Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

SK MERLIMAU TAHUN 2017

Yang Dihormati, Encik Mohd. Sharif bin Omar, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
Merlimau.

Yang Dihormati, Encik Mohamad bin Kasim, Guru Besar SK Merlimau;


Yang Berusaha, Barisan Penolong-penolong Kanan,, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru,
Pembantu-pembantu Pengurusan MUrid, tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi
sekalian.

Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia


Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama warga sekolah ini
pada Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Merlimau 2017.

Sidang hadirin yang berbahagia.


Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas
fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang
merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid
yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak langsung  membentuk seorang atlet
yang  berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai  jati diri yang kental serta
mempunyai daya kepimpinan.

Sesungguhnya saya amat berbesar hati dengan kerjasama yang ditunjukkan di antara pihak
sekolah dan PIBG dalam menjayakan temasya sukan pada tahun ini. Dengan adanya kerjasama
yang seumpama ini akan dapat memacukan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan
kokurikulum. Dan saya pasti kerjasama ini akan diteruskan untuk tahun yang mendatang demi
kebaikan anak didik kita. Saya juga berharap dengan penganjuran temasya sukan seperti ini akan
dapat melahirkan atlet-atlet yang dapat bersaing di arena sukan tanahair khasnya dan
antarabangsa amnya.
Hadirin yang dihormati,
Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut.
Dasar  yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti
sukan di sekolah bukan sahaja mampu mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan
merapatkan silaturrahim warga sekolah dan masyarakat setempat,  malahan, pendekatan ini akan
menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kejohanan  ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, perkara
yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada
murid-murid dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan,
perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan
melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan,
menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya
nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental,
patriotik dan saling berkasih sayang.
 
Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang
kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan
persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan
semangat yang tinggi. Kita harus  sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu
membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang
menjadi peneraju negara pada masa hadapan .Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan
melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.

Hadirin yang dikasihi

Aktiviti sukan  juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di
peringkat antarabangsa. Rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina
sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui
sukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti
sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit,
bangsa, dan agama.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola kerana
telah dapat menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan SK Merlimau 2017 dengan jayanya.
Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan  meraih pingat kejohanan selepas ini,  saya
ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda
sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta kejayaan.

DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,, SAYA DENGAN INI


MERASMIKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK MERLIMAU 2017
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai