Anda di halaman 1dari 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

(JXEA 1104)

TAJUK: TOKOH FALSAFAH IBNU SINA

PENSYARAH: PROFESSOR DR. AMRAN MUHAMAD

NAMA SISWA: TENGKU KHAZ AFIQ KU MOHAMAD KHALIB

NOMBOR MATRIK: JEA080151

SEMESTER 1, SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,UNIVERSITI

MALAYA
Sulalatus Salatin
Bab 2
Bersumpah Berteguh Janji
( Halaman 25-26 )

Maka sembah Demang Lebar Daun, "Sungguh tuanku seperti


khabar orang itu;jikalau tuanku berkehendakkan patik itu,
patik sembahkan, lamun mahu dull tuanku berjanji dahulu
dengan patik. Maka titah baginda, "Apa janji paman hendak
diperjanjikan dengan hamba itu? Katakan oleh paman hamba
dengar." Maka sembah Demang Lebar Daun, " Barang maklum
duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil
ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik
yang lain, telah maklum kebawah duli tuanku itu, jikalau ada
ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluar-
kan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala
dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah per-
aduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan
anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Me-
layu jikalau ada dosanyanya ke bawah duli, patik pohonkan ja-
ngan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada
hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi."

Maka titah Seri Teri Buana, "Kabullah hamba akan janji


Paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada
Paman." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana
itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia." Maka titah
Seri Teri Buana, "Hendaklah oleh segala anak cucu hamba,
jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya,
jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darah-
nya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga
takluk negerinya juga."
Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah tuanku,
tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak
cucu patik pun berubahlah tuanku." Maka titah Seri Teri
Buana, "Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka
baginda-pun bersumpah-sumpahanlah dengan Demang Lebar
Daun. Titah baginda, "Barang siapa hamba Melayu derhaka
mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan
rumahnya ke bawah kaki ke atas." Maka sembah Demang
Lebar Daun, "Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian
dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan
takhta kerajaannya." Itulah dianugerahkan Allah subhanahu
wa taala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi
aib kepada segala hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun
besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan
dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum
mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu
memberi aib seseorang hamba Melayu, alamat negerinya akan
binasa.
Falsafah merupakan suatu bidang ilmu yang dapat dihuraikan melalui tiga sudul

pandangan iaitu sudut pandangan bahasa, sudut pandangan pemerhatian praktis dan sudut

pandangan perbezaannya daripada ilmu-ilmu yang lain. Falsafah menurut pandangan

bahasa dapat dijelaskan bahawa ianya dikatakan berasal daripada bahasa Yunani philos yang

bermakna cinta dan Sophia pula yang bermakna cinta. Ini menjelaskan bahawa ianya

bererti gabungan dua perkataan ini membawa kepada maksud 'cinta akan kebenaran'.

Daripada sudut pandangan' praktis pula falsafah dapat diterangkan sebagai 'fikiran secara

mendalam tentang hakikat tentang segala sesuatu'. Sudut pandangannya berbanding ilmu-

ilmu lain pula dapat dikenali melalui dua ciri khusus iaitu pandangan falsafah itu sendiri

terhadap alam sebagai kesatuan yang belum dibahagi-bahagikan berbanding ilmu-ilmu

lain yang terbatas skopnya dan menyelidik hakikat sesuatu bagi menjawab tiga persoalan

iaitu apa, dari mana, dan ke mana.

Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan sedikit latar belakang karya Melayu klasik
yang telah dipilih iaitu Karya Agung Sulalatus Salatin yang lebih dikenali sebagai

Sejarah Melayu. la merupakan satu karya sejarah mengenai zaman Kesultanan

Melayu Melaka dan dikatakan telah dibawa orang dari Goa. Karya Sulalatus Salatin ini

telah disunting oleh Tun Seri Lanang yang merupakan bendahara kerajaan Johor-Riau

atas perintah Sultan Abdullah Ma'ayah Syah ibni Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah pada

dua belas haribulan Rabiulawal tahun seribu

dua puluh satu tahun Hijrah. lanya bertujuan untuk diketahui oleh generasi akan datang

supaya dapat mempelajari sesuatu daripada kandungan karya sejarah ini.

Petikan karya Sulalatus Salatin yang telah dipilih adalah bertajuk

'Bersumpah Berteguh Janji'. Saya akan menghuraikan isi kandungan petikan tersebut

daripada sudut fenomenologi iaitu akan melakukan kupasan tentang petikan tersebut

berdasarkan daripada apa yang telah diceritakan oleh pengarang dalam

karya Sulalatus Salatin tersebut. Berdasarkan petikan dalam perenggan pertama


i
tersebut diceritakan bahawa Seri Teri Buana telah jatuh hati dan berhasrat untuk

mengahwini anak perempuan kepada Demang Lebar Daun. Hasrat Seri Teri Buana itu

kemudiannya telah diketahui oleh Demang Lebar Daun yang kemudiannya telah bersetuju

memenuhi hasrat tersebut.

Namun begitu, Demang Lebar Daun telah memohon kepada Seri Teri Buana

supaya tidak akan menghalau puterinya keluar dari istana sekira ditimpa penyakit kedal

selepas berkahwin dengan Seri Teri Buana kelak. Demang Lebar Daun memohon agar

anak perempuan tetap tinggal didalam istana walaupun sebagai hamba istana yang
berkerja di dapur atau mengemas bilik peraduan Seri Teri Buana. Selain itu, Demang

Lebar Daun memohon agar sekiranya adanya hamba Melayu yang melakukan

kesalahan terhadap baginda tidak dikeji dan dihina. Sekiranya mereka wajar

dijatuhkan hukuman bunuh ia haruslah dilaksanakan tanpa memalukan mereka.

Dalam perenggan kedua pula menceritakan bahawa Seri Teri Buana bersetuju

terhadap permintaan Demang Lebar Daun itu dan baginda juga memohon agar hamba

Melayu tidak akan menderhaka sekiranya keturunannya kelak memerintah dengan

zalim dan kejam dan berharap tiada berlakunya pertumpahan darah didalam negeri yang

berada dibawah pemerintahan baginda dan keturunannya

kelak. Sekiranya adanya hamba Melayu yang telah dizalimi mereka hendaklah melarikan

diri dan berlindung di wilayah jajahan takluk pemerintah mereka tanpa bertindak untuk

menderhaka terhadap pemerintah mereka.

Dalam perenggan ketiga pula telah menjelaskan Perjanjian yang lebih dikenali

sebagai waad ini akhirnya telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak setelah mereka

telah bersumpah untuk mematuhi segala yang telah mereka janjikan itu. Demang Lebar

Daun menegaskan bahawa sekiranya pemerintah mereka melanggar sumpah tersebut

rakyat yang diperintah juga akan bertindak untuk tidak lagi tunduk setia terhadap

pemerintah yang merupakan keturunan kepada Seri Teri Buana. Selain itu negeri yang

diperintah oleh mereka akan dibinasakan Allah jika melanggar waad tersebut. Bagi

golongan rakyat yang menderhaka pula akan diterbalikkan bumbung rumah mereka ke

bawah kaki keatas. Demang Lebar Daun menegaskan bahawa raja-raja Melayu tidak akan

menjatuhkan hukuman kepada hamba Melayu yang melakukan kesalahan seperti


mengikat dan menggantung serta dihina untuk memalukan mereka. Sekiranya ia terjadi

maka dibinasakan negcri pemerintahannya oleh Allah S.W.T.

Kandungan karya sastera tersebut menerangkan konsep falsafah yang dapat

dijelaskan berdasarkan sudut pandangan bahasa, iaitu waad membawa kepada maksud

perjanjian ataupun juga dapat dikatakan sebagai kontrak sosial. Di dalam konteks yang

terdapat dalam karya sastera Sulalatus Salatin ini ialah waad merujuk kepeda

perjanjian antara Seri Teri Buana yang mewakili golongan pemerintah manakala

Demang Lebar Daun pula mewakili golongan rakyat. Waad ini dilakukan apabila Seri Teri

Buana berhasrat untuk mengahwini anak perempuan Demang Lebar Daun yang

kemudiannya memohon agar Seri Teri Buana tidak akan menghalau keluar anak

perempuannya keluar dari istana sebaliknya dijadikan hamba di istana jika ditimpa

penyakit kedal selepas berkahwin dengan Seri Teri Buana selain tidak memalukan rakyat

yang melakukan kesalahan.

Bagi sudut pandangan praktis pula dapat menerangkan bahawa isi

kandungan karya sastera Sulalatus Salatin tersebut adalah berbentuk amali iaitu lebih

kepada tindak-tanduk atau perbuatan. Berdasarkan kepada isi kandungan karya tersebut

dapat dijelaskan bahawa waad menerangkan tentang aspek ilmu politik. Perjanjian

tersebut dilakukan bagi tujuan memelihara keharmonian negara dan telah menjadi asas

dalam sistem pemerintahan kerajaan Melayu. Sistem sosial ini amat penting kerana

ianya bagi mengawal keseimbangaan antara kuasa golongan pemerintah dan hak

rakyat sesebuah negara. Melalui sistem ini kedua belah pihak akan saling berhubung
dalam satu hubungan timbal balik kerana kedua belah pihak saling memerlukan antara

satu sama lain.

Sudut pandangannya berbanding ilmu-ilmu lain pula dapat dihuraikan bahawa

karya sastera menjelaskan tentang pandangan waad terhadap alam yang dapat

dijelaskan mengenai hubungan sesama manusia yang merupakan mikrokosmos

iaitu salah satu unsur yang wujud didalam alam ini dan melalui falsafah waad

menunjukkan wujudnya keseimbangan antara perhubungan sesama manusia. Selain itu

falsafah waad ini juga dapat menjelaskan hakikat kewujudannya yang merupakan

satu konsep yang diperkenalkan melalui pemikiran yang datang melalui pelbagai cara

seperti melalui akal, bukti logikal dan rasional. lanya kemudiannya telah dijadikan

konsep untuk digunakan dalam perhubungan antara sesama manusia yang dipisahkan

mengikut susunan hierarki yang wujud antara mereka. Falsafah waad tersebut telah

telah mewujudkan konsep 'derhaka' dan 'tulah' yang secara tidak langsung telah

mengukuhkan lagi institusi pemerintahan. .

Sebagai kesimpulan, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting. Ini kerana

ianyanya membincangkan secara mendalam mengenai segala jenis ilmu-ilmu yang wujud.

Untuk memahami segala sesuatu kita hendaklah memahami dahulu konsep yang

digunakan untuk menjelaskan tentang sesuatu bidang ilmu. Ini kerana ketinggian ilmu

pengetahuan adalah penting dalam membentuk sebuah masyarakat.


Bibliografi
Abdul Samad Ahmad. 1979. Sulalatus Salatin, m.s. 25-26. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Synergymate
Sdn. Bhd.

Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Melayu.

Tun Seri Lanang. 1997. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan
Bahasa dan Pustaka.

W. G. Shellabear. 1967.Sejarah Melayu.Singapore:


Oxford University Press.

http:// www. malaysia. Net / lists

http:// ms. wikipedia. org/ wiki/ falsafah

Anda mungkin juga menyukai