Anda di halaman 1dari 5

Emcee hari Q 2019

Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan Yang Berusaha Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah,
Penyelaras DUN Merlimau diiringi tuan Guru Besar SKM melangkah masuk ke dalam dewan.

Bil Agenda Teks

1 Ucapan alu- Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, Salam Melaka Berwibawa, Pintar,
aluan emcee Hijau, Bersih.. Salam mendidik dari hati dengan penuh intergriti..,
Salam SK Merlimau, Sahsiah Disanjung Ilmu Dijunjung..

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Kuntum melati menghias gelas,


Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah Kecemerlangan 2019,
Murid cemerlang kita hargai.

Yang Berusaha Encik Mohamad bin Kasim selaku Guru Besar SK Merlimau,
Yang Berusaha Encik Sabarhan bin Mokhtar NYDP PIBG SK Merlimau,

Yang Berusaha Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah, Penyelaras DUN


Merlimau, Guru-guru penolong kanan, guru-guru, pembantu-pembantu
pengurusan murid, ibu bapa, seterusnya anak-anak didik yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah Rahmat


dan kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan SK Merlimau 2019.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berusaha Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah, Penyelaras DUN Merlimau,
kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini .

Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa untuk hadir memberi sokongan kepada anak-anak dan juga
pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin sekalian,

Tujuan Majlis HAK ini diadakan adalah untuk menghargai murid-murid yang
mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum
sepanjang tahun 2019 ini.

Diharapkan agar dengan penghargaan yang diberikan akan menyemarakkan


lagi semangat anak-anak kita untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada
masa-masa akan datang.

2 Bacaan Doa Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis beroleh keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang indah ini,marilah sama-sama kita
mengaamiinkan bacaan doa yang akan diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Suhaimi
bin Md. Yusof. Dipersilakan.

*************** doa ********************

Aamiin aamiin Ya Rabbal Alaamiin.. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

3. Ucapan GB Hadirin yang dihormati,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, membuka tirai ucapan pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Encik Mohamad bin Kasim selaku Guru Besar
SK Merlimau untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

************************** ucapan
********************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan GB atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi,

4. Ucapan NYDP Arena ucapan kita teruskan lagi. Maka dengan segala hormatnya majlis
PIBG mempersilakan Encik Sabarhan bin Mokhtar, NYDP PIBG SK Merlimau
tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

*************************** ucapan ****************************

Terima kasih kepada YDP PIBG atas ucapan beliau sebentar tadi.

5. Ucapan Rumput bukan sebarang rumput,


Perasmian Rumput hiasan di tengah halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata perasmian.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan dipatah batang jerami,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi. Untuk itu, dengan tidak
melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar ucapan perasmian
daripada Yang Yang Berusaha Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah, Penyelaras
DUN Merlimau. Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.

*************************** ucapan ****************************

Hadirin sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berusaha Tuan
Haji Yuhaizad bin Abdullah, Penyelaras DUN Merlimau menyampaikan
ucapan perasmian itu tadi.
6 Persembahan Dari Kedah ke negeri Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu majlis mempersilakan anak-anak ……………..


untuk membuat persembahan.

*************** persembahan ************************

Tepukan gemuruh untuk anak – anak kita yang telah membuat persembahan
sebentar tadi. Hebat bukan!!
Terima kasih kepada murid-murid yang membuat persembahan sebentar tadi.

Untuk makluman, persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan

………………………………………………..

7 Penyampaian Aturcara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKM 2019 kita teruskan
Hadiah lagi.. Oleh itu majlis mempersilakan

Yang Berusaha ................................... diiringi oleh ................................


bagi menyampaikan hadiah.

i) Anugerah Mata Pelajaran Terbaik KPKP


ii) Anugerah Emas, Perak & Gangsa Tahap 1
iii) Anugerah Emas, Perak & Gangsa Tahap 2
iv) Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahap 2 Rujuk Brosur
v) Kehadiran Terbaik
vi) Sijil NILAM dan Sijil j-QAF

****************lampiran*********************

Terima kasih Yang Berusaha ………………………….. atas kesudian


menyampaikan hadiah – hadiah sebentar tadi.

8 Penyampaian Orang berbudi kita berbahasa,


Cenderahati Orang memberi kita merasa.
Perasmi
Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan Encik
Mohamad bin Kasim untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berusaha Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah, Penyelaras DUN Merlimau.

Kita sesusun bagaikan sirih,


Kita serumpun bagaikan serai,
Kami ucapkan terima kasih,
Budimu tuan tidak ternilai.

Anak haruan berenang – renang,


Anak udang dalam perigi,
Budimu tuan sentiasa dikenang,
Jika diundang datanglah lagi.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.


9 Penyampaian Majlis seterusnya adalah penyampaian sijil – sijil. Untuk itu dijemput
Sijil
.............................................................. diiringi oleh

.............................................................. untuk tampil ke pentas.

******** rujuk lampiran**************************

Terima kasih Yang Berusaha .............................. atas kesudian


menyampaikan sijil-sijil itu tadi.

10 Penyampaian Berbaju merah cantik berhias,


Anugerah Khas Diserikan pula dengan berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah khas,
Penerima teruja menunggu giliran.

Bagi tujuan tersebut, majlis mempersilakan ............................ diiringi oleh

............................. tampil ke pentas bagi menyempurnakan acara.

*************** lampiran******************

11 Penutup
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun hadapan bersua lagi.

Demikianlah tadi berakhirnya Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK


Merlimau Tahun 2019. Terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan,
barisan pentadbir, guru-guru, YDP dan AJK PIBG, staf-staf sokongan, murid-
murid, dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Mohamad bin Kasim,


GB SK Merlimau mengiringi Yang Berusaha ..................................... untuk
menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin sekolah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan …

Bunga kemboja putih berseri,


Putihnya melur di hujung dahan,
Sebelum saya mengundur diri,
Salah dan silap harap maafkan.

Naik perahu bawa joran pergi ke Acheh,


Thank you, shukran, terima kasih..

Akhir kata daripada saya, bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak
bergelora, begitu jua kami di sini, kemaafan dipohon, atas keterlanjuran kata,
terkasar bahasa, terguris rasa.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk itu
adalah kekhilafan saya sendiri . Saya sudahi dengan kalimah mulia
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai