Anda di halaman 1dari 11

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU DALAM PANTUN

NAMA : HISSAM BIN MOSLI

NO. MATRIK : JEA080024

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD

SEMESTER 1 SESI 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU DALAM PANTUN

PENDAHULUAN

Pantun merupakan suatu kebudayaan lama yang disebarkan oleh masyarakat

melayu tradisional yang masih kekal sehingga kini walaupun mengalami perubahan

globalisasi yang begitu pesat. Pantun memainkan peranan penting bagi


menyampaikan nilai falsafah dan pemikiran masyarakat melayu yang disebarkan

secara lisan dan biasanya disampaikan dari turun temurun. Pantun tidak hanya

dicipta tertumpu kepada suatu kelompok masyarakat sahaja sebaliknya tersebar luas

untuk dihayati oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Kita

akan dapat melihat jalan pemikiran melayu sekiranya sesebuah pantun dianalisis

secara mendalam dari segi isi dan maksud yang ingin disampaikan. Pantun dicipta

mengikut kesesuaian umur dari aspek makna dan tujuannya iaitu bagi kanak-kanak

bentuk pantun mudah difahami, berbentuk nasihat dan mempunyai unsur nasihat bagi

golongan dewasa pantun biasanya menyentuh tentang perasaan misalnya percintaan,

kasih sayang, perpisahan dan sebagainya. Pantun juga diselitkan dengan nasihat

sebagai panduan untuk mengawal perasaan agar tidak terpesong daripada hidup

bermasyarakat untuk golongan tua pula pantun lebih menyentuh tentang aspek-

aspek agama, adat dan nasihat. Golongan inilah yang jadi penentu bagi menentukan

hala tuju hidup bermasyarakat.

Menerusi pantun masyarakat dididik dengan nilai-nilai yang baik yang

berlandaskan nilai ataupun syariah islam. Oleh itu nilai budi dalam pandangan orang

melayu meliputi secara keseluruhan cara hidup dalam bermasyarakat melayu. Oleh

itu,islam telah mengubah pandangan orang melayu daripada mempercayai unsur-

unsur dewa-dewi mahupun animisme kepada Tuhan Yang Maha Esa. Lantaran

itu,walaupun pantun lahir secara spontan namun hubungannya dengan kehidupan

masyarakat melayu sangat rapat.

PANTUN BUDI SUATU PENGENALAN


Budi berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud asas-hikmah. Budi boleh

diibaratkan sebagai pelita yang menyinari jalan yang ditempuhi oleh manusia (R.Paryana

Suryadiputra;1993:176-177). Bukhari al Jauhari menterjemahkan konsep ulul abab yang

beliau petik dari Al-Quran, Surah Al Maidah, ayat 100, sebagai

“… segala orang yang berbudi…”

Zainal Kling(1995) menyatakan bahawa manusia Melayu melihat rupa dan paras jiwa itu

berbentuk budi merujuk kepada suatu peribadi yang mengandungi akal dan rasa. Konsep

budi melambangkan alam jiwa yang terdapat dalam budidaya yang mewakili sebagai

gerak laku fizikal. Budi ialah struktur dalaman Melayu atau batiniah Melayu yang

terpancar dari satu hikmah yang tertinggi(Allah). Budi bukan sahaja merangkumi konsep

dalaman manusia bahkan meliputi hubungan sosial manusia (social-relation dan

social-interaction) mereka.

Budi mengandungi gugusan yang bersiratan misalnya akal-budi, hati-budi, budi-

bicara, budi-bahasa dan budi-pekerti. Gugusan budi(budi complex) pula terbahagi

kepada dua yang saling berkaitan ibarat isi dengan kulit, luar-dalam, lahir-batin dan

jasmani-rohani. Isi, dalam, batin dan rohani merupakan simbol kepada struktur

dalaman(deep structure) iaitu persoalan tentang akal-budi, hati-budi dan budi-bicara.

