Anda di halaman 1dari 7

INSTITUSI RAJA : PELINDUNG AGAMA , ADAT DAN BUDAYA

Institusi Raja adalah salah satu institusi yang perlu didalami dan difahamkan oleh semua rakyat

di negara ini . Bagi Menjelaskan secara ringkas maksud perkataan Malik, raja dan khalifah serta

seterusnya kedudukan Raja sebagai ketua pemerintah dari perspektif Islam dan Raja dalam

sejarah peradaban manusia. Institusi raja telah membentuk satu sistem pemerintahan yang kukuh

dalam sejarah tamadun manusia.Kedudukan institusi raja bertunjang kepada rakyat yang

mendaulatkan raja mereka. Bermula dengan Kesultanan Melayu Melaka sebagai kuasa

pemerintahan yang meletakkan Raja untuk memerintah dan mentadbir kerajaan.Kesinambungan

dari sistem ini telah menubuhkan beberapa negeri di Tanah Melayu yang diperintah oleh Raja-

raja Melayu. Namun negeri-negeri Melayu akhirnya telah berjaya dikuasai oleh barat bermula

dengan Portugis kemudian Belanda dan seterusnya Inggeris. Kesan daripada kelicikan pihak

Inggeris yang mengambil kesempatan dengan suasana yang berlaku di beberapa negeri Melayu

akhirnya Inggeris berjaya mempengaruhi sultan-sultan supaya menandatangani perjanjian-

perjanjian bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874. Hal ini menjelaskan betapa pentingnya

unsur kesetiaan rakyat serta kejujuran yang memainkan peranan dalam memartabatkan

kedudukan orang Melayu dan peranan raja-raja Melayu dalam menjaga kepentingan Islam dan

adat. Maka, Institusi Beraja di Malaysia pada masa kini perlu dikekalkan dan diperlihara.

Terdapat dua sebab utama Institusi Raja ini perlu dikekalkan. Pertama, sebagai kesinambungan

agama, budaya, adab resam dan cara hidup. Ini kerana, kerajaan dan dasar boleh bertukar setiap

lima tahun, namun ada beberapa perkara perlu dikekalkan untuk kestabilan dan kesinambungan

agama, identiti, budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Sejak berkurun lamanya budaya

dan cara hidup masyarakat di Malaysia adalah cara hidup budaya Melayu dan Islam. Budaya dan

cara hidup ini perlu dikekalkan dan dilindungi kerana ianya adalah teras dan asas kepada
pegangan moral, adab, kesopanan dan kesusilaan majoriti masyarakat Malaysia. Tanpa asas

moral atau agama yang kuat, maka kesusilaan dan adab masyarakat kita akan menjadi lemah.

Pada masa inilah Institusi Raja-Raja adalah penting sebagai pelindung dan pengekal identiti dan

cara hidup walaupun kerajaan bertukar ganti di Parlimen.

Antara peranan-peranan yang dapat dimainkan oleh raja-raja ialah peruntukan dalam perkara

yang melibatkan Islam dalam perlembagaan seperti dalam Perkara 3, Perkara 8, Perkara 11,

Perkara 12 dan Perkara 121 (1A) seharusnya tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa

mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara seperti ini merupakan satu

jaminan yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak atau masyarakat sekeliling lagi. Hal

ini telah nyata termaktub dalam perlembagaan melalui Perkara 159 (5) yang menjelaskan

bahawa sebarang pindaan perlembagaan perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan

perkenan Majlis Raja-Raja. Hal ini kerana ia turut melibatkan perkara-perkara seperti

kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa

kebangsaan dan agama. Peruntukan ini termaktub dalam perlembagaan kerana hubungan yang

terjalin antara orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sangat akrab. Sebagai tamsilan, bagaimana

orang Melayu bangkit menentang Malayan Union yang cuba melenyapkan kuasa raja-raja

Melayu. Institusi beraja seperti yang dikatakan di atas amat berkait rapat dengan persoalan

agama. Ini kerana, mereka adalah ketua agama di negeri masing-masing dan bertanggungjawab

menjaga agama Islam. serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama Islam perlu

mendapat perkenan raja-raja dahulu. Rasional peranan Majlis Raja-Raja dalam soal ini ialah

perlembagaan hanya menekankan persoalan pentadbiran negara. Maka, dalam hal persoalan

agama dibiarkan untuk dikendalikan oleh institusi beraja. Ini seperti yang dipersetujui sewaktu
menggubal perlembagaan di mana raja-raja membenarkan perisytiharan Islam sebagai agama

persekutuan setelah diberi jaminan bahawa ia tidak akan menjejaskan kedudukan mereka sebagai

ketua agama di negeri masing-masing.

Selain daripada peranan di atas, hal ini juga tidak menjadi satu masalah untuk sistem beraja

terus kekal di negara ini selagi raja memerintah dengan adil dan meletakkan diri mereka di atas

pengaruh dan persaingan politik serta terus peka kepada kehendak rakyat dan bersedia untuk

terus berubah. Mengikut pandangan ini, penampilan para anggota keluarga diraja mestilah lebih

dekat di hati rakyat. Antara cara yang dapat diambil adalah dengan mengubah penampilan yang

kelihatan angkuh dan sombong kepada lebih mesra malah perlu juga berusaha

memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan. Tindakan ini diyakini boleh menyebabkan sentimental

rakyat terhadap raja dapat dikekalkan. Ada juga pemerhati yang berpandangan persoalan sama

ada sistem beraja masih relevan atau tidak, lebih bergantung kepada sejauh manakah rakyat

merasakan institusi raja merupakan aset lebih daripada liabiliti. Raja-raja dikehendaki patuh

kepada doktrin bertindak mengikut nasihat kerajaan yang memerintah kerana inilah merupakan

prinsip utama dalam sistem raja berperlembagaan. Selain itu, raja-raja juga tidak boleh campur

tangan sama sekali dalam hal ehwal berkaitan politik kepartian untuk mengelakkan mereka

terheret ke dalam kontroversi yang boleh menjejaskan imej neutral . Peranan yang dimainkan

oleh sistem beraja di Malaysia adalah faktor yang amat penting bagi menentukan masa

depannya. Oleh yang demikian, dalam konteks perbincangan kajian ini, peranan-peranan yang

dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara adalah faktor utama yang akan

menentukan soal sama ada institusi tersebut merupakan suatu aset atau liabliti kepada rakyat dan

negara. Faktor ini juga akan menjelaskan sejauh manakah Yang di-Pertuan Agong telah
memainkan peranan yang penting dengan asas legitimasinya iaitu Islam dan Melayu. Baginda

perlu memastikan bahawa rakyat akan terus menaruh kepercayaan kepada raja dan menghormati

institusi raja. Apabila sistem raja berperlembagaan diperkenalkan selepas Malaysia mencapai

kemerdekaan, sebahagian peranan yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua

negara dapat dianalisis daripada pelbagai peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan

Persekutuan. Meskipun begitu, Perlembagaan Persekutuan seperti mana perlembagaan bertulis

lain di dunia adalah sebuah dokumen yang terhad kandungannya. Ia tidak menjelaskan segala-

galanya walaupun Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan

membolehkan baginda berfungsi sebagai lambang kekuasaan negara dan sekaligus

memberikannya beberapa fungsi simbolik. Oleh kerana itu, Yang di-Pertuan Agong memiliki

beberapakuasa fungsional seperti mengurniakan darjah kebesaran negara, bertitah pada

pembukaansidang Parlimen, menjadi pemerintah tertinggi angkatan tentera, menerima

mengadapdiplomat-diplomat asing dan sebagainya. Walaubagaimanapun ini tidak melibatkan

perkara perkara yang termasuk ke dalam kuasa budi bicara. Namun begitu, ada juga pandangan

yang menyifatkan kuasa budi bicara ini juga pada hakikatnya tidak terlepas daripada nasihat

kerajaan yang memerintah.Melihat kepada kandungan dokumen perlembagaan yang terhad,

tafsiran yang terlalu bersifat literal dan pemakaian doktrin bertindak mengikut nasihat secara

mekanikalyang keterlaluan akan menghilangkan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai

sebagai unsur tradisi dan agen semak dan seimbang yang berperanan memberikan kestabilan

dan keharmonian kepada politik negara. menurut perspektif Islam, ketua negara diberikan

tanggungjawab untuk memikul amanah yang sangat besar dan berat sejajar dengan

kedudukannya sebagai institusi kepimpinan tertinggi di dalam sistem pemerintahan pentadbiran

negara. Para sarjana Islam sendiri mendefinisikannya sebagai institusi yang dibentuk untuk
menggantikan fungsi kenabian bagi menjaga agama dan mentadbir hal ehwal keduniaan.Definisi

ini menjelaskan kepentingan peranan ketua negara menurut perspektif Islam yangmerangkumi

ruang lingkup yang luas. Peranannya tidak terhad kepada urusan keduniaan semata-mata malah

merangkumi urusan yang berkaitan hal ehwal ukhrawi. Peranan ketua negara di sini bukanlah

setakat membangunkan kehidupan duniawi rakyat seperti yang dikehendaki oleh akal yang

rasional, malah turut bertanggungjawab memastikan semua aktiviti kehidupan yang dilakukan

oleh rakyat berkaitan dengan hal ehwal keduniaan mereka selaras dengan kehendak agama.16

Selain itu, oleh kerana ketua negara itu merupakan pengganti fungsi kenabian, beliau memikul

tanggungjawab yang lebih berat dalam soal keagamaan meliputi pelbagai aspek yang terkandung

di dalam syariat Islam seperti solat, kehakiman, fatwa, jihad dan hisbah. Bidang kuasa ketua

negara dalam fungsi ini meliputi seluruh rakyat tanpa sebarang pengecualian. Peranan yang

sebegitu besar untuk dipikul oleh ketua negara ini menjadi bukti mengapa jawatan ini dianggap

sebagai salah satu kewajipan agama yang utama.

