Anda di halaman 1dari 16

Pendahuluan

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undang


tertinggi Negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah Negara.
Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang
member jaminan kepada pemerintah dan juga kepada rakyat sama ada perlindungan,
kedudukan, hak dan sebagainya.perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kini
dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang
menyentuh pelbagai aspek mengenai sistem pemerintahan. Kedudukan istimewa orang
Melayu, agama, bangsa, kebebasan asasi dan sebagainya. Perlembagaan juga telah
menggariskan tentang kuasa Persekutuan, negeri dan kuasa bersama. Oleh kerana
Perlembagaan sumber undang-undang Negara, maka semua pihakperlu akur kepada
undang- undang Perlembagaan memandangkan kandungan Perlembagaan adalah
dibuat secara demokrasi yang telah mewakili kehendak dan persetujuan semua pihak.

1
Apa itu perlembagaan

Perlembagaan adalah sekumpulan undang-undang dasar, yang menjadi garis


panduan bagi pemerintahan sesebuah Negara. Dari undang-undang dasar ini, lahirlah
semua undang-undang yang diperkenalkan di Negara ini. Dalam perlembagaan
termaktub peraturan yang menentukan struktur kerajaan dan kuasanya, sistem
kehakiman, hak asasi , kebebasan beragama, soal bahasa, hak kerakyatan, dan pilihan
raya. Jelaslah bahawa Perlembangan merupakan satu dokumen unggul yang amat
mempengaruhi segala aspek perkembangan politik, ekonomi, pendidikan, keagamaan,
dan kebudayaan.

Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Tanah Melayu yang


telah digubal oleh Suruhanjaya Perlembagaan yang dipengerusikan Lord Reid dari
United Kindom. Ahli-ahli Suruhanjaya ini terdiri daripada pakar-pakar perlembagaan
dari Australia, India dan Pakistan. Wakil-wakil Raja-raja Melayu dan parti-parti politik
seperti UMNO, MCA, dan MIC juga menyertai suruhanjaya ini. Perlembagaan Malaysia
telah mula dikuatkuasakan bermula pada 16 September 1963 dan kandungannya
disesuaikan dengan keadaan tempatan. Perlembagaan kita adalah jenis bertulis. Ada
juga Negara seperti England yang mempunyai perlembagaan yang tidak bertulis

2
Konsep
Perlembagaan

Merupakan sumber undang- Untuk menyelaraskan


undang tertinggi sesebuah pemerintahan sesebuah
Negara Negara.

Bermatlamat untuk memberikan


Berperanan sebagai garis panduan jaminan dan perlindungan kepada
pembentukan undang-undang sama ada rakyat.
di pihak pemerintah atau rakyat.

Perlembangan Persekutuan mengandungi 131 perkara yang menyentuh


pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, YDPA,
keistimewaan raja-raja ,Melayu dan hak orang bukan melayu, soal bahasa
Melayu, agama, kehakiman, kewarganegaraan, kehakiman dan
sebagainya.

3
Kontrak Sosial

Seawal termeterainya kontrak ini di awal pembinaan negara, hal ini dipandang relevan
kerana masyarakat bukan bumiputera masih baru di tanah ini. Namun setelah masa
selama 50 tahun berlalu, generasi terkemudian, masyarakat yang lahir daripada benih
penduduk bukan bumiputera tadi sudah merasakan bahawa mereka juga rakyat
Malaysia yang perlu mendapat kesaksamaan hak dalam menongkah arus kehidupan di
bumi tercinta ini. Isu ini sememangnya antara isu yang boleh membawa negara ke arah
kemusnahan sekiranya tidak difahami secara teliti terutamanya oleh generasi muda
dewasa ini.

Perlembagan Persekutuan Malaysia pada hari ini merupakan hasil dari kontrak Sosial
yang telah dipersetujui antara etnik dalam proses pembentukan Negara semasa;

(a) Bantahan orang melayu terhadap rancangan Malayan Union melahirkan


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
(b) Pemuafakatan pelbagai etnik di wakili oleh Parti Perikatan, cadangan NGO’s dan
Raja-Raja Melayu-Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu 1957
(c) Pemuafakatan antara etnik merangkumi Sabah dan Sarawak dalam Penubuhan
Malaysia-Perlembagan Persekutuan Malaysia 16 September 1963

Semasa proses pembentukan Perlembagaan Perseketuan terdapat beberapa kaedah


yang di praktikan antara etnik

konsep win-win solution/situation


persefahaman, tolenrasi,berkongsi kuasa.
sedia berkorban

Contoh; Orang melayu sanggup memberikan kerakyatan manakala bukan melayu


sanggup menerima hakikat kedudukan istimewa orang melayu. Hasilnya prinsip “jus
soli” diterima dan 800,00 etnik cina diterima menjadi warganegara.

4
Pendapat tentang Kontrak Sosial

Apabila membaca banyak buku rujukan dan melayari internet berkaitan dengan
Kontrak Sosial saya berpendapat bahawa kontrak social ini merupakan satu perjanjian
yang tidak bertulis yang telah dimeterai oleh pemerintah dan pentadbir Negara pada
zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957., kontrak social ini masih
lagi menjadi pegangan dan ikutan oleh pemimpin pada masa kini. Bagi saya kontrak
sosial ini memang merupakan tindakan bijak yang dilakukan oleh pemimpin tiga kaum
utama di Malaysia iaitu Melayu, India, dan Cina dalam menjadikan rakyat Tanah Melayu
yang pada masa itu berkerjasama dan hidup sebagai satu komuniti masyarakat yang
harmoni. Masyarakat ,Malaysia pada masa itu terlalu bersikap pasif terhadap satu sama
lain. Setiap kaum hanyak mementingkan keadaan dan keperluan kaum itu sendiri.
Malah pada masa itu perasaan cinta kepada Tanah Melayu masih belum terpahat
dalam diri rakyat bukan Melayu. Ini seterusnya membawa kepada pembentukan
Perjanjian yang tidak bertulis yang telah membawa kepada permuafakatan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Malah kontrak sosial ini turut menjamin keamanan Negara
sehingga ke hari ini.

Dapat dikatakan di sini bahawa pemimpin pada zaman dulu telah mengambil
keputusan yang bijak dengan mewujudkan kontrak sosial yang terus diikuti walaupun
tiada bukti hitam putih. Permuafakatan antara kaum akan terus terpelihara jika semua
orang mengetahui tentang kontrak sosial ini dan terus mengikutinya.

5
Unsur –unsur dalam Perlembagaan Malaysia

Unsur- unsur ini penting kerana menjadi faktor penting untuk mewujudkan identiti
Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan, ia juga merupakan satu
“kontrak sosial”. Ianya telah pun wujud semenjak ratusan tahun sebelum Perlembagaan
Persekutuan 1963 dan ia berperanan menstabilkan sistem politik negara” (Tun Salleh
Abbas bekas Ketua Hakim Negara). Selain itu, unsur tradisi in juga dilindungi dibawah
Akta Hasutan atau lebih di kenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
( Internal Security Act 1960 (ISA) ). Ini menyatakan bahawa jika terdapat sebarang
hasutan berkaitan dengan un sur – unsur tradisi ini maka seseorang atau pemula
hasutan boleh dikenakan tidakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

6
Bahasa Melayu

Perkara 152(1) Bahasa Melayu sebagai bahasa


rasmi,namun penggunaan dan pembelajaran
bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Cth-
penggunaan bahasa cina,tamil dimedia cetak
Unsur- unsur atau elektronik,disekolah-sekolah- ada subjek
dalam bahasa iban, kadazan,cina dan tamil di sekolah.
Perlembagaan
Malaysia

Agama Islam

Perkara 3 Islam sebagai Agama rasmi.


Walaupun agama Islam dianggap sebagai
agama rasmi, namun agama-agama lain
boleh diamalkan secara bebas dalam
persekutuan Malaysia.
Pemerintahan beraja

Perkara 32,38(4) Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak
Kedudukan Raja-Raja
Melayu dalam sistem Hak ini meliputi pejawatan dalam perkhidmatan
pemerintahan negara, awam,biasiswa,pendidikan,permit dan lesen perniagaan,
Kewujudan institusi ini selain itu berkaitan dengan perezaban tanah perkara ini
adalah sebagai simbol tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan penarikan hak
kuasa,kestabilan politik berkaitan terhadap kaum lain. Etnik lain juga diberikan
dan perpaduan etnik. ruang untuk terlibat dalam perkara yang serupa dengan
bilangan yang minoriti.

7
bS
R
A
Y
D
r4sm
penyautklhgJdi,3P
-o0).w
Kepentingan Perlembagaan

8
j/N
(B
-
S
cokby.Jt,dhP
9
pjlum
riw
nB
saM
egK
N
Bentuk-bentuk Perlembagaan

Perlembagaan terdiri daripada dua jenis iaiatu perlembagaan bertulis dan


perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan
yang dikumpul dan disusun dalam satu surat. Perlembagaan bertulis ini mengandungi
tiga sifat yang utama iaitu:

1. Ia adalah kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan
dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang
terkandung dalam Perlembagaan tetapi Parlimen adalah dilarang membuat
undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
3. Tugas mahkamah. Dalam hal ini mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir
undang-undang dan melindungi Perlembagaan.

