Anda di halaman 1dari 10

NAMA:

AMIR ZUHAIRI BIN JAMIL

NO KAD PENGENALAN:
030506-01-1653

PROGRAM:
1 DMPP

SUBJEK:
PENGAJIAN ISLAM

GURU MATA PELAJARAN:


USTAZAH HJH NORMA BINTI JASIN
BI PERKARA M/S
L
1 PENGHARGAAN 3
2 PENGENALAN 4
3 LAPORAN KES 5
4 FAKTOR/PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA SOSIAL 6
5 KESAN/AKIBAT PERBUATAN GEJALA SOSIAL TERSEBUT 7
6 CADANGAN PENYELESAIAN 8
7 KESIMPULAN 9

2
PENGHARGAAN

Assalamualikum dan selamat sejahtera.


Di kesempatan ini,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana telah dapat
menyiapkan Kajian Kes Pengajian Islam ini dengan jayanya.Terlebih dahulu saya ingin
merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Guru Pengajian Islam
saya iaitu Ustazah Hjh Norma Binti Jasin selaku Guru Mata Pelajaran yang telah
meluangkan masanya menunjuk ajar dan membimbing saya semasa membuat kajian kes
ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ayah saya , serta
rakan-rakan saya yang telah memberikan dorongan,sokongan dan membimbing saya dalam
menyiapkan kajian kes ini.
Harapan saya semoga kajian kes ini dapat memberikan pengetahuan dan kecemerlangan
kepada semua yang membacanya.

3
PENGENALAN
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah punca kepada perbuatan khalwat dan
perbuatan tidak sopan. Islam melarang keras perbuatan tersebut kerana sifatnya yang
merapatkan hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan ajnabi boleh mendorong
pasangan tersebut berkelakuan tidak sopan, berkhalwat yang kemungkinan besar
terjerumus dengan perzinaan. Zakaria (1995) dalam bukunya bertajuk Akidah dan akhlak
dalam kehidupan muslim menjelaskan bahawa antara faktor yang menyebabkan keruntuhan
akhlak di kalangan pekerja kilang di Selangor ialah pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan. Menurut Siti Hajar (2002) dalam bukunya Bimbingan pendidikan seksual untuk
remaja Islam seseorang yang terjebak dengan seks bebas, kebanyakannya adalah ekoran
daripada berkhalwat atau duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan. Secara
psikologi, lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang sedang berdua-duaan akan
mudah mengalami total refleks, iaitu keadaan di mana seorang wanita tidak mampu berbuat
apa-apa pada saat lelaki terdorong melakukan hubungan seksual dengannya. Khalwat dan
perbuatan tidak sopan telah ditakrifkan sebagai dua perkara yang berbeza menurut Hukum
Syarak dan Undang-undang Pentadbiran Islam Negeri-negeri. Amran (1993) dalam bukunya
Masalah sosial dan hubungannya
Sementara khalwat menurut Islam yang dikanunkan dan diperundangkan adalah didasarkan
kepada hadis Rasulullah saw (Ahmad t.th)

Bermaksud:Janganlah kamu bersunyi-sunyian dengan perempuan yang tidak halal bagi


kamu kerana sesungguhnya orang yang ketiga itu adalah syaitan melainkan bersama orang
mahram.
Merujuk kepada hadis tersebut, khalwat adalah bermaksud pengasingan diri di tempat-
tempat yang terpencil dan tersembunyi oleh lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin
atau berada berdua-duaan di dalam keadaan yang sumbang di tempat-tempat yang
terpencil atau tersembunyi di antara lelaki dan perempuan yang tidak bernikah. Istilah inilah
yang telah dikanunkan dan diperundangkan menjadi beberapa peruntukan di dalam
Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Malaysia hari ini seperti seksyen 54 (1) dan (2)
Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 yang memperuntukkan kesalahan jenayah khalwat
termasuk dalam kategori kesalahan berhubung dengan maruah diri. Seksyen tersebut
menyatakan seperti berikut;
(1) Seseorang lelaki yang didapati bersama-sama dengan seorang atau lebih perempuan
yang bukan isteri atau mahramnya di tempat yang sunyi atau di dalam sebuah rumah atau
bilik atau di tempat yang terasing dalam hal-keadaan yang boleh mendatangkan syak
bahawa mereka melakukan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah,
apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Seseorang perempuan yang didapati bersama-sama dengan seorang atau lebih lelaki
yang bukan suami atau mahramnya di tempat yang sunyi atau di dalam sebuah rumah atau
bilik atau di tempat yang terasing.
4
LAPORAN KES

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap
terhadap seorang pendakwah bebas popular dan pasangannya selepas gagal hadir pada
prosiding khalwat mereka, dua tahun lalu.
Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain mengeluarkan perintah itu terhadap Sharhan Shafie,
39, dan Umi Masjuri Hassan, 40, selepas kali pertama kes disebut di hadapannya sebentar
tadi.Mahkamah juga turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Zainuddin Abdul
Yamin, 44, selaku penjamin yang juga gagal hadir.
Adik kepada Umi Masjuri, Masbellinda, 21, yang turut menghadapi tuduhan sama hadir ke
mahkamah dibenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.Mahkamah
menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes.Sharhan merupakan salah seorang
mengendalikan rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.
Kes khalwat dalam masyarakat semakin meningkat dari hari ke sehari. Masalah ini berlaku
tidak mengira golongan umur, samada remaja mahupun golongan sudah berkahwin. Secara
tidak langsung, hasil dari hubungan tidak sah ini, telah menyebabkan berlakunya kelahiran
anak tidak sah taraf malahan membawa kepada masalah yang lain. Oleh itu, artikel ini
bertujuan untuk menyatakan beberapa faktor penyebab permasalahan khalwat di Malaysia.
Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian
mendapati terdapat pelbagai faktor menyebabkan masalah khalwat dalam masyarakat Islam
iaitu kurang amalan agama dalam diri seseorang, institusi kekeluargaan yang lemah, sikap
masyarakat yang tidak prihatin, perkembangan teknologi dan komitmen keluarga.

