Anda di halaman 1dari 3

Hedonisme’ - Apakah dia sebenarnya.

 Kamus Dewan mendefinisikan hedonisme sebagai ‘pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan kesenangan hidup’. Secara umumnya, hedonisme adalah ‘pendekatan sosial
yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup’. Sebagaimana ‘isme-isme’ yang lain seperti
sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan lain-lain, ‘isme’ itu menggambarkan
pegangan dan cara hidup. Mereka yang terjebak dengan hedonisme mengikat diri mereka
dengan hiburan sebaik celik mata hinggalah menutup mata.

Kita semua menyedari bahawa Islam itu syumul, lengkap dan menyeluruh. Islam tidak hanya
ditafsirkan dari sudut ibadah dan ritual semata-mata. Islam itu Ad-Deen. Islam itu sebagai cara
hidup. Lengkap dari pelbagai sudut dan aspek. Sebagai seorang Islam, mengapa harus
menerima pakai ‘isme-isme’ yang lain.

 Bagi mereka yang cenderung kepada hedonisme, hidupnya diwarnai dengan hiburan. Pagi
beralih ke tengah hari, senja menyongsong petang, malam semakin pekat - hiburan demi
hiburan menjadi peneman. Dari tv, radio, perisian komputer, aplikasi internet hinggalah ke buku
dan majalah, semuanya berbaur hiburan. Sebagai seorang Islam, apatah lagi berada dalam
status sebagai mahasiswa yang berpengetahuan, tidak sukar untuk membezakan yang mana
yang dinisbatkan sebagai hedonisme dan mana yang tidak.

 Diakui, lahiriah manusia amat gemar kepada hiburan dan perayaan. Menjadi norma setiap
bangsa dan agama di dunia mempunyai perayaan-perayaannya yang tersendiri. Lazimnya
perayaan ini diiringi dengan pesta dan keramaian. Pelbagai jenis hiburan dipertontonkan.
Tataan tarian, nyanyian dan iringan muzik dipersembahkan. Malah ada sesetengahnya yang
melangkaui lebih jauh dari itu. Tidak cukup dengan halwa lidah dan halwa telinga, nafsu para
hadirin dijamu dengan tubuh dan badan. Na ‘au’zubillah.

Berbeza dengan Islam, Allah Ta’ala mensyariatkan agar umat Islam merayakan Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Perayaan-perayaan ini mempunyai hikmah dan pengertian
yang tersendiri selaras dengan tuntutan agama dan bukannya menurut hawa nafsu. Malah di
dalam buku-buku yang menerangkan tentang hukum fekah, jelas diterangkan jenis hiburan dan
jenis alat muzik yang dibenarkan dalam Islam. Ini jelas menunjukkan betapa agama Islam turut
memberikan ruang dan peluang untuk para penganutnya berhibur asalkan tidak ‘lagha’ (lalai)
dan bertentangan dengan hukum syarak.

 Hedonisme - Jarum Terhalus Zionis

 Menyorot semula sejarah permulaan keruntuhan moral masyarakat moden, titik hitamnya
bermula dengan wujudnya Protokol Zionis. Kata sepakat dicapai oleh cendekiawan dan pemikir
bangsa Yahudi dalam Kongres yang dipengerusikan oleh Theodor Hertzl. Kongres ini
berlangsung di Basel, Switzerland pada 1897. Selama lebih dari 113 tahun lamanya, bangsa
Yahudi melaksanakan kesemua 24 protokol yang turut dikenali sebagai ‘The Protocols of
Learned Elders of Zion’ dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Setiap protokol
mempunyai pelan khusus pelaksanaannya yang hanya diketahui oleh orang-orang yang
menganggotai Freemason dan Iluminati. Kedua-duanya adalah organisasi hitam yang menjadi
hujung tombak golongan Zionis.
 Lalu apa kaitannya antara Protokol Yahudi dengan hedonisme? Penerangan tentang Protokol
Kesepuluh dapat memberikan jawapan kepada persoalan di atas. Ia dicatatkan antaranya
sebagai berikut:-

 ‘Pemikiran liberalisme akan ditanam dalam minda pemimpin negara-negara bukan Yahudi.
Akibatnya kestabilan politik menjadi goyang dan pilihanraya dapat diatur. Kemenangan akan
disusun agar pemimpin-pemimpin yang cenderung kepada Zionis akan beroleh kemenangan.
Maka semua perancangan Yahudi akan dapat dilaksanakan olehnya’.

 Protokol kesepuluh, telah diterjemahkan pelaksanaannya dan didakwa oleh sesetengah pihak
sebagai elemen-elemen yang menyokong dan melicinkan penyerapan doktrin hedonisme dalam
masyarakat. Terdapat lapan perkara yang diterapkan agar menjadi budaya dalam kalangan
orang-orang bukan Yahudi. Lapan perkara ini diakronimkan dengan ‘4S & 4F’. Song, seks,
smoke (rokok) dan sport dikelompok dalam 4S manakala fun (hiburan)’, female (perempuan),
fashion, dan food. Semuanya ditujukan khusus untuk anak-anak muda dan remaja yang
menjadi generasi pelapis umat. Hasil dari peranan media massa yang dikuasai oleh golongan
Zionis ini maka kesemua perkara ini seolah-olah menjadi budaya moden di seluruh dunia.
Kemajuan sesebuah masyarakat diukur dari segi keterbukaan masyarakat menerima dan
mengasimilisasikan kesemua 4S & 4F ini.

 Mungkin pada mata kasar mahasiswa sekalian, 4S & 4F ini adalah perkara biasa yang telah
menjadi realiti dalam masyarakat Malaysia. Ia telah bertapak bertahun-tahun lamanya dalam
masyarakat Malaysia. Maka, mungkin timbul pertanyaan di hati kita :-

 4S & 4F, takkan tak biasa kot?”

 “Patutkah kita meminggirkannya?”

 ”Bukankah ia telah menjadi sebahagian dari kehidupan kita?”

Jika persoalan-persoalan ini timbul difikiran kita, maka percayalah bahawa matlamat
Protokol Kesepuluh ini telah mengakar umbi dalam kehidupan kita tanpa disedari. Cuba kita
bayangkan anak-anak muda Islam hanyut dalam dunia hiburan. Tidak cukup penyanyi dan
pemuzik dipuja-puja, ramai pula yang berangan-angan dan berusaha untuk menjadi
sebahagian darinya. Lagu-lagu digubah untuk menaikkan nama dan imej.

 Pelbagai fesyen direka agar kelihatan lain dari yang lain. Rokok sentiasa tersepit di bibir atau
dikepit di jari. Promosi-promosi pun berlangsung agar ia menjadi ikutan. Cerita-cerita panas
tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu dan berbentuk zina dihebohkan. Masing-masing
merelakan diri menjadi bahan gossip. Bercinta pun heboh, berkahwin biar lebih ‘glamour’ dari
yang lain dan bercerai-berai biar lagi kecoh. Lebih panas lebih hebat. Wartawan-wartawan
diupah untuk memanaskan keadaan. Untuk tidak nampak ketinggalan dan dianggap kolot,
makanan Barat dijamah dan arak diteguk. Pub dan disko dikunjungi. Lebih ‘power’ jika terlibat
dengan najis dadah. Hidup berselubung dengan maksiat. Namun ini adalah realiti dalam dunia
hiburan dan dunia sukan.

 Para peminat yang rendah akal ternganga dan melopong melihat betapa gah, glamour dan
terkenalnya artis dan ahli sukan pujaan. Gambar, cerita dan berita sensasi mengenai kehidupan
mereka dipaparkan di televisyen, majalah, blog dan suratkhabar. Hidup mereka digambarkan
sebagai moden, kontemporari dan mewah. Maka ramailah terpengaruh untuk mengikut jejak
langkah mereka. Bagi remaja dan anak-anak muda, tidak dapat jadi artis dan ahli sukan pun,
dapat meniru fesyen mereka pun jadilah. Maka kesan protokol Yahudi yang kesepuluhs ini
berjaya sampai ke ruang tamu rumah kita tanpa disedari.

 Untuk menjelaskan lagi betapa pentingnya hedonisme ini menjadi urat nadi manusia, Yahudi
Zionis memberi penekanan sekali lagi sebagaimana yang terkandung dalam Protokol Ke-13
yang antara lain bermaksud seperti berikut:-

 ‘Untuk menjahanamkan dan meruntuhkan sesebuah bangsa dan negara, bangsa Yahudi
mestilah menghapuskan golongan intelek dan cediakawan bukan Yahudi. Golongan ahli
perniagaan harus turut dimufliskan dengan melaga-lagakan dan mewujudkan persaingan kotor
yang menghancurkan penguasaan mereka. Pesta-pesta pelbagai bentuk, hiburan dan
keramaian harus dicipta dan dirayakan. Penganjurannya haruslah diwar-warkan untuk kelihatan
berprestij dan meriah. Semua ini penting agar kekayaan negara-negara bukan Yahudi
dihabiskan untuk penganjurannya. Orang bukan Yahudi harus dialihkan & dilumpuhkan
keupayaan mereka berfikir. Ketajaman fikiran mereka harus dipesongkan dengan asakan
hiburan, pertandingan sukan, penganjuran pesta kebudayaan, keasyikan karya-karya kesenian
dan pelbagai pertandingan lain. Permusuhan harus disemai hasil dari persaingan kotor dan
tidak sihat’.

 Lalu, apakah tindakan kita?

 Mahasiswa sekalian boleh melihat dan memahami dengan jelas, semua perancangan dan
pelan pelaksanaan yang dirangka oleh Yahudi Zionis. Semuanya telah menjadi budaya dan
sebahagian dari denyut nadi masyarakat hari ini. Apakah tindakan yang harus dilaksanakan?
Patutkah kita menongkah dan menentang arus atau memilih untuk berpeluk tubuh mendiamkan
diri. Atau mungkin lebih malang, ikut hanyut bersama gejala-gejala yang sungguh merosakkan
ini.

 Asas utama untuk bertindak adalah dengan menyedarkan diri sendiri, keluarga, rakan-rakan
dan orang-orang yang kita kasihi. Ambillah langkah pertama dengan menjauhkan diri sedikit
demi sedikit dari cengkaman budaya hedonisme. Jauhkan diri dari membeli dan mengikuti
berita-berita yang bersifat hiburan. Jauhkan diri dari terikut-ikut dengan fesyen terkini dan
bermusim sifatnya. Jauhkan diri dari rokok dan perkara-perkara yang seumpamanya. Mungkin
timbul persoalan, apakah alternatif selain dari hiburan?

 Jawapannya cukup mudah Islam telah lama menyediakan jalan hiburan yang bersesuaian.
Malah hiburan yang paling menarik dan berterusan sifatnya adalah penerokaan ilmu. Ia sesuai
dengan realiti kehidupan mahasiswa. Jadikan penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang ini
sebagai satu budaya. Habiskan waktu yang ada dengan mempelajari ilmu,
memperkembangkannya dan menyebarkannya sejauh dan semampu yang boleh. Bentukkanlah
peribadi, ketrampilan dan gandingkan amal ibadat dengan ilmu. Jadikan diri anda seorang da’i.
Berusahalah untuk mencapai tahap ‘murabbi’. Lakukan ini dengan niat ikhlas kerana Allah
Ta’ala. Percayalah mahasiswa sekalian. Ia sangat bermanfaat. Di dunia dengan izin Allah
Ta’ala, anda akan beroleh penghormatan dari orang lain dan menjadi sumber rujukan. Di alam
barzakh ia menjadi bekalan yang tidak putus-putus dan menjadi sandaran untuk anda
mengetuk pintu syurga yang kekal dan abadi. Insya Allah

Anda mungkin juga menyukai