Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di sesebuah Negara dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik

di Malaysia. Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi di sesebuah Negara dan ia merangkumi set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan orang awam. Perlembagaan terbentuk hanya melalui persetujuan di antara pemimpin dan rakyat serta mampu memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat. Sejauhmanakah kepentingan

perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di sesebuah Negara dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Seperti yang kita tahu, Perlembagaan penting untuk menjaga keselamatan dan kepentingan rakyat serta mampu menjamin pemerintahan yang adil, cekap dan jujur. Di dalam Malaysia yang mempunyai masyarakat yang majmuk adalah penting adanya perlembagaan. Perlembagaan dapat membantu mempertahan setiap kepentingan asas etnik di dalam Malaysia. Secara umumnya juga dapat mengelak berlaku pertelingkahan di antara kaum atau etnik. Berlandaskan undang-undang yang telah tersedia di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang tidak begitu bersefahaman dapat membincangkan masalah mereka sacara bersama, maka masalah yang mungkin timbul tentulah tidak begitu sukar dan ketara. Oleh itu dengan adanya perlembagaan kita dapat menyelesaikan konflik-konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah. Pertama termaktub dalam perlembagaan menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara ini. Setiap rakyat di Malaysia tidak mengira kaum, bangsa dan agama diberi kebebasan hak untuk membuat keputusan seperti kebebasan diri, beragama, berpersatuan dan memiliki harta. Dengan adanya peruntukkan begini, perlembagaan dapat menjamin keselamatan dan keamanan melalui undang-undang yang digariskan dengan jelas. Tambahan pula, hak dan kebebasan setiap etnik dapat dilindung dan dihormati oleh setiap individu. Ini dapat mengelak berlakunya pertelingkahan dan ketidakpuasan. Menurut Hasnah Husin (2007), kewujudan perlembagaan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menjurus kepada sesetengah kaum sahaja. Ini dapat dilihat dalam perlembagaan di mana bahasa

Melayu ialah bahasa rasmi Negara. Namun demikian, rakyat yang berbilang kaum dan etnik tidak dipaksa berbahasa melayu. Mereka masih boleh menggunakan bahasa kaum sendiri untuk kepentingan diri sendiri dan pertuturan harian. Buktinya, guru di sekolah cina dan india masih mengguna bahasa ibunda untuk mengajar. Secara tidak langsung dapat menyatupadukan masyarakat majmuk di Negara kita di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta akan tanah air. Menurut teori kontrak sosial dari pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes ialah bahawa manusia mewujudkan Negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individuindividu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Kontrak sosial yang dapat kita lihat di Malaysia ialah Perlembagaan 1963. Kepentingan perlembagaan Malaysia dalam konteks kontrak sosial ialah menyatupadu rakyat yang berbilang kaum. Di sini dapat membantu mewujudkan integrasi di antara kaum. Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam Negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam perlembagaan, termaktub pada perkara 153 iaitu kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ia bertujuan untuk menjaga hak orang bumiputera sebagai penduduk asal di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak malah mendekatkan jurang perbezaan di antara kaum terutamanya kaum cina dengan kaum india yang terpisah sejak kedatangan British di Tanah Melayu. Jadi adalah penting untuk kaum atau etnik lain untuk tidak mempersoal isu ini agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia tidak berulang. Perlembagaan yang melibatkan konteks hubungan etnik termaktub pada perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Ini dapat mewujudkan keadilan sosial antara kaum. Ini bermaksud seseorang diberi kebebasan untuk bercakap tetapi ada batasannya. Hal

ini kerana mengelak ada percakapan yang menyentuh isu sensitif yang boleh menyebab berlakunya rusuhan kaum.

Anda mungkin juga menyukai