5
FAKTOR BERLAKUNYA PERLAKUAN KHALWAT
Berdasarkan kepada beberapa kajian lepas yang telah dibuat, punca perlakuan khalwat
adalah disebabkan responden tidak menitikberatkan soal pergaulan antara pasangan yang
bukan mahram serta kurang memahami isu pergaulan dalam Islam yang sebenar di
samping kewujudan laman sosial yang pelbagai serta pakej murah mengikut jam oleh hotel
bajet
Di samping itu, peruntukan dan hukuman yang sedia ada juga dilihat gagal untuk
memberikan pengajaran kepada pesalah dan juga masyarakat, bidang kuasa mahkamah
juga tidak sepenuhnya digunakan atau dimiliki oleh para hakim, pegawai penguatkuasa
agama tidak terlatih sepenuhnya dalam prosedur jenayah Syariah dan penyiasatan, kurang
kelengkapan dan isu-isu negatif lain yang dibangkitkan oleh masyarakat.
Punca kepada gejala sosial seperti amalan seks bebas, penyalahgunaan dadah, gangster,
melepak, minum arak, lari dari rumah, bohsia, pelacuran dan termasuk khalwat ialah diri
sendiri, sikap ibu bapa yang tidak begitu mengambil berat akan pertumbuhan anak-anak,
pendidikan agama yang cetek, peranan rakan sebaya, masyarakat, kerajaan, pengaruh
media massa yang serba canggih dan berteknologi serta kehidupan yang ‘style’, iaitu yang
penuh bergaya dan berteraskan hawa nafsu semata.
Sungguhpun faktor yang diketengahkan berbentuk umum dan tidak hanya dikhususkan
kepada kesalahan khalwat, namun faktor-faktor ini adalah penting untuk dikenal pasti kerana
ia dilihat semakin menular dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan muda-
mudi.
Permasalahan yang berkaitan dengan prosedur dan pembuktian masih menjadi isu yang
tidak pernah selesai bukan sahaja terhadap kesalahan jenayah khalwat, malah semua
kesalahan yang termasuk di bawah undang-undang jenayah Syariah. Beberapa isu semasa
berkaitan dengan undang-undang jenayah Syariah di Malaysia sama ada dari segi bidang
kuasa, klasifikasi jenayah dengan merujuk kepada peruntukan undangundang sedia ada,
kes-kes yang dilaporkan termasuk sumber-sumber perundangan lain yang diterima pakai
telah disentuh dalam beberapa kajian lepas. Secara keseluruhannya, isu bidang kuasa
mahkamah Syariah di Malaysia masih belum dapat diselesaikan secara holistik yang mana
ia masih lagi kekal dengan ‘sifir’ 3:5:6 dan terhad keatas orang Islam sahaja. Ini
menyebabkan banyak kes-kes khalwat yang melibatkan pasangan yang bukan Islam tidak
dapat didakwa atas sebab ini.
Walaupun ia telah dipinda akan tetapi pindaan tersebut tidak memperluas atau menambah
atau meningkatkan bidang kuasa mahkamah Syariah kerana ia tidak memberi apa-apa
implikasi kepada bidang kuasa mal atau jenayah mahkamah Syariah.Sementara itu,
permasalahan dan kelemahan-kelemahan proses siasatan kes jenayah Syariah yang
dijalankan oleh pegawai penguatkuasa agama di bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah
(Wilayah Persekutuan) 1997 memerlukan kepada penambahbaikan dengan melihat
kesesuaiannya dari sudut syarak.
6

KESAN PERBUATAN KHALWAT

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh
bangunnya sesuatu Negara,agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam
masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan.
Budaya,budaya kuning dan pengaruh budaya barat mudah meresap masuk dan menjadi
ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak – pihak yang tertentu
terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak – pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah
pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja –
remaja melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh itu pihak – pihak atau anasir luar
akan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu
kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal
ialah
Masyarakat di negara ini akan menjadi porak peranda, berpecah belah dan tidak bersatu
padu. Keruntuhan akhlak akan menyebabkan masyarakat menjadi hilang punca dan
pertimbangan. Sikap untuk bersatu sesama bangsa tidak dapat dijana. Maka akan wujudlah
perpecahan dikalangan masyarakat pada hari ini
Selain itu,  masyarakat yang kian berubah dan menipisnya sekat dalam pergaulan laki-laki
dengan perempuan. Hal yang niscaya dengan perkembangan dunia di abad ke 20 ini
dengan teknologi yang membuka jaring-jaring pengaman yang tadinya menghambat
pergaulan intim laki-laki dan perempuan. Perubahan pola pikir dan pola sikap masyarakat
juga berakibat terhadap hubungan kemitraan laki-laki dan perempuan.
Seterusnya, Fenomena di masyarakat menunjukkan animo luar biasa terhadap penerapan
syariat Islam yang kadangkala salah kaprah. Qanun yang diambil dari prinsip-prinsip syariat
sering kali dikaitkan dengan pemahaman masyarakat yang sering tidak utuh tentang syariat
itu sendiri sehingga penerapannya di masyarakat juga sering berbeda-beda, tergantung
daerah hukumnya dan sejauh mana keberanian penguasa dan penegak hukumnya.
Di samping itu, Kecenderungan masyarakat menyalahkan perempuan (stereotype) dan
adanya sebagian pihak yang berusaha mengambil kesempatan saat seorang perempuan
berada dalam posisi lemah seperti ditangkap sedang berkhalwat yang membawa kepada
tindakan main hakim sendiri semakin menyulitkan posisi perempuan. Seringkali perempuan
menjadi korban selanjutnya dari upaya penegakan syariat ini, meski sebenarnya syariat
sendiri mengutuk perbuatan tersebut.
Akhir sekali, Kekerasan terhadap perempuan (KTP) adalah setiap perbuatan berdasarkan
perbedaan jenis kelamin, yang berakibat atau mungkin berakibat kesengsaraan atau
penderitaan, secara fisik, seksual, psikologis, ancaman perbuatan tertentu, pemaksaan dan
perampasan kemerdekaan yang terjadi di rana publik dan rana domestik.
7

CADANGAN PENYELESAIAN
Pihak yang berautoriti dan memiliki kuasa bertanggungjawab mencegah maksiat yang wujud
serta khalwat yang dilaporkan. Ia sama ada kuasa bersifat khusus seperti seorang bapa ke
atas anaknya atau juga kuasa bersifat umum seperti kerajaan ke atas rakyat. Kemungkaran
wajib dicegah apabila ianya benar-benar berlaku,sedang dilakukan atau sebagainya.
Langkah yang pertama, Menteri Agama berkenaan sepatutnya membezakan antara maksiat
yang dirahsiakan tanpa diketahui dengan maksiat yang dimaklumi. Sekiranya yang
dimaklumi seperti kes khalwat di lokasi tertutup dan premis peribadi sekalipun, maka ianya
wajib dicegah jika aduan dibuat, jika tidak, dibimbangi termasuk dalam golongan yang
dilaknat oleh Allah kerana membiarkan kemungkaran yang diketahui berleluasa.
Kedua, YB Menteri Agama sepatutnya memberikan fokus dalam kerja-kerja
penambahbaikan teknikal untuk lebih efisyen dalam menghalang sebarang kemungkaran
dan bukannya terus menerus memberikan pandangan yang menimbulkan polemik negatif
kepada tuntutan Islam dan institusi agama Islam. Kepada yang terlanjur, ingatlah
“Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.”
Ketiga,Mendekatkan diri kepada Tuhan.,Sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir
dan membaca Al-Quran.,Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.Mencuba untuk
mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin.
Keempat,Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling.
Jangan malu untuk berkongsi masalah. Luahkan segala masalah yang dialami.Ini juga dapat
mengurangkan masalah atau beban yang ditanggung di samping dapat meningkatkan
keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
Secara tak langsung timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama
mereka.
Kelima,Mengamalkan cara hidup yang sihat (positif) dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.melakukan senaman secara
sistematik,mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin fizikal dan mental yang
berkualiti.dan menghindari diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti najis
dadah, seks bebas dan sebagainya.
Langkah yang terakhir,Tetapkan target atau bina satu azam untuk mencapai kehidupan
yang lebih berkualiti.serta membina zam yang dapat menguatkan semangat individu itu
untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dan sentiasa yakin diri bahawa
azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih
berdisiplin.
8

KESIMPULAN
Sungguhpun terlalu awal untuk memperkatakan bahawa peningkatan kes-kes jenayah
khalwat di Malaysia yang dipengaruhi oleh faktor keberkesanan hukuman yang
diperuntukkan, namun begitu, melihat kepada Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-
mahkamah Kadi 1984 Penggal 77, peruntukan dan pelaksanaan hukuman merupakan salah
satu faktor peningkatan kes-kes khalwat di Malaysia. Peningkatan kes khalwat ini juga turut
dihadapi oleh negara jiran,Brunie. Selain faktor keberkesanan peruntukan dan hukuman,
faktor pengetahuan agama yang cetek, pergaulan bebas dan ibu bapa turut memainkan
peranan terhadap peningkatan jenayah khalwat di Malaysia. Faktor-faktor kepada
peningkatan ini perlu dianalisis dengan lebih mendalam lagi dan disarankan pihak-pihak
tertentu untuk mencari mekanisme pencegahan yang lebih berkesan untuk diaplikasikan
bagi menangani permasalahan ini

Anda mungkin juga menyukai