Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

PUSAT PENGAJIAN,SEJARAH,POLITIK & STRATEGI

IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (SEJARAH)

SEMESTER 1 2023/2024

SKSE 1033 KERAJAAN DAN MASYARAKAT MELAYU

TAJUK 2:

WA'AD ANTARA SANG SAPURBA DAN DEMANG LEBAR DAUN MERUPAKAN


ETIKA MORAL DAN SOSIAL YANG WAJIB DIPATUHI DALAM KONTEKS
HUBUNGAN RAKYAT RAJA BAGI MASYARAKAT MELAYU. BINCANGKAN
PERJANJIAN TERSEBUT DAN KESANNYA KE ATAS ASPEK POLITIK MEREKA.

JAM TUTORIAL:

2.00 – 4.00 PETANG

DISEDIAKAN OLEH:

AMYDA AMNI BINTI FAIEZAL

A205486

1
ABSTRAK
Esei ini akan menerangkan tentang perjanjian wa’ad antara Sang Sapurba dan Demang Lebar
Daun tentang etika moral dan sosial yang wajib dipatuhi dalam konteks hubungan rakyat raja
bagi masyarakat melayu. Bahagian pertama akan menyentuh tentang pengenalan dan konsep
wa’ad atau adat antara antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun serta juga akan
menerangkan tentang isi perjanjian dan kepentingannya di dalam masyarakat melayu.
Bahagian kedua akan menganalisis tentang teori dan konsep demokrasi di Malaysia.
Perbandingan akan dibuat menerusi beberapa indikator iaitu; elemen – elemen
demokrasi yang terlibat di Malaysia sebagai contoh pilihan raya yang diadakan di
Malaysia,parlimen yang terdapat dalam sistem pemenrintahan, jenis perlembagaan,
hak-hak asasi rakyat dan juga kesan media massa terhadap politik di Malaysia. Esei ini
akan diakhiri dengan kesimpulan tentang kesan demokrasi terhadap politik di
Malaysia. KENA UBAHHHH !!!

PENGENALAN

Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan Melayu zaman klasik yang menjadi tunjang
kepada kerajaan-kerajaan Melayu selepasnya. Kerajaan ini mencapai zaman
kegemilangannya dalam pertengahan abad ke-15 hingga awal abad ke-16 merupakan sebuah
kerajaan Melayu terulung dan disanjung di alam Melayu dan menempa nama dalam pelbagai
aspek pembangunan tamadun Melayu seperti yang dikisahkan melalui suatu karya sastera
sejarah agung bertajuk Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.

Karya penulisan sastera sejarah mengenai salasilah Raja-raja Melayu ini telah disunting dan
disusun semula oleh seorang pembesar dan karyawan abad ke-17 iaitu Tun Seri Lanang
dalam tahun 1612 hingga 1614. Kegemilangan dan kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka
ini sudah semestinya tidak dapat dipisahkan dengan aspek taat setia, daulat dan derhaka yang
menjadi pegangan dan fahaman bersifat tabu dalam kebudayaan masyarakat Melayu beraja
sehingga kini.

Justeru, karya Sejarah Melayu ini menjadi sandaran utama dalam mengupas dan
membincangkan isu atau doktrin yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam
menyanjung dan mengangkat martabat Raja-raja Melayu sepanjang zaman. Fahaman
mengenai unsur taat setia, daulat dan derhaka ini menjadi doktrin utama yang dipegang oleh
orang Melayu semasa pemerintahan Ksultanan Melayu Melaka hingga mampu mengangkat

2
darjat dan status kerajaan ini ke peringkat tertinggi dalam pensejarahan Melayu bukan sahaja
di Nusantara malah terkenal hingga ke pelusuk dunia yang lainnya.

Pemerintah Melaka ini dikatakan berdaulat dan berkuasa kerana keturunannya yang dikaitkan
dengan salasilah raja-raja dari kerajaan yang besar sejak berabad lamanya telah membawa
kepada wujudnya unsur taat setia kepada raja dengan tidak berbelah bagi serta aspek derhaka
yang tidak boleh dilanggar oleh sekalian rakyat bagi mengelakkan ‘tulah’ dek kerana daulat
raja itu sendiri. Hubungkait antara aspek taat setia, daulat dan derhaka dengan pengukuhan
kuasa pemerintah dalam mentadbir dan menerajui kerajaan dapat dilihat dengan jelas seperti
yang dikisahkan dalam Sulalatus Salatin.

Sebagai contoh, watak Hang Tuah yang wujud dalam Sejarah Melayu ini dikatakan tersangat
taat dan patuh dengan sultannya hingga sanggup membunuh sahabatnya sendiri sungguhpun
sang sahabat tersebut menderhaka kerana membela dirinya sendiri. Manakala elemen daulat
pula berkait rapat dengan ketulahan yang berlaku disebabkan oleh darjat raja-raja yang tidak
sama dengan rakyat jelata.

Contohnya, konsep ‘wa’adat’ iaitu perjanjian taat setia yang diusulkan oleh Demang Lebar
Daun terhadap Sri Tri Buana sebelum menyerahkan anakandanya untuk dikahwinkan dengan
putera raja itu diharap dapat menyelamatkan anaknya dan seluruh rakyat daripada terkena
penyakit kedal (penyakit kulit) seperti isteri-isteri sebelum itu.

Konsep derhaka juga sangat penting dalam mencerminkan penyerahan rakyat jelata kepada
raja-raja Melayu yang mana hal ini telah menaikkan dan mengukuhkan kuasa pemerintah
dalam kebudayaan masyarakat Melayu Melaka sejak berzaman lamanya.

Perkara tersebut telah termeterai dalam persetiaan ‘wa’adat’ yang menyatakan bahawa anak
cucu Demang Lebar Daun tidak boleh menderhaka kepada keturunan Sri Tri Buana
sungguhpun raja itu zalim dan jahat budi pekertinya. Oleh itu, artikel ini akan mengupas dan
menilai ketiga-tiga konsep yang dinyatakan sebelumnya secara lebih terperinci dengan
bersandarkan kepada teks karya sastera sejarah Melayu terkenal iaitu Sulalatus Salatin.

3
Sang Sapurba, Demang Lebar Daun dan Perlembagaan.

“Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi
hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku.
Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-
kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum
Syarak.’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba
minta satu janji pada bapa hamba.’ Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana
itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa
hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti
sekalipun.’ Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah
Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’ Maka titah
Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.’” Ini adalah waadat Sang Sapurba
dengan Demang Lebar Daun yang menjadi asas taat setia orang Melayu kepada raja mereka.
Menurut perjanjian, keturunan Demang Lebar Daun (orang Melayu) harus taat dan setia
kepada raja mereka, walau dizalimi sekalipun. Pada masa yang sama, keturunan Sang
Sapurba (raja Melayu) juga berjanji bahawa tidak akan mengaibkan atau menista rakyatnya
walau dosa mereka sebesar mana sekalipun, dan jika dihukum mati ia harus mengikut hukum
Syarak. Daripada dialog ini, yang terkandung di dalam karya Melayu klasik ‘Sulalatus
Salatin’ atau lebih dikenali sebagai ‘Sejarah Melayu’, kita dapat memahami konsep ‘derhaka’
dalam konteks budaya dan pemikiran orang Melayu. Jika rakyat keturunan Demang Lebar
Daun itu melanggar waadat ini, maka derhakalah dia.

Konsep Waadat

Kepentingan waadat ini untuk memastikan kesinambungan di antara raja dan rakyat zaman
berzaman. Untuk mengikat nasib sang raja dengan rakyatnya, melalui perjanjian yang tidak
boleh dilanggar oleh mana-mana pihak. Sekiranya waadat ini dimungkiri, maka pihak lagi
satu tidak mempunyai tanggungjawab untuk terus mentaati waadat tersebut. Sekiranya rakyat
derhaka, ia akan mengancam kesinambungan masyarakat Melayu dan sistem pemerintahan
diraja mutlak pada ketika itu. Perjanjian di antara raja, kerajaan dan warganegara. Waadat ini
adalah Perlembagaan Persekutuan. Perjanjian yang jauh lebih utuh daripada waadat Sang
Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Kuasa raja-raja, kedudukan raja-raja dan keistimewaan
raja-raja kesemuanya dijamin dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu

4
banyak dan lengkap perlindungan yang ada di dalam Perlembagaan, termaktub dan hampir
mustahil untuk diubah. Apa-apa perkara yang menyentuh perihal raja-raja bukan setakat
memerlukan sokongan dua pertiga ahli Parlimen untuk dipinda, ia juga perlu perkenan
daripada raja-raja Melayu sendiri. Waadat Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun sudah
berubah. Raja mutlak kini menjadi raja berperlembagaan. Di bawah waadat baru ini,
kebebasan asasi rakyat didukung, kedudukan institusi diraja dimartabatkan serta dilindungi
dan badan-badan kerajaan yang lain diberi kuasa dengan sempadan-sempadan yang nyata.
Semuanya di bawah undang-undang terulung negara, Perlembagaan Persekutuan. Maka
melalui waadat Perlembagaan ini, rakyat dijamin kebebasan bersuara dan mengeluarkan
pendapat. Kebebasan ini sememangnya boleh disekat, tetapi sekatan hanya boleh digubal
oleh Parlimen atas sebab-sebab tertentu yang dinyatakan oleh Perlembagaan sendiri. Juga,
sekatan yang dikenakan haruslah sekatan yang munasabah. Malahan, Perlembagaan
memberikuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang untuk melarang
dipersoalkan perkara berkenaan kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa raja-raja di
negeri masing-masing. Kukuhnya kedudukan raja-raja Melayu di bawah Perlembagaan, ianya
tidak mungkin terancam dengan kata-kata, walaupun boleh ditafsirkan sebagai menghina.
Undang-undang lese majeste seperti Akta Derhaka untuk menghukum mereka yang
menjatuhkan maruah atau martabat, menghina atau tidak menghormati institusi diraja tidak
diperlukan kerana kedudukan dan kedaulatan institusi diraja sememangnya sudah terjamin.
Undang-undang bukan jalan penyelesaian kepada semua cabaran yang kita hadapi. Sekiranya
dihujahkan bahawa kita berhadapan dengan ‘penyakit’ rakyat yang tidak lagi menghormati
institusi diraja, penjenayahan ‘derhaka’ bukanlah ubat yang mujarab. ‘Rawatan’ yang terbaik
adalah pendidikan dan pemahaman, bukan dengan hukuman. Penulis yakin bahawa dengan
pendidikan dan pemahaman, rakyat akan menghormati institusi diraja kerana mereka akan
faham peri pentingnya institusi diraja di dalam kerangka tanah n air kita.

Anda mungkin juga menyukai