Kulit, luar,lahir dan jasmani pula melambangkan struktur luaran(surface structure)

yang meliputi persoalan budi-pekerti dan budi-bahasa. Gugusan budi tersebut dapat

dikenalpasti menerusi kehadiran manusia, masyarakat dan budaya. Oleh itu, budi

merupakan suatu komponen orientasi nilai disamping keimanan(ketauhidan) yang mana

perlaksanaanya tidak boleh terlepas daripada keseluruhan proses interaksi manusia

dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Oleh yang demikian,
budi dapat dimanifestasikan dalam satu hubungan sosio-budaya dan spiritual yang

meliputi berbudi kepada Tuhan(Allah), berbudi kepada bangsa dan tanah air, berbudi

kepada alam, berbudi kepada masyarakat dan budaya, berbudi kepada keluarga dan

berbudi kepada diri sendiri.

CONTOH PANTUN BUDI

Tegak rumah kerana sendi

Runtuh sendi rumah binasa

Sendi bangsa adalah budi

Runtuh budi runtuhlah bangsa

Cahaya redup menyegar padi

Ayam berkokok mengikat buah

Jikalau hidup tidak berbudi

Umpama pokok tidak berbuah

Pisang emas dibawa belayar

Masak sebiji di atas peti

Hutang emas boleh dibayar

Hutang budi dibawa mati

Ramai orang di kuala sawah


Masak nasi jangan hangit

Sedikit budi bukannya mudah

Sekerat bumi diantara langit

Pohon pandan pohon berduri

Dipandang amat sedap

Hidup di dunia bahasa dan budi

Serta jua tertib beradat

Disana padi disini padi

Itulah nama sawah dan bendang

Disana budi disini budi

Barulah sempurna menjadi orang

Yang kurik itu kundi

Yang merah itu saga

Yang baik itu budi

Yang indah itu bahasa

Bunga raya kembang tak jadi

Sebab musabab hairan sekali

Hidup kita hanya sekali

Budi bahasa tak di jual beli


Kalau berladang menanam padi

Keladi di bawa ke tanah seberang

Kalau dagang pandi berbudi

Sampai mati dikenang orang

PANTUN BUDI SEBAGAI SUATU FALSAFAH

Masyarakat Melayu tidak hanya mencipta pantun untuk memaparkan kemahiran

masyarakt Melayu mencipta pantun mahupun menunjukkan keindahan pada sesuatu

pantun bahkan ia lebih daripada itu. Setiap genre pantun yang dicipta oleh masyarakat

Melayu datang dengan mesej atau falsafah yang ingin disampaikan kepada keseluruhan

masyarakat Melayu tanpa mengira peringkat umur mahupun darjat. Dalam pantun budi

misalnya, terdapat pelbagai mesej atau falsafah yang ingin disampaikan berkaitan dengan

perkara pokok utama iaitu falsafah mengenai budi. Dalam pantun budi perkara utama

yang ditekankan adalah mengenai budi itu sendiri. Konsep budi ini pula boleh

diterjemahkan kepada beberapa asas budi yang perlu difahami, dihayati dan dipraktikkan

oleh keseluruhan masyarakat Melayu.

Berbudi kepada Allah s.w.t merupakan salah satu perkara yang ingin disampaikan.

Berbudi disini merujuk kepada tanggungjawab manusia kepada Allah s.w.t. Dalam

pantun budi terdapat satu baris rangkap pantun iaitu ‘budi dibawa mati’ yang bukan

sahaja membawa maksud budi bahasa dan budi pekerti sahaja bahkan keseluruhan

konsep budi yang berpaksikan ketuhanan keran budi itu merupakan pancaran batiniah.

Dalam konteks ini apa yang disampaikan menerusi pantun adalah manusia(mikrokosmos)
dianggap sebagai hamba Allah yang dicipta olehNya sebagai khalifah di muka bumi.

Oleh yang demikian, manusia perlu menunaikan segala perintah Allah mengikut apa yang

telah ditetapkan. Budi yang dimaksudkan di sini bukan sahaja mentadbir muka bumi

sesuai dengan konsep khalifah itu sendiri bahkan konsep utama yang ingin ditekankan

adalah mengenai keimanan manusia itu sendiri kepada Allah s.w.t dengan menunaikan

segala tanggungjawab terhadap segala yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada umat

manusia dan meninggalkan segala laranganNya “amar ma’aruf nahi mungkar” yang

merangkumi aspek lahiriah dan batiniah.

Manusia perlu mempercayai bahawa dunia adalah bersifat sementara oleh yang

demikian, manusia perlu mempersiapkan diri dengan amal ibadat sebagai persiapan

menghadapi kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Perkara inilah yang ingin

disampaikan menerusi pantun bagi membentuk manusia sebagai insan “kamil”

Pantun budi juga cuba mengungkapkan persoalan dari aspek kekuasaan. Dalam

konteks ini persoalan yang berlawanan(dichotomous) turut dipaparkan sebagai tatapan

masyarakat. Perkara yang ingin ditelusuri di sini adalah mengenai orang yang

mempunyai kuasa dan bertindak sebagai pemimpin masyarakat. Walaupun golongan ini

berasal dari kelas atasan namun konsep budi tidak mempunyai batasan terhadap golongan

tersebut. Oleh itu, mereka yang mempunyai kuasa juga perlu budi pekerti, akal budi hati

budi dan budi bicara yang baik sesuai dengan kedudukan mereka sebagai golongan atasan

dan selaras dengan tuntutan sebagai pemimpin masyarakat. Hal ini kerana pemimpin

bertanggungjawab menyeru golongan masyarakat kearah kebaikan dan segala tindak


tanduk pemimpin akan mendapat perhatian masyarakat. Oleh itu, golongan pemimpin

menjadi contoh kepada golongan masyarakat.

Pantun budi juga cuba mengetengahkan dari aspek nilai dan harganya walaupun

bukan dinilai dari sudut wang ringgit mahupun emas. Nilai yang dimaksudkan adalah

terhadap orang yang berbudi dan juga kesannya ke atas masyarakat. Nilai budi adalah

lebih bernilai daripada wang ringgit mahupun emas. Hal ini kerana wang adalah bersifat

sementara iaitu hanya untuk kepentingan di dunia sahaja sebaliknya, budi mendatangkan

kebaikan di dunia mahupun sebagai bekalan sebelum kembali kepada Allah s.w.t. Budi

tidak boleh dibayar dengan wang mahupun emas sebaliknya akan kekal diingati sampai

bila-bila sehingga akhir hayat. Setiap budi akan dinilai atau dihitung di akhirul

alam(akhirat). ‘Sekerat bumi di antara langit’ dalam baris patun merujuk kepada hari

akhirat. Perkara yang ingin disampaikan dalam pantun tersebut adalah segala pekerjaan

baik yang telah dilakukan akan dimizan atau di nilai di akhirat. Setiap budi akan

mendapat ganjaran di syurga kerana berbudi adalah satu kerja yang baik,suatu ibadat dan

amal jariah. Walaupun material dan materialisme(index materialism) itu perlu dalam

kehidupan tapi janganlah sampai melalaikan kita sehingga melupakan asas penting dalam

kehidupan kita iaitu budi walaupun ia bukan bersifat(index non materialism)

Budi membawa kesan yang cukup besar dalam kehidupan manusia. Kehidupan

manusia boleh dinilai atau dilambangkan melalui budi pekerti, budi bahasa, budi bicara
dan lain-lain yang mereka lakukan sepanjang kehidupan mereka. Hal ini demikian

kerana aspek yang disebutkan di atas mencerminkan amalan hidup seseorang yang dinilai

tinggi oleh masyarakat. Misalnya dalam konteks budi bahasa pencernaan budi dapat

dilihat dalam pemilihan kata-kata yang sesuai dengan pertuturan dalam kehidupan

seharian mereka. Dari segi budi pekerti masyarakat melihat kepada perlakuan atau

tingkah laku yang dinilai dari sudut yang baik mahupun buruk kerana dan lazimnya

perlakuan yang baik dapat dilihat menerusi adab seseorang terhadap orang di

sekelilingnya walaupun berada di mana sahaja. Oleh itu hubungan sosial bukan sahaja

dapat dibentuk melalui hubungan tertentu sahaja bahkan melalui budi juga. Pantun budi

jika ditelusuri dengan lebih mendalam akan memaparkan kepada kita persoalan bahawa

hidup ini berpasangan atau saling melengkapi(binary complimentaring) dan saling

berlawanan(binary opposing). Maksud disini adalah wujudnya hubungan di dalam

pantun-pantun tersebut yang menjelaskan fenomena sosial dalam masyarakat Melayu.

Budi juga merupakan suatu struktur yang membimbing dan menghubungkan setiap

anggota masyarakat, bangsa dan negara misalnya, melaui rangkap baris pantun ‘runtuh

budi runtuhlah bangsa’ yang memaparkan budi adalah orientasi nilai yang mengukuhkan

setiap bangsa, tanpa orientasi nilai atau bebas nilai(value free) keseluruhan batas-batas

kehidupan akan runtuh. Budi amat penting dalam social relaction dan interaction. Oleh

yang demikian pantun budi berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat Melayu.

KESIMPULAN

Pantun yang dicipta oleh masyarakat Melayu bukan sekadar untuk hiburan semata-

mata sebaliknya ia mempunyai mesej atau maksud yang tersirat di sebalik keindahan
pantun itu sendiri. Masyarakat Melayu mencipta pelbagai genre pantun yang setiapnya

mempunyai falsafah atau pemikiran yang tersendiri yang ingin disampaikan. Dalam

pantunbudi misalnya terdapat pelbagai falsafah yang ingin dipaparkan kepada golongan

masyarakat dari segenap lapisan tanpa mengira darjat, pangkat mahupun usia. Falsafah

atau mesej dikupas dari segala perspektif masyarakat Melayu.Perkara pokok yang

menjadi persoalan adalah mengenai budi itu sendiri yang yang banyak mempengaruhi

kehidupan masyarakat pada masa ini. Dalam konteks yang lebih dalam budi bolehlah

dianggap sebagai suatu wacana yang membentuk ciri-ciri keperibadian yang baik dalam

diri seseorang sekaligus mampu membentuk masyarakat yang saling berhubungan dalam

melakukan apa sahaj tindakan melalui kerjasama yang padu daripada seluruh anggota

masyarakat. Perkara penting yang perlu difahami oleh masyarakat melalui pantun budi

adalah berpaksikan ketuhanan di mana setiap masyarakat Melayu perlu menghayati

sepenuhnya hubungan antara manusia dengan Maha Pencipta(Allah s.w.t) di mana

manusia perlu mempersiapkan diri dengan amal ibadat dan amal jariah sebelum kembali

kepadaNya. Oleh itu, konsep falsafah budi yang ingin disampaikan adalah bersifat

menyeluruh dalam prospek kehidupan dan perlu diamalkan sampai bila-bila.

BIBLIOGRAFI

1. Wan Abdul Kadir Yusuf (1996) Pantun Manifestasi Minda Masyarakat, APM

Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur


2. Alias Yunus, Pantun Melayu Sastera Rakyat, Federal Berhad. A.W.Hamilton,

(1959), Malay Pantun Eastern Universiti Press, Singapura

3. Zainal Abidin Bakar(Penyelenggara) (1983), Kumpulan Pantun Melayu, DBP,

Kuala Lumpur

4. Muhammad Haji Salleh (1986) Cermin Diri, Fajar Bakti Petaling Jaya

Anda mungkin juga menyukai