Manakala Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip Perlembagaan


yang tidak terkumpul dalam satu surat contohnya Akta Parlimen dan keputusan-
keputusan mahkamah. Dalam hal ini, Perlembagaan Malaysia mengamalkan
Perlembagaan bertulis di mana Parlimen mendapat kuasa daripada Perlembagaan.
Malah ketiga– tiga badan kerajaan iaitu badan Kehakiman, Perundangan dan Eksekutif
serta Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Kuasa –
kuasa perundangan dan kehakiman yang dijalankan di mahkamah juga tertakluk
kepada sekatan– sekatan yang dikenakan atau tertakluk di dalam Perlembagaan.

10
Perlembagaan Persekutuan

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah


menjadikan Perlembagaan sebagai undang-undang Negara yang menjamin keamanan
dan kesejahteraan rakyatnya. Oleh itu, perkara penting yangmencirikaqn Perlembagaan
ialah ia melambangkan Malaysia sebagai sebuah Negara Persekutuan, mempunyai
Raja Berperlembagaan, mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, tetapi agama lain
bebas untuk mengamalkan agama masing-masing. Ini menunjukkan Malaysia sebagai
sebuah Negara yang mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingan semua
kaum dan bangsa. Manakala Perlembagaan pula menjadi sumber undang-undang
tertinggi Negara dan pada masa yangsama menjamin kebebasan undang-undang di
Negara ini. Selain daripada itu, Perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan
kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Ini juga melambangkan sikap toleransi pemerintah
dan menjamin amalan demokrasi tetap wujud.

11
12
Sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia

13
f3cjF
14
gT
o(P
C
w
t196S
enukrbh,pdA
alysim
M
B
.-R
4
5U
Ciri-ciri Utama Dalam Setiap Peringkat Kearah Penggubalan
Perlembagaan

Ciri – ciri Malayan Union

Malayan Union merupakan gabungan 11 buah Negeri-negeri Melayu


Bersekutu, Negeri Melayu tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri Selat .Ciri-ciri utama
Malayan Union ialah Singapura telah diasingkan menjadi Tanah Jajahan Mahkota
kerana kepentinganny sebagai pelabuhan bebas. Selain itu, Malayan Union diketuai
oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Raja-raja Melayu dilantik sebagai
ahli Majlis Raja- raja dan hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat orang
Melayu. Kerakyatan sama rata berdasarkan prinsip jus soli yang menjadi asas
kerakyatan Malayan Union juga telah diperkenalkan. Pada maa yang sama Majlis
Eksekutif dan Majlis Undangan diwujudkan sebagai badan pelaksana dan perundingan.

Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu merupakan gabungan 11 buah negeri ,


4 buah negeri-negeri Melayu Bersekutu, 5 buah negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2
buah Negeri Selat.kerajaan Pusat diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu 2
badan kerajaan iaitu Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan. Negeri pula diketuai oleh
sultan dan jawatan Menteri Besar diwujudkan sebagai pentadbir negeri. Selain itu,
konsep Raja Berperlembagaan telah diwujudkan, kuasa raja ditentukan oleh
Perlembagaan. Sistem kerakyatan diperketatkan. Kerakyatan jus soli hanya untuk
rakyat melayu dan rakyat British yang lahir di sesebuah negeri Melayu dan menjadi
rakyat negeri itu secara automatic. Rakyat British ialah mereka yang lahir dan tinggal di
Pulau Pinang dan Melaka malahan British juga telah mengiktiraf semula ketuanan
Melayu yang diperakui sejak Perjanjian Pangkor.

15
Ciri- ciri Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada Mac 1956. Tujuan pembentukannya


adalah untuk berbincang dan susun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka. Suruhanjaya Reid diketuai oleh Lord Reid ( Hakim British ). Tugas
Suruhanjaya ialah merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Ciri-ciri Suruhanjaya Cobbolt

Suruhanjaya Cobbolt adalah sebuah suruhanjaya yang diwujudkan adalah


untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
Suruhanjaya ini turut membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak
British. Suruhanjaya ini bertugas dari Februari ke April 1962 dan seterusnya
mengemukakan laporan kepada British pada Jun 1962. Ahli-ahli yang terlibat ialah Lord
Cobbolt, Sir Antony Abell, dan Sir David Waterson.

Kesimpulan

Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang sesungguhnya


mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan
Negara ini. Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci,
setakat ini ia telah Berjaya melicinkan pentadbiran Negara. Perlembagaan sebenarnya
adalah tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Perlembagaan
juga telah menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Melalui perlembagaan setiap warganegara samavada pemerintah dan rakyat mendapat
hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya

16

Anda mungkin juga menyukai