Perlembagaan meletakkan tanggungjawab ke atas institusi di luar demokrasi, terutamanya

institusi raja sebagai satu mekanisme penting tentang perpaduan. Walaupun mekanisme

demokrasi dilihat sebagai boleh menangani isu atau perkara penting dalam pembentukan negara,

namun, dalam konteks perpaduan, keupayaan demokrasi masih lagi boleh dibahas.Dalam

demokrasi itu terkandung konsep kelebihan yang ada pada kelompok majoriti walaupun di

dalamnya juga terzahir hak kumpulan minoriti. Namun, dalam negara seperti Malaysia, prinsip

yang ada dalam demokrasi itu belum tentu dapat menyamai teori dan aplikasinya. Kesukaran

menerima prinsip demokrasi sepenuhnya dalam konteks perpaduan kerana demokrasi juga

membabitkan power struggle atau perebutan kuasa, dan dibimbangi demokrasi itu menjadi hanya

satu ilusi. Seperti juga pendapat Aristotle, ahli falsafah Greek yang terkenal tentang penyatuan
tiga sistem pemerintahan, iaitu demokrasi, monarki dan aristokrasi, adalah sistem terbaik

pembinaan negara.Dalam meraikan sistem demokrasi diperlukan satu mekanisme pengimbang,

supaya power struggle dalam demokrasi itu tidak mendatangkan impak negatif ke atas subjek

yang dipimpin dalam sesebuah negara. Dalam konteks perpaduan, subjek yang dimaksudkan

ialah rakyat yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya.Dari sini, wujudnya satu keperluan

kepada sistem lain yang wujudnya di luar sistem demokrasi. Ini bagi memastikan demokrasi

tidak dinodai oleh power struggle semata-mata dan seterusnya memburukkan

keadaan.Demokrasi dalam negara kita juga begitu. Demokrasi diseimbangkan dengan kuasa di

luar demokrasi. Kuasa di luar demokrasi itu adalah sistem monarki. Sistem monarki, atau sistem

raja ini tidak berada secara mutlaknya dalam sistem demokrasi kerana pemilihan atau

lantikannya bukan bersandarkan sistem asas demokrasi.

Akhir kalam,rukun Negara adalah falsafah dan ideologi negara yang menjadi dasar kesatuan,

perpaduan bangsa serta pedoman kepada semua masyarakat di negara ini.Sehubungan itu, setiap

rak-yat Malaysia perlu menghormati dan mempertahankan kedudukan institusi raja berdasarkan

kepada prinsip kedua Rukun Negara itu.Ini kerana institut raja yang diiktiraf oleh Perlembagaan

Persekutuan penting dalam menjamin kestabilan negara kerana ia menjadi lambang dan payung

kedaulatan negara, selain menaungi rakyat dan agama. Raja dan rakyat sebenarnya tidak boleh

dipisahkan. Raja umpama pohon dan rakyat itu adalah akarnya.Perlu diingatkan bahawa institusi

raja bukan sekadar ‘hiasan’, sebaliknya adalah sebuah institusi utama yang termaktub dalam

perundangan negara.Dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, Yang di-

Pertuan Agong diangkat sebagai Ketua Negara, manakala raja dan sultan pula sebagai Ketua

Agama Islam di negeri-negeri.


Namun agak sedikit terkilan terhadap apa yang berlaku sejak kebelakangan ini apabila perbuatan

memperlekeh dan menghina raja menjadi satu gejala baharu di media sosial.Malah lebih

mendukacitakan Yang di-Pertuan Agong turut menjadi mangsa kecaman oleh mereka yang tidak

bertanggungjawab.Ramai yang marah terhadap pihak tertentu yang secara terbuka menghina dan

mencerca institusi raja termasuk menghasut serta mempengaruhi rak-yat membenci raja-raja

Melayu.Tindakan tersebut sekira-nya dibiarkan berlarutan dibimbangi boleh mengakibatkan taat

setia rakyat kepada raja-raja Melayu akan terhakis.Sehubungan itu, penghinaan terhadap institusi

raja oleh individu dan pihak tertentu wajar diambil tindakan serta dikenakan hukuman setimpal.

Kebiadaban mereka itu wajar dikategorikan sebagai kesalahan serius kerana perbuatan yang

tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan imej ins-titusi raja di negara ini.Sekiranya rakyat

di negara ini mendalami sistem institut raja, pasti mereka akan teruja dan tidak mahu kedudukan

institusi tersebut tergugat dan diancam.Mungkin ada dalam kala-ngan rakyat negara ini tidak

sedar bahawa sistem penggiliran pemerintahan Yang di-Pertuan Agong adalah satu-satunya yang

seumpamanya di dunia bagi pemerintahan sesebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai