmu atau berjaya dalam bidang yang diceburi. Merendah diri merupakan amalan yang mulia
dan menunjukkan seseorang itu mempunyai akhlak yang baik mengikut tuntutan agama.
Namun begitu, ada peribahasa yang lebih sesuai dikaitkan dengan peradaban masyarakat
masa kini terutama golongan muda. “Adab dulu baru ilmu” yang membawa maksud orang
beradab pasti berilmu, orang berilmu belum tentu beradab. Peribahasa ini menggambarkan
bahawa walaupun seseorang itu tidak berpelajaran tinggi, namun dia mempunyai adab yang
tinggi terhadap orang lain. Begitulah sebaliknya, orang yang berilmu dan berpelajaran tinggi
tidak semestinya mempunyai adab yang baik sedangkan kita hendak menuntut ilmu jua harus
mengetahui adab dalam menuntut ilmu barulah ilmu itu lebih berkat dan sentiasa tersemat di
minda.
Muafakat membawa berkat. Istilah ini sering kita dengar sama ada melalui corong
radio atau iklan di televisyen atau dijadikan slogan dan sebagainya. Ia membawa takrifan
perkara yang dilakukan atas persetujuan ramai atau semua pihak akan manghasilkan
kebaikan. Penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat merupakan satu insentif
untuk mewujudkan masyarakat yang hidup dalam susana yang aman, harmoni dan damai.
Setiap lapisan masyarakat pasti mengidamkan untuk hidup dalam suasan yang begini, bebas
daripada perbalahan dan bermasam muka antara satu sama lain. Elemen nilai murni seperti
tolong-menolong menjadi tanda kemuafakatan sesebuah masyarakat yang boleh dilihat
menerusi peribahasa “Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke air”
bermaksud saling tolong menolong antara satu dengan yang lain. Sebagai contohnya, aktiviti
gotong-royong yang diadakan di sesuatu tempat berjalan dengan lancar hasil kerjasama dan
muafakat masyarakat setempat “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat”.

Untuk mempraktikkan nilai muafakat ini, amalan saling hormat-menghormati antara


satu sama lain perlu dilahirkan dalam kalangan masyarakat. Sikap hormat-menghormati
adalah salah satu cara untuk kita menunjukkan penghargaan dan memuliakan orang lain
dengan memberi layanan yang sopan. Ia adalah satu perkara yang wajib diteladani oleh
masyarakat di Malaysia. Masyarakat Malaysia di didik untuk saling bertegur sapa tidak
mengira usia, agama dan bangsa malah digalakkan untuk memberi senyuman seperti lirik
lagu “senyum tak perlu kata apa-apa” di samping memungut pahala percuma yang mana
senyum itu adalah sedekah. Secara automatik rasa hormat dapat dizahirkan dalam diri
masing-masing. Seperti disebut dalam peribahasa “Yang tua dihormati, yang muda
disayangi”. Jika berlaku perselisihan faham antara mereka, sewajarnya diselesaikan dengan
cara yang baik, bertolak ansur, dan cara muafakat meskipun kadang kala perbalahan antara
dua pihak memerlukan pihak ketiga untuk campur tangan dalam membantu menamatkan
perbalahan mereka daripada terus berlanjutan sehingga tiada penamat. Bak kata pepatah
“Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah”, menyelesaikan sesuatu perkara
hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati.

Berkasih sayang juga adalah salah satu daripada nilai murni. Masyarakat yang baik
adalah masyarakay yang penyayang. Sifat penyayang wajar disemai dan dibaja dalam jiwa
individu sejak dari kecil. Ia memberi peringatan dan kesedaran kepada kita bahawa
kehidupan manusia harus berasaskan atas rasa kasih sayang. Apabila sebut sahaja tentang
kasih sayang, kebanyakan masyarakat akan berfikir betapa pentingnya menyayangi ahli
keluarga dan sahabat handai. Sedangkan keamanan negara berlaku apabila wujudnya sifat
penyayang dan kasih sayang pada setiap individu, masyarakat dan rakyat. Sepertimana
peribahasa “bagai inai dengan kuku”, kasih sayang yang sukar untuk dipisahkan. Melalui
sikap berkasih sayang, hubungan antara manusia akan lebih akrab, kukuh dan bahagia kerana
ia akan menyatukan masyarakat tidak kira ketika waktu senang dan susah. Di dalam sebuah
artikel mengatakan kesejahteraan sesebuah masyarakat dapat dibentuk dengan lebih mudah
dan berkesan melalui nilai insani dan kekeluargaan yang berasakan saling mengasihi anatara
sama lain. (Khaled Nordin, 2015)

Anda mungkin juga menyukai